Sunday, May 21, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4741[3 Attachments]

11 Messages

Digest #4741

Messages

Sun May 21, 2017 1:17 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun May 21, 2017 1:17 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun May 21, 2017 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Najib kata kuota jemaah haji ditambah kerana perjuangan Umno, tapi kantoi
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net

PORTAL lidah rasmi Umno Utusan Malaysia melaporkan Najib cuba mengambil kredit dengan pertambahan kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia.

Kuota haji rakyat Malaysia tahun ini ditambah daripada 27,900 kepada 30,200 orang iaitu peningkatan sebanyak 2,300 jemaah.

Najib dilapor cuba mengaitkan pertambahan kuota jemaah haji dengan perjuangan Umno.

"Esok saya pergi Riyadh, saya jumpa Raja Salman sekali lagi nak peluk, sebab beliau bagi kuota khas untuk Malaysia. Ramai berkat naik haji kerana perjuangan siapa? Umno," kata Najib dalam sebuah program anjuran Umno seperti yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Bagaimana pun cubaan Najib untuk mempolitikkan isu pertambahan jemaah haji ternyata 'kantoi'

Sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang menerima pertambahan kuota jemaah haji, negara-negara bukan Islam termasuk Singapura turut menerima pertambahan kuota jemaah haji bagi rakyat negara itu.

Malah negara bukan Islam India turut menerima pertambahan kuota jemaah haji. Sebagai contoh, India dilaporkan telah menerima pertambahan quota jemaah haji terbesar yang kini mencecah 1.7 lakh (170,000 jemaah) pertambahan sebanyak 34,000 jemaah.

Langkah itu dilapor sebagai strategi kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan ekonomi negara, bagi mengatasi penyusutan hasil minyak, belajawan defisit serta mempertingkatkan hasil ekonomi negara dari sumber bukan minyak (bussiness Haji).

Namun menjelang pilihanraya umum ke 14, Najib tanpa rasa malu mengaku konon-kononnya, Umno yang berjuang untuk meningkatkan kuota jemaah haji bagi rakyat Malaysia.

"Ini namanya kantoi busuk!"

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/najib-kata-kuota-jemaah-haji-ditambah.html#ixzz4hiWYB3x1

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Orang Kelantan Jarang Hidap Kanser Perut Mungkin Kerana Faktor Budu dan Pagaga - Profesor
siakapkeli.my

Kredit foto: Seme

Kota Bharu, 21 Mei - Penyakit kanser perut jarang dihidapi oleh masyarakat Melayu di Kelantan dipercayai kerana faktor 'budu dan pegaga'.

Menurut Pakar Perunding Kanan Gastroenterologi, Hepatologi dan Perubatan Dalam ,USM, Prof, Dr. Lee Yeong Yeh, antara faktor utama penyakit tersebut adalah kewujudan kuman Helicobacter pylori (H.pylori) dalam perut namun bakteria jenis itu didapati jarang terdapat di kalangan penduduk negeri ini.

Katanya, pihaknya percaya unsur biokimia yang terdapat dalam makanan itu merencat pertumbuhan H.pylori sekaligus mengurangkan risiko penyakit kanser perut golongan yang menggemari budu dan pegaga.

"Kita masih lagi dalam peringkat kajian awal namun setakat ini kita percaya pengambilan budu dan pegaga mungkin boleh mencegah H.pylori dan seterusnya kanser perut.

"Selain daripada itu, penduduk Melayu di sini juga didapati mempunyai jenis-jenis varian gen yang boleh menghasilkan unsur-unsur bahan kimia badan yang boleh melawan kuman H.pylori," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Skim pembodohan oleh pemimpin, penyokong DAP
bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Oleh Dr Kamarul Zaman Yusuff

Begitu terdesaknya DAP mahu mempertahankan Hannah Yeoh boleh dilihat dari tindakan portal berita mengeluarkan rencana seorang pengerusi DAP cawangan.

Disebabkan saya telah membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh, dan saya sendiri telah dihubungi untuk memberikan keterangan, saya tidak akan memberikan komentar lanjut ke atas isu ini untuk tidak menjejaskan siasatan. Eloklah kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menentukan sama ada laporan saya mempunyai merit ataupun tidak.

Walaupun begitu, secara logiknya, jika komentar peribadi bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" yang dimuatkan di dalam Facebook saya pada 10 Mei lalu dan laporan polis saya pada 17 Mei lalu adalah tidak berwibawa, mengapa pula ia mendapat reaksi yang sangat keras dari banyak pihak, khususnya pemimpin tinggi DAP sendiri?

Seperti dimaklum, beberapa orang daripada mereka mempertikaikan tahap kecerdikan saya dan mengaitkannya dengan kualiti universiti tempat saya berkhidmat mahupun universiti tempatan lain. Ada juga yang melabelkan saya sebagai ekstremis dan mengaitkannya dengan kesesuaian saya untuk berkhidmat di universiti. Ini telah saya nafikan.

Begitu terdesaknya DAP mahu mempertahankan Hannah Yeoh boleh dilihat dari tindakan portal berita MalaysiaKini dan FreeMalaysiaToday mengeluarkan kenyataan entah dari siapa untuk membunuh karakter saya dan untuk membela Hannah Yeoh. Paling melucukan adalah rencana pengerusi DAP cawangan pun boleh diangkat sebagai berita besar.

Rencana Pengerusi DAP Cawangan USJ, Subang Jaya, bernama Nor Miswary Ramli ini disiarkan oleh portal berita MalaysiaKini di bawah tajuk "Skim pembodohan oleh Kamarul". Walhal hakikat sebenarnya pemimpin tinggi DAP dan penyokong merekalah yang sedang melakukan skim pembodohan dalam usaha mereka untuk membela Hannah Yeoh.

Contoh paling nyata mengenai skim pembodohan pemimpin tinggi DAP dan penyokong mereka adalah kenyataan mereka bahawa berdasarkan laporan polis saya ini maka bahan keagamaan, termasuk Bible, juga perlu diharamkan walhal tiada sepatah pun di dalam laporan polis saya ini ayat yang menggambarkan saya mahu buku Hannah Yeoh diharamkan.

Sebagai contoh adalah pertanyaan dan kenyataan berikut:

Pertanyaan Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang: "Will he next call for the banning of the Bible?"

Kenyataan naib pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok: "This is dangerous, one day he might lodge police report against Bibles or any religious materials sold in the bookshop."

Kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad:

"Ikut hujahnya tak boleh ada apa-apa buku tulisan mengenai agama lain yang dijual di Malaysia."
Saya tidak faham mengapa pemimpin sebodoh Lim Kit Siang, Teresa Kok dan Khalid Samad boleh menjadi pemimpin tinggi parti mereka. Buku tulisan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, bertajuk "The Long Awakening" juga mengandungi banyak ajaran Kristian, tetapi saya tidak membuat laporan polis ke atasnya kerana ia hanya dijual di kedai buku Kristian.

Jelas terpapar di portal berita NST Online bertajuk "University lecturer lodges report against Hannah Yeoh over proselytization claims" pada 17 Mei lagi kenyataan saya bahawa buku Hannah Yeoh sepatutnya tidak dijual di rak terbuka tetapi dijual di rak Kristian supaya pembeli akan tahu buku ini adalah buku yang ada kaitan dengan ajaran Kristian.

Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan jualan apa-apa bahan keagamaan, termasuk Bible, di rak Kristian kerana kita sedia tahu itu adalah bahan keagamaan. Apa yang mendatangkan masalah kepada saya adalah tindakan menipu dengan menyatakan buku ini hanyalah mengenai kisah peribadi sedangkan ia sebenarnya mengandungi ajaran Kristian.

* Dr Kamarul Zaman Yusuff adalah pensyarah Universiti Utara Malaysia

Saya Bukan Bodoh Dan Bukan Ekstrimis, Dan UUM Pula Bukan Low Class University

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Beberapa orang pengkritik saya mempertikaikan tahap kecerdikan saya dan mengaitkannya dengan kualiti universiti tempat saya berkhidmat mahupun universiti-universiti tempatan lain.

Pengarah Komunikasi AMANAH merangkap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menyifatkan saya sebagai "bodoh tahap maksima".

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, mempertikaikan kualiti kesarjanaan saya dan pensyarah universiti tempatan lain. Tulis Lim Lip Eng: "Many citizens are worried about the quality of our local university lecturers after Kamarul's statement".

Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin, dilapor mempersoalkan kredibiliti saya sebagai ahli akademik yang sepatutnya berfikiran matang memahami konsep penulisan buku Hannah Yeoh.

Penolong Setiausaha Publisiti Wanita Kebangsaan DAP, Syerleena Abdul Rashid, mempersoalkan kelayakan saya sebagai ahli akademik. Tulis Syerleena Abdul Rashid: "Any sound minded Malaysian would laugh at the absurdity of his remark and quite possibly question his credentials as a learned academician".

Kolumnis Malaysiakini, Stephen Ng, menyifatkan saya memalukan dunia akademik, dengan menyifatkan saya sebagai separuh masak dan berpandangan sempit, dan ini dikaitkan beliau dengan ranking UUM yang didakwa rendah. Tulis Stephen Ng: "Kamarul Zaman Yusoff, a lecturer at Universiti Utara Malaysia (UUM), has indeed joined the ranks of controversial academic figures who continue to bring disgrace to the academia. Half-baked and narrow-minded political scientist is how I would describe him. If this is the kind of academic staff that we have at UUM, it is no wonder why UUM has never been ranked highly, locally and internationally."

Ada di antara pengkritik saya ini yang turut melabelkan saya sebagai ekstrimis dan mengaitkannya dengan kesesuaian saya untuk berkhidmat di universiti.

Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, mendakwa laporan polis saya menimbulkan soalan sama ada saya cocok dan sesuai untuk menjadi seorang pensyarah sebuah universiti awam. Tulis Lim Kit Siang: "Kamarul Zaman Yusof's false and malicious police report against Selangor Speaker and DAP Selangor State Assemblywoman for Subang Jaya, Hannah Yeoh, accusing her of proselytization of Muslims with the publication of her autobiography "Becoming Hannah", raises the question whether he is fit and proper to be a lecturer of plural Malaysia's public universities."

Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, mendakwa pandangan sempit dan ekstrim saya menyebabkan saya tidak sesuai untuk terus menjadi seorang pendidik. Tulis Teresa Kok: "Being a university lecturer, Kamarul's narrow and extreme way of looking at Yeoh's book makes one wonder if he is suitable to continue to be an educationist."

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, menyebut saya sebagai seorang pelampau yang tidak sesuai menjadi seorang pensyarah. Kata Chong Chieng Jen: "Not only is his bigotry act a shame to a multi-racial country of ours, but he, as a lecturer, will influence the minds of the younger generation to be more intolerant towards other religion."

Kolumnis Free Malaysia Today, Dennis Ignatius, menyebut saya sebagai seorang ahli akademik yang tidak berkaliber, berpandangan sempit dan pelampau. Tulis Dennis Ignatius: "It's hard to make sense of such convoluted and confused reasoning. That it should come from a university lecturer speaks volumes about the calibre of those now occupying positions of influence in our universities today. How long must our nation suffer the narrow-mindedness and bigotry of insecure people who still find it hard to accept that Malaysia is a secular, multiracial nation?"

Kepada semua pengkritik saya ini, suka saya tegaskan beberapa perkara.

Pertama, komentar saya bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" pada 10 Mei lalu, mahupun komentar-komentar lain yang berkaitan, hanyalah komentar peribadi yang dimuatkan di dalam Facebook saya sahaja. Begitu juga dengan laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei lalu yang turut merupakan laporan polis yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya.

Kedua-duanya tidak mempunyai sebarang hubung-kait pun dengan institusi pengajian tinggi tempat saya bertugas sekarang, iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), dan adalah cukup tidak kena untuk anda semua mengaitkan tindakan yang dibuat di atas kapasiti peribadi saya ini dengan UUM mahupun mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan lain.

Tambahan pula, saya hanya mula bertugas di UUM pada 26 Januari 2015 dan tidak mempunyai sebarang jawatan tinggi di sini melainkan sebagai Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), sedangkan UUM sendiri telah berpuluh tahun wujud, jadi lebih tidak adil untuk mengaitkan tindakan saya dengan UUM.

Kedua, saya tidaklah sebodoh dan seekstrimis seperti yang anda sangkakan. Bukanlah niat saya untuk berbangga, tetapi disebabkan terpaksa, maka sukalah saya maklumkan kepada anda bahawa ijazah pertama saya adalah diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi sekular dari sebuah negara sekular, iaitu dari Indiana University at Bloomington (IUB), Amerika Syarikat.

Ijazah Bachelor of Arts, Double Major, yang saya perolehi dari IUB adalah Dengan Kepujian Tertinggi (With Highest Distinction), iaitu yang dikhususkan kepada graduan yang menamatkan pengajian dengan memperolehi Cumulative Grade Point Average (CGPA) antara 3.90 ke 4.00.

Selain itu, saya juga adalah penerima Senior Achievement Award, iaitu satu anugerah yang dikhususkan kepada pelajar yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang dan yang ditunjuk oleh jabatan atau pusat pengajian mereka sebagai mempunyai potensi luar biasa dalam bidang mereka (who have outstanding academic records and who are designated by their departments or schools as having unusual potential in their field).

Sewaktu berada di Amerika Syarikat, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk belajar dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam dari luar negara. Saya juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dan bergaul bersama masyarakat bukan Islam di Malaysia. Malah, saya cukup menyenangi dan disenangi oleh mereka, termasuklah dengan para pelajar mahupun rakan setugas saya di UUM.

Setakat ini, pendapat yang saya kemukakan juga belum ada lagi yang mencerminkan kebodohan dan keekstrimisan. Saya selalunya akan berhujah berdasarkan kepada fakta dan sentiasa mengikut undang-undang.

Jadi sangatlah tidak betul jika anda menyifatkan saya sebagai bodoh, tidak berkualiti, tiada kredibiliti, tidak berkelayakan, tidak berkaliber, separuh masak, berpandangan sempit, ekstrimis atau pelampau.

Ketiga, walaupun saya sendiri baru lebih dua tahun bertugas di UUM, saya cukup berbangga dengan pelbagai pencapaian memberangsangkan yang telah diterima oleh UUM sama ada di peringkat kebangsaan atau di peringkat antarabangsa.

Terlalu panjang senarai anugerah yang telah diterima oleh UUM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi dua contoh yang boleh diberikan adalah anugerah "the Best Eminent Management University in Malaysia" yang diberikan oleh Global Brands Magazine dan anugerah GIFA Market Leadership Award 2016 (Bagi Pendidikan dalam Perbankan & Kewangan Islam) yang diberikan kepada Islamic Business School (IBS) UUM oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) pada tahun 2016.

Jadi sangatlah tidak betul jika anda memandang rendah kepada UUM mahupun universiti-universiti tempatan lain yang setiap satunya tentulah mempunyai kekuatan masing-masing.

Yang sebenarnya bodoh dan yang sebenarnya ekstrimis adalah mereka yang tidak berhujah berdasarkan kepada fakta dan yang tidak mahu mengikut undang-undang, termasuklah juga mereka yang sanggup memperlekehkan semua perkara yang berbau keMelayuan atau keIslaman semata-mata untuk undi.

FB
Dr. Kamarul Azman Yusoff

Bukan Saya Tetapi Hannah Yeoh Yang Bacul

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang peguam, Syahredzan Johan, menuduh saya "bacul" kerana membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh tetapi tidak berani mengajak Hannah Yeoh berdebat mengenai kandungan buku beliau. Tulis Syahredzan Johan, "Orang yang bacul yang buat repot polis. Kenapa tak pi ajak Hannah debat?"

Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, juga memberikan innuendo hampir sama. Tulis Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa: "Bukan sahaja sukar untuk menjadi kaum lain di Malaysia, menjadi Melayu pun susah. Lebih rumit bangsa dan kaum diadun dengan isu agama dan kepercayaan. Malah berkarya dan berkongsi pengalaman ketuhanan dalam kehidupan seseorang pun adalah satu jenayah di Malaysia."

Pengarah Syariah AMANAH, Zolkharnain Abidin, turut menyebut perkara yang sama. Tulis Zolkharnain Abidin: "Jika bangkitan itu bermotif ilmu, ia diwacanakan dalam kalangan ilmuwan dengan membawa sekali penulisnya untuk merespon satu per satu perkara yang dibangkitkan. Penulisnya boleh dikritik secara berdepan, secara ilmiah dan diselesaikan di meja para ilmuan."

Sebenarnya, lontaran begini patut ditujukan kepada Hannah Yeoh, bukan kepada saya, kerana beliaulah yang pertama sekali membuat laporan polis terhadap saya sebelum saya membuat laporan polis terhadap beliau. Soalnya ialah mengapakah lontaran mengenai dialog ini hanya dibangkitkan setelah saya membuat laporan polis terhadap beliau, bukan setelah beliau membuat laporan polis terhadap saya?

Sehubungan itu, Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, pula mendesak saya menarik balik laporan polis saya dan memohon maaf terhadap Hannah Yeoh. Desak Lim Lip Eng: "Kamarul should now conduct himself in a sensible and noble manner by retracting his police report immediately and to apologize to Hannah unreservedly".

Bagaimanapun, suka saya tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak akan menarik balik laporan polis saya dan saya sama sekali tidak akan memohon maaf terhadap Hannah Yeoh. Sebaliknya, Hannah Yeoh-lah yang sebenarnya perlu menarik balik laporan polis beliau dan memohon maaf terhadap saya.

Komentar saya bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" pada 10 Mei lalu yang menjadi punca keriuhan hanyalah satu komentar peribadi yang dimuatkan di dalam Facebook saya sahaja. Saya tidak faham bagaimana satu komentar peribadi di dalam Facebook seorang individu yang tiada sebarang jawatan penting di dalam mana-mana organisasi, apatah lagi di dalam mana-mana parti politik, boleh "menimbulkan satu risiko yang tinggi terhadap keselamatan diri saya dan ahli-ahli DAP" seperti yang didakwa oleh Hannah Yeoh di dalam laporan polis beliau terhadap saya pada 15 Mei lalu.

Sekiranya Hannah Yeoh tidak bersetuju dengan apa-apa kandungan komentar peribadi saya itu, beliau boleh sahaja menjelaskan satu per satu perkara yang saya bangkitkan di dalam mana-mana ruang, termasuk di dalam Facebook yang merupakan cara yang paling telus dan paling mudah untuk berdialog, tetapi beliau malangnya memilih untuk membuat laporan polis dan bukannya untuk berdialog secara matang.

Laporan polis Hannah Yeoh sangat kabur. Ia mendakwa bahawa "isi kandungan kenyataan Facebook tersebut yang menyatakan bahawa DAP giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama, terutamanya agama Kristian, merupakan satu tuduhan yang tidak benar". Bagaimanapun, Hannah Yeoh sendiri tidak mampu menjelaskan secara spesifik petikan mana di dalam komentar peribadi saya itu yang "merupakan satu tuduhan yang tidak benar" dan beliau juga tidak mampu memberikan bukti spesifik mengapa petikan itu tidak benar.

Begitu juga dengan tuduhan lain di dalam laporan polis Hannah Yeoh bahawa "kenyataan Facebook tersebut bersifat prasangka jahat dan jelas berniat untuk menyebarkan kebencian terhadap diri saya, pemimpin-pemimpin DAP yang dinamakan dalam kenyataan tersebut dan parti DAP". Tuduhan ini juga tidak disertakan penjelasan spesifik petikan mana di dalam kenyataan Facebook tersebut yang bersifat begitu selain tidak disertakan bukti spesifik mengapa petikan itu bersifat begitu.

Di dalam satu komentar Facebook beliau sehari selepas saya membuat laporan polis terhadap beliau, Hannah Yeoh menulis, "Agama saya menjadi panduan hidup saya. Ruang persendirian." Apakah memberikan kenyataan kabur begini boleh dinamakan sebagai dialog?

Walhal di dalam laporan polis saya terhadap beliau jelas saya sebutkan tiga pengakuan beliau sendiri, iaitu mengenai betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; mengenai betapa beliau menyeru agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; dan mengenai betapa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Laporan polis Hannah Yeoh juga sangat kabur kerana tidak menyatakan secara spesifik apa kesalahan yang mungkin telah saya lakukan di dalam komentar peribadi saya itu. Sebaliknya, ia hanya sekadar "menggesa pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap individu-individu yang terbabit dalam kenyataan tersebut berdasarkan undang-undang yang sedia ada."

Bandingkan dengan laporan polis saya yang menyebut secara spesifik kesalahan yang mungkin telah Hannah Yeoh lakukan di dalam buku beliau itu.

Saya sebutkan bahawa Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No. 1/1988) yang menyebut "Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu".

Turut saya sebutkan adalah bahawa Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Seperti disebutkan oleh seorang lagi peguam, Azhar Harun atau Art Harun, peruntukan undang-undang yang saya sebutkan ini, khususnya Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988, adalah sah kerana ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Pandangan beliau bahawa elemen niat untuk melakukan kesalahan ini perlu dibuktikan wujud adalah satu soal lain yang perlu diputuskan oleh pihak berwajib. Banyak lagi pandangan lain yang menyatakan elemen niat tidak perlu dibuktikan.

Jika orang-orang seperti Syahredzan Johan, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa dan Zolkharnain Abidin benar-benar berintegriti, mereka sepatutnya menggesa Hannah Yeoh menerangkan dengan jelas mengenai tiga pengakuan beliau ini, dan bukan hanya sekadar menyebut secara sepintas lalu bahawa agama adalah "ruang persendirian".

Tindakan para pemimpin dan penyokong DAP mempertikaikan kredibiliti saya, termasuk tindakan Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, sendiri yang mempertikaikan kecocokan dan kesesuaian saya untuk menjadi seorang pensyarah sebuah universiti awam, tetapi tidak menjawab perkara sebenar yang saya bangkitkan, menjadi bukti jelas ketidakmampuan mereka menangani isu ini.

Kepada Lim Kit Siang, begitu juga dengan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, dan kolumnis Malaysiakini, Stephen Ng, yang kelihatan bermulut celupar sekali dengan meminta saya disiasat dan didakwa kerana kononnya membuat laporan polis palsu, sukalah saya ingatkan supaya jangan terburu-buru melabelkan laporan polis saya sebagai laporan polis palsu.

Wahai Lim Kit Siang, sebelum anda membuat sebarang komentar mengenai perkara yang melibatkan soal undang-undang, ingatlah dahulu kata-kata mendiang Karpal Singh mengenai anda ini: "In the early days, I told him (Lim Kit Siang) to start a law firm to support his family and he opened up Lim Kit Siang and Co in Malacca. But after a few months, he came to my office, put some files on the table and said, "I don't know how you do this, but can you please complete these files for me?" I said, "Hold on, Kit" but he quickly added, "I've already taken down the sign board!" (Petikan dari buku "Karpal Singh: True Malaysian", muka surat 81).

(Terjemahan: "Pada hari-hari awal, saya beritahu beliau (Lim Kit Siang) supaya membuka sebuah firma undang-undang untuk menyara keluarga beliau dan beliau membuka Lim Kit Siang and Co di Melaka. Tetapi selepas beberapa bulan, beliau datang ke pejabat saya, letakkan beberapa fail di atas meja dan berkata, "Saya tidak tahu bagaimana kamu buat ini, tetapi bolehkah kamu lengkapkan fail-fail ini untuk saya?" Saya berkata, "Bertahan, Kit" tetapi beliau menambah dengan cepat, "Saya sudah menurunkan papan tanda!")

Wahai Lim Kit Siang, "tidak tahu" (don't know) itu apa maksudnya ya?

FB
Dr. Kamarul AzmanYusoff

Tanggungjawab muslim, hannah yeoh dan becoming hannah.

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Isu buku becoming hannah, tulisan hannah yeoh, politikus dap, telah menjadi satu isu yang agak hangat sekarang. Ia bermula dengan kritikan dr kamarul zaman, dari pas, dalam satu tulisannya yang tersiar di detikdaily ini. Maka kabarnya hannah telah membuat laporan polis terhadap dr kamarul dan dibalas dengan laporan polis juga oleh dr kamarul.

Pada penulis, dr kamarul telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dan tindakandr kamarul zaman wajib disokong oleh setiap individu yang mengaku muslim.

Apakah tanggungjawab seorang muslim? Jawaban yang biasa ialah tanggungjawab seorang muslim ialah menunaikan suruh dan meninggalkan tegah Allah. Memang itulah jawabannya. Namun apakah perinciannya?

Suka penulis nyatakan, tanggungjawab seorang muslim ada empat, iaitu pertama wajib belajar islam, kedua wajib mengamalkan islam, ketiga wajib menyebarkan islam dan keempat wajib mempertahankan islam. Yang pertama wajib kerana belajar adalah wajib. Yang kedua wajib kerana diciptakan manusia dan jin tidak lain untuk beribadah. Yang ketiga wajib kerana dakwah. Dan yang keempat wajib kerana jihad. Semuanya ada dalil yang kukuh dari quran dan hadith.

Maka dr kamarul zaman telah menjalankan tanggungjawabnya yang keempat iaitu mempertahankan islam dari anasir bukan islam. Penulis percaya tanggungjawab yang pertama dan kedua beliau telah amalkan, termasuk tanggungjawab ketiga melalui jamaah pas.

Ada yang berkata, imannya tidak goyah dan tidak tercabar langsung dengan membaca becoming hannah. Memang tidak akan tergoncang walau sedikit. Malah penulis memiliki bible terbitan bible sociaty of malaysia. Apa tahapnya buku tulisan hannah dengan bible yang didakwa penganut kristen sebagai kitab tuhan?

Namun apabila disebut tanggungjawab muslim keempat iaitu mempertahankan islam, ia mempunyai ruang skop yang luas. Jika kita tidak tercabar kerana hebatnya iman kita, bagaimana dengan anak-anak kita? Jika anak-anak kita tidak tercabar imannya, bagaimana dengan anak-anak jiran kita? Hadith mengatakan setiap muslim ibarat satu jasad, jika sakit satu anggotanya maka seluruh tubuh merasa sakit.

Sering kita dengar anak-anak orang islam yang tidak tahu membaca quran malah tidak tahupun rukun islam. Dan mereka inilah yang menjadi sasaran gerakan yang mahu menyelewengkan mereka dari islam. Dan apa yang dr kamarul lakukan ialah untuk mempertahankan islam, mempertahankan aqidah umat islam selain dari dirinya dan selain orang yang merasakan imannya taraf kamil. Bukan umat islam sahaja menjadi sasaran malah penganut agama lain seperti hindu dan budha juga. Ini dinyatakan oleh dr chandra muzaffar dalam satu tulisannya.

Penulis tidak rasapun diejek atau direndahkan oleh dr kamarul. Kerana penulis amat faham hala tuju dan hujung jatuh (Istilah makrifat hj ahmad laksamana) kritikannya terhadap becoming hannah. Kritikannya terarah kepada anak-anak islam yang kurang mantap aqidah. Kita masih ingat kes aisyah bukhari. Siapa boleh lupa seorang muslim dimurtadkan. Dan umat islam bangkit memprotes besar-besaran untuk menunaikan tanggungjawab keempat itu.

Mahu diharamkan buku itu? Penulis setuju ia diharamkan. Kerana menurut tulisan dr kamarul, ia mempunyai maksud tersirat apabila cerdik panai kristen luar negara dijemput pulang ke malaysia. Untuk apa dikhususkan cerdik pandai kristen jika hanya mahu memperbaiki malaysia dari kebobrokan? Apakah tidak cukup dengan undang-undang sekular, seperti yang diagung-agungkan dap, maka cerdik pandai kristen di panggil membantu?

Ada yang menentang buku itu diharamkan dengan alasan ia tidak menggugat islam. Jika ia diharamkan, dakyah kristen di utube, facebook dan laman blog juga harus diharamkan. Penulis katakan ia adalah saranan yang dangkal. Sebab dakyah kristen di internet mudah dibantah. Jika sesiapa mempunyai akaun facebook, banyak group dan orang perseorangan yang membantah dakyah kristen, terutama dari indonesia. Penulis cukup banyak melakukan debat dengan penganut kristen dari indonesia yang banyak menyelewengkan islam, di facebook, malah pernah secara langsung melalui yahoo mesenger, secara online live. Penulis tidak setuju laman-laman itu disekat oleh skmm kerana dengannya mujahid cyber dapat membantahnya.

Ramai yang tidak sedar bahawa kristenisasi telah meletakkan asas yang kukuh dalam sistem pembelajaran negara. Islam dipisahkan dari negara. Islam diajar dari peringkat sekolah hingga universiti hanya menekankan ibadah amaliah sedang hukum jenayah dipadamkan dari kokurikulum pelajaran. Inilah kejayaan terbesar orientalis terhadap islam. Orientaslis adalah gerakan kristen dunia.

Jangan ada yang terasa dan membuat kesimpulan bahawa dr kamarul menganggap semua semua umat islam malaysia imannya nipis, senipis kulit bawang. Fahami dahulu skop mana yang difokuskan dr kamarul sebagai menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim. Main borong menunjukkan kurangnya fahamnya kita terhadap tanggungjawab seorang islam.

Penulis tidak mengatakan hannah yeoh akan memurtadkan orang islam. Kerana hannahpun tahu akibatnya. Mungkin hannah akan didakwa dengan enakmen tertentu undang-undang negara. Namun, oleh kerana bukunya telah menjadi polimik, hannah harus menjelaskan maksud buku itu apakah ia tidak bertepatan dengan apa yang didakwa oleh dr kamarul zaman. Malah dr kamarul mendakw, dalam buku tersebut hannah mengatakan jawatan politiknya telah digunakan untuk melakukan diayah kristen digereja terhadap orang muda. Hannah harus membuat satu sidang media, jemput semua ilmuan islam mahupun kristen dan menjawab persoalan yang timbul dari buku beliau.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TuDia... Datang Solat Terawih dapat RM10.00 Kalau Mai Penuh Sebulan Dapat RM300.00, HEBAT SURAU NIE...
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

BANDARAYA MELAKA - Surau Muhammad Al-Waliyah, Pulau Gadong di sini, memperuntukkan RM10 bagi setiap anak muda bawah 15 tahun yang datang menunaikan solat tarawih di surau berkenaan sepanjang bulan Ramadan nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Datuk Mohd Yusof Abu Hasan berkata, ia sebagai satu usaha untuk mengimarahkan surau berkenaan oleh kalangan anak-anak muda.

Menurutnya, inisiatif tersebut sudah dijalankan sejak tiga tahun lalu dan ternyata berhasil apabila saf-saf solat tarawif sentiasa penuh sehingga ke akhir Ramadan.

"Kebiasaannya lebih 50 anak-anak muda tampil dan kedatangan mereka kita catat. Maknanya sekiranya mereka datang penuh, dapatlah RM300 yang diharapkan untuk mereka beli persiapan Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Selain itu, mereka juga diwajibkan menyertai kelas-kelas fardu ain yang diadakan dan dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar. Mereka akan diingatkan tentang fadilat berpuasa, cara ibadah dengan betul sehingga diajar tentang bacaan doa," katanya.

Katanya, habuan tersebut akan diberikan pada penghujung Ramadan.

Tambah Mohd Yusof, apa yang dilakukan sebagai satu dorongan buat anak-anak muda agar mereka tidak menghabiskan masa di tempat-tempat lain dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

"Justeru, masa mereka kita penuhi dengan program-program agama sepanjang Ramadan ini," katanya.

- Sinar

Tiada solat Jumaat jemaah terpaksa patah balik
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Jemaah terpaksa berpatah balik sebaik mengetahui tiada penganjuran solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman.

PUCHONG – Kira-kira 1,000 jemaah yang ingin menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman di sini terkejut apabila dimaklumkan tiada solat tersebut dianjurkan di masjid itu semalam meskipun sudah dua kali diadakan sejak ia mula dibuka 5 Mei lalu.

Rata-rata mereka terpaksa berpatah balik, ada antaranya ke Masjid Istiqomah di Kampung Seri Langkas, Surau Solat Jumaat di Taman Mas dan ke Surau Solat Jumaat Nurul Hidayah di Jalan Jurutera.

Pengerusi masjid, Shahrudin Mohd Sapian berkata, pihaknya sudah memberi taklimat berhubung perkara tersebut kepada kira-kira 200 jemaah yang hadir ke masjid malam kelmarin.
Bagaimanapun, lebih ramai yang tidak tahu dan hanya mengetahui perkara tersebut setelah melihat notis ditampal di luar masjid.

Asri (kiri) menunjukkan notis pemberitahuan tiada penganjuran solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Aman, semalam.
Shahrudin berkata, beliau sedih dan kecewa kerana jemaah tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan disebabkan belum mematuhi syarat dinyatakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam satu surat dikeluarkan 2 Mei lalu.

"Saya dah cuba dapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada pihak berkuasa tempatan tapi gagal, pihak perunding dah beri jaminan katakan masjid ini selamat diduduki...berilah keizinan dan permudahkan kita guna masjid ini.

"Masjid tak dapat CCC kerana masalah bekalan air, itu pun saya dah mohon cepatkan. Saya minta kita dapat solat Jumaat di sini insya-ALLAH masjid ni tak roboh," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Seri Aman, Mohd Asri Yunus pula berkata, pihak pengurusan akan sedaya upaya memenuhi empat syarat dinyatakan dalam surat berkenaan.

Katanya, arahan pihak Mais diperoleh melalui surat yang dihantar menerusi sistem aplikasi WhatsApp, pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada Mais.
Mohd Asri berkata, pihaknya akur arahan pihak berkuasa agama negeri namun memohon semua pihak terlibat berganding bahu bantu-membantu antara satu sama lain.

Mais tidak benarkan solat Jumaat diadakan di Masjid Kampung Seri Aman hingga syarat dipatuhi.
"Saya akan bertemu dengan pihak Mais untuk cari jalan penyelesaian, proses yang perlu dilakukan mungkin ambil masa setahun paling minima masjid dah siap tinggal cari sikit lagi dana, kami nak imarahkan masjid.

"Jika tak dapat solat Jumaat mohon benarkan untuk solat fardu kerana segala prasarana dah siap takut juga kalau rosak, hilang dicuri dan sebagainya jika masjid tak diimarahkan," katanya.

Mohd Asri berkata, kini penduduk sekitar kawasan itu akan kembali solat Jumaat di Surau Nurul Hidayah, Jalan Jurutera meskipun berdepan masalah ruang terhad dan lambakan jemaah.
"Mohon penduduk dan masyarakat tidak menuding jari ke arah pihak berkuasa, ini adalah proses teknikal biasa terhadap kelulusan bangunan yang didirikan. Minta jangan pula nanti ada yang keruhkan keadaan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



ORang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada orang Islam: al-Baqarah 2: 120

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Ramai Muslim terpedaya dengan akal fikiran dalam menentukan hala tuju persahabatan dengan orang bukan islam. Dan ada yang terlalu jauh terlanjur hingga meninggalkan Allah dalam al-Quran. Oleh itu sebaiknya penulis perturunkan amaran Allah dalam hal ini, dari al-quran surah al-Baqarah 2: 120, dengan rujukan kitab tafsir al-Azhar, susunan Alm Dr HAMKA.

"Tidak sekali-kali akan redha terhadap engkau orang yahudi dan nasrani sehingga engkau mengikuti agama mereka..."

Untuk mengetahui firman Tuhan ini, hendaklah kita ketahui sebelum Rasulullah diutus dikalangan bangsa arab, adalah seluruh bangsa Arab dipandang ummi, orang yang bodoh dan penyembah berhala. Rendah kecerdasannya. Sedang orang Yahudi dan Nasrani yang diam di sekitar bangsa Arab memandang orang Arab barulah akan dipandang tinggi dan cerdas jika bangsa Arab suka memeluk agama Yahudi atau Nasrani. Sekarang Nabi Muhammad diutus membawa ajaran mencegah menuyembah berhala, percaya kepada kitab-kitab dan Rasul terdahulu baik Musa, Harun dan Isa al-Masih, dan menunjukkan pula kecacatan agama mereka itu. Maka sebab itu jengkellah mereka. Mereka ingin Nabi Muhammad mempropagandakan agama mereka. Yahudi menghendakil Nabi Muhammad menjadi Yahudi dan Nasrani menghendaki Baginda menjadi Nasrani.

"...Katakanlah: Sesungguhnya pertunjuk Allah itulah dia pertunjuk"

Allah memberikan tuntunan kepada RasulNya bahawa yang dijadikan pedoman dalam hidup ialah pertunjuk Allah. Pertunjuk yang sejati. Adapun pertunjuk manusia, khayal dan teori, bukanlah pertunjuk. Dengan ini marilah berikan nilai kepada Yahudi dan Nasrani adakah keduanya pertunjuk Allah? Kerana Tuhan telah mengutus Musa dan Harun, dan Isa al-Masih, kemudian disambung oleh Muhammad, maka cuba perhatikan apakah yang menjadi anutan Yahudi dan Nasrani itu masih berdasar pertunjuk sejati atau telah dicampuri tangan manusia? Dan Nabi Muhammad telah datang membawa pertunjuk Allah. Kalau Yahudi dan Nasrani masih berpegang kepada pertunjuk Allah yang asli dari Nabi-Nabi yang diutus kepada mereka, pasti dengan sendiri akan bersesuaian dengan pertunjuk yang dibawa Muhammad.

"Dan sesungguhnya jika engkau turut kemahuan mereka..."

Dan diingatkan dengan kalimah ahwa ahum, dari kalimat hawa yakni hawa nafsu, iaitu sentimen yang tidak berdasar kebenaran. Dan setengah dari hawa nafsu tadi iaitu mereka mendakwa agama yang benar adalah Yahudi dan Nasrani. Yahudi merasakan anutan orang lain walau benar tetapi tidak dari orang berdarah Israel, tidaklah sah, sebab mereka adalah kaum terpilih dan diistimewakan Tuhan. Lantaran itu mereka Yahudi dan Nasrani tidak mahu lagi menguji dan menilai kebenaran anutan mereka.

"...sesudah datang kepada engkau pengetahuan..."

Iaitu jika engaku turut kemahuan hawa nafsu mereka sesudah datang Nabi Muhammad membawa Tauhid tiada Tuhan selain Allah, Yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan lain-lain dasar Tauhid yang menjadi pegangan teguh sekelian Nabi dan Rasul...

"...tidaklah ada bagi engkau selain Allah akan pelindung dan tidak ada akan penolong"

pokok ilmu telah diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sejak Nuh dan selepasnya bahawa ALLah Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan, itulah haqiqat agama yang dipegang sekelian Nabi-Nabi, tidak boleh berpecah atau menyeleweng darinya yang tidak lagi berdasarkan ilmu. Kalau sudah tegas tidak datang dari Allah maka tidak ada lagi jaminan dari Allah pertolongan dan perlindungan dariNya.

Yahudi menganggap mereka bangsa pilihan. Bangsa lain rendah semuanya. Ini tidak sesuai dengan haqiqat ilmu yang mengatakan semua manusia dari keturunan Adam, dan Adam dari tanah. Tidak ada kelebihan manusia berdasarkan warna kulit.Yang paling mulia di sisi Allah adalah taqwa.

Nasrani menganggap adanya dosa waris dari dosa Adam. Maka Allah bingung beribu tahun antara sifat Adil dan KasihNya. Akhirnya Dia mengambil keputusan untuk menjelamakan diriNya ke dalam rahim seorang perawan suci, lahir sebagai Isa al-Masih yang disebut sebagai anakNya. Ertinya Dia sendiri menjadi Anak. Lalu mati di tiang salib untuk menebus dosa manusia. Ajaran ini juga tidak b erdasarkan ilmu kerana setiap perbuatan manusia adalah dipertanggungjawabkan atas dirinya sendiri, kesalahan perbuatan sendiri tidak harus orang lain menanggungnya. Semua ahwa ahum, angan-angan hawa nafsu.

Maka diperingatkan keapda Nabi semua itu jangan dituruti kerana jika dituruti ahwa ahum itu, terlepaslah dari ilmu yang diturunkan langsung dari Allah. Segala macam penyelewengan bukanlah dari Allah, maka dengan ayat ini kita diberi peringatan bahawa lan tardha, tidak sekali-kali akan redah Yahudi dan Nasrani selagi kita tidak mengikuti agama mereka. KAlimah lan bereti tidak sekali-kali, selamanya.

Ayat ini memberi pedoman kepada umat Islam bahawa penting bagi Yahudi dan Nasrani mengyahudi dan menasranikan umat Islam. Kerana jika Islam tersebar di merata dunia, kedua agama itu akan ditelannya. Semua umat Yahudi dan Nasrani akan kembali kepada agama Tauhid, Islam. Maka agama mereka wajib dipertahankan, tak udah mengaji lagi benar atau salahnya.

Dengan isyarat ayat inilah kita sejak kebangkitan Islam, sejak perang salib sampai sekarang, kegiatan pengkristenan begitu hebat sekali. Missionaris Katholik dan zending Protestan begitu giat membelanjakan wang yang sangat banyak untuk mengkristenkan umat Islam. Semua ini telah diberikan isyarat oleh ayat ini, mereke tidak akan berhenti sebelum umat Islam menurut agama mereka. Kegiatan ini berhasil dibeberapa negara yang orang Islamnya hanya pada nama tetapi tidak mengerti ajaran Islamnya. Maka mereka membiarkan asal bathinnya telah bertukar seperti kristen.

Orang Yahudi tidak melakukan mision dan zending, mereka lebih senang agama mereka beredar dikalangan mereka sahaja. Tetapi mereka memasukkan jarum yang lain. Bukan sahaja di negara umat Islam, di negara umat Kristenpun mereka memasukkan pengaruh. Dalam Perjannjian Lama tidak ada ajaran akhirat tetapi lebih kepada perhatian dunia seperti riba dan harta benda, sehingga Amerika Syarikat terpaksa menutup urusannya bukan sahaja hari minggu hari besar Kristen, tetapi juga hari Sabtu hari kebesaran Yahudi. Sebab yang menguasai kewangan di Wallstreet ialah Yahudi. Jika Amerika yang begitu besar, apatah lagi negeri lain yang kecil.

Gerakan mission dan beberap gerakan dunia yang lain tampuknya dipegang Yahudi. Maka biar umat Islam tidak masuk Yahudi asal mengikuti cara hidup Yahudi Negara Islam mendirikan bank-bank dengan asas riba, terpaksa menjalankan sistem riba untuk terus bernafas, kerana seluruh dunia telah dikongkong Yahudi. Dan Yahudi seluruh dunia disatukan dalam sebuah negeri, Israel, di tengah dunia Arab dengan sokongan Amerika, British, Rusia dan negara Eropa yang lain.

Semua ini telah dinyatakan lama dahulu oleh Allah melalui Nabi Muhammad bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan tinggal diam selagi umat Islam tidak menurut agama mereka dan cara hidup mereka. Mereka mahu umat Islam meninggalkan ajaran Islam. Ia bukanlah untuk menimbulkan rasa takut tetapi sebagai perangsang untuk umat Islam berjihad menegakkan agama dan melancarkan dakwah. Kerana selagi orang Islam teguh memegang ajaran al-Qutran dan Hadith dan mengamalkannya dengan penuh kesedaran, tidaklah mereka akan runtuh atas usaha dua kaum itu. Sebab ayat ini memberi penegasan tiada pertunjuk sejati melainkan pertunjuk Allah, iaitu Islam.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Benarlah Bahawa Orang Kristian TIDAK AKAN REDHA Dengan Kita?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Kita sudah berkali-kali baca. Kita sudah dengar para ustaz memberi peringatan kepada kita tentang ayat 120 dalam surah Al-Baqarah. Apakah kita benar-benar mengambil pengajaran darinya?

Penolakan usul memperkasakan Mahkamah Syariah awal minggu ini oleh speaker DUN Selangor adalah jelas. Hannah Yeoh adalah seorang evangelis Kristian yang amat tegar. (Baca: DAP evangelical Christian leadership of M'sian Chinese dan ini: Most young Chinese in Malaysia are Christian) Dan begitulah di dalam DAP, kepimpinan utama mereka semuanya evangelis tegar Kristian.

Penolakan usul di DUN tersebut sekali mengzahirkan di depan mata kita untuk melihat betapa benarnya firman Allah S.W.T. itu bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan umat Islam selagi kita tidak ikuti mereka.

Begitulah Allah Azzawajalla turut memberi peringatan supaya kita tidak melantik orang-orang yang bukan dari kalangan orang kita sebagai orang diberi kepercayaan:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi bithonah (orang dalam yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi … (Al Quran, Surah 'ali Imran 3: ayat 118)

Jangan kita berdegar-degar bercakap pasal Islam. Tetapi hendak mendaulatkan Islam itu sendiri kita tidak mampu kerana terlalu mesra dan lena dengan musuh-musuh Allah.

....
https://akarimomar.wordpress.com

Pendakyah Kristian Semakin Berani – Tan Sri Musa Hassan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Agenda Kristianisasi yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah suatu khayalan lagi malah, ia kini benar-benar wujud di kalangan kita, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurutnya, hari ini paderi-paderi Kristian ini sudah berani untuk memurtadkan orang-orang Melayu Islam secara terang-terangan berbanding dahulu apabila proses pemurtadan itu mereka lakukan secara sembunyi-sembunyi dan masih terkawal tetapi, hari ini ancamannya terhadap umat Islam bukan lagi khayalan tetapi sudah menjadi realiti.

Beliau berkata, semasa menjadi Ketua Polis Negara dahulu, ada juga terdapat usaha-usaha Kristianisasi di kalangan umat Islam tetapi pihaknya tetap pantau dengan serius dan mengambil tindakan tegas dan pantas.

"Masih ingatkah dengan Ketua Paderi Melayu, Kamaruddin Ahmad yang kita tangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana dia cuba memurtadkan ramai orang Melayu beragama Islam ketika itu?" katanya.

Tan Sri Musa Hassan berkata, dalam perlembagaan negara kita, terdapat Artikel 3 yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dalam negara ini dan merupakan agama yang dianuti majoriti rakyat negara Malaysia dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan harmoni tetapi perlembagaan yang sama juga menyatakan bahawa penganut agama lain tidak boleh berdakwah kepada umat Islam.

"Maka peraturan undang-undang ini perlu dipatuhi kerana lain-lain agama tidak boleh cuba untuk berdakwah atau cuba menukarkan orang Islam kepada agama lain dan kalau dilakukan ia adalah satu kesalahan dari sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan dibawah enakmen negeri yang berkaitan dan telah termaktub di dalam perlembagaan yang berkaitan dengan agama Islam."

Ditanya apakah tindakan beliau terhadap golongan pendakyah Kristian ini, beliau berkata, "Jika dulu kita pantau, dan kita ambil tindakan tegas termasuk memberi amaran dan jika dilakukan juga kita tangkap dan kenakan tindakan undang-undang ke atas mereka." Menurutnya, antara kawasan yang dikenalpasti dan paling biasa terjadi usaha kristianisasi ini ialah di Selangor dan Kuala Lumpur yang merupakan antara kawasan 'panas' gerakan ini dijalankan.

Tan Sri Musa Hassan berkata, dibawah Enakmen Syariah Undang-undang Agama, adalah menjadi kesalahan jika penganut agama lain cuba untuk memujuk, memaksa ataupun cuba mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk menukar agama mereka. "Setiap negeri sudah ada undang-undang tersebut bagi menjaga kesucian Islam," katanya.

Persoalan adakah terdapat apa-apa hubungkait dengan parti politik DAP dan usaha kristianisasi ini, Tan Sri Musa Hassan berkata, "Kalau kita lihat sekarang bahawa banyak tempat-tempat yang dijadikan gereja dan gereja ini bukan yang telah diluluskan untuk dibina sebagai gereja tetapi, merupakan rumah-rumah kedai diseluruh Malaysia."

"Pada saya ini adalah usaha untuk cuba membawa minat dan mempengaruhi orang-orang Islam untuk datang ke gereja mereka termasuklah di Gombak," katanya. Menurutnya, di kawasan Gombak ini merupakan penempatan orang Melayu tetapi mengapa terdapat gereja dan inilah antara salah satu usaha golongan Kristianisasi yang cuba mendakwah dan menarik minat orang Melayu untuk menyertai mereka. Menyentuh kontroversi yang hangat diperkatakan berkenaan Hannah Yeoh, Tan Sri Musa Hassan menyarankan ADUN Subang Jaya tersebut supaya menghormati perlembagaan Malaysia dan pada pendapat beliau, Hannah Yeoh sendiri merupakan seorang ahli politik dan seharusnyalah beliau celik tentang undang-undang dan perlulah beliau mematuhi dan memahami Perlembagaan Artikel 11.

Tan Sri Musa Hassan berkata, "Di Malaysia, memang terdapat kebebasan beragama tetapi mereka tidak boleh mempengaruhi orang-orang Muslim dalam apa keadaan dan cara sekalipun untuk menukar agama." Bagaimanapun, beliau melihat keadaan sudah berubah, jika dahulu pihak-pihak ini melakukan usaha dakwah mereka ini secara tersorok berbanding sekarang dimana mereka sudah berani berdakwah secara terbuka.

"Jadi badan-badan yang bertanggungjawab perlu lebih tegas mengambil tindakan dan peruntukan undang-undang yang sedia ada sudah cukup untuk mendakwa dengan apa cara sekalipun." Tan Sri Musa Hassan berkata, jika zaman dahulu tidak berlaku perkara ini walaupun banyak sekolah-sekolah Katolik dan tidak adapun usaha-usaha dan cubaan mereka ini untuk mengganggu orang-orang Islam.

"Saya sendiri mempunyai pengalaman bersekolah di sekolah Katolik tetapi ketika itu, tidak ada pula mereka menyuruh saya untuk masuk ke agama mereka dan kami sebagai orang Islam juga tidak pernah memaksa mereka untuk memeluk agama Islam kerana perkara agama ini tidak boleh dipaksa dan perlu mengikut kerelaan hati setiap individu," katanya.

Beliau berkata, perlu diingatkan, Ketua bagi agama Islam adalah Sultan, Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agung. Oleh itu, kumpulan Kristian kena menghormati dan jika masih tetap melaksanakan dakwah Kristian maka jelaslah mereka ini tidak menghormati perlembagaan negara dan tidak menghormati Raja-Raja Melayu di negara ini.
.........
www.menara.my

Hannah Yeoh Seorang Evangelis: Chris Chong

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PUTRAJAYA: Beberapa tahun kebelakangan ini, pergerakan Kristianisasi dilihat semakin aktif dalam arena politik Malaysia. Berdasarkan temu ramah Islamic Renaissance Front (IRF) yang bertajuk "Understanding Evangelical Christianity in Malaysia" bersama pensyarah Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia, Chris Chong mengatakan sememangnya Hannah Yeoh adalah contoh seorang Evangelis. Kawasan Hannah Yeoh mempunyai gereja per kapita paling tinggi di Malaysia.

Chris Chong juga menambah, golongan Evangelis yang ramai dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) amat penting kepada parti tersebut.

Baru-baru ini, sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang bertajuk "Becoming Hannah" telah tular dan didakwa mengandungi agenda Kristianisasi yang bersembunyi atas nama politik.

Menurut Chris Chong yang merupakan ahli panel Wesleyan Community Church and Friends in Conversation, perkembangan Evangelis begitu drastik tersebar di Malaysia sekitar tahun 1970-an adalah disebabkan penganut Kristian Evangelis sangat komited untuk mendekati dan mencari ahli baru.

Tambahan pula, gereja-gereja yang lama tidak lagi aktif dalam menyebarkan dakyah Kristianisasi pada masa ini. Beliau berkata, pada awal tahun 2008, gereja Evangelis secara amnya bersifat konservatif dan anti politik. Mereka langsung tidak menghiraukan tentang politik dan isu berkenaan kerajaan.

Namun, mereka mula berubah arah dimana penganut Evangelis ini lebih berminat dengan hal ehwal semasa. "Rata-rata, gereja Evangelis yang besar akan menyediakan senarai pengundi dalam gereja dan akan menjemput pendakwah untuk berceramah di hadapan tentang politik Malaysia.

Malah, paderi-paderi akan menganjurkan halaqah doa untuk berdoa tentang situasi politik di Malaysia. Keadaan ini sangat luarbiasa. Walhal, sebelum ini apa-apa urusan yang berkaitan politik di dalam gereja dianggap sebagai sesuatu yang aneh," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, penganut Kristian Evangelis ini bermatlamat menyebarkan dakyah kepada seramai mungkin manusia. Secara umumnya, golongan Evangelis ini sekurang-kurangnya terdiri daripada golongan kelas menengah bagi sebahagian pihak kolar putih, mempunyai pendidikan yang tinggi dan kewangan yang stabil.

Selain itu, mereka juga mempunyai sumber untuk menggerakkan sokongan dan membantu parti untuk berkempen dalam pelbagai pendekatan. "Ketegangan yang paling besar adalah antara penganut Kristian dan rakyat Malaysia bukan Melayu, terutamanya Hindu.

Masyarakat Hindu jelas melahirkan rasa tidak puas hati terhadap penganut Evangelis, lebih-lebih lagi daripada penganut Buddha," ujar beliau. Secara umumnya masyarakat tetap perlu berhati-hati kerana sikap universal puak Evengalis adalah lebih cenderung kepada pro-Israel.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pembinaan bandar impian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Bandar Malaysia - menjadi persoalan, dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyoal mengapa kontraktor tempatan tidak boleh menjadikannya kenyataan.

"Setakat mana ajaibnya bandar idaman Najib sehingga tidak nampak seolah-olah kontraktor tempatan tidak boleh laksanakan.

"Berilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan Bandar Malaysia.

"Negara sudah merdeka hampir 60 tahun, mustahil tidak ada kontraktor yang berwibawa untuk membangunkan Bandar Malaysia," kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Idris mengulas aspirasi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk Bandar Malaysia.

Najib minggu lalu melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara kedua-duanya belum dimeterai.

Ia selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.

Najib berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.

Mengulas lanjut, Idris berkata hasrat PKMM supaya kontraktor Melayu diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ikonik itu dan tidak dipinggirkan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

"Kita tidak mahu kontraktor dan syarikat tempatan tidak dapat apa-apa manfaat, bukan sekadar tulang, kuah pun tidak dapat.

"Apa makna pembangunan, jika kera di hutan disusukan anak dikendong keciciran.

Beliau juga meminta kerajaan untuk meletakkan syarat kepada pelabur bagi menjaga kepentingan rakyat tempatan.

Filem Pendek Ciptaan Pelajar MRSM Harumkan Nama Negara Apabila Menang Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa
siakapkeli.my

Sepang, 2 Mei - Filem pendek ciptaan pelajar MRSM mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi satu pingat emas dalam Pertandingan Projek Informatik Antarbangsa (Infomatrix di Bucharest, Romania baru-baru ini.

Dua pelajar MRSM Kubang Pasu, Amir Hazim, 16, dan Muhammad Khalis Irfan Khairudin, 16, merangkul pingat emas dalam kategori filem pendek menerusi karya bertajuk 'The Lost' itu.

Kemenangan mereka berdua turut dikongsi oleh Facebook Infomatrix semalam. Selain Malaysia, turut memenangi emas dalam kategori itu adalah Romania, Mexico, Vietnam, Poland dan juga Tajikistan.

Selain kategori filem pendek, Malaysia juga turut memenangi pingat gansa menerusi Muhamad Sohail Lal Lal Muhammad, 16, dan Muhamad Faris Izzuddin Mat Rodzi, 16, (MRSM Langkawi) dalam kategori robotik menerusi robot mereka yang bernama MARESBOT.

Kepulangan pelajar-pelajar terbabit daripada pertandingan yang berlangsung dari 27 April hingga 1 Mei lalu itu disambut oleh Timbalan Pengarah Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Menengah Mara, Shahrizal Mohd. Saderi, warga Mara dan ahli keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan Online, Infomatrix

Bas Ekspres Hangus Terbakar Ketika Semua Penumpang Turun Makan
siakapkeli.my

GERIK - 36 penumpang sebuah bas ekspres terselamat apabila kenderaan itu secara tiba-tiba terbakar ketika semua mereka berhenti untuk makan di sebuah restoran berhampiran lampu isyarat di jalan Gerik-Kupang hari ini.

Menurut Sinar Online, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu disedari oleh pemandu bas yang berusia 51 tahun apabila terlihat asap dari bahagian tayar hadapan sebelum api menyambar kenderaan tersebut.

Beberapa video yang dimuat naik oleh saksi kejadian menunjukkan keadaan bas itu yang sedang marak terbakar.

Satu lagi video memaparkan bagaimana keseluruhan bas terbabit dijilat api disamping diselubungi dengan asap hitam tebal.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Zainal Abidin Abd Ghani berkata cubaan memadam kebakaran yang dibuat oleh pemandu menggunakan alat pemadam api tidak berhasil kerana api merebak dengan cepat.

"Kita menerima panggilan pada jam 2.09 petang, sebaik tiba di lokasi, api mula merebak ke bahagian tengah, keadaan struktur bas serta bahan mudah terbakar yang terdapat dalam kenderaan itu menjadikan api mudah merebak.

"Bagaimanapun dengan kekuatan tujuh anggota, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan yang dilaporkan.

"Setakat ini tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan berlaku, hanya barang peribadi seperti beg milik penumpang tidak berjaya diselamatkan," katanya.

Sumber: Sinar Online

'Saya Cuma Jalankan Tugas' - 'Pak Guard Diberi Tabik Hormat Selepas Kembalikan Semula Wang RM115,000 Yang Ditemui
siakapkeli.my

Filipina - Seorang pengawal keselamatan atau 'pak guard' diberikan tabik hormat oleh pihak pengurusan pasar raya tempatnya bekerja selepas mengembalikan wang 500,000 pesos (RM115,000) yang ditemuinya.

Menurut GMA News, Ronald Leanata sedang melakukan tugas hariannya meronda ketika menemui satu bag yang dipenuhi dengan wang ditinggalkan di dalam troli.

Pak guard itu kemudian dengan pantas melaporkan penemuan tersebut kepada pihak pengurusan dan pemilik yang panik berterima kasih kepadanya.

Pemilik wang berkenaan kemudian menawarkan ganjaran kepada pak guard terbabit kerana kejujurannya. Namun, Ronald menolak dan berkata dia cuma melakukan kerjanya untuk memastikan keselamatan semua orang di pasar raya terbabit.

Pihak pengurusan pasar raya terbabit memberi tabik hormat sebagai tanda penghormatan kepada Ronald.

Sumber: KAMI

Pelajar Muda Ini Berjaya Jana Tenaga Elektrik Dari Pokok Kedondong, & Kini Sudah 60 Buah Rumah Mendapat Manfaat Dari Penemuannya
siakapkeli.my

Elektrik dari pokok kedondong? Yup, itu yang berjaya ditemui oleh seorang pelajar kelas tiga dari Indonesia ini.

Naufal Rizki mula menjadi bualan media apabila dia menemukan perkara itu pada tahun lepas.

Menurut Sefsed, penemuan Naufal itu bermula dari kelas Ilmu Pengetahuan Awam (IPA) di sekolah dan kini, sudah lebih 60 buah rumah sudah berjaya menikmati hasil penemuan Naufal itu.

Pada awalnya Naufal melakukan eksperimen pada pohon manga dan ternyata hasil yang diberikan tidak memuaskan.

Naufal juga dikatakan telah menghabiskan berjuta-juta rupiah untuk mencari pokok yang sesuai bagi menjana tenaga elektrik.

Difahamkan, Naufal juga berjaya memanfaatkan pokok kedondong di hadapan rumahnya. Penemuan Naufal itu didengari oleh kerajaan dan mendapat bantuan dana dari kerajaan.

Selain itu, Naufal juga turut dijemput untuk menghadiri acara sains.

"Di waktu kecil inilah kita harus meningkatkan ilmu dan mempelajari ilmu pengetahuan alam. " kata Naufal sebagaimana lapor Sefsed.

Menurut Naufal, ayahnya bekerja dalam bidang elektronik. Disebabkan itu dia banyak mengetahui tentang alat-alat elektronik.

Difahamkan juga, tenaga yang dihasilkan dari pokok terbabit masih lagi sederhana dan sangat-sangat bergantung pada tahap keasidan pokok.

Tonton video Naufal dibawah:

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
3 of 3 File(s)

Sun May 21, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perginya Sebutir Permata Jemaah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan rasa sedih dan pilu atas pemergian buat selama-lamanya, Prof. Dr. Mohd Khazani Abdullah, Pengarah Institut Strategi PAS.

PAS mengucapkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat yang mengenalinya, semoga diberikan kesabaran dan ketabahan.

Saya menyeru seluruh ahli PAS agar sama-sama mendoakan kebaikan dan kebahagiaannya di alam sana. Jasa dan pengorbanan almarhum akan terus dikenang oleh ahli-ahli PAS.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG?
Presiden PAS
Bertarikh: 23 Syaaban 1438H / 20 Mei 2017M

79 ahli PAN sertai semula PAS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"SAYA dijemput hadir pada program jamuan laksa di Kampung Kebakat II tahun lepas. Tengok-tengok pada program itu ada Pengerusi PAN Kelantan.

"Ada pula bendera warna oren yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Ada orang minta nombor kad pengenalan untuk diberi bantuan. Beberapa bulan kemudian, nama saya keluar sebagai ahli PAN," kata Mohd Radzi Awang Kechik, 45.
Katanya beliau tidak diberi tahu program jamuan laksa itu anjuran PAN kerana ada orang suruh datang.

"Sebagai bilal masjid saya pergi kalau ada orang jemput. Orang Umno minta sembelih lembu pun saya pergi. Tapi di majlis anjuran PAN mereka minta IC pula," ujarnya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai semula PAS di Kampung Kebakat, Tumpat malam tadi.

Beliau bersama 34 rakan-rakan kalangan penduduk Melayu di Kampung Kebakat menyertai semula PAS. Selain itu 45 penduduk Cina dari Taman Sri Kebakat juga kembali ke pangkuan PAS diketuai Loke Kuan Seong.

Mereka menyerah borang kepada Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad pada program ceramah di kampung tersebut. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Ustaz Wan Ruslan Wan Hamat.

Biarpun hujan agak lebat sejak menjelang Maghrib sehingga program ceramah berakhir, namun orang ramai dalam kalangan penduduk tempatan ramai yang hadir.

Kenderaan diparkir di kiri kanan jalan dan kawasan lapang tempat berlangsung ceramah.

Mohd Radzi mengakui pada awalnya terpengaruh dengan pujukan pemimpin PAN yang mendakwa mereka juga parti Islam.

Beliau juga diberi peranan mendapatkan kad pengenalan penduduk bagi membolehkan mereka diagih bantuan.

"Ada orang PAN yang menyamar sebagai penyokong PAS mendapatkan kad pengenalan penduduk untuk membolehkan mereka menjadi peserta Ladang Rakyat.

"Orang PAN juga akan masuk kedai kopi tempat orang PAS berhimpun bagi menghasut mereka dengan pelbagai fitnah," katanya.

Radzi berkata, beliau tidak tahan lagi untuk terus berpura-pura dengan masyarakat sehingga ramai yang memulaunya.

"Jadi malam ini saya terpaksa bercakap di hadapan orang ramai dan meminta maaf kepada mereka terhadap tindak tanduk saya sebelum ini," ujarnya.

Seong, 63 juga mengakui beliau terpengaruh dengan hasutan pemimpin PAN sehingga menyertai parti itu sebelum ini.

Katanya selepas beberapa bulan bersama dengan parti itu, beliau melihat perjuangan mereka tidak jelas dan tiada hala tuju.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai penghulu tanpa mukim Dun Wakaf Bharu, namun terpengaruh dengan ajakan pemimpin PAN sehingga menyertai mereka seketika.

"Selepas sedar terhadap tindak tanduk PAN, saya bersama keluarga dan rakan-rakan kembali semula ke pangkuan PAS bagi mempertahankan Dun Wakaf Bharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. – HARAKAHDAILY

BERJASA Sertai Gagasan Sejahtera Bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) akan mengumumkan untuk menyertai pembangkang blok ketiga iaitu Gagasan Sejahtera bersama-sama dengan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) malam Khamis.

Keputusan itu dinyatakan Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut dan akan diumumkan secara rasmi di hadapan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan serta Presiden Ikatan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Penyertaan Berjasa itu menjadikan parti politik di Malaysia kini mempunyai tiga blok iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera.

Sudah tentu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini bertambah meriah dengan kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PPBM yang sebelum ini dipanggil Parti Bersatu memilih untuk bergabung dengan PH iaitu bersengkokol bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Presiden Parti BERJASA, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut (tengah) berganding bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (kiri) dan Setiausaha Agung Parti Ikatan, Tengku Muzafar Tengku Zaid (kanan) semasa sidang media di Sierra One, Selayang
Menurut Mustapa Kamal, penyertaan Berjasa bersama PAS dan Ikatan telah menjawab segala teka-teki sebelum ini kenapa ada beberapa pertemuan antara wakil Berjasa dengan PAS.

Katanya, Berjasa telah mempertimbangkan untuk mengambil bahagian pada PRU14 ini dan mengintai lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor yann diyakini dimenangi parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau belum berbincang dengan rakan gabungannya, Pas dan Ikatan mengenai kerusi pilihan raya itu, tetapi akan men

PCM berhasrat untuk sertai Gagasan Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat keputusan untuk menjalinkan hubungan dan berganding bahu dengan parti Islam PAS dalam usaha untuk menumpaskan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, menganggap bahawa PAS antara salah satu parti yang paling lama dalam dunia politik, PCM yakin bahawa PAS kini adalah sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Kematangan dan kekuatan PAS dapat dilihat melalui kerja keras yang ditunjukkan jentera parti sehingga mereka mampu untuk mengekalkan pentadbiran negeri Kelantan dan membentuk negeri tersebut mengikut acuan mereka yang tersendiri.

PCM juga komited mahu berganding bahu bersama PAS bagi membasmi masalah rasuah di Pulau Pinang, lantas mematahkan kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan pemimpin Utamanya yang kini didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah.

Selain itu, PCM juga turut mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti yang jauh lebih bersih dan tiada masalah rasuah dikalangan para pemimpinnya. PCM sangat yakin bahawa jentera PAS mempunyai daya tahan yang semakin kuat dan utuh.

PCM melihat bahawa PAS umpama jambatan kepada kejayaan dan Pakatan Harapan pasti akan patah sebelah kaki sekiranya tiada kerjasama dari PAS. Tengok jela bagaimana perkembangan Pakatan Harapan sejak ketiadaan PAS, kucar-kacir dan berantakan.

Tambahnya, pihak mereka bersedia dan menghormati perjuangan yang diketengahkan PAS memandangkan parti tersebut memperjuangkan agama Islam. Mereka tidak mahu menjadi seperti DAP yang gagal untuk menghormati PAS dengan baik dan hanya mahu parti tersebut mengikut segala telunjuk mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, PCM turut mengutuk tindakan DAP yang suka mengambil kesempatan diatas kebaikan PAS, selain mengakui bahawa DAP kini turut menjadi musuh mereka. PCM mengutuk keras sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Dalam perkembangan lain, PAS dengan berbesar hati membuka pintu kepada PCM berkenaan kesediaan untuk menjalinkan kerjasama dengan parti islam tersebut khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum kali ke-14 akan datang.

PHM mahu bersama Pas dalam Gagasan Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Parti Harapan Malaysia (PHM) mahu menyertai kerjasama politik Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dalam Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

imbalan Presiden Penaja PHM, Johari Musa bagaimanapun berkata, pihaknya masih kecewa kerana pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan penubuhan parti berkenaan.

Jelasnya, surat permohonan untuk penubuhan PHM juga sudah dikemukakan sejak 10 Disember 2015 namun sehingga kini statusnya masih belum diluluskan.

"Kami juga telah bertemu serta berbincang secara tidak rasmi dengan pihak-pihak tertentu terutama dengan beberapa pemimpin Pas Pusat dalam memastikan atau lebih tepatnya untuk PHM menyertai Gagasan Sejahtera menjelang PRU nanti.

"Pemimpin tertentu dari Pas juga sangat berharap PHM dapat segera menyertai Gagasan Sejahtera sebagai pengganti PKR yang kini telah diputuskan hubungan mereka dengan Pas," katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Pada tahun lepas, Pas mengumumkan kerjasama politik bersama Ikatan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu dipersetujui bersama antara kedua-dua parti dalam mesyuarat bersama pada 2 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu tegas Johari, ramai pemimpin serta ahli PKR hanya menunggu masa untuk keluar dari parti itu yang dianggap menjadi hamba kepada DAP.

"Ramai di kalangan ahli tidak menyangka PKR sanggup mengkhianati rakan baik mereka iaitu Pas demi menjaga hati DAP.

"Oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada rakan-rakan termasuk pemimpin PKR agar menyertai PHM selepas parti ini diluluskan kelak.

"PHM ditubuhkan untuk menggantikan PKR, kami ingin nyahkan PKR dalam dunia politik di negara ini," jelasnya.

Bagaimanapun, Johari tidak mendedahkan siapa individu yang menjadi Presiden Penaja PHM.

"Saya akan dedahkan pada masa akan datang. Kami juga dalam proses perbincangan dengan tokoh tertentu untuk diangkat sebagai penasihat parti," katanya.

Pada 11 Mei lepas, Majlis Syura Ulama Pas mengesahkan parti itu akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR dibuat atas tiga alasan.

Ia termasuk tindakan PKR tidak menyokong pindaan RUU355, membuat kenyataan berbentuk serangan terhadap pimpinan Pas dan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan Pas terutama ketika pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Bekas-Bekas Ahli PKR Akan Umum Parti Baharu Esok

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Sebuah parti baru akan diumumkan esok terdiri daripada bekas ahli PKR yang kecewa dengan politik kotor sedang berlaku dibawah pemerintahan Presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Satu jemputan media juga sudah diedarkan bagi menghadiri pengumuman penubuhan parti berkenaan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur jam 11 pagi, Sabtu.

Bagi mendapatkan pengesahan, Malaysian Digest menghubungi wakil kumpulan berkenaan Johari Musa yang mendakwa parti itu akan disertai ahli PKR pro bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid dipecat oleh PKR pada 2013, menerusi agenda Langkah Kajang ekoran enggan menuruti perintah PKR untuk melepaskan jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.

"Apabila pemecatan Tan Sri Khalid dahulu, lebih kurang 41% orang PKR tidak sebulu (bersetuju) dengan keputusan parti. Jadi mereka tidak lagi mengikuti PKR dan menjadi penyokong bebas seperti Tan Sri Khalid secara senyap.

"Kami membentuk suatu kumpulan dan kami bersetuju untuk menubuhkan satu platform bagi menggantikan PKR sekarang yang sudah runtuh.

"Mereka terdiri daripada penyokong PKR seluruh Malaysia," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Sehinnga parti tersebut ditubuhkan, masih terlalu awal untuk menjangkakan nilai dan kekuatan pengaruhnya untuk mencabar PKR yang turut bernaung dibawah Pakatan Harapan bersama PAN, DAP serta parti Dr Mahathir, PPBM.

Ujar Johari, parti baru ini dijangka akan berganding bersama Gagasan Sejahtera – blok ketiga pembangkang menggabungkan PAS bersama Parti Ikatan.

"Kemungkinan apabila diluluskan kelak, kami akan bergabung dengan Gagasan Sejahtera.

"Kita akan pelawa Tan Sri Khalid sebab kami adalah penyokong beliau. Tan Sri Khalid sebagai ikon kami," jelasnya.

Diminta samaada ahli PKR daripada kem Azizah atau kem Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali akan turut serta, Johari berkata parti itu akan disertai semua ahli PKR seluruh Malaysia yang tidak lagi bersama kepimpinan sekarang.

"Kami cuma mahukan politik yang bersih dan tulen. Bukannya politik pecat-memecat atau baling-baling kerusi seperti yang berlaku ketika pemilihan PKR sebelum ini.

"Mereka yang tidak menyokong politik sebeginilah yang keluar dari PKR secara senyap," katanya lagi.

– mD

PKR Diambang Perpecahan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


SEBUAH parti baru diberi nama Parti Harapan Malaysia (PHM), yang dianggotai oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR sendiri, telah ditubuhkan sebagai salah satu alternatif untuk menggantikan parti pembangkang PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Pengerusi Kelab Akar Umi PKR, Johari Musa berkata, PHM mendakwa PKR sudah 'rosak teruk' di bawah pentadbiran sedia ada, malah mahu bergerak sebagai sebuah parti yang sah akan menyertai Gagasan Sejahtera bersama Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"PHM diwujudkan untuk menggantikan PKR, kami ingin nyahkan PKR dalam dunia politik di Malaysia."

"Kami melihat PKR telah rosak begitu teruk dan bertambah parah apabila (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (Datuk Seri) Azmin Ali dan (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri selaku pemimpin PKR bersikap rakus serta gila kuasa."

"Apabila ahli di bawah bersuara dan memberi cadangan atau meluahkan rasa kecewa di dalam mesyuarat, mereka akan dianggap sebagai pengkhianat parti dan dipecat sama seperti yang berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata Johari.

Menurut Johari yang juga bekas Ketua PKR Cabang Lembah Pantai, ramai dalam kalangan ahli PKR sedang menunggu masa untuk keluar daripada PKR bagi menyertai PHM.

Beliau menjangkakan lebih 35 peratus ahli PKR telah bersetuju untuk menyertai parti tersebut.

"Mereka beranggapan, PKR sekarang adalah 'macai' kepada DAP. Ramai tidak menyangka PKR sanggup khianati rakan baik mereka iaitu Pas demi menjaga hati DAP."

"Ahli PKR ramai yang mendesak bila PHM hendak ditubuhkan sebab mereka tak sabar nak keluar daripada PKR, mereka kini seolah tidak mempunyai parti walaupun tak umum keluar daripada PKR," jelasnya.

Justeru beliau menggesa Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk meluluskan segera PHM berikutan permohonan untuk menubuhkan parti berkenaan telah tertangguh sejak 6 Disember lalu.

Surat permohonan bagi menubuhkan PHM telah dikemukan kepada ROS pada pada 10 Disember 2015.

Sementara itu ketika ditanya siapakah bakal mengetuai PHM, Johari berkata, perkara itu akan diumumkan kemudian kerana Presiden Penaja kini berada di Mekah.

Bagaimanapun, beliau berkata, individu tersebut adalah dari kalangan pemimipin PKR terdahulu yang masih berada di dalam parti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dr Zakir Naik terima status kerakyatan dari Arab Saudi
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

PENDAKWAH perbandingan agama yang kontroversi berasal daripada India, Dr Zakir Naik dilaporkan telah menerima kerakyatan daripada negara Arab Saudi.

Zakir Naik sebelum ini dilapor dikehendaki oleh pihak berkuasa India di Delhi, dikatakan atas kesalahan melibatkan keganasan serta pengubahan wang haram.

Portal Middle East Monitor yang memetik sumber dari Arab melaporkan bahawa Raja Salman, bertindak memberikan kerakyatan kepada Zakir Naik bagi melindunginya daripada ditangkap oleh Organisasi Polis Antarabangsa (Interpol).

Bulan lalu mahkamah di India mengeluarkan waran tangkap ke 2 terhadap Zakir Naik, berhubung dakwaan kononnya beliau terlibat dengan kesalahan berkaitan keganasan dan pengubahan wang haram.

Zakir Naik yang kebetulan pada waktu itu sedang berada di luar negara dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak kembali ke negara asalnya sebaliknya terus menetap di Malaysia di mana beliau telah mendapat status 'penduduk tetap' yang dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia kepada beliau 5 tahun yang lalu.

Pendakwah berumur 51 tahun itu dikatakan telah meninggalkan negaranya sejak tahun lalu bagi mengelakkan dirinya daripada ditangkap oleh pihak berkuasa selepas salah seorang suspek serangan ganas di Dhaka telah mengaku mendapat inspirasi melakukan serangan tersebut daripada beliau.

Media di India melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu telah bertindak membatalkan pasport milik Zakir Naik, dan meminta pihak Interpol untuk mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Tujuan penarikan balik dokumen perjalanan milik Zakir Naik yang ketika itu berada di Arab Saudi, dipercayai untuk membolehkan pihak berkuasa negara itu menghantarnya pulang selepas beliau tidak lagi memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/dr-zakir-naik-terima-status-kerakyatan.html#ixzz4hcafJczC

Dr Zakir Naik Diberi Kewarganegaraan Arab Saudi
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot.

Dr Zakir Naik Diberi Kewarganegaraan Arab Saudi

RIYADH, 24 Syaaban 1438H, Ahad – Pendakwah Islam terkenal berasal dari India, Dr Zakir Naik diberi kewarganegaraan Arab Saudi oleh Raja Salman, baru-baru ini, lapor portal berita Middle East Monitor.

Portal berkenaan memetik sumber dari Arab memberitahu bahawa Raja Salman telah campur tangan untuk memberi kewarganegaraan kepada Dr Zakir, bagi melindungi beliau daripada ditangkap polis antarabangsa (Interpol), berikutan waran dikeluarkan oleh India atas tuduhan keganasan.

Bulan lalu, mahkamah India mengeluarkan waran tangkap kedua terhadap beliau atas tuduhan berkaitan pembabitan dalam keganasan dan pengubahan wang haram.

Ketika waran tangkap itu dikeluarkan, beliau dilaporkan berada di Malaysia. Sebelum ini, Kuala Lumpur memberi taraf penduduk tetap (PR) kepada beliau sejak lima tahun lalu, bukannya taraf kerakyatan.

Dr Zakir yang berusia 51 tahun meninggalkan India tahun lepas, bagi mengelak ditahan selepas beberapa pelaku keganasan dalam serangan di Dhaka mendakwa mendapat inspirasi daripada beliau.

Media India melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu membatalkan pasportnya bagi memastikan beliau pulang ke India dan meminta Interpol mengeluarkan rawan tangkap terhadapnya.

Portal berkenaan juga melaporkan Dr Zakir kini berpindah ke Arab Saudi.

Pejabat pasport di Mumbai yang tidak menjangka bahawa Arab Saudi akan memberi kewarganegaraan kepada Dr Zakir, telah membatalkan pasportnya, manakala mahkamah khas pula mengeluarkan waran tangkap terhadap beliau.

Pada 2015, Dr Zakir menjadi salah seorang yang menerima anugerah daripada Yayasan Raja Faizal atas usaha gigihnya mempromosi Islam di seluruh dunia. Hadiah disampaikan oleh Raja Salman. – Agensi

https://www.middleeastmonitor.com/20170519-indian-terror-suspect-granted-saudi-citizenship/?platform=hootsuite

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 21, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Monday, 22 May 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: