Friday, October 5, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3375

4 New Messages

Digest #3375
2
(no subject) by "Mohd Shahrin" ss6452n
3a
Mustapa Mohamed by "bashah" bwasi
3b
Re: Mustapa Mohamed by "Muaz CK" azz95

Messages

Thu Oct 4, 2012 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


----- Original Message -----
From: roslan mohd

Pemasangan Langsir, Pelekat Di Cermin Kenderaan Adalah Dilarang
Oleh STUART MICHAEL

MEMASANG langsir dan pelekat pada tingkap kenderaan adalah satu kesalahan dan amalan ini boleh menyebabkan pemilik kenderaan dipenjara jika mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Walaupun langsir digunakan untuk melindungi pemandu dan penumpang daripada silau dan haba matahari, ramai yang tidak sedar bahawa memasangnya adalah satu kesalahan.

Pemasangan langsir hanya dibenarkan pada bas, 'caravan' dan van yang digunakan untuk membawa pelajar sekolah.

Pelekat ini nampak cantik apabila dipasang di cermin kereta tetapi ia sebenarnya melanggar undang-undang.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Yusoff Ayob berkata pemilik kenderaan yang memasang langsir atau pelekat telah melakukan satu kesalahan.

"Kesalahan ini membawa hukuman denda yang berat dan hukuman penjara.

"Ramai yang tidak menyedarinya.

"Kebanyakan mereka yang telah dikeluarkan saman membuat kesalahan kali pertama," katanya.

Yusoff menambah terdapat hanya beberapa saman yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berkaitan dengan langsir.

"Pengguna kenderaan dibenarkan untuk menggunakan pelindung cahaya atau tuala pada tingkap kereta untuk menghalang matahari.

"Ini dibenarkan kerana pelindung dan tuala tidak kekal dan boleh dikeluarkan apabila diperlukan. Pelekat dan langsir dipasang kekal dan menghalang pandangan pemandu," kata Yusoff.

Penghadang cahaya seperti ini dibenarkan dipasang dalam kereta kerana ia boleh dialihkan.
Beliau menambah jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 dan / atau penjara tidak melebihi dua minggu untuk kesalahan pertama.

Bagi kesalahan berikutnya, pemandu ingkar boleh didenda tidak melebihi RM1,000 dan / atau penjara tidak melebihi satu bulan.

Kaedah 4(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa langsir, bidai atau bahan lain tidak boleh dipasang dalam kenderaan bermotor untuk melindungi bahagian dalam kenderaan itu.

Kaedah 5(1) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi 70 peratus manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50 peratus.

Yusoff berkata pengeluar kereta Malaysia telah menetapkan 15 peratus standard penghalang cahaya, yang membolehkan 85 peratus cahaya matahari memasuki tingkap.

"Kami tidak menerima sebarang aduan berkaitan pemasangan pelekat penghadang cahaya tingkap secara haram daripada pengeluar tempatan. Kami hanya menghadapi masalah ini terhadap kenderaan 'recon' atau diimport," katanya.

Thu Oct 4, 2012 2:44 pm (PDT) . Posted by:

"Mohd Shahrin" ss6452n

Assalamualaikum..
Tumpang tanya di mana saya boleh jumpa tempat kilang pembikinan alat ganti kereta seperti skirt&bumper untuk semua jenis kereta..Sekiranya tuan-tuan boleh menolong saya tolong emailkan saya tempat tersebut...
sekian terima kasih..

Thu Oct 4, 2012 6:50 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

dalam utusan hari ini.... :)
Tol ? Interest ? Kualiti ? 
===========================
Kos pemilikan kenderaan terendah di ASEAN

Oleh NORLALILI ABD. RAHMAN
ekonomi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN, menurut satu analisis perbandingan yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, harga kenderaan di Malaysia diakui tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain seperti Thailand namun jika dihitung dengan harga petrol, insurans dan cukai jalan, kos pemilikan kenderaan di negara ini masih lagi rendah.
"Tidak adil untuk membuat perbandingan daripada segi harga kereta sahaja sedangkan untuk memiliki sesebuah kenderaan, pengguna perlu membayar harga petrol, insurans, cukai jalan dan sebagainya, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Thu Oct 4, 2012 8:13 pm (PDT) . Posted by:

"Muaz CK" azz95

Nak jugak tu, justify harga kenderaan tinggi.

Dah lama jadi menteri. Takkan nak mengaku salah sendiri kot.

2012/10/5 bashah <bwasi@yahoo.com>

>
> dalam utusan hari ini.... :)
> Tol ? Interest ? Kualiti ?
> ===========================Kos pemilikan kenderaan terendah di ASEAN
> Oleh NORLALILI ABD. RAHMAN
> ekonomi@utusan.com.my
> KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kos keseluruhan bagi pemilikan kenderaan di Malaysia
> adalah antara yang terendah di ASEAN, menurut satu analisis perbandingan
> yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
> Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed
> berkata, harga kenderaan di Malaysia diakui tinggi berbanding negara-negara
> ASEAN lain seperti Thailand namun jika dihitung dengan harga petrol,
> insurans dan cukai jalan, kos pemilikan kenderaan di negara ini masih lagi
> rendah.
> "Tidak adil untuk membuat perbandingan daripada segi harga kereta sahaja
> sedangkan untuk memiliki sesebuah kenderaan, pengguna perlu membayar harga
> petrol, insurans, cukai jalan dan sebagainya, " katanya dalam satu
> kenyataan di sini hari ini.
>
>
>
>
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: