Wednesday, January 4, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3169

Messages In This Digest (3 Messages)

Messages

1.

Fw: Tragedi Di Ambang Tahun Baru

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Tue Jan 3, 2012 8:31 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Tragedi Di Ambang Tahun Baru, Tujuh Terbunuh Dalam Nahas Ngeri Di Sitiawan Malam Kelmarin !!
PDO

SITIAWAN, 2 Jan - Ketika seluruh masyarakat menantikan detik menyambut Tahun Baru 2012, satu nahas ngeri meragut nyawa tujuh remaja termasuk dua beradik berlaku di Kilometer 9.6, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat Lekir, Seri Manjung malam kelmarin. Nahas pada pukul 10.30 malam itu melibatkan dua buah kereta iaitu Honda Stream dan Honda Civic dengan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG. Mereka yang maut ialah enam penumpang Honda Stream iaitu Mohamad Kamil Samsuri, 15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15; Mohamad Hadi Sulaiman, 17 dan abangnya, Badrul Isa Sulaiman, 19. Kesemuanya dari Batu 15 Lekir, Sitiawan dekat sini. Turut terkorban ialah Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dari Kampung Parit Haji Dollah, Sitiawan; Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, dan pemandu kenderaan pelbagai guna itu, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, berasal dari Sungai Mekong, Jeli, Kelantan.

Ketika kejadian, MPV dinaiki 10 penumpang itu dipercayai baru pulang dari membeli peralatan sekolah di Sitiawan sebelum terlibat dalam nahas. Pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, yang berasal dari Lebuh Padang Tembak, Pulau Pinang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung (HSM). Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Supritendan Ismail Munajat berkata, Mohd. Hisam meninggal dunia di HSM pukul 8.35 pagi ini manakala enam penumpang yang lain mati di tempat kejadian. Seorang lagi penumpang, Khairul Mohd. Noor, 17, dari Batu 15, Lekir yang berada di tempat duduk sebelah pemandu hanya cedera ringan.

"Dua lagi penumpang perempuan MPV itu belum dikenal pasti kerana mereka telah pulang ke rumah dan tidak membuat laporan polis. Salah seorang daripada mereka cedera ringan dan seorang lagi tidak cedera," katanya. Menurut Ismail, kesemua mangsa yang terbunuh mengalami kecederaan serius termasuk pecah dan putus kepala, mata tercabut dan perut terburai. Menurutnya, nahas berlaku apabila MPV tersebut yang dari arah Sitiawan hilang kawalan ketika cuba memotong kereta Honda Civic itu di laluan kecemasan.

Inilah dia keadaan Honda Stream yang telah hancur akibat kemalangan itu

Ini pula salah sebuah lagi kereta Honda yang turut terlibat nahas negeri itu

Katanya, MPV berkenaan kemudian masuk secara mengejut ke laluan hadapan kereta Honda Civic itu lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan. "Ia menyebabkan MPV itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga ramai penumpang kenderaan itu tercampak keluar. Seorang terjatuh di atas kereta Honda Civic berkenaan. "Treler tersebut pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh gerai buah-buahan di tepi jalan. Difahamkan, treler itu dalam perjalanan dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati MPV tersebut dipercayai dipandu laju melebih 120 kilometer sejam berdasarkan keadaan kenderaan yang tercabut bumbung dan tercampak sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kejadian. Katanya, keadaan jalan di situ lurus dan tidak hujan sewaktu kejadian. Ia agak gelap kerana tiada lampu jalan. "Namun demikian kawasan itu sering berlaku kemalangan, mungkin disebabkan terdapat banyak gerai buah-buahan di tepi jalan dan menjadi punca banyak kereta berhenti di lorong kecemasan untuk membeli buah-buahan," katanya. Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Pengangkutan Jalan 1987.

7 Maut Dalam Kemalangan Kereta-Treler, Mayat Bersepai & Isi Perut Terburai
Posted by greenboc

Sitiawan: Perjalanan pulang 10 rakan sekampung selepas membeli barang keperluan untuk menyambut tahun baru berakhir dengan tragedi apabila tujuh daripadanya, termasuk empat pelajar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung treler dan sebuah kereta lain di Batu 6 Lekir, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian di ambang Tahun Baru 2012, kira-kira jam 10.30 malam itu turut mengakibatkan pemandu treler cedera parah, manakala tiga lagi penumpang dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream dinaiki 10 orang itu serta pemandu sebuah lagi kereta jenis Honda Civic, cedera.

Enam mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian terdiri daripada dua beradik, Badrul Isa Sulaiman, 19; dan Mohamad Hadi, 17; sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15 serta Mohamad Kamil Samsuri, 15; Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15 dan Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16.
Pemandu Honda Stream, Mohd HisamMat Zaki, 22, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung (HSM) pada jam 8.35 pagi semalam. Pemandu treler, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, yang berasal dari Ayer Itam, Pulau Pinang dilaporkan parah di muka dan tangan serta masih dirawat di HSM.

Penumpang yang duduk bersebelahan Mohd Hisam di bahagian depan, Khairul Faiz Mohd Noor, 17, serta dua lagi penumpang remaja perempuan yang tidak diketahui identiti mereka serta pemandu kereta Honda Civic dilaporkan cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar.

Mohamad Kamil, Ahmad Faizal, Mohamad Shadan dan Muhammad Shafik Redzuan adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 10 Lekir; Mohd Hisam dan Badrul Isa pula bekerja di sebuah kilang di Kampung Acheh, Sitiawan, manakala Mohamad Hadi sepatutnya melaporkan diri mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pagi semalam.

Semua yang terbunuh berasal dari Kampung Batu 15 Lekir kecuali Muhammad Shafik Redzuan dari Kampung Batu 14 Lekir dan Mohd Hisam yang berasal dari Kampung Sungai Mekong, Jeli, Kelantan.

Kemalangan berlaku apabila Honda Stream dari arah Sitiawan memotong beberapa kenderaan dari sebelah kiri sebelum masuk semula ke laluan di depan Honda Civic secara mengejut sehingga hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler dari arah Teluk Intan.

Pertembungan mengakibatkan bumbung Honda Stream tercabut dan melayang kira-kira 50 meter dari tempat kejadian, manakala kenderaan itu berpusing dan terbalik beberapa kali sehingga beberapa penumpangnya terpelanting keluar, termasuk seorang yang terjatuh di atas kereta Honda Civic.

Treler pula terbabas ke kanan jalan dan merempuh beberapa gerai buah-buahan di tepi jalan sebelum terperosok ke dalam kebun kelapa sawit.

Keadaan di tempat kemalangan amat mengerikan apabila mayat bergelimpangan di tengah jalan dan ada yang tercampak sehingga ke laluan ladang sawit dengan satu mayat ditemui tanpa kepala dengan otak bersepai, mata tersembul dan isu perut terburai dengan cebisan daging dan otak bertaburan sehingga jarak 50 meter dari tempat kejadian.

Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengutip cebisan daging dan otak serta mencari kepala salah seorang mangsa yang kemudian ditemui tidak jauh dari situ.

Difahamkan, ketika kejadian, penumpang Honda Stream dalam perjalanan balik ke Kampung Batu 15 selepas selesai membeli barang keperluan dan bersiar sekitar Teluk Batik, manakala treler pula dalam perjalanan menghantar tong gas dari Port Dickson, Negeri Sembilan ke Pulau Pinang.

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Superintendan Ismail Munajat, berkata semua mayat dibawa ke HSM untuk bedah siasat pagi semalam dengan enam daripada mangsa dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Batu 15 sebelum Asar, manakala jenazah Mohd Hisam dibawa ke Jeli untuk dikebumikan di sana.

"Kejadian berlaku di jalan lurus berturap dan kering, manakala keadaan gelap kerana tiada lampu jalan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -BH

Ajal lepas rai 2012

MANJUNG: Mayat enam remaja belasan tahun bertaburan di sepanjang 30 meter jalan raya apabila kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam kejadian di Batu 6, Jalan Sitiawan - Lekir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, semua mangsa baru pulang meraikan sambutan Tahun Baru 2012 di bandar Sitiawan.

Difahamkan ketika kejadian, seramai 10 orang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan sebelum bertembung sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan.

Rempuhan kuat itu menyebabkan enam mangsa yang duduk di belakang MPV berkenaan dikenali Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd Termizi, 15, Mohamad Shadan Mohd Arshad, 15, Muhammad Shafik Redzuan Yusof, 16, Mohamad Hadi Sulaiman, 17, dan Badrul Isa Sulaiman, 19, mati di lokasi kejadian.

Pemandu kenderaan MPV itu, Mohd Hisam Mat Zaki, 22, yang cedera parah di kepala bagaimanapun meninggal dunia kira jam 8 pagi semalam di Hospital Seri Manjung (HSM), di sini, selepas menerima rawatan kecemasan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Shaharudin Abdullah, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah lagi kereta model Honda Civic dipandu seorang lelaki.

Treler berkenaan turut melanggar kedai keropok lekor dan buah-buahan.

Menurutnya, semua penumpang MPV terbabit yang baru menyambut tahun baru dengan keluar minum di bandar Sitiawan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Batu 15, Lekir di sini.

Hampir terpijak biji mata mangsa

MANJUNG: "Saya hampir terpijak biji mata seorang mangsa tercampak di atas jalan, malah ada tali usus mangsa turut terkeluar," kata seorang pegawai kerajaan yang juga saksi kejadian, Hasni Hashim, 45.

Menurutnya, dia kebetulan berada di restoran berhampiran tergamam apabila mendengar bunyi dentuman kuat akibat pelanggaran lori dan kenderaan pelbagai guna, Honda Stream kira-kira 20 meter dari lokasi kedai makan berkenaan.

"Saya yang ketika itu sedang menghirup kopi panas, kelam-kabut melarikan diri selepas melihat treler sarat membawa tong gas itu terbabas dan meluru ke arah kedai makan.

"Treler itu yang meranapkan sebuah gerai keropok lekor di bahu jalan kemudian terperosok ke dalam kebun kelapa sawit terletak di belakang kedai," katanya.

Menurutnya, dia kemudian bergegas melihat insiden itu sebelum mendapati banyak tubuh remaja lelaki bergelimpangan di atas jalan dan tepi gerai.

"Suasana ketika itu amat mengerikan apabila ada tubuh mangsa yang putus hingga terkeluar isi perut, otak dan mata," katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung kemudian bertindak menghubungi polis selain menutup tubuh mangsa dengan kertas surat khabar.

Sementara itu, seorang lagi saksi kejadian, Alice Tan, 55, mendakwa dihantui perasaan trauma selepas terpaksa mengutip cebisan mayat mangsa kemalangan yang melekat di gerainya.

Menurutnya, beberapa cebisan anggota badan mangsa turut tercampak ke dalam gerai buah-buahan miliknya, manakala darah mangsa juga turut terpercik mengenai barang perniagaannya.

"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang pekerja yang menjaga kedai saya pada jam 11 malam kelmarin.

"Saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya selain turut tertiarap di depan kedai," katanya.

Menurutnya, ada antara mangsa yang turut cedera parah hingga hampir putus kepala selain kehilangan beberapa anggota tubuh penting.

"Pagi tadi (semalam) saya dapati beberapa cebisan daging dipercayai milik mangsa melekat di dinding gerai. Saya terpaksa mengutip dan mengumpul daging mangsa sebelum diserahkan kepada anggota polis," katanya.

LAPORAN HARIAN METRO

comments:

kadio manong said...
Teman ucap takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Kemalangan adalah suatu tragedi. Betul, ajal maut ditangan Tuhan. Tetapi penyebab tu yang kita cari. Dalam kes ini nampak sangat pemandu muda, darah panas so potong sebelah kiri pulak.... Kesabaran amat penting, semua orang nak cepat sampai. Yang mati tu tak apa la dah dijemput Tuhan, macam mana dengan yang hidup tetapi mengalami kecacatan dan trauma, mungkin sepanjang hayat !

roslisalem said...
semoga ALLah mencucuri rahmatNYA atas semua yang terlibat

Anonymous said...
Pernah lalu jalan ni masa kerja kt Teluk Intan. Memang jalan lurus...tapi kalau malam memang gelap gelita..harapkan hi-beam je.
Itu yg kalau bawak kereta mau cecah 120 km/jam.
Tp bila tengok umur pemandu br 22 tahun..bawak pulak ramai...tak pakai seat belt org belakang..memang nak jadi kes..ni mesti berhambat dengan Honda Civic.
Tapi sape mepandu Honda Cicic tu..kalau hidup pun menyesal tak sudah..ye lah sekali xcident..ramai yg meninggal.

Anonymous said...
Setuju dgn kadio, sedangkan orang2 tua boleh berubah daripada sabar kepada tak sabar bila di jalan raya, apalagi le orang2 muda.

Bukan saja nahas diri sendiri, melibatkan pemandu lain yang memendu berhemah. Pengajaran kepada yg hidup.

Pesan2 kat anak2/sesiapa termasuk diri sendiri dll agar baca doa, pandu hati2, ingat Allah, dll.

Tu le yang mampu kita buat.
2a.

Re: Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang

Posted by: "Fairuz Mohamad" jcf7589@rocketmail.com   jcf7589

Wed Jan 4, 2012 1:57 am (PST)



PLUS free....... kalau xciden pun sama.....tengok masa dari
mula xciden sampai tow truck sampai...saya x tau berapa lama tempohnya, tapi
rasanya dalam setengah jam dari call centre, tow truck PLUS mesti
sampai...Kalau tak sampai..buat repot ke PLUS Hq terus ke MD (Pengarah urusan)..so, selagi dalam kawasan hway berbayar, jgn ambil tow truck
lain(kalau panel insurans tu xpelah).  Kalau hal-hal terlanggar apa2 yg menyebabkan kerosakan pada kereta di hway PLUS,
boleh terus report ke toll plaza yg terdekat. begitu juga kalau ada
masalah di RnR...conothnya harga mahal, tandas tak cuci, peti cadangan berhabuk
dsb..hantar email/buat laporan dan.tindakan akan diambil secepat mungkin...itu sahaja yg dapat
dibantu...

 
 
A journey of thousand miles starts with one step.
Good judgement comes from experience and experience comes from bad judgement.."pacat" 

________________________________
From: Fhazly Yusop <neoli18@yahoo.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Thursday, December 29, 2011 2:38 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang


sy penah kena, dulu guna allianz. kete rosak di segambut (futsal), bawak tarik ke proton servis di batu caves. free. skrg ni guna takaful ikhlas, ada juga servis towing ni tapi tak penah guna sebab kereta tak ada buat hal, Alhamdulillah

--- On Thu, 12/29/11, anuar talha <anuar_talha@yahoo.com> wrote:

>From: anuar talha <anuar_talha@yahoo.com>
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang
>To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>Date: Thursday, December 29, 2011, 10:01 AM
>
>
>plus charge ke free?
>
>
>1. Kalau kereta korang rosak atau tayar pancit. Korang kena call PLUS
utk tarik kereta korang keluar dari lebuhraya dan ianya FREE OF CHARGE.
Dan kalau berlaku di luar lebuhraya, korang boleh call pihak insurance.
cek polisi korang dan tgk apa insurance cover. contoh cam aku guna
kurnia insuran tayar kereta pancit, bateri kereta kong sebab terbuka
lampu.. semua tu aku x perlu susah payah tukar tayar sebab korang boleh
suruh technician dari insuran korang datang buatkan tu semua.. tak
deduct NCB pun dan FREE OF CHARGE. Termasuk kalau kereta korang rosak nk minta tow kereta korang ke workshop pilihan insuran atau workshop
pilihan korang.. korang leh suruh insuran tow kereta korang.. cam
insuran aku tow 30km FREE dan 1km = RM1 utk 30km berikutnya.. Tak payah
korang kena tipu atau kena charge oleh lori2 tow yg cekik darah..
Insuran korang byr tetiap tahun tu bukan hanya cover eksident je.. so
gunakanlah..
>
>sumber dari www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=245636
>ni sy jmpa dalam forum
>
>
>sapa ada pengalaman.? den pernah gak kene...alhamdulillah seb baik kete leh start blk...klu x...huuhhuhuuu
>
>
>
>________________________________
> From: shidan shidan <syid_dan@yahoo.com>
>To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>Sent: Thursday, 29 December 2011, 9:19
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang
>
>
>Kalau jauh dr rumah diorang bleh tow ke? Mahal ke caj tow...?
>
>
>
>________________________________
> From: Mohd Shafiee <talian_biru@yahoo.com>
>To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
>Cc: "talian_biru@yahoo.com" <talian_biru@yahoo.com>
>Sent: Monday, December 12, 2011 11:09 PM
>Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang
>
>
>Kawan pun penah kena cam tu. Len kali kalau kena breakdown kat highway dan memerlukan towing suruh ajer diaorang tow sampai kat rumah. Dari sana baru la cari siapa yang boleh betulkan kenderaan tersebut. Kalau nak harap PLUS pun diaorang boleh tunda sehingga exit highway terdekat aje.
>
>
>
>
>
>________________________________
> From:
>To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
>Sent: Monday, December 12, 2011 9:42 AM
>Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kisah kena sembelih di lebuh raya sekitar senawang
>
>

>----- Original Message -----
>From: ::-eSpAcE 9808-::
>
>Gua kena tipu atas highway bila kereta gua
breakdown..!!!

>Posted by KedahLaNie

>Bukan fasal politik, tapi baca la kalau tak nak kena
sembelih!!
>
>Ni
kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa,
ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke
atas mereka.
>
>Baru-baru ni, dalam
perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka
hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam
ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa
kilometer sebelum exit Senawang.
>
>Apa aku nak buat, aku
bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba
sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang
tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya
ingat orang PLUSLine.
>
>Saya pun memberi keizinan
dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja,"
kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan
panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik
mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan
lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan
PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu
bersetuju
>
>Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke
bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia
kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa
sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang
misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
>
>Oleh kerana hari dah
malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan
komuter.
>
>Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih
la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan
Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos
untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta
tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
>
>Sehari lepas tu bila saya
hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat
boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah
barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan
cakap itu macam la, pacik..."
>
>Saya tulis semua ni
supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa
pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab
dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu
la.
>
>Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim
bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat
kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya
jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."
>
>Kepada semua, jangan
percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan
kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS
datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang
benda tu masa tengah panik hari tu.
>
>Dah la kereta pinjam,
bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana
nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih
lagu tu! Mampoih!
>
>Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste
dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu
macam aku.
>
>

>
>
>
>
>
>
3.

Fw: Dua Beranak Parah Diragut Di Dungun

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Wed Jan 4, 2012 3:13 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Dua Beranak Parah Diragut Di Dungun
Posted by greenboc

Rajawali - Seorang guru taska terpaksa bertarung nyawa ketika cuba mematahkan cubaan seorang penjenayah yang cuba menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu dipercayai berlaku ketika guru taska terbabit, Norita Omar, 37, bersama anaknya, Najmi Aiman, 5 dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Pelandang selepas pulang dari sebuah klinik di bandar Dungun.

Sebaik melepasi sebuah jambatan di kawasan yang agak jauh dari penempatan penduduk itu, Norita yang menunggang motosikal dikatakan secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali bermotosikal dari arah belakang, lalu bertindak menyentap beg tangan miliknya yang diletakkan di dalam bakul motosikal bersama anak lelakinya.

Motosikal yang ditunggang guru Taska Afzan Pulau Serai itu hilang kawalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terbabas.

Tragedi itu difahamkan sempat disaksikan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Kembara lalu bertindak mengejar suspek berkenaan.

Sebaik menyedari tindakannya disaksikan orang ramai, suspek dikatakan telah meninggalkan motosikalnya dan berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan.

Dia dihantar ke Hospital Dungun oleh orang awam untuk rawatan lanjut.

Menurut mangsa yang sempat ditemui Sinar Harian ketika ingin menaiki ambulans berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari Klinik Rakyat ke Pelandang Pulau Serai kerana menghantar anaknya yang demam.

Katanya, kejadian itu berlaku begitu pantas, namun dia bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian muka, lengan dan paha manakala anaknya cedera parah di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut. -SH
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

Y! Sports for TV

Access it for free

Get Fantasy Sports

stats on your TV.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my
MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.

No comments: