Tuesday, September 8, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4287

4 Messages

Digest #4287

Messages

Mon Sep 7, 2015 1:41 am (PDT) . Posted by:

"Norain"

Bagus buat benda ni. Cuma saya kata makanlah 100kg kismis pun kalau tak
belajar tak guna juga. Jadi pastikan anak kita belajar bersungguh sungguh
di samping kotak2 kismis ni insya allah mendapat markah yg baik..
On Sep 7, 2015 3:22 PM, "Noor Azli Md Ali noorazlimdali@gmail.com
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> Dia tak makan kismis.... Jangan bebalkan dia
> On Sep 7, 2015 15:19, "NagoMakeOre nagoboror@gmail.com [automobil]" <
> automobil@yahoogroups.com> wrote:
>
>>
>>
>> Apasal bodoh sangat si Norainon ni. Kan dah tulis tu UNTUK MEMBANTU
>> MENGUATKAN INGATAN. Bukannya khas utk dpt flying color.. MEMBANTU.. kau
>> faham tak?
>>
>> On Sun, 6 Sep 2015 11:39 pm Norain norainonisnain@gmail.com [automobil] <
>> automobil@yahoogroups.com> wrote:
>>
>>>
>>>
>>> Makanlah kismis 10 kg pun...tak bljr tak boleh dpt result baik...
>>>
>>> On Sep 6, 2015 11:11 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
>>> [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:
>>>
>>>> 
>>>>
>>>>
>>>> *Jom tolong anak-anak kita yang akan menduduki UPSR, PT3, SPM *
>>>>
>>>> bloglist-malaysia.blogspot
>>>>
>>>> Dicatat oleh ustazcyber
>>>>
>>>> Wahai Ibu-bapa. abang, kakak. Pakcik Makcik ..Tolonglah anak-anak dan
>>>> adik-adik UPSR, PT3, SPM 2015 buatlah sendiri terapi air mineral atau
>>>> kismis pintar (penguat ingatan) ini di rumah anda,bacalah surah-surah
>>>> berikut dalam keadaan berwuduk dan penuh tertil.
>>>>
>>>> ISTIHGFAR 7x .
>>>>
>>>> SELAWAT 7x .
>>>>
>>>> FATIHAH 7x .
>>>>
>>>> AL-IKHLAS 7x .
>>>>
>>>> AL-FALAQ 7x .
>>>>
>>>> AN-NAS 7x .
>>>>
>>>> AYAT KURSI 7x .
>>>>
>>>> AL-INSYIRAH 40x
>>>>
>>>>
>>>>
>>>>
>
>
>

Mon Sep 7, 2015 8:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Polis Sahkan Tahan Individu Hina Mendiang Inspektor Margaret Yang Terkorban Dirempuh Mat Rempit

siakapkeli.my

KLUANG: Pihak polis Johor telah berjaya menahan seorang lelaki yang didapati memuatnaik status di laman sosial menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunia semalam selepas wanita berkenaan maut di hospital kerana dirempuh mat rempit dalam satu operasi di si sini.

Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter, 10.50 malam tadi.

Lelaki berkenaan berjaya dikesan telah menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen dan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor, malam tadi.

Status Khalid berbunyi `Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yang berjaya t'kap orang yang menghina Mendiang Insp Margaret -Trafik Kluang Sebentar tadi.'

Khalid Abu Bakar @KBAB51
Khalid Abu Bakar @KBAB51
Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yg berjaya t'kap org yg menghina Mendiang Insp Margaret - Trafik Kluang sebentar tadi

Khalid dalam pada itu mengumumkan pemberian pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) secara 'Posthumous&#39; kepada Inspektor Margaret Tagum Anak Goen.

Berita kematian Magaret semalam mendapat perhatian ramai selepas berita mengenai pemergiannya dilaporkan oleh pihak media dan meninggal ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pada 12.45 tengah hari semalam.

Mendiang telah dikejarkan je Hospital berkenaan selepas dirempuh oleh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.

Beliau dilaporkan kritikal akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di perut sebelum disahkan meninggal dunia. - Siakapkeli.my

WAJAH MAT REMPIT YANG REMPUH PEGAWAI TRAFIK POLIS WANITA SEHINGGA MAUT

Posted by OMAK KAU!!!!

 

KLUANG: Seorang pegawai penguat kuasa trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang maut akibat dirempuh Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini awal pagi semalam.

Beliau meninggal pada pukul 12.45 tengah hari semalam di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini. Mangsa sebelum ini dilapor berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata jenazah Inspektor Margaret Tagum anak Goen, 32, telah dituntut suaminya Leon anak Bahak, 37, untuk disemad di Bau, Sarawak.

Kejadian berlaku pada pukul 2.40 pagi ketika Tagum sedang melakukan sekatan jalan raya bersama 20 anggota trafik dan pasukan sukarelawan polis.

Seorang daripada sekumpulan Mat Rempit yang datang dari arah Mersing menuju bandar Kluang telah merempuh pegawai tersebut ketika mereka cuba meloloskan diri dari sekatan itu.

Rempuhan itu menyebabkan Tagum patah tangan, tulang pinggul dan kaki selain mengalami pendarahan dalaman.

Rusli yang diiringi Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham turut melawat mayat mendiang di hospital.

Beliau berkata penunggang yang berumur 17 tahun itu dapat ditahan selepas dia terjatuh dari motosikalnya manakala enam rakannya yang melarikan diri turut ditahan kemudiannya.

Katanya kesemua mereka yang berumur antara 14 hingga 20 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen dan dipercayai sedang berlumba ketika kejadian.

Menurut Rusli, kesemua mereka kini direman selama empat hari.

Sementara itu Leon yang merupakan anggota tentera di Kem Mahkota di sini merasa terkilan kerana isterinya dilanggar ketika menjalankan tugas.

Mereka mendirikan rumah tangga sejak enam tahun lepas.

Mon Sep 7, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Tolong Beli Popia Yang Saya Jual Ini" Rayu Seorang Nenek Untuk Membeli Ubat Cucunya Yang Sedang Sakit

siakapkeli.my

Seorang nenek semalam telah memuatnaik statusnya di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu merayu orang ramai agar membeli popia yang dijualnya untuk menanggung kos pembelian ubat cucunya yang agak mahal.

Kerana status berkenaan rata-rata netizens melahirkan rasa simpati dan kebanyakan mereka cuba membantunya dengan membeli popia yang dijual beliau.

Berikut adalah status yang dimuatnaik beliau dalam group berkenaan.

Assalamualaikum..sahabat-sahabat, cuba bagitahu dimana lagi saya boleh minta bantuan untuk cucu saya? Hari Khamis ini nak pergi jumpa dengan cucu saya pulak. ubat sampingan dah habis, bukan murah(mahal) dalam RM500 sebotol.. saya ada jual popia kecil-kecilan dan memang tidak cukup.. yang saya hendak cerita tadi saya telefon JKM Kuala berang tanya pasal surat pelepasan untuk bil PPUM.

Jawapan yang saya terima amat mengecewakan, katanya mereka tidak boleh keluarkan surat kerana cucu saya tidak lulus JKM lagi.. bukannya semalam saya minta bantuan JKM tetapi sebelum raya lagi.. Ya Allah..sedihnya saya.. ada tak sahabat-sahabat boleh tolong beli popia saya buat ini sorang sikit untuk saya buat beli ubat dan duit minyak hari khamis ini (ke PPUM). Terima Kasih.

Kami cuba menghubungi beliau atas usaha seorang pengguna facebook, beliau menceritakan bahawa cucunya, Nur Qaseh Alisha Binti Abdullah kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya di mana ibu Qaseh(anak beliau) hanya seorang pengawal keselamatan yang kini sedang bercuti tanpa gaji untuk menjaga Qaseh.

"Kami pernah meminjam wang dari syarikat pinjaman tanpa lesen untuk membeli ubat Qaseh dan sehingga kini masih belum habis membayar hutang berkenaan."

"Saya berharap sangat ada insan yang sudi tampil membantu meringankan beban kami untuk memabli ubat Qaseh, tetapi jika tidak boleh bagi bantuan cukuplah membeli popia dan kayu buruk yang saya jual," katanya.

Ditanya mengenai kos rawatan Qaseh di hospital berkenaan beliau berkata, kos rawatan di PPUM belum dapat dipastikan kerana rawatan masih belum selesai dan yang pastinya rawatan sehari tidak termasuk ubat adalah RM80.

"Jika ubat yang dibekalkan oleh Hospital Tuanku Nur Zahirah Kuala Terengganu habis, kami terpaksa beli di PPUM sekitar RM200,"katanya.

Bagi mereka yang mahu membantu dengan membeli popia atau kayu buruknya boleh hubungi Che Wan Mazura di talian 019-745 0398 atau Facebooknya Pucuk Anggerik.

Dan bagi sesiapa yang ingin membantu memberikan wang bolehlah berbuat demikian ke

113024051306 Maybank
(Che Wan Mazura Bte Che Wan Semeran)

Jadi marilah sama-sama kita membantu adik Qasehm jika tidak mahu memberikan wang anda boleh membeli popia dan kayu buruk berkenaan sambil menderma. - Siakapkeli.my

Mon Sep 7, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Buat Kecoh Depan Sekolah, Puas Dipujuk Polis

siakapkeli.my

Lelaki terbabit turut berbaring di atas kereta orang awam.


Semalam beredar di laman sosial sebuah video menunjukkan seorang lelaki tidak siuman yang berdiri di atas sebuah kereta polis di Jalan Budiman yang telah menarik perhatian ramai.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.20 pagi itu telah menyebabkan jalan berhampiran dengan SK Seri Budiman dan SMKA Sheikh Abdul Malek sesak kerana orang ramai terutamanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah berhenti untuk melihat kejadian ini.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang saksi memberitahu lelaki tersebut dipercayai berasal dari kampung berhampiran sebelum itu dilihat bermain di bahu jalan di hadapan pintu pagar SK Seri Budiman.

"Bagaimanapun, tindakan agresifnya sepak kon yang ada di tepi jalan hingga ada yang terkena penunggang motosikal telah timbulkan kekecohan.

"Orang ramai yang jadi mangsa keadaan apabila kon yang disepak terkena kenderaan mereka cuba belasah lelaki tu mungkin mereka tak sangka orang tu tak siuman.

"Tapi.. situasi tegang itu berjaya diredakan oleh beberapa orang yang ada di lokasi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk bantuan," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Bapa kepada lelaki tersebut dikatakan telah tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai di mana beliau cuba memujuk anaknya itu sehinggalah akhirnya dia terpaksa minta bantuan mantan Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh.

"Bapanya terpaksa pergi ke rumah Datuk Che Mat untuk minta bantuan kerana anaknya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan menaiki kereta Datuk Che Mat," katanya.

Sementara itu, Datuk Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan hal ini di mana beliau mengakui lelaki berkenaan adalah jirannya dan mereka telah berbual dua hari sebelum ini selepas pulang solat dari Masjid Kampung Nibong, di sini.

"Saya kenal dia dan keluarganya kerana kami berjiran, saya tahu dia memang ada masalah mental, cuma sebelum ini dia tak pernah ganggu ketenteraman awam.

"Jadi, tadi (semalam) sebaik dapat tahu yang dia di luar kawalan hingga ganggu orang awam di situ, saya terus ke lokasi untuk memujuknya, lebih-lebih lagi bapanya memaklumkan yang dia hanya akan balik ke rumah dengan saya.

"Alhamdulillah, dia akur dengan arahan saya meskipun pada mulanya dia bertindak agresif dengan memanjat bumbung kereta saya dan membuat aksi ala 'Spiderman&#39; tapi akhirnya setelah dipujuk dia turun dan terus masuk dalam kereta," katanya.

Sebaik lelaki tersebut masuk di dalam ekreta beliau terus menghantar pulan ke rumah kerana bimbang dia bertindak lebih agresif yang boleh jejaskan keselamatan dirinya dan orang awam di situ. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: