Wednesday, July 18, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3321

2 New Messages

Digest #3321

Messages

Tue Jul 17, 2012 5:05 pm (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir

selatanonline
Web Harakahdaily.net

TANAH MERAH: Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang terselamat dalam kejadian rompakan di Kaherah baru-baru ini, Muhaimin Yahya (gambar) melahirkan rasa syukur kerana terselamat pada insiden tersebut.

Bagaimanapun beliau terkilan seorang rakannya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25 maut selepas terjatuh dari sebuah van ketika cuba menyelamatkan diri.

Mereka merupakan pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman di Shoubra.

Sebelum itu mereka menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.

Abdul Muhaimin, 25 ketika ditemui petang semalam berkata, beliau dan Allahyarham berdepan dengan detik cemas ketika menaiki sebuah van untuk pulang ke kediaman di Shoubra.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu membuat pusingan. Sepatutnya tidak perlu berbuat demikian.

"Sebelum itu ada satu keluarga lain dalam van, namun mereka turun awal sebaik melalui sebuah terowong. Arwah memberitahu dia agak risau sebelum tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengacukan pisau lipat.

"Lelaki itu cuba menyeluk saku seluarnya tetapi tidak berjaya dan dia sempat menepis. Arwah kebetulan duduk dekat pintu van.

"Sebaik perompak di sebelahnya berpindah ke belakang, dia terus membuka pintu dan keluar menyelamatkan diri," katanya yang pulang ke tanah air, beberapa hari lalu.

Bagaimanapun ketika itu van dipandu laju menyebabkan Abdul Khafiz cedera parah di kepala selepas terjatuh.

Katanya, selepas van bergerak perlahan beliau terjun ke luar dan berlari meluru ke tempat arwah jatuh.

"Abdul Khafiz dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah. Kemudian dipindah ke Hospital Amal, Ain Shams. Mangsa koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia," ujarnya.

Mangsa berasal dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor. Jenazahnya disembahyang di Dataran Hayyu A'syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir pada petang Rabu.

Muhaimin yang hanya cedera ringan dalam kejadian tersebut juga memberitahu mangsa sering menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah.

Beliau merupakan anak kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Tanah Merah, Yahya Daud yang juga Imam Masjid Mukim Alor Pasir, Dun Kemahang.

Pagi semalam keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Alor Pasir juga menerima kunjungan anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Muhaimi yang pulang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan juga memberitahu beliau akan meneruskan pengajian di Kaherah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Posted by ibn_bacoks

Tue Jul 17, 2012 5:05 pm (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Seluruh Dunia Marah Melihat Foto ini
aiyangdisayang.blogspot

Gambar dibawah banyak beredar di Blog atau Forum-forum Pecinta Hewan. Kita bisa Melihat betapa Biadabnya seorang Manusia Terhadap Makhluk yang lemah.

Orang ini Mengikatkan rantai motor pada leher seekor anjing Lalu menyeretnya, ini merupakan perbuatan kumpulan anti haiwan di cina kabarnya di bandar guangzhou, kumpulan ini dinamakan "tidak berperikemanusiaan"-dalam bahasa harfiah dan pengambilaan imej di Fuzhou, sebuah forum dari kumpulan fotografi, mengenakan seragam menunggang motosikal, mngikatkan rantai pada belakang motor, dan besi hujung rantai ditetapkan pada leher anjing, dan menyeretnya dalam kelajuan 50km/jam dan anjing itu terlihat meringis kesakitan. dan beberapa orang mengatakan ketika diseret anjing itu berteriak, melolong, dan menangis. tapi itu tidak membuat pengendara biadab itu melambat, malah mempercepatkan kelajuan motor. foto2 dibawah memperlihatkan keadaan anjing yang diseret tadi, terlihat sangat cedera parah.

Hargailah semua makhluk disekitar kita,Kita dan mereka juga diciptakan oleh Pencipta yang sama.

✿*~ kalau suka N3 jangan lupa tekan 'like' ye ...terima kasih ~*✿

Posted by aiyang

mountdweller
Celaka punya manusia!
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: