Tuesday, June 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4769[4 Attachments]

15 Messages

Digest #4769
2
Fw: Pengendali Kren Tak Mahu Tolong by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
Fw: Air Rebusan Ni Kecutkan Cyst by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
6
Fw: Komentar Untuk Ustaz Ahmad Awang by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
8
Fw: BERWASPADALAH UMAT ISLAM by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
10a
Fw: Lagi Mohon Sumbangan by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
11
12
13a
Fw: Beberapa Berita Kemalangan by "-:rIeNaCoM:-" rienacom

Messages

Tue Jun 13, 2017 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Motosikal EX5 Milik Bilal 'Hilang', Bertukar Jadi Basikal
siakapkeli.my

Dah la ambil motosikal, ditinggal pula basikal. Itulah satu kejadian kecurian 'sistem barter' yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

Motosikal jenis EX5 milik bilal sebuah masjid itu dikatakan hilang di tempat letak kereta rumah bilal tersebut.

Kejadian itu dikongsi oleh pengguna Faceook, Khairudin Shaary, yang dipercayai anak kepada bilal terbabit.

"Wahai pencuri, tergamak kau curi moto dan tukarkan dengan basikal ni. Ingat ni zaman paleolitikkah main sistem barter.

"Motor tu ayah aku buat pi masjid nak azan dan pi mengai haruan cari rezeki. Moto bilal masjid pun kau nak rembat bulan-bulan puasa ni," tulis Khairudin.

Bersama status itu, Khairudin juga memuat naik gambar basikal berwarna biru yang terlibat.

Dalam masa yang sama, Khairudin turut mendedahkan nombor pendaftaran motosikal yang hilang itu iaitu PEE 2763.

Posting itu turut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Ada diantara mereka yang berang malah ada juga menganggap insiden itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Shabana Zahrawani berkata:"Dah cam cite P.Ramlee plak... penyamun tukar vespa ngan gerek cabok dia... hihi. Semoga Allah permudahkan urusan saudara jumpa balik harta tu. Dah la bulan puasa... ish...ish.

Suhaimi Said pula berkata:"Sabar atas dugaan... Insya-Allah... moga diberi petunjuk dan hidayah pada si pencuri tu."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:34 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mula-Mula Dapat Berita Hanya Mak Dan Ayah Meninggal, Tapi Rupanya Semua Ahli Keluarganya Terkorban
siakapkeli.my

BANDAR SERI JEMPOL: "Dua kali ayah ajak ikut ke Kuantan untuk menghantar adik tetapi saya tidak mahu," itulah cerita Wan Mohd Hazim Wan Mohd Fauzi, 19, Wan Mohd Hazim adalah anak kepada mangsa kemalangan yang rentung di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong di sini, petang semalam, lapor Berita Harian.

Kemalangan itu telah menyebabkan semua enam ahli keluarga Mohd Hazim maut akibat rentung iaitu bapanya Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; ibunya Mas Noraida M Yusoff, 45; abangnya Wan Mohd Muhaimin, 22, dan tiga adiknya Wan Nor Athirah, 18; Wan Mohd Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7.

Wan Mohd Hazim yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu menyatakan dia jarang mengikut keluarganya ke mana-mana kerana baru tamat pengajian dan perlu menguruskan perniagaannya.

"Ayah selalu ajak saya jika mahu ke mana-mana dan pagi tadi (semalam) dia beria-ria mahu saya ikut tetapi saya yang tidak mahu. Saya agak terkilan kerana tidak mengikut mereka bersama," katanya ketika ditemui di Hospital Jempol di sini, malam tadi.

Menurut beliau, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan itu daripada polis yang datang ke rumahnya di Putrajaya kira-kira jam 6 petang.

"Pada mulanya dia hanya dimaklumkan hanya ibu bapanya yang meninggal dunia dalam kemalangan.
"Tetapi pada jam 8 malam, saudara memberitahu semua ahli keluarga saya meninggal dunia," katanya yang reda dengan tragedi menjelang Aidilfitri itu. - Siakapkeli.my

Pengendali Kren Tak Mahu Tolong Kerana Takut Tak Dapat Bayaran Antara Punca Operasi Mengeluarkan Mangsa Sukar
siakapkeli.my

BANDAR SERI JEMPOL: Pihak pasukan Bomba dan penyelamat Malaysia dilaporkan terpaksa mengambil masa sehingga lima jam untuk mengeluarkan enam mangsa yang rentung dari sebuah kereta yang remuk selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, semalam, lapor Berita Harian.

Kesukaran berkenaan terjadi selepas pemilik treler dari Kemayan berkenaan yang enggan memberikan bekerjasama serta beberapa pengendali kren dilaporkan tidak mahu memberi pertolongan kerana tidak tahu pihak yang akan membayar perkhidmatan mereka.

Keadaan ini menyebabkan pihak bomba terpaksa menggunakan pelbagai cara lain sendiri untuk mengalihkan treler berkenaan yang menghempap Proton Exora mangsa, di mana mereka terpaksa mencuba khidmat kenderaan berat lain seperti lori tangki dan lori ikan, namun tidak berhasil.

Kerana situasi ini menyebabkan operasi menyelamat yang bermula jam 2.45 petang hanya berakhir kira-kira jam 8 malam tadi, selepas pasukan itu mendapat bantuan trak tunda dari Bahau.

Ketua Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazren Mohd Zahar menyifatkan operasi itu amat mencabar kerana tidak mendapat kerjasama pemilik lori.

Menurut beliau pihak bomba dan polis telah cuba menghubungi pihak pemilik lori namun talian telefon dimatikan.

"Beberapa syarikat kren yang dihubungi oleh individu lain (towing) bagi meminta bantuan pula tidak mahu bekerjasama kerana mementingkan bayaran semata-mata.

"Sebaliknya, orang ramailah yang banyak membantu kami, termasuk meminta pertolongan rakan pemandu lain untuk menarik kepala treler yang menindih Proton Exora berkenaan," katanya.

Beliau dalam pada itu telah melahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai kerana sudi membantu dengan menyediakan minuman, kurma dan roti sebagai juadah berbuka puasa kepada anggota pasukan itu. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mana Suara mereka dalam isu Umat Islam dan Acaman Kristian Evangelis?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling mudah serta dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.

Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Zainah membuat kenyataan tersebut dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu yang menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia.

Kemudian kita diberita luaskan oleh kenyataan Profesor Dr Siti Musdah MuliaTidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah 'rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.

Siti Kasim semua orang kenal ada buat kenyataan baharu, rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya 'golongan kononnya warak' diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

Kenyataan pakar strategik pasrti AMANAH (PAN) sangat mendukacitakan.

Lebai hairan tak ada pula ulasan-ulasan daripada ulama yang selalu keluar akhbar dan media dengan isu-isu lain tapi tidak dengan isu-isu ini? Kenapa?

Kita dipolimikkan semula dengan isu wanita tidak perlu bersunat oleh seorang Mufti. Sedangkan bersunat bagi wanita (memotong labia minora klitoris (terima kasih teguran pembaca)) tidak wajib dan perkara ini telah lama dibahaskan. Kenapa tidak diserangnya golongan yang membawa ancaman fahaman Islam kepada generasi muda? Tapi cepat bertindak mencari kelemahan jika ada rakan seperjuangan ingin mendaulatkan Islam.

Ada cerdik pandai universiti (golongan PHD) lebih gemar untuk mencabar debat dalam isu-isu politik seperti RUU 355 kononnya tak menepati Islam tetapi sunyi sepi dalam isu-isu yang mengacam umat Islam kini. Golongan ini sanggup menyediakan video, live youtube bagi membantah kelemahan rakan seperjuangan tetapi sangat pasif dalam isu-isu melibatkan ancaman kefahaman Islam oleh golongan liberal.

Ada pula orang agama yang lebih gemar soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh antara satu sama lain sedangkan ketika ini umat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan kedudukan Islam di negara kita. Umat Islam negara kita diancam kristianisasi tapi golongan agama ini leka berbalah soal khilaf.

Ada ulama (dulu ketua persatuan ulama) yang lebih risau dia tidak boleh berkuliah atau berceramah di masjid daripada masalah-masalah umat Islam seperti ancaman fahaman yang dibawa oleh Sister In Islam. kumpulan LGBT, Gerakan Kristian Evangelis. Ulama ini tidak mahu menegur mereka ini kerana demi mendapat undi untuk menuju PUTRAJAYA. Putrajaya lebih utama daripada yang lain.

Sangat malang kalau ulama sekadar dijadikan 'maskot' untuk sesuatu tujuan. Lagi malang kalau yang dijadikan maskot tak sedar dirinya dipergunakan. Hilang kemulian dirinya, malah didunia ini dia tersisih dengan masyarakat yang mahukan agama.

Lebai Hassan Omar

http://hajihassanomar.blogspot.com

Kalau Hindu boleh suarakan kebimbangan kepada gerakan evangelis.....

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,, Saya terpanggil untuk menyentuh sedikit tentang suara yang baru disuarakan oleh Presiden Hindu Malaysia, Datuk RS Mohan Shan yang melahirkan kebimbangannya dengan Gerakan Evangelis di Malaysia yang juga dipercayai didalangi dan turut ditaja dari luar negara.Kalau penganut Hindu boleh bimbang dengan kehadiran Evangelis, apa pasal ada setengah orang Islam terutama yang menyokong politik kelam kabut PH boleh sinis dan selamba malah ada yang sanggup jadi benteng mempertahankan mereka?

Datuk RS Mohan menyatakan kebimbangannya dengan gereja Evangelis yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dengan menjadikan rumah rumah kedai sebagai sasaran sementara sebelum itu Dr.Kamarul mendedahkan sikap hipokerit DAP yang menjadikan politik sebagai laluan evangelis berdakwah dan berdakyah sambil Dr.Redzuan Tee Abdullah telah lama menyuarakan bantahannya dengan kehadiran DAP yang nya Ultra kaisu.

Di sinilah terserlahnya wajah wajah seperti Dr, Mujahid,Khalid Samad, Salehuddin Ayub dan beberapa kuda kayu DAP lagi mendedahkan muka muka mereka sebagai benteng mempertahankan Hannah Yeoh, seorang mubaligh Evangelis yang terbabit dalam politik.Mereka muncul dengan hujah separuh matang untuk mempertahankan Hannah Yeoh dan DAP sambil terus mengutuk Dr. Kamarul sebagai bodoh tahap maksima, macai UMNO dan berbagai bagai kata kata nista lagi.Tidak ada rasa malu sebagai saudara seagama ketika mereka mengutuk Dr. Kamarul semata mata untuk membela Hannah Yeoh seorang evangelis yang bercita cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kristian Evngelis yang menurut Dr. Rezduan Tee sama busuk perancangannya dengan yahudi.

Benar apa kata Datuk RS Mohan, kerajaan tidak bersungguh sungguh membendung aktiviti evangelis dan tidak berminat untuk menyiasat keterlibatan DAP dalam aktiviti evangelis yang memurtadkan ramai remaja melayu yang leka dengan keseronokan dunia dan juga tak ketinggalan orang Islam yang belajar ilmu ilmu yahudi dan nasrani di menara menara gading yang cepat berpesona dengan tawaran cinta dan kemewahan dunia.

Evangelis kelihatan terlibat juga dalam melahirkan satu generasi atau kumpulan orang Islam yang masih mengekalkan identiti Islamnya tetapi secara langsung mahu mengubah ajaran Islam terutamanya melibatkan undang undang.

Hasilnya lahirlah Kakak dalam Islam, Lesbian beriman dan ular dalam semak yang mengiktiraf kakak dalam Islam setaraf dengan ulamak dan boleh memberi pendapat terutama dalam hal hal berkaitan perundangan Islam.

Satu masa dulu, kakak dalam Islam pernah mencadangkan perogol dihukum dengan lontaran tomato busuk bagi menggantikan hukuman yang ada sekarang dan kini ada ular mak kakak dalam Islam mencadangkan agar nikah tak perlu kepada wali.

Apa yang jelas gerakan orang Islam yang sesat ini banyak membantu evanglis dan membimbangkan umat Islam.Bukan Islam saja yang bimbang, Datuk RS Mohan turut menyataka kebimbangannya kerana evangelis yang juga turut mencuri penganut Hindu di Malaysia.

Persoalannya, di manakah maruah dan harga diri sebagai Islam individu individu Islam yang bermati matian mempertahankan evangelis seolah olah evangelis lah yang akan memberi mereka kuasa dan kehidupan yang tiada hujungnya bukannya ALLAH.

Bertopengkan perjuangan menetang lanun negara, mereka bersungguh sungguh membantu evangelis mencapai agenda mereka sama ada sedar atau tidak.Tidak syak lagi dengan peranan DAP sebagai penggerak utama evangelis dalam negara dan tidak syak lagi, orang Islam tidak sepatutnya melibatkan diri mereka dengan DAP dengan apa alasanpun sekali.

Ingatlah anda berjuang menentang lanun negara tetapi anda sedang berjuang bersama sama lanun yang lebih besar yang akan merompak ugama anda satu hari nanti.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Muslimah Boleh Kahwin Kafir – Prof Siti Musdah Mulia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Putrajaya: Tidak perlu untuk menganut Islam sekiranya agama tersebut tidak membuahkan ketenangan jiwa, dan perbuatan seks sumbang sesama jantina adalah halal menurut al-Quran, dakwa Profesor Dr Siti Musdah Mulia. Prinsip Islam itu sendiri adalah 'rahmatan lil alamin' (rahmat untuk seluruh alam), menurutnya lagi.

Profesor Universiti Islam Negeri (UIN) Jakarta itu menerangkan bahawa perbuatan seks sumbang sejenis adalah tidak haram, asalkan dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.

Tokoh yang dikagumi oleh ramai di Malaysia itu berkata, "Sekiranya orang gay melakukan perhubungan seks dan melakukannya dengan perasaan cinta dan tanggungjawab, apa yang salahnya tentang itu?

Quran lebih menekankan mengenai pelakuan." "Apa yang haram ialah perbuatan seks yang tidak bertanggungjawab, yang menyakitkan orang dan membuat orang sakit atau terseksa, tidak kisah mana-mana orientasi seks," katanya lagi. Tegasnya, "Tidak ada apa-apa kesalahan untuk menjadi Muslim gay.

Terdapat sekumpulan Muslimah lesbian di Jawa Barat - ahli-ahlinya kerap melakukan solat berjemaah dan bersedekah kepada anak-anak yatim. Mereka lebih Sufi dari orang-orang lain. Cuma Tuhan yang berhak untuk menentukan orang itu bersalah atau tidak, beriman atau tidak."

Beliau juga mendakwa kaum Muslimah berhak untuk mengahwini pasangan yang kafir, kerana terdapat khilaf ulama berkenaan perkara tersebut. Lagipun, keseluruhan hukum fiqh dalam perkahwinan hanyalah ciptaan manusia, dakwanya lagi. Beliau berkata, "Dengan proses globalisasi, tidak dapat dielakkan untuk manusia lebih mudah berhubung dengan sesama sendiri.

Mengapa ianya diharamkan sedangkan ulama sendiri ada pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut?" "Saya beritahu mereka bahawa keseluruhan hukum fiqh mengenai perkahwinan adalah rekaan manusia, tidak ada satu pun daripadanya bersumberkan faks dari syurga.

Kenapa perlu takut? Tuhan tidak akan marah, Dia sungguh bijaksana," katanya lagi. Apabila ditanya tentang keperluan untuk beragama memandangkan agama Islam amat bersifat kontekstual, beliau menjawab, "Itu bergantung kepada individu tersebut. Sekiranya lelaki tersebut atau perempuan tersebut menganggap bahawa agama tidak membawa ketenangan kepada jiwa, lalu tidak ada gunanya untuk mempunyai agama.

Ikut sahaja nurani kamu, serius." Sedar akan penentangan majoriti umat Islam terhadap pemikirannya itu, beliau mendesak campur tangan pihak kerajaan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan mereka dan hanya menggunakan Islam versinya sahaja, yang sesuai dengan prinsip 'rahmatan lil alamin'.

"Pihak kerajaan sepatutnya mengambil pendirian tegas dan berkata bahawa ajaran agama yang hanya boleh diterima di negara ini adalah yang sesuai dengan prinsip-prinsip demokrasi, Pancasila (dasar falsafah negara) dan prinsip Islam sebagai 'rahmatan lil alamin' - rahmat kepada semua manusia. Itulah. Kenapa takut?" tegas beliau.
.........
https://www.menara.my/

Siti Kasim Mahu Kerajaan Benteras Golongan Ulama Demi LGBT

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya 'golongan kononnya warak' diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portal Free Malaysia Today.

Siti Kasim mendakwa bahawa golongan pondan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diberkas kerana terdapat peruntukan dalam perundangan Syariah yang membenarkan pihak berkuasa untuk menangkap golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita.

Siti Kasim menambah, "Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral."

Aktivis Orang Asli itu membayangkan masa depan negara ini bakal menjadi seperti Indonesia, di mana pihak penguatkuasa di negara tersebut begitu aktif dalam usaha membanteras golongan LGBT.

"Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras agamawan yang ekstremis yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian."

Siti Kasim sebelum ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi berhubung isu LGBT dan Orang Asli malahan turut menentang sekerasnya pindaan RUU355 selain pernah mendakwa kewujudan Tuhan dirasai dari getaran dari dalam diri seseorang. - Sozcyili.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Iran hantar 100 tan makanan ke Qatar setiap hari

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


LONDON: Iran menghantar 4 pesawat kargo membawa makanan ke Qatar dan merancang untuk menghantar 100 tan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, kata pegawai kerajaan Iran, berikutan kebimbangan mengenai bekalan makanan selepas pembekal terbesar Qatar memutuskan hubungan dengan negara pengimport itu.

Qatar mengadakan perbincangan dengan Iran dan Turki untuk mendapatkan bekalan makanan dan air selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain menuduh Doha menyokong terorisme dan memutuskan hubungan. Qatar berkata dakwaan itu berdasarkan pembohongan.

"Susulan sekatan itu…ke atas Qatar, IranAir setakat ini sudah menghantar makanan dan sayur-sayuran ke negara itu melalui 4 penerbangan," kata ketua perhubungan awam di syarikat penerbangan Iran, Shahrokh Noushabadi, lapor agensi berita Fars semalam.

Ketua pertubuhan industri, perniagaan dan perdagangan di wilayah Fars juga dipetik agensi berita Tasnim hari ini berkata pesawat pertama membawa makanan ke Qatar terbang ke Qatar dari bandar Shiraz.

"Kita akan eksport 100 tan buah dan sayur-sayuran ke Qatar setiap hari," kata Ali Hemmati.

Qatar, sebuah negara semenanjung dengan penduduk seramai 2.5 juta orang, mengimport 80% keperluan makanannya dari negara Arab Teluk sebelum hubungan mereka terputus.

Iran, yang berseteru dengan Arab Saudi dan menjadi sasaran langkah itu di sebalik tabir, menyeru kedua-dua pihak mengatasi perbezaan mereka.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, June 12, 2017 8:04 AM
Subject: Fw: Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?

Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?

bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Kenapa Arab Memusuhi Hamas Dan Ikhwan Muslimin?

By Abdul Muein Abadi

"Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel"

Mengapa Hamas dan Ikhwan Muslimin lebih dimusuhi sebahagian negara Arab berbanding Israel? Mengapa Qatar yang melindungi dan membantu kedua-dua gerakan ini ditekan sebegitu hebat sekali? Sedangkan Israel lebih dahsyat ancamannya pada waktu ini dengan menduduki tanah Palestin secara haram dan besar-besaran? Ada tiga jawapan yang saling berkait iaitu: menjaga hubungan dengan Amerika yang memberi pulangan 'petroDollar' kepada negara Arab; memelihara proksi Arab Saudi di Timur Tengah; dan menyekat potensi pesaing kepada kepimpinan Arab Saudi pada masa hadapan.

Krisis Qatar memasuki episod baru apabila Arab Saudi memberi amaran agar Qatar segera memutuskan hubungan dengan Hamas dan Ikhwan Muslimin. Sama sekali bukan rahsia bahawa Hamas ialah benteng yang menghalang Palestin daripada dijajah Israel sejak sekian lama. Ikhwan Muslimin pula bukan sekadar pernah membantu perkembangan pendidikan di dunia Arab yang dahulu dibelenggu buta huruf yang kritikal, tetapi juga dalam sektor perniagaan, kesihatan dan kesukarelawanan. Ikhwan Muslimin mempunyai sejarah panjang yang cukup berpengaruh dalam peta dunia Arab hari ini. Malah Hamas di Palestin sebenarnya ialah cawangan Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

Membezakan Ikhwan Muslimin dengan gerakan politik lain ialah doktrin fundamentalnya dengan Islam, termasuklah berkenaan menolak hegemoni Amerika Syarikat dan penjajahan Zionis. Sebaliknya raja-raja negara Arab memerlukan sistem petrodollar Amerika di mana hasil petroleum mereka yang dilaburkan dalam mata wang Dollar memberi pulangan yang jauh lebih besar berbanding melabur atau menggunakan hasil minyak dalam negara mereka semata-mata. Berkembangnya pengaruh Ikhwan dalam negara mereka bakal menjejaskan pulangan lumayan petroleum mereka ini bila mana legitimasi politik mereka terhakis lalu menjejaskan hubungan dengan Washington. Umum mengetahui bahawa Washington dipengaruhi kuat para pelobi pro-Israel lantas jika negara Arab ini memberi pengiktirafan kepada Hamas dan Ikhwan yang dianggap sebagai 'pengganas' oleh Israel dan Amerika, maka pendapatan lumayan mereka bakal terjejas. Perlu diketahui pendapatan ini bukan hanya menampung pentadbiran negara mereka, tetapi juga membiayai 'survival' atau kelangsungan rejim monarki yang digasak hebat arus pendemokrasian.

Kedua-dua gerakan Hamas dan Ikhwan juga mencabar secara langsung sekutu atau proksi Arab Saudi di dua kawasan berpengaruh iaitu rejim Al-Sisi Mesir dan autoriti Palestin pimpinan Fatah yang direstui Arab Saudi. Mesir ialah sekutu penting bagi Arab Saudi kerana bukan sahaja jumlah populasinya yang besar, tetapi juga kerana lokasi strategiknya, di samping saiz angkatan tentera kedua terbesar dalam kalangan negara Islam selepas Turki. Maka apabila Al-Sisi menghapuskan dasar bantuan Mesir kepada Hamas Palestin seperti mana yang dilaksanakan di era Morsi, ia memberi isyarat yang positif untuk bersekutu dengan Arab Saudi yang menjaga kepentingan hubungan baik dengan Amerika, iaitu sekutu Israel. Fatah pula lebih mudah untuk menjadi pelaksana agenda Arab Saudi di Palestin berbanding Hamas, terutama sekali apabila melibatkan rundingan dengan Israel. Hal ini dipengaruhi keengganan Hamas untuk berunding sama sekali dengan Israel selagi mana penjajahan dan pendudukan haram Yahudi di tanah Palestin berleluasa. Sebaliknya pendekatan lunak Fatah bakal memberi laba imej 'positif' Arab Saudi di mata Washington – disamping memelihara reputasinya sebagai pemimpin dunia Islam, meskipun rundingan demi rundingan terbukti kurang berhasil tanpa langkah ofensif.

Lingkungan pengaruh Ikhwan yang luas di Qatar, Mesir, dan negara-negara Arab lain turut dianggap sebagai ancaman strategik jangka panjang buat rejim monarki. Ikhwan bukan semata-mata gerakan politik, tetapi juga ialah gerakan profesional serta dakwah yang tersebar luas yang berupaya mengakumulasi pengaruh dalam kalangan massa. Maka berbeza dengan iklim politik yang agak terbendung di beberapa negara Teluk, gerakan Ikhwan berupaya untuk bergerak secara aktif dan meluaskan pengaruh dalam sistem berasaskan demokrasi. Maka jika Turki pada hari ini yang mesra Ikhwan sahaja sudah berupaya untuk menyaingi hegemoni Arab Saudi dalam Dunia Islam, tentu sekali jika lebih banyak negara lain berjaya dikuasai Ikhwan maka pengaruh dan kepimpinan Arab Saudi akan lebih terpinggir. Lihat sahaja respon Arab Saudi dan sekutunya setiap kali gerakan Islamis dan Ikhwan berjaya selepas memenangi pilihan raya di mana-mana negara, sama ada di Mesir, Turki, Algeria, mahu pun di Palestin sendiri. Ringkasnya, "Musuh Israel ialah musuh Amerika, manakala musuh Amerika ialah musuh Arab – Tetapi Arab pula bukanlah sahabat Israel". Soalnya kini, selama manakah hubungan status quo segi tiga secara tidak langsung antara Arab Saudi, Amerika Syarikat, dengan Israel ini akan berkekalan?

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 11, 2017 8:24 PM
Subject: Fw: Kenapa Qatar Negara Seterusnya Untuk Dimusnahkan?

Subject: Kenapa Qatar Negara Seterusnya Untuk Dimusnahkan?

Ini Sebab! Kenapa Qatar Menjadi Negara Seterusnya Untuk Dimusnahkan?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

1. Pendapatan per kapita tertinggi di dunia pada kadar 146,000 dolar setiap tahun.
2. Negara kedua di dunia dalam bilangan jutawan kira-kira 30 ribu jutawan
3. Negara yang pertama Arab dan keempat di dunia dalam pendidikan yang berkualiti selepas Jepun.
4. Negara yang pertama di dunia Arab dan keenam di dunia pada tahap kualiti kesihatan.
5. Pertama di dunia Arab dan kedudukan ke-20 di dunia dalam memerangi rasuah.
6. Negara kedua dalam kadar keselamatan dan risiko lebih selamat dr segi keganasan.
7. Negara yang pertama Arab dan 12 di peringkat global dalam Laporan Daya Saing Global.
8. Negara pertama di dunia berada di kedudukan dalam petunjuk pengangguran.
9. Aset bank Qatar QR1.1 trilion.
10. Qatar adalah bank Arab terbesar dengan aset kira-kira 520 bilion riyal
11. $ 300 bilion dana berdaulat yang melibatkan 39 buah negara.
12. Saham ketara dalam bank-bank terbesar di Eropah Barclays dan Credit Suisse.
13. Saham terbesar kedai barangan mewah di dunia Harrods London.
14. Setiap tahun menghabiskan $ 6 bilion ke atas projek penyelidikan saintifik.
15. Qatar Airways yang paling pesat berkembang dunia 170 pesawat.
16. Qatar Telecom beroperasi di 17 buah negara dengan 107 juta pelanggan.
18. Qatar memiliki 28% daripada menara London, ibu negara Britain.
19. Semua rakyat dilayan secara luaran atas perbelanjaan Negeri itu.
20. Satu-satunya negara di dunia di mana air dan elektrik adalah percuma.
21. Satu-satunya negara di dunia yang tidak mempunyai cukai.
22. Hamad Airport menerima gelaran lapangan terbang yang terbaik di dunia.
23. Negara yang pertama di dunia dalam penyebaran gentian optik.
25. Negara pertama di dunia dalam petunjuk infrastruktur.
26. Negara pertama di dunia dalam tabungan negara.
27. Negara paling selamat daripada risiko bencana.
28. Negara Arab pertama dalam kelajuan Internet.
29. Negara Arab pertama dalam indeks keselamatan makanan.
39. Negara Arab pertama dalam pembangunan manusia.
40. Negara Arab pertama dalam pembangunan pasaran modal.
41. Negara Arab pertama di syarikat penerbangan.
42. Pengeluaran LPG yang pertama di dunia di dunia.
43. Memiliki armada kedua terbesar pengangkutan gas di dunia.
44. Memiliki 15 bilion tong minyak yang cukup untuk 40 tahun.
45. Memiliki 900 trilion kaki padu gas cukup untuk 143 tahun.
46. Kedudukan ke-4 di peringkat global dalam pengeluaran petrokimia.
.
Inilah Jawapan Kenapa Qatar Perlu Dimusnahkan..
.
Agenda Siapa?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecutkan Cyst

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecut Cyst Secara Semulajadi - Perkongsian oleh Puan Akmar Nur Azreen mendapat lebih 5000 kali oleh netizen.

Beliau disahkan ada cyst d bahagian kilang ovari. Sepatutnya beliau menjalani pembedahan tetapi setelah mengamalkan air rebusan peria, cystnya mengecut dengan ketara.

Disahkan Ada 'ovarian Cyst' & Hampir Dibedah, Air Rebusan Ni Kecut Cyst Secara Semulajadi
Ini perkongsiannya di Facebook.

- Syifa.info (Macam-macam petua lagi)

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Komentar Untuk Ustaz Ahmad Awang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


"Sebelum penasihat PAN Ustaz Ahmad Awang mahu nafikan tuduhan PAN memperjuangkan Islam liberal. Sila teliti dahulu pendirian hipokrasi yang di amalkan pemimpin dan ahli PAN sendiri".

Ustaz Ahmad Awang yang saya hormati.

1. Pendirian PAN berkenaan RUU 355 (Bahagian I)

Pada 26 Mei 2016 setelah PAS berjaya mengusulkan RUU 355 Dr. Mariah mempersoalkan tindakan Speaker dewan dalam menggunakan standing order dari nombor 15 hingga ke atas (pertama) di Facebooknya. Dr. Mariah selaku Ketua Wanita PAN Nasional juga mengeluarkan kenyataan jelek "mengesahkan persepakatan PAS dan UMNO menggunakan agama" . Dan beliau juga telah mengeluarkan kenyataan jahat dan fitnah yang kononnya keputusan PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang telah di aturkan keputusannya. Ustaz Ahmad Awang perlu faham, menggunakan fitnah dan memberikan hujah murahan inilah yang berkaitan dengan Islam liberal yang cuba PAN perjuangkan.

Pada 18 Oktober 2016, Dr. Mariah telah bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen yang menjelaskan tentang usaha PAN yang mahu membawa alternatif baru dalam memperkasakan mahkamah Syariah. Tetapi malangnya, usaha Dr. Mariah dan PAN sendiri di lihat berakhir setakat di situ sahaja. Tak ada usaha yang kuat daripada pimpinan Amanah untuk menjelaskan apakah bentuk pembaharuan yang di mahukan PAN dalam RUU 355. Malangnya pimpinan PAS terus di hina dan di aibkan dengan kenyataan yang kurang menyenangkan seperti ' "PAS di ke***** UMNO". Tindakan PAN tidak mencerminkan parti ini membawa model politik Islam yang baik kepada pengikutnya.

2. Pendirian PAN berkenaan RUU 355 (Bahagian II).

Pada 6 April 2017 Khalid Samad selaku Pengarah Komunikasi PAN bertindak seperti manusia hilang kewarasan akal di Parlimen. Khalid Samad menentang usaha memperkasakan undang undang mahkamah Syariah yang di buat oleh TG Abdul Hadi Awang dengan bertindak menggangu perjalanan Sidang Parlimen. Kemudian beliau membantah keputusan Speaker yang menangguhkan Sidang Parlimen dengan memohon untuk membahaskan usul RUU 355 ketika belum waktunya.
Ketika ini masih dalam sesi pembentangan dan sesi perbahasan belum lagi tiba. Khalid Samad bangun mempertikai tidak di beri peluang berhujah dan dengan tidak beradab mempertikai pihak yang menyokong RUU 355 dengan berkata sambil terjerit-jerit:

"Islam ke macam ni?"

Walhal Speaker Dewan (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) sudah pun menangguhkan sidang dan adalah satu tindakan kurang bijak Khalid Samad mahu mencelah RUU 355 dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Tindakan Khalid Samad ini sudah cukup menunjukkan PAN menekankan budaya Islam liberal sebagai modal perjuangan.

3. Kenyataan Mohd Sabu (Presiden PAN) bahawa PAN bersetuju MENOLAK Hudud secara Konsensus.

Pada 6 September 2016 pula, Mohd Sabu telah mengeluarkan kenyataan menolak Hudud secara bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan DAP yang lain. Kenyataan tak bertanggung jawab ini menunjukkan PAN tidak bertegas dalam memartabatkan hukum Islam di negara ini. Jadi memang benarlah dakwaan bahawa PAN membawa politik Islam liberal dalam perjuangannnya.
Ini dapat di buktikan apabila pemimpin MCA menyokong kenyataan Mohd Sabu dan dengan berani menentang usaha yang di bawa PAS dalam kenyataan yang di buat oleh Liow Tiong Lai pada 27 Mei 2016. Dalam kenyataan ini MCA akan bantah Hudud habis-habisan. Adakah satu kesalahan besar buat PAS yang menyatakan sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah?

4. "Keluar PAS jatuh Kafir".

Inilah kegilaan paling ketara yang cuba dibawa PAN. Kenyataan fitnah yang berniat jahat dan di sasarkan pada Ustaz Norazli Musa menunjukkan PAN tiada modal matang dalam berhujah. Isu ini di mainkan oleh ahli PAN yang jelas cemburu dengan kekuatan spiritual ahli PAS yang kekal Istiqamah dalam perjuangan PAS. Kemuncak isu fitnah takfiri akhirnya berakhir dan Ustaz Nor Azli menang kes ini yang di failkan terhadap Ahmad Syihan Ismail di Mahkamah Kota Bharu pada 19 April 2016.
Jadi nasihat saya kepada Ustaz Ahmad Awang, berhentilah beretorik dalam menafikan PAN mendokong budaya Islam liberal dan kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenar. Cukuplah hanya berperanan sebagai tukang baca doa sahaja di dalam Pakatan Harapan DAP.

(Amanah parti Islam liberal)

http://www.sinarharian.com.my/…/bidas-tuduhan-islam-liberal…

Sekian.
Oleh: تنڤا ناما
16 Ramadhan 1438H

.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

Pakatan Harapan Buat Kerja Bodoh Fitnah PAS.... Apakah mereka fikir ahli-ahli PAS diam diri ?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Hari ini lebai dapati Malaysiakini menyiarkan surat muhajir (berpindah) yang kononnya didakwa dibuat bagi memastikan kemenangan PAS di parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Surat bertarikh 25 Mei itu ditandatangani oleh Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam kononnya dikeluarkan kepada ahli-ahli PAS.

Hebat kerja mereka untuk membina persepsi buruk kepada PAS. Kenapa lebai kata begitu? Apa hujah lebai?

1. Surat ini Malaysiakini lebih awal mengeluarkannya sedang tidak terdapat viral di "whatsapp panas" dan facebook. Soalan daripada mana Malaysiakini dapatkannya? Kita sudah maklum sebelum ini Malaysiakini anti-Islam dan memang anti PAS. Mereka pernah berpesta arak bila kerajaan PAS Terengganu tumbang oleh BN seperti yang didedahkan oleh Fathil Aris Omar editor Bahasa Malaysiakini.

2. PAS tak pernah setahu lebai mengeluarkan surat umum kepada ahli-ahlinya. Surat ahli biasanya melalui cawangan atas nama Ketua atau Setiuasaha Cawangan. Prosedur surat berkenaan telah bercanggah dnegan amalan surat biasa diamalkan oleh PAS. Lagi pun takkan surat strategi politik boleh dibuat secara umum. Orang bodoh tak buat begitu.

3. Warna cap logo PAS yang dipaparkan melalui surat berkenaan sama dengan kecerahan warna letterhead PAS hijau yang tak mungkin berlaku. Pada mana-mana surat yang dikeluarkan oleh PAS walaupun dalam format PDF atau pun "printed JPG". Jika anda mahir Adobe Photoshop yang membuat pencerahan kepada pixel warna anda akan dapati HEX warna pada surat berkenaan sama dengan HEX warna pada 'letterhead' dengan jelas ini adalah bikinan bodoh puak-puak PAKATAN HARAPAN untuk buat kerja jahat kepada PAS. Apa lagi blogger, facebooker pun serang PAS dengan pelbagai tuduhan.

Nama-nama yang makan gaji buat kerja jahat untuk PAS pun seronaklah menghentam PAS dengan pelbagai tuduhan. Ini antara mereka yang dikenalpasti.

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني‎
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik
22. Wan Mohd Yusof
23. Nur Aulia Abdullah

4. Kenapa keadah mujahir yang dilampirkan tidak disebarkan? Kalau ikut surat berkenaan dilampirkan sekali? PAS setakat ini belum pernah menggunakan istilah MUJAHIR. Setahu lebai mujahir adalah istilah yang digunakan oleh AMANAH (PAN) yang diperkenalkan oleh Dr. Hatta Mohd Ramli dalam taklimatnya di Kelantan 19 Februari 2017. Dalam ucapan tersebuit Dr Hatta Ramli berucap selama 54 minit.

PAS menggunakan perkataan pengundi hantu dengan 3 kod huruf yang yang mewakili 3 kategori untuk sistem culaannya yang lebai rasa lebai takkan perincikan dalam artikel ini.

Henntilah buat kerja bodoh

Lebai harapan Pakatan Harapan dan penyokongnya hentilah buat kerja bodoh menyerang pas dengan teknik persepsi buruk dan "character assassination". Jika mereka menyerang PAS, sudah pasti ahli-ahli PAS akan bertindak balas dengan mendedahkan keburukan Pakatan Harapan. Malah akan ada pimpinan Pakatan Harapan dibogelkan kesalahan mereka. Perkara ini tidak akan menguntungkan Pakatan Harapan. Yang untung sudah pasti UMNO/BN. Mereka bertepuk tangan kerana kebodoh Pakatan Harapan.

Oleh itu fokuslah kepada UMNO/BN. Hala tuju senjata anda kepada UMNO/BN. Berhentilah buat kerja bodoh.

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Hipokrit Bertaraf Mega Pakatan Harapan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Justifikasi PAS mahu menggantikan UMNO/BN adalah bertujuan memandu rakyat ke arah keadilan dan kesejahteraan mengikut ajaran Islam. PAS sebagai pembela Islam berjuang untuk memurnikan situasi dengan gagasan suci, ISLAM MEMERINTAH, BUKAN DIPERINTAH.

Apa pula justifikasi PH dalam usaha menggantikan UMNO/BN? Belum keluar satu ayat dari mulut Mahatir dan Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN secara tegas dan jelas. Yang diuar-uarkan ialah jatuhkan Najib. Yang diserang ialah kepimpinan Najib; bukan UMNO/BN. Kalau Najib tumbang, siapa dapat bagi jaminan PPBM tak kembali bersatu dengan UMNO?

PKR, DAP dan PAN boleh pula bersetongkol dengan parti klon UMNO, iaitu PPBM. Aneh bukan? Kepimpinan negara perlu ditukar kerana ekonomi negara dan sosial telah menjuman teruk bermula dari era PM Mahathir lagi. Mereka inilah yang hari ini lari menubuhkan PPBM kerana konfrontasi dengan Najib.

Alih-alih PKR, DAP dan PAN berpakat pula dengan golongan desperado yang diketui oleh manusia yang mereka pernah labelkan sebagai MAHAZALIM. Bukankah parti pimpinannya kini, PPBM, adalah klon UMNO? Apakah perangai dan niat mereka sudah menjadi mulia dengan tiba-tiba apabila mereka menghulurkan tangan mereka kepada pemimpin PKR, DAP dan PAN?

Mudahnya sifir politik para oportunis hipokrit pada hari ini. Maka terbuktilah kata-kata: Orang yang benar dipandang hina DAN para pendusta dipandang benar lalu diangkat menjadi pemimpin di kalangan mereka.

#JunjungIslamDenganNekad

#JunjungPerjuanganDenganTekad

"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tulisan Jawi Semakin Dilupakan Bangsa Sendiri

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Boleh baca dan menulis jawi? Kalau boleh anda termasuk di dalam golongan-golongan manusia special yang masih hidup di bumi Malaysia.

Kenapa saya kata begitu?

Berani saya kata, pengetahuan bahasa jawi terutama di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia kini sebenarnya semakin tenat. Buktinya, pada tahun 2012 seorang pakar dalam bidang tulisan jawi berbangsa Korea pernah menzahirkan kebimbangannya terhadap tulisan jawi yang dikatakan semakin dilupakan terutama golongan muda di Malaysia.

Cuba tengok, orang luar pun risau terhadap tulisan jawi di Malaysia. Tidak mustahil suatu hari nanti hendak cari orang yang mahir membaca dan menulis jawi di Malaysia susah. Sedangkan, dahulu inilah tulisan yang menjadi sebahagian daripada sumber ilmu.

Gambar: Twitter

Seperti yang kita tahu, tulisan jawi dahulunya merupakan salah satu medium komunikasi penting yang digunakan zaman sebelum dan selepas merdeka.

Buktinya sangat banyak, contoh seperti penemuan semula batu bersurat, surat beranak datuk anda, surat-surat jual beli dan sebagainya. Selain itu, dulu terdapat juga surat khabar yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Generasi 90an pasti masih ingat lagi.

Dahulu, tulisan jawi merupakan satu pelajaran wajib di sekolah. Namun, sejak kebelakangan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi dilihat semakin berkurangan.

Mungkin kerana setelah semua mata pelajaran di sekolah secara rasminya sudah di alih ke bahasa rumi termasuk Pendidikan Islam. Apa yang boleh saya kata, tulisan jawi kini seperti dianak tirikan.

Perkara ini pernah saya bincang bersama kawan dahulu. Antara faktor penyumbang kepada masalah ini mungkin kerana:

1. Kurangnya pendedahan tulisan jawi kepada generasi sekarang. Ibu bapa yang pandai mungkin tidak lagi mahu mengajar atau melatih anaknya kemahiran bahasa jawi.

2. Seperti yang dinyatakan di atas, selepas bahasa rumi secara rasminya mengganti tulisan jawi.

3. Kurang sumber bacaan dalam bahasa jawi. Ialah, sekarang Vocket sendiri pun ditulis dalam bahasa rumi. Tetapi jangan lupa, buat anda yang mahu teruskan membaca jawi masih boleh layari portal Utasan Melayu. Laman web berbahasa jawi sepenuhnya yang masih wujud.

Oleh itu, demi mengelak bahasa jawi terus terkubur saya kira masih belum terlambat untuk kita sama-sama menyemarakkan semula bahasa warisan Melayu ini.

Buat anda yang berminat, pada peringkat awal boleh cuba layari laman web Ejawi. Di situ anda boleh mengalih tulisan rumi kepada jawi sebagai pengenalan dan pembelajaran.

Tidak dinafikan, terdapat banyak perkataan jawi yang telah berubah ejaan. Semuanya dikemaskini mengikut peredaran zaman supaya bersesuaian dengan masyarakat dan lebih mudah untuk dieja dan dibaca.

Saya tahu, mungkin sekarang masih ramai lagi masyarakat Malaysia yang boleh dan pandai dalam tulisan jawi. Tapi, bagaimana dengan nasib tulisan jawi dikalangan generasi akan datang? Maksud saya 30 tahun ke hadapan mungkin.

Jawapannya ada pada kita hari ini.

Sekurangnya, nanti taklah malu nak mengaku 'pejuang melayu' tapi tak reti jawi.

......
https://www.thevocket.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 3:35 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



BERWASPADALAH UMAT ISLAM
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

MUKADIMAH : Negara telah digemparkan dengan laporan terdapatnya Himpunan Jubli Jerusalem yang dikaitkan dengan gerakan dakwah Kristian dan Yahudi yang bakal berlangsung di Melaka Bandaraya Bersejarah baru-baru ini.

Bagaimanapun, penganjur telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut di Melaka setelah berbincang dan mendapat nasihat daripada pihak polis.

Tindakan tersebut ekoran 33 laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung himpunan itu dari sekitar Melaka pada Isnin lalu kerana mendakwa pihak penganjur tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMAD HAR ITH MOHAMAD NIZAR bersama jurufoto, MOHD. AZIM ABD. RA HMAN berkesempatan untuk menemu bual Mufti Kerajaan Negeri Melaka, DATUK ABDUL HALIM TAWIL di Masjid Al-Azim, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh berhubung isu tergempar itu.

MINGGUAN: Apakah pandangan Datuk terhadap penganjuran perhimpunan itu?

ABDUL HALIM: Himpunan Jubli Jerusalem ini tidak sepatutnya diadakan dalam konteks Melaka dan Malaysia kerana telah menyebabkan publisiti yang buruk apabila terdapat dakwaan yang menggambarkan kerajaan negeri terlibat sama dalam penganjuran program tersebut.

Perkara ini jelas menunjukkan penganjur tidak menghormati perundangan negeri sehinggakan mengheret sekali nama kerajaan negeri meskipun sebarang permohonan tidak pernah dihantar, apatah lagi nak meluluskan penganjuran program itu.

Satu perkara lagi yang hendak saya katakan, penganjur juga tidak menghormati prinsip berperlembagaan yang diamalkan negara kita sehingga hari ini apabila mereka sama ada dengan sengaja ataupun tidak sengaja mengendahkan Islam sebagai Agama Persekutuan.

Pada masa sama, mereka (penganjur) tidak menjaga sensitiviti umat Islam, lebih-lebih lagi ketika kita berada dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Apa yang membuatkan penganjur memilih Melaka sebagai lokasi perhimpunan?

ABDUL HALIM: Saya dimaklumkan, program sebegini pernah dianjurkan di beberapa negeri lain tetapi hanya kecil-kecilan sahaja, namun mungkin terdapat beberapa faktor besar yang lain membuatkan Melaka dipilih sebagai destinasi perhimpunan besar-besaran.

Antaranya, Melaka merupakan sebuah negeri bersejarah dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Ada kemungkinan pihak penganjur nak membuka semula lipatan sejarah di mana pada suatu masa dahulu terdapat semangat penjajah yang datang ke negeri ini untuk menawan Melaka apabila Portugis, Belanda dan British bukan sahaja menawan, tetapi demi matlamat 3G (Gold, Glory, God).

Memandangkan Melaka juga adalah negeri pelancongan, mungkin mereka ingin menarik perhatian orang ramai dan memeriahkan lagi majlis mereka yang jelas sekali tidak menjaga sensitiviti umat Islam dalam negara.

Sebanyak 33 NGO buat bantahan menerusi laporan polis, adakah itu langkah yang tepat?

ABDUL HALIM: Ia (laporan polis) adalah satu tindakan bijaksana kerana mereka pada masa sama turut mempertahankan dasar kerajaan negeri kerana sebarang permohonan tidak pernah diterima setakat ini berhubung penganjuran program tersebut.

Lagipun, lebih baik supaya laporan polis dilakukan kerana tindakan itu juga mengikut saluran yang betul apabila tidak bercanggah dengan undang-undang dan kita juga tidak mahu berlakunya sesuatu keadaan yang tidak terkawal.

Tindakan membuat laporan polis sebelum program itu dijalankan juga menunjukkan kita mengamalkan demokrasi dan diplomasi apabila mengambil sesuatu tindakan secara berhemah.

Adalah lebih baik untuk membantah sebelum bermulanya program kerana kita bimbang sekiranya keadaan itu boleh menimbulkan satu ketegangan yang lebih besar dan kita perlu ingat, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Jika program diteruskan, apa impak yang boleh berlaku?

ABDUL HALIM: Saya yakin jika program itu dibiarkan untuk dianjurkan, elemen ketegangan pasti boleh tercetus dan berlaku sehingga menjadikan keadaan tersebut sukar mahupun tidak terkawal.

Suatu pertembungan dan pergaduhan boleh berlaku kerana jika kita tengok jadual yang telah dirancang oleh pihak penganjur itu pun, mereka menarik ramai tokoh dari luar negara untuk memberikan ucapan masing-masing yang pastinya boleh mewujudkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Itulah sebabnya saya katakan tadi, jika penganjuran program ini dibiarkan berlaku, perkara yang tidak diingini boleh tercetus, sekali gus menghuru-harakan keadaan serta mencemar imej negeri dan negara.

Sungguhpun begitu, saya juga yakin pihak berkuasa boleh mengawal keadaan itu, namun adalah lebih baik untuk kita bertindak mencegah daripada merawat. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bijak dalam menjaga keamanan dan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat negara ini.

Kenapa isu sensitif sebegini tidak diendahkan pihak penganjur?

ABDUL HALIM: Di sebalik penganjuran program ini, saya yakin terdapat satu agenda besar mahu dicapai oleh pihak tertentu iaitu untuk memecah-belahkan Islam, keamanan dan keharmonian yang sudah sekian lama menjadi amalan di negara kita.

Memang agak pelik kerana mengapa terdapat pihak tertentu yang ingin merosakkan kontrak sosial yang sudah menjadi pegangan rakyat negara, apatah lagi kita hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

Perkara sebegini memang dilihat sebagai satu masalah yang amat serius kerana sebelum ini tiada pun program seumpama ini, tetapi secara tiba-tiba ada pihak datang membuat program dengan agenda yang tersembunyi serta mampu memecah-belah integrasi agama, kaum dan kemerdekaan negara.

Janganlah kita merosakkan kehidupan harmoni antara masyarakat majmuk yang selama ini hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang provokasi.

Dari sudut lain, ada perkara lain yang menyalahi undang-undang sekiranya program itu diteruskan?

ABDUL HALIM: Kalau program ini diteruskan juga, mereka (penganjur) sudah pasti tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan kita melihat itu sebagai satu usaha menentang institusi raja negara.

Pertama sekali, program tersebut pastinya akan ada elemen penyebaran gerakan dakwah kepada orang Islam dan bukan Islam, sekali gus tindakan itu melanggar Perlembagaan kerana sesuatu agama itu boleh diamal tetapi tidak boleh disebar.

Pada masa sama, penceramah dari luar negara yang dijemput masuk juga mungkin tidak menggunakan saluran yang betul dan berkemungkinan melanggar akta yang diguna pakai oleh pihak imigresen.

Hal ini kerana tetamu yang dipanggil tadi mungkin masuk ke dalam negara sebagai pelawat, tetapi rupa-rupanya mempunyai misi lain iaitu sebagai pendakwah dan perkara itu jelas bertentangan dengan akta sedia ada kerana salah guna pas kemasukan.

Kita juga mendapat tahu mereka ini mempunyai satu hasrat yang besar iaitu bagi mewujudkan jaringan dalam satu gerakan zionis di peringkat antarabangsa untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Kerajaan Tuhan' dalam konteks mereka.

Ini semua juga berdasarkan ucapan seorang pendakwah Kristian dari Jordan, Afeef Halasah (yang turut dijadualkan berucap dalam perhimpunan di Melaka) yang menyebut: "And if that doesn't happen, God will say, "Where is my Malaysian church? Where are my sons and daughters? Malaysia belongs to Me and I have given it to you to keep it for Me, to fill it with My glory and to establish My Kingdom."

Apakah tindakan sewajarnya yang patut diambil terhadap penganjur supaya perkara sama tidak berulang?

ABDUL HALIM: Itu adalah di bawah bidang kuasa polis dan biarlah pihak berkuasa tersebut menjalankan tugasan mereka itu dalam menjaga keamanan dan keharmonian negara daripada sebarang ancaman yang memecah-belahkan masyarakat kita.

Bukan sahaja polis, malah pihak berkuasa yang lain juga akan bertindak mengikut bidang tanggungjawab masing-masing dan mereka diminta untuk memantau segala program yang dianjurkan oleh NGO berkaitan agama.

Sementara itu, umat Islam juga telah menunjukkan semangat bersatu mereka apabila membuat bantahan secara aman dan menghormati pihak yang lain dalam keadaan yang terkawal serta mengikut saluran undang-undang.

Adakah pihak Datuk sendiri ada memantau perkara seumpama ini?

ABDUL HALIM: Sudah pasti, ya, pemantauan memang kita ada lakukan kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai umat Islam untuk berhati-hati dengan penyebaran sesuatu perkara yang boleh mengguris perasaan orang lain.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat dan mereka yang memberikan maklumat berhubung penganjuran program ini kerana kita dapat masyarakat bukan Islam turut berasa tidak selesa dengan himpunan itu.

Pada masa sama kita juga meminta pihak berkuasa untuk memantau sebarang aktiviti kurang sihat dan bukan sahaja memantau gerakan Kristian, malah Islam sendiri turut dipantau.

Ini membuktikan kita memang tidak bersikap berat sebelah kerana bagi orang Islam, kita tidak mahu penceramah dan pendakwah dari luar negara ini membawa masuk pemikiran ekstremis kepada masyarakat dalam negara.

Kita juga tidak mahu sebarang elemen keganasan seperti kumpulan militan Daesh menyebarkan perjuangan mereka yang menyimpang itu ke dalam jiwa masyarakat kita kerana Islam yang diamalkan di Malaysia berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pada pandangan Datuk, adakah terdapat umat Islam yang mahu menyertai perhimpunan itu?

ABDUL HALIM: Walaupun penganjuran program bersifat Kristian, namun tidak dinafikan ia mampu menarik minat segelintir orang Islam, terutama mereka yang berfikiran liberal, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan berfikiran bebas.

Mereka akan menggunakan hujah bahawa Islam adalah agama yang bertoleransi, harmoni dan tidak akan melanggar sebarang batasan sekiranya menyertai perhimpunan keamanan, tetapi tanpa disedari mereka dipujuk untuk mengikut amalan agama lain.

Kita bimbang sekiranya mereka ini memberi persepsi negatif kepada pihak lain apabila mereka dilihat sebagai mewakili Islam sedangkan hakikat mereka sekadar minoriti sahaja.

Lebih membimbangkan adalah apabila mereka ini sudah terjebak dengan amalan agama lain, tiba-tiba mereka pula menjadi ejen menyebarkan ajaran lain dan terus mengelirukan umat Islam dalam negara.

Apakah nasihat Datuk kepada masyarakat Islam dalam negara sekiranya berdepan masalah ini pada masa hadapan?

ABDUL HALIM: Kita meminta umat Islam agar tidak menyertai himpunan seperti ini kerana bimbang atas dasar toleransi beragama, atas dasar kesamarataan dan kebebasan, mereka rasa tidak salah untuk pergi.

Saya minta umat Islam tidak tertipu dengan mainan pihak tidak bertanggungjawab ini kerana ia adalah agenda antarabangsa oleh pihak Kristian dan Yahudi ke atas negara kita dan mungkin untuk seluruh rantau ASEAN dan seluruh dunia yang mempunyai makna tersirat dan tersurat.

Umat Islam juga harus berhati-hati dengan agenda untuk memecah-belahkan perpaduan dan keharmonian agama yang telah wujud di negara ini selain sensitiviti beragama dalam kalangan masyarakat majmuk.

Kita nyatakan kebersatuan kita dengan menambah ilmu pengetahuan, maka akan terlahirlah kebijaksanaan untuk menangani sesuatu isu mengikut saluran undang-undang.

Itu adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam dan saya minta semua untuk berhati-hati dengan gerakan Kristianisasi dan zionisme yang mahu mengelirukan dengan menyebarkan agama dalam kalangan umat Islam

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Monday, June 12, 2017 8:02 AM
Subject: Fw: "Jerusalem Jubilee" Siapa Benarkan Diadakan Di Melaka?

"Jerusalem Jubilee" Siapa Benarkan Diadakan Di Melaka?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tahukah anda bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50.

Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

Persoalannya, adakah kerajaan Melaka membenarkan sambutan meraikan kejahatan Yahudi terhadap rakyat Palestin?

Kenapa pihak berkuasa tidak memantau dan mencegah perkara ini memandangkan promosi secara besar-besaran telah mereka lakukan.

Setiap 15hb Mei kita memperingati "Hari Nakbah". Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.

Itu kita yang sambut, kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.

Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini "Jerusalem Jubilee" yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.

Menurut sumber, sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia.

Ini SUMPAH BAI'AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel "… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …"

Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!

Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah. Namun, sukar untuk kita faham sesetengah

NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Himpunan "Jerusalem Jubilee" Mendapat Kelulusan Kerajaan Melaka?
pru14.tv
BERDASARKAN gerak kerja kumpulam yang cuba membawa budaya Yahudi ke negara kita. mereka dilihat sebagai dalam keadaan terdesak untuk merosakan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Tahukah anda bahawa Jerusalem Jubilee ialah menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6-hari 1967 – sempena tahun ke-50. Dan ini diangkat sebagai Hari Kebangsaan Israel! Dan Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya.

Persoalannya, adakah kerajaan Melaka membenarkan sambutan meraikan kejahatan Yahudi terhadap rakyat Palestin? Kenapa pihak berkuasa tidak memantau dan mencegah perkara ini memandangkan promosi secara besar-besaran telah mereka lakukan.

Setiap 15hb Mei kita memperingati "Hari Nakbah". Tarikh di mana lebih 700,000 rakyat Palestin dihalau keluar dari rumah mereka kerana rejim Zionis Israel merampas bumi tersebut untuk dijadikan negara haram Israel.Itu kita yang sambut. Kita yang sama bersimpati dengan nasib rakyat Palestin kita hulurkan bantuan, kita bantah kekejaman rejim Israel.

Tetapi tidak bagi Evangelis Kristian. Mereka bergembira. Malah mereka sambut besar-besaran tahun ini "Jerusalem Jubilee" yang akan diadakan ketika kita semua kemuncak mengejar Lailatul Qadr.

Menurut sumber, sokongan kepada Israel ini penting bagi Kristian Evangelis kerana nanti dijanji kepada mereka bahawa hubungan akan dibina di antara negara haram Israel dengan Malaysia. Ini SUMPAH BAI'AH mereka yang mereka ulang-ulang … Decree for Israel "… fully restored and reconciled with the State of Israel … have political and economic ties with the State of Israel … establishment of the Israel Embassy …"

Mereka sudah bersumpah untuk mengadakan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Israel suatu hari nanti apabila mereka berkuasa!

Ramai di kalangan kita peka dan peduli dengan nasib dan penderitaan rakyat Palestin, menghulurkan sumbangan dan pelbagai bantuan. Pelbagai NGO ditubuh untuk tujuan itu. Alhmadulillah.

Namun, sukar untuk kita faham sesetengah NGO-NGO yang konon sibuk membebaskan Al Aqsa tetapi rapat dan kemas bersekongkol dengan puak Kristian Zionis yang jelas agenda mereka bersama Israel.

Dipetik dari laman sesawang mereka:

The International Christian Embassy Jerusalem was established in 1980 in recognition of the biblical significance of all of Jerusalem and its unique connection with the Jewish people. Today, it represents millions of Christians, churches, and denominations to the nation and people of Israel. We recognize in the restoration of the State of Israel God's faithfulness to keep His ancient covenant with the Jewish people.

Our main objectives are:

To stand with Israel in support and friendship;
To equip and teach the world wide Church regarding God's purposes with Israel and the nations of the Middle East;
To be an active voice of reconciliation between Jews, Christians, and Arabs, and to support the churches and congregations in the Holy Land

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Semalam Tayar Moto Pecah,Tolak Moto Dari 12 Malam Sampai 4 Pagi," Kisah Menyentuh Hati Mak Cik Penjual Rebung Sara 3 Anak OKU
siakapkeli.my

Setiap ibu bapa mesti mahukan yang terbaik untuk anak mereka, walaupun mereka hidup dalam keadaan susah, tapi ada sahaja ikhtiar yang akan dilakukan oleh mereka demi mencari wang untkuk menyara anak atau cuba memenuhi permintaan anak-naka kesayangan mereka.

Itulah yang berlaku kepada seorang Mak Cik penjual rebung, beliau dilihat sanggup berkorban mencari rebung sendiri di hutan dan dijual di bandar untuk menyara tiga orang anaknya yang kesemuanya merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Kisah Mak Cik penjual rebun ini telah dimautnaik oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang telah terserempak dengan anak mak cik itu sebelum membawanya bertemu ibu yang sedang berniaga.

Jom kita baca.

Kesungguhan Mak Cik Penjual Rebong

Ketika jam hampir 12 malam, mak cik ini masih di kaki lima menjual rebong dan beberapa jenis makanan segera. Mula-mula saya bertemu anaknya yang masih kecil berniaga di hadapan KFC Kangar tadi. Dia anak istimewa. Dia memberitahu ibunya juga berniaga di sana. Saya mencari ibunya. Saya dapati wanita yang sudah berusia berniaga di kaki lima.

Saya bertanya: Adakah mak cik mendapat bantuan zakat? Dia menjawab: Ya! Mak cik ada terima zakat secara bulanan dan bantuan Badan Kebajikan juga. Cumanya mak cik tidak mahu duduk sahaja sebab ada tanggungjawab tiga anak OKU di rumah.

Saya lihat beliau menjual sekarong rebung yang dimasukkan dalam bungkusan-bungkusan kecil. Agak banyak dan berat. Saya bertanya: "Dari mana modal mak cik ambil untuk berniaga?" Dia menjawab: "Mak cik cari dan potong sendiri dari hutan".

Saya sedih mendengar kesungguhan beliau berusaha agar tidak meminta-minta. Itulah kemuliaan dan itulah ibadah yang hebat.

Saya hulurkan sedikit sumbangan kemudian saya membeli kesemua rebung beliau sebagai tanda sokongan kepadanya. Hampir 40 bungkus rebong beliau. Saya bukan penggemar rebung. Namun saya pasti pagi esok saya akan cari masjid yang sudi terima semua rebung ini untuk dibuat menu berbuka puasa.

Sebelum saya dan keluarga beredar, saya tanya beliau: "Mak Cik tinggal di mana?" Jawabnya: "Di Chuping". Saya tanya lagi: "Macam mana semua barang ini dibawa ke sini?" Dia menunjukkan motosikalnya yang uzur. Dia beritahu semalam tayar motorsikalnya pecah, dia terpaksa menolak motorsikal itu sehingga ke rumah. Dari jam 12 malam, jam 4 pagi baru sampai rumah. Amat sedih saya mendengar.

Sebelum saya masuk ke kereta saya tanya lagi: Mak cik tahu pejabat MAIPs di mana? Dia agak terpinga-pinga. Saya tanya lagi: Mak Cik tahu pejabat zakat kat mana? Dia jawab: Tahu! Saya kata kepadanya: "Di situlah pejabat MAIPs. Esok pergi ke situ bagitahu kat kaunter tu mufti suruh mak cik mohon zakat tambahan". Dia mengangguk.

Orang sepertinya yang kuat berusaha tidak duduk saja layak ditambah peruntukan bantuan. In sha Allah MAIPs akan menambahkan bantuan untuknya.

Saya beredar dalam jiwa yang sedih. Semoga Allah ampuni saya dan segala dosa serta kelemahan saya. Semoga Allah memberikan rezeki kepadanya yang banyak. Melihat kepada kesusahan dan kesungguhan orang yang seperti ini, menjadikan kita insaf betapa kita tidak cukup bersyukur kepada Allah atas segala kurniaanNYA dan betapa sedikitnya ujian yang kita terima.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Subject: Lagi Mohon Sumbangan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
3 of 3 File(s)

Tue Jun 13, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Semua Lorong Tambah Nilai Atas Lebuh Raya PLUS Akan Ditutup Untuk Elak Kesesakan Musim Perayaan
siakapkeli.my

Pihk PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan akan menutup semua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri, lapor Bernama.

Menurut mereka, langkah berkenaan adalah untuk mengurakan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

"PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

"PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi," kata kenyataan itu.

Dengan penutupan lorong tambah nilai berkenaan tidak akan menjejaskan orang ramai di mana mereka boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu orang ramai boleh menambaj nilai di pusat khidmat pelanggan PLUS yang akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.

Selalu kedengaran beliau membangga diri - "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, " saya menteri, dia cuma timbalan menteri", "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak, tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."

Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.

Apa lagi tindak-balas Sarawak selepas ini?

Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini? (ShahbudinHusin 12/06/2017).

CUKAI HOTEL - SABAH SARAWAK SEHATI
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

KOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, ( GAMBAR ) menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.

KUCHING, SARAWAK - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang telah membuat keputusan untuk menarik diri penyertaan wakilnya dari terlibat dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta merta, lapor Sarawakiana.

KETELANJURAN BAHASA NAZRI

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim sebagai 'Menteri Setahun Jagung' kerana mengatakan Sarawak perlu dikecualikan dari cukai pelancongan.

'Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah' - Kata Nazri kepada Menteri Sarawak
Menteri setahun jagung, ini satu penghinaan -

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan? Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah "tiada wang".

Beliau yang dipetik China Press berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan? "Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016.

"Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.

"Jadi, kita perlu fikirkan 1 kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan," katanya dipetik China Press pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka semalam.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
Jumaat lalu, beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu hairan kenapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya, sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya.

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menafikan keputusan kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan akan menjejaskan peluang BN memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pujut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun ini. - fmt

'I am a jantan, OK?'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

"Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.

Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

"Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik," katanya.

Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Nazri juga menjelaskan maksud "setahun jagung" kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.

"Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.

Jangan bawa satu negeri

Abdul Karim ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya sejak 2011 sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri. Beliau dilantik menjadi menteri penuh Sarawak pada 7 Mei lalu ekoran rombakan kabinet negeri.

Beliau meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan dan berpendapat ia dilakukan tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu berkenaan malah dibahas di parlimen.

"Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.

"Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

"Mengapa beliau tak tanya saja saya? Dia bukan menteri DAP," katanya lagi.

Mengulas lanjut anggota Majlis Tertinggi Umno itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim itu perlu membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka.

"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

"Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.

"Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri," katanya.

Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun menyatakan langkah itu dibuat bagi mengelak pertindihan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, ia ditafsir sebagai reaksi kerajaan negeri terhadap kenyataan Nazri.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia Kuat Kuasa Serta Merta

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".

Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

"Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka semalam dan dilaporkan Malaysiakini.

Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak," katanya.

Kenyataan Nazri turut dibidas Pemuda BN Sarawak.

Sepatutnya bermusyawarah

Pengerusinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Nazri terhadap Abdul Karim yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Tindakan melabel menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah penghinaan terhadap Abdul Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

"Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen," katanya.

Sementara itu Nazri yang dihubungi Malaysiakini pula berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri dengan keputusan berkenaan.

Pelaksanaan cukai pelancongan akan memberi kesan secara langsung kepada pelancong apabila mereka perlu membayar lebih - sehingga RM20 untuk satu malam - bagi sebuah bilik hotel di seluruh negara.

Ia dikuatkuasakan kesan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan yang diluluskan di parlimen pada sidang yang lalu.

Kadar cukai berkenaan ialah:

a.. RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang
b.. RM10 untuk hotel bertaraf empat bintang
c.. RM5 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga bintang
d.. RM2.50 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan
Kata Nazri, hasil pelaksanaan cukai terbaru itu kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta pada kadar penginapan 60 peratus.

Cukai itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta caj perkhidmatan.

Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Turut dikecualikan ialah premis yang menyediakan penginapan kurang daripada 10 bilik, serta yang disenggara institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial.

Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu timbul selepas isu panas yang membabitkan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hamzah yang hangat baru-baru ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Kenyataan itu dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.

Menurut Sarawak Voice, isu yang tercetus timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.

Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai 'setahun jagung'.

"Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN." kata Nazri memetik laporan Sarawak Voice itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bayi Melecur Teruk Ditangan, Kalung Gelang Tangan Dipakainya Termasuk Dalam Lubang Soket Elektrik Ketika Merangkak
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular di laman sosial beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Kittisak Chimmanee, menunjukkan pergelangan seorang kanak-kanak telah mengalami kecederaan teruk akibat terkena renjatan elektrik.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Songkhla, Thailand itu dipercayai terjadi apabila loket gelang tangan kanak-kanak malang itu telah termasuk ke dalam lubang soket elektik.

Bayi itu dikatakan telah merangkak melalui 'extension' berkenaan iaitu kedudukan loket betul-betul lubang soket menyebabkan renjatan elektrik berlaku.

Memetik tulisan portal Amarin Baby & Kids, bayi berkenaan bagaimana agak bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya walaupun luka terbakar yang dialaminya agak teruk.

Kes ini sebagai satu iktibar supaya ibu bapa lebih berhati-hati, jangan pakaikan gelang yang mempunyai kalung halus yang terlalu panjang bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.

Walaupun keadaan soket dilihat berbeza dan tahap keselamatan soket di Malaysia mungkin lebih selamat, tetapi beringatlah, mana tahu lama-lama pakai 'extension' yang kita guna itu rosak dan boleh mengundang kejadian tidak diingin ini terjadi. - Siakapkeli.my

Cuba Halau Burung Guna Batang Aluminium Berhampiran Kabel KTM, Penyelia Pembersihan Kritikal Disambar Arus Bervoltan Tinggi
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Gara-gara cuba menghalau burung menggunakan batang aluminium berhampiran dengan kabel elektik milik KTM, seorang penyelia pembersihan kritikal selepas disambar arus elektrik bervoltan tinggi di Stesen KTM Sentul di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Suhaidi, 47, seorang pekerja kontraktor kebersihan dikatakan menjolok sesuatu menggunakan batang aluminium semasam melakukan kerja pembersihan.

Menurut jurucakap KTM Sentul, ada pihak yang mendakwa dia cuba menghalau burung menggunakan batang aluminium berkenaan.

"Tindakan mangsa menggunakan besi aluminium itu membolehkan arus elektrik mengalir dan merenjat tubuhnya. Difahamkan mangsa mengalami lecur 80 peratus pada tubuhnya.

"Pihak KTM sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian itu," katanya yang turut memaklumkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Sejak pagi tadi telah tersebat satu rakaman video yang menunjukkan mangsa terbaring dibantu petugas perubatan viral di media sosial sejak beberapa jam lalu. - Siakapkeli.my

1 Maut, 7 Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 3 Kenderaan
siakapkeli.my

Kuala Pilah - Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan di Kampug Inas, Kuala Inas pagi tadi.

Menurut BH Online, dalam kejadian kira-kira 8.20 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia memandu sebuah Proton Preve.

Pemandu Preve yang berusia dalam lingkungan 50-an itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat rakannya yang lain cedera.

Pemandu dan penumpang Proton Exora iaitu dua wanita serta penunggang motosikal, wanita Orang Asli, turut cedera dalam kemalangan itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, PBK II Adnan Yaacob, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi dan ke lokasi bersama satu jentera dan tujuh anggota.

"Semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam termasuk memadam enjin Proton Preve yang terbakar kira-kira 30 peratus akibat kemalangan itu," katanya di sini. Adnan berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: BH Online

"Hati Saya Sudah Sejuk, Saya Dah Maafkan Dia, Jadi Saya Padam Video Tu Dari Facebook," - Mohd Azrul
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita sedang mengamuk selepas tidak berpuas hati sengan seorang lelaki kerana dikatakan menghalangnya untuk keluar di pintu kedai stesen di Bukit Senyum, Johor Bahru.

Bagaimanapun video memaparkan wanita mengelaurkan kata-kata kesat itu yang telah ditonton oleh 500,000 orang itu sudah dipadam.

"Hati saya sudah sejuk, saya sudah padam video itu di akaun Facebook saya, semalam. Saya maafkan dia dan saya juga minta maaf," kata pemilik video berkenaan.

Menurut beliau, dia mahu meminta maaf kepada wanita itu namun tiada saluran yang boleh menghubungkannya dengan wanitanya.

Beliau berkata, pertengkaran bermula apabila dia sedang menuju ke pintu keluar dari dalam kedai dengan pergerakan yang perlahan kerana sedang membaca mesej pada telefon bimbit di tangannya.

"Secara tiba-tiba seorang wanita datang dari belakang dan memarahi saya sambil memaki hamun kerana dianggap menghalang laluannya untuk keluar sedangkan terdapat satu lagi pintu keluar di sebelah."

"Pada mulanya saya mahu minta maaf, tetapi apabila dia membodohkan saya di hadapan orang ramai, saya menjawab dengan mengatakan masih ada satu lagi pintu boleh digunakan.

"Tidak cukup dengan membodohkan saya, dia mengeluarkan kata-kata kesat sambil menjerit-jerit sepanjang dia berjalan ke keretanya," katanya.

Selepas keluar, wanita berkenaan dilihat masih belum berpuas hati dengan bertindak menghalang motosikalnya untuk keluar dari tempat meletak motosikal di mana seorang lelaki dari dalam kereta wanita itu bertindak mengambil gambarnya.

"Saya takut gambar saya akan disalah guna atau difitnah, jadi saya bertindak untuk merakam video wanita itu sambil menceritakan apa yang berlaku sebagai bukti jika berlaku apa-apa pada saya.

"Tujuan saya memuat naik video itu di akaun Facebook saya hanya untuk mendapatkan respon dari rakan, tidak sangka ia boleh menjadi tular sebelum saya padam semula video itu semalam," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ahli politik beri beras tak bermutu dibungkus semula, diletak tanda harga mahal
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

KETUA Umno Bahagian Permatang Pauh, Dato Zaidi Said didakwa memberikan bantuan beras yang dibungkus semula dan diletakkan tanda harga mahal walhal isinya adalah beras tidak bermutu dan berbau masam apabila dimasak.

Perkara itu didedahkan oleh salah seorang wanita yang turut menjadi mangsa menerima beras tersebut.

Dalam 'posting' yang memuji-muji Dato Zaidi kononnya berjaya menambat hati golongan berpendapatan rendah di Permatang Pauh, seorang wanita tampil mendedahkan 'tembelang' beliau.

Ulasan oleh Nora Honey dikirim di ruangan komen tentang program petrol percuma di halaman facebook (page) Team Zaidi Permatang Pauh (page rasmi Dato Zaidi).

"Maaf datuk saya nak komen kenapa baru-baru (ini), penduduk di Seberang Jaya diberikan beras yang dipek semula, beras yang dipek semula cantik tapi isinya alamak beras yang tak bermutu.

Harga siap tulis mahal tapi bila saya masak beras tu berbau masam. Kalau nak bagi tu berilah dengan ikhlas ini macam memberi atas alasan..." tulisnya.

Tergamak ahli politik ini menipu orang susah demi mendapatkan sokongan politik. Mereka datang dengan gembira dengan penuh harapan untuk menerima bantuan, tapi kasihan ditipu oleh ahli politik tidak berhati perut.

Sumber — Page Datuk Zaidi (sila klik sebelum posting itu dipadamkan)

Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/ahli-politik-beri-beras-tak-bermutu.html#ixzz4jl7BWGR2

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 13, 2017 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penguatkuasa kena maki mahu rampas barang jualan peniaga OKU
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

RAKAMAN video sekumpulan penguatkuasa dimaki oleh seorang wanita penjual 'fidget spinner' menular (viral) di laman sosial Facebook.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Difahamkan dalam rakaman itu, wanita terbabit yang meniaga bersama anak lelakinya, orang kurang upaya (OKU) tidak berpuas hati apabila barang jualannya mahu dirampas oleh sekumpulan penguatkuasa DBKL di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

"Awak pangkat besar, tak apalah awak ada gaji, kita orang tak ada gaji tau. Kita orang nak meniaga. Agama tak ajar kita macam ni, dalam Islam tak pernah ajar macam ni," jerit wanita tersebut kepada sekumpulan penguatkuasa yang lengkap memakai pakaian seragam.

Seorang lagi rakan peniaga wanita terbabit turut mempertahankannya dengan mempertikaikan mengapa barang jualan milik peniaga OKU berbangsa Cina tidak dirampas.

"Malulah orang Melayu, anak dia ada kad OKU. Ni orang Cina OKU, orang Melayu OKU kena kacau," kata seorang lagi wanita sambil menunjuk ke arah peniaga OKU berbangsa Cina yang berdekatan.

"Awak tak ada anak macam ni, saya tak pernah minta bantuan sikit pun daripada kerajaan. Awak boleh check nama anak saya Muhammad Amir Anwar, tak pernah minta bantuan kerajaan langsung.

"Tapi saya cuma nak meniaga sahaja, saya malu dengan bangsa Melayu macam ni tahu tak? Orang Islam.

"Anak saya ni O.K.U sekolah tahfiz, awak tahu tak anak saya ni sekolah tahfiz tak pernah minta bantuan kerajaan pun,

"Anak saya sekolah tahfiz awak tau tak? Belajar sekolah tahfiz, tak pernah minta bantuan kerajaan bakal jadi imam saya," jerit wanita itu kepada penguatkuasa.

Dalam rakaman itu, orang ramai yang berada di kawasan sekeliling, dilihat turut bersimpati dengan wanita tersebut. Kumpulan penguat kuasa itu akhirnya dilihat beredar sekaligus membatalkan tujuan asal untuk merampas barangan peniaga berkenaan.

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik 'button play' untuk menonton.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/06/penguatkuasa-kena-maki-mahu-rampas.html#ixzz4jswhdgqE

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: