Monday, March 9, 2009

Brek gelendung berbunyi

Oleh Mohd Razlan Salleh

SAYA menggunakan motosikal Honda EX5 untuk berulang- alik dari kampus ke kuliah.

Masalah yang saya hadapi berkenaan brek gelendung belakang sering berbunyi walaupun sudah menukar pelapik brek baru. Mengapa keadaan sedemikian berlaku?




Ahmad Daud,
Sintok, Kedah.




BUNYI brek lazimnya kerana pelapik brek sudah haus atau gelendung brek tercalar dan tidak sekata.

Ia mungkin disebabkan kemasukan pasir halus ke dalam dram berkenaan. Brek gelendung yang baik apabila diperiksa sepatutnya mempunyai permukaan rata dan berkilat.

Jika didapati bergaris, ia perlu dipotong semula dengan menggunakan mesin larik. Itu jika garis pusat (diameter) gelendung brek masih lagi dalam julat yang disyorkan selepas dipotong.

Bunyi brek boleh berlaku kerana penggunaan pelapik tidak asli dan kurang berkualiti. Karat juga menyebabkan brek berbunyi selain gelendung basah dimasuki air.

Sewaktu mencuci motosikal anda, elakkan daripada memancut arus air kuat secara terus pada gelendung brek untuk mengelakkan air masuk ke dalam.

No comments: