Tuesday, June 20, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4778[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4778

Messages

Tue Jun 20, 2017 8:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Jadual perjalanan balik raya 2017 PLUS untuk yang nak balik kampung
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Macam biasa setiap kali datangnya musim raya, pihak PLUS akan keluarkan jadual perjalanan balik kampung. Jadual yang dikeluarkan hanyalah cadangan sahaja.

Anda tak wajib nak ikut teruk-teruk sampai boleh. Kalau dah tak boleh ikut, takpa la. Tak payah nak frust sangat. Tapi kalau yang tak ada apa-apa halangan dan keperluan, eloklah sangat ikut saranan yang PLUS keluarkan ini.

Jadual perjalanan balik raya 2017
Berikut saya lampirkan jadual ringkas yang kalau boleh semua orang yang nak balik raya nanti ikut waktu yang telah dicadangkan dalam gambarajah ringkas di bawah ini.

Jadualnya mudah saja.

a.. Pastikan anda buat perjalanan dalam tarikh bermula dari 21hb Jun 2017 sehingga 3hb Julai 2017.
b.. Bagi anda yang ada kat Lembah Klang dan nak balik Pulau Pinang macam saya kena keluar sebelum pukul 10 pagi.
c.. Begitu juga kalau anda nak balik ke semua kawasan Utara seperti Perlis, Kedah dan Perak Utara macam Taiping.
d.. Kalau nak balik ke Johor dari Lembah Klang pun kena keluar sebelum pukul 10 juga.
Jadual yang sama juga boleh anda ikut bila nak masuk ke bandar semula selepas habis raya. Maksudnya kalau anda datang dari sebelah Utara iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak Utara, keluar balik ke Lembah Klang sebelum pukul 10 pagi. Macam tu juga kalau nak balik ke Johor.

Rebut tawaran diskaun dari PLUS
Ada satu lagi perkara penting kalau anda nak balik raya nanti. Selain dari cadangan untuk ikut jadual perjalanan balik kampung yang PLUS berikan kat atas tu, ada satu lagi tawaran penting dan menarik.

Anda boleh jimatkan kos perjalanan sehingga 30%, kalau ikut apa yang ditawarkan oleh PLUS dari segi tarikh perjalanan yang mahu diambil untuk balik kampung. Anda juga perlu pakai kad PLUSMiles untuk dapat diskaun 30% tersebut.

Kalau anda pakai kad Touch n Go, hanya diskaun 10% sahaja akan diberikan.

Kalau nak dapatkan diskaun tersebut, anda hanya perlu lakukan perjalanan pada tarikh yang berikut:

a.. 19, 20 dan 21 Jun 2017. (Isnin,Selasa dan Rabu) Awal satu minggu sebelum masuknya hari raya. Kalau dapat balik awal macam ni memang bagus sangat sebab lebih murah dan trafik tak berapa banyak sangat.
b.. 28, 29 Jun 2017, dan 3 Julai 2017. (Rabu, Khamis dan Isnin). Ini waktu perjalanan selepas habis raya kat kampung.
Pada tarikh-tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa. Rebat tol 30 peratus dan 10 peratus tersebut akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentukTambah Nilai) apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai hingga 14 Oktober yang akan datang.

Rebat ini tidak meliputi transaksi tol di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, TanjungKupang dan Jambatan Pulau Pinang.

Rujuk lampiran kat bawah untuk tawaran diskaun.

Berhati-hati balik raya nanti
Sempena hari baik dan bulan bak ini, saya nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua pembaca blog ini samada yang saya kenal mahupun tak kenal.

Semoga perjalanan balik raya kali ini selamat dan sejahtera kesemuanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 20, 2017 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Guna Laman Web ini Untuk Periksa Keadaan Jalan Raya Sempena Balik Kampung
siakapkeli.my

Salah satu kebimbangan yang sering melanda pemandu-pemandu yang ingin pulang ke kampung pada hari raya adalah keadaan lalu lintas yang sesak atau selalu disebut orang kita sebagai 'traffic jam'.

Memang benar kesesakan jalan raya tak dapat dielakkan lebih-lebih lagi bila perayaan menjelang tiba namun adalah lebih baik jika sekurang-kurangnya kita tahu sejauh mana 'jam' atau dimana titik-titik 'jam' supaya boleh kita rancang perjalanan. Sebagai contoh, kalau jam dah terlampau panjang dan kita sendiri pun penat, boleh lah cari tempat-tempat selamat untuk berhentikan kenderaan dan tidur.

Bagi yang ingin memeriksa status trafik di lebuhraya-lebuhraya dan jalan-jalan utama di ibu negara, boleh berbuat sedemikian menerusi laman Jalanow.com.

Apa yang menarik tentang laman ini adalah menunya disusun secara rapi bagi memudahkan interaksi pengguna dengan laman itu.

Menyelusuri bahagian dalam satu-satu jalan pula, pengguna akan dibekalkan dengan gambar-gambar terkini keadaan trafik di jalan-jalan yang terlibat.

Kebanyakan gambar yang diberikan diambil berdekatan tol, jadi orang ramai boleh mengagak keadaan trafik di jalan yang mahu diredah.

Jika takut kehabisan data pula, jangan risau kerana laman itu hanya memaparkan gambar-gambar terkini, bukannya video.

Pandu selamat raya ini dan rancang perjalanan sebaik mungkin!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 20, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Buat Rakit Sendiri Dan Tanpa Alat Bantuan Lengkap, Abang Dan Adik Nekad Bergilir-Gilir Selam Untuk Cari Taufik
siakapkeli.my

Untuk mencari adik kesayangannya yang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Hulu Langat petang Jumaat lalu, Khaidirratul Alias, 28, dan adik berdiknya sanggup membina rakit sendiri dan menyelam sehingga menjumpai mayat.

Menurut Khaidirratul yang merupakan abang sulung berkata, dia bersama dua adik, Mustakim Alias, 26, dan Khusairy Alias, 20, disertai empat lagi rakan membina rakit sendiri bagi mencari Taufik yang hilang dalam sungai berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat.

"Kami menyelam dengan membawa rakit yang dibina menggunakan pelampung untuk mencari Taufik di dasar sungai bermula 12 tengah hari (semalam).

"Kami bertukar giliran menyelam (dengan hanya menggunakan gogal) dan berehat di atas rakit dan selepas 30 minit, akhirnya menemui mayat Taufik tersangkut pada pohon kayu dengan kepalanya tenggelam dalam air manakala kakinya terapung," katanya dipetik laporan Bernama.

Kredit gamabr: FB Mustakim Alias

Khaidirratul, selepas menemui adiknya yang sudah tiga hari hilang itu mereka segera membawa naik mayat Taufik yang ditemui di Sungai Tanjung Niah, Hulu Langat menggunakan rakit sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Mayat Taufik, anak ketiga daripada lima beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Langat malam tadi.

Sebelum ini tular sebuah rakaman video berdurasi 44 saat di media sosial di mana menunjukkan Taufiq \ sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus deras banjir kilat ke arah Sungai Serai, sambil penduduk menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Ketika kejadian Taufik sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Dusun Nanding selepas pulang dari kerja di kebun milik keluarganya di Sungai Lui untuk berbuka puasa.

Dia yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mengalami masalah melibatkan mental dan kekurangan fizikal selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya tujuh tahun lalu.

Khaidirratul berkata, mereka nekad menyelam mencari Taufik pada hari ketiga berikutan usaha mencari yang dilakukan mereka melalui jalan darat tidak berjaya.

Menurut ayah arwah, anaknya Alias Sagi, anaknya itu telah cuba diselamatkan namun tidak berjaya kerana seluarnya tersangkut pada motosikal yang sedang dihanyutkan. - Siakapkeli.my

Mayat Lelaki Hanyut Ketika Banjir di Hulu Langat Ditemukan Terapung
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 19 Jun - Mayat pemuda kurang upaya berusia 23 tahun yang hanyut dibawa arus ketika banjir kilat di Hulu Langat kelmarin ditemukan hari ini.

Mayat lelaki terbabit ditemukan kira-kira satu kilometer dari IKBN Dusun Tua dekat sini.

Utusan Online melaporkan, menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd Shafiq Ramli berkata, mangsa ditemukan terapung oleh penduduk kampung diTanjung Niah pada pukul 2.54 petang.

Sebelum ini, video kejadian viral di media sosial.

Sumber: Utusan Online

"Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor," Bapa Sangkal Tuduhan Dan Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Anaknya
siakapkeli.my

Sejak semalam menjadi tular di laman sosial sebauh video yang menunjukkan seorang lelaki dihanyutkan arus deras banjir berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua Jalan Hulu Langat.

Mangsa yang dikenali sebagai Taufik Alias, 24 yang dikhuatiri lemas sehingga kini masih belum berjaya dijumpai oleh pihak bomba yang menjalankan operasi menyelamat.

Video berkenaan bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana ada yang menuduh lelaki berkeaan cuba menyelamatkan motonya yang dibawa arus deras.

Semalam, bapa mangsa, Alias Sagi, telah tampil menyangkal tuduhan segelintir netizen berkenaan, menurut beliau dia telah mendapat cerita sebenar dari seorang lelaki yang ada di dalam video yang cuba menyelamatkan Taufik.

"Seorang lelaki bernama Wan yang cuba selamatkan anak saya itu beritahu, sebenarnya dia bukan cuba selamatkan motor, dia cuba lepaskan diri dia dari moto yang hanyut itu, dia memang cuba lepaskan diri dia, tapi mungkin seluar tersangkut."

"Jika kita lihat dari atas(video) seolah-olah dia sayangkan motor, sebenarnya dia cuba nak lepaskan dirinya, lelaki yang cuba selamatkan dia itu hanya sekaki lagi nak capai," jelasnya beliau.

Kredit Video: Youtube Berita Nasional RTM

Menurut abang mangsa, Mustakim Alias menyatakan yang adiknya itu bukan cukup sifat seperti orang lain, dia adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya tujuh tahun lalu.

Kemalangan berkenaan telah membuatkan Taufiq mengalami kekurangan dari segi keupayaan mental dan fizikalnya.

SYaf Ibrahim

Selesai Majlis bacaan yassin..dirumah mohd taufeq bin alias mangsa banjir kejadian lemas di ikbn hulu langat..
Wat masa kini misi pencarian terus diusahakan mencari sampai ke sungai sepang..
Mohon kerjasama dr semua pihak supaya tdk mengatakan taufik alias sudah meninggal selagi mayat tidak dijumpai lagi..
Utk menghormati ahli keluarga mangsa..
#prayforwargalangat

Beliau memohon kepada semua agar menghormati keluarga dengan memberhentikan spekulasi yang tidak berasas kerana ketika ini semua ahli keluarga sedang bersedih.

Pihak keluarga mangsa pada malam tadi telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat dengan harapan Taufiq dilindungi dan ditemui dalam keadaan selamat.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor sudah mengerakkan tiga unit bot penyelamat ke kawasan yang masih ditenggelami air di Hulu Langat untuk operasi mencari yang disambung pagi ini. - Siakapkeli.my

Sumber: RTM 1, Fitri, Mustakim Alias

KEMASKINI

*Motosikal milik mangsa telah ditemui - Sumber

Operasi Mencari & Menyelamat Lelaki 24 Tahun Dibawa Arus Diperhebat, Keluarga Sudah Buat Laporan

siakapkeli.my

HULU LANGAT, 17 JUN: Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang berusia 24 tahun yang dilaporkan dihanyutkan oleh arus deras dalam insiden banjir di Hulu Langat diperhebat.

Menurut Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Mohd Syafiq Ramli, operasi mencari mangsa, Taufik Alias, yang dilaporkan hilan gdi kawasan IKBN Hulu Langat masih dijalankan.

"Kita telah memulakan operasi mencari mangsa sejak jam 8 pagi tadi dengan mengerahkan seramai 19 orang anggota bomba sehingga mangsa ditemui.

"Selain itu juga menerima bantuan daripada unit khas kita serta dibantu anggota dari balai Shah Alam dan Pelabuhan Klang," katanya sebagaimana lapor Selangor Kini.

Turut difahamkan, kejadian itu sudah mendapat pengesahan pihak polis sendiri.

"Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis tentang kehilangan mangsa dan pihak kami telah pun membuat pemantauan sejak jam 2 pagi semalam selepas makluman diterima," katanya.

Sebelum ini, video yang memaparkan mangsa dibawa arus deras menjadi viral di media sosial.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, seorang penunggang motosikal dibawa arus sambil beberapa penduduk di kawasan berhampiran menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Mangsa dilihat terkapai-kapai di dalam air sebelum dibawa arus ke arah Sungai Serai.

Sumber: Selangor Kini

Tue Jun 20, 2017 8:53 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To: "
Sent: Tuesday, June 20, 2017 11:15 PM
Subject: "Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor,"

Kerajaan Batal Hasrat Kenakan GST Terhadap Lebih 60 Barangan Makanan
siakapkeli.my

Pihak kerajaan dilaporkan telah membatalkan hasrat untuk mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 barangan makanan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Subromaniam Tholasy berkata, keputusan berkenaan diambil selepas pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, laporan media itu berdasarkan Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun lalu.

"Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklumbalas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 dibatalkan," kata Subromaniam dalam kenyataan.

Akhbar China Press sebelum semalam melaporkan bahawa Subromaniam telah mengesahkan pada 1 Julai lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Makanan yang terlibat adalah seperti belut dan ikan todak, manakala buah-buahan diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri, beri bihun, kuey teow, laksa mee, minyak kelapa, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis. - Siakapkeli.my

Sumber: Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Lebih 60 Jenis Barangan Makanan Akan Dikenakan GST Bermula 1 Julai
siakapkeli.my

KEMASKINI

Kerajaan Batal Hasrat Kenakan GST Terhadap Lebih 60 Barangan Makanan

Berita sebelumnya.

Bermula 1 Julai ini, lebih 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), lapor The Star.

Antara barang yang akan dikenakan GST adalah makanan laut tertentu, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi berdasarkan laporan akhbar China Press semalam.

Menurut portal berkenaan lagi, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy telah mengesahkan perkara ini di mana kenyataan penuh akan dikeluarkan pada hari ini.

"Ia hanyalah beberapa barang yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya.

Foto China Press

Antara barang makanan yang dikenakan GST bermula 1 Julai ini adalah termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, nectarines, ceri dan beri.

Untuk sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST berkadar sifar.

Manakala barangan lain yang bakal dikenakan GST adalah termasuk bihun, kuey teow, laksa mee dan minyak kelapa.

GST telah diperkenalkan pada April 2015 dalam bentuk cukai 6 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan, untuk senarai lengkap barangan dan perkhidmatan berkadar sifar, lawatan gst.customs.gov.my atau www.federalgazette.agc.gov.my. - Siakapkeli.my

Selepas raya, mi dan buah-buahan import dikenakan GST, kata laporan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Beberapa barang makanan yang selama ini dikecualikan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal naik harga, susulan keputusan kerajaan menamatkan pengecualian cukai 6% itu, menurut laporan China Press.

Mulai 1 Julai, lebih daripada 60 barang makanan akan dikenakan GST, termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy ketika dihubungi FMT berkata kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan petang ini.

Antara makanan yang terkesan ialah belut, ikan todak dan buah-buahan yang diimport seperti avokado, buah ara, anggur, buah pic, ceri dan beri.

Barang makanan lain yang akan dikenakan GST 6% termasuk bihun, kuey teow, laksa mi dan minyak kelapa.

Di bawah kategori sayur-sayuran, kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis akan mula dikenakan GST.

Kerajaan memperkenalkan GST 6% ke atas barangan dan perkhidmatan pada April 2015.

Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober 2014, Datuk Seri Najib Razak membutirkan beberapa barang makanan yang dikecualikan GST.

Antaranya ialah semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport, roti putih dan roti wholemeal, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko, dan mi kuning, kuey tiau, laksa dan bihun.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 20, 2017 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Bagaimana Isa Samad boleh dilantik sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714?
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
ISA SAMAD PEMANGKU PENGERUSI SPAD?

Semalam Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Tan Sri Isa Samad sah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holding (FGVH) dan atas jasanya itu, beliau kemudiannya dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Pengumuman perlantikan Isa sebagai pemangku SPAD mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat dan parti politik.

Ramai mempertikaikan kewajaran ISA dibawa ke SPAD setelah terdapat percakaran dan krisis pengurusan dalam FGVH sehingga menimbulkan kemelut.

Najib mengumumkan perlantikan Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sepertimana perletakkan jawatan serta merta Isa sebagai Pengerusi FGVH. Bagaimana Isa boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD dengan berkuatkuasa serta merta?

Adakah Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sudah ditadbir secara membuta tuli tanpa mengikut undang-undang dan peraturan?

Mengikut Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Pengangkutan Awam Darat hendaklah melantik seorang Pengerusi, seorang Ketua Pegawai Eksekutif, tidak lebih 5 orang wakil Kerajaan dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak lebih daripada 5 orang anggota lain yang pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat untuk menganggotai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pengerusi dan seluruh anggota Suruhanjaya kecuali Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tidak lebih 3 tahun.

Selain itu Akta 714 juga telah memperuntukkan dengan jelas bahawa Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi dalam keadaan jawatan Pengerusi kosong; Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau Pengerusi tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.

Difahamkan sekarang jawatan Pengerusi SPAD telah kosong dengan persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar justeru Menteri boleh melantik mana-mana anggota Suruhanjaya untuk berfungsi sebagai Pengerusi.

Persoalannya sekarang bagaimana Isa Samad boleh dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD berkuatkuasa serta merta sedangkan Isa bukan anggota SPAD mengikut Akta 714? Bagaimana Perdana Menteri boleh umumkan perlantikan jawatan Isa berkuatkuasa serta merta tanpa mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada? Sejak bila ada jawatan Pemangku Pengerusi di dalam Akta 714?

Adakah Kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak peduli sebarang undang-undang dan peraturan demi kelangsungan kepentingan politik tertentu?

Jika Kerajaan sendiri tidak mempedulikan undang-undang dan peraturan, bagaimana Kerajaan akan dipandang tinggi dan dihormati?

Negara punah kerana Umno/BN.

Malaysia bukan harta pusaka Umno/BN. Malaysia hak kita bersama.

ZULHAZMI SHARIFF
20062017
25 Ramadhan 1438

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 20, 2017 8:51 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Pulang Berhari Raya Ke Kampung Halaman, Ini Senarai Ubat-Ubatan Yang Perlu Dibawa Sekali, Untuk Sakit-Sakit Ringan
siakapkeli.my

Foto: Huffingtonpost

Kemeriahan dalam menyambut hari raya kini kian terasa, ramai di antara kita sudah mula berpusu-pusu untuk membeli persiapan hari raya, seperti baju raya, kuih-mueh, mahu pun menghantar kenderaan untuk diservis.

Dalam pada itu, sudah apsti tatkala nak balik raya, segala kelengkapan yang perlu dibawa pulang akan disusun rapi agak tidak lupa di kemudian hari nanti. Faktor keselamatan rumah juga tak lupa untuk diperiksa.

Tapi, dalam buat persiapan, janganlah pula lupa untuk bawa ubat-ubatan sebagai langkah berjaga-jaga, mana tahu dah seronok menjamu selera, tiba-tiba sakit perut pula.

Menerusi perkongsian dari Dr SazOne Sham, terdapat beberapa senarai ubat-ubatan yang harus dibawa pulang ke kampung, takut-takut banyak klinik, atau farmasi yang akan tutup nanti.

Moh kita tengok apa ubat yang perlu ada nanti.

Foto: midvalleymegamall

Seronok di pagi Hari Raya. Tidak sia-sia persiapan awal yang dilakukan. Baju melayu berbutang motif keris, segak digayakan dengan samping dan songkok.

Kuih semperit dan batang buruk dirasa. Enak, tidak terperi rasanya. Di atas meja banyak lagi kuih muih. Semuanya dibeli awal Ramadan lagi daripada rakan sepejabat.

Tiba-tiba.... "Bang, anak batuk & selesema sejak pagi tadi. Nampak tak selesa langsung".

Bingung. Usai solat sunat Hari Raya, berkejaran ke pekan. Klinik kesihatan memang tutup. Klinik 1Malaysia pun sama. Klinik swasta pun tutup belaka. Di kedai farmasi, ahli farmasi juga bercuti.

Hanya satu fasiliti kesihatan yang tidak tutup. Fasiliti yang setia 24/7 menerima pesakit. Sudah tentulah Jabatan Kecemasan & Trauma.

Sampai sahaja di hospital, terus ke triage. Mengadu kepada petugas di situ. Pendaftaran awal dilakukan. Melangkah sahaja ke ruang menunggu.... "Masya Allah, ramainya orang. Tidak beraya ke diorang ni?"

Di tenung angka giliran. Zon Hijau. 1056. Monitor di atas bilik rawatan menunjukkan nombor 1016. Bermakna ada 40 pesakit yang sedang menunggu giliran di Zon Hijau. Ambulans bersilih ganti tiba. Mangsa kemalangan belaka. Terus dibawa masuk ke Zon Merah dan Kuning. Maklumlah, kes kecemasan memang diberi keutamaan.

Terpandang satu poster. Besar tulisannya, "Jika nombor panggilan tidak dipanggil menurut giliran bermakna kes kecemasan diutamakan."

Habis. Sia-sia membuang masa di Hari Raya akibat tiada persiapan awal. Baju dan kuih di beli awal, tetapi ubat-ubatan?

Foto: mylovelyfamily-ana

Sediakanlah payung sebelum hujan. Sediakanlah ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan. Beberapa jenis ubat yang perlu disediakan awal sebelum pulang ke kampung:

1. Ubat-ubat bagi penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, asthma dan lain-lain.

2. Panadol tablet dan sirap. Ini untuk kegunaan jika mula demam dan sakit kepala. Sirap panadol untuk kegunaan kanak-kanak.

3. Ubat selesema yang boleh juga digunakan jika terkena alahan atau gatal-gatal.

4. Ubat batuk. Beri kelegaan paru-paru.

5. Ubat untuk sakit perut. Maklumlah makan tidak dijaga. Perut terkejut. Infeksi virus menyebabkan cirit-birit.

6. Ubat tahan sakit. Mungkin diperlukan terutama jika paras asid urik tinggi. Lepas pekena berpinggan-pinggan rendang daging lembu dapat pula kesakitan akibat gout.

Maka, ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ini. Tindakan anda akan menjadikan cuti Hari Raya anda lebih berbaloi disamping keluarga tercinta.

SazOne Sham
Petugas Raya ke-4

- Siakap Keli

Raya Dengan Penuh Kegembiraan & Selamat, 8 Tip Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Dari Berkunjung Ke Hospital Pada Musim Perayaan
siakapkeli.my

Dalam meraikan kemeriahan perayaan yang bakal kunjung tidak lama lagi, sudah pasti ramai di antara kita yang teruja untuk bersama keluarga tercinta, pulang ke kampung halaman.

Bila mana bersama sanak saudara, tidak kira kecil atau besar, keseronokan itu akan jelas terpancar, lagi-lagi dengan kesemua ahli keluarga akan berkumpul bersama dalam satu rumah.

Namun begitu, dalam keseronokan itu, kita tidak harus lupa untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri, tidak kira dari segi apa sekali pun. Sewaktu memandu pulang ke kampung halaman, menikmati juadah hari raya, mahu pun bersama saudara-mara

Jika boleh di musim peraayaan ini, tidak perlu untuk kita berada di klinik atau hospital atas sebab yang tidak diingini. Oleh itu, menerusi perkongsian oleh Dr Ahmad Zakimi Abdullah, terdapat beberapa pencegahan awal yang boleh kita lakukan, agar tidak perlu berkunjung ke klinik mahu pun hospital.

Mari kita ikuti akan apa yang dikongsi olehnya.

Foto: flickr

8 perkara yang boleh dielakan dari anda membanjiri Jabatan Kecemasan di musim raya.

1. Sambung ubat

Untuk pesakit-pesakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, sakit jantung, asthma dan lain-lain pastikan bawa semua ubat jika anda ingin balik ke kampung.

Jika stok ubat anda kehabisan, sila ambil/sambung terus ubatan di klinik dan pastikan ia mencukupi sebelum balik ke kampung. Jangan datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk ambil atau sambung ubat.

2. Kemalangan jalan raya

Memandangkan terlalu banyak kenderaan di jalan raya ketika musim raya, pastikan anda hati2 ketika memandu. Utamakan keselamatkan di jalan raya. Pastikan juga keadaan kenderaan diselenggara dengan baik. Untuk mat-mat rempit tu, kurang-kurangkan sikit aktiviti rempitan anda.

3. Kemalangan di rumah

Aktiviti memasak untuk hari raya ni sudah menjadi lumrah rakyat kita. Untuk kaum-kaum ibu pastikan jaga keselamatkan anda di dapur. Periksa dan pastikan tiada kebocoran gas yang boleh mengundang letupan dan kebakaran.

4. Mercun

Elakan dari kanak-kanak bermain mercun yang merbahaya. Kawal anak-anak anda diluar sana.

5. Darah tinggi & kencing manis yang tidak terkawal

Pastikan anda tidak tertinggal ubatan semasa beraya. Ambil ubat ikut aturan dan arahan dari doktor. Jaga juga pemakanan. Untuk pesakit kencing manis elakan dari makanan manis-manis.

Ingat skit kalau nak makan kuih-kuih raya. Depa buat tu pakai berkilo-kilo gula tau. Untuk pesakit darah tinggi, elakan dari makanan yang masin-masin (banyak garam) dan berkolestrol tinggi.

6. Keracunan makanan & jangkitan usus (acute gastroenteritis)

Seringkali ia berlaku di musim raya. Semua jenis makanan yang boleh dimakan anda nak bedal. Agak-agak juga la kann. Pastikan makan makanan yang bersih dan elok. Penyediaan makanan juga perlu bersih, cermat dan sedap.

7. Minta MC

Kami pastinya akan keluarkan MC (medical certificate) hanya untuk pesakit yang betul-betul sakit dan perlu berehat. Untuk pesakit hanya 'mc seekers' minta maaf ye, anda mememangnya tidak akan dilayan. Kami ni doktor yang berpengalaman dan tahu yang mana kaca atau permata. Harap maklum.

8. Penyakit berjangkit

Sememangnya penyakit berjangkit seperti jangkitan respiratori (acute pharyngitis, acute tonsilitis, pneumonia), diphtheria, measles (campak), chicken pox (cacar air), HFM disease (penyakit kaki, tangan & mulut) dan lain-lain mudah dijangkiti dan merebak dimusim raya.

Beberapa perkara perlu diamalkan:

i. Jaga kebersihan diri dengan membasuh tangan gunakan sabun atau guna hand sanitizer dan mandi jika perlu.

ii. Jangan benarkan tetamu mencium atau bermain dengan anak-anak kecil yang belum divaksinkan tanpa kebenaran ibubapa.

iii. Elakan dari mendekati golongan yang tidak divaksinkan (anti-vaksin). Kalau boleh elakan golongan ini mengunjungi atau dikunjungi kerana mereka berpotensi membawa penyakit berjangkit.

Semoga sedikit pesanan saya ini memberi manfaat kepada semua.

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya.

Dr Zek
Doktor Kecemasan

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Jun 20, 2017 8:52 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom

Susulan Video Viral Kononnya Beras Tiruan, Berikut Adalah Maklum Balas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
siakapkeli.my

Sebelum ini viral di lama sosial individu medakwa beras keluaran sebuah syarikat adalah tiruan yang mana cara eksperimennya hanya menggumpal nasi tersebut dan gumpalan itu melantun apabila dibaling.

Susulan daripada itu, berikut telah mendapat kenyataan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Laporan telah dimuatnaikkan oleh laman Facebook Kawalselia Padi Dan Beras.

MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MENGENAI ADUAN BERAS PLASTIK DI DALAM KAMPIT BERAS JENAMA RAMBUTAN SUPER SPECIAL TEMPATAN 5%

Merujuk kepada beberapa klip video yang telah viral di media-media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut. Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut.

Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.

Cawangan Kawalselia Padi dan Beras,
Bahagian Industri Padi dan Beras,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia
18 Jun 2017

Menurut individu lain, membalas dakwaan itu, juga membuat eksperimen dengan menggunakan beras jenama lain, hal yang sama tetap berlaku. Ini menunjukkan gumpalan itu melantun diatas sifat nasi itu sendiri yang mengandungi kanji. — Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 18, 2017 8:49 PM
Subject: Fw: Jabatan Kimia sahkan tiada 'beras plastik' dijual

Jabatan Kimia sahkan tiada 'beras plastik' dijual
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Imej salinan aduan polis yang mendakwa 'beras plastik' dijual di Kulai seperti tersebar dalam media sosial.JOHOR BARU, 13 Jun — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Johor mengesahkan tiada "beras plastik" dijual.

Sampel yang dikatakan sukar dikunyah dan berbau plastik apabila dibakar, seperti diadukan kepada polis, disahkan beras asli, lapor Berita Harian.

Kementerian itu mendapati sampel tersebut tiada benda asing atau plastik, dakwaan yang dibuat seorang pembeli sehingga ia menular di media sosial.

Pengarah KPDNKK Johor berkata analisis Jabatan Kimia diterima pihaknya Khamis lalu.

Khairul Anwar Bachok juga menyeru pengguna agar tidak resah dengan dakwaan itu.

Minggu lalu, seorang lelaki mengadu beras wangi Siam yang dibelinya hujung Mei di sebuah pasar raya di Kulai dicurigai diperbuat daripada plastik.

Tunggu Keputusan Sampel 'Beras Plastik'
mstar.com

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menghantar tiga sampel beras yang didakwa sebagai ''beras plastik'' dari sebuah pasar raya di Kulai ke Jabatan Kimia.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Johor, Aris Mamat berkata, pihaknya telah membuat tinjauan ke pasar raya itu pada 7 Jun lepas dan mengarahkan agar produk tersebut tidak dijual kepada pengguna.

"Keputusan daripada sampel tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin. Sekiranya benar produk tersebut mengandungi plastik, kita akan ambil langkah susulan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Sehingga kini, pihaknya hanya menerima satu laporan berkaitan kes 'beras plastik' ini dan akan mengambil tindakan sama sekiranya terdapat aduan lain.

Beliau berkata, kes tersebut dilaporkan berlaku di Kulai dan sebarang tindakan larangan jualan hanya boleh diambil sekiranya memperolehi bukti yang kukuh.
"Produk beras tersebut dialamatkan di Kedah, jadi kita meminta bantuan daripada KPDNKK cawangan Kedah bagi membantu menentukan kesahihan produk berkenaan," kata Aris.

Terdahulu, isu 'beras plastik' ini tular selepas seorang lelaki membuat laporan polis apabila mendapati beras yang dibelinya sukar untuk dikunyah.

Lelaki itu, P. Bhaskaran, 61, juga mendakwa telah bertindak membakar beras berkenaan dan mendapati ia mengeluarkan bau seperti plastik.

Menurutnya, dia membeli beras lima kilogram itu di sebuah pasar raya di Kulai pada harga RM21.85.-- Bernama

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/06/10/keputusan-ujian-beras-plastik/#MqvH2pwV7RrW7huR.99

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Tue Jun 20, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:

Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Wednesday, 21 June 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: