Tuesday, May 16, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4735[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4735

Messages

Tue May 16, 2017 8:00 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TUAN GURU HAJI HADI AWANG BERJAYA JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

TUAN GURU HAJI HADI AWANG BERJAYA JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG

Institut Jantung Negara,
16 Mei 2017.

YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.

48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.

Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh ;

Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,

Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.

Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.

Sekian.

Terjemahan dan Edaran
Oleh : Lajnah Penerangan PAS Pusat

IJN: Hadi selamat jalani pembedahan, kini dalam rawatan rapi
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap (valve replacement) di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

IJN dalam kenyataan berkata, presiden PAS itu kini dalam unit rawatan rapi (ICU) bagi pemerhatian rutin pasca-pembedahan selama beberapa hari.

"48 jam seterusnya adalah tempoh paling genting bagi rawatan pasca-pembedahan dan beliau akan diletakkan di bawah pemantauan rapi oleh pasukan doktor dan jururawat," kata kenyataan itu.

Hadi semalam dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital di sini dan akan menjalani rawatan intensif mulai hari ini.

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebanyak 2 kali pada tahun lalu, iaitu pada Januari untuk rawatan rutin dan Oktober untuk rawatan susulan.

Terkini!!! Alhamdulillah.. Tuan Guru Presiden Selamat Jalani Pembedahan Ganti Injap Jantung
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

IJN dalam satu kenyataan ringkas berkata pembedahan selama tiga jam itu diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.

"Ketika ini, Abdul Hadi ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai rutin dalam pembedahan bedah jantung.

"Doktor berpuas hati dengan pembedahan itu yang berjalan seperti yang dijangkakan. Setakat ini parameter penting beliau adalah stabil.

"Doktor telah menasihatkannya supaya tidak menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat," kata kenyataan itu.

IJN menyebut tempoh 48 jam akan datang adalah penting selepas pembedahan, dan berkata Abdul Hadi akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat.

Menurut IJN, pembedahan itu adalah mengikut jadual kerana Ahli Parlimen Marang berusia 69 tahun itu mempunyai "tanda-tanda injap jantung yang bocor".

"Keadaan ini menjejaskan aktiviti harian beliau," katanya.

Semalam, setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan intensif berkenaan.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, May 15, 2017 11:04 PM
Subject: Fw: Doakan Semoga Urusan Rawatan Intensif TGHH Dipermudahkan Allah

Doakan Semoga Urusan Rawatan Intensif Ayah Chik TGHH Dipermudahkan Allah

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Makluman Media - Isnin 15 Mei 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017.

Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, dikurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.

Maklumat rasmi dari parti akan disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya. Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Tuan Ibrahim pangku tugas presiden PAS Sehingga Pembedahan Selesai dan Sihat

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau selesai menjalani rawatan insentif berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

"Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat. Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa," katanya kepada Malaysiakini.

Ssetiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.

Katanya, kepimpinan PAS mengajak ahli dan penyokong parti itu supaya berdoa dan menunaikan solat hajat agar Abdul Hadi selamat menjalani rawatan berkenaan.

Tuan Ibrahim dalam pertemuannya dengan Abdul Hadi pagi tadi, berkata, ahli parlimen Marang itu kelihatan ceria dan sempat bergurau dengannya.

"Saya jumpa dia pagi tadi keadaan dia sangat baik, sihat dan ceria dan sempat bergurau," katanya.

PAS bagaimanapun enggan menamakan hospital mana rawatan akan dijalankan.

Tuan Ibrahim turut berkata parti itu akan mengeluarkan maklumat dari semasa ke semasa.

"Status kesihatan dia akan dimaklumkan setiap hari dan parti akan buat kenyataan rasmi pada 18 hari bulan ini," katanya.

Abdul Hadi dilaporkan semakin uzur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oktober tahun lalu, akibat jadualnya yang ketat, beliau terpaksa dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan susulan biasa dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Bagaimanapun, sebulan kemudian, iaitu pada November lalu, beliau dimasukkan pula ke sebuah hospital di Terengganu selepas mengadu keletihan.

Pada Mei 2015, Abdul Hadi dirawat di sebuah hospital di Istanbul selepas mengadu sesak nafas semasa lawatan beliau ke Turki.

Beliau juga dilaporkan terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital pada bulan April 2008 kerana diserang strok yang ringan.

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali memberitahu media beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS itu berhubung tindakan parti Islam untuk memutuskan hubungannya dengan PKR kerana Abdul Hadi dijadual menjalani pembedahan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pengeluar Tuntut Harga Gula Naik 40 Sen

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


BAGI mengaut keuntungan berlipat ganda, pengeluar gula MSM Malaysia Holdings bercadang untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

Lapor Projek MMO, permintaan untuk menaikkan harga barang kawalan itu adalah bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini, namun ia masih belum mendapat kata putus daripada kerajaan.

Presiden kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) dan ketua pegawai eksekutif Datuk Zakaria Arsha berkata, harga gula mentah yang tidak stabil dan ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.

"Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram," katanya.

1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013. -MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tolong Sebarkan Video Saya Sehingga Sampai Ke Pihak Atasan," Bapa Runsing Anak Baru Lahir Alami Masalah Jantung Tidak Diterima Hospital Di Riyadh
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah memaparkan seorang lelaki telah membuat naik sebuah video di mana di dalam video berkenaan memaparkan rayuan beliau selepas anaknya yang sakit belum terbela.

Video yang dimuatnaik oleh Ahmad Syihan Ismail yang merupakan pelajar Malaysia di Arab Saudi menyatakan anaknya yang baru selamat lahir dengan normal dan selepas lima hari dilahirkan anaknya itu telah mengalami masalah saluran jantung ke paru-paru tersekat.

Bagaimana pun sehingga kini nasib anaknya belum terbela kerana tiada hospital di Riyadh yang mahu memberikan rawatan kepada anaknya itu, jadi beliau menghasilkan video berkenaan supaya sampai kepada kerajaan Malaysia untuk membantunya.

Berikut adalah video dan pesanan beliau.

PANGGILAN PENTING

Assalamualaikum, saya memohon respon kepimpinan tertinggi Malaysia atas video rakaman saya ini.

Hari Rabu yang lepas 10/5, isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat di Hospital Al-Yamamah, Riyadh, Arab Saudi. Kemudian s11/5 pihak doktor melakukan ultra sound selepas melihat gejala cynosis pada anak saya, dan keputusan mendapati anak saya mengalami saluran jantung ke paru-paru tersekat.

Justeru satu keputusan dicapai untuk segera dipindahkan ke hospital pakar di riyadh untuk melakukan pembedahan segera.

Tapi sudah hari kelima, belum ada mana-mana hospital pakar menerima anak kami untuk rawatan.

Justeru saya memohon dengan kuasa diplomasi kerajaan Malaysia dapat menyegerakan rawatan ini, sama ada rawatan sementara kemudian hantar balik ke Malaysia atau rawatan sepenuhnya disini.

Saya Ahmad Syihan Bin Ismail, pelajar tahun dua Universiti Al-Imam Riyadh, boleh dihubungi melalui whatsapp: 0199536581 atau panggilan telefon : +966557951328.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:04 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Terhadap Saya

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Saya baru saja dihubungi oleh seorang wartawan Malaysiakini yang memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh, sedang membuat laporan polis terhadap saya di atas komentar saya bertajuk "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP" pada 10 Mei lalu.

Wartawan Malaysiakini ini meminta pengesahan bahawa saya adalah penulis asal komentar yang mengulas kandungan buku Hannah Yeoh bertajuk "Becoming Hannah" ("Menjadi Hannah") yang diterbitkan semula oleh beberapa pihak lain dan meminta reaksi saya ke atas laporan polis ini.

Di bawah ini adalah reaksi awal saya ke atas laporan polis Hannah Yeoh seperti yang dimaklumkan kepada wartawan Malaysiakini ini:

"Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu."

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan."

"Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik."

FB
Kamarul Yusoff

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, May 14, 2017 11:50 PM
Subject: Fw: Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Kristian

Buku Speaker DUN Selangor Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Kristian

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya 'Becoming Hannah' mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.

"Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

"Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk "Becoming Hannah" ("Menjadi Hannah") adalah salah satu bukti nyata mengenainya," katanya dipetik satu kenyataan.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan perlu kekal dengan pentadbiran sekular.

Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara habis-habisan.

"Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

"Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian," katanya.

Dr Kamarul Zaman dalam pada itu turut melampirkan beberapa petikan didalam buku pemimpin DAP itu bahawa parti terajuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu sebenarnya bukanlah pejuang sekular, tetapi penentang agama Islam.

Muka Surat 23

Muka Surat 89

Muka Surat 108

Muka Surat 110

Kenyataan oleh Hannah ini kata Dr Kamarul Zaman, bukti bahawa prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata.

"Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian tidak mengapa," ujarnya.

Tambahnya, buku berkenaan bukan sahaja disokong oleh felo paderi Kristian dalam dan luar negara, tetapi juga ahli parlimen pembangkang dari parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

"Buku bukan sahaja ini diendorse (disokong) oleh Senior Pastor, DUMC, Petaling Jaya, Dr Daniel Ho; Senior Pastor, Skyline SIB, Kota Kinabalu, Dr Philip Lyn, dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, tetapi yang turut diendorse juga oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib," katanya lagi. – MalaysiaDigest

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Back to School" Gelagat Guru-Guru Kembali Sarung Baju Sekolah Cuit Hati netizen
siakapkeli.my

Foto: RUSHDAN MANAN

Hari guru adalah yang begitu indah bagi seorang guru, mana tidaknya selepas berhempas pulas menabur budi dan ilmu kepada anak muridnya, pada hari guru yang disambut 16 Mei setiap tahun mereka ini akan dirai.

Ada antara mereka akan menerima pelbagai hadiah daripada anak-anak murid kesayangan walaupun bukan dipinta, jadi tidak salah hari berkenaan digunakan mereka untuk melepaskan perasaan dengan sedikit berhibur.

Admin kongsikan kali ini adalah sambutan hari guru yang cukup meriah berlaku di Sekolah Kebangsaan Gita Kuching, dengan teman "Back to School", guru-guru berkenaan kembali menjadi murid dengan hadir ke sekolah memakai pakaian sekolah.

Jom kita lihat gelagat mereka ini.

Tahukah anda, tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. - Siakapkeli.my

Sumber: RUSHDAN MANAN Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Awas Parasit Dalam Sushi - Pakar
siakapkeli.my

Peningkatan populariti sushi mungkin menjadi penyebab kepada kenaikan kes jangkitan parasit, amaran doktor.

Peminat makanan Jepun itu diberi peringatan agar sentiasa peka dengan bahaya tertelan parasit daripada ikan mentah atau tidak masak.

Amaran itu timbul selepas satu kes dimana larva ditemui melekat di lapisan usus seorang lelaki Portugal berusia 32 tahun.

Menulis di dalam British Medical Journal, pakar berkata lelaki itu mengalami sakit perut, muntah-muntah dan demam selama seminggu.

Ujian darah menunjukkan lelaki itu mengalami keradangan, dan kawasan di bawah rusuknya didapati membengkak.

Bagaimanapun, doktor hanya mengesyaki kes itu mempunyai kaitan dengan anisakiasis apabila lelaki terbabit berkata dia ada memakan sushi baru-baru ini.

Anisakiasis adalah penyakit parasit yang disebabkan oleh anisakid nematodes yang boleh menceroboh dinding perut atau usus manusia. Ia berlaku apabila larva yang dijangkiti ditelan dari ikan atau sotong kurang masak ataupun mentah.

Doktor kemudiannya melakukan endoskopi terhadap lelaki itu, dengan memasukkan tiub panjang bersama kamera ke dalam perut.

Seperti yang dijangka, mereka menemui larva parasit terbabit melekat di dinding perut yang sudah membengkak itu.

Selepas ulat itu dibuang menggunakan sejenis jaring khas, simptom yang dialami mangsa berhenti serta-merta.

"Kes seperti ini semakin meningkat di negara-negara barat.

"Perubahan dalam tabiat makanan menjadikan anisakiasis (sejenis penyakit) semakin meningkat di negara-negara Barat. Pesakit yang mempunyai sejarah pengambilan ikan mentah atau tidak dimasak terdedah dengan risiko penyakit ini," kata laporan itu.

Sumber: Standard.co.uk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kerjasama PAS dan PCM ?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

1. Kita semua tahu bahawa PAS adalah diantara sebuah parti yang lama selain UMNO, kewujudan PAS didalam landskap politik Malaysia boleh dianggap mereka sebuah parti yang matang dan mempunyai kekuatan politik tersendiri.*

2. Kekuatan PAS terbukti apabila mereka mampu mengekalkan negeri Kelantan sehingga ke hari ini dibawah pentabiran PAS yang terbukti mampu mentabir negeri dengan mengikut acuan sendiri.

3. Kita semua sedia maklum dengan kerja kerja kerakusan DAP di Negeri Pulau Pinang dan Pemimpin Utamanya juga telah didakwa di Mahkamah sedangkan kalau di banding dengan DAP, PAS adalah sebuah Parti yang jauh lebih bersih tiada masalah Rasuah dikalangan pemimpin nya.

4. Selain itu PAS jugak antara parti yang mempunyai kemampuan jentera parti yang baik apabila tiba setiap kali musim PRU atau PRK, tanpa PAS pakatan umpama patah kaki sebelah dan ini terbukti serta kita dapat lihat dengan jelas dalam perkembangan setahun dua ini.

5. PAS sememangnya sebuah parti islam dan PAS jika tidak bercakap dan memperjuangkanya apa yang PAS hendak perjuangkan kerana ianya adalah asas penubuhan PAS namun PAS tidak tertutup untuk kerjasama dengan mana-mana parti lain yang berbilang bangsa ini terbukti dengan adanya kelab penyokong PAS yang terdiri daripada bukan islam, hari ini PAS cuma mempertahankan perjuangan parti mereka dan kita harus menghormati objektif itu.

6. Yang bermasalah adalah DAP yang tidak mampu menghormati PAS dengan baik dan mereka mahu PAS ikut terlunjuk DAP dan itu tidak mungkin terjadi kerana PAS mampu berdiri diatas kaki sendiri, jadi kerjasama yang baik hendak lah dijalinkan atas rasa hormat menghormati yang tinggi terhadap fundamental parti masing-masing.

7 PCM tidak seperti DAP yang suka ambil kesempatan terhadap sesiapa sahaja, PCM adalah sebuah parti bebas yang tidak terlibat dalam mana - mana perikatan mahupun gabungan parti politik dan PCM terbentuk atas dasar cintakan negara kita Malaysia yang aman dan makmur seperti hari ini dan PCM menghormati perjuangan PAS.

8. Jadi kenapa PCM tidak boleh bekerjasama dengan PAS?. Sudah pasti PCM boleh kerana kami ada rasa hormat menghormati pada asas perjuangan parti masing-masing, malah PCM dan PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh memberi kelebihan kepada kedua - dua pihak.

9. Sementara itu PCM dan PAS berkongsi musuh yang sama iaitu DAP malah sebenarnya sikap DAP yang rasis chauvinis dengan jelas dan terang menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

10. Sesuatu yang pasti PCM tidak bersikap hipokrit seperti DAP. Justeru itu kami PCM tidak keberatan untuk menjadi sahabat baik kepada PAS bagi memperjuangkan kebenaran dan membina sebuah negara yang sejahtera. Maka satu gabungan antara "Multi Racial Party" iaitu PCM bersama PAS "Islamic Party" adalah sesuai

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Kenyataan Media

13 May 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue May 16, 2017 8:05 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Budak Sekolah Rendah Dipuji Kerana Cubaan Berani Menyambut Kanak-Kanak Jatuh Dari Tingkat 3
siakapkeli.my

Seorang pelajar kelas enam menerima pujian dari netizen di China kerana usahanya untuk cuba menyambut seorang kanak-kanak dua tahun yang jatuh dari tingkat tiga bangunan - biarpun dia gagal membuat sambutan itu.

Kanak-kanak berusia dua tahun itu mencuri tumpuan penduduk di kejiranan di Xingyang, wilayah Henan apabila memanjat untuk membuka tingkap di tingkat tiga dan menjerit 'mama!'.

Orang ramai lalu lalang di kawasan tersebut cuma mampu melihat sahaja tindakan kanak-kanak itu terjatuh ke hadapan dari tingkap terbabit melainkan seorang pelajar kelas enam tersebut yang dengan cepat bertindak.

Pelajar berkenaan berlari ke arah kanak-kanak itu sambil membuka tangannya untuk cuba membuat sambutan.

Bagaimanapun, cubaan itu gagal kerana dia tidak sempat sampai di titik yang sepatutnya dan kanak-kanak itu mendarat dia atas motosikal skuter yang diletakkan di kawasan berkenaan. Kanak-kanak itu digegaskan ke hospital dan ajaibnya, doktor berkata, budak dua tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Biarpun dia gagal menyambut kanak-kanak itu, saya masih berikan dia ibu jari kerana kebaikan dan keberaniannya!" tulis seorang pengguna Weibo.

Tonton video itu dibawah: (Bahagian budak itu jatuh telah dikerat kerana mungkin tidak sesuai ditayangkan).

Sumber: Shanghaiist

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue May 16, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Wednesday, 17 May 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: