Saturday, January 5, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3475

2 New Messages

Digest #3475
1
Fw: Pertandingan menulis Harakahdaily by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
2
Fw: Kome Ponah Nengok Ikan Besor Ini? by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Fri Jan 4, 2013 7:59 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Pertandingan menulis Harakahdaily, hadiah pertama RM10,000
idhamlim.com
DRS. KHALIL IDHAM LIM

KUALA LUMPUR: Harakahdaily akan menganjurkan 'Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran' mulai hari ini hingga 18 Januari 2013 ini.

Hadiah utama pertandingan ini adalah berupa wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000.

17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.

Berikut adalah maklumat penuh pertandingan ini.

Satu pertandingan menulis artikel berdasarkan ayat Al Quran yang berkaitan dengan tuntutan membentuk kerajaan yang adil.

Tujuan

1. Mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini.

2. Mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran.

3. Mengajak rakyat agar berhujjah dengan al-Quran.

Sekretariat penilai terdiri daripada Dewan Ulama PAS Pusat, Persatuan Ulama Malaysia dan penulis politik.

Al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;

"Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Berdasarkan ayat di atas, buat satu tulisan, artikel, esei dan anda bakal memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

Hadiah

1 X Pemenang Utama RM10,000

1 X Pemenang Kedua RM5,000

1 X Pemenang Ketiga RM3,000

17 X Hadiah Saguhati RM100

Syarat penyertaan

1. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

2. Setiap penulis hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Jika menghantar lebih daripada satu, penyertaannya akan ditolak.

3. Karya mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu mengikut standard ejaan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada penganjur selewat-lewatnya pada jam 12 malam 18 Januari 2013.

4. Format kiriman emel mestilah dalam bentuk "notepad" atau "word". Font yang digunakan mestilah Times New Roman bersaiz 14; single spacing, justified, left indent, dan selang sebaris bagi setiap perenggan.

5. Panjang esei hendaklah sekitar 1500 – 2000 patah perkataan.

6. Pengirim mesti menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, emel, nombor telefon dan pekerjaan (jika pelajar, sila nyatakan institusi pengajian) pada bahagian hujung esei. Penyertaan mestilah disertakan gambar berukuran pasport.

7. Karya mestilah yang asli dan tidak disalin daripada mana-mana esei atau artikel penulis lain. Karya yang dihantar akan menjadi milik pihak penganjur.

8. Kakitangan Harakah dan Harakahdaily serta keluarga mereka tidak boleh menyertai pertandingan ini.

9. Keputusan sekretariat penilai adalah muktamad dan pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur melalui telefon dan emel. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap risiko kesilapan teknikal.

10. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak memenuhi hasrat penganjur tanpa perlu memaklumkan peserta.

Hantarkan esei anda ke emel budayaharakahdaily@gmail.com

Fri Jan 4, 2013 8:00 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Kome Ade Ke Ponah Nengok Ikan Besor Ini?..Termasuk ler Siakap Sungai..Ini lah Hasil Sungai Perak..
telokbakong.blogspot
Posted by Telok Bakong

Temoleh wehh..kome kenei ke?

Tongsan Sungai

Patin Sungai
kalau nak makan ikan sungai yang sedap sedap sila ler bertandang ke Telok Bakong Parit Perak.Boleh berjumpe dengan tokey ikan kita ni haa..Mat Noor Mansor,bersebelahan dengan Rumah Pam Air Telok Bakong.Gambor yang ditunjuk ni baru sikit..Banyak lagi jenis yang beliau dapat tangkap..termasuk ikan siakap...tak caye??...nanti teman coyerr gambornyer...

Nah ini ler dia ropenyer siakap sungai yang glemer itu..ponah kome jumpe??




yang ni..orang telok bakong lambor..jangan cube dekat..tapah wehh..

DUA nelayan mendarat tongkol raksasa 1,000lb
alhusseyn51.blogspot.
Catatan Oleh alhusseyn

Mark, kiri, dan Neil dengan tongkol raksasa

Besarnya ikan tongkol ini! - cukup untuk mengisi 2,000 tin. Scot Marc Towers dan pal Neil Cooke berjuang selama dua jam untuk mengheret ikan tongkol raksasa ini ke permukaan.

Dan mereka terpaksa menunda tangkapan mereka itu sejauh empat kilometer ke pantai di Nova Scotia, Kanada, kerana ia terlalu berat untuk bot.

Ikan raksasa itu - cukup besar untuk membuat 100,000 bahagian maki sushi - kini telah diterbangkan ke Jepun di mana ia dijangka mencecah harga £ 20,000 apabila ia dijual di pasaran lelong.

Marc, 30, graduan University Stirling, berkata : " Ikan itu kami tunda di sebelah bot hingga ke pelabuhan dan kemudian menggunakan kren untuk mengangkatnya.
We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: