Sunday, May 14, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4733[4 Attachments]

12 Messages

Digest #4733
1
Fw: Noh Omar manusia paling kecewa by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
8
10
11a
Fw: Berita Jenayah by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Sun May 14, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Noh Omar manusia paling kecewa, dakwa PAS Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
FMT Reporters

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, kenyataan Noh yang mempertikai pendirian PAS juga ibarat "meludah ke langit".

PETALING JAYA: PAS Selangor membidas Tan Sri Noh Omar, yang melabel parti itu sebagai tidak bermaruah kerana masih kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun hubungan kerjasama politik dengan PKR ditamatkan, dengan menyifatkan beliau sebagai "manusia paling kecewa."

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, kenyataan Noh selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Umno negeri, bahawa PAS Selangor 'dayus' adalah ibarat "meludah ke langit".

Kata Sallehin, kenyataan itu juga menggambarkan kekecewaan Noh kerana gagal memecahkan kerajaan Selangor seterusnya menarik PAS untuk bersama Umno.
Sehubungan itu kata Sallehin, Noh sepatutnya melihat Umno dan BN Selangor sendiri yang terus menikus dan mendayus terhadap kelemahan kerajaan persekutuan.

"PAS terus kekal dalam kerajaan Selangor pada hari ini kerana menunaikan hak yang diberikan oleh rakyat dan kematangan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini.
"Perbezaan yang ada antara parti adalah kelebihan kerajaan negeri yang ada pada hari ini terutama dalam mengambil kira maslahah rakyat dan memberikan perkhidmatan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Dalam respons beliau kelmarin, Noh melabel PAS Selangor sebagai parti "tidak bermaruah" dan oportunis kerana masih mahu berada dalam pentadbiran kerajaan Selangor walaupun kerjasama politik dengan PKR telah berakhir.
Noh berkata, alasan parti Islam itu untuk tetap kekal dalam pentadbiran Selangor kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah tidak munasabah.

Ini kerana katanya, mandat rakyat adalah berdasarkan manifesto DAP-PKR-PAS yang diterajui bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah dipecat.

"Kalau PAS kata PKR khianat syarat tahaluf siyasi, kenapa masih mahu berada dalam kerajaan Selangor? PAS dan PKR ibarat 'suami isteri' yang sudah bercerai, tapi masih mahu tinggal bersama…PAS sanggup jadi 'suami' dayus.
"Saya yakin ketiga-tiga anggota exco PAS ini tidak akan letak jawatan. Mereka mahu kekal menunjukkan mereka sanggup ketepikan perjuangan parti demi kuasa," katanya.

Noh juga tidak menolak kemungkinan tindakan PAS Selangor itu akan menyebabkan berlaku tindakan lompat parti dalam kalangan ahli PAS, adun atau exco kerajaan negeri daripada parti Islam itu.

Sallehin menambah, Noh perlu belajar tentang makna tahaluf dan taawun dan justeru, kejahilan untuk memahami perkara itu menyebabkan beliau minta exco PAS supaya meletakkan jawatan.

Tegas beliau, keterlibatan PAS dalam kerajaan adalah untuk bertolongan dalam kebaikan dan takwa.
"Sejarah telah membuktikan, di saat DAP memutuskan hubungan dengan Pakatan Rakyat, DAP melalui exconya tidak meletak jawatan.

"Bila masyarakat mempersoalkan, Lim Guan Eng menjawab yang DAP perlu terus berada dalam kerajaan supaya PAS tidak buat kerja jahat. Oleh sebab itu, PAS perlu terus berada dalam kerajaan dan exco mesti terus berkhidmat supaya PAS dapat buat kerja baik dan DAP tidak buat kerja jahat," kata beliau lagi.
Katanya, Noh juga perlu belajar sejarah kerana PAS satu-satunya parti kerajaan negeri yang tidak pernah buat pakatan dan kekecohan untuk menjatuhkan menteri besar.

"Di saat parti lain berpakat menjatuhkan Tan Sri Khalid, PAS tidak turut berpakat.
"Bukan kerana peribadi tetapi keharmonian dan kesejahteraan rakyat itu jauh lebih penting," kata beliau sambil menambah, apabila Datuk Seri Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar,
PAS terus teguh untuk meneruskan agenda menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat.
"Inilah PAS yang Tan Sri Noh perlu belajar daripadanya," kata beliau.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Percutian 31 Pelajar di Homestay Bertukar Mimpi Ngeri Selepas Mereka Diintip Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Air
siakapkeli.my

Petaling Jaya: Percutian yang membabitkan 31 pelajar universiti bertukar menjadi 'mimpi ngeri' buat mereka apabila mereka dirakam secara rahsia di bilik mandi.

MStar Online melaporkan, kumpulan terbabit; 23 wanita dan lapan lelaki; yang berusia sekitar 20-an itu tinggal di seebuah homestay di Selayang pada 9 Mei dalam satu percutian.

Salah seorang pelajar, Wong, terkejut apabila salah satu penyangkut di bilik mandi itu terjatuh selepas dia menyangkut tuala di situ.

Dia berasa tidak selesa apabila ternampak satu cip dan sesuatu yang menyerupai kanta kamera, lantas bertindak memberitahu rakan-rakannya.

Pelajar-pelajar berkenaan kemudian memeriksa bilik mandi lain dan terkejut apabila menemui peranti sama.

Laporan polis telah dibuat oleh salah seorang bapa pelajar di Balai Polis Selayang, sebelum membawa perkara itu kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong.

"Dia juga meminta bantuan juruteknik memeriksa peranti itu yang akhirnya dikenal pasti sebagai kamera pengintip," katanya.

Kata Chong, setakat ini pengendali homestay dan seorang pekerja asing telah disoal siasat polis.

Beliau menambah ini adalah aduan ketujuh yang diterima melibatkan kamera pengintip sambil mengingatkan pemilik yang menjadikan kediaman mereka sebagai homestay memastikan lokasi mereka 'bersih' daripada peranti seperti itu.

"Ia mungkin telah dipasang oleh seseorang dengan niat tidak baik, jadi lebih baik berjaga-jaga sebelum terkena," katanya.

mStar Online

Lebuhraya Sesak 8 Jam Akibat Lori Terbalik Lintang
siakapkeli.my

Tapah: Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) terpaksa menghadapi kesesakan jalan susulan kemalangan sebuah lori di Kilomter 324.2 selepas kawasan hentian Rehat dan Rawat Tapah pada awal pagi Sabtu.

Pemandu lori terbabit, yang berusia 27 tahun telah ditahan di bawah Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Menrut Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliau, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memandu lori dengan muatan pallet kayu yang dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

"Lori yang dipandunya kemudian melanggar penghadang jalan sebelah kiri sebelum terbalik di lorong kanan.

"Akibat kemalangan tersebut, berlakunya kesesakan lalu lintas di daerah Tapah hampir lapan jam," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan tinggal mak seorang diri kat kampung
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Baru-baru ini saya tengok satu iklan dalam TV kisah emak dan anak lelakinya. Iklan apa, saya tak pasti sebab jarang tengok TV. Mungkin juga disebabkan tumpuan saya pada gambar ibu yang sedang makan seorang diri atas meja kayu yang sederhana membuatkan saya terbayangkan keadaan yang sama pada emak kat kampung.

Saya rasa iklan itu ada kaitan dengan sambutan hari ibu yang sedang berlansung sekarang. Tapi mesejnya cukup jelas untuk kita semua ambil iktibar.

Dalam kisah pendek itu, yang anak lelaki dari keluarga berbangsa Cina, amat sibuk cari makan dan penuhi keinginan hidup. Dia ada masa makan dengan kawan-kawan, ada masa makan dengan boss, teman sekerja, pelanggan, ada masa dengan kesemua orang lain kat dunia ini, kecuali dengan ibunya sendiri.

Ibu kat rumah saban hari masak sendiri dan duduk makan seorang diri tanpa berteman. Dalam kisah itu mungkin bapa mereka sudah tiada dan tinggalah ibu seorang diri apabla semua anak-anak dah besar dan membawa haluan masing-masing.

Ibu tinggal seorang diri kat rumah
Bapak saya meninggal pada tahun 1982. Saya masih bersekolah menengah ketika itu di tingkatan dua. Sejak itu, mak keseorangan menjadi ibu tunggal membela serta membesarkan kami 3 orang adik beradik yang masih bersekolah. Abang yang dua orang lagi dah kerja.

Abang yang sulong dah mula kerja sebaik saja tamat tingkatan 5. Dialah yang menjadi tunggak kami sekeluarga apabila bapak sering tak sihat dan akhirnya meninggal dunia. Abang kedua pulak kalau tak silap saya masuk pulapol untuk jadi polis.

Tanpa bapak kat rumah, emak masih bertemankan kami seramai 3 orang. Abang nombor tiga, sekolah menengah dan adik saya sekolah rendah. Rasanya ketika itu mak lebih banyak menahan cabaran dan sabar melayan kerenah kami bertiga daripada sedih teringatkan bapak.

Begitulah kehidupan diteruskan sehingga kami semua membesar dan mula tinggalkan rumah seorang demi seorang. Akhir sekali mak tinggal seorang diri apabila adik saya yang bongsu berkahwin dan berpindah ke Langkawi.

Tinggal ibubapa kejar dunia
Kisah emak makan seorang diri dalam iklan yang saya cerita kat atas tu membayangkan keadaan emak kat kampung dulu. Berbelas tahun dia berada dalam keadaan yang sama. Tak pernah terlintas ketika itu betapa mak kesunyian saban hari siang dan malam masak sendiri dan makan seorang diri.

Tak hairanlah jika waktu hari-hari perayaan mak seronok bukan main. Dia masak tak berhenti bertungkus lumus terutamanya 3 hari sebelum raya. Dia buat kerja tak henti sehinggalah lewat malam ketika malam hari raya.

Dia tak merungut sedikitpun kepenatan. Kami ketika itu masih tak sedar diri dan masih tak dapat bayangkan nikmat punya mak yang macam itu yang tak pernah lekang kasih sayangnya pada kesemua anak-anaknya.

Walaupun dia marah, merajuk, membebel, mengata dan sebagainya pada anak-anaknya termasuklah pada menantunya semua sekali, itu bukan disebabkan kebencian. Sudah pasti hanya disebabkan apa yang dia jangkakan dari anak-anaknya, berbeza daripada apa yang dia lihat dan terima. Itu sahaja. Bukankah itu juga tanda kasih sayangnya ?

Yang dia paling sedih, adalah jika ada di antara anak-anaknya yang tak balik raya. Dia muram dan teringatkan anaknya yang tak balik itu. Walaupun seorang saja tak balik, itu sudah cukup untuk menurunkan tahap keceriaannya.

Apatah lagi jika anak yang tak balik itu disebabkan merajuk dan entah apa lagi. Bertambahlah pilu hati mak terkenangkan anaknya. Tak boleh kah buang sebentar rasa rajuk itu ke tepi dan balik layan mak sebentar yang sepanjang tahun duduk seorang diri dan makan seorang diri? tapi rasanya seorangpun tak sedar, sebab lebih melayan perasaan pentingkan diri sendiri berbanding emaknya yang dah tua.

Ukuran ekonomi hancurkan dunia
Kami semua hanyut dengan dunia masing-masing mengejar kehidupan sebagaimana yang ditakrifkan oleh masyarakat zaman ini. Zaman sekarang semua orang kejar status peningkatan tahap ekonomi. Pendapatan mesti sentiasa cukup dan ditingkatkan.

Sebabnya adalah kerana kerajaan juga mengejar peningkatan ekonomi. Saban tahun kita mengukur tahap perkembangan ekonomi negara. Jika peratusan kenaikan ekonomi meningkat, semua orang tepuk tangan. Jika menurun, semua cari jalan untuk lebih berkerja kuat lagi.

Sikap gila naikkan status ekonomi merebak turun ke bawah hingga menghanyutkan kesemua rakyat jelata. Kerja mesti direbut, tinggalkan keluarga, berkorban masa dan segalanya demi mengecapi nikmat kesenangan di hari depan.

Tapi semua orang tahu. Tidak pernah ada satupun masa manusia yang mengejar status ekonomi dengan harapan akan senang satu hari nanti rasa aman dan puas hati dengan pencapaiannya. Ya, dia kaya, masa tua, dia ada rumah besar, tapi semua orang yang dia sayang terutamannya ibu bapa diabaikannya bertahun-tahun seorang diri.

Bila dia dah pencen nak mula jaga ibu atau bapa kat kampung, semuanya dah terlewat. Anak-anak pula buat macam mana dia buat kat ibu bapanya dan akhirnya dia keseorangan kat rumah. Kalau kedua pasangan masih ada taklah sunyi sangat. Tapi kalau salah seorang dah pergi, tentu amat sunyi sekali terasa.

Untuk tingkatkan tahap ekonomi, tahap produktiviti mesti sentiasa bertambah. Kalau kena jaga ibu kat kampung dan tinggal kat kampung saja, akan rugilah produktiviti negara. Apa salahnya cari Indon seorang dan biarkan dia jaga ibu dengan bayaran RM700 sebulan dan anak pergi ke bandar kerja besar. Kat bagus untuk peningkatan ekonomi negara ?, tapi kosnya adalah dengan menghancurkan hubungan keluarga.

Itulah yang saya dan keluarga dapat dan itulah yang ibu terpaksa terima.

Mak mula sakit dan hilang ingatan
Saya dah cerita bab ini masa mak mula dikesan hilang ingatan satu hari. Masa tu kami mula kelam kabut dan berusaha untuk pulihkan semula ingatan mak. Alhamdulillah mak sedar semula dan ingat seperti biasa.

Tapi dia tak boleh simpan memori baru dalam masa yang lama. Dia mudah lupa. Cerita lama masih segar dalam ingatannya. Tapi cerita baru dia sering lupa. Tapi tak apa sebab yang pentingnya dia dah ingat semula dan perlukan perhatian dari anak-anaknya.

Semuanya berubah sekarang. Mak dah tak macam dulu lagi. Tak boleh ingat nak masak masakan kegemaran anak-anaknya macam dulu dan tak boleh berdikari macam dulu lagi. Walalupun saya kerap juga balik masa mak masih ingat memasak sebelum itu, tapi rasa tak puas dan bertanya kenapa saya tak balik lebih kerap lagi masa itu. Masih tetap ada penyesalan dan masih rasa bersalah biarkan mak makan seorang diri masa itu hampir setiap hari.

Sekarang nak tinggal kat Langkawi dan hari-hari inginkan agar dia dapat balik tinggal kat rumahnya kat kampung semula. Tapi nak buat macam mana. Kami masih terikat dengan tuntutan dunia moden. Hanya boleh balik sekali sekala. Saya hanya mampu balik sebulan sekali ke Langkawiuntuk makan bersamanya dan duduk melayan perbualannya.

Dalam pada itu, masih ada juga yang tak ambil kisah peluang yang masih ada untuk bersama mak. Yang tak balik langsungpun ada kerana melayan rasa rajuknya. Dia hanya pikirkan dirinya sendiri dan bukan kepada perasaan ibunya.

Pada anda yang masih ada mak kat kampung, sila tonton cerita emak yang makan seorang diri tu. Dan ambillah peluang untuk elakkan mak dari makan seorang diri kat kampung. Buatlah sedaya mungkin supaya tidak menyesal kemudian hari.

Kalau boleh bagi yang ada peluang, hidupkan semula budaya tinggal ramai-ramai satu keluarga besar sekeliling kampung macam orang tua dulu-dulu. Persetankan ukuran budaya ekonomi mesti naik saban tahun seperti semua orang sedang buat sekarang ini di seluruh dunia. Walaun saya sendiri tak mampu lakukannya...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Azmin tidak pernah arah 3 exco PAS lepas jawatan, kata setiausaha politik

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Laporan media kononnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta 3 Adun PAS di Selangor melepaskan jawatan sebagai exco kerajaan negeri tidak benar sama sekali, kata setiausaha politik menteri besar Selangor.

Mat Suhaimi Shafie berkata, perkata itu tidak pernah berlaku.

"(Laporan Azmin minta 3 exco PAS lepas jawatan) memang tak betul, itu 'spin'. Sepanjang pengetahuan saya, ia tidak berlaku," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

The Star Online hari ini melaporkan Azmin meminta 3 wakil rakyat PAS di negeri itu melepaskan jawatan exco kerajaan negeri, ekoran keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan PKR, kelmarin.

Menurut laporan itu, Azmin membuat permintaan "mengejutkan" itu dalam mesyuarat 1 jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Zaidy Abdul Talib dan Pesuruhjaya PAS negeri yang baharu, Sallehen Mukhyi, semalam.

Laporan itu menyebut Azmin memberi jaminan PAS masih boleh menjadi sebahagian kerajaan negeri sejajar mandat kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, dengan mengekalkan jawatan sebagai ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, Azmin sudah membuat pendirian jelas semalam yang barisan exco kerajaan negeri sedia ada akan dikekalkan sehingga PRU14, sekali gus mengekalkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU13.

"Menteri besar telah memperjelaskan sepertimana yang dia (Azmin) sebut sewaktu di Rawang semalam (semua exco kerajaan negeri dikekalkan sehingga PRU14)," katanya sambil menambah, Azmin turut menjelaskan pendirian mengekalkan pentadbiran sedia ada kepada pimpinan PKR.

Semalam, Azmin ketika menghadiri Majlis Perasmian Masjid Perodua di Rawang dilaporkan memberi jaminan kepada Sultan Selangor yang barisan exco kerajaan negeri itu akan dikekalkan sehingga PRU14, sekalipun PAS sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Khamis lalu, badan tertinggi PAS – Majlis Syura Ulama membuat ketetapan untuk menamatkan kerjasama dengan PKR seperti yang diluluskan perwakilan pada Muktamar PAS ke-63, 30 April lalu di Kedah. Mereka menyenaraikan 3 pelanggaran dilakukan parti reformasi itu.

"Antara pelanggaran tersebut ialah tidak menyokong, malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355," kata Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh Zawawi, merujuk rang undang-undang persendirian dibawakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

"PKR juga dilihat bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan. Malah, menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar."

Azmin tak arah letak jawatan, kata exco PAS S'gor

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Exco Selangor dari PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk meletakkan jawatan daripada kabinet negeri tersebut.

Ketika ditanya mengenai perkara tersebut hari ini, Iskandar berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai laporan berita kononnya Azmin mengarahkan semua exco Selangor dari PAS meletak jawatan susulan terbatalnya kerjasama politik antara parti itu dengan PKR.

"Tidak, tidak ada arahan apa jua," kata Iskandar ketika ditemui di luar acara mesyuarat speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri 2017 di Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai kesahihan laporan The Star hari ini yang memetik Azmin menyeru tiga exco dari PAS untuk meletakkan jawatan, Iskandar berulang kali berkata, "Saya tidak tahu."

Apabila diasak jika laporan The Star betul, beliau berkata, "Saya tidak tahu. Tetapi saya tidak

menerima apa-apa (berita),".

Tambahnya, pertemuan dengan Azmin semalam adalah 'sangat baik'.

PAS akan urus kedudukan Exco Selangor secara bertertib, kata Zuhdi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM: PAS akan memastikan bahawa segala keputusan yang bakal diambil berkaitan kedudukan Exconya di Selangor diputuskan secara bertertib oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Zuhdi Marzuki menjelaskan, keputusan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR tidak melalui proses yang mudah, sebaliknya ia dinilai daripada segi dasar dan hukum oleh Majlis Syura Ulama.

"PAS buat keputusan untuk putus hubungan tahaluf ini secara tertib dan cermat. Ia bermula dengan desakan ahli akar umbi, kemudian dibawa kemuktamar, kemudian dinilai dari segi dasar dan hukum putus tahaluf ini oleh Majlis Syura Ulama.

"Sekarang untuk melaksanakan keputusan putus tahaluf itu akan dibincang secara masak oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Ia termasuklah tentang kedudukan exco di Selangor.

"Sebagai parti yang berdisiplin, semua keputusan yang dibuat oleh PAS adalah bertertib dan cermat," katanya kepada Antarapos melalui aplikasi Whats App.

Semalam Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan bahawa kedudukan tiga Exco PAS di Selangor kekal sehingga Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

Namun hari ini, memetik sumber The Star Online, Azmin berkata sebaliknya apabila meminta Exco berkenaan melepaskan jawatan mereka.

Permintaan mengejut Azmin itu dibuat semasa mesyuarat selama satu jam dengan Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib pagi semalam.

Tetapi PAS melalui Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertegas, Exconya hanya akan berundur jika mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KERUSI UNTUK GURU SEMPENA HARI GURU
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Sempena hari guru sehari dua lagi,saya paparkan keadaan kerusi guru disebuah sekolah kebangsaan diluarbandar.

Saya tak mau sebut namanya kerana tentu PPD,Pengarah akan melenting, Kementerian pun melompat,nanti yg jd mangsa gurubesar. Minta pada PPD dan jabatan,jawapannya tiada peruntukan.

Begitulah hakikat seorang guru yg menuntut ia berkorban berbagai perkara.Jika mereka pegawai kerajaan juga,mengapa dianak tiri hingga sedemikian.

Memang mudah menjawab tiada peruntukan,tetapi tidakkah mereka yg diatas merasa bertanggungjawab, apa kata jika pengarah,ketua sektor,ppd diberi kerusi ini untuk mengganti kerusi yg ada dipejabat mereka sekarang.

Tidakkah kerajaan merasa malu melihat pegawainya dikerusi seteruk ini.
Projek sedekah jariah ingin mengajak anda membantu membeli kerusi baru untuk mereka.

Mohon menteri dan seluruh bawal dan tenggiri di kementerian terasa,jangan fikir diri sendiri shj ,selesa diulit keempukan.Mohon maaf..

SELAMAT HARI GURU.

CIKGU ABD GHANI HARON

LINK FB > https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1261177890657641&id=100002963270241

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kisah 'Abang', Kucing Yang Pergi Buat Selamanya, Kerana Terlalu Merindukan Tuannya Yang Sudah Tiada
siakapkeli.my

Setiap insan semestinya ada hubungan istimewa, juga kenangan antara satu sama lain, tidak kiralah sesame manusia, atau haiwan kesayangan.

Kisah yang mendapat simpati, dan rasa sedih dari netizen ini, sudah cukup membuktikan bahawa jika kita memberikan kasih sayang kepada insan, atau pun kucing sekali pun mereka pasti akan menjadi teman kita buat selamanya.

'Abang', panggilan yang diberikan kepada kucing milik saudara Azreen MJ yang mana telah pergi buat selamanya baru-baru ini, akibat terlalu rindu akan tuannya, yang juga merupakan ayah kepada saudara Azreen.

Mari kita ikuti kisah yang boleh membuatkan air mata turut bergenang.

Gambar sebelum pergi ke kubur semalam.

11 Mei 2017

-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-

10 Mei 2017

Genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali kerahmatullah.

9 Mei 2017

Ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya.

Selesai solat. Aku berkata dengannya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya". Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.

Gambar ketika dikubur semalam. Melepaskan rindu.

Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.

Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.

Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal.

Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.

Nanti kat sana 'abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang.

Kucing bernama 'Abang'.
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.

Al Fatihah.

Gambar sebelum pergi ke kubur semalam

Gambar ketika dikubur semalam tengahari.

Gambar ketika di kubur semalam.

Siap baring menemani tuannya. Allahu

Siap ku kebumikan ia pagi tadi. Allahurobbi.

Begitulah, besarnya kasih sayang antara tuan, dan kucingnya. - Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Orang ramai merungut sampah bertimbun selepas Himpunan 71 tahun Umno
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

ORANG ramai merungut dengan keadaan sampah sarap yang bersepah-sepah di sekitar kawasan luar dan dalam Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur selepas Perhimpunan 71 Tahun Umno hari Khamis lalu.

Rungutan itu diluahkan melalui media sosial menyaksikan orang ramai mengkritik sikap peserta himpunan tersebut yang nampaknya seperti tidak kenal dengan tong sampah.

Selain itu, pihak penganjur himpunan terbabit juga dikritik kerana tidak mengambil inisiatif membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan oleh peserta selepas perhimpunan berlangsung.

Rungutan-rungutan yang boleh dilihat di media sosial turut disertai dengan kiriman puluhan gambar-gambar dan video keadaan sampah sarap tersebut yang disifatkan sebagai sangat mengecewakan.

Hasil tinjauan aku di media sosial dapat melihat rata-rata orang ramai melahirkan rasa terkejut dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun dan sangat mengecewakan.

Di bawah ini pula sebuah rakaman video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna media sosial yang kebetulan lalu di kawasan sekitar Stadium Bukit Jalil.

Sila klik button 'play' untuk menonton.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/05/orang-ramai-merungut-sampah-bertimbun.html#ixzz4h29g80TD

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sun May 14, 2017 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Polis Sahkan Wandy Terbunuh di Syria
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 8 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Ketua IS Malaysia, Muhammad Wanndy terbunuh dalam satu serangan di Raqqa.

Pengesahan itu dibuat oleh Khalid dalam Twitter sebentar tadi.

"Selepas meneliti inteligen yg diperolehi, @PDRMsia sahkan bahawa Muhamad Wandy telah terbunuh dlm satu serangan di Raqqa, Syria pada 29/4/17." kata Khalid.

Tragedi Muhammad Wanndy
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Tragedi Muhammad Wanndy. Saya peminat setia filem Melayu 70an sehingga awal 80an. Filem pada zaman itu memaparkan Malaysia yang lebih harmoni dan aman damai.

Satu ciri yang wujud dalam filem itu ialah idea yang belia patut berbakti kepada masyarakat.

Yahya Sulong, selepas membedal penjahat yang menjajah kedai kopinya dalam filem "Da Di Du", menasihati mereka supaya memperbaiki diri dan berbakti untuk masyarakat kerana "tenaga mereka amat diperlukan".

Tragedi Muhammad Wanndy. Konsep ini lenyap dalam filem 90an dan seterusnya. Mungkin kerana kesan ketiadaan pendidikan tatarakyat dan sivik di sekolah.

Konsep inilah yang, dalam fikiran saya, memberi satu tujuan hidup yang murni kepada belia Malaysia. Dengan ketiadaan konsep ini, muncullah orang seperti Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, pejuang IS Melayu yang dikatakan terbunuh minggu ini.

Wanndy yang hanya berumur 26 berasal dari Durian Tunggal, Melaka. Dia merancang beberapa serangan IS di Malaysia tetapi hanya satu serangan di sebuah kelab hiburan di Puchong "berjaya" mencederakan 8 orang.

Kekejaman Wanddy tidak kurang daripada pejuang IS warga Britain, Jihadi John, yang terkenal di Barat dengan video di mana dia memenggal kepala mangsa.

Jihadi John akhirya terbunuh. Wanddy juga menyiarkan video di mana dia memegang kepala seorang mangsa IS yang dikatakannya sebagai "anjing Parti Pekerja Kurd". Gambar ini yang kemudiannya dipadam oleh Facebook dikatakan sebagai Wanndy sebagai "gambar yang tercantik yang pernah dimilikinya".

Tragedi Muhammad Wanndy
Dia menafikan yang pejuang IS adalah kejam. Kononnya, mereka "hanya" menghukum sesiapa yang menentang "Daulah Islamiyyah" versi mereka.

Saya rasa, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama, akan sangat hairan kalau tidak pun terus jijk dengan retorik Wanddy. Kemanusiaan kita akan diuji apabila melihat manusia yang tidak bersalah dihukum dengan begitu kejam sekali.

Apakah jenis manusia yang dapat melakukan pembunuhan sebegini? Itulah tragedi Wanndy Jedi sebenarnya.

Jika difikirkan daripada segi kebijaksanaan, Wanddy boleh dikatakan seorang yang bijak. Mana tidaknya, dia dapat menggunakan perang psikologi untuk menawan minda orang dengan hanya menggunakan internet.

Pengebom kelab malam Movida di Puchong, Imam Wahyudin Karjono, 21, and Jonius Indie @ Jahali, 24, dipengaruhi untuk melakukan jenayah demikian walaupun tidak pernah bersua muka dengan Wanndy. Dengan hanya berkomunikasi melalui internet (Facebook dan Telegram menurut sesetengah laporan), Wanddy dapat meyakinkan mereka yang dakyahnya dapat membawa mereka ke pintu syurga.

Walau bagaimana kita membenci tindakan Wanndy itu, kita harus memperakui yang dia bukan calang-calang manusia. Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa.

Jadi persoalannya, apakah yang boleh mendorong orang yang mempunyai kebijaksanaan dan daya berkomunikasi luar biasa untuk melakukan jenayah sebegini?

Kalau kita teliti maklumat tentang Wanddy, kita akan dapati yang dia seorang "low profile" semasa zaman sekolahnya, kurang bercampur gaul dan dianggap sebagai kambing hitam dalam keluarganya sendiri.

Ini sebenarnya satu ciri yang sering kita dapati dalam biografi pengganas. Mereka kurang bercampur gaul, atau dalam bahasa Inggerisnya, "introvert".

Wanddy juga nakal semasa zaman remajanya. Kenakalannya begitu ketara yang ibu bapa di kampungnya tidak membenarkan anak mereka bercampur gaul dengannya.

Tragedi Muhammad Wanndy
Ini juga sebenarnya satu unsur dalam kisah hidup seorang militan. Mereka terkenal dengan sifat nakal yang ketara.

Perasaan rasa bersalah (guilt) ialah unsur yang menolong orang yang merekrut mereka untuk meyakinkan mereka "berjihad" di jalan Allah dan memerangi "kafir-kafir". Ia retorik mantap kepada mereka yang tidak memahami ajaran Islam yang sebenar.

Ini membawa kita kepada faktor ajaran agama di Malaysia. Adakah ianya mencukupi?

Wanndy melalui pendidikan agama yang sama dengan murid Islam yang lain. Pendidikan ini, walalupun mengajar murid cara mengamalkan agama dalam hidup, ia tidak melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan untuk berdepan dengan ideologi para militan.

Pelajar di sekolah tidak diajar mempersoalkan retorik militan, seperti mana mereka tidak digalakkan mempersoalkan pendapat imam mereka. Mereka menyangka imam mazhab mereka benar dan bukan dipengaruhi oleh budaya masing-masing.

Apa yang patut diwujudkan dalam pendidikan agama?

Pada saya, konsep sasaran. Murid perlu diajar yang agama itu mendorong kita kepada kejayaan yang berlipat ganda di dunia ini. Mereka perlu ditunjuk tempat di mana bakti mereka diperlukan oleh masyarakat.

Sumbangan mereka dalam bentuk masa dan tenaga bukanlah asing daripada ibadat, malahan ia sebenarnya ibadat yang dituntut Allah.

Tragedi Muhammad Wanndy. Jika Wanndy dapat dorongan sebegini, nesaya dia tidak akan menjadi teroris, malahan menjadi manusia yang sangat berguna untuk masyarakat. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Logo UMNO Di Bangunan DBKL Sekadar Percubaan Je Kata KuNan - Dah Macam Takde Logo Lain Nak Buat Testing..
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempertahankan tayangan logo ulang tahun Umno ke-71 di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setinggi 34 tingkat atas alasan ia sekadar "percubaan" untuk paparan digital struktur itu, lapor Free Malaysia Today.

Gambar - Malaysiakini

"Bagi Dewan Bandaraya, (paparan digital di) bangunan itu masih dalam (peringkat) percubaan. Ia belum selesai. Jadi, saya minta mereka cuba (guna logo Umno itu)," kata menteri Wilayah Persekutuan kepada portal itu.

Gambar - Malaysiakini

Bagaimanapun ketika menjawab kepada soalan wartawan, beliau turut berkata, Umno secara amnya membayar untuk iklan itu diletakkan di ruang awam seperti pusat beli-belah dan papan iklan.
"Mengapa mereka marah? (Itu) bukan sahaja di bangunan DBKL, logo itu juga ada di (pusat beli-belah) Pavillion, Jalan Klang Lama dan Segambut."
"Kami dikenakan bayaran dan kami membayarnya. Apa masalahnya? Mereka cemburu," katanya.
Bagaimanapun, turut menjadi tanda-tanya orang ramai kenapa bangunan tersebut memaparkan iklan tentang sambutan ulang tahun UMNO dan kenapa LOGO UMNO yang digunakan untuk membuat 'testing' sedangkan DBKL boleh sahaja menggunakan logo DBKL. Ia masih misteri.
Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut menyindir pembangkang yang bersikap double standard dalam isu pemasangan logo UMNO di bangunan DBKL.
"Apabila mereka lakukan perkara tertentu, itu okey," katanya sambil menambah "gambar" tertentu turut dipasang di beberapa bulatan di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/05/logo-umno-di-bangunan-dbkl-sekadar.html#ixzz4gvKbfL1E

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun May 14, 2017 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jaga-Jaga, Telur Pun Ada Yang Palsu Masuk Malaysia

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


ISU mengenai telur palsu ini bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini negara China pernah menghasilkan produk tiruan tersebut yang diperbuat daripada bahan plastik.

Kes penjualan telur plastik itu pernah menjadi tular di negara kita pada 2011 dan kemudian sekali lagi pada 2014 lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nampaknya, kegusaran rakyat negara ini makin bertambah apabila seorang wanita memuat naik video di Facebook selepas beli telur di sebuah pasar raya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mawar Ahmad ini terkejut apabila mendapati isi telur tersebut adalah plastik setelah lapisan kulit cengkerangnya dipecahkan.

"Jaga jaga telur palsu dah masuk Penang, yang ini anak saudara beli kat sebuah pasar raya kat Bandar Perda. Kesian budak-budak pakat cirit dah," tulisnya.

Perkongsian wanita tersebut mendapat reaksi daripada ramai netizen yang mahu perkara berkenaan dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sun May 14, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gara-Gara Dendam, Kanak-Kanak Umur 8 Tahun Putus Jari Ditetak Bapa Saudara Sendiri
siakapkeli.my

KUCHING: Gara-gara dendam, seorang lelaki sanggup menetak tangan anak saudaranya sendiri yang baru berusia lapan tahun sehingga jarinya putus sebelum melarikan diri dalam satu kejadian di Batu 10 Jalan Penrissen di sini, semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari itu di mana ketika itu mangsa sedang berada di rumah bersama abangnya berusia 19 tahun kerana ibu dan bapanya sedang bekerja tidak jauh dari situ.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 31 tahun meluru masuk sebelum menetak jari mangsa menggunakan pisau.

"Suspek kemudian melarikan diri dan kejadian hanya disedari abang mangsa selepas kanak-kanak itu meraung kesakitan.

"Siasatan awal mendapati kejadian bermotifkan dendam kerana suspek tidak berpuas hati kerana bapa mangsa ada membuat laporan polis mengenai kegiatan suspek yang melakukan pecah rumah sehingga ditahan.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan operasi memburu suspek yang dikenali sebagai Ringkai Endawie sedang giat dijalankan," katanya.

Tetakan itu telah menyebabkan jari kelingkingnya terputus, mujur kejadian disedari oleh abang mangsa yang kemudian cuba menghalang suspek menyebabkan dia terus melarikan diri.

Ibu bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai insiden tersebut kemudian bergegas pulang dan mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan. - Siakapkeli.my

Wanita Diragut Ketika Berselfie di Dataran Merdeka, Sempat Rakam Detik Kejadian
siakapkeli.my

Kuala Lumpur - Seorang pelancong warga China terpaksa melalui detik cemas apabila menjadi mangsa ragut ketika sedang berselfie video di Dataran Merdeka dalam kejadian pada Selasa.

Menurut The Sun, wanita berkenaan kehilangan beg tangan dalam kejadian apabila secara tiba-tiba sebuah motosikal muncul dari belakangnya.

Detik 10 saat kejadian berjaya dirakam oleh wanita berkenaan memandangkan dia sedang berselfie.

Ketua Polis Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata pelancong itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, wanita itu kehilangan beberapa dokumen peribadi memandangkan tiada barangn berharga di dalam beg tangan terbabit.

Mohd Sukri juga berkata, wanita tersebut membuat laporan polis di balai polis Genting Highlands sebelum berlepas ke luar negara.

Katanya lagi, polis telah melancarkan siasatan ke atas kes terbabit dan meminta agar saksi kejadian tampil memberi kenyataan.

Tonton video kejadian di bawah:

Sumber: The Sun Daily

Kes Gaduh Di Bangsar Jam 3 Pagi Tadi, Polis Tahan 21 Suspek Termasuk Wanita Dipercayai Terlibat
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Pihak polis dalam satu laporan telah menahan 17 lelaki dan empat wanita dipercayai telah terbabit dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar, awal pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.10 pagi itu, sekumpulan 30 lelaki telah bergaduh di hadapan sebuah restoran sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, ketika sampai sebuah kereta peronda (MPV) hampir dilanggar kereta jenis PERODUA Axia dalam keadaan cerminnya pecah.

"Kereta itu dipandu secara melulu seorang daripada lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu.

"Berikutan tindakan pemandu itu, pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan dan mengenai kiri hadapan kereta berkenaan.

"Pada masa sama, sekumpulan anggota polis menahan beberapa kenderaan lain yang disyaki dinaiki individu yang terbabit dalam pergaduhan itu," katanya di sini, hari ini.

Walaupun sudah terkena tembakan, pemandu Axia tidak memberhentikan keretanya malah terus memecut ke arah sebuah bank di Jalan Telawi sebelum meninggalkan kenderaan berkenaan dan menghilangkan diri.

"Selain Perodua Axia, polis turut menahan dan merampas sebuah PERODUA Myvi dan Toyota Vellfire.

"Kita menahan 17 lelaki dan empat wanita termasuk dua warga Thailand, manakala pihak polis turu merampas tiga topi keledar, besi, pisau pemotong kertas, baton T, botol minuman keras dan jaket mempunyai kesan darah" katanya.

Pergaduhan itu turut menyebabkan seorang lelaki yang ditahan cedera di kaki, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 307 kanun yang sama atas kesalahan cubaan bunuh. - Siakapkeli.my

Polis Tahan Lelaki Dipercayai Scammer Jual Kereta Murah Online, Dedah Modus Operandi Yang Digunakan
siakapkeli.my

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber/Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. - Foto NSTP/Muhammad Asyraf Sawal

Kuala Lumpur, 9 Mei - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam penipuan tawaran penjualan kereta murah secara atas talian di Facebook, Mudah.my dan juga Instagram.

Lelaki berkenaan ditahan di Setiawan, Perak, petang tadi.

Menurut BH Online, lelaki yang berusia 42 tahun itu mula melakukan aktiviti itu pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, setakat ini, kerugian yang dialami mangsa yang direkodkan adalah sebanyak RM218,000.

Menurut beliau, cara lelaki terbabit mengumpan mangsa adalah dengan meletakkan tawaran jualan kereta dalam media sosial.

Sekiranya mangsa berminat, mangsa perlu membuat bayaran pendahuluan antara RM500 ke RM3,000.

Liciknya, suspek menghubungi mangsa sehari kemudian dengan mengatakan kononnya ada pembeli lain yang berminat dengan kereta terbabit.

"Sehari selepas itu, suspek akan menghubungi pembeli terbabit bahawa terdapat pembeli lain yang sanggup membuat bayaran penuh untuk mendapatkan kereta berkenaan," katanya.

Kata beliau lagi, tujuan suspek berbuat demikian adalah untuk memperdaya mangsa supaya merebut peluang membuat bayaran penuh sekiranya masih berminat untuk membeli kereta terbabit, dalam masa yang sama menyimpan kereta itu untuk mangsa.

"Namun selepas membuat bayaran penuh, suspek akan menghilangkan diri dan pembeli akan gagal menghubunginya menerusi nombor telefon yang diberikan," katanya.

Tambah beliau, suspek juga didapati menggunakan 11 akaun bank tempatan milik lima individu yang dipercayai 'keldai akaun' bagi membolehkan proses transaksi wang setiap mangsanya.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung dan direman esok.

Sumber: BH Online

Berang Gerai Diserbu, 2 Lelaki Larikan Lori MBPP
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Dua lelaki merampas lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas penguatkuasa merampas barangan gerai mereka yang beroperasi secara haram di Persiaran Gurney malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, 2 lelaki dipercayai pekerja di gerai makanan laut di Jalan Tanjung Tokong dikatakan bertengkar dengan 12 pegawai MBPP yang tiba dengan sebuah lori.

Pegawai penguatkuasa itu mahu menyita barangan kerana perniagaan meraka tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.

Kedua-dua pekerja yang berusia 20-an itu kemudian meluru ke arah lori MBPP yang tidak dimatikan enjin, kemudian membawa lari lori berkenaan.

Mereka memandu kira-kira 2km ke Balai Polis Pulau Tikus dengan seorang daripada mereka merakam video perjalanan selama 3 minit.

Dalam video yang dirakam itu, lelaki yang bertopi dilihat menjerit dengan perkataan makian. Lelaki itu menyelar tindakan MBPP menyita perniagaan mereka.

"P ***** k punya Guan Eng, kedai Cina, p**** kau tak halau, kedai Melayu kau nak Halau," kedengaran lelaki itu berkata dalam video berdurasi 2.5 minit itu, merujuk Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lori berkenaan diekori pegawai MBPP dengan motosikal meminta mereka berhenti tetapi tidak diendahkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian memberhentikan lori di pintu masuk Balai Polis Pulau Tikus dan membuat laporan terhadap MBPP kerana mengganggu perniagaan mereka.

Dalam laporan polis, pekerja itu mendakwa pegawai MBPP biadap dan datang menyita tanpa memberi amaran terlebih dahulu.

Lelaki itu berkata beliau sudah memohon lesen dari MBPP sebanyak 3 kali tetapi satu pun tidak diluluskan.

Beliau berkata, tindakan merampas lori MBPP adalah usaha mereka menghentikan pegawai MBPP daripada menyita barangan mereka.

"Saya membuat laporan ini kerana saya tidak berpuas hati dengan cara MBPP melayan Melayu Bumiputera," katanya.

MBPP tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan semasa berita ini ditulis, manakala pegawai polis ditemui berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut ditahan lapor FMT
'Naik angin', Peniaga bawa lari lori MBPP
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Dua lelaki telah bertindak membawa lari lori milik penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gara-gara bengang gerai mereka diserbu.
Dalam kejadian di Jalan Tanjong Tokong pukul 8.50 malam Khamis itu, seorang lelaki telah memandu lori MBPP dalam keadaan marah, manakala seorang lagi rakannya merakam video mereka sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada MBPP.

Lelaki berkenaan turut mendakwa MBPP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng rasis apabila hanya menyerbu dan menyita gerai yang dimiliki peniaga Melayu.

Dalam video tersebut yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa motosikal, dipercayai penguatkuasa MBPP sedang mengekori lori berkenaan.

Lori tersebut dipandu menuju ke Balai Polis Pulau Tikus. Sebaik tiba, mereka terus membuat laporan polis.

Difahamkan, salah seorang peniaga yang terlibat dalam kejadian itu adalah Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.

Dia kemudian memberitahu pemberita bahawa keputusan untuk bertindak sedemikian dibuat selepas anggota penguatkuasa MBPP menyita meja dan kerusi di gerai makannya tanpa memberikan sebarang notis.

Mohammad Haziq mendakwa ini adalah percubaan ketiga oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menyerbu gerainya dan dia telah cuba memohon lesen daripada MBPP tetapi ditolak. – mStar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)

Sun May 14, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tiga exco Pas kekal hingga Dun Selangor bubar

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Pas Selangor mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga Dewan Undangan Negeri (Dun) dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.

Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Sallehen Mukhyi berkata, khidmat tiga exco itu perlu dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU14.

"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR telah terbatal," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Susulan keputusan Majlis Syura Ulama, Sallehen berkata Pad Selangor tidak akan terlibat dalam sebarang kerjasama dan rundingan politik dengan PKR sebaliknya mengukuhkan kerjasama dalam Gagasan Sejahtera khususnya bagi menghadapi PRU akan datang.

"Bagaimanapun, demi menghormati mandat dan kepercayaan rakyat khasnya dalam PRU13, Pas Selangor akan kekal sebagai sebahagian komponan dalam kerajaan negeri Selangor sehinggalah tamat penggalnya nanti," katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga exco Pas terbabit tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan reaksi mereka.

Kerajaan Selangor dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.

Majlis Syura Ulama Pas hari ini sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan Tahaluf Siyasi dengan PKR secara serta merta.

Setiausaha majlis itu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara kedua-dua parti yang terjalin sejak sekian lama.

Keputusan majlis berkenaan sememangnya dijangkakan selepas Muktamar Pas Ke-63 bulan lepas meluluskan usul supaya kerjasama politik antara kedua-dua parti itu ditamatkan apabila PKR dilihat tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

Melayu DAP: Exco PAS perlu dipecat atau berundur

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali patut keluarkan 3 exco PAS atau mereka meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan "tahaluf siyasi" dengan PKR, kata Prof Abdul Aziz Bari.

Prof Abdul Aziz Bari berkata dalam model Westminster, yang menjadi struktur kepada sistem politik Malaysia, wakil rakyat harus keluar apabila badan tertinggi parti atau kepimpinan tertinggi membuat pendirian.

"Ketua eksekutif, sama ada perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri, boleh keluarkan anggota kabinet mereka," katanya.

Aziz berkata demikian menjawab kenyataan Azmin semalam, yang mengatakan tiada rombakan dalam barisan kepimpinan negeri kerana pengundi pada pilihan raya lepas memilih PAS, serta DAP dan PKR untuk bersama membentuk kerajaan negeri.

Exco Datuk Iskandar Abdul Samad juga berkata mereka akan kekal dalam kerajaan Selangor sementara menunggu keputusan kepimpinan tertinggi parti.

Petang tadi Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan "tahaluf siyasi" antara PAS dan PKR terbatal.

Majlis itu menyerahkan persoalan sama ada 3 exco mereka perlu berundur dari kerajaan Selangor kepada Jawatankuasa Kerja Pusat PAS.

Majlis itu berkata sebarang tindakan perlu dilakukan dengan merujuk kepada "maslahat" dan "kepentingan Islam dan rakyat".

Aziz berkata PAS perlu mengambil pendirian berprinsip, seperti yang dilakukan bekas presiden mereka Tan Sri Mohd Asri Muda pada 1977.

Pada ketika itu, Menteri Besar Kelantan Mohamad Nasir dari PAS, yang cenderung ke arah Umno, hilang undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri tetapi enggan meletak jawatan.

Akibatnya, Aziz berkata Kuala Lumpur mengisytiharkan kecemasan untuk meletakkan negeri itu di bawah kerajaan persekutuan.

PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973 dan Asri menjadi menteri persekutuan.

"Tetapi Asri meletak jawatan dari kabinet sebagai membantah apa yang berlaku di Kota Bharu," kata Aziz.

Begitu juga anggota kabinet dari zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atau dikeluarkan kerana tidak seiring dengan perdana menteri.

"Jadi, tiada cara lain exco PAS boleh kekal dalam pentadbiran Selangor selepas keputusan muktamar, yang secara sah merupakan badan pembuat keputusan tertinggi dalam sesebuah parti politik."

Aziz berkata dari sudut perundangan, keputusan Majlis Syura Ulama hari ini bersifat menasihat dan tidak mempunyai kesan perundangan.

Sekiranya PAS mengeluarkan dirinya dari kerajaan Selangor, semua wakil yang dilantik di peringkat kerajaan tempatan dan jawatankuasa masjid juga akan terkesan.

Dewan Negeri Selangor mempunyai 14 wakil rakyat DAP, 13 PKR, 13 PAS, 11 Umno, 2 Amanah dan 2 Bebas. Kerusi DUN Sungai Ayer Tawar dikosongkan susulan kematian wakil rakyat BN.

Ini bermakna kerajaan negeri pakatan pembangkang menguasai sejumlah 29 daripada 56 kerusi dewan, tanpa sokongan PAS.

Saifuddin Kini Sudah Jadi Jurucakap DAP Bila Serang PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Ada yang tak kenal dengan Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng?? Datuk Saifuddin Nasution atau boleh dianggap sebagai 'kaldai' Guan Eng.

Tapi sekarang ni dah naik pangkat jadi jurucakap dan ditugaskan DAP untuk menyerang PAS bagi pihak parti cauvinis tersebut. Jawatan "hamba cakap" pada DAP itu disandang Saifuddin sejak 5 Januari 2017 yang lalu. Jadi tak hairan la kalau korang tengok sekarang ni dia banyak jadi mulut pada DAP bagi menghentam PAS.

Buktinya, Saifuddin bertindak mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menggunakan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PKR mahu menyingkirkan kesemua pemimpin-pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Selangor.

Itu semua kerana PAS pada Muktamar Tahunan kali ke-63 yang lalu memutuskan untuk menamatkan hubungan Tahuluf Siyasi dengan PKR. Oleh kerana mahu putuskan hubungan dengan PKR, maka Saifuddin mendesak pemimpin PAS Selangor agar meletakkan jawatan mereka dengan cara bermaruah dan terhormat.

Menurutnya, pelik kalau PAS dah putuskan hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) serta bakal putuskan hubungan secara rasmi dengan PKR. Tetapi masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor yang ditadbir oleh musuh parti Islam itu.

Katanya, PAS tak boleh bersama kalau dah putuskan hubungan. Apa yang anehnya, sejak bila Saifuddin ni dok jadi jurucakap pada DAP untuk menyerang PAS ni?? Sebab Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sendiri macam tak kisah pun pemimpin PAS itu terus berada dalam kerajaan negeri tapi sebaliknya Saifuddin pulak yang over.

Kenyataan yang dikeluarkan Saifuddin tersebut terbukti mempunyai bayangan DAP kerana menyerang PAS. Saifuddin mahu menyingkirkan PAS sama seperti yang dilakukan Guan Eng di Pulau Pinang sehingga tinggal seorang pemimpin PAS sahaja di negeri tersebut.

Disebabkan Saifuddin ni dah jadi jurucakap kepada DAP dalam usaha untuk menghentam PAS, jadi tak hairan la kenapa dia yang beriya-iya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan bagi mengkritik PAS.

Sedangkan Azmin sendiri masih membisu dan ambil jalan selamat mahu mengekalkan semua tiga Exco Kerajaan Negeri dari PAS sehingga pilihanraya umum ke-14. – TiraGomez/UtaraNews.com

Buku Speaker DUN Selangor Ceritakan Hasrat DAP Mahu Malaysia Diperintah Ikut Kristian

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dari parti DAP menerusi bukunya 'Becoming Hannah' mendedahkan bahawa DAP bukanlah pejuang negara sekular yang bebas dari pengaruh agama.

Penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP adalah sebuah parti hipokrit kerana berdakwah dan memperjuangkan pentadbiran negara mengikut haluan agama Kristian tetapi pada masa sama mendesak agar PAS dan UMNO tidak mencampuri isu politik dengan agama Islam.

"Sedarkah kita bahawa tatkala DAP melaung-laungkan supaya urusan politik dipisahkan daripada urusan agama, pemimpin DAP sendiri sebenarnya sangat giat mencampurkan urusan politik dengan urusan agama?

"Dan sebuah buku tulisan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Haya, Hannah Yeoh, bertajuk "Becoming Hannah" ("Menjadi Hannah") adalah salah satu bukti nyata mengenainya," katanya dipetik satu kenyataan.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, DAP mendakwa Malaysia adalah sebuah negara sekular dan perlu kekal dengan pentadbiran sekular.

Justeru DAP kata Dr Kamarul Zaman, mahu semua pihak yang mencampuri urusan agama dengan politik ditentang secara habis-habisan.

"Didalam buku ini, Hannah Yeoh secara terbuka mengakui bagaimana penglibatan beliau di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen, bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian dan sebagainya.

"Lebih dari itu, beliau juga menyeru ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian," katanya.

Dr Kamarul Zaman dalam pada itu turut melampirkan beberapa petikan didalam buku pemimpin DAP itu bahawa parti terajuk Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu sebenarnya bukanlah pejuang sekular, tetapi penentang agama Islam.

Muka Surat 23

Muka Surat 89

Muka Surat 108

Muka Surat 110

Kenyataan oleh Hannah ini kata Dr Kamarul Zaman, bukti bahawa prinsip sekularisme dalam perjuangan politik DAP adalah satu hipokrasi semata-mata.

"Sebaliknya, gambaran yang diberikan melalui buku ini adalah bahawa, bagi DAP, pemisahan urusan politik daripada urusan agama ini hanya perlu dibuat jika urusan agama Islam, tetapi jika urusan agama ini adalah urusan agama lain seperti Kristian tidak mengapa," ujarnya.

Tambahnya, buku berkenaan bukan sahaja disokong oleh felo paderi Kristian dalam dan luar negara, tetapi juga ahli parlimen pembangkang dari parti DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

"Buku bukan sahaja ini diendorse (disokong) oleh Senior Pastor, DUMC, Petaling Jaya, Dr Daniel Ho; Senior Pastor, Skyline SIB, Kota Kinabalu, Dr Philip Lyn, dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, tetapi yang turut diendorse juga oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib," katanya lagi. – MalaysiaDigest

Undang-undang Islam tiada tempat di Malaysia, India Contoh Negara sekular terbaik - Ambiga

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Petaling Jaya: Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara sekular. Forum yang dianjurkan oleh kumpulan BEBAS baru-baru ini, kelihatan membawa naratif Malaysia sebagai negara sekular untuk menolak cadangan Pindaan Akta 355.

Datuk Ambiga Sreenevasan, salah seorang daripada panel yang dijemput turut mendakwa bahawa pemerkasaan Rang Undang-Undang Akta 355 atau RUU 355 akan memperkenalkan beberapa kesalahan hudud. "Hudud tidak terkandung sebelum ini tetapi ianya ada sekarang.

Oleh kerana itu, saya berhujah bahawa ianya menentang struktur asas Perlembagaan Persekutuan maka, ianya tidak berperlembagaan", kata Ambiga. Dalam satu laporan berita terbitan portal Astro Awani pada 19 Mac 2015 pula, Ambiga mendakwa bahawa Hudud tiada tempat di dalam Perlembagaan Persekutuan – yang mana ianya (Perlembagaan Persekutuan) dengan jelas menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan undang-undang jenayah Islam tidak boleh wujud seiringan dengan Kanun Jenayah Persekutuan.

Beliau juga pernah membuat kenyataan bahawa India adalah contoh negara terbaik kerana Perlembagaan negara itu yang berbentuk sekular dapat memberi jaminan hak beragama kepada semua golongan minoriti. Ambiga mendakwa bahawa India merupakan satu contoh terbaik negara yang menjamin perlindungan hak semua rakyatnya tanpa mengira agama.

Sifat sekular India memberi satu jaminan bahawa hak-hak kumpulan minoriti agama akan dipelihara walaupun majoriti penduduknya beragama Hindu, termasuk di bawah pemerintahan Narendra Modi. Beliau bercakap sedemikian dalam ucapannya sempena Human Rights Day 2014 sebelum ini. Kata Ambiga, "Sekular adalah bagus, kerana ianya melindungi semua".

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: