Thursday, January 24, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3491

7 New Messages

Digest #3491

Messages

Thu Jan 24, 2013 4:43 am (PST) . Posted by:

"gemaalam@yahoo.com" gemaalam

As salam.

En Nazri,
Bateri dia boleh tahan berapa lama?

Terima Kasih

________________________________
From: Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" automobil@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, January 15, 2013 9:05 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - wayway geo (gps tracker)


 

as salam,

siapa2 yang berminat utk gps tracker seperti dibawah, sila beri nama. kalau ramai, kita cuba nego utk bulk price.

kalau tak faham bendaalah ini utk apa, ianya guna satelit untuk beritahu kedudukan.

contoh.

letak gadget ni dalam beg sekolah anak. lepas tu korang boleh track pergerakan anak dari masa kesemasa.

harap maklum.

tqvm!

Feature available to Store Members
 Our specially designed app - GEO Manager
 
rgds,
Nazri Ahtar

Thu Jan 24, 2013 6:48 am (PST) . Posted by:

"Ibn Muhd" adekchik

Pernah terjadi jugak... bila overheat, rasanya aircond akan cut-off. So jadi tak sejuk, hanya kluar angin. Tak tau la pulak, mungkin ada otai yg lebih mengetahui boleh explain.

Thu Jan 24, 2013 7:12 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Suami ratapi kematian isteri, dua anak akibat dihempap lori 10 tan
aiyangdisayang.blogspot
Posted by Aiyang Disayang

MUAR – Hanya laungan nama Ngaisah, Balqis dan Azzem berulang kali memecahkan suasana pilu di kediaman Ghazali Salamon, 45, yang meratapi jenazah tiga ahli keluarganya selepas semua mangsa dikeluarkan dari timbunan barangan konkrit bahan binaan.

Ghazali merupakan suami kepada mangsa kemalangan, Ngaisah Redzuan, 46, bersama dua anaknya, Faatiorrohirullah Al Azzem Ghazali, 12, dan Puteri Balqis Sofea Ghazali, 10; maut selepas terbabit dalam nahas melibatkan sebuah kereta Proton Persona dengan lori sarat membawa muatan konkrit di Batu 14 Jalan Muar-Air Hitam, berhampiran Bukit Naning dekat sini, kira-kira jam 1.30 petang semalam.

Bagaimanapun usaha untuk menemu bual Ghazali iaitu Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Umno Bahagian Bakri,. tidak berjaya berikutan keadaannya yang tidak mengizinkan dan terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarganya.

Lebih memilukan, kejadian ngeri itu berlaku di hadapan rumah mangsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Bukit Naning iaitu tempat Ngaisah mengajar.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila lori seberat 10 tan yang sarat membawa muatan dari Air Hitam menghala ke Muar cuba memintas kereta Proton Persona dipandu Ngaisah yang ketika itu sedang membelok ke kiri untuk pulang ke rumahnya.

Malangnya, lori terbabit hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan keseluruhan muatan barangan konkrit bahan binaan itu bertaburan dan menghempap kereta dipandu guru Matematik itu.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama satu jentera dengan tujuh anggota.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terhempap dalam timbunan barangan konkrit bahan binaan dengan menggunakan bantuan dua jentera forklift.

"Ketika dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia dan pemandu lori berkenaan dipercayai melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini untuk bedah siasat.
"Saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pertemuan terakhir Rabu lalu KAKAK kedua Ngaisah, Noriah Redzuan, 70, begitu terkejut menerima berita yang menimpa adiknya melalui penduduk kampung.

"Kali terakhir saya menemui Ngaisah pada Rabu minggu lalu di sebuah kedai runcit di Parit Sulung, Batu Pahat.

"Dalam pertemuan itu, dia tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik dan sentiasa dengan sikap ramahnya," katanya.

Sementara itu, rakan mangsa yang dikenali sebagai Shidah, 47, berkata, sebelum kejadian arwah sempat meninggalkan pesanan supaya membantunya memasang langsir baru sekolah pada keesokan hari (hari ini).

"Tahun ini arwah menaja langsir baru untuk sembilan kelas seperti yang dilakukannya setiap tahun.

"Hari ini (semalam) kami tidak sempat berbual panjang kerana sibuk bergotong royong membersihkan sekolah berikutan akan menerima kunjungan lawatan Nazir Jumaat ini," katanya.
Shidah turut sedih mengenangkan semula pesanan terakhir arwah dan menganggap pemergian sebagai satu kehilangan besar buat dirinya kerana mereka sudah bersahabat baik lebih 20 tahun lalu.

Manakala seorang anak murid mangsa, Nornasha Kamarudin, 12, berkata, dia turut sedih dengan pemergian guru matematiknya itu.

"Ketika mengajar dalam kelas hari ini, Cikgu Ngaisah banyak tersenyum dan mendekati rakan-rakan yang tidak faham dengan apa yang diajarnya," katanya. [ Sinar Harian Online ]

comment:

ASYRAF LAZIM said...
AL FATIHAH BUAT KELUARGA MANGSA .

Kereta terperosok bawah bas
idhamlim.com
DRS. KHALIL IDHAM LIM

Toyota Vios terperosok di bawah bas dalam kejadian kemalangan di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, Ahad lalu.

Pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.
TANJUNG SEPAT – Penumpang sebuah bas persiaran berdepan saat cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios di Jalan Sungai Pelek-Tanjung Sepat, di sini, Ahad lalu.

Pertembungan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios maut di tempat kejadian, bagaimanapun pemandu dan penumpang bas persiaran tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, bas dipandu lelaki berusia dalam lingkungan 40-an yang membawa lebih 10 penumpang terbabit dikatakan dalam perjalanan ke arah Tanjung Sepat, manakala kereta dipandu wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pula dalam perjalanan ke Sungai Pelek.

Menurutnya, sejurus tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pemandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terperosok di bawah bas.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa tersepit di dalam kereta dan disahkan maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk di bahagian badan.

"Bagaimanapun, pemandu dan semua penumpang bas persiaran terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah jentera bomba turut sama membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama apabila melalui kawasan kampung dan tempat sunyi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

sinar/-

Thu Jan 24, 2013 7:17 am (PST) . Posted by:

noorazlimdali

Lama tu.... Saya masa guna maintenance free battery dulu pun tahan cuma 1 ke 1 1/2 tahun je... Kalau lebih dah kira bonus....
Sent from my BlackBerry� wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

-----Original Message-----
From: Hidzir Abdullah hidzir.abdullah.ingress@gmail.com>
Sender: automobil@yahoogroups.com
Date: Tue, 22 Jan 2013 12:21:05
To: automobil@yahoogroups.com>
Reply-To: automobil@yahoogroups.com
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Free Maintenance Battery Rosak.

Assalamualaikum da nsalam sejahtera semua,

Just nak share dan mohon pandangan.....

Semalam kereta saya tak boleh start dan saya cuba gunakan jumper untuk
start balik, tapi tak boleh sebab jumper cable yg ada kecil kot..... Lepas
tu call kawan pinjam bateri dia dan lepas tukar bateri , terus boleh start
kereta..... Saya guna free maintenance bateri, tarikh mula guna december
2010 (lebih kurang dalam 2 tahun)... Berapa lama jangkahayat untuk free
maintenance bateri dan ada tak cara untuk kita tahu hayat dia dah nak
habis.....

Didahului dengan ucapan terima kasih.

Thu Jan 24, 2013 7:38 am (PST) . Posted by:

"Mohammad Firaj"

Waalaikumsalam.

2 tahun tu kira ok, memang jangkahayat bateri tak kira maintenance free atau tak. Cuma bateri
MF kita tak payah risau pasal air bateri.
Drpd pengalaman saya, sebelum matikan enjin, matikan air cond dan radio( terutama kalau
ada pasang power amp ). Kalau kereta ada fungsi auto on headlamp, letakkan pada manual saja. Ini supaya bila kita nak hidupkan enjin kemudian, load berkurangan.
Kalau saya kata bateri kereta2 saya rata2 tahan lebih 3 tahun pasti ada tak percaya tetapi
itulah antara cara yang saya lakukan.

On Jan 22, 2013, at 12:21 PM, Hidzir Abdullah hidzir.abdullah.ingress@gmail.com> wrote:

> Assalamualaikum da nsalam sejahtera semua,
>
> Just nak share dan mohon pandangan.....
>
> Semalam kereta saya tak boleh start dan saya cuba gunakan jumper untuk start balik, tapi tak boleh sebab jumper cable yg ada kecil kot..... Lepas tu call kawan pinjam bateri dia dan lepas tukar bateri , terus boleh start kereta..... Saya guna free maintenance bateri, tarikh mula guna december 2010 (lebih kurang dalam 2 tahun)... Berapa lama jangkahayat untuk free maintenance bateri dan ada tak cara untuk kita tahu hayat dia dah nak habis.....
>
> Didahului dengan ucapan terima kasih.
>
>

Thu Jan 24, 2013 8:25 am (PST) . Posted by:

Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: