Friday, December 23, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4650

8 Messages

Digest #4650

Messages

Thu Dec 22, 2016 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Demo Air Tak Ada, Siti Nurhaliza Bidas Jamal
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

KUALA LUMPUR – Penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membidas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana membuat demo di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pagi tadi.

Menyifatkan Jamal sebagai tidak faham bahasa, Siti menerusi Instagramnya menulis kapsyen yang di 'repost' daripada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman supaya masyarakat tidak meniru apa yang dilakukan oleh Jamal.

"Jangan jadi macam Jamal ye…,"katanya bersama beberapa hashtag #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #repost @yasinsulaiman.

Kapsyen yang mendapat 5,954 dan 429 komen itu turut menerima reaksi yang bersetuju dengan pandangan Siti.

Terdahulu, Jamal membuat demonstrasi di hadapan pintu masuk (SUK) dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, pagi tadi.
Beliau turut membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di Selangor.

"Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah,"katanya.

Beliau tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.-SuaraTV

Ratu Naga bermandi cat, telur, tepung

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah untuk membantu pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman negeri.

Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang dengan dibaling enam papan telur, air cat dan juga tepung.

"Kira-kira jam 10.15pagi saya sampai di kawasan rumah Jamal. Bila tiba di sana, kereta saya ditahan kira-kira 30 orang dan diketuai oleh Jamal, mereka sekat jalan.

"Saya seorang turun dari kereta, dia kata dah lama nak jumpa saya. Bila saya saya cakap nak hantar air, dia kata kau memang bodoh…

"Tiba-tiba ada seorang pengikut Jamal baling air bercampur cat ke arah saya, kemudian orang tu lari, sebelum mula baling telur dan saya kemudian bergelut dengan (kira-kira) 30 pengikut Jamal.

"Ketika itu Jamal sudah lari," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini sambil menambah beliau akan membuat laporan polis kemudian nanti.

Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Gara-Gara Cuba Hantar Air Ke Rumah Jamal
siakapkeli.my

Nampaknya kisah Datuk Seri Jamal Md Yunos dan air belum berakhir lagi, keadaan kembali panas apabila seorang wanita bernama Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ratu Naga' telah pergi ke rumah Jamal hari ini dengan membawa air untuk 'memandikan' beliau.

Menurut Ema, dia dan beberapa NGO telah pergi ke rumah jamal kira-kira jam 10 pagi tadi untuk menghantar bantuan air ke rumah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu.

"Tapi bila tiba sana jamal bersama 30 orang dia kepung saya dan saya turun sorang dari kereta sebab nak hantar bantuan air. Kemudian orang jamal campak air lari dan mula bergelut dengan sambil baling telur. "

"Berlaku pergaduhan di situ dan saya tetpaksa bergelut dengan orang jamal sambil dilindungi suami saya. Tapi saya tak beranjak dan tetap bergelut. Mereka kata jangan kacau jamal jangan kacau jamal."

"Jamal boleh campak berbaldi-baldi air serta tepung dan telur pada saya tapi Jamal kata tak ada air kat rumah dia."

"Saya tak faham kenapa bila kami nak hantar air jamal buat macam ni? Jadi selama ini jamal hanya politikkan isu ini untuk perhatian bila kala kami ngo kebajikan nak hantar air," jelas beliau di laman Facebook.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Jamal berkata, kedatangan dia Ratu Naga ke rumah beliau dengan hanya membawa sebotol air, adalah satu penghinaan.

Jamal yang merupakan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia berkata demikian berhubung insiden kekecohan yang berlaku di hadapan rumahnya di Ampang, pagi ini.

"Sudah lima hari air tiada di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek-ejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam.

"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ini, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," katanya.

Beliau dalam itu berkata, perkara berkenaan tidak boleh dipolitik atau dipermainkan kerana isu air ini adalah perkara serius.

"Mereka sepatutnya berbincang dengan pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu air ini, bukan hendak main politik," katanya lagi sambil menambah beliau bukan hendak membuat gimik politik berkenaan isu air ini.

"Ini masalah rakyat Selangor, sudah lima hari air di rumah saya tiada ini bukan main-main, kamu semua boleh datang sendiri ke rumah saya tengok," katanya. - Siakapkeli.my

Hajat Hantar Air Pada Jamal, Ratu Naga Diserang 30 Lelaki Dayus
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Niat seorang ahli PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah untuk membantu pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang mengadu tidak mandi selama empat hari kerana gangguan bekalan air bertukar menjadi pengalaman negeri.

Syarul Ema atau lebih dikenali dengan nama Ratu Naga mendakwa dirinya diserang dengan dibaling enam papan telur, air cat dan juga tepung.

"Kira-kira jam 10.15pagi saya sampai di kawasan rumah Jamal. Bila tiba di sana, kereta saya ditahan kira-kira 30 orang dan diketuai oleh Jamal, mereka sekat jalan.
"Saya seorang turun dari kereta, dia kata dah lama nak jumpa saya. Bila saya saya cakap nak hantar air, dia kata kau memang bodoh…
"Tiba-tiba ada seorang pengikut Jamal baling air bercampur cat ke arah saya, kemudian orang tu lari, sebelum mula baling telur dan saya kemudian bergelut dengan (kira-kira) 30 pengikut Jamal.
"Ketika itu Jamal sudah lari," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini sambil menambah beliau akan membuat laporan polis kemudian nanti.
Semalam Jamal hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Mengulas lanjut, Ratu Naga berkata kehadirannya bersama NGO Sinar Ehsan yang sudah lama disertainya hanyalah ingin menghulurkan bantuan kepada Jamal.

"Semalam saya dah beritahu terang-terangan yang saya nak hantar bantuan air dekat Jamal. Jadi saya pergi ke rumah Jamal di Ampang tujuan nak hantar air.
"Kami simpati dengan Jamal kerana satu Ampang mandi kecuali dia seorang, kita hantar air dengan harapan dia boleh mandi," katanya.
Ratu Naga berkata, selepas diserang oleh sekumpulan lelaki itu, beliau diselamatkan oleh suaminya, Ezad Zainal yang pada awalnya menunggu dari dalam kereta.

Ratu Naga turut melahirkan rasa kesalnya bagaimana 30 orang lelaki tergamak menyerangnya.

"Saya masih terkejut. Saya tak sangka saya seorang perempuan perlu 30 0rang lelaki untuk bertumbuk dengan saya semata-mata nak tolak bantuan.
"Saya seorang perempuan pun dia takut. Saya hantar air nak bagi Jamal mandi, selepas tu dia mandikan saya dengan air yang dia ada," katanya dengan kesal.
Beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Jamal.

MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KENAPA DINAMAKAN " JUMAAT".
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

سمي يوم الجمعة بهذا الاسم لاجتماع الناس في الصلاة، وهو اليوم الذي جُمع فيه الخلق وكمل، وهو اليوم الذي يجمع الله فيه الأولين والآخرين للحساب والجزاء

Dinamakan Jumaat kerana:

Menghimpunkan manusia untuk menunaikan solat.

Hari dihimpunkan manusia dan disempurnakan kejadiannya.

Hari manusia dihimpunkan dan dihitung amalan mereka.

HARI YANG MULIA
Hari Jumaat merupakan nikmat rabbaniyah yang selalu dijadikan bahan kedengkian musuh-musuh Islam.
Hari Jumaat merupakan kurnia dari Allah untuk umat ini yang telah dijadikan sebagai umat terbaik yang dikeluarkan di tengah-tengah manusia. Allah mengutamakan hari ini di atas semua hari dalam sesuatu minggu dan Dia mewajibkan kepada orang Yahudi dan Nashrani untuk mengagungkannya. Tapi, mereka mengingkarinya dan sebaliknya memilih hari lain sehingga mereka tersesat dan tidak mendapat petunjuk. Kemudian Allah SWT terus menunjukkan kepada mereka yang beriman kemuliaan hari ini dengan mengagungkannya.
.
Dari Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوْا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا، ثُمَّ هذَا يَومُهُمُ الَّذِي فُرِضَ عَلَيْهِمْ فَاخْتَلَفُوا فِيهِ فَهَدَانَا اللهُ، فَالنَّاسُ لَنَا فِيْهِ تَبَعٌ : اليَهُوْدُ غَداً ، وَالنَّصَارَى بَعْدَ غَدٍ
"Kita adalah orang terakhir, namun yang pertama pada hari kiamat meskipun mereka telah diberikan kitab sebelum kita. Hari ini (Jumaat) adalah hari yang telah Allah wajibkan atas mereka, namun mereka mempertikaikannya. Maka Allah menunjukkan kita akan hari itu sehingga orang-orang mengikuti kita dalam hari ini (Jumaat), sementara orang-orang Yahudi esok (Sabtu) dan orang-orang Nashrani esoknya lagi (Ahad)." (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, An-Nasai dan lainnya)
.
Maksud "Kita sebagai orang terakhir" adalah sebagai keberadaan umat terakhir di dunia. Namun di akhirat kelak akan mendahului mereka. Iaitu menjadi umat pertama yang dihimpunkan di Mahsyar, umat pertama yang dihisab, umat pertama yang diadili dan umat pertama yang akan masuk syurga.
Dalam riwayat Muslim dari hadis Hudzaifah:
"Kami umat terakhir dari penduduk bumi, namun menjadi umat pertama pada hari kiamat yang diadili sebelum umat-umat lain."
Dan dalam riwayat Muslim lainnya:
"Kita adalah orang terakhir, namun yang paling awal pada hari kiamat. Dan kita adalah orang yang pertama kali masuk syurga."
.
Manakala maksud diwajibkan adalah mesti memuliakan hari tersebut. Menurut Ibnu Baththal, mereka tidak diperintahkan dengan jelas untuk memuliakan hari Jumaat yang kemudian mereka tinggalkan. Alasannya, seseorang tidak boleh meninggalkan kewajiban yang Allah tetapkan atasnya sementara masih berstatus mukmin. Lalu beliau rahimahullah berkata:
"Diwajibkan atas mereka (memuliakan) satu hari dalam seJumaat. Lalu mereka diberi pilihan untuk menegakkan syari'at mereka pada hari itu. Kemudian mereka berselisih tentang hari itu dan tidak mendapat petunjuk untuk memilih hari Jumaat." Demikian juga yang dinyatakan oleh Al-Qadhi 'Iyadh. (Lihat Fathul Baari: 2/355)
.
Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
"Mungkin juga mereka telah diperintah dengan jelas, lalu mereka berselisih pendapat apakah wajib menentukan hari itu saja atau dibolehkan untuk menggantinya dengan hari lain. Kemudian mereka berijtihad dalam hal itu, lalu salah." (Lihat Fathul Baari: 2/355)
.
Dan dalam Fathul Baari, Ibnu Hajar rahimahullah menyebutkan sebuah hadis penutup terhadap masalah ini yang diriwayatkan Ibnu Abi Hatim dari jalur Thariq Asbath bin Nashr, dari As-Sudiy dengan lafaz yang sangat jelas bahawa mereka diwajibkan untuk memuliakan hari Jumaat saja lalu mereka menolak. Sabda Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam:
إِنَّ اللَّه فَرَضَ عَلَى الْيَهُود الْجُمُعَة فَأَبَوْا وَقَالُوا : يَا مُوسَى إِنَّ اللَّه لَمْ يَخْلُق يَوْم السَّبْت شَيْئًا فَاجْعَلْهُ لَنَا
"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan (untuk mengagungkan) hari Jumaat atas Yahudi, lalu mereka menolaknya dan berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya Allah tidak menciptakan apa-apa pada hari Sabtu, maka jadikan hari itu untuk kami." (Fathul Baari: 3/277 dari Maktabah Syamilah)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PKR Bersedia Beri Kerusi Kepada BERSATU, Tapi Tidak Kepada PAN dan PSM

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PKR tidak ada masalah untuk menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pilihan raya umum ke 14 akan datang. Mengambil pendirian sama yang dilakukan oleh DAP dan PAS sewaktu PKR mula dibentuk, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kini giliran parti itu untuk berbuat demikian.

Itu salah satu kerjasama yang dibentuk supaya ada perbincangan dan kefahaman di antara Pakatan Harapan dengan BERSATU, saya telah berbincang dengan pimpinan PKR dalam beberapa tempoh yang lalu di mana kita juga harus mengambil sikap yang terbuka kata Azmin Ali kepada wartawan semalam.

Adakah DAP akan mengikuti PKR? Jawapannya sudah PASTI TIDAK. DAP sekadar mahu dan manipulasi pengaruh Tun Mahathir sahaja kerana sokongan Melayu kepada DAP SANGAT MEROSOT.

Artikel ini bukan untuk mengulas mengenai sikap DAP tapi sikap PKR. Oleh itu saya akan fokus kepada PKR.

Persoalan timbul kenapa PKR bersedia memberikan kerusinya kepada BERSATU tetapi tidak kepada parti PAN dan PSM? (Baca di sini)

Malah sikap PKR kepada PAN sangat berbeza. Bukan sahaja kerusi tidak diberikan malah PKR kalau boleh tidak mahun parti PAN bertanding di Selangor.

Jika mengambil petikan Azmin di atas, apa nama PAKATAN HARAPAN yang tidak boleh nak kerjasama, tidak boleh nak adakan perbincangan dan kesefahaman sehingga rakan sendiri pun diketepikan?

Menjadi persoalan kenapa PKR seolah-olah mencurigai PAN? Adakah kini PKR sedar hubungan dalam PH, 1 lawan 2 (DAP + PAN) akan memakan dirinya sebagaimana PKR dan DAP perkena PAS dalam banyak keputusan semasa PAKATAN RAKYAT dulu sehingga PAS tersempit?

PSM pula, berapa kerusi PSM mahu? Hanya 1 atau paling banyak pun 2. Kenapa PKR tak boleh bertolak ansur. Malah bukan kerusi sahaja mereka tak berikan kepada PSM, nak masuk PAKATAN HARAPAN tak dijemput.

Saya mengambil petikan tulisan Nordin Ali dalam blognya "Kesian kepada pengerusi PSM Nasir Hashim. Semasa acara Pakatan Rakyat dulu termasuk BERSIH 4 dia dijemput dan ada tempat untuk berceramah di pentas PR. Tapi kenapa tak dijemput semasa penubuhan PAKATAN HARAPAN?

Hampir menitis air mata saya membaca kenyataan Dr Nasir.

"Tiada undangan."
"Kita pun bukan berminat sangat kerana kita ada kerja untuk dibuat, untuk memperkasakan rakyat dan meneliti masalah mereka,"
Yang saya masih menjadi tanda tanya Dr Nasir ni bertanding di Kota Damansara atas tiket PKR sehingga menjadi perebutan kerusi antara PAS-PKR. Kenapa sanggup ambil Dr Nasir jadi calon tapi tidak dijemput Dr Nasir dan PSM bersama PAKATAN HARAPAN?

Kenapa pula jemput ahli UMNO seperti Datuk Saifuddin Abdullah? (Masa ini belum masuk PKR). Diakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) walaupun mewakili Pengerusi Akedemi Belia. Apa lebih dia berbanding dengan Dr. Nasir yang sepanjang hidupnya nak menjatuhkan UMNO @ BN?

Pelbagai persoalan kepada kita kenapa PSM diketepikan. JAHAT BENARkah PSM ini?

Apakah PAKATAN HARAPAN ditubuh untuk kepentingan sahaja tanpa mengambil kira hasrat dan cita-cita rakyat pelbagai pandangan?

Politik PAKATAN HARAPAN menjadi makin kelam kerana sangat banyak agenda tersembunyi dan PAS mengambil satu pendekatan yang sangat baik untuk terus ISTIQAMAH MENENTANG KEMUNGKARAN UMNO @ BN.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Kenapa PAN perlu di bubarkan?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

1.Tidak mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu

Sejak pelancaran PAN 16 September 2015 masih belum terbukti PAN mendapat tempat di kalangan pengundi Melayu malah dari kaum lain sekalipun, yang ramai hanyalah dari penyokong DAP. Sejak ke dua PRK sebelum ini sehinggalah hari ini PAN masih belum mengumumkan secara tepat berapa bilangan keseluruhan ahli PAN. Anuar tahir hanya memberi anggaran umum iaitu ahli PAN dibawah 100 ribu orang.Boleh baca disini: rujuk di sini

2.PAN bukan generasi ke 2 parti Islam

PAN hanyalah parti orang-orang yang kalah pemilihan. Mengunakan hujah sebagai jelmaan Parti AKP turki adalah tersangat (…………)-letakkan la perkataan yang sesuai- . Calon presiden bagi turki adalah dari parti AKP. Calon PM Malaysia bukan dari parti PAN. Jangan sekali-kali cemarkan nama AKP untuk survival karier politik individu. Bila sudah hilang jawatan politik dalam parti PAS bermaksud sukarlah untuk di calonkan pada pilihan raya. Hal rakyat letak tepi.

3.Menyukarkan keadaan politik

Parti PAN berbeza dengan PPBM. PPBM lebih mempunyai kelebihan untuk menarik pengundi. Jika kita berada dalam mukasurat yang sama untuk menjatuhkan BN, kita perlu akuinya. Untuk mengakui menjadi sukar bila ia melibatkan rakan sembang di kedai kopi.

4.Pas adalah parti yang sukar digugat.

Setelah hadirnya PAN, PAS telah melalui siri-siri serangan yang begitu hebat. Paling hebat ketika PRK dahulu. Gabungan PAN, DAP, Mahathir, Prof Kankung,( Agus dan sebagainya) Rafizi. Tapi belum mampu melepasi PAS. Kalau serangan yang terdahulu pun PAS masih tetap utuh, serangan akan datang pun tetap sama. Pas tetap akan utuh pada penyokong dan pendokongnya. Yang ni kita perlu akuinya.Bangga ambe jadi salah seorang penyokong PAS bersama penyokong PAS yang lain.. PAS tetap selamanya dihatiku.

5.Cita-cita ke Putrajaya

Jika betul-betul kamu memang berniat untuk ke Putrajaya, kamu perlu sedar kenapa perlunya PAN dibubarkan. Persoalan pertama yang perlu di utarakan ialah, betul ke kamu mahu menukar Putrajaya? Ataupun kamu hanya melakukan sembang kosong sebagai ahli politik. Walaupun tidak dapat menukar Putrajaya kamu masih tetap mendapat laba politik dengan pencen2 yang terdahulu.

Rakan sembang di kedai kopi lebih penting dari rakyat.

Persoalan kedua yang perlu difahami oleh ahli politik ialah kenapa kamu hendak mengambil alih Putrajaya??. Sematkanlah dalam hati kamu yang kamu lakukan adalah untuk rakyat. Tolonglah wahai ahli politik.Tapi….

Apa kisah keadaan Rakyat kan>? Menukar Kerajaan Pusat adalah suatu yang mesti dilakukan. Perkataan "mesti dilakukan" bukan bermaksud bencikan BN tapi realiti sebuah Negara maju, menukar sebuah kerajaan adalah satu perkara biasa, dan bila bicara tentang Malaysia, menukar kerajaan pusat bermaksud menyelamatkan Malaysia. Kenapa perlu tunggu 5 tahun lagi sedangkan 5 tahun lagi adalah sekarang?

#Fahamilah_dengan_mata_hati

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: alen23
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Amanah lebih gah daripada MCA, MIC

sinarharian.com.my
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
8 Disember 2016

Mohd Anuar Tahir – Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Setelah lebih setahun penubuhan, Parti Amanah Negara (Amanah) kini boleh diibaratkan, 'duduk sama rendah berdiri sama tinggi' dengan parti utama yang lain.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir berkata, selepas dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015, boleh dikatakan Amanah kini lebih gah daripada MCA dan MIC.

"Saya boleh katakan berdasarkan pengalaman apa yang ada pada Amanah adalah sangat unik, kami tidak ada nama besar tiada bekas Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kami hanya ada sekumpulan orang politik yang punya pengalaman, iaitu profesional dan ulama.

"Jadi saya percaya kita (Amanah) lebih kuat daripada parti dalam BN, saya boleh katakan kita jauh lebih besar dan kuat daripada MCA, atau MIC," katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif bersamanya di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekuatan Amanah kini, Anuar berkata walaupun boleh dikatakan Amanah baru setahun jagung penubuhannya namun parti itu berjaya mewujudkan 400 cawangan iaitu dari Perlis hingga ke Sabah.

"Walaupun ahli parti kita masih di bawah angka 100,000 namun kita ada struktur parti yang kukuh," katanya,

Parti Amanah akan mengadakan Konvensyen pertamanya pada 10 dan 11 Disember ini di, Shah Alam Convention Centre (SACC) , Shah Alam.

Parti ini didaftarkan sebagai Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) dan kemudiannya dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, December 19, 2016 10:57 PM
Subject: Fw: Tidak Benarkan PAN Bertanding Di Selangor

Selepas Kutuk PAS Dalam Ceramah, Kini Rayu PAS Berkorban Beri Kerusi

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Sebelum ini, Tun Mahathir mengutuk PAS kononnya PAS makan dedak sehingga tidak mahu bersama Pakatan Pembangkang. Selepas itu kecaman dibuat pula oleh anaknya di beberapa ceramah oleh Bersatu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato Seri Mukhriz Mahathir meminta PAS supaya mengukur baju di badan sendiri berkaitan dengan sikap PAS yang pada satu masa nak bersama untuk wujudkan pertandingan satu lawan satu, tetapi dalamasa yang sama nak bertanding di 70 buah kerusi parlimen.

Mukhriz menyatakan demikian di program sembang santai di Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (Kalau tak sokong PAS baik jadi pengkhianat macam PAN, ambil kata-kata dia ni) dan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah.

Mukhriz turut menyindir PAS, "Alang-alang ingin menjadi "parti kerusi", lebih baiklah bertanding di semua 222 kerusi. Buat apa sekadar 70 saja!"

Kalau tiga penjuru maknanya Pas diperkuda Umno, kata Mukhriz

Beberapa hari lalu, Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam akhbar berbahasa Inggeris mengatakan PPBM perlu memujuk PAS untuk mendapatkan kerusi bagi membolehkan mereka bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ujar Tian, target undi PPBM adalah dikalangan pengundi Melayu justeru parti itu harus meyakinkan PAS agar memberi laluan mereka untuk bertanding memandangkan kebanyakan kerusi tersebut adalah milik tradisi PAS.

Mengulas mengenai kenyataan Tian Chua dan saranan supya Bersatu berundingan bersama PAS, Mukhriz berkata sememangnya soal pembahagian kerusi adalah perkara yang perlu diperhalusi, bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama pembangkang.

"Itu sebabnya kami di PPBM ini, (berpendapat) pendirian PAS itu tidak kurang pentingnya berbanding kesepakatan yang kita ada antara PPBM dengan Pakatan Harapan.

"Salah satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam rundingan PAS itu soal kerusi. Tapi sebelum sampai ke peringkat itu, kita kena bincang mengenai dasar atau asas kesepakatan dengan PAS," katanya lagi.

Mukhriz juga merayu agar PAS boleh bersedia untuk berganding dengan kawan-kawan yang lain yang mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Komen Saya,
PAS dah ada pengalaman memberikan kerusi tradisi kepada PKR dan DAP dan akhirnya selepas dapat kerusi itu mereka pula berlagak seolah-olah mereka memang tanpa bantuan PAS.

Adalah lebih baik PAS tumpu aje 70 kerusi yang menjadi tradisinya, tanpa mengambil kira cerca maki rakan pakatan. Jatuhkan UMNO pada PRU-14 nanti. Biar mereka dengan dunia ego masing-masing kita nak lihat sejauh mana HARAPAN, PAN dan BERSATU boleh berkongsi kerusi untuk menjatuhkan BN.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

PKR Tidak Benarkan Parti PAN Bertanding Di Selangor Pada PRU-14 Nanti

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Mengamuk sakan pengarah komunikasi PAN, Khalid Samad apabila PKR tidak membenarkan PAN dan PPBM bertanding di Selangor untuk PRU-14 nanti.

Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei membayangkan PPBM dan PAN berkemungkinan tidak akan dibenarkan bertanding di negeri itu dan Pulau Pinang.

Sebaliknya kata Shuhaimi, kedua-dua parti tersebut perlu memberi tumpuan di negeri-negeri lain yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

PKR tidak ada hak menghalang PAN bertanding di Selangor kerana negeri tersebut bukan milik PKR semata-mata dimana boleh membolot dan menentukan sesuka hati untuk bertanding di mana-mana kawasan kata Khalid Samad.

"Bukan hak mana-mana parti untuk menghalang parti lain. Selangor bukan milik PKR. itu sebab kena bincang. Kenyataan-kenyataan pramatang seperti ini tidak membantu," katanya lagi

Tulisan saya sebelum ini menunjukkan kebenaran. (baca di sini). Kalau nak selamatkan pembangkang PAN perlu dibubar.

Cuba anda bayangkan tidak sampai seminggu pakatan HARAPAN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) melibatkan DAP, PKR, PAN dan PPBM, sudah wujud masalah pembahagian kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Agaknya kalau memang nanti parti mana akan kena SEMBELIH?

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Kalau Serius Nak Jatuhkan BN, Bubar Aje Parti PAN, Ahlinya masuk PKR atau DAP
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Beberapa hari lalu Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin mencadangkan parti PAN bubar dan masuk PKR kerana kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan mereka terhadap Islam yang sederhana dan kedua-duanya bersifat pelbagai bangsa dan budaya.

Ramai penganalisis politik memberi pandangan bahawa parti PAN berhadapan dengan masalah kerusi mana yang akan ditandingi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Keadaan ini akan mendedahkan persaingan tiga penjuru sebagaimana dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar sebelum ini.

Oleh itu strategik paling baik untuk mendapatkan kemenangan bagi pembangkang adalah parti PAN perlu diserapkan sahaja ke dalam parti-parti pembangkang sedia ada seperti DAP atau PKR.

Dengan kemasukkan ahli PAN ke dalam DAP mereka tak perlu lagi bersifat 'khadam' tetapi bersama DAP untuk memperjuangkan perjuangan mendapatkan Putrajaya disamping ahli-ahli PAN ini boleh mengimbangi kedudukan Melayu dalam DAP.

Saya telah menulis sebelum ini (sila baca di sini) cara PAN cuba mengikuti langkah-langkah seperti PKR iaitu 'multi-cultural party' bagi membina masa depan mereka yang lebih cerah telah mengundang keadaan celaru. Mereka akan bertembung dengan perjuangan PKR dan akhirnya mereka menjadi musuh secara senyap dalam selimut yang sama. Pasal itu kita sudah lihat idea dan pandangan PAN selalu di'bantai' oleh pimpinan PKR terutamanya Azmin Ali.

Rata-rata pemimpin PAN berucap lebih kepada mainan isu-isu politik dengan polemik rasuah dan salahlaku tak ubah seperti 'whistleblower' yang sepatutnya di mainkan oleh penggerak-penggerak NGO. Lihat bagaimana mereka mengerakkan isu Orang Asli yang dilihat tiada perjuangan asas untuk orang Asli tetapi semata-mata untuk menjatuhkan PAS. Daripada mereka menyerang PAS lebih baik menyerang UMNO. Adalah lebih baik PAN masuk PKR supaya gerak kerjanya lebih terfokus.

PAN tidak boleh menarik ahli UMNO, ini satu kenyataan yang sudah pasti jelas dan dibahaskan oleh pemikir strategik parti PAN, Dr Dzulkefly Ahmad bersama dengan Khalid Abdul Samad dalam mesyuarat mereka. BERSATU berjaya dalam isu menarik ahli UMNO. Jadi sudah pasti PAN tidak menghancurkan UMNO tetapi menyuburkan UMNO. Daripada PAN jadi tongkat UMNO adalah lebih baik bubar dan masuk dalam DAP atau PKR.

Malah Exco PAN Nasional Hu Pang Chaw dalam pertemuan bersama Antarapos baru-baru ini berkata pembubaran Pakatan Rakyat sekaligus mengenepikan PAS dalam gabungan baru mengundang masalah kepada PKR untuk terus mentadbir Selangor. Sejarah telah membuktikan bila ada pertandingan tiga penjuru atau lebih pemenang terakhir adalah BN katanya.

Kalau parti PAN tak wujud maka pembangkang tidak menghadapi masalah seserius seperti sekarang dimana kewujudan gabungan atau kesepakatan pembangkang boleh dirungkai dengan lebih baik.

Sifir mudah untuk JATUHKAN BN ialah PAN perlu BUBAR. Ahlinya boleh masuk DAP atau PKR. Kita pun tak habis masa bergaduh sesama sendiri kerana fitnah parti PAN ini.

Azmin mahu idea gabung PKR, AMANAH dibincang

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Ketika cadangan penggabungan parti ditolak mentah-mentah dua peminpin PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Azmin Ali pula sebaliknya berkata, ia wajar dipertimbangkan.

Kata timbalan presiden PKR itu ia perlu diteliti kerana melibatkan soal kedinamikan parti dan sesebuah pertubuhan yang demokratik perlu bersikap terbuka.

"Bagi saya kita tak boleh ambil sikap acuh tak acuh atau ketepikannya (langsung).

"Cadangan berkenaan boleh dibincangkan dan pertimbangkan tetapi bukanlah kerana ada perebutan kerusi," katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Azmin yang juga menteri besar Selangor berkata, setiap pihak diharap tidak mewarisi "cara pemikiran lama" kerana ia bukanlah "reformasi" yang diharapkan.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin menyatakan cadangan supaya PKR dan AMANAH bergabung dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman partinya.

Kata Afif, penggabungan itu dicadangkan kerana ada pimpinan PKR berpendapat kedua-dua parti berkongsi nilai sama, termasuk pandangan terhadap Islam yang sederhana serta sifat pelbagai kaumnya.

Bagaimanapun idea berkenaan segera ditolak Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, serta Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pergi Kenduri Bawa Orang Yg TAK DIJEMPUT. Ini HUKUMNYA Yg Buat Ramai TAK TAHU !!!
depalma-sp.blogspot
adni
Pergi Kenduri Bawa Orang Yg TAK DIJEMPUT. Ini HUKUMNYA Yg Buat Ramai TAK TAHU !!! | Assalamualaikum ustaz. Nama saya Atiqah. Saya ada kemusykilan yang saya harap ustaz boleh jelaskan. Ada viral di whatsapp tentang isu di bawah:

Hukum Membawa Rakan Menghadiri Kenduri Tanpa Dijemput.
Lately ni, ada satu kemoskelan melanda kengkawan aku termsuk aku sendiri.
Ini adalah jawapan dari Ustaz Azhar Idrus…
1) kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan(kwn kita tak dijemput), kawan kita tu *TIDAK BOLEH* makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tidak dijemput. jika telah makan bersama padahal kita tidak minta izin dari tuan rumah, *WAJIB BERTAUBAT* dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.
2) *WAJIB* ganti balik walaupun setelah beberapa lama.. sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan… bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama… SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tidak diundang itu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan yang ditanya oleh hadirin :Apakah hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tidak dijemput? Tetapi kita makan sehingga kenyang pula. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?
Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus
= Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Di dalam kitab Feqah, dalam bab walimah ada menyebut mengenai perkara ini iaitu siapa yang tidak dijemput, *haram* dia makan makanan di majlis tersebut. Tetapi hukum tidak haram pula adalah jika kita sekadar datang di majlis tersebut.
Jika kita makan tanpa diundang maka kita *wajib bertaubat dan membayar semula kepada tuannya*. Hal ini kerana golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota Jemari: Marilah kita sebarkan dan kongsi maklumat ini bersama-sama. Wallahualam.
Soalan saya:
1) Betulkah haram jika kawan yang di ajak pergi bersama makan makanan di kenduri tersebut?
2) Jika bawa anak-anak, adakah haram juga makanan2 kenduri itu untuk dimakan?
Bantuan ustaz amat dihargai.
Jawapan:
Assalamualaikum. Apa yang disebutkan oleh Ustaz Azhar Idrus itu benar.
Ini berdasarkan hadis berikut:
عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .
Daripada Abu Mas'ud al-Badri r.a, seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi s.a.w berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq 'Alaih].
Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tidak dijemput. Jika sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tidak sedangkan teman tidak dijemput sudah ada di situ.
Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.
Begitu juga, kita tidak tahu adakah tuan rumah suka atau tidak individu yang kita bawa tersebut.
Hormatilah hak tuan rumah.
Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi tiada masalah.
Dr. Rozaimi berkata:
Waalaikumussalam
Ada hadis dalam sahih Bukhari yang nabi pergi kenduri bersama dgn orang yang tak dijemput dan baginda minta izin dahulu untuk benarkan yang tak dijemput itu makan. Ia harta orang maka nak makan kena dapat keizinan.
Wallahua'lam. -ADMIN- Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PBT Roboh Resot Milik Jamal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


PETALING JAYA: Sebuah resort milik pemimpin baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) di Sekinchan pada Khamis.

Menurut notis MDSB, resort itu beroperasi tanpa lesen yang sah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (Majlis Perbandaran Sabak Bernam) 2013.

Sementara itu Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar membuat dakwaan di Facebook bahawa kerja-kerja merobohkan premis berkenaan dijalankan atas arahan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Pada waktu pagi mereka ditampal notis (di resort) dan pada waktu petang mereka merobohkannya.

"Ini adalah satu tindakan membalas dendam oleh kerajaan negeri kerana kritikan saya terhadap kepimpinan Azmin," katanya.

Jamal mendakwa bahawa apa yang dilakukannya selama ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air.

Pada Rabu, Jamal mencetuskan kontroversi apabila hadir di hadapan pejabat SUK di Shah Alam dengan hanya bertuala.

Hotel Jamal diroboh, adakah Azmin berdendam atau resort beroperasi tanpa lesen
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
FMT Reporters

PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mendakwa Datuk Seri Azmin Ali mengarahkan hotel miliknya Sekin Fishermen Village Hotel & Resort dirobohkan serta-merta kerana dendam susulan kritikannya terhadap isu gangguan air.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) diarahkan merobohkan premis perniagaannya atas arahan Azmin yang juga menteri besar Selangor.

"Pagi tampal notis, petang ini roboh. Ini tindakan balas dendam kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air," katanya kepada FMT.

Berdasarkan notis yang diterima FMT, MDSB menghantar notis perintah menutup hotel milik Jamal yang berada di Jalan Pantai Redang, Sekinchan berkuat kuasa hari ini dan pemeriksaan semula premis itu akan dibuat pada 4 Januari depan.

Tetapi, MDSB sudah pun menjalankan kerja merobohkan premis itu pada hari ini.

Arahan itu menyebut Jamal sebagai pemilik premis menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah daripada pihak berkuasa melesen mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013.

Mengulas mengenai notis itu, Jamal berkata pihaknya memohon permit sejak 5 tahun lalu tetapi tidak diluluskan MDSB walaupun pelbagai dokumen lengkap disediakan.

"Sudah 5 tahun berniaga, saya sudah mohon lesen sejak 5 tahun lalu dengan semua syarat dan bayaran dibuat kepada majlis," katanya.

Semalam, Jamal datang ke Bangunan SUK Selangor dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan bekalan air besar-besaran di sekitar Lembah Klang sejak Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bukit Badong.

Jamal kongsi video dakwa Resort miliknya diroboh pihak berkuasa
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KETUA Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkongsi satu kiriman video dan gambar-gambar dari salah seorang pengikutnya di facebook yang mendakwa kononnya resort milik Jamal dirobohkan oleh pihak berkuasa akibat dendam Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini pihak berkuasa Majlis Perbandaran Daerah Sabak Bernam, telah menyita hotel milik Jamal dipercayai kerana beroperasi lebih empat tahun lalu tanpa lesen yang sah.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, namun jika akaun facebook milik Jamal sendiri telah berkongsi kiriman yang mendakwa resort miliknya diroboh, ini bermakna Jamal sendiri mengakui berita tersebut.

Aku difahamkan, hotel milik Jamal yang beroperasi tanpa lesen hanya dikenakan tidakan sita, manakala resort miliknya yang terletak di tepi pantai pula dirobohkan kerana dibina atas tanah haram yang bukan miliknya.

Dalam kata lain, resort dan hotel dikenakan tindakan berbeza, satu tindakan kerana tiada lesen, manakala satu lagi kerana dibina atas tanah haram.

Sekali lagi tindakan ini mengesahkan dakwaan Ali Tinju, seteru ketat kepada Jamal yang sebelum ini memberitahu bahawa resort milik musuhnya itu dibina atas tanah haram dan meminta kerajaan negeri Selangor supaya merobohkannya.

Di bawah ini video kenyataan musuh ketat Jamal sebelum ini yang mahu kerajaan negeri merobohkan hotel dan resort milik Jamal yang didakwa dibina atas tanah haram. Sila klik untuk menonton.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/jamal-kongsi-video-dakwa-resort.html#ixzz4TZUrhi9l

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebak, Saya Nampak Keluarga Ini 'Shopping' Barang Sekolah Anak Di Kedai Barangan Lusuh Dan Terbuang
siakapkeli.my

Disebalik kegembiraan anak-anak kita mendapat kelengkapan sekolah baru, ada kita mengeluh terpaksa berhabisan seorang anak sampai RM300.

Jika kita rasa kita susah, ketahuilah bahawa diluar sana sebenarnya ramai lagi susah daripada kita, malahan ada yang tidak mampu menyediakan suku pun dari perbelanjaan kita keluarkan.

Terbaca admin di laman Facebook tadi, sebuah kisah yang meruntun hati apabila membacanya, kisah diceritakan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli di mana beliau telah terjumpa dengan sebuah keluarga yang sedang 'shopping' sakan kelengkapan sekolah anak mereka.

Namun, mereka bukanlah membeli belah di pasaraya besar atau di gedung-gedung pakaian ternama, tetapi hanya di sebuah kedai barangan lusuh di mana kebanyakkannya adalah barangan yang sudah dibuang atau dikutip dari tempat longgokan sampah.

Jom kita baca.

"...Semalam pi kedai barang lusuh kat taman medan. kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah utk project DIY aku...

Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia...

Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. tersenyum sensorang tengok cermin buruk.

Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!

Alamak. ini sebak nie.

Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. tak tahan tengok drama realiti ni lagi.

Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. tetap bahagia.

Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.

* bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sebuk bershopping lagi..."

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Patut Katok Saja Pemandu Teksi Ni
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

Pemandu teksi ni patut kena katok oleh semua geng pemandu teksi... sebab "walaun" .... opps... "malaun" ini sebenarnya la yang buat orang lagi menyampah nak naik teksi... dan menyebabkan busuk lagi profession pemandu teksi...

Sebenarnya dari dulu lagi yang menjahanamkan industri teksi bukan pihak lain... tetapi geng teksi juga... so jangan lah nak salahkan UBER dan GRABCAR...

Tak percaya ka? Cuba lu naik teksi mana-mana pun... tengok kondisi dalam teksi... bauan rokok cukup kuat... malah ada driver teksi yang tak segan silu isap rokok sambil bawak teksi dalam keadaan teksi pasang aircond...

So... memang patut la orang boikot tak mau guna teksi dah... sebab salah depa sendiri..

Ader paham ka???

Banzai..

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2016/12/patut-katok-saja-pemandu-teksi-ni.html#ixzz4TZX1w3iS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Dec 22, 2016 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini? Kenaikan gaji kakitangan awam - antara pegawai atasan dan bawahan - menunjukkan kenaikan tidak seimbang, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Kata anggota parlimen Pandan itu pegawai atasan kerajaan yang berada pada gred tinggi mendapat kenaikan gaji sembilan peratus secara konsisten setiap tahun.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini? Bagaimanapun, katanya, kakitangan yang berada di bawah gred Jawatan Utama Kakitangan Awam (Jusa) C hanya menerima kenaikan tahunan antara 2.8 hingga 3 peratus.

Justeru, kata Rafizi, perlu ada langkah baru diambil oleh kerajaan supaya kenaikan gaji itu lebih adil untuk kakitangan awam berpangkat rendah.

Malah katanya peratusan kenaikan untuk mereka juga lebih rendah berbanding kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan di negara ini sejak 1 April lalu.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini?

"Di manakah kewajaran memberi kenaikan gaji yang lebih rendah daripada kadar GST untuk kakitangan biasa yang gaji pokok mereka memang sedia rendah, sedangkan ketua-ketua jabatan dan kementerian - yang gaji dan elaunnya besar - diberikan kenaikan mengikut peratusan sehingga sembilan peratus?" katanya.

Rafizi bercakap kepada media di pejabat INVOKE di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Rafizi, skim kenaikan gaji sepatutnya dilakukan secara songsang, dengan pegawai kanan atau atasan menerima peningkatan tetap, manakala peringkat lebih rendah daripada Jusa C berdasarkan peratusan gaji tahunan.

Penjawat Awam Pasti Terkejut Dengan Pendedahan Ini?

"Pegawai atasan sudah mendapat gaji yang tinggi dan tidak perlu kenaikan besar pada setiap tahun," katanya. - mk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: