Wednesday, December 14, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4644[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4644

Messages

Tue Dec 13, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KJ CAKAP TAK SERUPA BIKIN?
shahbudindotcom
bloglistpolitik.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH

Pada 6 November lalu, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi mengelakkan wujudnya persepsi negatif.

Beliau berkata, sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama dan ia perlu dijawab oleh pihak berwajib selewat-lewatnya dua hari selepas sesuatu isu itu ditimbulkan.

Memang baik dan tepat saranan KJ itu, lebih-lebih dalam era teknologi maklumat, zaman media sosial dan telefon pintar yang sentiasa dalam genggaman sekarang ini, tidak ada sebab sesuatu isu itu perlu mengambil masa yang lama untuk dijelaskan kepada rakyat.

Waima di mana pun berada, seseorang yang berjawatan dalam kerajaan sebenarnya tidak terpisah daripada menerima maklumat dan mustahil juga tiada ruang sama-sekali untuk menjawab sebarang persoalan yang timbul.

Tambahan lagi, dengan kedudukan sebagai pemimpin, mereka juga tentunya mempunyai puluhan setiausaha dan pegawai khas yang bila-bila masa saja boleh dihubungi dan diarahkan untuk memberi penjelasan.

Tetapi, bagaimana dengan KJ sendiri?

Mengapa beliau sendiri tidak mengamalkan apa yang disarankannya itu?

Bila agaknya beliau mahu menjawab dakwaan Mukhriz Mahathir mengenai dakwaan pertemuan sulitnya dengan bekas Menteri Besar Kedah itu dan meluahkan ketidakpercayaan tentang penjelasan Najib Razak berkenaan 1MDB?

Benarkah beliau sudah menghantar surat perletakan jawatan kepada Najib, tetapi kemudian menarik baliknya setelah dipujuk oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi?

Di mana agaknya KJ berada sekarang ini?

Mengapa sampai sekarang dakwaan yang ditimbulkan oleh Mukhriz itu masih tidak berjawab?

Apakah beliau berada di luar lingkungan dunia yang tidak mempunyai jangkauan telefon dan internet sehingga bukan saja dakwaan Mukhriz itu tidak diketahuinya dan tidak dapat juga memberi arahan kepada setiausaha serta pegawainya untuk membuat kenyataan akhbar?

Mungkinkan KJ tertinggal telefon pintarnya dan keluar tidak membawa sebarang alat gajet?

Dah lebih dua hari ni, bro?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sultan Muhammad V Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Selasa melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini.

Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Isnin.

Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda.

Mesyuarat Khas itu dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Memulakan istiadat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad tampil menyembahkan Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Muhammad V yang kemudiannya melafazkan Sumpah Jawatan sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah jawatan itu kemudiannya ditandatangani oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, sebagai saksi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian menyembahkan pula Surat Sumpah Jawatan kepada Sultan Nazrin yang kemudiannya melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sebelum menandatanganinya.

Surat Sumpah Jawatan baginda turut ditandatangani oleh Sultan Mizan dan Tuanku Syed Sirajuddin sebagai saksi.

Selesai istiadat itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kemudian memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 (Khas) ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan kelak.

Sultan Kelantan Diisytihar Agong ke-15 Esok
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang bakal dilangsungkan di Istana Negara esok.

Upacara sambutan tersebut dijadual bermula dengan istiadat keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 pagi.

Keberangkatan tiba Sultan Kelantan, 47, akan disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas sambutan serta isteri, Datin Seri Raya Erom.

Rombongan diraja kemudian akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara bagi majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Turut melafaz sumpah memegang jawatan esok ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-243 (Khas) pada Oktober lepas, dan akan menduduki takhta bagi tempoh lima tahun bermula esok.

Upacara sambutan dan pengisytiharan Seri Paduka Baginda akan disiarkan secara langsung melalui saluran TV1, Radio dan Televisyen Malaysia.

Sumber: Sinar Online

Kalimah Allahuakbar Bergema Dalam Istana Negara Selepas Sultan Muhammad ke-V Ditabalkan Sebagai Agong ke-15
siakapkeli.my

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.

Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

BERNAMA Verified account ‏@bernamadotcom
YDP Agong Sultan Muhammad V, Raja-raja dan Tuan-tuan Yang di-Pertua Negeri berangkat masuk dan bersemayam di Balairong Seri, Istana Negara

BERNAMA Verified account ‏@bernamadotcom
Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah YDP Agong ke-15 dan Timbalan YDP Agong bermula di Istana Negara

Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Pepatah menyebut 'Raja yg adil/baik raja disayangi rakyat, raja yg zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah.

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yg menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni).

Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.

...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!

Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.

Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.


(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik dari http://perakan.org.my/v2/?p=2001.

Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti.

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid

Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.

Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana.

Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir

* terdapat ruang iklan kosong di sini sila hubungi tranung2006@ gmail.com
Artikel Hari Ini


PAS: Kami bukan anak tangga orang pijak menang pilihan raya

Tuan Ibrahim: Berhenti 'hentam' PAS jika mahu ajak kerjasama

Sultan Muhammad V Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong

Peluang Anwar Untuk Bebas Ditentukan 5 Hakim Esok

Suu Kyi Pengganas Antarabangsa, Boikot Ekonomi Myanmar, Kata DMDI

Orang Asli Setaraf Melayu atau Bumiputera, Lim Kit Siang Patut DiSekolahkan

Siapa Sebenarnya Sultan Kelantan

Mana ada PAS keliru?

Mungkin Ramasamy sedang alami gangguan emosi

Tak mahu percaya tapi Najib tunjukkan dia boleh berubah!

[ Artikel seterusnya.. ]






Login

Nickname

Password

Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.






Related Links

· More about Rencah/Viral
· News by PenorehGetah

------------------------------------------------

Most read story about Rencah/Viral:

Bayi Bermata Satu Telah Lahir Di Israel | Petanda Besar Kiamat?

Mungkin insan ini 'rahsia' disebalik siapa dia Prof Dr. Muhaya !

GEMPAR !!! Hidangan 'telanjang' dalam penerbangan MAS

Apa yang pelik pada gambar ini?? - Siri 2

Siapa Dalam Sidang Khalid Ibrahim?







Article Rating

Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Options


Cetak Artikel

E-Mel kpd Kawan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Ibrahim: Berhenti 'hentam' PAS jika mahu ajak kerjasama

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PAYA JARAS: Parti pembangkang perlu berhenti menyerang PAS sebelum meneruskan usaha memujuk mereka bekerjasama bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Sepatutnya mereka faham, tetapi kita tengok pimpinan (Pakatan Harapan) sendiri serang PAS, tuduh PAS macam-macam, lepas itu minta PAS kerjasama, tidak mungkinlah sebab itu kita minta hentikan semua tuduhan liar terhadap PAS.

"Sebarang kerjasama mesti mempunyai adab, tidak boleh sebarang kerjasama, kita hentam kawan kita dalam politik.

"Tiap-tiap hari PAS dihentam, yang paling dukacita rakan kita yang masih ada tahaluf menghentam kita, Amanah hari-hari hantar isyarat akan bertanding semua kerusi PAS, beri isyarat tawan Kelantan, nak ambil alih Terengganu, nak bertanding di kerusi PAS di Selangor, jadi apa makna kerjasama?"

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Mega Rakyat sepentas bersama Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah yang disaksikan lebih 1,000 penyokong, malam tadi.

Kehadiran mereka dinanti-nantikan selepas PAS berkata usaha mendampingi 2 parti itu adalah langkah untuk mewujudkan perikatan politik baharu.

Tuan Ibrahim berkata, tidak ada guna PAS menyahut cabaran bekerjasama dengan Pakatan Harapan, pada masa sama pemimpin mereka diserang sekutu sendiri.

"PAS dituduh mendapat dana RM90 juta daripada Umno. Penafian demi penafian dibuat, orang tuduh PAS makan dedak Umno, yang kita bertanding tiap-tiap kerusi lawan Umno pun kita dituduh bekerjasama.

"PAS hadir Majlis Multaqa Ulamak bersama Umno, kena faham kita hadir atas dasar ummah, bukan politik," kata timbalan presiden parti Islam itu.

Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi tempoh sehingga akhir tahun ini kepada PAS untuk menentukan pendirian politik mereka bagi menghadapi PRU14.

Sabtu lalu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS berdepan kekeliruan dalam memperjuangkan wadah politiknya.

Katanya, ruang perlu diberi kepada PAS untuk menyatakan pendirian sebenar, sama ada mahu bersama gabungan pembangkang yang disertai DAP dan Amanah atau bersama BN.

Tuan Ibrahim bagaimanapun mengulangi pendirian parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan Umno, sejajar keputusan Majlis Syura PAS.

"Isu kerjasama dengan Umno beberapa kali presiden buat kenyataan, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno. Dalam muktamar, di luar muktamar, bahkan Majlis Syura badan tertinggi PAS keluar kenyataan bertulis PAS tidak akan bekerjasama atau bergabung dengan Umno, tapi dituduh juga."

Sementara itu, Muhyiddin berkata, pendirian PAS untuk tidak bekerjasama dengan Umno selaras perjuangan PPBM dan parti itu akan memainkan peranan sebagai penghubung dengan parti pembangkang lain.

"Orang PAS sokong kita, sebab itu kita satu pentas hari ini (malam tadi). Saya dapat isyarat dari Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim dan mereka tegaskan PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan itu juga matlamat PPBM.

"Kita boleh bekerjasama dengan PAS dan PH, saya saran usaha ini diteruskan dan perlu dibuat secara tersusun, saya tahu PAS dan Amanah, DAP ada masalah besar, dan PPBM akan berperanan sebagai jambatan untuk berhubung," katanya.

Himpunan UMNO kutuk DAP Himpunan PAN kutuk PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Sebelum ini Presiden PAN, Hj Mohamad Sabu kesal, katanya Perhimpunan Agung Umno (PAU) tahun ini langsung tidak membincangkan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain. (anda boleh rujuk laman parti PAN)

Umno kini sudah tidak peduli lagi kepayahan rakyat, sebaliknya, kata beliau, PAU kali ini sarat dengan serangan-serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan DAP, dengan ucapan-ucapan yang berapi-api dan penuh semangat.

"Ke manakah perginya golongan cerdik pandai Melayu sehingga bisu dan pekak serta buta dengan ucapan-ucapan Najib yang memperbodoh-bodohkan rakyat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berlangsung?" Soal Mat Sabu.

Pasal itu PAN akan menjadi benteng pertahankan DAP. Engkau orang tahu apa makna benteng? Ingat bagaimana sahabat Nabi s.a.w. menjadi tubuh mereka sebagai benteng mempertahankan Nabi s.a.w. PAN akan jadi tubuhnya untuk pertahankan DAP.

Sepanjang konvensyen PAN saya cuba untuk mencari perbincangan isu-isu penderitaan rakyat seperti hutang negara, kenaikan harga barangan, kejatuhan ringgit, pengangguran dan lain-lain seperti Mohamad Sabu kritik UMNO. Tak ada pun. Memang PAN ni kalau ktirik orang macam dia tu sangat baik, bila tiba masanya dia lebih teruk lagi daripada orang yang dikritik termasuk UMNO.

Apa yang ada sepenjang konvensyen tersebut tidak lain daripada caci maki kepada parti lama mereka iaitu PAS. Walapun ada sekatan menyebut PAS dalam Konvensyen ini seperti timbalan speaker menegur Khalid Samad apabila menyebut PAS dalam pengulungannya tetapi mereka menggunakan istilah 'parti lama'.

Malah Husam Musa dengan jelas menyerang PAS solah-olah PAS pemimpin PAS hilang agama dalam dirinya. MB Kelantan digambar seorang yang tamak, jahat dan bongkok membelakangi agama Islam. Sangat buruk perangai dan belum pernah saya dengar orang UMNO menghina MB Kelantan seperti Husam Musa menghina MB Kelantan Ustaz Ahmad Yaakob.

Itulah realiti konvensyen PAN 2016.

Apa yang ada dalam perbincangan konvensyen PAN? Semuanya kutuk PAS, maki hamuim. Minta kerusi dan jawatan, tak boleh kutuk Azmin dan PKR.

Nak bertanding semua kerusi PAS, nak bertanding Terengganu dan Kelantan untuk jatuhkan kubu PAS.

Saya masih bersangka baik bila Mujahid berucap, harap ulama liberal PAN ini tak kutuk PAS, tapi pada akhir ucapan sempat juga diperlinya PAS.

Habis masa saya mengikuti konvensyen PAN ni tak ada apa yang boleh dibanggakan MELAINKAN CACI MAKI dan KUTUK PAS. NAK JAWATAN, KUTUK PKR dan AZMIN.

Benarlah kata-kata setengah orang PAN sudah hilang jati diri dan hala tuju. Untuk kekal mereka akan menggunakan taktik jahat buat dan sebar fitnah kononnya PAS dengan UMNO akan bergabung. Setiap ucapan pimpinan PAS diputar belit dan disebar luas di media massa untuk membunuh kreator dengan harapan mereka akan dapat sokongan daripada golongan yang buta maklumat dan mereka yang lemah daya berfikir.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

PAN sedia pertahan DAP daripada tohmahan Umno

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM: Amanah bersedia menjadi benteng mempertahankan DAP yang sering ditohmah dan difitnah mengamalkan ekstremis perkauman, kata perwakilan Amanah Selangor.

Berucap di Konvensyen Amanah, Jamzuri Ardani mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) akan menggunakan modal politik yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan menuduh DAP sebagai parti perkauman.

Katanya, bukan saja Umno menyerang DAP sebaliknya PAS turut melakukan perkara sama sebaik saja tidak lagi bersama Pakatan Rakyat.

"Isu ini digunakan Umno untuk membunuh pakatan dan Amanah perlu berdepan dengan pengundi Melayu untuk meyakinkan mereka DAP bukan ancaman kepada negara, Melayu dan Islam.

"Kita kena berhujah atas fakta dan kebenaran untuk menangkis sentimen kebencian dan prasangka baru yang disebarkan Umno dan sekutu baharu mereka.

"Menghapuskan pemikiran politik kebencian ini 'core business' politik Amanah," katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.

Jamsuri berkata demikian sebagai respons kepada ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) yang mengingatkan kaum Melayu dan Islam menolak politik DAP yang disifatkan sebagai bahaya dan bakal menghakis keistimewaan serta hak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam ucapan sama Jamauri turut mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk menentukan soal pembahagian kerusi calon pembangkang.

"Kita kena perkuat dan teguhkan PH, buat keputusan yang jelas. Jangan membuang masa dengan mainan politik yang membosankan, 'ding-dong' di sana sini, tunggu sana sini.

"Kalau mahu guna 1 logo, segera muktamadkan. Kalau mahu guna satu manifesto pun kita lancarkan. Pembahagian kerusi kena muktamadkan segera. Ini tanggungjawab pimpinan PH," katanya.

Mungkin Ramasamy sedang alami gangguan emosi

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM - Setiausaha politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihati Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, agar tidak masuk campur tangan dalam urusan Pas.

Ujarnya dalam nada sinis, Ahmad Samsuri menyeru Ramasamy supaya menjaga diri terlebih dahulu sebelum sibuk 'menjaga tepi kain orang lain'.

"Nampaknya sejak nama beliau tidak menjadi pilihan utama sebagai pengganti Ketua Menteri Pulau Pinang, minda dia mungkin sedang mengalami gangguan emosi dan kecelaruan jiwa yang melampau sehingga sanggup membuat fitnah kepada Pas.

"Tidak perlulah beliau campurtangan dalam bagaimana Pas ingin mengemudi politik dalam satu sistem demokrasi ini. Jaga lah diri sendiri dahulu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Samsuri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ramasamy dalam sebuah portal hari ini yang menyatakan Pas kini cuba memecahkan sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Ini adalah selepas Pas telah menjemput semua parti-parti pembangkang, kecuali DAP dan Amanah, dalam "ceramah mega" dijadualkan berlangsung malam ini.

Dalam pada itu, Ramasamy juga mendakwa Pas kini 'makan dedak' Umno berdasarkan senario semasa.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Pesakit Belum Mati, Tapi Waris Dah Mula Berebut Harta Di Wad ICU," Doktor Cerita Antara Kisah Sering Berlaku Di Hospital
siakapkeli.my

Realiti hidup ini, ada yang menjadi hamba kepada harta demi kesenangan dunia, ada yang kerana harta sanggup buang saudara sedarah sedaging sendiri.

Ada yang bersikap adil dalam pembahagian ada yang menyeleweng, bak kata orang, kerana harta habis begaduh adik beradik.

Kisah ini sebenar seolah-olah tidak berhenti, sentiasa ada bahkan berlaku di tempat awam seperti di hospital. Dikisahkan oleh seorang doktor bernama Hana Hadzrami kisah-kisah yang berlaku di depannya di mana pesakit belum mati dan sedang tenat, saudara dah mula berebut harta.

REBUT

Baru-baru ini kecoh ICU kami apabila ada pergaduhan antara ahli keluarga pesakit. Isteri pesakit berebut dengan adik-beradik pesakit. Bukan berebut nak jaga, tetapi berebut nak keluarkan wang EPF pesakit.

Pelik juga orang tu belum lagi meninggal, tetapi dah berkerumun yang menunggu hartanya. Bil hospital bukan banyak mana pun sampai perlu keluarkan EPF; maksimum bil masuk ICU baru rm500.

Betullah kata orang, kalau nak lihat perangai sebenar manusia (termasuk ahli keluarga); uji dia dengan duit dan harta. Yang berketayap pun boleh terangkat kopiahnya!

Antara perkara saya diajar semenjak jadi houseman dulu ialah, jaga pesakit baik-baik sewaktu dia hidup. Dan jaga pesakit dengan lebih baik sebaik saja dia mati. Ini kerana, sewaktu pesakit tenat atau sebaik saja meninggal di wad atau ICU, kerap terjadi, ahli keluarga datang bersama peguam untuk curi-curi ambil cap jari pesakit untuk keluarkan duit akaun atau tukar nama pada harta. Kami ini bukan saja pegang amanah nyawa, malah pegang amanah harta pesakit juga!!

Dunia oh dunia!!!

Saya paling tak boleh lupa kisah seorang cikgu, pesakit kanser payudara. Dia memang nak sangat rawat kansernya mengikut saranan doktor, namun mati-mati dihalang oleh suaminya. Patuh suami punya pasal, dia jalani rawatan secara tradisional saja. Dia meninggal dunia beberapa bulan kemudian dalam keadaan sangat tersiksa. Beberapa hari selepas itu, tersenyum simpul si suami datang ke sekolah isteri untuk menguruskan wang pencen. Patutlah beriya dia menghalang, ada udang disebalik batu rupanya!!

Namun tak semua kisah cinta, palsu begitu.

Sepuluh tahun lepas, saya saksikan sendiri cinta suci seorang suami buat isteri yang tenat di ICU. Setiap hari, tak pernah tak datang melawat walaupun sentiasa nampak tergesa-gesa. Bila ditanya, rupanya ada anak kecil mereka berusia 3 tahun yang terpaksa dia tinggalkan begitu saja di rumah, setiap kali melawat isteri. Ditinggalkan anak itu berbekalkan makanan secukupnya dengan tawakal penuh didada.

Tiada sesiapa yang boleh diupah untuk menjaga anaknya kerana dia dah tak bekerja semenjak isterinya jatuh sakit. Nak harapkan keluarga, dia dah dibuang oleh keluarganya kerana bertukar agama sejurus berkahwin dengan wanita pilihannya. Menitik air mata mendengar kisahnya.
Itulah kehidupan.

Kadang-kadang dirasakan lebih baik tak berharta daripada menyaksikan sendiri perangai buruk orang yang kita sayangi berebutkan harta kita.
.
.
Hana Hadzrami
Memang tak berharta pun

- Siakapkeli.my

Sumber: Hana Hadzrami

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa Najib dan Rosmah sedih sangat semasa mengiringi Agong balik Kedah, menangis keluar hingos?
bloglistpolitik.blogspot

 

Semasa mengiringi Yang Dipertuan Agong di kompleks Bunga Raya. Orang lain nampak biasa je, kenapa dia dua orang lebih-lebih sangat?

Najib kena maki tak tepati janji manifesto PRU13 turunkan harga kereta
bloglistpolitik.blogspot
milosuam.net
KIRIMAN di facebook Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang disiar semasa kempen Pilihanraya Umum ke 13 lalu yang berjanji untuk turunkan harga kereta tiba-tiba muncul kembali hari ini malah menerima berbakul-bakul maki hamun pengikutnya di facebook.

Newsfeed aku pun berulang kali nampak kawan-kawan facebook 'share' dan maki kiriman tersebut. Malah rakan-rakan yang sebelum ini nampak tak pernah ulas pasal politik pun tumpang sekaki maki hamun Najib.

Semasa berkempen dalam PRU13, Najib berjanji dalam Manifesto Barisan Nasional, BN untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus jika BN menang. Namun sampai hari ini malah sudah hampir menjelang PRU14 pun janji hanya tinggal janji tidak juga ditunaikan.

Janji palsu yang disiarkan di laman facebook Najib pada 6 April 2013 itu dilihat hanya sebagai umpan untuk menarik sokongan dan menipu rakyat supaya menyokong Barisan Nasional, namun bila sudah menang habuk pun tak ada.

Inilah punca orang ramai memaki hamun Najib secara beramai ramai kerana berbohong secara terang-terangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Banyak lagi janji Najib dalam manifesto PRU13 lalu, yang tidak ditunaikan dijangka akan berdepan maki hamun rakyat.

Apa boleh buat, inilah akibatnya bila percaya dengan janji pemimpin perompak (Kleptokrat). Sudahlah merompak, menipu lagi, walau dimaki hamun dia buat-buat pekak tak tahu malu.

Jika anda mahu ditipu lebih banyak oleh Najib, jangan lupa undi lagi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 l, PRU14 yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Kalau anda pun minat nak tumpang maki, sila klik link berikut.

Sumber — Najib Razak

Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/najib-kena-maki-tak-tepati-janji.html#ixzz4ScUMvHnu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:34 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

percayalahhhh.......ha ha ha dui

From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, December 13, 2016 11:08 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: kena maki tak tepati janji manifesto PRU13

   

Kenapa Najib dan Rosmah sedih sangat semasa mengiringi Agong balik Kedah, menangis keluar hingos?
bloglistpolitik.blogspot Semasa mengiringi Yang Dipertuan Agong di kompleks Bunga Raya. Orang lain nampak biasa je, kenapa dia dua orang lebih-lebih sangat? 
Najib kena maki tak tepati janji manifesto PRU13 turunkan harga kereta
bloglistpolitik.blogspotmilosuam.netKIRIMAN di facebook Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang disiar semasa kempen Pilihanraya Umum ke 13 lalu yang berjanji untuk turunkan harga kereta tiba-tiba muncul kembali hari ini malah menerima berbakul-bakul maki hamun pengikutnya di facebook.

Newsfeed aku pun berulang kali nampak kawan-kawan facebook 'share' dan maki kiriman tersebut. Malah rakan-rakan yang sebelum ini nampak tak pernah ulas pasal politik pun tumpang sekaki maki hamun Najib.

Semasa berkempen dalam PRU13, Najib berjanji dalam Manifesto Barisan Nasional, BN untuk menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus jika BN menang. Namun sampai hari ini malah sudah hampir menjelang PRU14 pun janji hanya tinggal janji tidak juga ditunaikan.

Janji palsu yang disiarkan di laman facebook Najib pada 6 April 2013 itu dilihat hanya sebagai umpan untuk menarik sokongan dan menipu rakyat supaya menyokong Barisan Nasional, namun bila sudah menang habuk pun tak ada.
Inilah punca orang ramai memaki hamun Najib secara beramai ramai kerana berbohong secara terang-terangan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Banyak lagi janji Najib dalam manifesto PRU13 lalu, yang tidak ditunaikan dijangka akan berdepan maki hamun rakyat.
Apa boleh buat, inilah akibatnya bila percaya dengan janji pemimpin perompak (Kleptokrat). Sudahlah merompak, menipu lagi, walau dimaki hamun dia buat-buat pekak tak tahu malu.
Jika anda mahu ditipu lebih banyak oleh Najib, jangan lupa undi lagi Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 l, PRU14 yang akan datang tidak berapa lama lagi.

Kalau anda pun minat nak tumpang maki, sila klik link berikut.
Sumber — Najib Razak
Read more: http://www.milosuam.net/2016/12/najib-kena-maki-tak-tepati-janji.html#ixzz4ScUMvHnu
  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv0454013607 #yiv0454013607 -- #yiv0454013607ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp #yiv0454013607hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp #yiv0454013607ads {margin-bottom:10px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp .yiv0454013607ad {padding:0 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp .yiv0454013607ad p {margin:0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mkp .yiv0454013607ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ygrp-lc #yiv0454013607hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ygrp-lc .yiv0454013607ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity span {font-weight:700;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity span span {color:#ff7900;}#yiv0454013607 #yiv0454013607activity span .yiv0454013607underline {text-decoration:underline;}#yiv0454013607 .yiv0454013607attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv0454013607 .yiv0454013607attach div a {text-decoration:none;}#yiv0454013607 .yiv0454013607attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv0454013607 .yiv0454013607attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv0454013607 .yiv0454013607attach label a {text-decoration:none;}#yiv0454013607 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv0454013607 .yiv0454013607bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv0454013607 .yiv0454013607bold a {text-decoration:none;}#yiv0454013607 dd.yiv0454013607last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv0454013607 dd.yiv0454013607last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv0454013607 dd.yiv0454013607last p span.yiv0454013607yshortcuts {margin-right:0;}#yiv0454013607 div.yiv0454013607attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv0454013607 div.yiv0454013607attach-table {width:400px;}#yiv0454013607 div.yiv0454013607file-title a, #yiv0454013607 div.yiv0454013607file-title a:active, #yiv0454013607 div.yiv0454013607file-title a:hover, #yiv0454013607 div.yiv0454013607file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv0454013607 div.yiv0454013607photo-title a, #yiv0454013607 div.yiv0454013607photo-title a:active, #yiv0454013607 div.yiv0454013607photo-title a:hover, #yiv0454013607 div.yiv0454013607photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv0454013607 div#yiv0454013607ygrp-mlmsg #yiv0454013607ygrp-msg p a span.yiv0454013607yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv0454013607 .yiv0454013607green {color:#628c2a;}#yiv0454013607 .yiv0454013607MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv0454013607 o {font-size:0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607photos div {float:left;width:72px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607reco-category {font-size:77%;}#yiv0454013607 #yiv0454013607reco-desc {font-size:77%;}#yiv0454013607 .yiv0454013607replbq {margin:4px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg select, #yiv0454013607 input, #yiv0454013607 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg pre, #yiv0454013607 code {font:115% monospace;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-mlmsg #yiv0454013607logo {padding-bottom:10px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-msg p#yiv0454013607attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-reco #yiv0454013607reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-sponsor #yiv0454013607ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv0454013607 #yiv0454013607ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv0454013607

Attachment(s) from bashah
2 of 2 Photo(s)

Tue Dec 13, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Timbalan Yang di-Pertuan Agong
bloglistpolitik.blogspot
abnnasution.blogspot.
karangan ~PakKaramu~ on 12/13/2016

Sultan Nazrin terkenal dengan idea bernas

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (kanan) bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah (tengah) dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sememangnya terkenal sebagai seorang sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina.

Diputerakan pada 27 November 1956, baginda yang merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah dan Tuanku Siti Bainun Mohd Ali, berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Sultan Nazrin, 60, turut memegang pelbagai jawatan antaranya Canselor Universiti Malaya dan Universiti Sultan Azlan Shah selain merupakan Felo Kehormat Kolej Worcester, Oxford University.

Baginda turut dilantik sebagai Ahli Canselor Court of Benefectors, Oxford University serta Felo Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) Terbilang.

Sultan Nazrin juga ialah Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (MIFC) selain anggota Panel Peringkat Tinggi mengenai Pembiayaan Kemanusiaan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sumbangan baginda sebagai anggota panel tersebut pernah mendapat sanjungan termasuk daripada Presiden Bulgaria Rosen Plevneliev pada Sidang Peringkat Tinggi mengenai langkah menangani pergerakan besar-besaran pelarian dan migran, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung PBB (UNGA) September lalu.

Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak pada Mei 2014 dalam majlis penuh adat istiadat berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Azlan Shah.

Baginda dikurniakan seorang putera, Raja Kechil Besar Perak, Raja Azlan Muzaffar Shah, 8, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, 5, hasil perkahwinan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kesembilan mulai April 1989-April 1994, Sultan Nazrin yang ketika itu merupakan Raja Muda Perak telah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak.

Antara teguran membina baginda termasuk menitahkan syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan yang diterajui orang Melayu untuk lebih mendaulatkan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PAS bersendirian tapi berteman!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"
Assalamualaikum
PAN gusar PAS akan bertemankan Umno, PAS tak gusar tidak mahu berteman dengan PAN, Mahathir dan PH.Umno gembira kerana menyangka PAS akan bertemankan mereka tetapi belum tentu, ianya bergantung kepada hasil dari strategi baru PAS.

Apa strategi baru PAS? Politik matang dan sejahtera, politik dakwah dan islah umat kepada menerima paduan agung Islam dan menolak sebarang bentuk ideologi baik ianya pragmatik, progresif, sosialist atau apa apalah.Keputusan akhir samada berjaya Umno dan PAS akan berteman adalah keputusan strategi dan seperti biasa ahli PAS percaya keputusan akhir itu nanti adalah ketentuan ALLAH, jadi kita hanya bersedia menerima apa jua keputusannya nanti.

Walaupun hari ini, yang kuat menggugat kemungkinan bertemannya PAS dan Umno ialah PAN.PAN sehingga sanggup mengambil tugas pencacai Umno yang satu ketika dulu kuat buat provokasi melampau terhadap PAS, kini macai PAN ambil alih.Tujuannya satu membawa kegoyahan di kalangan ahli PAS akar umbi yang diharapkan akan menggagalkan penyatuan ini.
Macai PAN ni anggup memprovokasikan bahawa persiden PAS didedakkkan oleh Umno dan hari ini hidup dengan $ kononnyalah.Macai macai PAN ini cuma memaluka diri mereka sendiri sebab mereka pun sedar provokasi itu provokasi murahan, tak ada orang beli pun walaupun murah.
Macai dan pemuka PAN tak akan terima hakikat bahawa PAS sebenarnya bersendirian walaupun diteman sesekali oleh Umno.Sebabnya mereka masih mahu mengheret PAS dalam gabungan mereka dan bila PAS enggan maka datanglah tuduhan murahan mereka seperti makan dedak dan $nya. Tapi kalau PAS sedia bersama gabungan mereka semuanya akan gugur sama seperti mereka gugurkan dakwaan terhadap Mahathir dan Yiddin ,,,,,,,,,,,,,
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Obsesi ganti PAS boleh jadi punca kejatuhan parti PAN

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Konvensyen Kebangsaan Parti Amanah Negara (PAN) yang julung kali diadakan telah berakhir semalam dengan cabaran yang boleh memakan diri pembangkang dan meletakkan parti serpihan PAS itu dalam kedudukan yang sukar.

PAN yang baru setahun jagung itu menyatakan bahawa telah bersedia untuk menewaskan PAS pada pilihan raya umum akan datang - satu tindakan yang mungkin boleh menjejaskan prestasi pembangkang untuk memenangi pilihan raya melalui pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Presiden PAN, Mohamad Sabu pada mulanya memberi gambaran bahawa musuh parti itu adalah BN, bukan PAS semasa berucap merasmikan konvensyen tersebut pada hari Sabtu yang lalu.

Bagaimanapun, lain pula yang berlaku menjelang pengakhiran ucapan penutup beliau dengan mengisytiharkan PAN mempunyai peluang yang cerah untuk menawan Kelantan dan Terengganu.

Ia adalah cabaran langsung kepada PAS yang telah menguasai Kelantan sejak 1990 manakala presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula membuat gerak kerja dari Terengganu.

"Nyah kamu!" laung Sabu ketika berucap mengenai usaha menawan Kelantan daripada PAS.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAN Sany Hamzan turut mengeluarkan kenyataan sama dengan berkata parti itu akan meletakkan calon di mana sahaja PAS bertanding.

"Dua penjuru, tiga penjuru, empat penjuru, kita akan berjuang!" teriak Sany.

Pengajaran tidak dipelajari

Cabaran sedemikian telah diutarakan oleh para penganalisis politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pertembungan pelbagai penjuru yang berkemungkinan besar dalam memihak kepada BN.

Ia juga mengabaikan keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun yang lalu dengan PAS terus bertelagah dengan PAN menyebabkan BN menang mudah.

PKR Yang Patut Nasihatkan AMANAH, Kata PAS
bloglistpolitik.blogspot
Dicatat Oleh Jeebond BLM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sepatutnya menasihatkan Parti Amanah Negara (AMANAH) agar tidak bertanding untuk menentang PAS di Kelantan, kata Naib Presidennya, Idris Ahmad.

Idris berkata demikian sebagai mengulas nasihat Nurul Izzah kepada PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.

"Kalau nak nasihat Pas, nasihat sekali 'kawan dia' DAP, AMANAH.. .beritahu jangan cuba jatuhkan PAS di Kelantan.

"Kami (PAS), tetap fokus lawan BN (Barisan Nasional), jadi jangan hentam PAS sangat...PAS tak serang orang selagi mana orang itu tak menyerang PAS, perlu ingat kita ada agenda parti, ada program strategik," katanya, memetik laporanSinar Online.

Sebelum ini, anggota Parlimen Lembah Pantai itu dilaporkan sebagai berkata, PAS perlu fokus melawan BN kerana sekiranya meneruskan hasrat itu, ia dikhuatiri mengelirukan para pengundi.

"Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN.

"Kalau tak, nanti pengundi akan keliru dengan tindakan mereka," kata Nurul Izzah selepas perasmian konvensyen AMANAH di Pusat Konvensyen Shah Alam baru-baru ini.

PAS Permatang Pauh dilaporkan mahu bertanding di kawasan Parlimen itu dan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya dalam pilihan raya umum depan.

DUN di kawasan itu adalah Seberang Jaya, Penanti, Permatang Pasir.

Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh Jamsari Samad dilaporkan berkata umum mengetahui kerusi untuk ketiga-tiga DUN dan Parlimen Permatang Pauh dimiliki oleh PAS.

Namun, katanya lagi, atas semangat toleransi, PAS memberi keizinan kepada PKR untuk meletakkan calon.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, AMANAH Pulau Pinang dilaporkan turut berminat bertanding di Permatang Pasir yang selama ini menjadi kubu kuat PAS.

Mengulas lanjut, Idris berkata, PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan menentang BN.

PAN Jangan heret Selangor dalam permusuhan dengan PAS kata PKR

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: PKR hari ini menafikan anggapan yang kerajaan Selangor cuba menyisihkan Amanah dalam pentadbiran negeri, dan mengingatkan parti itu supaya tidak membawa permusuhan politik mereka dengan PAS.

Kenyataan itu di sebalik ura-ura PAS mahu menubuhkan blok politik baharu di Selangor bersama PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tanpa penyertaan rakan sekutu mereka Amanah dan DAP.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berkongsi pentas dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada "Ceramah Mega Rakyat" anjuran PAS Selangor di Paya Jaras, malam ini.

Hari ini, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah dan DAP kerana parti itu tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Syed Syah Syed Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan Selangor diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah bersetuju melantik 8 daripada 34 wakil disyorkan Amanah sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini menunjukkan kerajaan negeri Selangor membuka ruang kepada pendatang baharu dunia politik seperti Amanah untuk bergerak aktif di Selangor sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Harapan."

Sehubungan itu, katanya, ucapan Pengarah Komunikasi Amanah Selangor Jamzuri Ardani pada Konvensyen Nasional Amanah semalam seolah-olah kerajaan Selangor gagal meraikan Amanah sebagai parti komponen di negeri itu, tidak berasas.

"Saya ingatkan kepada semua rakan komponen jangan sesekali mengheret kerajaan negeri dalam sengketa sesama parti kerana ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri."

Semalam, Jamzuri dilaporkan menyindir Azmin yang Amanah "tidak lapar" jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, Syed Syah menyifatkan permintaan Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan supaya PKR menyerahkan kerusi Parlimen Batu kepada parti itu sebagai dangkal dan boleh meretakkan hubungan saksama dalam Pakatan Harapan.

Ini kerana, katanya, kerusi itu disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua sejak 2008 dan Pemuda Amanah sepatutnya lebih peka dengan keutamaan terhadap kerusi parti kompenan, khasnya yang dimenangi dengan majoriti baik.

Sebaliknya, beliau berkata, keutamaan sekarang perlu ditumpukan bagi menyatukan semua kekuatan untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya memahami keperluan Amanah dalam strategi untuk memperolehi kerusi tertentu pada PRU14. Namun, keperluan itu tidak menghalalkan cara untuk menyindir dan mengkritik secara terbuka, lebih-lebih lagi kerusi disandang pimpinan kanan PKR yang merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan.

"Perbincangan dan toleransi berterusan dari semua pihak adalah perlu bagi merealisasikan muafakat perlawanan 1 lawan 1 dalam medan pilihan raya akan datang," katanya yang meminta pemimpin Amanah tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Mat Sabu: PAN boleh menang Kelantan, Terengganu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


PAN yakin bahawa ia mempunyai peluang yang baik untuk memenangi Kelantan dan Terengganu yang merupakan kubu kuat PAS.

Presiden PAN Mohamad Sabu memberitahu perwakilan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai minda bebas dan apabila mereka menukar undi, ia dilakukan secara beramai-ramai.

"Kalau PAN tak bertanding, biar Umno lawan parti lama, BN ada harapan cerah menang Kelantan. Tapi bila PAN bertanding, maka PAN la pilihan rakyat.

"Tambah pula Datuk Husam (Musa) dok rodak tiap-tiap malam out you go la mereka yang gelar kita dengan berbagai (nama)," kata Mohamad kepada perwakilan di konvensyen AMANAH kebangsaan pertama di Shah Alam hari ini.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pengundi Terengganu juga akan meninggalkan PAS kerana parti itu terlalu rapat dengan BN.

"Maka Terengganu la paling subur untuk PAN," katanya.

Mohamad juga berkata bersama-sama dengan Pakatan Harapan, parti itu akan menetapkan tempat mereka di Johor dalam pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu Mohamad dalam ucapan penutup beliau, juga berkata PAS tidak harus cuba untuk meletakkan dirinya sebagai 'kingmaker&#39; dalam pilihan raya.

"Kingmaker ni target dia menang 20 kerusi.

"Kalau mereka bersama dengan Pakatan Harapan, HARAPAN memerintah, kalau bersama BN, BN memerintah. Orang yang jual diri macam ni biasanya orang panggil apa, ha, dot dot dot dot.

"Saya bukan Donald Trump nak sebut perkataan begitu," katanya merujuk presiden Amerika Syarikat yang gemar mengeluarkan perkataan kesat.

Ketua Pemuda PAN Perlu Cermin Diri - PKR

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Saya merujuk kepada ucapan Saudara Sany Hamzan, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) dalam Konvensyen Amanah Nasional di Shah Alam semalam. Dalam ucapan yang berapi-apiitu, beliau telah menuduh YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Ketua Keadilan Cabang Batu, membuat kenyataan bahawa dalam pilihanraya umum akan datang tanpa PAS, pembangkang tidak akan menang. Malah Sany juga menambah, YB Tian Chua perlu berundur daripada bertanding di Parlimen Batu dan menyerahkan kerusi itu kepada Amanah dalam pilihanraya umum akan datang.

Pertamanya, saya ingin jelaskan bahawa YB Tian Chua sangat konsisten dalam setiap kenyataan beliau, seluruh parti-parti pembangkang perlu bersatu dalam menghadapi Barisan Nasional dengan memastikan pertembungan satu lawan satu dalam pilihanraya akan datang. Saya fikir ucapan Sany tentang Amanah sanggup berlawan hatta 5 penjuru sekalipun adalah retorik semata-mata. Sepatutnya Sany perlu sedar, keputusan dua pilihanraya kecil yang lalu iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah jelas memberikan signal kepada pembangkang untuk bersatu.

Keduanya, walaupun PAS tidak bersama dalam Pakatan Harapan, PAS masih punya tahaluf siyasi bersama Keadilan. Atas prinsip dan ketetapan itu, hubungan baik antara Keadilan Cabang Batu dan PAS Kawasan Batu terus dipertahankan. Saya jemput Sany untuk datang ke Batu melihat sendiri bagaimana hubungan ini kekal utuh. Bahkan juga, hubungan Keadilan Cabang Batu bersama Amanah Kawasan Batu juga turut baik. Sany boleh bertanya sendiri kepada Cikgu Ishak Surin, Ketua Amanah Kawasan Batu.

Justeru saya berharap pada teman-teman Pemuda Amanah agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan ucapan atau kenyataan. Sebagai rakan dalam Pakatan Harapan seharusnya sebarangperkara yang sensitif dibincangkan bersama di dalam mesyuarat. Rakyat mahukan kesatuan antara semua parti-parti pembangkang bagi menjatuhkan regim UMNO Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang bukannya pertelegahan sesama sendiri.

AHMAD AZRI ZAINAL NOR
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BATU

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Dec 13, 2016 7:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



WOW! Pramugari MAS Bertudung Bawa Rombongan YDPA, Mahu MP Perjuangkan Hak Bertudung - Mohon MPs PAS Jgn Senyap Je Di Parlimen!

bloglistpolitik.blogspot
amenoworld.net
Posted by Ameno World

Menurut kenyataan Ahli Parlimen Bachok yang dipetik menerusi laman FB rasminya, kehadiran ahli kerabat YDPA yang baru ke Istana Negara menggunakan pesawat MAS yang disewa khas. Dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Hari ini ialah hari pertabalan Sultan Kelantan sebagai YDPA yang baru secara rasminya.

Apa yang uniknya dengan penerbangan tersebut ialah, pramugari-pramugari MAS yang bertugas semuanya memakai pakaian menutup aurat dengan lengkap bertudung.

Turut dimaklumkan sama ialah pramugari-pramugari tersebut meminta agar Ahli Parlimen akan tetap konsisten berjuang dalam isu hak pramugari MAS dalam soal tudung dan hidangan arak atas pesawat.
"Pramugari MAS berharap agar mereka dibenarkan memakai tudung ketika bertugas dan tidak lagi diarahkan untuk menghidangkan arak kepada pelanggan".

Apa yang menarik perhatian netizens ialah, ini adalah penerbangan khas yang pertama kali melibatkan kerabat diraja yang mana pramugarinya memakai tudung untuk melayan rombongan YDPA ke Istana Negara bagi acara Melafaz Sumpah Jawatan.
Netizens kemudiannya memuji tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik bagi Yang Dipertuan Agong yang baru.

Untuk rekod, pagi tadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.
Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Kedua-dua baginda dipilih Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, pada 14 Oktober lalu, bagi tempoh 5 tahun bermula hari ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: