Wednesday, July 12, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4801[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4801

Messages

Wed Jul 12, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Orang Kata Sayangnya Saya Tak Rawat Awal, Mereka Tak Tahu Apa Orang Cakap Semua Saya Dah Cuba," - Izani
siakapkeli.my

Setiap orang sudah pasti mahukan yang terbaik untuk dirinya, jika sakit pasti akan cari ubat, jika nampak sedikit kekurangan pasti akan cari penyelesaiannya.

Tiada seorang pun di dunia ini mahu sakit, sakit sudah pasti akan membataskan pergerakkan kita, dalam orang tidak tahu, sudah pasti mereka telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati penyakit yang dihadapi seseorang.

Seorang lelaki bernama Muhammmad Izani Mat Jaih, 23, dia telah menghidapi penyakit kaki gajah atau nama saintifik Elephantiasis telah mengubah hidupnya dari seorang yang cergas kepada seorang yang susah bergerak.

Dari disangka penyakit kulit biasa, kakinya telah membesar sehingga berat 60kg dan sehingga kini katanya tiada lagi ubat yang sesuai mengubati penyakitnya itu.

Melalui luahannya di laman Facebook, Izani menyatakan ada orang yang tidak tahu membuat pelbagai andaian, ada yang menyatakan dia tidak berubat awal menyebabkan sakitnya jadi seperti kini.

Jom ikuti apa luahannya.

Ada yang berkata pasal penyakit saya ni....
1) Sayangnya tidak dirawat awal....
2) Dalam tahap ini.., bengkak kaki tidak akan di pulihkan kembali...

Sini saya nak cakap.. Maaf yee.. Mohon jgn terasa hati.. Saya just nak bagitahu saja.. Kalau nak baca teruskan... Kalau xnak baca abaikan pasal ni..

Ok bagi yga pertama dulu...
Bukan x dirawat dari awal.. Saya mula2 terkena penyakit ni lagi saya dah trus buat appoinment pakar utk mengetahui pasal penyakit yg saya hadapi... Tapi masa tu jumpa pakar kulit jee sbbnya masa mula2 nak kena dulu dia just gatal2.. So mmg pakar kulit laa yg saya jumpa mula2.. Pastu dia refer pakar perubatan n pakar bedah.. Tapi semua blom tahu punca..

Ikut semua orang kata.. Berubat cara tradisional saya cuba...perubatan islam saya cuba.. Ubat dirrect selling pon saya cuba.. Smpai ribu riban jugakk laa duit parents saya hbis.. Yelaa sapa nak tngokk anak menderita kesakitan kan..??
Tapi semua tu blom pon x nampak keberkesanan...mungkin blom lagi ada ubat yg sesuai atau cara sesuai utk saya..

So sini nak bagitahu.. Saya dah ambil tindakan dr awal lagi.. Jgan sedap2 mulut nak kata saya x cuba rawat pasal bnda ni k..

Sini saya jawap soalan yg no 2 pulakk..
Yess.. Kadang2 kata2 tuu boleh mnyebabkan saya give up.. Tapi bila fikir balik.. Kita hanya manusia biasa.. Hamba Allah sahaja... Sehebat mana pon kita.. Jgn lupa Dia juga Maha mengetahui segala2nya... Jgn laaa senang nak kata penyakit ni xboleh dirawat laa apa laaa sebabnya setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati...

Dulu saya pernah laa give up sbb kata2 macam ni laa.. Tapi bila fikir balik... Allah is the best planner.. Apa yg kita rancang Allah juga rancang... Tapi Yakinlah Dia jualah perancang terhebat... Skarang saya x ambik peduli apa org kata sebab saya ada Allah utk segala2nya... Klau Allah kata nak bagi sembuh dalam masa yg agak singkat pon boleh sembuhh tapi Allah nak uji lagi saya sebab Dia tahu saya mampu tuk hadapi semua ni... Allah xkan uji hambanya lebih dr kemampuan hambaNya...

Maaf kalau ada yg terasa atas leteran ini... Saya hanya insan biasa dan xkn pernah menyerah dalam apa jua sekalipon..never give up... Kita tiada hak utk menolak takdir Allah...

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Memandu Kereta Automatik, Jangan Lakukan Tindakan-Tindakan Ini Untuk Pastikan 'Gearbox' Tidak Cepat Rosak
siakapkeli.my

Bagi mereka yang sudah biasa memandu dengan kereta manual, sudah pasti mahir menggunakan tiga pedal, dan begitu juga dengan gear, yang mana saling berkait antara satu sama lain.

Namun, buat kereta automatik pula, di mana tidak mempunyai 'clutch', dan mudah dari segi pertukaran gear, ia sedikit sebanyak membantu dari segi pemanduan, untuk lebih lancar.

Tapi, sekiranya cara pemanduan atau penggunaan yang salah, pastinya kerosakan akan berlaku, lebih-lebih lagi buat pengguna kereta automatik.

Sekiranya mengalami kerosakan pada 'gear box', jangan terkejut bila tengok akan jumlah yang perlu dibayar, kerana kerosakan membaiki atau menukar 'gear box' bukanlah sesuatu yang murah.

Untuk itu, pastikan anda gunakan dan jaga 'gear' dengan sebaik mungkin, dan elakkan melakukan perkara sebegini, sekiranya menggunakan kereta jenis automatik.

Elakkan perkara berikut sebelum gear anda jahanam

1. Sebelum menukar mode gear pastikan kereta berhenti sepenuhnya.

Contoh,bila anda mengundur,pastikan kereta berhenti sepenuhnya sebelum tukar kepada D atau sebaliknya.

2. Gunakan Mode P sebagai brake kereta.

Contoh, kereta belum berhenti, terus masuk mode P

3. Enjin dalam rpm tinggi masuk gear.

Contoh, anda rem-rem paddle minyak, terus masuk mode D

Bagi memastikan 'gear box' tahan lama, dan berada dalam keadaan yang baik.

Pastikan minyak dan FILTER ditukar, serta diservis mengikut skala yang telah tetapkan.

Tukar gear box bukan harga murah. Elakkan ya sebelum terjadi.

Perkongsian sahabat yang membaiki gearbox. Biasanya bukan kerosakan teknikal TAPI
SIKAP PEMANDU.

Sumber: Panda Bekki

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Terkejut Anak Bawa Balik Burung Gagak Putih Ke Rumah, Sangka Kisah Gagak Putih Hanya Dongeng Semata-Mata
siakapkeli.my

Sabak Bernam: Seorang lelaki selama ini yang meyangka kisah gagak putih hanya dongeng semata-mata kini percaya burung berkenaan wujud, lapor Harian Metro.

Pandangannya itu berubah selepasa anaknya berjaya menangkap burung berkenaan dan membawanya pulang ke rumah, namun pada mulanya dia tidak percaya tetapi selepas melihat burung berkenaan dia terkejut.

"Ketika anak maklumkan dia menembak gagak putih, saya menyangka dia berbohong kerana gagak putih hanya kisah dongeng semata-mata."

"Anak saya bersama rakannya menembak burung itu menggunakan pistol mainan peluru manik selepas pulang dari surau di Taman Air Manis, Khamis lalu.

"Pada mulanya, dia mengatakan mendapati ada objek bergerak di pokok mempelam dan menyangka ia burung nuri sebelum menembaknya sehingga jatuh," katanya kata Dr Mohd Hisham Surgi, 43 ketika ditemui di kediamannya di Taman Setia Jaya, Sungai Besar di sini, kelmarin.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Amirul Fahmi, 15, ketika berada dalam kereta selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Dr Mohd Hisham yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al Insaniah berkata, burung itu telah dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya, Mohd Surgi Ngarib, 74.

"Bapa saya menyimpan burung itu di dapur rumah. Saya terkejut mendapati ia benar-benar gagak putih," katanya.

Menurut beliau lagi, sejak bapanya merawat dan memberi makan kepada gagak putih itu, beberapa kejadian pelik turut berlaku.

Ketika ini, gagak putih itu masih sakit dan tidak mampu terbang.

Sementara itu, Mohd Surgi berkata, dia bercadang untuk meletakkan burung itu dalam sangkar lebih besar atau di muzium mininya di Sungai Besar.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



5 Cara Untuk Menghidupkan Smartfon Sekiranya Butang "Power" Rosak

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Berikut TG kongsikan 5 cara alternatif yang boleh korang cuba untuk menghidupkan fon tanpa menggunakan butang kuasa. Cara ini boleh korang cuba sekiranya butang tersebut rosak.

Berikut diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba.

1. Gunakan pencungkil gigi atau yang seangkatan dengannya

Teknik ini khusus untuk smartfon korang yang boleh dibuka cover nya... cucuk pada bahagian yg mengelembung pada tombol power, insya allah sekiranya kerosakan hanya pada tombol luar maka fon korang akan dapat dihidupkan kembali...

2. Sambung ke Pengecas

Untuk sesetengah model, ianya akan automatik dihidupkan sekiranya tersambung ke charger... sbg contoh fon Lenovo, Oppo dan beberapa model yg tertentu...

3. Sambung ke Power Bank

Teknik ini ada kaedahnya tersendiri, korang follow step pada video diatas.. namun begitu..cara ini hanya boleh dilakukan pada fon yang boleh dicabut baterinya...

4. Guna Tombol lain Yang ada Pada Fon

cara ini agak sedikit rumit tetapi peratus keberhasilannya agak tinggi.. TG syor kan korang cuba. Ada 2 teknik berbeza bergantung kepada jenis fon..

Teknik 1
Tekan butang volume atas dan bawah secara serentak dan sambung ke PC. Seterusnya tekan butang volume atas dan bawah bersama butang Home secara serentak ketika fon masih lagi berhubung dgn PC, sekiranya berjaya satu paparan menu akan muncul pada skrin fon yg dipanggil boot menu.. guna butang volume untuk pilih fungsi restart fon.

Teknik 2
Untuk fon yang tiada butang Home, korang hanya perlu menekan butang volume sahaja... iaitu dengan menekan butang volume bawah sambil fon dihubung ke PC. Kemudian tekan dan tahan butang volume sehingga keluar paparan menu boot pada skrin fon.. seterusnya pilih menu restart fon pada menu tersebut... pilihan boleh dibuat dengan menekan butang volume atas atau bawah...

5. Khusus untuk Smartfon Samsung Sahaja (Tidak Semua)

Cas kan fon sedikit, kemudian cabut kabel pengecas.. dengan cara ini fon samsung korang akan secara otomatik dihidupkan

Itulah diantara 5 kaedah yang korang boleh cuba... selamat mencuba... jgn lupa share ye.. tq

,,,,,,,
http://www.tipsgajet.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bahaya, Jangan Makan 7 Makanan Ini Ketika Perut Kosong
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Ada banyak makanan yang boleh dimakan kehidupan seharian, tetapi penting juga untuk memberi perhatian kepada waktu makan yang sesuai, terutama apabila perut anda tetap masih kosong. Mungkin saja saja anda alami sakit perut apabila mengambil makanan itu. Ada banyak makanan yang sebaiknya dijauhi untuk dimakan selekasnya dalam keadaan perut kosong. Nah, ingin tahu makanan apa pun itu? Berikut ini senarainya.

1. Soda
Minuman bersoda mempunyai asam karbonat tinggi dan masa asid dalam soda bercampur dengan asid perut di perut, akan menyebabkan penguncupan dan buat anda sakit perut hingga mual-mual.

2. Tomato
Tomato juga mempunyai kandungan asid tinggi. Masa anda makan tomato semasa perut kosong, asam lambung dan asid di dalam tomato akan bertindak balas dan mengakibatkan gas yang boleh buat sakit perut, kembung dan begah.

3. Dadah
Apabila anda pernah membaca ketetapan minum ubat, anda tentu tidak digalakkan minum ubat dulu sebelum makan bukan? Hal sejenis ini kerana ubat boleh menghematasi dinding perut apabila anda belum makan dan waktu bercampur dengan asam lambung, ini jadi kronik keadaan perut.

4. Makanan pedas
Mengambil makanan pedas masa anda belum makan apa pun juga hal yang buruk kerana capsaicin (sebatian pedas pada cili) yang bercampur dengan asid perut menyebabkan reaksi yang buat perut sakit dan kejang.

5. kopi
Apabila sebahagian orang memulakan pagi hari dengan minum kopi, sebenarnya itu tidaklah hal yang baik kerana kandungan kafeinnya yang boleh menyebabkan perut menghasilkan gas. Itu mengapa perut anda boleh kembung kerana minum kopi. Anda mungkin saja saja minum kopi saat perut kosong.

6. Yogurt
Walaupun yogurt memang siapkan probiotik yang sihat untuk tubuh, namun tidaklah bermakna boleh dimakan semasa perut kosong. Tetapi kandungan asid dalam yogurt akan buat perut sakit.

7. Pisang
Buah pisang memang sihat dimakan ketika sarapan, tetapi jadi pisang ketika perut kosong boleh menyebabkan kenaikan jumlah magnesium dalam darah yang mengganggu keseimbangan kalsium dalam darah.

Jadi, apabila pagi hari anda belum makan apa-apa, sebaiknya jauhi sekian makanan di atas ya agar tidak alami sakit perut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kucing 'Culik' Anak Dari Kucing Lain Supaya Dapat Dijadikan Anak Angkat, Akhirnya Dapat 'Hak Penjagaan'
siakapkeli.my

Ini mungkin kedengaran agak kelakar tapi rupa-rupanya ada kucing yang sanggup menculik anak kucing dari ibu lain supaya dapat dijadikan anak angkat.

Kejadian pelik itu dikongsi oleh SBS TV dalam kejadian yang berlaku di Korea Selatan.

Menurut SBS TV, kucing terbabit 'menculik' keempat-empat anak kucing dari kawasan berdekatan dan membawa kesemua mereka pulang ke rumahnya.

Bukan setakat bermain-main, kucing itu turut memberikan susu kepada 'anak-anaknya' itu.

Namun, seorang lelaki yang dipercayai penjaga kepada penculik itu berkata dia terpaksa memulangkan kembali anak-anak kucing itu kepada ibu asalnya.

Apabila sedar semua anak-anak angkatnya hilang, kucing terbabit mula menggelabah dan tercari-cari

Sementara itu, anak-anak kucing tersebut dipulangkan semula kepada ibu kandung mereka.

Namun, perkara mengejutkan berlaku apabila ibu itu seperti tidak menginginkan lagi anak-anaknya. Malah ia turut marah apabila didekati oleh salah seekor anaknya.

Disebabkan itu, anak-anak kucing tersebut terpaksa dipulangkan semula kepada penculik mereka.

Pengakhirannya, anak-anak kucing itu dikatakan gembira bersama ibu baharu mereka. Namun misteri mengapa ibu kandung anak-anak kucing itu tidak menginginkan anak-anaknya masih tidak terjawab. Tapi sekurang-kurangnya ibu angkat itu mendapat 'hak penjagaan' untuk menjaga anak-anak barunya itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Dia Lihat Tanpa Berkelip Mata Dan Cuba Ikut Gerakan Sahabat Dalam Bagunan Lakukan," Gelagat Uncle Ini Tarik Perhatian Netizen
siakapkeli.my

Gelagat seroang lelaki warga emas berbangsa Cina ini telah menarik perhatian netizen apabila dia dilihat memerhati dengan khusyuk beberapa orang lelaki yang sedang berjemaah di dalam sebuah bagunan di sekitar Jalan Raja Laut.

Apa yang menarik perhatian, Uncle berkenaan bukan sahaja memerhati, sebaliknya dia kelihatan seperti cuba mengikut apa yang jemaah di dalam bagunan lakukan iaitu bersolat.

Sekeping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh saudara Mohd Azlan Omar apabila ada mereka sempat merakam gelagat Uncle ini ketika menuju ke sana untuk solat berjemaah.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku ketika mereka sedang solat selepas baru selesai menjalankan satu program bersama gelandangan.

"Dia melihat tanpa berkelip mata dan tangan beliau mengikut apa sahabat-sahabat di dalam bangunan tu lakukan," tulisnya

Beliau turut memuatnaik sebuah video dengan menyatakan mungkin kerana kemerduan alunan ayat-aayt suci Al Quran buatkan beliau terpegun dan tertarik.

"Oleh yang demikan malulah kita yang beragama Islam lalai dengan tidak melakukan ibadah solat..Ayuh umat Islam solat itu tiang agama," tulis beliau bersama video di bawah.

Apa pun kita doakan semoga Uncle ini sentias dilindungi dan mendapat hidayah daripadaNya - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Jul 12, 2017 7:32 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mudahkan Pencarian Arah Kiblat Tidak Kira Berada Di Mana Sahaja, 'Qibla Finder' Boleh Digunakan Dengan Telefon Pintar
siakapkeli.my

Banyak sahaja aplikasi yang boleh digunakan dan dimuat turun dalam teelfon pintar yang mana memudahkan kehidupan seharian, dari membantu perjalanan, aplikasi al_quran, sehingga yang terkini, adalah aplikasi Qiblat Finder.

Qiblat Finder adalah satu aplikasi dari Google, yang mana membantu kita dalam mencari arah kiblat, dan ianya adalah berdasarkan tempat di mana kita berada.

Qibla Finder

Best apps Qiblafinder with Google ni wei, rasa confident dengan arah kiblat sebab dia guna teknologi augmented reality (AR). Hala terus straight kat Kaabah dari lokasi kita dengan jarak sekali. Kalau pegi travel senang guna ni je. Mudah dan tepat insyaAllah.

Tak payah download, klik link then buka terus guna browser je. Cuba try check kiblat kat tempat korang.

Klik Link: Qiblat Finder

Update cara guna:

1. Klik link. Aplikasi akan dibuka melalui browser.
2. Klik Let's Go. Boleh pilih bahasa melayu jugak, Jom katanya.
3. Pilih lokasi anda berdasarkan map. Boleh taip lokasi anda di ruangan search. Gerakkan screen untuk tetapkan lokasi anda dengan tepat. Klik untuk teruskan.
4. Arah dan jarak Kaabah di Masjidil Haram Makkah akan dipaparkan. Halakan kamera phone ke arah ikon Kaabah yang ditunjukkan.
5. Arah Kiblat disahkan.

Nota:

- Mungkin phone model lama atau spec rendah tidak support apps ini. Apps ini untuk phone yang ada sensor kompas sahaja.
- Kompas perlu dicalibrate bagi memastikan bacaan yang tepat.
- Google cakap apps ini dibuat untuk android. Jadi mungkin kurang compatible bagi iphone.
- Casing phone yang mempunyai bahan besi boleh menyebabkan bacaan kurang tepat sebab mempengaruhi kompas.

Sumber: Muhammad Mt

- Siakap Keli

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, June 04, 2017 12:45 PM
Subject: Fw: Lagi berita istimewa di malaysia

Dari 10 Aplikasi Arah Kiblat Diuji, Hanya Dua Tunjuk Arah Kiblat Dengan Tepat, Ada Tersasar Hingga 45 Darjah
siakapkeli.my

Hanya dua daripada sepuluh aplikasi arah kiblat yang diuji menunjukkan arah kiblat yang tepat, manakala tujuh lagi tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat, dan satu lagi tersasar sehingga 45 darjah, lapor Berita Harian.

Ujian yang dijalankan oleh akhbar tersebut dan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) menyatakan dari sepuluh aolikasi berkenaan hanya myJakim dan Qibla Kaabah yang menunjukkan arah yang tepat.

Yang dipertua Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menasihati orang ramai supaya tidak terlalu bergantung kepada aplikasi itu kerana ia mempunyai kelemahan, ataranya gangguan tarikan medan magnet.

"Walaupun sudah ditentu ukur, ketepatan arah kiblat menggunakann aplikasi itu boleh dipertikai kerana terdapat gangguan dan kelemahan lain seperti medan magnet."

"Peralatan dan sumber elektrik yang berada di sekitar kawasan juga mengganggu fungsi kompas kerana setiap wayar peralatan itu akan mengeluarkan medan elektrik.

"Gangguan terbesar adalah besi yang berada di sekeliling dan walaupun kita tidak melihat kewujudan besi, di dalam setiap bangunan atau lantai mempunyai besi yang tertanam.

"Gangguan yang tidak nampak inilah menjadi kelemahan terbesar aplikasi berkenaan," tambahnya.

Menurut beliau, apa yang lembih membimbangkan ada dakwaan yang menyatakan ada antara aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan.

Akhbar berkenaan turut menyatakan ada pihak dengan sengaja menghasilkannya dengan tidak menghala ke Kaabah bagi tujuan tertentu.

"Terlalu banyak aplikasi ini sehingga boleh didapati dengan mudah dan percuma, malah kita tidak tahu aplikasi mana yang sudah diiktiraf dan pada masa sama atas dasar apa serta formula apa aplikasi ini diwujudkan," kata Syed Kamarulzaman lagi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 12, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Thursday, 13 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: