Thursday, October 25, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3398[1 Attachment]

9 New Messages

Digest #3398

Messages

Wed Oct 24, 2012 7:24 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Tambang teksi akan dinilai semula berikutan kenaikkan kos operasi
penpasksgb.blogspot.
Oleh Hafidz Baharom
Dicatat oleh ELBI RISALAH

KUALA LUMPUR, — Tambang teksi bandar sedang dikaji semula kerana kenaikan kos operasi seperti bahan api dan alat ganti walaupun Putrajaya memperkenalkan perkhidmatan bas metro percuma dan projek My Rapid Transit (MRT) bernilai berbilion-bilion ringgit untuk memastikan perjalanan yang berpatutan bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, kata pengatur industri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, kos yang semakin meningkat, iaitu harga petrol, gas asli dan alat ganti adalah "jalan keluar", sambil menambah bahawa pemandu teksi mempunyai sebab untuk menaikkan harga tambang.

Putrajaya baru-baru ini memberi baucar RM520 dalam untuk satu set tayar bagi 80,000 teksi yang dianggarkan di seluruh negara.

Walaupun begitu, 300 pemandu teksi membantah di bandar ibu negara dua minggu lalu terhadap saman trafik yang diterima dan perkhidmatan bas percuma di sekitar kawasan membeli-belah utama Kuala Lumpur di Bukit Bintang.

"Saya rasa, kita perlu bangkitkan isu ini dengan lebih serius, saya fikir orang ramai sudah semakin matang sekarang. Mereka tidak kisah untuk membayar lebih asalkan pekhidmatan mesti bagus, kata Syed Hamid kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah.

Bekas Menteri Kabinet itu menambah bahawa terdapat keperluan untuk mengiktiraf kenaikan kos dengan membenarkan mekanisme harga fleksibel.

Harga permulaan adalah RM3.00 untuk teksi bajet untuk dua kilometer pertama dan penumpang dikenakan bayaran 10 sen bagi setiap 115 meter berikutnya bagi perjalanan di Lembah Klang.

Satu RM1.00 tambahan dikenakan bagi setiap penumpang melebihi dua orang dan bagasi yang disimpan dalam but."Harga petrol apabila saya mula untuk memandu adalah hanya RM0.50 atau RM0.60, dan apabila saya mula bekerja ia hanya RM1.00. Kini, ia tidak masuk akal tetapi itulah situasi pasaran sebenar.

"Jadi bagaimana mereka berurusan dengan ini? Itu, mereka mempunyai kes yang kukuh. Itulah juga sebab bagi mereka untuk tidak mahu menggunakan meter, "katanya sambil menambah bahawa beliau tidak ada masalah dengan mengkaji semula kadar tambang teksi yang kali terakhir dikemaskini pada tahun 2009.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata tidak ada kemungkinan memansuhkan sistem meter oleh kerana terdapat pemandu yang mengenakan harga terlalu tinggi tanpanya.

"Saya fikir kita masih perlukan semua ini dilihat, sebaliknya jika kita mahu untuk memansuhkan penggunaan meter... anak lelaki saya berusia 18 tahun terpaksa membayar RM150 untuk pergi ke The Curve dari Taman TAR di Ampang.

"Kami juga baru-baru ini menahan seorang pemandu teksi yang mengenakan RM420 kepda pelancong asing untuk perjalanan dari Concorde Hotel berhampiran KLCC ke destinasi berhampiran, "kata anggota parlimen Kota Tinggi itu.

Bulan lepas, pemandu teksi 300 dari kumpulan yang baru ditubuhkan Bestari membantah di Jalan Bukit Bintang, kawasan membeli-belah premium, menuntut suruhanjaya itu untuk menangani isu-isu yang mempengaruhi kehidupan mereka.

Salah satu isu ialah pengenalan perkhidmatan bas percuma Go-KL untuk dua laluan dari Bukit Bintang ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan kawasan Central Market dalam zon warisan di bandar ini.

Menjawab kepada isu ini, Syed Hamid memberitahu pemberita semalam bahawa banyak pemandu teksi yang berasa teraniaya dengan langkah ini, tetapi berkata menjadi tanggungjawab SPAD untuk memastikan perkhidmatan yang baik.

"Mereka tidak harus marah dengan perkhidmatan bas percuma Go-KL, yang hanya melibatkan dua laluan. Saya yakin jika perkhidmatan teksi memuaskan, penumpang termasuk pelancong, akan memilih teksi," katanya.

Terdapat kira-kira 40,000 teksi yang berdaftar untuk berkhidmat di Kuala Lumpur dan Selangor, dimana pihak berkuasa merasakan terlalu banyak bagi kawasan itu.

Wed Oct 24, 2012 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Tataulah Gila Atau Memang Nak Bunuh Diri
mountdweller.blogspot.
Posted by mountdweller
Attachments with this message:
1 of 1 File(s)

Wed Oct 24, 2012 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Harga Kereta - Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan..!!!

anakkedah007.blogspot.

oleh AnakKedah007

Ini Harga di AUSTRALIA

Harga di Malaysia? Tengok jadual la beb.

Pasang sini.

Kilang sini.

Design sini.

RnD sini.

Customer paling banyak kat sini.

Tapi harga sini lebih mahal

daripada harga di luar negara?

KEBODOHAN apakah itu? Nak banding harga paling murah pun tak lepas. Paling murah kat malaysia pun 59k. Gua ulang RM59K. Itu harga kosong. Nanti mula la dia merapu suruh tambah apa2 jadah lagi.

Ini di namakan Rakyat Malaysia Di dahulukan Australia diutamakan..!!!

Posted by Admin

Wed Oct 24, 2012 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Negara Yang Tiada Cukai Pendapatan
apesal.com
Posted by abah khalisha
MMomoSalam sejahtera dan salam 1Malaysia semua...

Lama dah tak update, terasa ingin pula nak mengemaskini blog abah ni. Petang ni nampaknya PM kita bakal membentangkan Bajet 2013. Kita tunggu dan lihat je lah nanti.

Jom lah kita tengok negara dengan cukai pendapatan sifar...wahhhh...syok wooo..Kita kat Malaysia dekat-dekat bulan 4 tu kena siap-siap submit cukai taksiran. Lambat sikit memang kena denda punya.

Jom kita tengok negara dengan cukai pendapatan sifar.

a) Emiriah Arab Bersatu
Emiriah Arab Bersatu mempunyai salah satu daripada pendapatan per kapita tertinggi di dunia, $48,200 dan yang bestnya kerajaan mereka tidak mengenakan pendapatan peribadi atau cukai keuntungan modal kepada rakyatnya.

Rakyat UAE mesti membuat caruman bulanan sebanyak 5% daripada jumlah pendapatan mereka untuk keselamatan sosial. Majikan rakyat juga perlu membuat caruman bulanan sebanyak 12.5% daripada gaji asas pekerja untuk keselamatan dan pencen sosial.

b) Qatar
Menurut Forbes Qatar menjadi negara terkaya di dunia tahun ini dengan per kapita KDNK sebanyak lebih daripada $ 88,000.Ekonomi mereka adalah bergantung kepada kepada rizab gas asli.

Walaupun tiada pendapatan individu atau cukai keuntungan modal di Oman, rakyat mesti menyumbang 6.5% daripada levi negara mereka tiada cukai ke atas pendapatan peribadi, dividen, royalti, keuntungan, keuntungan modal dan harta. Bagaimanapun rkayat Qatar perlu membayar 5 peratus daripada pendapatan mereka untuk faedah keselamatan sosial, manakala majikan menyumbang 10 peratus bagi dana itu.

c) Oman

Oman memperolehi majoriti hasil negara daripada minyak mentah. Walaupun tiada pendapatan individu atau cukai keuntungan modal di Oman, rakyat mesti menyumbang 6.5 % daripada gaji bulanan mereka untuk faedah keselamatan sosial. Manakal 3 % dikenakan ke atas pembelian hartanah.

d) Kuwait
Kuwait merupakan pengeksport keenam terbesar minyak dunia dengan hasil minyak sebanyak $63.5 billion antara April dan November tahun lepas dan menyumbang 95 peratus kepada jumlah hasil kerajaan.

Walaupun tiada cukai pendapatan di negara ini, warga Kuwait perlu menyumbang 7.5 peratus daripada gaji mereka untuk faedah keselamatan sosial manakala majikan membuat sumbangan 11 peratus.

e) Bahrain
Bahrain juga tidak mengenakan cukai pendapatan peribadi kepada rakyatnya dan Bahrain bergantung kepada output daripada medan minyak Abu Safa, yang dikongsi dengan Arab Saudi, kira-kira 70 peratus daripada hasil belanjawan.

Untuk faedah keselamatan sosial, rakyat menyumbang 7 peratus daripada jumlah pendapatan mereka kepada kerajaan, manakala expatriates membayar 1 peratus. Majikan juga perlu membuat sumbangan sebanyak 12 peratus daripada pendapatan warganegara untuk insurans sosial, dan membayar 3 peratus untuk pekerja expatriates.

f) Bermuda
Dianggap sebagai salah satu negara paling kaya di dunia, Bermuda juga mempunyai antara kos sara hidup tertinggi di dunia.

Namun pekerja perlu membayar $30.40 seminggu ke arah insurans keselamatan sosial, yang ditentukan oleh majikan.

g) Bahamas

Bahamas merupakan negara yang ekonominya bergantung kepada pelancongan dan offshore banking. Lebih kurang 70 peratus daripada pendapatan kerajaan datang daripada duti ke atas barangan yang diimport.


Walaupun terdapat tiada cukai pendapatan peribadi, pekerja perlu menyumbang 3.9 peratus daripada gaji mereka, sehingga maksimum $ 26,000 setahun, untuk keselamatan sosial yang dipanggil National Insurance.

Manakala Majikan perlu menyumbang 5.9 peratus daripada gaji pekerja bagi Insurans Kebangsaan, manakala individu yang bekerja sendiri dikenakan bayaran 8.8 peratus.

h) Cayman Islands

Juga dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisir, Kepulauan Cayman adalah kaya dengan sifar pendapatan peribadi dan cukai keuntungan modal dan tidak mempunyai caruman keselamatan sosial wajib.

Bagaimanapun majikan dikehendaki untuk menyediakan satu pelan pencen bagi semua pekerja, termasuk ekspatriat yang telah bekerja selama sembilan bulan berterusan di pulau-pulau tersebut.

Sumber : CNBC.COM

Wed Oct 24, 2012 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



REBUT PELUANG KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH
Posted by Arijal

TAMBAHKAN IBADAH KITA
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi ALLAH `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun ISLAM pada diri seseorang Muslim. Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Maksud hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

"Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga"

(HR al-Bukhari & Muslim)

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Apakah amalan-amalan itu?

1) Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah)."

Para sahabat bertanya: "Walaupun berjihad di jalan Allah?"

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid)."

(HR al-Bukhari)

Perbanyakkanlah amalan soleh pada 10 hari pertama Dzulhijjah
Para salafussoleh merebut kelebihan yang terdapat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah dengan menghidupkan siang dan malam mereka dengan amalan-amalan soleh dan ibadah-ibadah sunat.

2) Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab yang maksudnya:

"Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang."

(HR Muslim)

Kelebihan Puasa Hari Arafah
3) Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha"

(HR Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021)

Di dalam hadith lain, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi ALLAH adalah Hari Raya Aidiladha."

(HR Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud)

4) Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai ALLAH ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya ALLAH akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu."

(Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412)

Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita ummat ISLAM dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.

Semoga dengan adanya peringatan ini menjadikan kita di kalangan insan yang beruntung dalam mengambil faedah 10 hari-hari terawal bulan Zulhijjah.

ALLAHU A`LAM.
muzir.wordpress.com

Wed Oct 24, 2012 11:10 pm (PDT) . Posted by:

"Fhazly Yusop" neoli18

Iklan ni. Kalau buat bebetul baru syok hehehe

Sent from Yahoo! Mail on Android

Thu Oct 25, 2012 12:50 am (PDT) . Posted by:

"lan loqius" rxzabd

Memang terbaik lah! Aku rasa polis tu masa sekolah amik sastera. So x bleh nak bantah apa2. Thumb up!

 
-Dak Lan-

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 25, 2012 12:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - cara2 mengelak dari kena saman polis kuda putih.


 
as salam,

ada bran lawan polis macam brader nih ?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Q-w7FmoYGQ0

 
rgds,
Nazri Ahtar

Thu Oct 25, 2012 1:14 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

dia lepas pasal dia panggil polis tu ABANG...respek tinggi tu..aper pun ni iklan, real ker?

tips dari member aku..kalau nak lepas nyanyi lagu GERAk KHAS macam kat TV tu..gerak gerak gerak khas..LOL

________________________________
From: lan loqius <rxzabd@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 25, 2012 3:50 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - cara2 mengelak dari kena saman polis kuda putih.


 
Memang terbaik lah! Aku rasa polis tu masa sekolah amik sastera. So x bleh nak bantah apa2. Thumb up!

 
-Dak Lan-

________________________________
From: Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, October 25, 2012 12:50 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - cara2 mengelak dari kena saman polis kuda putih.


 
as salam,

ada bran lawan polis macam brader nih ?

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Q-w7FmoYGQ0

 
rgds,
Nazri Ahtar

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
        Pdniaga Grafik - http://pdniagagrafik.blogspot.com

Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
        Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:         Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com  
        The Paradise Of Marketplace - http://carimudah.com     
        Kad Kahwin Online - http://kadkahwin.biz     
        Kataloh Online Business Index - http://kataloh.com  
        OILYMAN - http://oilyman.com.my

No comments: