Wednesday, June 5, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3611

11 New Messages

Digest #3611

Messages

Tue Jun 4, 2013 7:24 am (PDT) . Posted by:

"Syahril Riz" syahril_riz


no 1 kena tanya yg lebih arif. no 2 masalah mungkin berpunca dari termostat. Lain lain faktor radiator ada leaking, radiator cap rosak atau tersumbat. Cuba tukar termostat dulu

------------------------------
On Sun, May 26, 2013 6:16 AM PDT hammpehhh wrote:

>tuan,
>mohon pencerahan daripada otai2..
>1. br2 nih saya melalui kesesakan / jem semasa mendaki genting sempah,mula2 ok.. pas sejam kemudian klac mula kurang mencengkam..tapi bila dh habis jem xlama pastu klac dah normal smula..
>2. semasa mendaki,adakah saya punya termostat radiator rosak sbb tetiba aja meter temp naik mendadak.. bila padam enjin xsampai 1minit stat enjin temp dh normal smula..dan boleh jalan.. tp kadang2 naik max smula..tutup enjin stat terus ok..
>
>

Tue Jun 4, 2013 6:43 pm (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

Dulu saya naik genting jln jem teruk sebab tanah runtuh daki bukit tu
byk main klac & tak cengkam sama macam bro hampeh. Pegi woksyop cek
pomen cakap klac plet dh terbakar & tukar baru.

On 04/06/2013 10:24 PM, Syahril Riz wrote:
>
> no 1 kena tanya yg lebih arif. no 2 masalah mungkin berpunca dari
> termostat. Lain lain faktor radiator ada leaking, radiator cap rosak
> atau tersumbat. Cuba tukar termostat dulu
>
> ------------------------------
> On Sun, May 26, 2013 6:16 AM PDT hammpehhh wrote:
>
> >tuan,
> >mohon pencerahan daripada otai2..
> >1. br2 nih saya melalui kesesakan / jem semasa mendaki genting
> sempah,mula2 ok.. pas sejam kemudian klac mula kurang mencengkam..tapi
> bila dh habis jem xlama pastu klac dah normal smula..
> >2. semasa mendaki,adakah saya punya termostat radiator rosak sbb
> tetiba aja meter temp naik mendadak.. bila padam enjin xsampai 1minit
> stat enjin temp dh normal smula..dan boleh jalan.. tp kadang2 naik max
> smula..tutup enjin stat terus ok..
> >
> >

Tue Jun 4, 2013 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Untuk INFO

Pelakon komedi terkenal S.Shamsuddin meninggal dunia
By Hafidah Samat | Yahoo Newsroom

PELAKON komedi terkenal era 1950-an, seniman S.Shamsuddin atau lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin meninggal dunia akibat serangan jantung di keediamannya di Bukit Batu Avenue, Jurong di Singapura sekitar pukul 10.56 pagi ini.
Menurut anak perempuan Pak Sudin, Noredah bapanya tidak mengadu ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Bapa tidak ada mengadu apa-apa kesakitan sebelum beliau meninggal dunia. Kami sekeluarga agak terkejut dengan pemergiannya. Tolong doakan yang terbaik untuk bapa," kata Noredah ketika dihubungi Yahoo! Malaysia.

Tambah Noredah, Allahyarham sememangnya sudah lama menderita sakit dan menjalani rawatan di hospital di Singapura selepas mengalami keretakan tulang pinggul setelah jatuh dari katil di rumah anaknya.

Selain itu, Pak Sudin juga mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-parunya – iaitu penyakit yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Pengebumian akan berlangsung pada hari esok di tanah perkuburan Islam Jurong. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puteh Esmoon dan tujuh orang anak.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung takziah kepada keluarga Pak Sudin. Moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Biodata:
Pak Sudin atau nama penuhnya Sahamsudin Dali dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Singapura. Beliau terkenal sebagai pelakon dan pelawak filem Melayu sekitar tahun 1950an dan 1960an.

Sinonim dengan watak-watak lucu dalam filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee termasuk Nujum Pak Belalang, Dia Ibuku, Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Allahyarham turut menbintangi filem seram Pontianak Harum Sundal 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 2005.

Beliau pernah dianugerahkan Aktor Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-2 (FFM2) pada tahun 1981. Tiga tahun lalu, Allahyarham turut dinobatkan Anugerah Khas Aktor Komedi di FFM22.

Tue Jun 4, 2013 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Daging kambing baik untuk kesihatan jantung
Bernama Media

a..
b..
c.. KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

KOMPOSISI KHASIAT

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.

BAIK UNTUK JANTUNG

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

SUSU BERKHASIAT

Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.

Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.

Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.

POTENSI PENTERNAKAN

Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.

Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

Tue Jun 4, 2013 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INFO

Pencipta Kamera Sebenarnya Adalah Orang Islam? (Menarik!)
guablog.com/
amekaw.com
By Amekaw

Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mencipta kamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini.

Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk "Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia." Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia.Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.

Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari.

Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.

Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai "ruang gelap".Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton.

"Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M)," ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz's perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. "Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura," papar Bradley.

Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

sumber: billyinfo.blogspot.com

a.. Fitri Dashuki · Top Commenter
Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),

a.. Chaq Yan · USM
2dia baqu kita tau.. mai mna kamera to.. haduie..

Tue Jun 4, 2013 9:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini ada 7 cadangan....hangpa pikiaq ambik laaa..!
Posted by Kedah Lanie

Tujuh cadangan saya...

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Saya mencadangkan tujuh perkara kepada pemerintah negara ini khususnya pihak yang berkuasa di dalam hal ehwal agama. Cadangan ini ialah untuk kebaikan untuk umat Islam juga. Walaupun nampak saperti permasalahan kecil atau masalah remeh-temeh tetapi pada agama nampak besar dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

1. Pemeriksaan ibu mengandung dan juga apa juga sakit puan serta menyambut bayi ketika lahir hendaklah dilakukan oleh doktor wanita sahaja kerana hal ini dianggap bukan lagi dikategorikan sebagai darurat disebabkan. Nisbah Doktor wanita dengan Doktor lelaki sudah seimbang dan wajar sekali tuntutan ini diketengahkan.

2. Wajibkan pelajaran agama dari tadika lagi dan pastikan semua pelajar boleh membaca dan menulis tulisan jawi serta mampu membaca al-Quran. Mereka sekurang-kurangnya ada asas agama, boleh bersembahyang dengan betul dan juga ada pengetahuan tentang ilmu agama saperti Fardhu Ain dan tanamkan akidah yang betul kepada semua pelajar ini sebelum mereka melangkah kepusat pengajian tinggi atau pun telah keluar daripada alam persekolahan. Begitu juga didalam peperiksaan Jabatan untuk kenaikkan pangkat umpamanya hendaklah juga diselitkan soalan akidah dan pengetahuan agama islam didalamnya.

3. Hukuman yang setimpal mengikut undang-undang Islam kepada penzina dan peragut yang dizaman ini agak keterlaluan berlaku disekeliling kita.

4. Tidak membenarkan pekerja Islam membuat apa-apa juga kerja yang bersabit dengan minuman arak. Kalau kita mampu menghalang umat Islam bekerja ditempat premis perjudian saperti penjualan nombor ekor kenapa tidak masukkan juga bagi pekerja untuk menjual arak?

5. Kemaskini semula dan naikkan taraf pentadbiran agihan wang zakat mengikut aturan dan peraturan yang Islam tetapkan itu. Setiap sen yang dikeluarkan hendaklah diumumkan kerana pembayar zakat dan umat Islam keseluruhannya ingin tahu perkembangan yang mampu membantu umat Islam itu sendiri.

6. Kemaskinikan apa juga yang berkaitan dengan nikah kahwin kerana banyak sekali masalah rumahtangga yang tertangguh agak lama dan begitu juga longgarkan syarat untuk lelaki berpoligami saperti terpaksa mendapatkan tandatangan persetujuan isteri dan syarat membawa slip gaji yang diperlukan itu.

7. Pemilihan AJK Masjid oleh ahli kariah setempat hendaklah diadakan semula kerana disitulah nanti kita boleh mendapat AJK yang benar-benar ikhlas menjalankan tugas dengan penuh amanah. Kita bukan sahaja mahu suasana masjid disemarakkan hidup siang dan malam tetapi juga kebersihan termasuk kebersihan tandas dapat dijaga dengan sempurna serta lebih dapat menjaga kebajikan dan keselamatan masyarakat Islam sekeliling itu sendiri.

Tue Jun 4, 2013 8:15 pm (PDT) . Posted by:

"ML" budubedet

Salam

Nampak saudara eSpAcE9808 masih belum habis dgn kekalahan PR pada PRU lepas..

Mohon agar dapat memberi idea bernas untuk mengurangkan kegilaan merokok yang mengganggu kesihatan rakyat dari terus2an membiarkan rakyat menderita kesihatan dan kewangan demi cita2 kalian untuk kuasai negara.

On 3 Jun, 2013, at 4:39 PM, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:

> eSpAcE9808

Tue Jun 4, 2013 8:37 pm (PDT) . Posted by:

"Mohd Nazmi" thaexpired

ya setuju. sekarang waktu utk buat kerja, bkn nk salah menyalahkan org lain
lagi.
kalau cari salah, sampai bila pon tak habis.

apa2 pon sharing info yg bermanfaat dan nasihat amatlah dihargai. tq

2013/6/5 ML <allmailinglist@gmail.com>

> **
>
>
> Salam
>
> Nampak saudara eSpAcE9808 masih belum habis dgn kekalahan PR pada PRU
> lepas..
>
> Mohon agar dapat memberi idea bernas untuk mengurangkan kegilaan merokok
> yang mengganggu kesihatan rakyat dari terus2an membiarkan rakyat menderita
> kesihatan dan kewangan demi cita2 kalian untuk kuasai negara.
>
> On 3 Jun, 2013, at 4:39 PM, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:
>
> > eSpAcE9808
>
>

Tue Jun 4, 2013 9:59 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

ini dah tentu buKan salah gomen, gomen tak salah langsung... tapi hakikatnya  ini semua salah tauke Kilang rokok...muahaha. Pd Penghisap rokok . terimalah hakikat ini...:) kalau tak setuju, sila hisap benda lain, jgn hisap rokok.

p.s. disegi automobil....antara arak dg rokok, lagi bahaya arak sebab pemandu yg mabuk arak akan drive tungganglanggang tapi pemandu yg mabuk rokok akan drive lebih tenang ( atau tidak drive langsung).

________________________________
From: Mohd Nazmi <thaexpired@gmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Wednesday, June 5, 2013 11:34 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Nah...naik lagi 50sen rokok hangpa..!


 
ya setuju. sekarang waktu utk buat kerja, bkn nk salah menyalahkan org lain lagi. 
kalau cari salah, sampai bila pon tak habis. 

apa2 pon sharing info yg bermanfaat dan nasihat amatlah dihargai. tq

2013/6/5 ML <allmailinglist@gmail.com>


>Salam
>
>Nampak saudara eSpAcE9808 masih belum habis dgn kekalahan PR pada PRU lepas..
>
>Mohon agar dapat memberi idea bernas untuk mengurangkan kegilaan merokok yang mengganggu kesihatan rakyat dari terus2an membiarkan rakyat menderita kesihatan dan kewangan demi cita2 kalian untuk kuasai negara.
>
>On 3 Jun, 2013, at 4:39 PM, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:
>
>> eSpAcE9808
>

Wed Jun 5, 2013 3:03 am (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

Yalah perokok dpt drive dgn tenang.. tak mengantuk.. disamping isteri &
anak2 yg sama2 sedut asap rokok dlm keta huhu..

On 05/06/2013 12:59 PM, bashah wrote:
> ini dah tentu buKan salah gomen, gomen tak salah langsung... tapi
> hakikatnya ini semua salah tauke Kilang rokok...muahaha. Pd Penghisap
> rokok . terimalah hakikat ini...:) kalau tak setuju, sila hisap benda
> lain, jgn hisap rokok.
>
> p.s. disegi automobil....antara arak dg rokok, lagi bahaya arak sebab
> pemandu yg mabuk arak akan drive tungganglanggang tapi pemandu yg
> mabuk rokok akan drive lebih tenang ( atau tidak drive langsung).

We are making changes based on your feedback, Thank you !
The Yahoo! Groups Product Blog
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: