Wednesday, June 26, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3631

8 New Messages

Digest #3631
1a
naza citra 2.0 by "kamarudin" ringgo693
1b
naza citra 2.0 by "kamarudin" ringgo693
1c
Re: naza citra 2.0 by "Mohd Naim Hashim" naimhashim
4
5
Fw: Remaja cedera dibaling topi keledar by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: JANGAN TIDUR DI DUA WAKTU INI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jun 25, 2013 5:47 am (PDT) . Posted by:

"kamarudin" ringgo693

Slm..sy nk tanya la ...knp waktu x bergerak (ms menunggu) temperature dia naik..mcm mn nk atasi...

Tue Jun 25, 2013 5:53 am (PDT) . Posted by:

"kamarudin" ringgo693

Slm..sy nk tanya la ...knp waktu x bergerak (ms menunggu) temperature dia naik..mcm mn nk atasi...

Tue Jun 25, 2013 8:01 am (PDT) . Posted by:

"Mohd Naim Hashim" naimhashim

try check radiator fan jln tak, mungkin hanya fan aircond yg jalan,
saya bru kna bulan feb lepas

________________________________
From: kamarudin <qdeanmt693@hotmail.com>
To: automobil@yahoogroups.com
Sent: Saturday, June 22, 2013 1:42 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - naza citra 2.0


 
Slm..sy nk tanya la ...knp waktu x bergerak (ms menunggu) temperature dia naik..mcm mn nk atasi...

Tue Jun 25, 2013 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KEADAAN JEREBU DI MALAYSIA KINI MULA REDA | Hujan Rahmat Mula Turun Berkat Doa Minta Hujan Alim Ulamak
idahsalam.blogspot
tintaasyraf.com
by Tinta Asyraf

Sudah seminggu negara kita dilanda jerebu, kita bimbang dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kian buruk melanda Selatan tanah air kita dan merebak terus ke Ibu Kota sehinggakan semalam sekolah-sekolah di sekitar Ibu Negara, Putrajaya dan Selangor ditutup.

Jerebu di Malaysia bukan perkara yang janggal, boleh dikatakan saban tahun jerebu melanda ,cuma mungkin tahun ini yang terhebat. Dengan udara panas kering dan berangin mencepatkan lagi jerebu ini merebak.

Jerebu yang dikesan bermula daripada pembakaran hutan semulajadi yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia, telah mencetuskan fenomena kurang sihat kepada kita.

Sehinggakan Menteri Belia dan Sukan, Saudara Khairi Jamaluddin, melalui sayap pemuda partinya telah menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Indonesia mengenai masalah jerebu ini.

"Antara lain kami telah minta mereka bertindak dengan lebih berkesan menangani masalah ini. Saya rasa amat tidak wajar pihak pemerintah Indonesia hanya menuding jari kepada orang lain. Contoh, mereka menuduh syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat sebagai pemilik kepada ladang-ladang yang sedang dibakar. Pertama, tuduhan itu dibuat tanpa bukti.

Malah ada syarikat-syarikat kita yang telah menafikan tuduhan tersebut. Kedua, kalau pun betul syarikat Malaysia terlibat, DO SOMETHING ABOUT IT. Jangan cakap sahaja. Mereka melakukan kesalahan di Indonesia. Kuatkuasakan undang-undang anda! Kami rakyat Malaysia tidak akan simpati dengan syarikat Malaysia sekiranya mereka salah dan pemerintah Indonesia mengambil tindakan terhadapnya. Yang penting kita mahu semangat kejiranan ASEAN diterjemahkan sekarang dalam bentuk kerjasama dan tindakan yang efektif ".

Hari ini, Presiden Indonesia telah pun memohon maaf kepada Malaysia di atas kenyataan tersebut.

Hari ini, Alhamdulillah, Allah telah menurunkan hujan kepada kita, dengan makbulnya doa-doa ulamak dan saudara-saudara kita yang solat Istisqa (Solat Mohon Hujan), Alhamdulillah semua beroleh rahmat.

Namun sejauh mana dalam seminggu ini kita menghayati fenomena ini dalam kaca mata kita sebagai hamba Allah.

Jerebu ini mungkin dilihat sebagai bala mahupun ujian kepada sesiapa yang berfikir. Ianya ujian Allah untuk hambanya mengingati penciptanya.

Seandainya Allah turunkan hujan tanpa henti selama seminggu ini, apakah ianya lebih baik daripada Allah kurniakan jerebu kepada kita.

Fikirlah apakah ini amaran Allah kepada hambanya, kepada para pemerintah, pimpinlah rakyatmu ke arah taqwa kepada Allah. Kepada ibu bapa, pimpinlah anakmu ke arah taqwa, kepada dirimu sendiri, pimpinlah ke arah taqwa kepada Allah.-TA

(DOA MINTA HUJAN)

- اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ.

"Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda."

- اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا.

"Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan pada kami. Ya Allah! Hujanilah kami,"

- اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ.

"Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus."

Tue Jun 25, 2013 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



JEREBU TERKINI | Bumbung Kuarters Kerajaan Blok B Presint 15 Putrajaya RUNTUH Di Badai RIBUT. TERGEMPAR!!!
idahsalam.blogspot.
queachmad.com
by Que Achmad

Terkini dari perkarangan rumah Abe. Akibat kalut la jugak sikit, xsempat Abe nak snap banyak gambar. Gambar yg ada Abe letak ni pun Abe pinjam drp HP FizaFantagiro.

Seawal Jerebu melanda, xde pun tanda2 hujan akan turun. Tup2 td, ada petanda nak hujan sb langit gelap bangat (apa2an ngomong indon tetibe ni). So, memasing berdoalah moga2 hujan turun.

Nak dijadikan cerita, maka ptg td hujan pun turunlah... Dengan lebat yang teramat sangat. Awalnya, semua org bersyukurlah. Yerlah, at least dapat jugaklah redakan Jerebu. Tapi yang xdisangka sangka, tetiba je hujan turun dengan luarbiasa. Hujan batu gitu. Hasilnya, berlakulah seperti gambar2 ni. Mujurlah, xde orang yang ada disekitar. Tu yang mujurnya...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tue Jun 25, 2013 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengumuman Tarikh Permulaan Puasa 2013 / Awal Ramadhan 1434
telokbakong.blogspot.
kerajaanrakyat.blogspot
Posted by Admin

Tarikh Permulaan Puasa 2013 (Awal Ramadhan / Hari Pertama Puasa)

Berdasarkan maklumat dari Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, tarikh permulaan Puasa 2013 (1 Ramadhan 1434, Awal Ramadhan) jatuh pada 10 Julai 2013. Tarikh ini tertakluk kepada perubahan dan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 2013 bersamaan 1434-1435 Hijrah, 1 Ramadhan 1434 jatuh pada 10 Julai 2013 (Rabu).

Sebagai rujukan cuti umum bagi negeri-negeri seluruh negara sepanjang Bulan Puasa Ramadhan 2013.

Bulan Puasa 2013
Ini bererti, kemungkinan besar bulan Puasa 2013 akan bermula pada 10 Julai 2013 dan berakhir pada 7 Ogos 2013 kerana 1 Syawal 1434 (Hari Raya Puasa / Idul Fitri) dijangka jatuh pada 8 Ogos 2013.

Cuti Umum dalam Bulan Puasa Ramadhan 2013 adalah seperti berikut:

10 Julai 2013 (Rabu) merupakan cuti umum Awal Ramadan di negeri Johor, Kedah dan Melaka.

13 Julai 2013 (Sabtu) pula merupakan cuti umum di negeri Pulau Pinang bagi meraikan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Governor Pulau Pinang.

Nuzul Al-Quran pula akan disambut sebagai cuti umum di negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor dan Terengganu pada 26 Julai 2013 (Jumaat).

Selain itu, tiada cuti umum peringkat persekutuan yang jatuh dalam Bulan Puasa 2013.

Tue Jun 25, 2013 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kalau Mereka Memang Anggota Polis, Dah Dikira Lebih Lajak Dari Laju!
telokbakong.blogspot
mountdweller.blogspot.
Posted by mountdweller

Remaja cedera dibaling topi keledar

NURUL FATIHAH SULAINI

ALOR SETAR - Seorang remaja cedera di bahagian atas matanya kirinya setelah didakwa dibaling topi keledar oleh seorang individu yang dikatakan pihak berkuasa, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Nor Adriana Nazihim Khairul Rizal, 14, mengalami lebam pada mata kiri ketika keluar bersiar-siar dengan rakannya, Muhammad Ridzwan Roslan, 18.

Kejadian itu berpunca apabila mereka tidak memberhentikan motosikal selepas diarahkan kumpulan berkenaan.

Menurut Ridzwan, lelaki berpakaian preman itu menghampiri motosikalnya di kawasan perniagaan Stargate dan cuba mencabut kunci menyebabkan dia terkejut lalu memecut laju.

"Disebabkan tindakan itu, salah seorang daripada rakan lelaki terbabit bertindak membaling topi keledar dan terkena muka Liyana (Nor Adriana).

"Saya kemudian menghentikan motosikal dan beberapa rakan lelaki itu membantu dengan menghubungi polis. Liyana kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah menaiki kereta polis," katanya ditemui media di Kampung Kuala Alor, Jalan Alor Mengkudu, di sini, semalam.

Ridzwan berkata, kumpulan itu cuma berpakaian preman tidak membuat sekatan jalan raya.

"Walaupun saya dan Liyana tidak pakai topi keledar, namun mereka tidak patut baling topi keledar. Tindakan mereka cuba tahan secara mengejut termasuk mencabut kunci menimbulkan rasa panik.

"Mujur saya dapat kawal motosikal dari terjatuh," katanya.

Dalam pada itu, Nor Adriana yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini tidak ingat dengan apa yang berlaku sebaliknya hanya mengalami rasa pening serta mahu pengsan terkena balingan topi keledar berkenaan.

"Darah menitik banyak di baju dan kaki kanan luka kerana bergesel di jalan ketika Ridzwan cuba mengawal motosikal dari terjatuh," katanya.

Bapa mangsa, Khairul Rizal Che Khalif, 41, berharap lelaki terbabit meminta maaf kerana tindakan itu menyebabkan anaknya cedera dan bimbang penglihatannya terjejas.

"Saya berharap kejadian terbabit menjadi pengajaran supaya tidak lagi berulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya akan menyiasat penglibatan kumpulan lelaki terbabit sama ada mereka anggota penguatkuasa atau menyamar sahaja.

"Mangsa serta rakan lelakinya akan melakukan kawat cam bagi mengenap pasti lelaki terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Tue Jun 25, 2013 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



JANGAN TIDUR DI DUA WAKTU INI
malaysiaberih.blogspot
biaqpila.blogspot

1. Tidur di Pagi Hari Setelah Shalat Shubuh

DARI Sakhr bin Wadi'ah Al-Ghamidi radliyallaahu 'anhu bahwasannya Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam bersabda :
ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ

"Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya" (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).

Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : "Termasuk hal yang makruh bagi mereka iaitu orang salih adalah tidur antara shalat shubuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.
Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika itu seperti tidurnya orang yang terpaksa" (Madaarijus-Saalikiin 1/459).

2. Tidur Sebelum Shalat Isya'

Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu 'anhu : "Bahwasannya Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam membenci tidur sebelum shalat isya' dan bercerita selepasnya" (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).

hadits-hadits Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum shalat isya'. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : "ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum shalat isya' dan bercerita setelahnya. Dan sebagian ulama' lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : "Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebagian ulama membolehkan tidur sebelum shalat isya' khusus di bulan Ramadan saja".

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : "Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk shalat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu shalat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahwa alasan larangan tersebut adalah bimbang terlewatnya waktu shalat".

beritaluarbiasa

Oleh: Biaqpila®

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/06/jangan-tidur-di-dua-waktu-ini_14.html#ixzz2WCw0bkZd
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: