Saturday, June 1, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3607

6 New Messages

Digest #3607
1
Fw: Nah...naik lagi 50sen rokok hangpa..! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Jangan Cabut Uban by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Punca bot karam - Tiada jalan darat by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: HOI !BUAT APA LAMA SANGAT TU!! by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Jun 1, 2013 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nah..kepada geng perokok tahniah untuk hangpa...naik lagi 50sen rokok hangpa..!
Posted by Kedah Lanie

Sat Jun 1, 2013 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Larangan motosikal masuk bandar tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi terhadap golongan penunggang motosikal
biaqpila.blogspot.

wengsan.blogspot.
posted by Weng San Lau

Blog@Wengsan...博客@永山

Aduhai KPN.. orang suruh pikiaq kurangkan kadar jenayah bukan suruh sekat kebebasan rakyat bergerak!
Posted by Kedah Lanie

Larangan motosikal masuk bandar satu diskriminasi
Lau Weng San

Cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah satu cadangan drastik yang tidak masuk akal dan tidak adil kepada para penunggang motosikal.

Malahan cadangan ini juga satu cadangan yang bersifat diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motosikal di Malaysia.

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar ini habis-habisan bukan kerana ia dasar yang tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi, malahan saya berpendapat ia langsung tidak menyelesaikan masalah jenayah jalanan.

Cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.

Jika logik ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan jenayah?

Cadangan ini tidak masuk akal kerana ia akan menjejas sesetengah sektor perkhidmatan di pusat-pusat bandar seperti perkhidmatan kurier, perkhidmatan penyampaian (delivery services) dan perkhidmatan pos.

Bagaimana surat, dokumen dan barang-barang kurier yang dikirim ke alamat-alamat dalam "zon selamat" dapat dihantar tepat pada masanya tanpa menggunakan motosikal?

Cadangan ini tidak adil kerana ia pasti akan menjejas sumber pendapatan golongan berpendapatan rendah dan golongan pekerja. Mereka terpaksa bergantung kepada kenderaan kecil seperti motosikal untuk berulang-alik antara rumah dengan tempat kerja kerana motosikal menawarkan cara pengangkutan yang murah, cekap dan efisyen lebih-lebih lagi kehidupan golongan pekerja semakin terhimpit dengan kos kehidupan yang meningkat dan gaji yang rendah.

Ini bertambah teruk apabila golongan pekerja tidak boleh bergantung kepada pengangkutan awam di Malaysia yang masih berada di takuk lama.

Cadangan ini juga ialah satu bentuk diskriminasi terhadap penunggang motosikal. Mengapakah golongan penunggang motosikal perlu dipersalahkan sedangkan terdapat cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah ini?

Misalnya, kerajaan harus membina lebih banyak lorong motosikal di kawasan bandar agar pejalan-pejalan kaki dapat dipisahkan daripada laluan motosikal. Bukankah cara ini jauh lebih efektif dan berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Malahan lebih banyak lorong motosikal perlu dibina untuk memisahkan penunggang-penunggang motosikal daripada pengguna-pengguna jalan raya yang lain demi mengurangkan kadar maut penunggang motosikal.

Apabila Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut tentang adanya beberapa bandar di luar Negara yang melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar, soalan timbul sama ada larangan ini dikeluarkan atas alasan yang sama? Kalau ada, beliau harus namakan bandar-bandar ini. Jika ya, soalan yang kedua ialah adakah ia berkesan dalam mengurangkan jenayah jalanan?

Barangkali Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang cadangan ini sebelum beliau membawanya untuk pertimbangan dan pelaksanaan selanjutnya oleh agensi-agensi kerajaan yang lain. Jika tidak, ianya hanya akan mengundang lebih banyak kritikan daripada kaum penunggang motosikal.

Lau Weng San adalah ADUN DAP Kampung Tunku. Beliau antara ratusan ribu penunggang motosikal di Lembah Klang. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

KPN Cadang Larang Motor Masuk Bandar.
telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot
Idea neh aku tolak. Aku ada sebab2 tertentu kenapa aku tolak idea neh. Bukan kerana yang bagi idea neh KPN maka aku membuta tuli tolak. Jangan salah faham. Tapi aku ada sebab2 tertentu yang bakal aku explain kejap lagi.

Aku faham. Aku percaya KPN ada sebab tersendiri kenapa dia bagi idea tersebut. Mungkin dia ada kaji beberapa aspek. Tapi siyes aku cakap idea neh takan menyelesaikan masalah berbangkit.

Tujuan KPN nak kurangkan kadar jenayah jalanan. Nak mewujudkan zon selamat di kawasan bandar2 utama. Bagus. Jangan kita nafikan yang KPN ada matlamat yang bagus. Seperti yang kita sedia maklum, jenayah ragut dan rempit memang sebati ahh dengan penunggang2 motorsikal. Ini fakta beb.

Tapi wajarkah tindakan sebilangan penunggang motorsikal, yang tak terbabit sama turut terhukum sekali tak pasal2?

Idea nak mewujudkan zon selamat itu dah cantik dah. Tapi biar la kita gunakan pendekatan yang tak menyusahkan dan tak mendiskriminasikan orang lain.

Kena faham. Bukan semua mampu beli kereta beb. Dan kena faham, bandar2 utama selalu jam beb. Kalau ko larang penggunaan motor tak ke itu keterlaluan? Adakah jenayah hanya boleh dilakukan menggunakan motor?

NOOOOO

Baru2 neh anak menteri kena ragut beb. Depan shopping mall. Tahu tak peragut gunakan kenderaan apa ketika lakukan jenayah? Kereta satria beb. Maksudnya asalkan dorang dah bernekad nak lakukan jenayah, dorang tetap akan buat tak kira la guna kenderaan apa sekalipun.

Kenderaan tue faktor sampingan jek. Bukan faktor utama. Faktor utama tue ialah sikap penjenayah tue sendiri. Di samping kawalan keselamatan yang longgar. Di tambah pula dengan hukuman yang tak menakutkan penjenayah. Tue yang buat kadar jenayah naik meninggi.

Lagipun cuba fikir masak2. Sejauh mana semua tempat kat Malaysia neh boleh di akses dengan pengangkutan awam? Sejauh mana semua rakyat mampu memiliki kereta sendiri? Bagaimana pula dengan pekerja2 yang gunakan motor seperti Pizza Hut dan posmen? Despacth?

Sebab tue aku tolak idea neh. Matlamat memang cantik. Tapi cara nak capai matlamat tue tak berapa ngam. Kena tolak. Berapa ramai yang guna motor nak elakkan jalan jem? Ramai wooo. Polis pun geng2 motor juga.

Aku cadangkan KPN buat satu perbincangan umum. Panggil geng2 motor. Panggil rakyat. Kita bincang dalam satu forum. Kita tukar2 idea.

Kadang2 kita tak faham mesej PDRM. Kadang2 PDRM tak faham mesej kita. Kalau kita bertemu berbincang dan bertukar2 idea mungkin kita boleh capai satu resolusi.

Mungkin PDRM tak nampak sejauh mana masyarakat rasa risau dengan tahap keselamatan dalam negara sekarang neh. Sebab tue perlu untuk KPN berlapang dada tanya directly pada rakyat sebab kami la golongan sasaran korang. Keselamatan kami la yang menjadi tanggungjawab korang pun. Jangan buat idea syok sendiri. Tolong la KPN..

Thanks..

----------------------------------------------------------

Comments
potpet potpet ·
Islam sangat galakkan kita untuk saling nasihat-menasihati. Islam adalah agama yang harmoni. Actually, semua orang kena sefahaman baru sesuatu kerja menjadi mudah dilaksanakan. untuk mendapat 100% perfect sempurna, mungkin tidak. mungkin kaedah kajian perlu dijalankan terlebih dahulu. kalau semua orang perfect kan senang kerja.
apapun keputusannya, malaysia akan menjadi negara contoh yang positif kepada negara-negara luar.

C++ ·

DeeDee AmenoWorld....

Agaknyer lepas nih kereta satria pon diharamkan masuk dalam bandar.... hahahaha.... lawak bodoh betul lar.... hahaha
My recent post Kalaulah Ada...

Sat Jun 1, 2013 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Cabut Uban
guablog.com/
lenggangkangkung-my.blogspot

Sabda Nabi saw, "Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat." (HR. Ibnu Hibban)
comments:
1.. Nur Syahirah
:) nice info..

2.. Kakzakie
Ada org kata uban itu gatal, so bila kena cabut tu lega. Lain kali kakak bagitahu itulah sign Allah bagi tanda baik....

Terima kasih dari kakak....

3.. Azrul Helmy
terima kasih memaklumkan,boleh lah saya sampaikan pula pada rakan-rakan

4.. mira
hmm,abez tu klo ad yg mude remaje da tumbuh uban pon die d kire mndpt chy pd hr kiamat??

5.. Liana Sharif
share.. :)

6.. ainhany
salams,

subhanallah....sayangnya pada uban..upernya bawa kebaikan dan nurr...tpi rambut dok gugur laa pulak...Semuga kita mnjadi org yang bersyukur. Terima kasih atas pemberitahuan ini..manfaaat (i like)

7.. zahidah dihaz
ya allah, baru tahu....rupanya ada maksud kepala beruban tu....terima kasih untuk perkongsian....

8.. Anonymous
klu org yg ada uban dan dia warnakan uban tu pd warna hitam macam mana pulak???

sape2 leh terang kan?

9.. Anonymous
bila nmpak uban tu kadang geram...

10.. Anonymous
Owhh NO! aku masih muda tapi beruban. Saya tak suke beruban. takut nampak tua. :(

11.. Rosli Mohamad
....syukur janggutku pun sudah beruban

12.. Anonymous
ini hadis sahihke,alamak,selalu suruh anak cabut bergajitu,yg berkilat buat geram.. lagi,pernah dengar al kisah siti aisah,isteri nabi saw mencabut uban nabi,juga sahihkah alkisah ini tolong confirmkan, yg ingin tahu tq

13.. LELA LIKE LELE
uban harus dipelihara kalau begini

14.. Anak Timur
bagus...rambut aku pun dah beruban..hehe

Assalamualaikum..Terima kasih sharing..

15.. ridwan puar
Subhanallah.. Astagfirullah.

Sat Jun 1, 2013 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga
telokbakong.blogspot.
wargamarhaen.blogspot
Posted & copy by Rakyat Marhaen

KUALA LUMPUR, 31 MEI: DAP menganggap punca sebenar berlakunya tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam tahun menuju Wawasan 2020.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata persoalan yang sepatutnya bermain di kotak fikiran rakyat Malaysia ketika kaum Dayak mengambut Hari Gawai ialah sama ada musibah bot karam dengan 179 penumpang terselamat dan 11 hilang, menjadi satu daripada agenda Kabinet Persekutuan yang bermesyuarat, semalam.

Beliau berkata, atau adakah Kabinet sudah memutus untuk memperbetulkan kegagalan 50 tahun pembangunan saksama di Sarawak dengan memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga.

"Jika tidak, apakah perbezaan yang dilakukan kepada teras sosio-ekonomi nasional dan pembangunan infrastruktur juga keadilan sosio ekonomi yang terlewat kepada penduduk pedalaman Sarawak melalui melantik tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak menyertai Kabinet Persekutuan.

"Malah, sekiranya musibah bot karam itu berlaku pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri tentu sudah melawat tempat kemalangan dan menemui mangsa dalam tempoh 24 jam untuk menyampaikan ucapan takziah Kerajaan Persekutuan secara peribadi berbanding sikap berbeza Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekarang, yang tidak mengucapkan sepatah kata pun mengenai musibah bot Belaga sejak dua hari lalu," katanya dalam kenyataan hari ini..

Beliau berkata, setiap orang sebenarnya takut untuk menggunakan bot ekspres kerana arus sungai tidak boleh dijangka tetapi mereka tiada pilihan lain kerana tidak boleh menggunakan pengangkutan darat.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, dijangka terdapat kira-kira 100,000 orang tinggal di kawasan Kapit dan kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri Sarawak tidak boleh berterusan meninggalkan tanggungjawab mereka untuk memastikan wujudnya akses jalan raya ke Kapit dan Belaga.

"Saya menerima emel daripada orang Dayak dan rakyat Sarawak mengenai musibah bot Belaga, aduan dan rayuan mereka mesti didengari dan diambil tindakan oleh kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.

"Penduduk yang hantar emel itu mengaku sudah biasa melihat tragedi sedemikian tetapi masalahnya orang tempatan iaitu Dayak dan Iban menganggap kemalangan dan tragedi sebegitu perkara biasa dan boleh diterima sebab itu mereka tidak panik apabila kejadian sebegitu berlaku.

"Bagaimanapun mereka berharap pihak berkuasa tidak mengambil mudah perkara itu. Tiada seorang pun didakwa kerana pemilik feri atau bot mempunyai jaringan kuat. Penduduk tempatan pula terlalu miskin sehingga mereka tidak melakukan apa-apa melainkan menanti mayat dikebumikan," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurut Kit Siang, mereka hanya kenal BN. Mereka terus mengundi BN sekalipun dihimpit kesengsaraan dan kesusahan, tidak diberikan pendidikan yang baik dan keadaan kehidupan yang buruk sehingga sekarang.

Kaum Dayak juga memuji Kit Siang kerana menyuara dan membela mereka kerana orang Dayak termasuk pemimpin mereka takut untuk bersuara dan mengakui punca sebenar kejadian itu adalah tiada jalan raya Sibu-Kapit-Belaga dan konspirasi besar yang menghalang pembinaan jalan raya Sibu-Kapit-Belaga sejak 50 tahun lalu.

"Wakil rakyat Ulu Rejang yang mengatakan kerajaan tidak mempunyai cukup duit untuk membina jalan raya Sibu-Kapit-Belaga dianggap satu pembohongan kerana kosnya amat kecil berbanding membina Putrajaya, KLIA, Empangan Bakun, Empangan Murum.

"Kos pembinaannya tidak seberapa berbanding jumlah keseluruhan wang yang diperoleh daripada pembalakan dan perniagaan bot ekspres di Ulu Rejang. Tambahan pula, sekiranya JKR tidak boleh melakukan kerana kontraktor mahukan harga yang tinggi, biar bahagian kejuruteraan tentera yang melakukannya (Strategi Laut Biru)," tambahnya.

Menurut beliau, orang pedalaman di Sarawak, terutamanya di Kapit dan Belaga mahu musibah bot Belaga yang berlaku pada Gawai Dayak tahun ini akan didengari dan diambil tindakan oleh Kabinet Persekutuan baru memandangkan kini ada tujuh menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sarawak selepas PRU-13.

Sat Jun 1, 2013 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Subhanallah...pohon yang menaungi Rasulullah SAW masih segar hingga kini
Posted by Kedah Lanie

Sat Jun 1, 2013 8:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



CELOTEH; HOI !BUAT APA LAMA SANGAT TU!!
guablog.com/
justtryje.blogspot.
Posted by CALL ME RARA

assalamualaikum hai pa kabar korang hari ni rara nak cerita sikit cerita ni lucu juga la,dLm cerita ni pun ada pengajaranya juga..i hope u all enjoy membacanya hehhehe "cm poyo je kan hahahah" :)

MENGINGATKAN kisah lucu yang satu ni , membuatkan rara ingin berkongsi cerita dengan korang,supaya lebih berhati-hati!.Jangan jadi macam rara kes naya beb! Alkisahnya,masa tu hari terakhir cuti semester . Dah seronok-seronok lepak kat kampung ,tibalah! masanya nak balik kampus pulak. Nasib baiklah ada member nak balik sama ,emm taklah boring sangatkan duduk sorang-sorang dalam bas tu. Ditemani mak ,ayah untuk rara bertolak ke stesen bas. Ramai betul orang , Hari Ahad pulak tu,pa lagi semua orang sibuk nak balik.

Lepas bersalam-salaman dengan orang tua rara ,rara pun carilah tempat duduk . Jam baru pukul 1.00 , tiket bas pula pukul 1.30 . Ada setengah jam lagi ,tiba-tiba je rara rasa nak pergi tandas . Masa pun lama lagi. Barang-barang rara tinggalkan kat kaunter bas ,member rara yang sorang ni dah jalan dulu ,rara pulak sempat lagi singgah kesai runcit , beli gula-gula . sampai saja di tandas umum tu, punyalah ramai orang ! Nak masuk tandas pun sesak....

Tiba-tiba terpandang tandas sebelah tu yang sgak kurang sesak . Dah tak pandang kiri kanan dah!, terus je masuk .waktu kat dalam toilet tu terdengar suara lelaki berborak . Suspens rara! Apa pulak orang lelaki masuk dalam tandas perempuan ni ??? Makin lama ,makin banyak tapak kaki yang rara dengar melangkanh masuk . Masa tu pun rara dah berpeluh-peluh ketakutan!! .Tiba-tiba rara dapat sms dari member yang sama-sama nak pergi toilet tadi. " Mana kau , lama dah tunggu ni. Aku kat luar pintu toilet !.Bas dah nak jalan ". Macam tulah bunyi SMSnya.

Habis je baca sms tu,,tiba-tiba pintu tandas diketuk. "Hoi! Buat apa lama sangat tu?" Mati aku, mati!!!
kini barulah rara sedar rupa-rupanya rarandah tersalah masuk tandas lelaki . Matilah aku macam mana nak keluar ni ......orang lelaki pulak penuh kat luar tu . Nak tak nak , dengan sepantas kilat aku berlari keluar dengan muka yang merah padam. Memang masa tu rara perasan semua mata memandang pada rara, tapi nak buat macam mana , daripada terlepas bas, terpaksa juga keluar! Lantaklah !.

note: jangan jadi macam rara ,malu beb ...malu gilaaa.... hehhehe...nasihat rara pasni kena tengok2 lah kiri kanan tu supaya tak jadi macam rara ..

satu pengalaman yang rara tak dapat lupakan lucu tapi memalukan hahhahha oklah byeeee..
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: