Monday, January 23, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3185

Messages In This Digest (3 Messages)

1.
Fw: MENGAPA TAK BOLEH MAKAN DALAM LRT From: ::-eSpAcE 9808-::
2.
Fw: Cukai Jalan saja RM24 ribu lebih ... From: ::-eSpAcE 9808-::
3a.
Re: saman DBKL From: NagoMakeOre

Messages

1.

Fw: MENGAPA TAK BOLEH MAKAN DALAM LRT

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Jan 22, 2012 7:18 am (PST)




----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::
MUNGKIN INI ALASANNYA MENGAPA TAK BOLEH MAKAN DALAM LRT:
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Kesian makcik tu...Mungkin lapar sangat kut...

sumber:borakkosong.com

2.

Fw: Cukai Jalan saja RM24 ribu lebih ...

Posted by: "::-eSpAcE 9808-::" rienacom@yahoo.com.sg   rienacom

Sun Jan 22, 2012 7:52 am (PST)



----- Original Message -----
From: ::-eSpAcE 9808-::

Bugatti Veyron : Kereta Mokhzani ...Cukai Jalan saja RM24 ribu lebih ...
by STONE

Cukai jalan RM24,598.50 setahun, itu kereta siapa?
Dicatat oleh tukanglawan

Patutlah najib bertanyakan kepada rakyat dalam laman sosialnya tentang berapa biji kereta anda ada, rupa-rupanya najib nak tahu siapa yang bayar cukai kereta hampir RM 25,000.00 setahun tu, maklumlah, najib mahu menerapkan nilai-nilai wasatiah dalam pentadbiranya, kata najib dia mahu mulakan dari dalam keluarganya sendiri.

Kihkihkihkih.......Betul nei, anda jangan lah gelak, nanti marah pula rosmah, kan rosmah tu suci.

Oklah, tentu ada yang tertanya-tanya kereta apa yang dimiliki individu tersebut, dan berapa pula harga kereta berkenaan?, ini dibawah ini gambar kereta tersebut.
Bugatti Veyron itulah jenis kereta dalam gambar diatas, dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenalkan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?.

Mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j). saman trafik kerana melebihi had laju bukan lagi masalah bagi individu yang mampu membeli kenderaan selaju ini.

Cukai jalan bernilai RM 25,000 setahun bukan jumlah yang kecil bagi kebanyakan rakyat marhaen seperti kita, jika kita menerima gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan, kita perlu kumpul wang tersebut tanpa menbelanjakanya walau 1 sen pun untuk tempuh 1 tahun 3 bulan, itu pun semata-mata mahu bayar cukai jalan saja. adakah anda mampu membelinya?, kita rakyat marhaen hanya mampu melihat saja.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit
9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.

jom kita lihat sedikit kehebatan kereta ini

Jadi, milik siapakah kereta berkuasa tinggi ini, dikhabarkan ianya milik anak bekas perdana menteri, milik orang kuat umno, parti yang kononya memperjuangkan bangsa melayu.

Mokhzani Mahadhir dikatakan pemilik kereta mewah ini, entahkan betul atau tidak tidak tahulah "tukanglawan" mungkin juga betul, jika betul apa nak kisah kan..
Lagi pun orang umno di kampung-kampung tidak kisah walaupun mereka tidak memiliki kereta, kerana demi perjuangan bangsa melayu yang dilaungkan oleh orang-orang umno, mereka gembira melihat pemimpin mereka memiliki kereta mewah seperti ini, sekurang-kurangnya ini membuktikan kerajaan rejim umno berjaya menghasilkan orang melayu yang kaya raya.

Tetapi malangnya orang melayu umno yang kaya itu hanya dikalangan mereka, dikalangan kroni dan anak-anak menteri, nasihat "tukanglawan" kepada orang umno, sudahlah jangan ditipu umno lagi. ( lihat ini jika mahu bukti)

Ehh.. jom tengok jugak koleksi kereta bekas menteri di sini
3a.

Re: saman DBKL

Posted by: "NagoMakeOre" nagoboror@gmail.com   mkorok

Mon Jan 23, 2012 5:03 am (PST)



Saya tak pernah bayor pun saman DBKL, tak pernah kena blacklist pun.

2012/1/11 almustaqeem <almustaqeem@yahoo.com>

> **
>
>
> saya punya saman DBKL - kesalahan kenderaan di atas siar kaki, bulan 10
> tahun lepas (2011) masih belum berbayar.kebetulan pulak road tax dah mati
> so ingat nak renew dalam minggu ni. tak tahu ler lepas ke tak neh...
>
> kebetulan lagi, DBKL bagi diskaun sempena hari wilayah. tapi untuk saman
> sebelum 1 mac 2011, saya punya saman oktober 2011... hai kalau sangkut,
> kena bayar penuh lah jugak jawab nyer... huhuhuhu
>
> DBKL beri diskaun kompaun trafik2012/01/10 KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya
> Kuala Lumpur (DBKL) akan memberikan diskaun untuk bayaran kompaun kesalahan
> trafik sepanjang Februari ini sempena Hari Wilayah Persekutuan yang
> disambut pada 1 Februari.
>
> Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik
> Raja Zainal Abidin, berkata dengan pemberian diskaun selama sebulan itu,
> bayaran kompaun dikurangkan kepada RM30 bagi setiap kesalahan.
> "Kompaun trafik yang terbabit ialah kompaun yang dikeluarkan sebelum 1
> Mac 2011 kebanyakannya membabitkan kesalahan trafik," katanya ketika
> merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Jom Kibar Bendera sempena Sambutan Hari
> Wilayah Persekutuan 2012 di sini hari ini.
> Setiap kesalahan trafik biasanya dikenakan kompaun sebanyak RM100 seperti
> kesalahan lalu lintas, halangan berada di kawasan garisan kuning, halangan
> berada di siar kaki dan meletakkan kenderaan di kawasan bukan parkir yang
> asal.
>
> Beliau berkata, adalah menjadi kelaziman pada setiap kali sambutan Hari
> Wilayah, pihak kementerian serta agensi di bawahnya akan memberikan buah
> tangan istimewa kepada rakyat di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan - Kuala
> Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
>
> Dewan serba guna di bawah pengurusan DBKL akan diberikan sewaan percuma
> kepada rakyat pada setiap hujung minggu di sepanjang Februari.
> Bagaimanapun, tawaran itu tidak layak bagi sewaan dewan untuk majlis
> perkahwinan serta penggunaan kolam renang.
>
> "Turut diberikan bayaran percuma kepada rakyat adalah penggunaan
> gelanggang futsal, gelanggang boling padang, padang ragbi serta dewan serba
> guna sama ada yang diurus tadbir oleh pihak kerajaan mahupun swasta pada
> setiap hujung minggu di ibu negara," katanya.
> Kempen kibar bendera itu bertujuan mempromosi bendera Wilayah Persekutuan
> kepada semua rakyat agar lebih dikenali, selain bendera diedar secara
> percuma untuk menggalakkan warga Wilayah mengibarkan bendera di rumah,
> premis perniagaan dan kenderaan sepanjang sambutan Hari Wilayah
> Persekutuan.
>
> Sebanyak 50 ribu bendera akan diedarkan untuk ketiga-tiga Wilayah
> Persekutuan itu.
>
> Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad
> Fuad Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, dan
> Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Hasim Ismail.
>
> Beliau berkata, Perbadanan Putrajaya akan turut terbabit memberikan buah
> tangan istimewa kepada rakyat.
>
> "Perbadanan Putrajaya akan menawarkan kupon percuma bagi lawatan ke
> Taman-taman Awam di Putrajaya serta diskaun 30 peratus kepada
> pemegang-pemegang MyKad Wilayah Persekutuan untuk perkhidmatan Cruise Tasik
> Putrajaya.
>
> "Selain itu pengunjung Putrajaya juga berpeluang mendapatkan perkhidmatan
> lawatan berpandu ke tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya dengan menaiki
> bas Nadi Putra secara percuma pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang
> Februari bermula dari i-Centre, Dataran Putra," katanya.
>
> Beliau berkata, penduduk Wilayah Persekutuan Labuan turut berpeluang untuk
> menggunakan kemudahan awam seperti gelanggang futsal, gelanggang boling
> padang, padang ragbi dan dewan serba guna secara percuma selama dua minggu
> pada Februari ini.
>
> Katanya, bagi warga kota Kuala Lumpur, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah
> Persekutuan memberikan diskaun lima peratus untuk bayaran cukai tanah
> secara online serta pengurangan 50 peratus tunggakan denda 2012.
>
> "Banyak lagi tawaran-tawaran istimewa oleh semua agensi di bawah
> kementerian kepada semua warga Wilayah Persekutuan, maklumat tersebut boleh
> diperolehi daripada pejabat-pejabat agensi atau melayari laman-laman web
> agensi berkaitan," katanya.
>
> Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap tahun bagi memperingati
> pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah
> Persekutuan, tahun ini merupakan perayaaan kali kelapan yang menggabungkan
> ketiga-tiga wilayah tersebut sejak wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan
> pada 27 Mac 2004. - BERNAMA
>
> --- On *Wed, 11/1/12, fuzzyinn@yahoo.com <fuzzyinn@yahoo.com>* wrote:
>
>
> From: fuzzyinn@yahoo.com <fuzzyinn@yahoo.com>
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - MINTAK PENDAPAT.
> To: "Automobil" <automobil@yahoogroups.com>
> Received: Wednesday, 11 January, 2012, 2:31 PM
>
>
>
> Masalah belum tau lagi jadi masalah ..dah pergi sambung ka belum ..Kalau
> dah pergi sambung kemudian dibagitau oleh pihak JPJ memang tak boleh
> sambung baru la ada kes Dan ada cerita ..Kalau duk main Tanya kawan jer
> payah juga entah2 kawan tu pun duk main Tanya kawan atas kawan jugak ..so
> pi jer sendiri kat kaunter nak sambung lesen ..Kalau lepas ..abis cerita
> ..jgn pulak duk p buat ramah kat depan kaunter p citer dari A sampai Z
> pulak sebelum dapat sambung tu ..haaaaa klu sangkut baru la bukak cerita
> panjang ..
> Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
> ------------------------------
> *From: *Hide ID
> *Sender: * automobil@yahoogroups.com
> *Date: *Wed, 11 Jan 2012 09:20:34 +0800 (SGT)
> *To: *automobil<automobil@yahoogroups.com>
> *ReplyTo: * automobil@yahoogroups.com
> *Subject: *www.groupautomobil.blogspot.com - MINTAK PENDAPAT.
>
>
>
> Tuan mod, mintak hide id.
>
> 30.1.12 lesen memandu akan tamat tempoh. Masalahnya saya masih ada saman
> ekor yg x berbayar.
> Masa diaorang sibuk2 bagi diskaun dulupun msh x mampu nk bayar jgk. Baru2
> ni ada tanya
> kawan samada blh lepas ke nk sambung lesen klu msh ada saman x
> berbayar.Dia kata mmg sangkut.
>
> Pelik jgk sbb seingat saya lps sebulan tamat tempoh pembayaran yg diberi
> tempohari kpd sesiapa
> yang ada saman ekor yg membolehkan sesiapa yg x jelaskan saman akan
> disenaraihitamkan, ada
> kenyataan yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan yg mengatakan tindakan utk
> senaraihitamkan itu
> terpaksa ditangguh sehingga 1 kes mahkamah yg melibatkan seorang rakyat
> Malaysia di Serawak yang
> telah membawa kes ini ke mahkamah yg mana menurut peguam beliau "menurut
> undang2 Malaysia, pihak
> berkuasa tidak berhak utk menyekat hak seseorang drpd memperbaharui cukai
> jalan atau lesen memandu".
> Lbh kurang mcm tulah.
>
> So, klu sesiapa yg ada info terbaru harap blh kongsi bersama di
> sini.Terima kasih semua.
>
>
>
Recent Activity
Visit Your Group
Y! Sports for TV

Game Day Companion

Live fantasy league

& game stats on TV.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Get the latest news

from the team.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: