Friday, January 11, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3480

5 New Messages

Digest #3480
1
Fw: BAHAYA KEMEWAHAN - HADIS 10 by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: DEMI ILMU, TINGGALKAN KERJA by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
3
Fw: Peringatan Untuk Diri by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Fri Jan 11, 2013 6:18 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



BAHAYA KEMEWAHAN - HADIS 10
telokbakong.blogspot.

HADIS 10: BAHAYA KEMEWAHAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullahsaw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah).

Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini.Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatumasa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt.,
sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian.

Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. Oleh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia initempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.

Fri Jan 11, 2013 6:19 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

'UQBAH BIN 'AMIR AL-JUHANI : DEMI ILMU, TINGGALKAN KERJA
g-82.blogspot.
Dicatat oleh Al-Bakistani

Semasa Nabi Muhammad SAW sampai di Yastrib, beliau berada di padang pasir untuk mengembala kambing. Berita kehadiran Nabi SAW, menyebabkan beliau bersegera meninggalkan gembalaannya yang merupakan sumber rezekinya, semata-mata mahu bersua-muka, bertemu-mata dengan Baginda SAW.

Setelah berjumpa, beliau memeluk Islam dan berbaiah dengan Nabi SAW. Baginda SAW bertanya, apakah beliau mahu berbaiah hijrah atau berbaiah Badwi. Beliau mahu berbaiah sebagai Hijrah.

Setelah berbaiah, beliau pulang semula ke padang pasir untuk meneruskan kerja hariannya, mengembala kambing. Bersama rakan-rakan di padang pasir seramai 12 orang. Mereka bergilir-gilir mengembala kambing di padang pasir dan berulang alik untuk mendapatkan ilmu dari Nabi SAW. Kemudian sesame mereka, berkongsi balik ilmu itu. 'Uqbah merasa rugi, menyebabkan beliau berhenti terus dari menjadi pengembala kambing untuk sentiasa berdampingan dengan Nabi SAW demi khidmat dan ilmu.

Ke mana sahaja Nabi SAW bermusafir, dia akan ambil peluang untuk berkhidmat dengan Nabi SAW. Ternyata, beliau kagum dengan diri Nabi SAW yang mempunyai semangat persahabatan yang kuat. Walaupun 'Uqbah berkhidmat dengan Nabi, tetapi Nabi SAW tidak pernah menganggap ia sebagai khadam, sebaliknya menganggap 'Uqbah sebagai teman yang wajar dihormati.

Dalam permusafiran, baginda SAW di atas unta, sedangkan 'Uqbah berjalan kaki memegang tali unta Nabi SAW. Dalam perjalanan, Nabi SAW bertanya kepada 'Uqbah, apakah beliau keletihan? Tanpa sempat beliau memberi jawapan, Nabi SAW menyuruh beliau naik atas unta, dan Nabi SAW pula berjalan kaki dan memegang tali unta itu.

Memandangkan ia suruhan Nabi SAW, 'Uqbah tidak tergamak untuk menolak, menyebabkan beliau naik sejurus Nabi SAW turun dari unta. Semasa dalam perjalanan yang tidak jauh, 'Uqbah minta untuk berjalan kaki semula, dan meminta agar Nabi SAW pula menaiki balik unta tersebut.

Ketika itu juga, Nabi SAW menyatakan kepadanya bahawa Baginda SAW mahu ajarkan kepadanya dua surah, dan 'Uqbah bersedia untuk belajar, iaitu surah al-Falaq dan surah al-Nas.

Kelebihan yang ada pada 'Uqbah adalah, kemahirannya dalam memanah. Dalam peperangan Uhud, beliau ditugaskan sebagai pemanah. Disamping itu juga, suara beliau cukup merdu. Ia menjadi ingatan bagi para sahabat yang berjumpa dengan beliau, bahawa mahu mendengar bacaan al-Quran dari 'Uqbah.

Ketika Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau sering menyuruh 'Uqbah menuturkan ayat-ayat suci ilahi. Bacaan al-Quran itu menyebabkan air mata umar menitis lebat membasahi janggutnya.

Di era pemerintahan Abu Bakar, beliau tinggal di Syam. Di era Umar, beliau berpindah di Damsyiq. Di era Muawiyah menjadi khalifah, beliau berpindah pula ke mesir dan meninggal di sana pada tahun ke 58 Hijrah.

Sebelum beliau meninggal, sempat juga beliau berpesan kepada anak-anaknya dengan tiga pesanan penting, iaitu agar tidak mengambil hadis kecuali dari orang kepercayaan, agar tidak berhutang walaupun terpaksa memakai pakaian compang camping dan agar tidak terlalai dari membaca al-Quran walaupun sebuk dengan syair-syair indah.

Wallahu 'Alam

Fri Jan 11, 2013 6:20 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Peringatan Untuk Diri

ijoks2009.blogspot.

Hadith yg diriwayatkn oleh Ibnu Majah, "sesiapa yg mempelajari sesuatu ilmu krn hendak menandingi ulama dan bermegah kpd org yg bodoh, hendaklah ia menyediakan tempatnya di dlm neraka"
Pesanan Ibrahim Adham
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4.Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5.Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6.Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Aku menulis bukan kerna nama,bukan kerna wang dan upah,
Kerna kasih sayang pada sesama insan,
Dan menyatakan kasih sayangNya...

Fri Jan 11, 2013 6:20 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



From: Maslina Omar/PP/toshiba-tem

Subject: Tazkirah hari ini - Kita solat seperti budak2 ??.

Assalamualaikum.

Pernah kita ke masjid /surau utk solat & terdapat anak2 kecil yg ikut sama solat? Cuba perhatikan bagaimana sesetengah mereka solat ?
Mula2 berdiri tegak .Lepas itu perhati kiri-kanan , atas-bawah , kemudian lari keliling , siap gurau2 dgn rakan2 .Bila tengok macam tu kita
geleng kepala.Kadang2 geram dgn ibu bapa yg bawa anak2 yg sebegitu kan ..?

Tanpa sedar kita yg 20~30 tahun yg dah solat ni lebih kurang sama , atau mungkin lebih teruk drp mereka.Kenapa pulak ?
Kalau anak2 tu main2 kat situ je , tapi kita ? Mula2 solat ok , berdiri tegak kat situ.Tapi , tak sampai bbrp saat kita dah terbang jauh , pergi KL ,
Ipoh ,JB , luar negara pun ada.Kalau kaum wanita , kadang2 siap memasak , tengok tv , shopping sakan pun ada.Yang lelaki pulak
siap attend meeting , service kereta lagi. Macam2 yg kita buat , kadang2 sampai kita lupa solat dah berapa rakaat.
Tak ke kes kita lebih berat pada anak2 tadi ?

Masa ni rasa2nya jiwa kita tenang ke sebaliknya? Kalau selalu rasa nak marah , geram , dengki , sampai rasa tak tenteram , mari kita
check balik bagaimana solat kita.Adakah dibuat secara ritual saja atau beserta roh di dalamnya?Allah kata orang yg tenang jiwanya
ialah orang yg khusyuk solatnya.Kalau rasa jiwa tidak tenang , marilah kita review balik solat kita.

p/s : Pesanan ini untuk diri saya juga.

Fri Jan 11, 2013 6:21 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



Dalam dok beritahu macam nie pun masih banyak lagi yang percaya..!!!!
Posted by Kedah Lanie

Jangan layan individu minta maklumat kad kredit

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak melayan sebarang panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dari sebuah bank tempatan dan meminta pengesahan transaksi kad kredit atau berkaitan tunggakan kad kredit.

Pengerusi Biro Aduan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Wilson Lau Hoi Keong berkata ini kerana panggilan itu mungkin daripada anggota sindiket penipuan kad kredit.

"Modus operandi sindiket itu ialah dengan menelefon mangsa dan mendakwa sebagai pegawai bank dan memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit yang perlu segera dijelaskan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata pemanggil kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun pihak ketiga atas alsan untuk melindungi keselamatan wang itu dan transaksi tersebut dirahsiakan.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima 18 aduan daripada mangsa penipuan sindiket itu.
Seorang ahli perniagaan, William Pheng, 39, yang hadir pada sidang akhbar itu, mendakwa beliau hampir terpedaya apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengaku pegawai sebuah bank.

Beliau berkata 'pegawai bank' itu memintanya mengesahkan transaksi kad kredit bagi pembelian barangan dari luar negeri.

"Saya menjawab bahawa saya tidak ada membuat sebarang transaksi berkenaan dan pegawai itu kemudian memberikan nombor lain untuk pengesahan. Apabila saya menghubungi nombor telefon itu, seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai Bank Negara meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit saya.

"Lelaki itu arahkan saya untuk memindahkan wang di kaunter kepada akaun pihak ketiga atas alasan memastikan wang saya dilindungi, dan meminta agar saya merahsiakan transaksi itu," katanya.

Pheng berkata beliau yang meragui permintaan lelaki itu menelefon Bank Negara, dan dimaklumkan nama lelaki itu tidak ada dalam senarai pegawai bank pusat tersebut. - Bernama
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: