Wednesday, January 2, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3472

8 New Messages

Digest #3472
1
Fw: Jual ikan di Facebook by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: MOTO SENSASI by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4.1
5.1
File - Blog, Facebook & Web by "automobil@yahoogroups.com"
6
File - Notis Moderator - HIDE ID by "automobil@yahoogroups.com"
7.1
File - Keahlian Group by "automobil@yahoogroups.com"
8.1
File - Pengumuman - Sekatan Email by "automobil@yahoogroups.com"

Messages

Tue Jan 1, 2013 7:46 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Jual Ikan Di Facebook

selatanonline.net
Web Sinarharian.com.my

MERSING - Seorang nelayan dari Kampung Makam, di sini, menyambut baik cadangan dan saranan majikannya untuk menjual ikan di hadapan rumahnya bagi menambah pendapatan.

Samsuri Ismail, 35, berkata, dia tidak sangka pujukan majikannya itu akhirnya menjadi sumber penambahan pendapatan buat dirinya bagi menampung keluarga tersayang.

Menurutnya, perniagaan yang dijalankan atas bantuan isterinya itu kini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan kediamannya.

"Perniagaan menjual ikan ini adalah pendapatan sampingan bagi kami sekeluarga. Semua modal dikeluarkan majikan dan saya hanya menjalankannya.

"Dalam sehari, saya boleh meraih pendapatan sebanyak RM700 hingga RM800 termasuk modal dengan hasil jualan ikan ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Samsuri berkata, dia akan mendapatkan bekalan ikan daripada majikannya dan rakan nelayan lain setiap hari.

Menurutnya, walaupun baru dua bulan dibuka, mereka sudah mempunyai pelanggan tetap.

"Alhamdulillah, jualan semakin meningkat atas bantuan rakan yang memperkenalkan perniagaan ini ke laman sosial Facebook," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis ikan tanpa perlu ke pasar, namun semua ikan segar yang dijualnya itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Jelasnya, oleh kerana keadaan cuaca yang kurang memuaskan dan tidak menentu pada musim tengkujuh, bekalan ikan amat sukar didapati.

"Antara jenis ikan yang dijual di sini adalah ikan cencaru, selar, kembong dan pari. Istimewanya, kami menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan," katanya.

Posted by ibn_bacoks

Tue Jan 1, 2013 7:46 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

MOTO SENSASI
hamirdin.blogspot
Posted by Hamirdin b Ithnin
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba tiba enjin kereta tersenggut dan power semakin berkurang. Aku cuba tekan minyak, namun kereta tidak bertenaga, kemudian power hilang langsung, dan akhirnya enjin mati secara tiba tiba. Aku dan Mat Jani keluar dari kereta, dan ku lihat enjin kereta berasap. Kereta aku tersadai.

Aku dalam perjalanan untuk ceramah STPM di Kuala Selangor dalam tahun 1984. Kereta itu tersangkut di Asam Kumbang, dan perlu di top overhaul.

Kira kira seminggu sebelum kejadian tersebut, almarhum ayahanda ku meminta RM 500.00 daripada aku. Katanya nak beli motosikal honda cup. Aku beritahu almarhum, aku tidak punya duit sebanyak itu pada ketika itu. Beliau diam sahaja.

Kereta Toyota Corolla aku yang rosak itu sudah siap. Total bill: RM 500.00

Tadi kata tak ada duit RM 500.00, sekarang boleh pula bayar RM 500.00

Ayahanda ku beli juga moto tersebut dari sumber wang yang aku tidak tahu dari mana, dan digunakan motor tersebut ke akhir hayatnya.

Kesesalan ku: mengapa aku tak beri RM 500.00 yang dimintanya?

Tue Jan 1, 2013 7:22 pm (PST) . Posted by:

"Fadzli Haron"

Salam semua,

Nak tanya perbezaan myvi 1.3 lagi best Vs saga FLX 1.3 dari segi
pengunaan minyak dan performance kenderaan

TerimaKasih

Legal Disclaimer:
The information contained in this message may be privileged and confidential. It is intended to be read only by the individual or entity to whom it is addressed or by their designee. If the reader of this message is not the intended recipient, you are on notice that any distribution of this message, in any form, is strictly prohibited. If you have received this message in error, please immediately notify the sender and delete or destroy any copy of this message!

Tue Jan 1, 2013 7:39 pm (PST) . Posted by:

"Abdul Rahman bin Johari" man_apache

pernah bawak Saga FLX 1.3 Auto
sewa bhai
bawak balik kg
pickup so far boleh blah la
tekan minyak tak sedar speedmeter dh 100kmj

Myvi pun de jugak
alah bro sewa je la kete tu sehari dua
buat test
ni cadangan saya bro
kalau test drive sekejap je
sebab bro nak beli kan

tgh duk usha Saga sebijik nih
kalau loan lepas
baru je lepas sbijik daihatsu tu

oo kalau minyak kat panel meter MYvi leh tengok berapa liter per 100km
kat Saga xde rasanya
so far kete baru, semua jimat bro
pandai/menten drive kete buruk daihatsu tu pun leh tahan jimatnya

tp ni ada kenyataan tak rasmi la dari pengusaha kete sewa
dia pernah bawak kluar 1 bijik viva ngan 1 bijik saga flx
dari segi kawalan pemanduan dia suka lagi viva bro

Fadzli Haron wrote:
>
>
> Salam semua,
>
>
>
> Nak tanya perbezaan myvi 1.3 lagi best Vs saga FLX 1.3 dari segi
pengunaan minyak dan performance kenderaan
>
>
>
> TerimaKasih
>
>
>
>
>

MHZ wrote:
>
>
> pelik la korang ni..
> dah macam ada dua team plak.. satu pro-dua, satu pro-ton.
> ni pulak pendapat aku yang pro-gol.. ops mintak simpang.. pro-consumer
> daa..
>
> 1. harga & mentenance
> tengok budget la.. kalau budget kecik, amik la saga. bab minyak org
> cakap myvi bagus.. org cakap la bukan aku cakap.. spare part mcm mana?
> service dia mcm mana? kalau dua-dua mampu, tgk faktor lain lak.
> -- kalau aku dua2 aku mampu.. so aku akan tgk faktor lain.
>
> 2. kegunaan & space
> nak g balik keje ke atau multipurpose? kalu g balik keje dlm town
> rasanya myvi jimat kot. sebab low end torque dia lagi bagus berbanding
> saga. kalau kerap jln2, shopping, blk kg, ada anak bini rasanya saga
> lagi cun. sebab leh letak barang lebih.. sapa ada anak kecik tau la..
>
> -- kalau aku, saga blm sebab ada anak bini selalu balik kg.. barang baby
> saja dah penuh bonet.
>
> kalau nak bawak laju2, racing, 130, 160, 200km/j beli keta sport la.
> keselamata diutamakan.. RXZ pun senang2 leh cecah 200km/j.. so tak payah
> berlagak boleh bawak laju.
> -- kalau aku, maks speed +-140 aje.. standard speed 80-120 aje so mana2
> keta takde masalah.
>
> 3. kualiti
> kalau ikutkan tradisinya proton la juara segala masalah. saga blm & myvi
> ni tak tau la apa peel dia. wear & tear dia mcm mana?
> -- no komen yg mana satu sebab takde xperience
>
> 4. value added & safety
> airbag? abs? sound system.. etc..
> -- saga sound system lagi ok. airbag ade tak? rasanya hi specs ada kot..
> tapi main concern aku ialah faktor no (2) & (3) so aku lebih prefer
> saga kot.
>
> hah apa lagi nak tambah.. silakan.. tambah.. lauk banyak lagi tu hehe..
>
> x men wrote:
> >
> >
> >
> > wakakakaka....
> >
> > Bro Abdullah.....,
> >
> > General Manager Proton (perdana) nak tukar status guna General Motor
> > Jerman (BMW X5) diluar waktu ofis...Start masuk dalam kawasan bangunan
> > Proton, dia tukar naik perdana pula...round2 dalam tu
> > jer....heheheheeheh!!!!!!!
> >
> >
> > Gurau-gurau je selepas lalu dpn surau....miahahahaha!!!
> >
> > --- On *Thu, 7/2/09, Mohmad Abdullah /<mbabest@hotmail.com
> <mailto:mbabest%40hotmail.com>>/* wrote:
> >
> >
> > From: Mohmad Abdullah <mbabest@hotmail.com
> <mailto:mbabest%40hotmail.com>>
> > Subject: RE: www.auto.pdniaga.com - Re: Minta komen: Saga BLM vs Myvi
> > To: "group krerta" <automobil@yahoogroups.com
> <mailto:automobil%40yahoogroups.com>>
> > Date: Thursday, July 2, 2009, 7:29 AM
> >
> > Cool....cool. ..cool... jangan marah nanti kena jual .
> >
> > Saya tengok sebuah kancil memotong saya dgn kelajuan lebih 160 km/j
> > . Kalau kita bawa 160 km dgn sebelah tangan saja (kereta besar boleh
> > buat cam ni, tak caya cuba) member ni bawa kancil macam formula 1 ,
> > tingkap bukak macam orang tension saja .
> >
> > jawapannya dua x 5 kecuali kalau pakai kereta besar , jangan marah ye?
> >
> > By the way , GM Proton pun pakai BMW X5 walaupun proton kasi kereta
> > free Perdana, camane le?
> >
> > ----------------------------------------------------------
> > To: automobil@yahoogrou ps.com
> > From: reduanhanif@ yahoo.com
> > Date: Thu, 2 Jul 2009 04:41:07 +0000
> > Subject: www.auto.pdniaga. com - Re: Minta komen: Saga BLM vs Myvi
> >
> >
> >
> >
> >
> > Bro,
> >
> > Baca ape yang aku tulis sebelum komen.kalau tak baca meh aku tulis
> > balik pasal 100km/h tu. ni ayat dia "Klu kat hiway takyah cite la
> > nak bwk Myvi lebih 100km/h.macam bot jadinya"ade tak dalam ayat tu
> > mana2 perkataan yang aku tulis Myvi tak leh sampai 100km/h????aku
> > pnh bawak myvi 160km/h.tapi handling mmg macam hampeh.lain kali
> > kalau nak komen, baca dulu.bukan main komen.dan untuk mengatakan
> > orang lain tak pnh drive Myvi tu adalah kenyataan yang paling jahil.
> >
> > Pasal harga lak, dia mahal sbb part dia banyak kene bayar mould dari
> > japan.lagi2 perodua takde design sendiri.sume design part kene bayar
> > royalti kat jepun.mana tak mahalnye.
> >
> > dan sebelum komen, baca ape soalan yang pertama dari orang yang
> > create topic nih.
> >
> > ada faham kaaa??
> >
> > .--- In automobil@yahoogrou ps.com
> >
> <http://us.mc532.mail.yahoo.com/mc/compose?to=automobil@yahoogroups.com
> <http://us.mc532.mail.yahoo.com/mc/compose?to=automobil@yahoogroups.com>>,
> > NagoMakeOre <nagoboror@. ..> wrote:
> > >
> > > Bro,
> > > Cuba test drive dulu Myvi baru boleh buat komen, especially for
> > Special
> > > Edition (SE). Kenyataan anda bahawa Myvi tak lepas 100km/j *adalah
> > > pembohongan semata-mata* .
> > >
> > > I owned Myvi SE (auto) as my second car, kalau setakat 130km/h tu
> > kacang je.
> > > Kat LPT it is normal for me to drive at 130km/h dan masa naik
> > bukit kat
> > > Genting Sempah, Myvi boleh maintain at 90km/j, leave other
> > branded car
> > > behind. For me Myvi at par with Nissan masa naik bukit.
> > >
> > > The true story, I drove Perdana (auto) and masa naik bukit kat
> > Genting
> > > Sempah, need to drop gear to 2, gear D tak larat naik bukit. Itu
> > Perdana
> > > 2.0, apatah lagi kalau Saga 1.3.
> > >
> > > Bro, kalau Myvi tak bagus, tak kan harganya jauh lebih tinggi
> > dari Saga dan
> > > terus kekal utk 3 tahun berturut2 sebagai kereta terlaris.
> > >
> > > I have test drive saga 1.3 auto and memang terasa
> > ke_underpoweran_ nya. Itu
> > > kat jalan rata, belum panjat bukit lagi. Masa nak memotong sesak
> > nafas
> > > dibuatnya, bimbang tak lepas.
> > >
> > > Cuma kekurangan Myvi adalah ia compact car with small boot dan
> > sesuai utk
> > > 2nd car.
> > >
> > > Need to think before buy saga or Myvi.... the price difference is
> > quite
> > > big.. Myvi 1.3 minimum RM44K and maximum RM53K... but saga it is
> > around
> > > RM30K++ and not even more than RM40K. So think it wisely.
> > >
> > > Reminder to all drivers especially for new driver / car owner:
> > > Drive safely, kalau kereta tu 1300 cc, pandulah macam 1300 cc
> > jangan nak
> > > pandu macam sport car pulak. Bagi saya semua kereta boleh laju
> > cuma think
> > > about safety... kereta cc besar, dia punya kelengkapan
> > keselamatan tinggi,
> > > kalau saga tu ABS dan Airbag pun tak ada, so teramatlah kurang ciri2
> > > keselamatannya, so please drive wisely.
> > >
> > > 2009/6/30 wan <reduanhanif@ ...>
> > >
> > > >
> > > >
> > > > salam,
> > > >
> > > > bagi xperience saya:
> > > >
> > > > 1.Comfort : Saga Blm.Jalan tak rata still selesa.Myvi melambung
> > > > lambung.Untuk long distance, Saga mmg bagus sgt dari
> > > > Myvi.Myvi long distance boleh sakit pinggang.
> > > >
> > > > 2.Handling :Saga mantap.layan corner selamba je.Myvi pulak rasa nak
> > > > terbalik.Klu kat hiway takyah cite la nak bwk Myvi lebih
> > > > 100km/h.macam bot jadinya.
> > > >
> > > > 3.Keluasan :Kalau tempat duduk mmg lebih Myvi kot.tapi tmpt letak
> > > > barang Myvi sempit.letak beg baju utk sorang boleh la.klu
> > > > plan utk guna long term, better Saga.sesuai untuk guna
> > > > spi ade family.
> > > >
> > > > 4.Minyak :Myvi kuat makan minyak dari Saga.
> > > >
> > > > 5.Harga :Saga lagi murah, sedan lak tu. Myvi dah la mahal tp dpt
> > > > kete kontot jer.
> > > >
> > > > 6.Interior :Saga lagi lawa.Design dlm nmpk kemas.Myvi mcm kartun.
> > > > CD player Saga at least guna Clarion, Myvi?sendiri mau
> > > > ingat la.huhu.
> > > >
> > > > 7.kualiti :Tak jauh beza pun.takde dengar lak Saga ni byk ragam.
> > > > Myvi dua kali aku nampak arm depan dia patah. Bayangkan
> > > > klu tgh laju, mau membawa maut.
> > > >
> > > > Sekian.itu pada experience aku lah.Pape pun, aku sokong ko beli
> > Saga baru
> > > > sbb jimat, murah, better handling dan boleh guna utk long term.
> > > >
> > > > --- In automobil@yahoogrou ps.com
> >
> <http://us.mc532.mail.yahoo.com/mc/compose?to=automobil@yahoogroups.com
> <http://us.mc532.mail.yahoo.com/mc/compose?to=automobil@yahoogroups.com>>
> > <automobil%40yahoog roups.com> , "zulawins"
> > > > <zulawins@> wrote:
> > > > >
> > > > > SALAM..
> > > > >
> > > > > minta pandangan drpd rakan2 semua yg dah pakai kete nie..
> > > > > bole bg full review tak dr segi kualiti, interior,
> > keselesaan, value,
> > > > engine dia compare dgn myvi..
> > > > > which one is more worth to buy to used for long term??
> > > > > myvi ni kalo bontot panjang da lama da beli.. BLM ni cam ok
> > jer tp nak
> > > > dpt pandangan drpd rakan2 yg da pakai kete nie..
> > > > > tolong yer.. tq
> > > > >
> > > >
> > > >
> > > >
> > >
> >
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------
> > Insert movie times and more without leaving Hotmail®. See how.
> >
> <http://windowslive.com/Tutorial/Hotmail/QuickAdd?ocid=TXT_TAGLM_WL_HM_Tutorial_QuickAdd_062009
> <http://windowslive.com/Tutorial/Hotmail/QuickAdd?ocid=TXT_TAGLM_WL_HM_Tutorial_QuickAdd_062009>>
> >
> >
> >
> >
>
>

Wed Jan 2, 2013 1:16 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Wed Jan 2, 2013 1:16 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Wed Jan 2, 2013 1:16 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Wed Jan 2, 2013 1:16 am (PST) . Posted by:

"automobil@yahoogroups.com"


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: