Sunday, June 18, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4775[2 Attachments]

15 Messages

Digest #4775
2
4
13
14

Messages

Sat Jun 17, 2017 9:33 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Adakah Ada Tanda Hitam Pada Dahi Nabi?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

DALAM sebahagian masyarakat terdapat stereotaip yang mengaitkan antara kesolehan seseorang dengan tanda hitam di kening atau dahi.

Tanda hitam pada kening tersebut seringkali dikaitkan dengan seringnya seseorang melakukan sujud atau sujudnya lama.

Persepsi semacam ini boleh-boleh saja, bahkan boleh dikata sebagai anugerah dari Allah yang patut untuk disyukuri.

Akan tetapi jangan tertipu dulu, belum tentu semua orang yang mempunyai tanda hitam di kening, adalah orang yang banyak sujud. Boleh saja tanda hitam di kening itu terjadi kerana terbentur tembok, kerana bekas luka, atau kerana dibuat-buat agar orang lain menganggap dirinya sebagai ahli sujud.

Namun hendaknya husnudz-dzan lebih kita dahulukan, bahawa orang yang mempunyai tanda hitam di kening itu adalah orang rajin solat, atau rajin sujud, kerana husnudz-dzan bukan hal yang buruk, bahkan merupakan sesuatu yang wajib kepada siapa pun, apatah lagi kepada sesama muslim.

Firman Allah:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang kepada sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku 'dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud "(Q.S. al Fath: 29).

Berdasarkan ayat di atas, maka sepintas lalu kita akan membuat kesimpulan bahawa persepsi sebahagian masyarakat seperti di atas adalah benar.

Ketika menafsirkan ayat ini, ada sebahagian ulama seperti Al-Imam Malik dan juga Sa'id bin Jubair, yang mengatakan bahawa bekas sujud itu adalah warna kehitaman yang nampak di dunia ini.

Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu serta Al-Hasan dan juga Az-Zuhri berpandangan lain. Mereka mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan tanda bekas sujud dalam ayat di atas ialah cahaya sujud yang terbesit di wajah, iaitu tanda sujud yang terus menerangi wajah mereka hingga di alam barzakh dan di hari kiamat. Jika yang dimaksud dengan tanda hitam itu adalah tanda hitam di kening maka tanda tersebut pasti akan hilang setelah badan dikebumikan.

Rasulullah -shallallahu alayhi wa sallam-sendiri tidak mempunyai tanda hitam itu. Dalam buku-buku sirah, baik sirah ataupun kitab-kitab hadits tidak dijumpai penjelasan adanya tanda hitam pada kening nabi.

عَنْ مَنْصُورٍ قَالَ قُلْتُ لِمُجَاهِدٍ (سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ) أَهُوَ أَثَرُ السُّجُودِ فِى وَجْهِ الإِنْسَانِ؟ فَقَالَ : لاَ إِنَّ أَحَدَهُمْ يَكُونُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ مِثْلُ رُكْبَةِ الْعَنْزِ وَهُوَ كَمَا شَاءَ اللَّهُ يَعْنِى مِنَ الشَّرِّ وَلَكِنَّهُ الْخُشُوعُ.

Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, 'tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud' apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah? Beliau menjawab, "Bukan, bahkan ada orang yang 'kapal' yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan 'kapal' yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang bejat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyu'an "(Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702).

Syeikh Ahmad ash Showi dalam kitab tafsirnya mengatakan, "Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang riya 'iaitu tanda hitam yang ada di dahi kerana hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid'ah)" ( Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al Fikr). Wallahu A'lam.

sumber islampos.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:33 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Penasihat Umum AMANAH (PAN) Ust Ahmad Awang cuba mengadu-domba

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Penasihat Umum Pan Ust Ahmad Awang cuba mengadu-domba dan memberikan gambaran buruk akan kehadiran PAS dalam kerajaan negeri Selangor ( dalam temuramahnya dengan sebuah akhbar tempatan). Sedangkan Tuanku Sultan Selangor lah yang menitahkan PAS kekal dalam kerajaan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Setiausaha Sulit Tuanku dalam perkara ini:

"Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin turut menyeru kepada semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang kestabilan kerajaan negeri Selangor.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Sultan Selangor berharap menjelang Ramadan ini, rakyat beragama Islam di negeri ini dapat menumpukan persiapan diri mereka untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam beribadat serta mengelakkan terlibat dari sebarang fitnah dan tohmahan."

Pan tidak sedar mereka itu hadir melalui pintu belakang. Tindakan tiada akhlak dan moral mencuri kerusi langsung tidak memberi kesan pada mereka dan hari ini tergamak dan bernafsu pula mahu memfitnah dan menabur tohmah tanpa menghormati langsung titah Tuanku Sultan seperti di atas.

Kata Ahmad Awang lagi PAS di Selangor akan gunakan kuasanya dipelbagai peringkat dari EXCO hinggalah Ketua Kampung untuk tujuan politik. Mengapa berkata begitu?

Mungkin dengan berkata begitu beliau mahu melihatkan betapa jijik dan gila kuasanya orang-orang PAS ini. Sedangkan yang menjijikkan dan jelas gila kuasa dalam hal ini adalah si pengkhianat dan pencuri kerusi.

PAS berjuang untuk memartabat dan menegakkan Islam. Tidak berjuang kerana gilakan kuasa, kedudukan, harta dan agenda peribadi mana-mana pihak.

Ada dan diberi kuasa kecil atau besar mana sekalipun maka Islamlah matlamatnya.

Menang kuasa secara sah dan telus Ustaz jangan sampai berbohong apalagi durhaka pada Tuanku.

Tingkatkanlah keimanan dan taqwa di bulan mulia ini.

ROSLAN SMS

Keluar PH… PKR Teroka Kemungkinan Berkerjasama Semula Dengan PAS?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Belum apa-apa gabungan pembangkang dalam Pakatan Harapan (PH) kini menuju jalan buntu selepas PKR enggan menerima cadangan supaya Tun Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi PH 'at all costs'.

Ditekan dengan desakan DAP, PAN dan PPBM untuk menerima Mahathir mengetuai gabungan tersebut, PKR kini meneroka kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Sumber yang rapat dengan pimpinan utama parti tersebut memberitahu Agendadaily, keputusan untuk 'meneroka kemungkinan itu' dibuat pada malam Rabu.

Dalam kata mudahnya, PKR sedia untuk meninggalkan PH dan menyertai gabungan pembangkang bersama PAS jika Mahathir diterima sebagai Pengerusi PH oleh DAP dan PAN.

"Asas PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR adalah kerana PKR bersama DAP dan PAN yang didakwa mengkhianati mereka, jika PKR keluar dari PH, maka hubungan PKR dan PAS akan pulih.

"Apatah lagi PKR dan PAS berkongsi kerajaan di Selangor, dan langkah tersebut akan lebih menguatkan PAS di Pantai Barat dalam PRU14," kata sumber tersebut.

PKR tidak dapat menerima cadangan PPBM supaya Mahathir menjadi Pengerusi PH kerana itu menjadikan dirinya sebagai pemimpin nombor satu pembangkang.

"PH tidak perlu didominasi oleh Mahathir, apatah lagi PPBM belum menunjukkan kemampuannya dalam pilihanraya.

"Kita pun tidak pasti apakah kekuatan PPBM… apa yang kita lihat tidak ada perubahan besar dikalangan pengundi Bumiputera untuk menyokong parti tersebut,"kata beliau lagi.

Menurutnya, 'think tank' yang rapat dengan PKR, Institut Darul Ehsan (IDE) akan membuat kajian kemungkinan jika sekiranya PKR keluar dari PH dan berkerjasama dengan PAS.

"Kajian akan dibentangkan selepas sambutan Aidilfitri,"katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita PKR setuju lantik Mahathir sebagai Pengerusi PH yang disiarkan sebuah portal pembangkang.

"Maaf tapi berita mengenai mesyuarat Biro Politik tidak tepat. Perbincangan masih berjalan. Pengumuman rasmi (akan dibuat) dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan," katanya.

Sebelum ini, Guan Eng telah memaklumkan DAP menolak sama sekali hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden PH. -Agenda Daily
........
http://peraktoday.com.my

Selepas Fitnah Anak, Fitnah Bapa. Itulah Amalan Akhir Ramadan Macai Pakatan. UMNO Boleh Goyang Kaki

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


'Character Assassination' atau dalam bahasa melayunya 'Pembunuhan Karekter' adalah suatu perlakuan atau tindakan yang dilakukan oleh satu pihak untuk merosakkan reputasi dan peribadi seseorang atau pihak seterunya.Tujuan dan objektif utamanya hanya satu, melakukan 'total damage' (kemusnahan seteruk mungkin) terhadap reputasi dan peribadi seterunya sehingga karakter beliau dilihat seperti 'mati' di mata orang-orang disekelilingnya atau masyarakat amnya.

Politik yang tak berasaskan Islam dan pembunuhan karekter adalah umpama aur dengan tebing, sesuatu yang tidak mungkin akan dapat dipisahkan. Ahli politik yang tidak berasaskan Islam dalam pejuangannya selalu menggunakan cara character assassination sebagai medium untuk memenangi sokongan orang sekeliling terhadapnya.

Mereka membina pasukan pembunuhan karakter menjadi senjata paling ampuh dalam menjahanamkan seterunya atau pimpinan atau parti yang tidak sehaluan dengannya.

Mari lebai bawa kepada perbahasan lebih mendalam untuk memahami perkara ini.

Dalam kajian kencing Rafizi Ramli melihat sikap pengundi PAS apabila berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan dimana PAS tidak bertanding. Apaka sikap pengundi PAS. Kata Rafizi 39% akan undi Pakatan Harapan, 23% akan undi BN dan 38% tidak akan mengundi mana-mana.

Dengan kedudukan sokongan 39% pengundi PAS, PAKATAN HARAPAN tidak berjaya mengalahkan BN. Oleh itu 38% yang tidak mengundi ini perlu ditarik supaya menyokong PAKATAN HARAPAN.

Mereka telah membina satu team untuk membuat kerja-kerja menarik sokongan pengundi PAS yang dijangkakan tidak akan meyokong mana-mana pihak jika berlaku pertandingan 2 penjuru PH-BN dimana PAS tidak bertanding.

Antara usaha ini ialah memburukkan PAS dengan memberikan gambaran PAS sekarang tidak seperti dulu, PAS Rasuah, PA tidak menentang kezaliman, Pimpinan PAS bermewahan dengan kebendaan, PAS cuba membentuk UG dengan UMNO pada PRU-14 nanti dan macam-macam tuduhan yang akan
merosakkan reputasi PAS dan peribadi pimpinan PAS.

Mereka membina team cybertropper yang dibayar untuk tujuan ini, dimana cybertropper ini akan membuat kerja-kerja terancang dengan maklumat yang dibekal supaya wujud keseragaman dalam serangan di media sosial. Wujud satu team lagi dipanggil SUPPORTER CYBERTROPPER yang memainkan peranan seolah-olah orang luar yang membenarkan apa yang dituduh oleh cybertropper penyerang tadi. Ini akan menambah kepercayaan golongan sasar seolah-olah perkara itu benar dan sah.

Oleh itu jangan hairan fitnah kepada PAS berluas-luasa kerana mereka bekerja untuk memenangkan matlamat mereka tanpa mengira dosa dan pahala. Politik bagi mereka adalah 'king' macam Najib anggap duit sebagai 'king'.

Sebelum ini lebai menulis beberapa artikel mengenai fitnah, anda boleh rujuk

Orang Tulis Pasal Kurban, Puak PAN Tulis Pasal Fitnah dan Maki Hamum


Kalau Tak Fitnah Tak Dikatakan Parti PAN

Facebook Ustaz Ahmad Awang Supporters buat fitnah solat dua imam

Ramadan Hilang Seri Dek Fitnah Berlegar Di Facebook Parti PAN

Pakatan Harapan Buat Kerja Bodoh Fitnah PAS.... Apakah mereka fikir ahli-ahli PAS diam diri?

Ahli Panel NUNJI'17 Tapi Kaki Penyebar Fitnah

Puak PAN + PH kini Sanggup Berbohong Dengan Petikan Tok Guru Abdul Nik Aziz

Akhbar PAN, AMANAH & portal PAN, MalaysiaDateline Penyebar Berita Putar Belit

Bersatu serang PAS dengan Fitnah Pada Ceramah-ceramah Mereka


Sejak Bila Puak PAN dah percaya dengan sebaran fitnah UMNO?

Fitnah dah Jadi Darah Daging cybertropper, facebooker PAN dan PH

MAIS selepas mesyuarat jamu "JAHEAIK" makan pun PAN buat fitnah

Malaysiakini guna teknik Sarawak Report Rosakkan Imej Mursyidur Am PAS

Kalau Inilah Cara Pemikiran Penyokong Pakatan Harapan, Sampai Bila Pun UMNO & Najib Tak Tumbang


Dulu Geng PANlah yang cuba mewahkan pimpinan PAS

Dan banyak lagi.... letih dah nak cari...
Team ini ramai dan dihantar dalam kumpulan yang berbeza. Jika anda cuba mengesan anda kena berada dalam semua groups... itu adalah MUSTAHIL untuk anda lakukan.

Bagaimana anda nak melawan mereka? Menolak fitnah jahat mereka.

Lebai telah mengesan "salah satu" kumpulan team cybertropper yang dibayar untuk membuat kerja fitnah danm menyerang PAS. Lebai dah senaraikan mereka ini sebelum ini. Mereka yang dikesan adalah

1. Mukhlis Eddie
2. Ada Ada Aje
3. Roslan Bin Ahmad
4. Hussin
5. Adili Isme
6. شربان سربيني‎
7. Faizul Izani
8. Awang
9 . Ray Hunter (ini DAP bayar)
10. Awang Al Kenit
11.Halim Md Noh
12.Wan Mohd Aman
13. Muhammad Radzi Ismail
14. Ija Deeja
15. Osman Ahmad
16. Zailan Ismail
17.Dima Ahmy
18. Hadi Anakwang
19. Othman Don
20. Ustaz Sepatu Al Gombaki
21. Amin Cilik
22. Wan Mohd Yusof
23. Nur Aulia Abdullah
24. Ibrahim Mat Isa
25. Redzuan Mohd (tukang buat design)
26. Wan Mohd Aman
27. SU Hamims

Apa yang anda perlu buat dengan mereka ini?

Anda boleh turun dan berhujah dengan mereka dengan memberikan hujah-hujah yang bernas, maklumat yang betul dan benar. Tunjukkan bukti bahawa apa yang mereka tulis adalah palsu dan fitnah semata. Jangan sekali maki hamum atau cerca mereka kerana memang mereka membuat perkara ini kerana mahu penyokong PAS maki hamum mereka. Kalau anda maki anda telah menyempurnakan tugas dan misi mereka.

Oleh kerana mereka ini Islam, ingatkan tentang azab Allah, dosa dan pahala dan berikan ayat-ayat Al Quran tentang dosa dan kesalahan menerima maklumat palsu yang berunsur fitnah. Apatah lagi menjadi tukang penyebar fitnah.

Itu cara terbaik, tapi cara ini jarang berkesan apabila manusia telah terima dan MAKAN DEDAK (guna hujah mereka). DEDAK dah penuh mulut serta kerongkong mana lagi sempat melihat kebenaran dan berfikir dengan waras.

Cara paling berkesan JANGAN LAYAN ATAU BALAS POSTING MEREKA. Biarkan begitu, biar mereka dengan puak-puak supporter mereka berbalas posting. Anda hanya lihat gelagat BODOH mereka.... Itu terbaik membuatkan MERAKA JADI KERA SUMBANG.

Anda boleh juga UNFRIENDs kalau tak mahu bersama orang yang membuat jahat.

Terpulang, tapi ingat jangan balas posting mereka biar mereka MERACAU!

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:33 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kenapa Syahredzan Johan, Dr Abdul Aziz Bari Dan Nizam Bashir Tidak Berani Persoal Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Bila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar, mengumumkan usul bagi melucut kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon, di atas alasan telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, diluluskan dengan 70 undi menyokong berbanding 10 undi membangkang di dalam persidangan DUN Sarawak pada 12 Mei 2017, sekurang-kurangnya tiga orang pakar perlembagaan telah menyifatkan perlucutan kelayakan ini adalah sah.

Di dalam laporan bertajuk "Pujut rep's disqualification lawful, says constitutional lawyer", akhbar The Star pada 12 Mei 2017 telah memetik Syahredzan Johan menyifatkan perlucutan kelayakan ini sebagai mengikut perlembagaan (lawful). Syahredzan dilapor menyatakan bahawa di bawah Perkara 17 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak, salah satu keadaan yang boleh menyebabkan perlucutan kelayakan ini terjadi adalah bila ADUN ini telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, dan perlucutan kelayakan ini tetap berlaku sekalipun kewarganegaraan negara lain ini telah dipulangkan kembali (renounced).

Di dalam laporan bertajuk "Constitution experts: Decision on Ting's disqualification is final" pula, portal berita Malaysia Kini pada 13 Mei 2017 telah memetik Syahredzan Johan menyifatkan perlucutan kelayakan ini sebagai muktamad (final). Syahredzan dilapor menyatakan bahawa di bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak, persoalan mengenai penamatan kelayakan ADUN adalah ditentukan oleh DUN dan keputusan DUN adalah muktamad. Tambah Syahredzan, adalah dipercayai bahawa ADUN adalah golongan yang bertindak dengan niat baik (act in good faith), sebab itu DUN diberikan banyak kuasa.

Seorang pakar perlembagaan yang pernah bertugas di UIA/UNISEL yang kini merupakan ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari, juga dipetik di dalam laporan portal berita Malaysia Kini pada 13 Mei 2017 bertajuk "Constitution experts: Decision on Ting's disqualification is final" sebagai berkata bila DUN telah membuat keputusan mengenai perkara ini maka ia tidak boleh diubah lagi. Dr Abdul Aziz dilapor menegaskan bahawa keputusan DUN adalah muktamad (final) dan tidak boleh disemak di mahkamah (not subject to review in court).

Di dalam laporan bertajuk "Sacked Sarawak rep could lose citizenship too, lawyer explains", portal berita Malay Mail On Line pada 13 Mei 2017 telah memetik Nizam Bashir sebagai berkata cubaan mencabar keputusan DUN di mahkamah adalah satu kerja sia-sia (a futile exercise) kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa tiada mahkamah boleh membatalkan keputusan mana-mana prosiding di dalam mana-mana DUN. Nizam dilapor menegaskan bahawa tindakan mahkamah adalah satu jalan mati (a dead end).

Menariknya, hari ini, 17 Jun 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Douglas Primus Sikayun, memutuskan bahawa ADUN Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon, kekal sebagai ADUN di atas alasan bahawa DUN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai penamatan kelayakan ADUN dan bahawa badan yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenainya adalah mahkamah pilihan raya (election court).

Hairannya, mengapa sehingga kini pakar-pakar perlembagaan seperti Syahredzan Johan, Dr Abdul Aziz Bari dan Nizam Bashir tidak berani mempersoalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching yang jelas bercanggah dengan pendirian tegas mereka sebelum ini? Apakah kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching ini menguntungkan Pakatan Harapan, khususnya DAP, maka mereka tidak berani mempertahankan pendirian mereka malah sanggup pula membiarkan wibawa mereka dihenyak di mata masyarakat umum?

http://www.thestar.com.my/…/syahredzan-johan-pujut-rep-dis…/

http://www.newsjs.com/url.php…

http://www.themalaymailonline.com/…/sacked-sarawak-rep-coul…

FB
DR KAMARUL AZMAN YUSOFF

Mahkamah putuskan Ting kekal ADUN Pujut

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Mahkamah Tinggi Kuching hari ini memutuskan supaya dikembalikan semula status Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut.

Dalam satu catatan Facebook oleh Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling hari ini, beliau berkata hakim memutuskan bahawa kehilangan kelayakan Ting tidak sah kerana pelbagai sebab.

Dewan Undangan Negeri Sarawak memutuskan pada 12 Mei lalu bahawa Ting telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat kerana didakwa mempunyai kerakyatan Australia.

Ini bermakna, pilihan raya DUN Pujut yang jadualkan pada 4 Julai tidak akan diadakan.

Bagaimanapun, BN Sarawak mungkin merayu keputusan mahkamah itu.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Douglas Primus Sikayun berkata bahawa perlembagaan jelas menyatakan bahawa jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya, mereka perlu membuat satu petisyen pilihan raya kepada mahkamah.

Di samping itu, Dewan Undangan Negeri, kata hakim, tidak mempunyai sebarang kuasa yang dinyatakan untuk berurusan dengan keputusan pilihan raya dan bahawa ia bukan satu badan yang kompeten untuk membuat keputusan mengenai isu-isu perlembagaan, demikian menurut posting Ling.

Hakim juga menganugerahkan kos RM100,000 kepada Ting.

Ting telah memfailkan saman pemula dengan Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuching pada 7 Jun, mencabar pemecatannya oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ia selepas beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat Pujut selepas satu usul dibentang di Dewan Undangan Negeri pada 12 Mei untuk membatalkan kelayakannya kerana didakwa memperoleh suatu kewarganegaraan Australia pada tahun 2012.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, pihaknya ingin mengesahkan tiada pilihan raya kecil Pujut ekoran keputusan mahkamah itu.

"Sehubungan dengan itu, SPR akur dengan perintah tersebut dan akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah itu.

"SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini," kata Mohd Hashim dalam kenyataan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:34 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Dataran Masjid Negara Penuh Dengan Bungkusan Nasi Belum Disentuh, Dari Niat Baik Bantu Gelandangan Jadi Satu Pembaziran
siakapkeli.my

Bersedekah adalah satu amalan yang mulia dituntut oleh Islam kepada umatnya untuk membantu golongan yang betul-betul susah dan memerlukan.

Memang diakui bahawa rakyat Malaysia begitu pemurah, kami di pihak Siakap Keli sendiri apabila melancarkan bantuan dana untuk mereka yang memerlukan, 90% dana akan berjaya sampai sasaran walaupun sasarannya sehingga ratusan ribu ringgit.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, ramai antara kita yang giat atau dalam perancangan melakukan kerja amal, kebanyakkan mereka akan memilih untuk memberi makanan kepada golongan gelandangan terutamanya memberi makanan untuk bersahur.

Namun, kerana terlalu banyak pihak yang tampil membantu, makanan yang disediakan menjadi terlalu banyak sehingga niat yang baik pada awalnya telah bertukar menjadi satu pembaziran yang amat ditegah dalam agama.

Dikongsikan oleh saudara Ahmad Husni, gambar-gambar pagi tadi 17 Jun 2017, jam 8.37 pagi, sesuatu yang amat menyedihkan, dataran Masjid Negara penuh dengan sampah dan ratusan bungkus nasi yang belum dimakan yang tidak disentuh.

Majlis yang mulanya dengan niat membuat amal jariah telah bertukar menjadi satu pembaziran yang amat dilarang dalam agama.

Artikel ini dinaikkan bukan untuk menyalahkan sesiapa, terutamanya mereka yang tampil memberikan bantuan ini, niat anda sungguh mulia, cuma caranya perlu lebih sistematik dan berkesan.

Di ibu kota, bukan hanya gelandangan ini sahaja yang susah perlu dibantu, ramai lagi diluar sana perlu kita bantu, satu perkongsian yang baik dari saudara Muhammad Mohd Zin, beliau pada awalnya juga mengikuti program memberi makanan kepada gelandangan.

Tetapi kerana sudah terlalu banyak pihak yang tampil membantu golongan ini, beliau dan kumpulannya telah melakukan tindakan yang bijak, mereka menukar rancangan untuk diberikan kepada pelajar di pusat pengajian untuk bersahur.

Ternyata tiada pembaziran yang terjadi, semua makanan habis, sudah pasti ada antara pelajar-pelajar yang menuntut ilmu ini dari keluarga yang susah dan amat memerlukan bantuan seperti ini.

Jom kita baca perkongsiannya.

Dinihari semalam, saya bersama beberapa orang sahabat sekuliah ke tempat-tempat tumpuan homeless di Kuala Lumpur untuk edarkan makanan kepada homeless.

Kami redah kesibukan kesesakan trafik dan orang ramai membeli baju raya di bulan ramadan. Agak memenatkan.

Terdapat beberapa kumpulan Feed Food For Homeless mengedarkan makanan, homeless banyak tolak kerana banyak sangat makanan mereka dapat. Kata mereka,

"Banyak sangat dapat makanan, nanti kami buang jugak, baik tak payah ambil dah "

Kami pulak ke hulu hilir sampai ke Bukit Bintang cari homeless. Pun begitu, ada jugak kumpulan yang telah edarkan makanan kepada homeless di situ. Sedangkan makanan program kami masih banyak. Jadi, agak menghampakan jugaklah.

Apabila terlalu banyak sangat kumpulan Feed Food For Homeless, ramai pulang dengan hampa.

Kami pulang ke KUIS, dan buat keputusan berikan saja makanan sumbangan itu kepada pelajar-pelajar KUIS untuk sahur.

Alhamdulillah, laku keras !

Natijahnya, program Feed Food For Homeless satu inisiatif yang baik. Tetapi, kalau homeless tak nak terima makanan sebab banyak kumpulan dah edar pun masalah.

Pada hujung minggu memang tumpuan banyak kumpulan Feed Food For Homeless bergerak terutama di bulan ramadan ini. Nak buat jugak program ini boleh, tetapi pastikan lebih awal dari kumpulan-kumpulan lain, barulah homeless tak tolak makanan.

Apa yang kami dapat ialah bila niat ikhlas buat benda baik, Allah akan mudahkan atasi kebuntuan bila plan tak jadi seperti dirancang.

Alhamdulillah, Allah ilhamkan kami beri makan kepada Pelajar KUIS sahur, dapat jugaklah pahala memberi orang makan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:34 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Walaupun Dia Begini, Dia Tetap Habiskan 20 Rakaat Setiap Hari' - Semangat 'Atok' Bertarawih Yang Patut Jadi Inspirasi Kepada Kita Semua
siakapkeli.my

Dua keping foto menyayat hati tetapi berinspirasi yang memaparkan seorang warga emas menunaikan sembahyang Tarawih dalam keadaan berdiri biarpun badannya sudah berbongkok hampir 90 darjah.

Foto yang dirakamkan di Masjid As-Syakirin di Singpura itu dikongsi oleh pengguna Twitter, Fatin Afika yang berkata foto itu dikongsikan oleh bapanya.

"Ayah berkongsi dengan kami tentang atok ini yang dia nampak di masjid. Biarpun keadaannya begini, dia berjaya habiskan 20 rakaat tanpa gagal." tulis Fatin.

Kata Fatin, dia sangat terinspirasi dengan semangat atok ini dan dalam masa yang sama berkata dia berasa bersalah kerana hanya melakukan lapan rakaat sahaja biarpun muda dan sihat.

"Semoga Allah memberikan saya semangat untuk melakukan banyak lagi lebih-lebih lagi ketika 10 malam terakhir Ramadan ini." tulis Fatin.

Gambar tersebut mendapat perhatian netizen seterusnya menjadi viral di media sosial.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya mengapa jemaah tidak memberikan kerusi untuk atok itu supaya boleh menunaikan solat dalam keadaan duduk.

Fatin menjawab: "Sudah diberi. Ayah saya juga ada menawarkan (kerusi) kepadanya. Tapi dia tidak mahu."

Atok, semangat yang atok tunjukkan ini patut dijadikan inspirasi kepada orang muda lain dan sangat menginsafkan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:35 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Seks songsang ditolak Allah, sebaliknya diterima PAN.

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Perempuan dijadikan untuk lelaki dan lelaki dijadikan untuk perempuan. Allah menjadikan lelaki dan perempuan sebagai satu pasangan, untuk berkasih sayang, untuk melahirkan zuriat melalui pernikahan. Namun ada juga sebahagian manusia lelaki dan perempuan menolak fitrah kejadian, memilih jalan songsang.

Seks songsang adalah amalan kaum nabi luth. Lelaki tidak meminati perempuan dan perempuan tidak meminati lelaki, sebaliknya meminati kaum sejenisnya.

Hal ini disebutkan dalam quran mafhumnya "Kami utus luth, ketika dia berkata kepada kaumnya: Adakah kamu membuat kejahatan yg belum pernah dibuat oleh seorangpun dari alam ini. Sesungguhnya kamu ingin kepada lelaki bukan kpd perempuan. Bahkan kamu kaum yg melampaui batas" (al-a'raf: 80-81)

Ayat tersebut jelas menyatakan seks sejenis kaum nabi luth adalah perbuatan yg tidak pernah dilakukan oleh mana-mana manusia di dalam alam sebelumnya. Dan ia adalah perbuatan yg sangat keterlaluan.

akhirnya kaum nabi luth dibinasakan Allah. Mereka dihancurkan dengan hujan batu berapi.

Firman Allah mafhumnya "Maka tiada jawaban kaumnya selain berkata: Usirlah mereka (luth dan pengikutnya) kerana mereka itu kaum yg (berpura2) suci. Maka Kami selamatkan dia bersama bersama keluarganya kecuali isterinya termasuk dalam orang yg menerima siksaan. Kami timpakan atas mereka hujan batu. Maka perhatikanlah bagaimana akibat orang yg melakukan dosa itu" (al-a'raf: 82-84)

Jelasnya Allah tidak mengiktiraf gulungan seks songsang ini. Mereka dilaknat Allah sebagai orang yg melampaui batas. Memang melampui batas, melampaui batas fitrah kejadian yg diciptakan Allah. Allah membinasakan merekatidak tinggal seorangpun.

Namun perbuatan kaum nabi luth ini tidak berakhir begitu saja. Ia hidup kembali. Ia diamalkan lagi oleh manusia yg akalnya rosak. Mereka dinamakan dengan nama baru, gay dan lesbian.

Dalam situasi hari ini, Parti Dap tidak menolak gulungan gay dan lesbian ini. Parti pan juga mengiktiraf keujudan mereka da keujudan itu perlu dihormati.

"Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender" (Dr dzulkifli ahmad)

Allah tidak mengiktiraf gay dan lesbian, tapi parti yg mendakwa aprti islam, pan, mengiktirafnya.

"Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?" (Dr Dzulkifli ahmad ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi)

Allah menghancurkan gulungan gay dan lesbian tetapi pan mahu mereka diiktiraf dan kelakuan songsang itu dihormati.

"Ini pendirian PAN kerana ia bersifat inklusif atas dasar hormat dan bila hormat bermakna kita iktiraf mereka, menerima kewujudan mereka, mendekati mereka kerana ia kecantikan agama kita" (Dr dzulkifli ahmad)

Ertinya pan menghormati keujudan gay dan lesbian, menerima dan menghormati cara hidup songsang itu, jangan usik hatta jentik sedikitpun mereka, walau Allah sendiri melaknat kaum songsang itu dan menghancur leburkan mereka. Pan menganggap menerima keujudan gay dan lesbian, menghormati mereka, adalah ajaran islam dan itulah kecantikan islam menurut pan. Ertinya menghukum mereka sebagaimana Allah lakukan kpd kaum nabi luth adalah memburukan islam.

Demikianlah kekufuran yg dilakukan oleh sebuah parti yg mendakwa parti islam, rahmatan fil alamin. Rahmatan fil alamin versi pan, menerima dan menghormati gulungan yg jelas dilaknat Allah.

Tidaklah menghairankan jika disatu masa nanti, pan akan berfatwa bahawa perbuatan bersekedudukan tanpa nikah adalah normal. Pan menerima keujudan gulungan yg hidup tanpa nikah dan menghormati mereka kerana menghormati mereka akan menunjukkan islam itu rahmatan fil alamin.

Jelas quran sendiri menyatakan sikap pan adalah sikap songsang. Jika gulugnan gay dan lesbian itu songsang dari segi fitrah kejadiannya, pan pula songsang terhadap Allah dan quran.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Kasih sayang hendaklah kena pada tempatnya: Respon kepada prof siti musdah mulia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Prof siti musdah mulia dari universiti ain negeri, indonesia, mengatakan tidak perlu menganut islam jika islam tidak memberikan ketenangan jiwa dan seks sejenis adalah halal menurut al-quran. Prof ini berdalilkan islam adalah rahmatan fil-alamin.

Penulis tidaklah hairan perkataan ini terbit dari seorang bergelar prof sekalipun jika ia berkata-kata menggunakan akal, tidak bersumber wahyu. Dengn akal itu ia berkata-kata walau bertentangan dengan wahyu, malah bertentangan dengan naluri kewajaran.

Kenapa siti musdah berkata tidak perlu beragama islam jika islam tidak membuahkan ketenangan? Mari kita analisa dengan wajar.

Seorang prof tiak semestinya betul. Tidak semestinya dia berkata-kata itu melalui apa yg dipelajarinya dahulu. Tidak semestinya, kerana selepas dia selesai belajar hingga mendapat title prof, dia akan mula berkata-kata melalui cita rasanya. Kadang-kadang dia tidakpun mengambil kira apa yg dipelajarinya sebagai asas berkata-kata. Dirasanya title prof menjadikan kata-kaanya benar belaka.

Sebenarnya ketenangan amat mudah didapati dalam islam. Penganut islam yg berkata islam tidak memberikan ketenangan adalah membuktikan dia tidaklah faham apa itu islam. Islam memberikan pertunjuk yg jelas, yg sangat mudah untuk mendapatkan ketenangan...

Firman Allah mafhumnya " (iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'du: 28).

Mengingati Allah dengan berzikir dan melihat keagungan Allah adalah punca ketenangan hati. Firman Allah mafhumnya "Iaitu orang yg mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau berbaring" (Ali-Imran: 191)

Beramal soleh dan solat juga adalah punca ketenangan. Firman Allah mafhumnya "...dirikanlah solat untuk mengingati Aku" (Thaha: 14)

Itulah janji islam kepada penganutnya. Islam adalah sumber ketenangan dan jalan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya olah Allah dalam ayat tersebut.

Maka yang jelasnya prof siti musdah bukanlah taraf prof jika perkara yg jelas ditunjukkan quran, tidak ditemuinya hingga mengatakan tidak perlu islam jika islam tidak membuahkan ketenangan. Memang dia tidak akan menemukan ketenangan jika dia tidak mencari jalan ketenangan tersebut.

Dan seks sumbang sejenis adalah halal asalkan ia dilakukan dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab, kata prof itu lagi. Kasih sayang adalah dalil dia menghalalkan apa yang telah Allah haramkan.

Seks sesama jenis, gay dan lesbian apakah terbit dari kasih sayang? Tidak. Ia bukan kasih sayang sebenarnya. Ia hanya ilusi yg dipaksakan. Allah tidak menciptakan lelaki untuk lelaki dan tidak menciptakan juga perempuan untuk perempuan. Allah menciptakan lelaki pasangannya perempuan, perempuan pasangannya lelaki. Kemudian mereka diikat dengan pernikahan yg sah. Pernikahan menimbulkan kasih sayang yg normal...

Firman Allah mafhumnya "Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir" (Ar-Ruum: 21).

Jelasnya kasih sayang sebenar yg normal adalah kasih sayang antara lelaki dan perempuan, atas pernikahan. Rasa cinta adalah antara lelaki dan perempuan. Tidak dinamakan cinta antara lelaki dan lelaki, perempuan dan perempuan.'

Seks songsang sejenis adalah warisan kaum zaman nabi luth, kaum sadum. Kaum ini mengamalkan kehidupan seks songsang, gay dan lesbian. Dan kaum ini telah dibinasakan Allah seperti yg dikesahkan dalam quran.

Adalah tidak normal namanya jika seorang lelaki menyetubuhi lelaki. Melalui apa kalau tidak saluran najis. Saluran untuk membuang kekotoran digunakan untuk bersebadan. Alangkah jijiknya perbuatan ini, sangat tidak sesuai dengan norma kemanusiaan.

Wassalam.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: shahil
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Saturday, June 17, 2017 8:27 PM
Subject: Fw: Allah larang lelaki berkahwin?

Allah larang lelaki berkahwin?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

"

Macam mana Profesor Dr Siti Musdah Mulia boleh berkata muslimah boleh kahwin lelaki kafir, sedangkan dalil qati'e firman Allah yang bermaksud: "janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum mereka beriman".
Macam mana benda yang dilarang dengan perkataan janganlah merupakan perintah daripada Allah kepada lelaki Islam supaya jangan berkahwin dengan perempuan kafir,Maka dikatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir suatu ajaran sesat yang berbahaya.

Ayat ini bukan sahaja ditujukan kepada lelaki beriman semata mata,akan tetapi khusus kepada semua lelaki beragama Islam agar jangan sekali kali kamu berkahwin dengan wanita musyrik(kafir).

Jika lelaki Islam dilarang dengan perkataan janganlah kamu nikahi perempuan musyrik sebelum beriman. macam mana dibolehkan kepada perempuan yang bersifat lemah itu.
Sudah tentu perempuan (muslimah) sangat sangat dilarang menikahi lelaki kafir.Lebih lebih lagi lelaki adalah ketua dalam rumahtangga dalam melayari sepanjang kehidupan.

Tidak dinafikan dihalalkan kepada lelaki islam nikahi perempuan kafir, tetapi perempuan kafir dhimmah sepertimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas bahawa lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan mereka selagi mereka ahli al-dhimmah.

Sehubungan dengan itu ada yang berpendapat lelaki Islam boleh berkahwin dengan perempuan kafir ahli kitab.

Ia berdalilkan firman Allah yang bermaksud: " Dan dihalalkan mengahwini wanita yang menjaga kehormatan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu".

Perkataan kitab sebelum kamu Iaitu kitab injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, Kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud AS dan kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa AS. Bukan kitab Bable dan Kitab Talmud yang paling berbahaya itu.

Oleh itu, Hanya sebahagian sahaja dihalalkan lelaki Islam nikahi perempaun ahli kitab sepertimana perkataan diantara orang orang yang diberi kitab sebelum kamu.

Mengapa tidak? Kerana ada sebahagian orang orang yang diberi kitab Taurat dan Injil syirik kepada Allah, iaitu Yahudi yang berpegang dengan kitab Talmud dan Nasrani yang berpegang dengan kitab Bable.

Hujahnya, Yahudi dan Nasrani tidak sekali kali setuju dan benci dengan Islam dan tidak sekali kali akan redha dengan Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, tidak semua perempuan ahli kitab halal dikahwini oleh lelaki Islam, kerana sangat berbahaya.Miskipun dikatakan Saidina Uthman Affan pernah berkahwin dengan Nailah seorang wanita Nasrani dan Talhah bin Ubaidillah berkahwin dengan seorang wanita Yahudi di Sham.

Atas sebab itu Saidina Umar minta Huzaifah bin Al Yaman yang berkahwin dengan perempuan yahudi ketika di Madain supaya melepaskan isterinya itu atas sebab kebimbangan kalau kalau terkena perempuan sundal.

Saidina Umar menulis kepada Huzaifah, aku berharap sebelum kau selesai membaca surat ini kamu telah lepaskannya, aku bimbang tindakan kamu itu menjadi ikutan orang orang Islam yang lain.Mereka akan memilih perempuan ahli kitab, kerana kecantikan mereka dan tindakan itu suatu ancaman kepada perempuan Islam.

Saidina Umar dari segi lain tidak suka perkahwinan itu, kerana mendatangkan kesan yang buruk yang berkemungkinan perempuan perempuan itu dijadikan pengintap kepada musuh dan boleh membocorkan segala rahsia gerakan Islam.

Pernah ditanya pada Saidina Umar mengenai perkahwinan dengan wanita ahli kitab agar ada kejelasannya.

Saidina Umar berkata, Allah mengharamkan peremuan perempuan msyrik kepada orang Islam. Apakah syirik yang lebih besar daripada seorang yang berkata Isa itu tuhannya atau tuhannya hamba Allah.

Macam mana Profesor Dr siti Musdah Mulia kelahiran Amerika syarikat itu boleh berkata, perempuan islam boleh kahwin dengan lelaki kafir tanpa perlu tukar agama. Mana dia dalilnya.

Sudah tentu dalilnya adalah dalil akal yang jahat terhadap islam yang telah diperjuangkan oleh ulamak jahat bersama musuh musuh Allah Subha nahu wataalah dan musuh musuh Nabi Mohammad SAW.

Pada hemat penulis, perdapat yang mengatakan perempuan Islam boleh berkahwin dengan lelaki kafir, wanita boleh kahwinkan dirinya sendiri, wanita tidak perlu wali untuk berkahwin, perempuan boleh kahwin sama perempuan dan lelaki boleh berkahwin sama lelaki.

sesungguhnya tidak lain dan tidak bukan ia suatu ajaran sesat dan perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib Negara satu Malaysia ini.Jangan sekali kali dibiar bermaharajalela nanti buruk padahnya kepada agama Islam agama rasmi Negara.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 11, 2017 8:25 PM
Subject: Fw: Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah

Nikah Tanpa Wali, Feminis Ditempelak Mufti

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PUTRAJAYA: Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri menjelaskan persoalan berkenaan wali dalam rukun nikah yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Kata beliau, menurut mazhab Imam As Syafie, wali merupakan rukun dan ini pendapat kebanyakan ulama serta berdasarkan dalil yang jelas.

Jawapan itu secara tidak langsung menolak dakwaan Zainah Anwar sebagai 'wakil' Ulama Perempuan Malaysia di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) di Kota Cirebon, Indonesia, April lalu yang menekankan peranan wanita dalam Islam dan menyentuh amalan di negara Islam lain yang tidak memerlukan keizinan wali untuk membolehkan mana-mana wanita untuk bernikah.

Dr Zulkifli berkata, kenyataan kumpulan feminis untuk menghapuskan wali sebagai rukun nikah itu adalah suatu pandangan yang tidak tepat, mengelirukan dan agak tergesa-gesa tanpa memahami dalil dengan baik.

Menurut cadangan Laporan Alternatif KUPI, Pengasas Bersama Sisters In Islam itu turut menuntut supaya keizinan wali bagi mana-mana wanita yang ingin bernikah dipinda iaitu seorang wanita seharusnya tidak memerlukan kebenaran daripada seorang wali bagi memasuki alam perkahwinan dan meminta Seksyen 13 bagi Undang-Undang Keluarga Islam untuk dipinda.

Sementara itu, Dr Zulkifli menegaskan bahawa permintaan itu adalah sesuatu yang tidak rasional. Ini kerana wali lebih kenal seseorang yang dinikahkannya, maka secara tidak langsung institusi perkahwinan dapat dipelihara dengan lebih baik.

Bagaimanapun, cadangan Zainah Anwar yang juga merangkap sebagai Pengasas Bersama & Pengarah MUSAWAH ini konsisten dengan cadangan yang pernah ditulis beliau sendiri dan dikemukakan dalam laporan kedua daripada NGO-NGO Malaysia mengenai Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

Selain itu, Zainah Anwar juga pernah membuat dakwaan bahawa sebenarnya tiada otoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir).

Wali untuk Berkahwin Amalan Jahiliyah – Zainah Anwar

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Wanita dewasa tidak perlu meminta keizinan wali untuk berkahwin. Pandangan itu dilontarkan oleh salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar. Menurut Zainah, ini adalah perkara yang paling dapat diterima dalam masyarakat moden sekarang.

Zainah juga berpendapat bahawa pandangannya adalah sejajar dengan fiqh Mazhab Hanafi. Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu sesi soal jawab dalam satu forum umum "Perkembangan Islam di Malaysia: Dari Era Sanggul ke Era Hijab" yang berlangsung baru-baru ini di Kuala Lumpur. Sewaktu sesi soal jawab tersebut, salah seorang daripada hadirin telah meminta Zainah Anwar untuk memberi pencerahan mengenai keizinan wali dalam perkahwinan yang dibincangkan dalam Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI) yang berlangsung di kota Cirebron, Indonesia.

Kongres yang berlangsung pada 25 hingga 27 April 2017 lalu telah menjemput Zainah sebagai wakil ulama perempuan dari Malaysia. Menurut Zainah, di negara seperti Maghribi yang menyamaratakan hak-hak lelaki dan wanita, seseorang itu boleh berkahwin tanpa wali. "So, kalau ada kerajaan macam di Maghribi yang percaya bahawa lelaki dan wanita perlu dilayan sama rata, anda boleh mencari pendapat dan hujah berkenaan isu ini dalam Islam demi menyokong pendapat untuk hak sama rata dan berkeadilan," tegas Zainah.

Kenyataan beliau ini sama seperti cadangan yang pernah dikemukakan beliau dalam Laporan Konvensyen berkaitan Penghapusan segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada bulan Mac 2011. Di bawah isu 'Kebebasan Untuk Memilih Jika, Bila Dan Siapa Untuk Dikahwini', Zainah mendakwa bahawa tiada autoriti dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi berkenaan doktrin ijbar (wali mujbir). Zainah telah memetik kata-kata Mohammad Hashim Kamali dalam bukunya bertajuk Islamic Law in Malaysia bahawa, dalam erti kata lainnya, ia adalah adat pra-Islam yang diambil dan dimasukkan ke dalam fiqh oleh ulama'

. Laporan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) 2013 juga menyentuh mengenai cadangan CEDAW berkenaan syarat adanya kebenaran wali (penjaga) bagi bakal pengantin perempuan walaupun pengantin tersebut sudah pun mencapai usia dewasa. Menurut laporan tersebut lagi, pernikahan wanita dengan keizinan wali merupakan salah satu isu yang melambatkan perkembangan dalam mencapai kesaksamaan jantina di negara ini. Kedua-dua laporan CEDAW dan COMANGO ini, telah dibawa ke peringkat antarabangsa bagi tujuan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menerima dan mengiktiraf perkara-perkara yang dibangkitkan.

Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik AMANAH (PAN)

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam.

Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.

"SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it", katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai 'ahli zikr', yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai 'pakar' lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.

SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan.

"Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan" tegasnya lagi.
Sumber: https://www.menara.my

Wah, tahu pulak dia sebut jahiliyah!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Assalamualaikum, Satu dari segment badak air pekak berendam dalam air mengelak kepanasan masyarakat melayu Islam yang sudahpun separuh yahudi dan kristian ialah kumpulan akak akak yang liberal, menamakan kumpulan mereka Kakak dalam Islam.Tapi perangainya tak macam kakak tapi macam badak air pekak berendam dalam air. Lihat saja gelagat kurang asam mereka sejak dulu sampai sekarang! Dan hari ini akak akak dalam Islam sudah tahu bercakap pasal jahiliyah tetapi dalam maksud yang tak langsung merujuk kepada jahiliyah.

Kalau dulu Sahrizat Jalil mendakwa muslimah PAS mahu membawa wanita kembali ke zaman jahilliyah kerana menganjurkan pemakaian yang menutup aurat dan tidak mahu berpakaian secara wanita moden.Kini Zainah Anwar, wakil akak akak dalam Islam memberitahu semua, yang nikah tak perlu wali kerana wali itu jahiliyah serta nikah tanpa wali lebih boleh diterima di zaman moden.

Cakap panjang panjang tak guna. Apa yang berlaku ialah, inilah produk dari pendidikan yahudi dan kristian yang diterapkan sejak dari kecil.Pendidikan yang mengabaikan suruhan Nabi supaya memukul anak yang tak solat ketika berumur 10 tahun, malah pendidikan yang langsung tak solat.Produk yang tak solat sejak dari zaman kanak kanak ini pula tampil dengan pendedahan tubuh badan tanpa segan silu dan tak hirau dengan suruhan tutup aurat tetapi tetap mengaku Islam.

Akhirnya Islam boleh diubah mengikut selera zaman.Itu menteliti mereka kerana diasuh dari awal oleh pendidikan yang turut menguntungan yahudi dan kristian dalam usaha mereka menghancurkan Islam.Yahudi dan kristian kalau ikut ayat ALLAH tidak akan redha dengan Islam selagi orang Islam tidak mengikuti carahidup mereka.Carahidup bermaksud tidak perlu masuk Yahudi atau kristian, cukup sekadar mengikut carahidup mereka, mereka akan redha.

Buktinya jelas, bagaimana yahudi dan kristian akan berada di belakang akak akak dalam Islam ini untuk mengubah carahidup Islam kepada carahidup Yahudi dan kristian sambil mengekalkan ugama mereka pada namanya saja.

Kumpulan badak air pekak ini pula menjadi benteng kepada kelicikan Kristian Evangelis yang hari ini dibuktikan secara nyata dan jelas sedang menyusup masuk ke dalam negara menerusi DAP, sebuah parti politik yang mendapat sokongan benteng dari parti parti orang Islam.

Orang Islam yang menjadi benteng kepada DAP pula terdiri dari ahli politik dan pemakan dedak yang membentuk satu lagi kelompok badak air pekak berendam dalam air yang tak akan menghirau apa saja orang kata selain yang memuji DAP sebagai parti yang memperjuangkan perjuangan suci.

Kumpulan ini sudah tidak mahu meletakan ugama di atas segala galanya sebaliknya meletakkan parti parti politik yang mereka anuti mengatasi ugama.Sebab itu ada ahli ahli politik badak air pekak boleh menyokong apa apa perubahan yang cuba dibuat kepada amalan berugama yang sudah lebih 1,400 dulu tidak pernah berubah tak kira moden manapun dunia berada.

Islam sudah moden sejak kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi, di mana ianya menandakan tamatnya zaman jahiliyah yang penuh dengan kekalutan kehidupan.Islam datang mewajibkan nikah itu dengan wali, antara lain menjadi penyebab dunia bertukar dari jahiliyah kepada moden dan sebarang perubahan yang nak dibuat kepada rukun nikah ini adalah percubaan untuk mengembalikan zaman ke zaman jahiliyah, sama seperti Sahrizat Jalil mahu mengembalikan zaman ke zama jahiliyah dengan pakaian modennya.

Pendek cerita, dek kebodohan dan kejahilan sendiri, Zainah Anwar macam tak tahu apa dia cakap, jenis hentam saja labu dan sesiapa yang percaya kepadanya, seangkatan dengannya juga yang merupakan satu masalah umat yang perlu diperbetulkan menerusi pembetulan sistem pendidikan Islam yang sebenarnya....

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:35 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ketua Polis Negara patut dedahkan kandungan perbualan dengan Gopi
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Oleh : K Pragalath

Seorang peguam kanan menggesa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar untuk mendedahkan kandungan perbualan antara Khalid dengan orang tengah yang dipanggil Gopi, yang didakwa memainkan peranan orang tengah antara sindiket perjudian dan polis di Melaka.

"Hakikatnya Gopi bercakap kepada Ketua Polis Negara selama tiga minit. Ia bukan satu panggilan salah. Ketua Polis Negara perlu mendedahkan kandungan perbualan. Bagaimanakah Gopi mempunyai nombor Ketua Polis Negara dan semua kenalan yang lain? Saya tidak mempunyai nombor Ketua Polis Negara," kata Fahri Azzat.

Fahri juga berkata adalah menjadi tanggungjawab Khalid untuk mendedahkan maklumat ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Khalid perlu memaklumkan kepada SPRM dan SPRM harus bermula menyoalsiasat juga anak Khalid," kata beliau yang merujuk kepada Khairul Amri Khalid.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengakuan Khalid mengenali Gopi secara peribadi.

"Ya, beliau kenal saya dan dia juga dikenali oleh keluarga saya," kata Khalid, merujuk kepada Gopinathan Krishnan yang lebih dikenali sebagai Gopi, yang juga mengenali keluarganya dan anak Khalid.

Gopi dan dua ketua polis daerah telah ditahan oleh SPRM di bawah 'Operasi Gopi di Melaka beberapa minggu yang lalu.

Pengakuan Khalid dibuat berikutan laporan eksklusif portal berita Sarawak Report yang kononnya berdasarkan rekod telefon Gopi ini.

Setelah berkata, ketua polis memberi jaminan bahawa beliau tidak akan melindungi dirinya dan ahli keluarganya jika ada apa-apa yang tidak betul dalam hubungan beliau dengan Gopi.

Apabila ditanya sama ada persepsi keadilan di kalangan rakyat akan terjejas berdasarkan pengakuan Khalid, Fahri berkata bahawa itu bukan persoalannya.

"Orang ramai akan lebih sinis tetapi mereka tahu bahawa pihak polis sedang bekerja untuk tujuan politik kerajaan pada hari ini. Persepsi keadilan di kalangan rakyat tidak ditangani sejak perbicaraan Anwar.

Sementara itu peguam jenayah Farida Mohamad merasakan bahawa siasatan ke atas Gopi boleh tercemar lantaran pendakwa raya bergantung kepada pihak polis untuk siasatan.

"Mungkin ada berat sebelah. Rakyat akan membuat spekulasi bahawa pendakwaan dan kehakiman mungkin berat sebelah kerana mereka yang berkhidmat sebagai pendakwa biasanya dilantik sebagai hakim. Ketua Polis Negara boleh mempengaruhi keputusan itu," katanya.

"Akan timbul pandangan prejudis terhadap kebebasan badan kehakiman. Terdapat peluang untuk mekanisme penyiasatan untuk dikompromi kerana dalam banyak kes ia adalah polis yang menyiasat sebelum kes itu diserahkan kepada pihak pendakwa. " ~ sumber

Komen al-Husseyn :

Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai pengakuan Khalid bahawa dia tahu Gopinathan, dengan penuh yakin dan mudah, si Zahid buat komidi bodoh dengan berkata, tiada apa jenayah dalam hubungan antara Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar dan Gopi.

Alasan mudah Zahid ialah, "perkara biasa bagi seseorang pegawai polis untuk tahu ramai orang. "... dalam hal ini, tidak menghubungkan Khalid dengan kes itu,"

Hoi Zahid, nak tanya ko cikit : Apakah dikira biasa bila Pak Menteri macam engko kenal dengan samseng Cina Paul Phua anggota kongsi gelap 14k Triad, satu entiti jenayah terancang Cina antarabangsa??

Apa hubungan kamu sebenarnya hingga istimewa sangat kamu dengannya sampai kamu tulis surat pada FBI minta lepaskan kepala samseng tu daripada tuduhan di AS berhubung maklumat pertaruhan dan perniagaan perjudian haram?

Dalam surat tersebut kamu menyatakan bahawa samseng tauke judi itu, Paul Phua telah membantu Malaysia dalam soal "keselamatan negara" ???

Memang ko budak sekolah Izuddin buat komidi bodoh, tulis surat omputeh kepada FBI tu pun buat budak-budak tingakatan 3 Anderson gelak besar membacanya! Belum lagi dengan ucapan omputeh ko kat Bangsa-Bangsa Bersatu!

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, June 16, 2017 11:50 PM
Subject: Fw: SPRM dapat bukti & Khalid Abu Bakar Kantoi?

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi? Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengakui bahawa suspek utama berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka adalah kenalannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat oleh Sarawak Report bahawa suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, 50 berhubungan terus dengannya menerusi telefon.

"Ya, saya kenalinya dan beliu juga dikenali oleh keluarga saya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya lagi sama ada Gopinathan adalah kawan keluarganya, Khalid berkata dirinya telahpun bahawa lelaki itu dikenali keluarganya.

"Pasal apa awak nak soal sampai begitu. "Saya dah akui dia dikenali oleh keluarga saya, dah la, awak nak tanya berapa rapat pula?

"Boleh pegang tangan, boleh bercium, munasabah sikit la," katanya selepas melancarkan majlis pelancaran Op Selamat 11 di Menara TM, di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
Bulan lalu, seramai 12 suspek, sebahagian besar daripada mereka anggota dan pegawai polis, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan yang diberi nama 'Ops Gopi'.

Sarawak Report mendakwa Gopinathan adalah dalang berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Portal itu turut mengaitkan Khalid, anak lelaki serta abang iparnya dengan Gopinathan.

Lelaki itu kemudiannya direman bersama lima yang lain pada 22 Mei lalu dan masih dalam tahanan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Khalid pada sidang media hari ini bagaimanapun menegaskan bahawa mereka yang mengenali dirinya dan juga ahli keluarganya yang melakukan sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang tidak akan terlepas daripada hukuman.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar Kantoi?
"Dalam kes ini, Gopi jika dia melakukan sebarang perkara haram, dalam kes ini SPRM sedang menyiasat.

"Saya tidak akan bersekongkol. Saya dan pegawai-pegawai saya (akan) memberi kerjasama penuh dalam siasatan ini.

"Orang yang mengenali saya, ahli keluarga saya, jika mereka melakukan apa juga perkara di belakang saya, tak mungkin saya dapat tahu semuanya. Tetapi mereka perlu bertanggungjawab," katanya. - mk

Khalid Digesa berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan.
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Hari ini dilaporkan, Khalid Abu Bakar mengakui Gopinathan Krishnan sebagai kenalan keluarga, iaitu orang yang diarah mengutip jutaan wang perlindungan dari tauke-tauke judi dan pelacuran untuk di agihkan kepada anggota-anggota polis yang terlibat.

Dalam pengakuannya, Gopi mendakwa pegawai tinggi polis di Bukit Aman telah menggunakannya sebagai orang tengah untuk menguruskan kutipan bayaran daripada operasi judi dan pelacuran di Melaka.

Dalam sidang akhbar hari ini, Khalid Abu Bakar berkata, beliau dan ahli keluarganya semuanya mengenali manusia, yang dinamakan Gopinathan Krishnan dalam satu laporan oleh Sarawak Report, tetapi berkata bahawa dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram.

Sememangnya Khalid tidak ada pilihan lain selain terpaksa mengakuinya setelah beberapa bukti yang jelas turut dikemukakan oleh laporan Sarawak Report mengenai hubungannya dengan Gopi.

Gopi kerap mengadakan hubungan bualan telepon dengan kesemua pegawai-pegawai polis yang paling kanan yang kini mereka semua telah mengambil cuti sementara perkara itu sedang disiasat.

Dengan pengakuan Khalid itu, maka beliau digesa menarik diri daripada mana-mana penyiasatan dan berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan.

Sekadar kata-kata dan pengakuan bahawa "dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram" adalah tidak memadai. Khalid mesti dilihat lebih berintegriti dan telus dalam membersihkan namanya dan juga membaik pulih nama Polis Diraja Malaysia yang kini semakin tercemar.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sat Jun 17, 2017 9:37 pm (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ada Aduan Dibuat Kononnya Dodi Telah Didera, Pihak Perhilitan Dan Veterinar Lakukan Serbuan Ke Rumah Datuk Aliff Syukri
siakapkeli.my

SUNGAI BULOH: Berikutan ada dakwaan yang seekor kucing bernama Dodi telah didera, dua agensi penguat kuasa telah membuat satu serbuan di rumah ahli perniagaan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumahnya, semalam, lapor Sinar Harian.

Serbuan tersebut telah disertai kira-kira 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor sekitar jam 10 pagi.

Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, selepas menjalankan siasatan kira-kira sejam, pihak mereka tidak menemui sebarang kesan penderaan pada fizikal Dodi.

"Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.

"Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut," katanya.

Namun pihak veterinar telah menasihatkan Datuk Aliff supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap tempat peliharaan Dodi.

"Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.
"Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik," katanya.

Datuk Aliff dalam pada itu melahirkan rasa terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan laporan palsu yang dilakukan oleh pihak tertentu, namun beliau bersyukur kerana dengan operasi itu membuktikan beliau tidak melakukan penderaan terhadap haiwan kesayangannya itu.
"Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.
"Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya," katanya.

aliffsyukriterlajaklaris Verify

misi menjinakkan @kucing_ajaib .. inyallah lagi 3bulan rumah dodi di resort saya akan siap.. jangan dok pandai kecam saya jee.. hampir rm10k saya habis utk jinakkan dan gromming dodi tapi masih ganas..mungkin sbb saya busy tak ada masa nak belai dia..
Dengan operasi itu, Aliff berharap segala dakwaan mengatakan beliau mendera kucingnya, yang kini berusia dua tahun lebih dihentikan serta-merta. - Siakapkeli.my

kucing_ajaib

ada siapa berani??

Pencuri: Ada yang pukul ada yang cari publisiti

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Dahulu kita pernah dengar seorang remaja lelaki maut akibat dipukul empat lelaki yang berjaya mencekupnya ketika sedang mencuri wang tabung di sebuah masjid di Pandan Indah. Baru-baru ini ada seorang lelaki dipukul dan mati dihospital kerana disyaki mencabul wanita ditandas. Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mati kerana dibuli atas tuduhan mencuri laptop.

Itu hanya sebahagian kecil daripada apa yang berlaku dalam negara kita yang menunjukkan masyarakat membuat penilaian sendiri dalam membuat tuduhan dan menghukum persalah.Kegilaan apakah yang ­melanda sesetengah masyarakat di negara kita ini apabila membelasah persalah dengan begitu emosi sekali? Apabila kita mengambil tindakan sendiri sebenarnya kita menidakkan ke­adilan yang menjadi hak setiap ma­nusia.

Ada kesalahan yang memang jelas salah seperti mencuri, tetapi ada juga kesalahan yang masih kabur seperti mencabul yang memerlukan penyiasatan yang lebih profesional dengan mengambil kira pelbagai aspek kemungkinan yang berlaku.

Yang paling buruk hanya untuk 'tumpang sekaki' nak ajar persalah.

Apa berbaloi tindakan tersebut? Kes pelajar UPNM kerana kehilangan laptop mungkin berharga sekitar RM2500 tetapi natijahnya berhadapan hukum mati atau penjara sepanjang hayat. Itu tak masuk keluarga dan diri sendiri aib pada pandangan masyarakat.

Bila manusia membelakangi agama itu jadinya.

Bukan semua orang memukul dan membelasah persalah. Ada juga manusia yang membuat RAKAMAN KHAS pencuri dengan 'duration' yang sangat panjang bagi video klip kejadian semasa dengan tujuan untuk menunjukkan kekayaan yang ada. Ini mungkin tohmahan lebai, tetapi berdasarkan amatan pada video berkenaan yang memapar jelas senarai barang yang dicuri dengan nilai harga berserta tempat dimana barang itu dibeli. Maklumat yang berulang-ulang juga menjadi kita tanya tanya kenapa perlu ini semua.

Kalau benar dia mencuri, tunjukkalh sikit sebagai pengajaran, kemudian kalau nak maaf, maaf ajelah boleh tunjukkan kebaikan kita. Kalau tak nak bawa ke balai. Kan mudah. Apa yang perlu tunjukkan rakaman pencuri SEMBAH KITA? Hebat kita sampai pencuri boleh sembah kita?

Mahaguruprimen dalam lamannya ada menulis, Allah berfirman dengan maksud:
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Surah Al- Maidah ayat 38)
Jelas mengikut hudud dari al Quran hukumnya adalah potong tangan. Tetapi apabila hudud tidak dapat dijalankan maka hukum ta'zir dijalankan dan ia wajib dipatuhi. Hukuman ta'zir merupakan hukuman yang telah ditetapkan oleh pemerintah melalui mahkamah. Maka haram kita mengenakan hukuman sendiri bahkan selalu kita berlebih-lebih dalam berhukum. Walaupun hanya menampar sekali wajah penjenayah itu jika ia bukan bahagian dari hukuman kepada jenayahnya maka sesungguhnya kamu telah berlaku zalim keatasnya. Apatahlagi jika sampai menyebabkan kecacatan kekal atau lebih melampau apabila menyebabkan kematian! Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah binasakan beberapa umat sebelum kamu, tatkala mereka berlaku zalim..."(maksud surah Yunus ayat 13)
"dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian (orang-orang zalim) yang lain disebabkan apa yang mereka lakukan." (Al An'am: 129)
Berkata Ibnu As'ad: "Ini hanyalah sunnatullah yang berulang. Bagaimana rakyat, begitulah pemimpinnya. Parti dan pemimpin boleh berubah, tapi selagi rakyat tidak berubah dengan meninggalkan kezaliman terhadap diri sendiri, adakah mungkin Allah akan mengurniakan pemimpin yang adil terhadap kita (rakyat)?"

Oleh itu bersamalah dengan parti yang ingin menegakkan hukum Allah s.w.t. di Malaysia ini. Bersabarlah dengan fitnah parti musuh dan parti kawan pembangkang yang telah menjadi sunahtullah setiap perjuangan akan mendapat tentangan daripada musuh dan kawan. Sabar dalam perjuangan adalah sebaik-baik pilihan.

Lebai Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Aliff Syukri Muat Naik Video Penjelasan Mengenai Isu Bibik Mencuri
siakapkeli.my

Usahawan tempatan, Dato' Aliff Syukri memuat naik video penjelasan mengenai isu salah seorang bibiknya yang dikatakan mencuri. Video penjelasan itu memaparkan Aliff Syukri bersama seorang 'kakak' agensi pembantu rumah yang dikenali sebagai puan Era.

Menurut Puan Era, dia datang berjumpa dengan Aliff Syukri atas faktor persahabatan selepas melihat usahawan itu buntu dengan masalah pembantu rumahnya itu.

"Akak pun tak tahu dia ambil (pembantu rumah yang terlibat) dari agensi mana, jadi bila bermasalah seorang tu, pembantu-pembantu lain pun turut terikut sama (terkesan)."

"Jadi benda biasalah, virus dalam pembantu rumah ni. Cuma nasihat akak, bila kita guna banyak pembantu rumah memang macam tu. Yang lain baik, datang seorang yang tak baik, habis semua." kata Puan Era.

Menurut Aliff Syukri pula, isu terbabit telah diselesaikan, namun beliau tidak memberitahu secara spesifik bagaimana ia diselesaikan.

"Kitorang dah baik. Dan yang tak baik tu sudah diselesaikan," kata Aliff Syukri.

Menjelaskan mengenai perasaan marahnya mengenai kejadian itu, Aliff Syukri berkata: "Bagi saya, itu adalah emosi saya bila saya melihat seorang pembantu rumah yang mencuri, nak kabur, tidak mengaku dan nak memporak perandakan pembantu rumah saya yang dah lama."

Tonton video berkenaan di bawah:

Dato Aliff Syukri Mengamuk Selepas Bibiknya 'Kantoi' Mencuri, Jumpa Duit Dan Pakaian Isteri Dalam Beg Bibik
siakapkeli.my

Sebentar tadi, usahawan terkenal Dato Aliff Syukri telah memuatnaik dua buah video di laman Facebook dan Youtube miliknya di mana dia dilihat sedang mengamuk selepas mendakwa pembantu rumahnya mencuri wang dan barang-barang milik isterinya.

Di dalam video berkenaan menunjukkan barang-barang yang dicuri oleh bibiknya itu dan beliau dikatakan mahu membuat laporan polis mengenai pembantu rumahnya itu yang baru bekerja sebulan.

Bagaimanapun dilihat pambantu rumanhya itu merayu agar tidak melaporkan kepada pihak polis dan berjanji tidak akan mencuri lagi.

"Bibik pencuri, dia ingat dia bini aku..saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya ,duit raya, duit belanja untuk anak2 dia siap belikan make up hias wajah. dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya," tulisnya di laman Facebook.

Menurut beliau, pembantu rumahnya itu sudah siap sedia untuk melarikan diri di mana semua yang dicuri telah dimasukkan di dalam beg.

Jom lihat video berkenaan.

Sumber video: Facebook Aliff Syukri (kami terpaksa sensor untuk dimuatnaik ke blog) lagi video di Youtube tvterlajaklaris.

- Siakapkeli.my

Amah bunuh majikan guna bantal

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Pihak polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana disyaki membunuh majikannya dengan menekup bantal ke wajah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, polis pada awal bulan ini menerima maklumat tentang wanita berusia 65 tahun yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil dengan sebuah bantal yang menutup wajahnya.
"Kita temui wanita itu dalam bilik utama dan jiran-jirannya mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi bising. Adik mangsa turut memaklumkan bahawa pintu rumah kakaknya dikunci dari dalam," kata Othman.

Katanya, mangsa sudah bersara dan tinggal di rumah itu dengan seorang pembantu rumah yang berusia 25 tahun. Suami warga emas itu pula sudah meninggal dunia 15 tahun lalu.

"Pasangan tersebut tidak mempunyai anak dan mangsa ada masalah jantung," tambahnya.

Jelas Othman, suspek dipercayai telah melarikan diri sejurus kejadian terbabit.

Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan asphyxiation dan terdapat kesan gigitan pada puting payudara kanannya.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek pada Khamis berhampiran Negeri Sembilan.

Polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia yang berusia 29 tahun yang dipercayai ada kaitan dengan jenayah itu.

Kedua-dua suspek akan direman sehingga 21 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. - mStar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
2 of 2 File(s)

Sun Jun 18, 2017 1:53 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jun 18, 2017 1:53 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jun 18, 2017 5:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Kebodohan Pembunuh-Pembunuh Ini Disebabkan.." Doktor Jelaskan Punca Kematian Arwah Zulfarhan
siakapkeli.my

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang penuntut UPNM yang mana menurut laporan, mangsa dilapor mengalami kesan melecur di bahagian dada, tangan dan kaki akibat ditekap dengan seterika wap yang dipercayai didera pada 20 dan 21 Mei lalu.

Berikut satu penjelasan dibuat oleh seorang doktor, Mohd Nor Hafiz Suratman berkenaan punca kematian arwah.

Berikut adalah penjelasan dari beliau:

Bersama beberapa kepilan gambar menerangkan tahap lecuran.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 18, 2017 5:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebelum Marah Dengan Dekoder Percuma MYTV, Ini Apa Anda Kena Tahu

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Pagi semalam dalam The Breakfast Grille depa temuramah CEO MYTV, Michael Chan. (Kalau yang terlepas boleh dengar semula di laman website BFM dan cari podcast).

Oleh kerana aku tengok ramai juga yang 'berminat', mari aku kongsi sikit mana yang aku tau pasal isu ini.

Apa itu MYTV?
MYTV adalah special purpose vehicle yang dibuat oleh Puncak Semangat. Dan Puncak Semangat pula adalah kepunyaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sebenarnya projek ini, sudah lama Puncak Semangat dapat. MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) sudah umumkan tahun 2014 lagi.

Dan antara syarikat lain yang turut membida untuk projek ni termasuklah Media Broadcasting Solutions dan Redtone Network. Puncak Semangat dapat melalui tender terbuka. Bukan senang-senang projek ini depa dapat.

Kenapa percuma?
Soalan paling asas, kenapa dekoder ini percuma?

Negara-negara ASEAN sudah bersetuju untuk berpindah daripada transmisi analog kepada digital selewat-lewatnya pada 2020.

Maknanya bukan kita saja yang akan berhijrah. Singapura sudah buat hujung tahun lepas. Thailand pula buat berperingkat, dari 2015 sehingga 2018. Kita di sini, tarikh akhirnya ialah Jun 2018.

Apa jadi kalau tiada dekoder ini?

Kalau kita ada dekoder Astro/ HyppTV, tak ada kesan pun.

Tetapi kalau orang yang tiada dekoder, masuk Julai tahun depan nanti mereka sudah tidak dapat siaran. Sebab masa tu sudah tiada lagi transmisi dalam bentuk analog.

Kita mungkin nampak benda ini macam isu remeh. Tetapi sebenarnya ada dalam 20% rakyat Malaysia yang masih guna transmisi analog semata-mata (tiada dekoder Astro/ HyppTV).

Jadi bayangkan kalau tiba-tiba 20% ni tak dapat siaran TV tahun depan. Sudah pasti hingaq punya.

Jadi, kena cari jalan juga untuk penuhkan permintaan mereka yang ada dalam segmen ini.

Penerima dekoder percuma
Dan sekarang, aku rasa semua pun dah faham kenapa yang dapat dekoder percuma ini adalah orang yang sama yang terima BR1M. Kan?

Untuk mereka yang belum faham, penerima BR1M adalah golongan yang berpendapatan rendah. Jadi, untuk tak membebankan mereka, kita berilah percuma.

Ini bermakna dekoder-dekoder percuma itu nanti akan diagihkan kepada 4.2 juta isi rumah.

4.2 juta unit. Siapa yang akan tanggung kos?

Daripada 4.2 juta unit dekoder, 2 juta unit akan ditanggung oleh syarikat MYTV. Manakala selebihnya oleh MCMC. Maknanya lebih kurang separuh MYTV (syarikat persendirian) bayar, separuh lagi kerajaan tanggung.

Saluran di MYTV
Setakat ini semua yang biasa jelah. RTM, Media Prima, Al-Hijrah dan Bernama. Semuanya 9 saluran.

Tapi MYTV sasarkan 20 sebab RTM dan Media Prima cakap nak tambah saluran baru.

Bagaimana mendapatkan dekoder MYTV?
Kalau kita layak, dekoder tu akan dikurier. Tunggu Pos Laju sampai rumah.

Nak kurier pun makan kos juga. Satu dekoder Semenanjung RM9, Sabah Sarawak RM15. Duit lagi. Di situ saja dah berapa kena keluar modal.

Itulah CEO MYTV cakap, ini sebenarnya kira khidmat negara. Nak tak nak, kena bagi jadi juga. Depa keluar modal dalam RM2.0 bilion dan semuanya dibiayai sendiri.

Model bisnes
Habis bagaimana depa punya model bisnes (oleh kerana MYTV tu percuma ja)?

Pendapatan MYTV akan datang melalui beberapa cara. Antaranya penyiar itulah (RTM, Media Prima, dll).

Nak senang, bayangkan kalau kita dah buat satu kompleks membeli belah. Selepas tu, dapat dua penyewa utama contohnya Parkson dan Tesco. Lepas tu ada pula lagi penyewa berjenama yang serius nak menyewa di kompleks kita.

Kesudahannya, sedaplah sikit kita nak buat pemasaran ajak orang masuk mall kita (sebab penyewa terkenal sudah ada).

Macam itu jugalah MYTV. Dia ada dua anchor tenants (RTM dan Media Prima). Lepas tu ada juga tenant yang tak kurang hebat macam Bernama dan Al-Hijrah.

Kalau penyiar lain nak sertai pun boleh. Sebab itu MYTV sasarkan pada Jun 2018, mereka akan ada dalam 30 saluran.

Pendapatan MYTV juga datang daripada pemasaran. Nanti dia pergilah pada syarikat-syarikat yang nak buat pemasaran.

"Bro, aku ada 20-30 channel. Kalau hang letak iklan dengan aku, bayangkan berapa ramai penonton yang hang boleh capai?"

Macam itulah depa buat bisnes. Setakat sekarang, belum ada caj apa pun. Bagi percuma/ rebat dululah sebab masih nak promosikan. Mereka tangguhkan yuran sehingga Jun 2018.

Kalau tak dapat, tapi nak juga dekoder?
Bolehlah beli sendiri. Harga dalam RM199.

Selain gambar yang lagi cantik (resolusi tinggi), bunyi yang lagi sedap, boleh tengok rancangan apa lepas ini, boleh pilih sari kata apa kita nak, apa lagi kebaikan berpindah dari analog ke digital?

Apabila kita bertukar analog ke digital, beberapa spektrum transmisi akan menjadi bebas. Spektrum ini terhad.

Bila kita baca surat khabar tentang syarikat telekomunikasi contohnya, mereka ini akan memperuntukkan sejumlah amaun yang sangat besar untuk membida pembelian spektrum.

Digi, Celcom, Maxis, semua akan berebut bida untuk beli spektrum. Adalah Hertz apa semua tu. Tapi tu teknical. Aku pun tak pandai sangat.

Tapi nak senang faham, macam memori telefon kitalah. Terhad.

Kalau dah penuh, nak ambil gambar pun tak lepas. Tapi selepas kita buang apps yang kita tak pakai, adalah ruang kosong, kan?

Ha, lebih kurang macam itulah juga cerita dia.

Apabila kita bertukar daripada analog ke digital, bukan saja jadi lebih cekap, tapi turut bebaskan 'ruang' untuk kegunaan-kegunaan lain pada masa hadapan.

Manalah tau, kot syarikat telekomunikasi dapat spektrum lebih, depa boleh turunkan harga bil telefon kita lagi?

Harap-harap perkongsian ini membantulah. Jangan cepat sangat melatah.

Tahan sikit mulut dan tangan sebelum nak komen apa-apa. Tabayyun dulu. Puasa itu kan 'menahan'?

Kita tengah puasa, kan?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 18, 2017 5:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mahathir Dedah Punca Penjualan Proton
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Mahathir Dedah Punca Penjualan Proton. Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan menjual Proton didorong oleh "dendam kesumat", sehinggakan kerajaan mengabaikan soal maruah negara.

"Penjualan Proton dipaksa kerana dendam kesumat. Maruah tidak penting. Membalas dendam lebih penting," katanya dalam entri terbaru di blognya.

Pengasas industri otomobil kebangsaan itu berkata kerajaan sebenarnya mampu dan tidak perlu menjual kepentingan Proton kepada syarikat China, Kumpulan Geely Holding, jika tidak menggunakan cukai yang dikenakan ke atas rakyat untuk membeli sokongan.

Menurutnya, wang yang didakwa diperutukkan kepada Proton sebanyak RM1.7 bilion sebenarnya tidak sampai kepada syarikat itu.

Mahathir Dedah Punca Penjualan Proton
"Ya, maruah mempunyai kos. Duit sebanyak RM1.7 billion yang kononnya diberi kepada Proton sebenarnya tidak sampai setakat yang diketahui," katanya.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Geely, gergasi otomobil China yang sebelum ini turut mengambil alih Volvo dari Sweden.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, ia menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta.

Dr Mahathir berkata penjualan Proton merupakan pengakuan "kita gagal dan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju terencat".

Mahathir Dedah Punca Penjualan Proton
Beliau mempersoalkan dana kerajaan yang diperoleh daripada cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

Menurutnya, walaupun cukai terhadap rakyat lebih tinggi berbanding ketika zaman kegemilangan Proton, hutang yang ditanggung kerajaan masih tinggi.

"Jika diteliti keuntungan perniagaan Malaysia hari ini, cukai yang dikutip tetap lebih tinggi dari zaman Proton laris dijual. Tetapi hutang kerajaan membukit.

Mahathir Dedah Punca Penjualan Proton. "Ke mana pergi dana kerajaan ini. Apakah ia masuk poket orang itu dan orang ini?" - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 18, 2017 5:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bukan Semua Gelandangan Tiada Rumah, Ada Segelintir Sanggup Tidur Di Kaki Lima Untuk Dapat Makanan Dan Barang Percuma
siakapkeli.my

Foto: mstar

Memberi bantuan dan sumbangan pada insan yang tidak bernasib baik atau kurang berkemampuan sudah menjadi salah satu cara buat kita untuk bersedekah, apatah lagi jika melakukannya bulan mulia, seperti bulan Ramadan.

Kebanyakan orang perseorangan, badan kerajaan, swasta, atau pertubuhan NGO, mahu pun pelajar akan turut memberi bantuan, seperti sumbangan makan, serta bahan keperluan lain, bukan sahaja kepada organisasi tertentu, tetapi turut kepada gelandangan.

Sememangnya, jika dilihat pada waktu malam, di lorong-lorong atau laluan pejalan kaki banyak dilihat golongan gelandangan ini, bantuan yang diberikan kepada mereka juga tidak putus.

Namun begitu, menurut saudara Syed Azmi, mungkin ada baiknya kita mengurangkan aktiviti beri sumbangan kepada mereka, kerana sebab-sebab tertentu.

Mari kita ikuti penjelasan lebih mendalam akan hal ini.

Foto: alhijrah news

Saya nak bagi makan pada gelandangan ramadhan ni, Abg Syed. Macam mana ye?

Kalau saya ditanya, saya kata toksah. Sebab baanyak sangat setiap malam ada kumpulan bagi makan, sampai berlebihan sampai basi, sampai terbuang. Banyak sangat group bagi, dari makanan tempah khas nak bagi gelandangan sehingga makanan lebih bukak puasa. Ada je makanan lebih.
Bagi makan takyah tunggu Ramadhan je.

Tapi saya nak bagi jugak makanan. Boleh galakkan semangat charity sebab bantu terus golongan dhaif.

Mana awak tahu tu dhaif kalau datang sekali sebulan atau sekali setahun. Mana awak tahu. Kalau nak bagi makan, bagilah tempat yang orang belum bagi. Click link ini dan scroll bawah nak tengok mana tempat dan bila malam orang bagi. Sentiasa ada.

Boleh collaborate sesama. Duit atau barang. Bincang dulu jangan main redah je nak bagi.

Tapi kalau nak jugak bagi sendiri, tolong bawak plastik sampah ye pasal nak kutip makanan terlebih buang. Sampah dan imej kotor yang DBKL marah siap nak halau homeless sebab kotorkan kawasan.

Kita yang bagi punca sampah, kita patut bersihkan. Semua group tegar saya tahu bersihkan tempat makan yang mereka bagi kat kawasan mereka.

Kalau bagi makan sekali setahun. Buatlah max, 40 packs kalau tak plan mana nak bagi, atau bagi kat tempat yang saya cadangkan ni:

Balai Polis
Balai Bomba
Guard houses
Stesen bas
Pemandu bas
Pekerja Petrol Pam
NGO yang ajar tuition malam
NGO yang ajar kelas ngaji
PPR or PPRT
Surau atau musolla yang small small.

Yang bebudak universiti ni pun kalau nak bagi makan, bagilah kat kampus masing-masing. Ramai jugak yang ikat perut situ. Yelah mungkin tak glamor dan tak de makna nak selfie. Media pun tak singgah.

Ok, saya tak bagi makan, tapi kesian diorang takde barang. Saya nak bagi barang.
Jawapan saya, bagilah dan jangan marah if diorang jual balik kat Pasar Karat sebab barang tu dah jadi hak mereka dan boleh dapat duit. Bun Gardenia 0.85sen diorang jual 3-5 singgit satu set sebab banyak orang bagi. Dah banyak sangat. Berus gigi hotel pun ada.

Masalah bagi barang ni, kita kena kaji tanya itu ke yang diorang nak.
Tu pasal saya lagi suka bagi kat Universiti Student. Lagi perlu. Tapi takpe terpulang.

Kenapa Homeless amik kalau tak perlu?

Sebab orang sentiasa nak bagi dan mentaliti yang buatkan mereka rasa mana tau besok tak dapat apa-apa. Yang saya sedih, sebabkan lambakan barang dan makanan, some homeless sanggup tidur picnic bagai di kaki lima sebab takut kalau tidur tempat lain tak dapat barang atau makan.

Anak-anak terbiar di tempat yang kurang selamat.

Kita yang buatkan mereka dan anak mereka kat situ sampai 1-2 pagi sebab takut miss barang orang nak bagi.

Bukan semua Homeless takde rumah. Kiraan cerapan jam 2-4pagi tahun ni menunjukkan seluruh KL warga yang tidur tepi jalan cuma 1000. Seluruh KL. Bukan satu tempat. Max satu tempat 100. Yang lain urban poor dan yang lalu lalang amik kesempatan. Takpelah kita sedekah.

Tu lagi satu. Niat kita bagi kenapa? Nak selfie? Nak nampak orang yang lagi susah dari kita untuk dapat keinsafan?

Mungkin membantu.

Tapi kita gunakan mereka untuk kepentingan kita, hmm lama-lama kita yang bentukkan budaya menunggu dan terima. Tu yang bila kita kata gelandangan malas, saya selalu tanya mungkin kita yang bentuk mereka begitu.

Untuk yang nak bagi setahun sekali, collaborate lah dengan group sedia ada. Turunlah padang buat homework kira betapa ramai dah bagi dan betapa banyaknya WASTAGE. Kesenangan sementara ni mungkin buatkan diorang tunggu je.

Yang bagi time 2pagi pulak, tak logic kot orang nak tidur. Janganlah kacau.

Yang buat penggambaran dan bagi makan macam orang kaya besar, sudah-sudahlah tu. Investlah in classes yang majukan diri mereka like kelas membaca atau buka meja bantuan atau sponsor Medical facility.

Saya nak bagi duit raya. Boleh, tapi kalau tak cukup pastu kena serbu jangan terperanjat ye.
Kalau dah bagi jangan ungkit pulak.

Nak bagi duit baik guna nak settlekan yuran sekolah anak ke, top up credit handphone ke, sponsor penggunaan tandas berbayar ke. Lagi baik. Tapi x salah nak bagi.

Bukan saya tak bagi buat amal bagi makan atau barang, tapi realitinya dah nembazir. Kita pun nak mereka maju. Boleh bagi makanan lazat tapi tak nak membazir.

Terus terang lagi, banyak projek lain boleh buat. Be creative sikit.

Pic bawah is pasar karat. Semua barang orang bagi. Baik bagi diorang duit terus kalau nak bantu. Tapi ini usaha jugak. So maybe boleh tengok tang tu.

Again yang saya sedih, sebab harapkan barang free, sanggup satu famili berkampung tempat tak selamat takut miss barang. Untuk pengetahuan semua ada jugak Homeless sewa 2 bilik sebab satu bilik nak letak barang orang bagi, hoarders. Orang yg betul-betul susah tak amik banyak barang sebab takde tempat nak letak actually.

Teruskan beramal, tapi check niat dan implikasi please.
Mintak maaf pada group yang saya endah tak endah layan bila nak bagi projek bagi makan ni. Dah cliché.

Banyak lagi nak tulis pasal mentaliti Homeless tapi dah ngantuk.

Syed Azmi Alhabshi.
Small Lamb.

- Siakap Keli

''Undercover'' Sebagai Gelandangan, Sharul Shiro Hampir Kena Pukul Dan Akak Penjual Nasi Lemak Yang Amat Pemurah
siakapkeli.my

Sejak semalam telah menjadi tular di laman Facebook sebuah video yang memaparkan pelakon dan pelawak Sharul Shiro telah menyamar sebagai gelandangan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Video yang dihasilkan oleh maxman.tv itu telah menarik perhatian ramai netizen selepas Sharul berjaya membawa watak sebagai gelandangan dengan berjaya tanpa terdedah identitinya.

Di dalam video itu memaparkan beliau yang menjadi gelandangan telah cuba meminta sedekah, ternyata sifat pemurah rakyat Malaysia begitu tinggi di mana dalam masa tidak sampai sejam beliau berjaya memperoleh RM30.

Namun satu kejadian tidak disangka berlaku apabila kelihatan datang dua orang lelaki bertindak agak kasar terhadap Sharul dan rakannya di mana dua lelaki itu bertanyakan adakah mereka memiliki dadah.

Dilihat berlaku sedikit pergelutan antara mereka di mana menyebabkan Sharul terjatuh je atas rumput, menurut mereka dua lelaki berkenaan mungkin pihak keselamatan atau penjaga kawasan berkenaan.

Di dalam video ini, apa yang betul-betul mencuri perhatian admin ialah apabila Shahrul cuba meminta nasi lemak dari akak penjual nasi lemak di Pasar Seni seperti dalam gambar di bawah.

Shahrul menyatakan dia amat lapar, sudah dua hari dia tidak menjamah makanan dan juga menyatakan dia tiada duit, namun akak itu dilihat telah membungkus nasi lemak berlauk ayam, diberikan secara percuma kepada 'gelandangan' yang tidak dikenalinya itu.

Ternyata sikap pemurah wanita di dalam video berkenaan mendapat pujian ramai netizen, rata-rata mereka kini mahu gerai akak ini viral.

Memang pemurah akak ini, beliau merupakan seorang peniaga gerai makanan di West Est Maina Station, Pasar Seni, memang terbaiklah akak ni, semoga dimurahkan rezeki akak.

Video itu kini telah ditonton sebanyak 1.9 juta orang dan dikongsi hampir 20,000 kali. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 18, 2017 5:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Antara golongan yang bebas dari azab kubur

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
"

Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir.

Berdasarkan hadis Rasulullah memang terdapat beberapa golongan yang tidak disoal di dalam kubur, antaranya adalah :

Murabit
Murabit adalah mereka yang menjaga keselamatan sempadan negara Islam, ,kubu pertahanan dan mempertahankan negara sama ada di darat,laut dan udara. Mereka adalah polis, pegawai keselamatan, tentera dan lain-lain yang menjaga keselamatan orang lain daripada ancaman bahaya pihak musuh dengan niat kerana Allah. Mereka adalah golongan yang amat beruntung kerana berpeluang untuk beroleh nikmat keistimewaan ini.

Riwayat daripada Salman al-Farisi, Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang hidupnya berjaga-jaga kerana menghalang terhadap serangan musuh di perbatasan iaitu mereka yang berjuang di jalan Allah sehari semalam itu lebih baik daripada berpuasa sebulan dengan melakukan qiam pada setiap malam. Sekiranya dia mati maka dia akan diberikan ganjaran atas tugasan yang dilakukannya itu. Diberikan ganjaran rezeki dan selamat daripada fitnah dalam kubur". (Riwayat Muslim)

Mati Syahid
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara. 6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

Mengamal surah al-Mulk

Surah Al-Mulk wajar diamalkan terutamanya sebelum tidur, selepas ataupun sebelum menunaikan solat sunat Witir. Rasulullah saw menganjurkan surah Al-Mulk sebagai bacaan rutin setiap umat Islam kerana kelebihan utamanya sebagai penghalang dari azab kubur dan beroleh pengampunan dosa dari Allah.

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang surah al-Mulk : "Ia adalah penghalang daripada azab kubur." (Riwayat al-Tirmidzi)

Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Tabarakallazi biyadihil mulk." (Riwayat Ahmad)

Mati pada malam atau hari Jumaat
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:

"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Mati disebabkan sakit perut
Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban)

Para Siddiqin
para siddiqin iaitu para sahabat Rasulullah dan mereka yang benar-benar beriman kepada ajaran Islam walaupun tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Al-Hakim menegaskan bahawa para siddiqin tidak akan disoal di dalam kubur kerana di dalam doa yang dijadikan amalan membuktikan orang yang telah diberi nikmat oleh Allah dikalangan nabi, para siddiqin, para syuhada dan mereka yang salih.

Mudah-mudahan kita tergolong di antara golongan yang terselamat di alam kubur kelak. Amin.

Iluminasi.com

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: haruanlubuk
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: