Saturday, June 22, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3628

9 New Messages

Digest #3628
1
Fw: IKHLAS Semasa Menderma, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
3
Fw: Kenapa kereta 1.5cc mahal? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4a
Fw: RUMAH DI TENGAH LEBUHRAYA by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Susah nak cari, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6a
Fw: Penyesalan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6b
Re: Fw: Penyesalan by "bashah" bwasi

Messages

Fri Jun 21, 2013 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



IKHLAS Semasa Menderma, RM10 Dibaluti Dengan RM1
Posted by greenboc

Dari FB: "Baru2 ni sempat solat jumaat di kampung halamanku. Siap solat Jumaat, tolong abah kira duit tabung jumaat. Terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1.

Aku berseloroh "Ada juga jenis balut mcm ni". Abah kata "Tiap2 mggu wajib ada dia ni. RM11..duit RM10 mesti dia gulung dgn duit RM1. duit RM1 ja nampak".

Aku terfikir..mungkin penderma ni cuba elak agar diri tak menjadi merasa riak. Kita bagaimana?? Bila derma Rm1 rasa seperti Rm100..? Renungan untuk diri.

Ulasan GB

"mengikhlaskan diri" di dalam setiap tindakan dan perbuatan... apatah lagi di dalam menghulur sumbangan dan derma agar tidak dilihat oleh manusia lain demi untuk mengelakkan perasaan riak, sum'ah dan ujub bertakung di kolam hati..

esok kita ke masjid... sikap pemuda di atas patut kita teladani...

comments:

Anonymous said...

Benda begini UMNO BN tak akan ambil tahu kerana bagi diaorang ini perkara kecil sahaja. Walhal inilah akan memberi pahala kelak kepada di akhirat kelak. Buktikan kempen PRU ke -13 BN semua tayang dia punya pembangunan kepada rakyat nak suruh rakyat ingat dia punya jasanya. Ini bukti diaorang tidak ikhlas langsung dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Anonymous said...
alahai bn/umno oii!!!sesiapa saja yang dilantik rakyat menjadi pemimpin berwajib dan tanggongjawab merekalah membuat pembangunan,keselesaan serta memantapkan ekonomi rakyat.bukan perlantikkan itu bertujuan menipu,merompak hak serta dana rakyat.syabas serta berpahala besarlah sekira ada pemimpin yang memberi kesedaran pada rakyat yang telah lama didera secara halus,ditipu,dirampas,dirompak dana serta harta rakyat.terutama hak asasi rakyat.pemimpin yang berkaliber yang tanpa gentar inilah pilihan rakyat.biar lingkop bn/umno jangan sesekali lingkop rakyat.

Anonymous said...
mana ada BN buat pembangunan, hampir keseluruhan pembangunan di bandar-bandar besar dilakukan oleh ahli perniagan/syarikat korporate. BN cuma tukang lulus dan sain kertas projek je, lepas tu minta komesion.

Fri Jun 21, 2013 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Makanan sihat bagi mereka yang selsema
By Diba S. | Tupai

Gejala selsema sudah pasti membuatkan anda berasa tidak selesa dan tidak senang duduk. Sama ada disebabkan cuaca yang tidak menentu ataupun virus yang menjangkit, gejala selsema sudah tentu akan mengganggu aktiviti harian anda.

Selain mengamalkan kesemua petua ini, jenis pemakanan yang anda ambil juga perlu dititikberatkan. Berikut antara 10 jenis makanan yang boleh anda ambil ketika gejala selsema menyerang anda:

1. Ais krim batang
Aiskrim boleh melegakan sakit, rasa gatal, bengkak, atau kering pada tekak. Ia juga membantu mengekalkan anda terhidrat, yang menganggu anda apabila berhadapan gejala selsema. Mendapatkan air yang secukupnya dapat membantu mengurangkan masalah hidung tersumbat. Cari aiskrim batang yang diperbuat daripada 100% jus buah-buahan untuk memastikan anda mendapat nutrien yang penting dan bukannya air gula. Beberapa perisa seperti epal, anggur, atau strawberi boleh dicuba.

2. Sandwich Turki
Ayam belanda adalah pilihan terbaik, ia merupakan makanan yang mengandungi protein tanpa lemak. Sekalipun anda tidak menyukai rasanya, namun makanan ini membantu membekalkan tenaga dalam badan untuk melawan penyakit.

3. Jus Sayur-sayuran
Selain salad, segelas jus sayur-sayuran yang rendah natrium rendah akan membekalkan anda dengan imun-merangsang antioksida dan mengekalkan diri anda dari terus terhidrat.

4. Sup Ayam
Berkhasiat dan menghidratkan, terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa sup ayam boleh membantu untuk menyembuhkan dan mempunyai kesan anti-radang yang sederhana. Kajian telah mendapati bahawa sup ayam panas dapat meningkatkan keupayaan silium, rerambut kecil pada bahagian rongga hidung, untuk melindungi badan daripada bakteria dan virus.

5. Bawang putih
Untuk itu, bawang putih merupakan pilihan yang baik bagi menyediakan hidangan seperti sup. Ia mempunyai ciri-ciri antimikrob dan imun-merangsang serta boleh memberi kelegaan bagi masalah hidung tersumbat.

6. Halia
Sakit perut? Loya? Halia adalah yang sering digunakan untuk melegakan gejala-gejala ini. Beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu melawan keradangan.

7. Roti Bakar
Roti bakar antara makanan yang mudah apabila melawan penyakit. Tambahan pula roti bakar bersama dengan mi sup ayam boleh mengembalikan selera makan anda.

8. Pisang
Pisang merupakan makanan yang berkesan terhadap gejala selsema, loya, muntah dan cirit-birit. Pelbagaikan hidangan anda berserta dengan beras, sos epal dan roti bakar.

9. Teh Panas
Teh hijau membantu melawan penyakit antioksida. Bernafas dalam wap terutamanya berasaskan teh boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Campurkan sesudu madu dan perahan limau untuk membantu melegakan sakit tekak. Jika kafein mengganggu anda, pilihlah bebas kafein atau versi herba.

10. Minuman Gantian Hidangan
Jika selera makan anda telah kembali, cuba minuman gantian untuk mendapatkan nutrien dan kalori yang betul. Cari minuman bebas laktosa dengan sekurang-kurangnya 6 gram protein dan rendah gula. Perisa seperti strawberi dan coklat memiliki vitamin, nutrien dan kalori yang lebih banyak.

comments
a.. A Yahoo! User •
a.. bawang putih tu aku penah amalkan masa kene selsema terok.. aku racik halus2 pastu gaulkan ngan nasi sikit.. buat mcm bebola nasi + bwg putih tu than selawat tros makan.. esoknye aku sihat n takde selsema lagi..
b.. Nurul •
i like it..:)
c..
Musa Hamid •
Ais krim batang? Batang apa?
d.. Norhaliza abu hassan Norh ... •
Tips yang bagus untuk dicuba
e..
ahmad •
cubala sebotol hari juga untuk ksesejahteraan yg berpanjangan jadi ahli ok
f.. FATAHI •
Thanks Bro i will try it

Fri Jun 21, 2013 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Kenapa kereta 1.5cc mahal?
Posted by Kedah Lanie
Oleh Fairus Kassim

KUALA LUMPUR - Harga kereta popular yang dikeluarkan di negara-negara ASEAN dengan kapasiti enjin di bawah 1.5cc di pasaran tempatan sepatutnya lebih murah kerana duti eksais yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia hampir setara dengan duti yang dikenakan di negara jiran, Thailand dan Indonesia.

Secara purata, duti eksais yang dikenakan ke atas model-model popular berkenaan adalah kira-kira 40 hingga 50 peratus di negara ini, manakala di Thailand dan Indonesia cukai yang sama antara 30 hingga 50 peratus.

Menurut sumber industri, misalnya, sepatutnya harga kereta-kereta berkenaan di Malaysia secara kasarnya hanya lebih RM5,000 daripada harga model yang sama di Thailand.

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia di laman web rasmi jenama kereta-kereta berkuasa 1.5cc di negara ini menunjukkan lebihan harga antara RM17,000 hingga RM19,000 jika dibandingkan dengan harga kereta di Thailand.

"Contohnya di Thailand, selain dikenakan duti antara 30 hingga 50 peratus berkenaan, pengeluar turut perlu membayar cukai jualan serta cukai pihak berkuasa tempatan (PBT) dan di Malaysia pula, cukai jualan adalah 10 peratus.

"Jumlah duti yang dikenakan kepada pengeluar hampir sama (untuk model 1.5cc dan ke bawah) tetapi harga akhir kereta di negara ini menunjukkan jurang yang agak tinggi," kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, tahun lepas, harga kereta sesetengah model di Indonesia lebih rendah berbanding Malaysia.

Bagaimanapun, pada tahun ini harga sesetengah model itu didapati lebih murah di negara ini walaupun tidak mendapat penurunan duti eksais kerana faktor kemasukan jenama-jenama baharu.

Situasi itu jelas menunjukkan harga kereta di Malaysia boleh diturunkan oleh pengeluar kereta walaupun tanpa penurunan duti eksais.

Mengenai cara penurunan cukai secara drastik, kerajaan pernah melaksanakannya bermula pada 2006 dengan pengenalan Dasar Automotif Nasional (DAN) dengan pengurangan duti import dan duti eksais secara keseluruhan sebanyak 20 hingga 30 peratus untuk sebuah kereta.

Tetapi menurut sumber itu, apa yang berlaku di pasaran tidak sama seperti diharapkan oleh kerajaan kerana harga kereta tidak banyak turun.

Secara purata, pengeluar kereta hanya mengurangkan harga kereta sebanyak lima peratus berbanding 20 hingga 30 peratus yang disasarkan kerajaan.

DAN baharu yang dijangka diumumkan tahun ini diharapkan dapat mewujudkan dasar baharu yang membolehkan industri tempatan terus kompetitif untuk bersaing dengan Thailand terutamanya dari segi harga kereta yang menjadi keutamaan rakyat ketika ini.

Sementara itu, ketika dihubungi hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, DAN merangkumi pelan jangka panjang sehingga 2025 manakala untuk jangka pendek iaitu dalam tempoh lima tahun lagi, kerajaan menyasarkan pasaran automotif tempatan mampu bersaing di peringkat serantau.

"Malaysia mengamalkan dasar terbuka 10 tahun lewat dari Thailand dan kita memerlukan sedikit masa untuk mengejar mereka.

"Kita juga menggunakan cara yang sesuai dan dengan dasar sendiri iaitu memberi keutamaan kepada pembangunan industri tempatan.

"Fokus kami adalah membangunkan industri kenderaan cekap tenaga (EEV). Ketika ini sudah beberapa jenama melabur di sini dan kami juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat dari Eropah yang turut menyatakan minat bertapak di Malaysia," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130612/ek_01/Kenapa-kereta-15cc-mahal#ixzz2VxcpPVbX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Fri Jun 21, 2013 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RUMAH DI TENGAH LEBUHRAYA
malaysiaberih.blogspot
stanza-alam.blogspot.
Dicatat oleh STANZA ALAM




Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.



Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.

Fri Jun 21, 2013 7:56 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Kerajaan china ini keras2 tapi lembut jugak.....

kalau di........

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, June 21, 2013 11:32 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: RUMAH DI TENGAH LEBUHRAYA


 

RUMAH DI
TENGAH LEBUHRAYA
malaysiaberih.blogspot
stanza-alam.blogspot.
Dicatat oleh STANZA
ALAM 
 
Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri
di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di
Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga darikampung Xiazhangyang berkeras untuk
tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar
pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh
AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya
tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari
pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di
dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen
Wenling.

Fri Jun 21, 2013 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Susah nak cari, yang dapat selalu, adalah sebaliknya...
telokbakong.blogspot.

maemahi.blogspot

Copy & Posted By mahi

Posted by copy and posted by maemahi

Fri Jun 21, 2013 8:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penyesalan
malaysiaberih.blogspot
lenggangkangkung-my.blogspot.
*

Firman Allah swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab 66)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar?". (Al-Furqaan 27)

Kesudahan bagi golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) "supaya aku dapat mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". (Al-Mu'minun 99)

"Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin." (as Sajadah: 12)

"Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala'." (Al-Mulk: 10).

Moga ada manfaat.

Fri Jun 21, 2013 7:59 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Dibawah sekali ---Surah as Sajadah (30ayt) & Surah Al Mulk (30ayt) ialah surah yg dibaca oleh nabi sebelum tidur.
Fadhilatnya ialah pertolongan surah2 ini di kubur dan diakhirat - rujuk hadis, terutama al Mulk

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, June 21, 2013 11:33 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Penyesalan


 

Penyesalan
malaysiaberih.blogspot
lenggangkangkung-my.blogspot.
*

Firman Allah
swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah
Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab
66)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit
kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang
benar?". (Al-Furqaan 27)

Kesudahan bagi golongan yang kufur
ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka,
berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke
dunia) "supaya aku dapat mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang
telah aku tinggalkan". (Al-Mu'minun 99)

"Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Wahai Tuhan kami,
kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan
mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin." (as Sajadah:
12)

"Dan mereka berkata: 'Sekiranya kami
mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk
penghuni neraka yang menyala'." (Al-Mulk: 10).

Moga ada
manfaat.

Sat Jun 22, 2013 4:18 am (PDT) . Posted by:

"Fhazly Yusop" neoli18

Sampai bila grup automobil ni akan bincangkan benda yang dh lepas. Move forward la...

Sent from Yahoo! Mail on Android

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: