Tuesday, October 23, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3396

5 New Messages

Digest #3396
1
Fw: PERKARA PELIK YANG BERLAKU by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2a
Fw: Safety Vs Aqidah by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2b
Petronas ada enjin kereta ? by "Nazri Ahtar" littlenoti
3a
Re: Waze by "lan loqius" rxzabd

Messages

Mon Oct 22, 2012 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



PERKARA PELIK YANG BERLAKU SEJURUS PASUKAN BOLA ATM KALAH DENGAN KELANTAN
naimnikmat.blogspot

Dicatat oleh Na'im Nikmat

Mon Oct 22, 2012 8:46 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Safety Vs Aqidah
ikutsukaatiaku.blogspot

Bismillahirrrahmanirrahim..

Minggu lepas senior aku bawak satu buku ke tempat kerja aku. Disebabkan dia nak pergi interview dengan Petronas so dia bawak la buku tu. Buku yang berkait tentang safety kat tempat kerja. Di sebabkan tempat kerja aku sekarang ni sangatlah menitik beratkan bab safety ni so aku pun ambik la kejap buku tu sebab dah boring tahap gaban kat site. Di tambah dengan nak tahu sikit2 tentang safety ni in theory nye. So aku pun ambik buku ni….

Ok. Aku bukan lah baca sangat pun. Sebab banyak benda common je. Tapi ada sampai kat satu page tu aku agak terkejut dengan statement dia. Aku agak tak setuju dengan apa yang ditulis. Lantas mengadukan hal tu kepada rakan2 sekerja yang lain… Ni page yang aku maksudkan…

Ok. Nampak jelas tak. Takpe. Kalau tak jelas pun takpe. Aku tolong taip untuk kome.

Mitos (Kepercayaan Karut) Vs fakta mengenai Kemalangan

Kepercayaan :

- "Malang tidak berbau"
- Telah ditakdirkan
- Kehendak tuhan
- "Accident Prone"
- Keselamatan adalah" perkara biasa (common sense)"
- Setiap projek pasti ada korbannya

Fakta :

- Kemalangan boleh dielakkan
- Mencegah adalah lebih baik dari mengubati
- Keselamatan bukan "perkara biasa (common sense)"
- Keselamatan hendaklah diurus

Ok. Korang tengok kat Kepercayaan. Item nombor 2 dan 3. Yang aku dah merahkan. Ianya bertentangan dengan aqidah kita. Ini bukan soal main2. Ini tentang soal aqidah. Camne kalau orang yang tak berapa tahu mengenai aqidah ni membaca nya? Maka mereka akan menganggap bahawa kemalangan bukan di sebabkan oleh takdir dan kehendak Allah.

ASWJ Vs Jabariah Vs Qadariah

Aku bawakan definisi ringkas tentang mazhab aqidah yang berselisih terutamanya dalam bab qada dan qadar.

Jabariah : Semua yang berlaku adalah dari kehendak Allah swt SEMATA-MATA. Manusia langsung tiada daya.

Qadariah : Semua yang berlaku adalah dengan qudrat manusia. Allah swt telah memberi kebebasan kepada manusia untuk menentukan kehidupannya.

ASWJ : Segala yang berlaku adalah kehendak dari Allah swt namun disertakan dengan usaha oleh manusia.

Ok. So kita selaku ASWJ ni perlu mengakui setiap perkara sememangnya hakikatnya datang dari Allah swt namun Allah swt memberi kita ruang untuk berusaha. Mungkin orang yang menulis buku kat atas ni dari geng Qadariah kot. Haha. Slumber je cakap kemalangan tu bukan berlaku dengan kehendak Allah swt…

Semuanya berlaku dengan iradahnya.

Hakikatnya kemalangan yang berlaku adalah kehendak tuhan. Jangan kata kemalangan. Korang duk bukan dan berjaya baca entry kat blog aku ni pun dengan kehendak Allah swt. Kehendak ni berkait dengan sifat Al Iradah dalam pengajian sifat 20. Aku petik sikit maksud iradah dalam pengajian kitab "Risalah tauhid"

Iradah ertinya menghendaki yakni menentukan segala yang "mumkin" (harus) tentang adanya dan tiadanya…..

Sedikit huraian dari kitab tu….

Maka kepercayaan orang islam atas sifat Al Iradah itu iaitu beriktiqad dan percaya yang putus segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku ialah dengan mendapat ketentuan daripada tuhan……

Pergh… Memang susah baca bahasa jawi lama ni. Haha.. Korang boleh try baca kat bawah ni..

Ok. So kita kena jelas kat sini.Kehendak Allah swt itu langsung tidak terbatas. Sejauh mana pun kita berusaha tapi kalau Allah swt tidak bekehendak maka tetap lah takkan jadi. Bukan sahaja Kehendak Allah swt itu bertentangan dengan logik akal malah kalau dengan kehendak Allah swt juga melangkau apa yang Allah perintahkan.

Sebagai contoh :

Allah swt memerintahkan semua orang beriman :

Allah swt perintah beriman dan dengan kehendak Allah swt maka berimanlah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Allah swt perintah beriman tapi Allah swt tak berkehendak JWW Birch beriman

Begitu juga kafirnya Abu Talib. Allah swt tidak berkehendak untuk beliau beriman. Maka tetap tidak beriman juga Abu Talib

Kita perlu berusaha agar Allah berkehendak

Ok. So kita dah tahu sekarang semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah swt. Kita juga mengakui yang kita ni beraqidah ASWJ yang meyakini bahawa segala sesuatu berlaku atas kehendak Allah swt dan disertakan dengan ikhtiar kita. Nampak sangat yang tugas kita adalah perlu berusaha dan terus berusaha hinggalah Allah swt berkehendak agar terjadinya sesuatu tu. Kalau dalam bab kemalangan tadi. Kita tetap perlu berusaha hinggalah Allah berkehendak agar tak berlaku kemalangan di tempat kerja

Kesimpulan :

Fakta yang diberikan kat page tu betul (sila tengok kat atas) Cuma kita tetap harus percaya semuanya berlaku atas kehendak Allah swt. Begitu juga dengan kita hidup seharian. Tunjukkan usaha kita agar Allah swt bekehendak memeberikan kepada kita. Semoga perkongsian ni mampu memeberi sedikit pencerahan tentang Aqidah yang sepatutnya kita berpegang dengannya.. Aku akhiri entri ini dengan ucapan :

Selamat berusaha!! Moga Allah berkehendak!!

Wallahualam..

p/s : sangat menyarankan kepada kome yang mengaku ASWJ agar mengaji kitab sifat 20. Insyaallah kita akan mengenal Allah swt.

Mon Oct 22, 2012 9:44 pm (PDT) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti


Dipasang pada model baru, gantian bermula tahun depan

Proton Holdings Bhd akan menggunakan enjin E01 yang dimajukan PETRONAS untuk model baru serta model gantian keluarannya bermula tahun depan.

Sumber industri berkata, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd itu kini sedang berunding dengan PETRONAS bagi pembelian enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya. Katanya, sebagai permulaan, Proton Holdings bercadang menggunakan enjin PETRONAS E01 yang memiliki teknologi dan kemampuan setara dengan enjin kereta terbaik dunia lain itu pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.

Tue Oct 23, 2012 12:57 am (PDT) . Posted by:

"lan loqius" rxzabd

Saya pun selalu guna waze sebab selalu travel. So kalau ade speedtrap pun ade user yg update. yg best dia bleh navigate & 3D viewer.
Kalau jalan jem pun dia akan route ke jalan yg x jem. So far dah ramai pengguna waze kat malaysia ni. Issue bateri tu memang lah, tapi sebenarnye bukan apps tu yg kuat makan bateri tetapi backlight display tu sendiri & data line sentiasa on. Tapi x de masalah, cucuk aje charger kat tempat bakar rokok tu. Hala kan aircond ke phone sebab phone akan jadi panas sebab sentiasa on.

 
-Dak Lan-

________________________________
From: tanya saya <worksplendid@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, October 16, 2012 1:53 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Waze


 
buat masa ni, waze boleh harap. klu selalu guna, kena selalu update. So tk de la terjumpa jalan2 mati..

On Fri, Oct 12, 2012 at 11:53 AM, Ruslan Zakaria <zruslan@tm.com.my> wrote:


>Mmg bagus tapi kuat makan bateri. 
>
>
>Sent from Samsung Galaxy Note
>
>
>
>-------- Original message --------
>Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Waze
>From: Muaz CK <muazck@gmail.com>
>To: automobil <automobil@yahoogroups.com>
>CC: www.groupautomobil.blogspot.com - Waze
>
>
>
>Salam semua
>
>Saya dah sebulan gitu2 dah pakai aplikasi ni.
>
>Buatan Yahudi, saya tahu. Tapi berguna juga.
>
>Kepada yang ada smartfon dan menggunakan data plan yang sesuai (tanpa data
>plan, jangan pakai wooo. karang bill melamBONG), mari sama2 pakai Waze.
>
>App ni sangat berguna terutamanya untuk mengelakkan kesesakan. Sebab kita
>boleh mengagak atau menyelia keadaan trafik.
>
>Nanti saya sambung cerita. Kalau ada yang dah pakai, dan nak share pun
>boleh juga. Saya ada kejer la plak tetiba nih..
>
>
>Tatarrrr
>
>DISCLAIMER:
>This e-mail and the attachment is from Telekom Malaysia Berhad ("TM"). It is intended solely for the person to whom they are addressed and may be confidential and privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that disclosing, distributing, copying or taking any action in reliance of the content of this information is strictly prohibited. Please notify the sender immediately if you have received this e-mail and delete it from your system. The recipient should check the e-mail and any attachment for the presence of viruses that could be transmitted via e-mail. Email transmission cannot be guaranteed to be secure or error free as information could be intercepted, corrupted, lost, destroyed, incomplete or contain viruses. TM accepts no liability for any errors or omissions in the contents of this message which arises as a result of e-mail transmission. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that does not relate to
the official business of TM shall be understood as neither given nor endorsed by TM.

Tue Oct 23, 2012 5:38 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

nak tanya kps sesiapa yg arif tentang bas ekspress ke utara (IPOH) - masih di jalan duta atau dah pindah balik ke Puduraya?
didahulukan ucapan terimakasih.
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: