Thursday, February 20, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3851

3 Messages

Digest #3851
1
Fw: MONARKI BIDA NO PLAT BERJUTA-JUTA, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Denggi - Awas jika demam berpanjangan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Wed Feb 19, 2014 8:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MONARKI BIDA NO PLAT BERJUTA-JUTA, RAKYAT MARHAEN PULA TERPAKSA USUNG TROLI PASARAYA
telokbakong.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sayu hati melihat mereka. Mungkin motosikal sahaja yang mereka ada makanya tiada pilihan lain. Moga Allah permurahkan rezeki mereka.

Apapun suka juga kami ingatkan KEPADA YANG LAIN bahawa tindakan seperti ni juga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain. Membawa balik trolley beli-belah juga boleh dikenakan tindakkan.

SUMBER: OH! MEDIA FB

Wed Feb 19, 2014 8:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Denggi - Awas jika demam berpanjangan
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

MASYARAKAT disaran supaya sentiasa peka dan tidak mengambil ringan jika mengalami demam berpanjangan kerana ia merupakan tanda awal demam denggi.

Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr Muniswaran Nadesin berkata, orang ramai yang mengalami demam denggi ini berisiko kerana boleh menjadi penyebab kematian jika melibatkan denggi berdarah.

"Untuk rekod, setakat ini HTAR menerima 150 kes melibatkan kes demam denggi setakat Januari hingga awal Februari ini.

"Kira-kira 20 pesakit terpaksa diwadkan setiap hari kerana saya difahamkan Selangor adalah antara negeri mencatatkan kes demam denggi di Malaysia," katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu peka dan mengambil tahu tanda awal dijangkiti demam denggi kerana kebanyakan masyarakat hanya sedar dijangkiti penyakit ini selepas mendapat rawatan di hospital.

"Selain demam berpanjangan, pesakit juga akan mengalami simptom lain seperti muntah berterusan, cirit-birit, sakit perut, ruam merah atau gusi berdarah, sakit kepala dan sakit sendi badan.

"Jika orang ramai berhadapan dengan gejala ini, dinasihatkan terus merujuk kepada hospital berdekatan, bukan kepada klinik berbayar kerana hospital mampu menyediakan rawatan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, faktor cuaca juga memainkan peranan dalam pembiakan nyamuk aedes kerana Malaysia selalunya mengalami musim hujan setiap hujung tahun dan keadaan yang lembap ini menyumbang kepada pembiakan nyamuk.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar rumah dengan memantau sebarang tempat takungan air.

"Suri rumah juga perlu sentiasa pantau pasu bunga yang mempunyai pot takungan air dan memastikan ia sentiasa kering bagi mengelakkan nyamuk aedes bertelur.

"Selain itu, jika mempunyai kolam mandi, perlu gunakan ubat bagi membunuh larva yang menyebabkan pembiakan nyamuk," katanya.

Muniswaran berkata, pencegahan awal dapat membantu mengelakkan penyakit demam denggi ini menjadi pembunuh dalam masyarakat.

Wed Feb 19, 2014 8:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

DBKL Perkenalkan Caj Kesesakan - Kenderaan Luar YG Masuk KL Bakal Didenda..
telokbakong.blogspot
amenoworld.blogspot

Hebat.

Hebat cara dorang cari duit ek. Mari kita perhalusi dulu cadangan terbaru dari DBKL atas nama nak kurangkan kesesakan jalan raya di sekitar KL.

Lihat ;

Point mereka ;

1. DBKL mahu perkenalkan caj kesesakan di beberapa lokasi terpilih di sekitar KL.

2. Ini dibuat kerana DBKL tiada cara terbaik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang teruk di KL setiap hari.

3. Caj kesesakan ini akan tertumpu kepada zon larangan waktu puncak yakni bermaksud ada sesetengah jalan dilarang masuk/digunakan pada waktu2 puncak.

4. Kenderaan luar antara mereka yang akan dilarang dari memasuki KL pada waktu puncak berdasarkan sistem ini.

5. Menurut Dr Harlina, selain dari memperkenalkan sistem caj kesesakan, adalah amat bagus jika DBKL juga turut ;

- Menaikkan caj tempat letak kereta (parking)

- Mempromosikan berbasikal (keluar ke tempat kerja, belajar menggunakan basikal)

- Mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam

- Kerajaan juga diseru mempertingkatkan pengangkutan awam

- Perkenal satu tiket untuk semua jenis pengangkutan awam

Peraturan ini tidak positif dan tidak perlu (merujuk kepada statement DBKL).

Kenapa?

Bila saja, sistem pengangkutan awam kat negara neh cekap, menjimatkan, selesa dan meluas maka secara automatik rakyat akan hilang minat nak berpenat-penatan pandu kenderaan sendiri.

Keluar rumah, jalan 10 minit atau berbasikal 3 minit, sampai tempat tunggu bas atau tren LRT, naik pengangkutan awam bayar rm2.00 lepas 15 minit sampai tempat kerja. Sapa tak suka?

Murah. Cepat. Jimat lagi. RM4x24 hari masa bekerja. Daripada tuang minyak. Bayar tol. Lepas tue kena memandu pula. Badan letih2.

Sebab tue aku cakap DBKL jangan buat macam neh. Point Dr. Harlina tue dia minta sediakan jaringan pengangkutan awam yang effisen dulu. Dari luar bandar sampai ke bandar. Aku tak nampak pun dia bersetuju agar caj kesesakkan ini dilaksanakan sebelum kerajaan menambahbaik jaringan pengangkutan awam di seluruh negara. Dalam erti kata lain, DBKL tak sepatutya la laksanakan idea tersebut pada ketika ini.

Ayat DBKL ==>"DBKL tiada pilihan lain selain memperkenalkan peraturan menghadkan kenderaan luar dan mengenakan caj kesesakan melalui zon larangan waktu puncak"

Ini maksudnya apa?

Bukan kah ini memberikan gambaran bahawa DBKL telah pun bersetuju mahu melaksanakan peraturan ini?

Bila ia mahu dilaksanakan? Bagaimana DBKL mahu ia dilaksanakan? Apa penanda aras yang DBKL gunakan ketika menghukum kenderaan2 luar yang memasuki KL? Apa tafsiran kenderaan luar mengikut peraturan DBKL? Apa jenis kenderaan yang dilabelkan sebagai kenderaan luar? Berapa agaknya caj kesesakan yang bakal dilaksanakan ini? Apakah jalan2 yang terlibat?

DBKL patut tampil memberikan penjelasan lanjut. Mana boleh keluarkan statement separuh masak macam neh. Buat kelirukan orang je pun. Silap2 esok lusa tak pasal2 ada je orang kena denda pasal caj kesesakan tanpa tahu apa2 mengenai peraturan tersebut.

DBKL jangan main2 tau. Bukan kita menolak untuk naik kenderaan awam. Tetapi memang sesetengah tempat kenderaan awam macam kenderaan HARAM. HARAM sebab apa? HARAM sebab HARAM aku nampak ada kenderaan awam kat tempat tue. Jadi sebelum nak perkenalkan apa2 peraturan sekalipun, amek tahu dulu feedback rakyat. Jangan main buat keputusan syok sendiri je. Oke bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2014/02/dbkl-perkenalkan-caj-kesesakan.html#ixzz2tgTcmRtp

a.. Beat Street · Top Commenter · Works at Hamba Allah
tah hape2x dbkl ni
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: