Sunday, July 2, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4789[5 Attachments]

11 Messages

Digest #4789

Messages

Sat Jul 1, 2017 10:42 pm (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sat Jul 1, 2017 10:42 pm (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jul 2, 2017 1:43 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kereta Remuk Teruk Selepas Tersangkut di Penghadang Jambatan
siakapkeli.my

MELAKA - Sebuah kereta jenis Myvi berwarna kuning mengalami kerosakan teruk selepas tersangkut pada penghadang di Jambatan Bukit Lintang disini.

Menurut beberapa laporan awal, tiga mangsa tersepit dalam kereta itu susulan kejadian.

Satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook Info Kemalangan & Bencana pula memaparkan bomba tiba di tempat kejadian bagi membantu mangsa.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi tentang kejadian.

Pekerja Penyelenggara Lebuhraya Maut, Lori PROPEL Terbalik Dirempuh Sebuah Bas Ekspres Dari Belakang
siakapkeli.my

Seoang pekerja penyelengaraan lebuhraya maut manakala dua rakannya cedera selepas lori PROPEL yang dinaiki mereka telah dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 65.5 lebih raya PLUS, arah utara, dekat Pendang, awal pagi ini, lapor Harian Metro.

Kejadian difahamkan berlaku apabila bas ekspres yang sedang menuju ke Alor Setar merempuh belakang lori PROPEL itu hingga terbabas, melanggar pembahagi jalan dan terbalik kira-kira jam 6.15 pagi itu.

Kemalangan berkenaan telah meragut nyawa seorang pekerja yang berada di bahagian belakang lori PROPEL, Ruslan Saidin, 53, manakala pemandu, Syuhaimi Osman, 42, cedera di kaki dan kepala sementera penumpang hadapan, Mohd Rozi Ishak, 53, cedera di kepala.

Sementara itu, pemandu bas ekspres bersama 28 penumpang yang lain dilaporkan selamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Pegawai Bomba Kanan I, Muhamad Aslan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada 6.24 pagi.

Seorang pegawai bersama tujuh anggota yang berada di Fire Post Gurun telah bergegas ke lokasi kejadian.

"Tindakan mengeluarkan mangsa dari lori dilakukan dan rawatan awal di tempat kejadian turut diberikan kepada dua mangsa cedera.

"Mereka yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dengan ambulans bomba dan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Siakapkeli.my

Saat Menakjubkan Dua Ekor Gajah Dewasa Kalut Selamatkan Anak Gajah Lemas Dalam Kolam di Zoo
siakapkeli.my

Saat menakjubkan dua ekor gajah dewasa berusaha menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh dalam kolam di sebuah zoo di Seoul, Korea Utara, menunjukkan betapa haiwan itu mempunyai perasaan belas dan berupaya untuk bekerjasama.

Anak gajah yang pada mulanya berdiri di sebuah kolam besar di Grand Park Zoo itu tiba-tiba tegelincir dan jatuh ke dalam air.

Terkejut dengan kejadian terbabit, kedua-dua ekor gajah yang menyaksikan kejadian dilihat panik dan cuba menyelamatkan anak gajah tersebut menggunakan belalainya.

Menerusi video CCTV yang berjaya merakam kejadian, seolah-olah kedua-dua ekor gajah itu berkomunikasi secara senyap untuk menyelesaikan operasi menyelamat itu dengan jayanya.

Selain itu, turut kelihatan seekor gajah deawasa lain kelam kabut di dalam sangkar kerana tidak mampu memberikan bantuan.

Di akhir video tersebut, anak gajah itu berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke permukaan.

Tonton video kejadian dibawah:

Sumber: DM

Anak Gajah Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Lebuhraya Gerik-Jeli
siakapkeli.my

Seekor anak gajah dianggarkan berusia dua tahun telah ditemui mati dan berlumuran darah di tepi jalan Lebuhraya Gerik-Jeli di Gerik, lapor The Star.

Pengarah PERHILITAN Perak, Loo Kean Seong berkata, anak gajah berkenaan telah ditemui kira-kira jam 7 pagi pada Jumaat lalu.

"Walaupun kejadian seperti ini jarang terjadi, diingatkan pengguna jalanraya lebih berhati-hati ketika memandu di lebuhraya ini."

"Kami telah pun mendirikan papan tanda di sepanjang lebuhraya untuk memberitahu pengguna jalan raya bahawa kawasan berkenaan adalah kawasan lintasan gajah, jadi mereka perlu lebih bertanggungjawab, terutamanya apabila mereka memandu lewat malam atau awal pagi," kata Loo.

Beliau turut menggesa pangguna jalanraya jika terlanggar atau terjumpa sebarang kejadian kemalangan melibatkan haiwan terancam seperti gajah, harimau, tapir atau harimau bintang, laporkan terus kepada pihak Perhilitan.

"Ianya adalah supaya sekurang-kurangnya pihak perhilitan boleh menyiasat dan mengebumikan bangkai bukannya meninggalkan ia reput di tepi jalan," katanya. - Siakapkeli.my

Sumber gambar: Alicia Solana Mena, Jain Mahmud II

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sun Jul 2, 2017 1:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tarif elektrik berdepan kenaikan?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


PETALING JAYA: Suruhanjaya Tenaga sudah mencadangkan sistem surcaj untuk menggantikan struktur rebat sedia ada dan jika diluluskan, ia akan menjejaskan pengiraan tarif elektrik.

Bagaimanapun, Sin Chew Daily melaporkan kerajaan mungkin mengekalkan struktur rebat sedia ada bagi mengelakkan rakyat terbeban menjelang pilihan raya umum akan datang.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.

ICPT membolehkan kerajaan menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh masa untuk pelarasan itu tamat 30 Jun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid memberitahu akhbar itu, kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam beberapa hari lagi selepas pihaknya memaklumkan masalah dihadapi TNB kepada kerajaan.

Katanya, Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk diputuskan selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk arang batu, gas asli, kadar tukaran mata wang dan inflasi.

"Saya tidak boleh mendedahkan sama ada rebat akan dikurangkan, dinaikkan atau dikekalkan subsudi, itu keputusan kerajaan."

Kos gas berpaip ditetapkan pada harga RM15.20 setiap MMBtu bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Tetapi difahamkan, kerajaan sudah membenarkan Petronas menaikkan harga gas asli berpaip kepada RM22.70/MMBtu. Ini akan menyaksikan kos tambahan sebanyak RM200 juta untuk separuh ke-2 tahun ini.

Jumlah penjimatan daripada harga rendah gas asli cecair (LNG) dan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) akan diseimbangkan dengan kenaikan gas berpaip, ini mungkin menjadi salah satu faktor untuk kerajaan mengurangkan rebat tarif elektrik.

Berdasarkan analisis, kerajaan bercadang melaksanakan pemasangan meter dan kabel pintar, kabel voltan tinggi dan berkuasa tinggi serta pembinaan stesen janakuasa baru dalam tempoh 3 tahun akan datang, selain kos penghantaran serta pengagihan bekalan elektrik yang mungkin menyebabkan kenaikan kos operasi TNB dan seterusnya mengurangkan rebat tarif elektrik diberikan kepada rakyat.

ICPT yang diselaras setiap 6 bulan akan tamat 30 Jun ini dan TNB menerusi laporan Sin Chew Daily pada Selasa lalu memaklumkan pengguna untuk memberi perhatian terhadap pelarasan ICPT setiap 6 bulan.

TNB berkata, sistem surcaj mungkin menggantikan struktur rebat ekoran penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta kenaikan harga arang batu.

TNB berpendapat, pelarasan itu sejajar rasionalisasi harga gas asli di seluruh negara oleh Suruhanjaya Tenaga serta mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) terhadap strategi kenaikan gas berpaip setiap 6 bulan.

Rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ yang dinikmati pengguna di Semenanjung dilaksanakan sejak 1 Januari 2016.

Pada 2015, rebat tarif elektrik ialah 2.25 sen/kWJ. Tarif elektrik lebih rendah jika kadar rebat lebih tinggi diberikan kerajaan.

Pada 14 Disember 2016, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 2, 2017 1:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Ingat Terlanggar Pesawat Lain, Kapal Terbang Berpusing Kekiri Dan Kekanan," Kapten Ibrahim Kongsi Saat Cemas
siakapkeli.my

Petang Ahad lalu, pada hari raya pertama negara dikejutkan dengan berita pesawat Air Asia X yang menghadapi masalah enjin sehingga menjadi bualan ramai dan tidak kurang dengan kontroversi hanya kerana juruterbang meminta untuk penumpang berdoa.

Apa yang kita dengar dalam laporan mungkin hanya cerita dari penumpang dan orang luar, memetik laporan Berita Harian mereka telah mendapatkan perkongsian pengalaman dari kapten kapal sendiri iaitu Kapten Ibrahim Jalaluddin, juruterbang AirAsia X yang bertanggungjawab dan berjaya mendaratkan pesawat D7237 yang mengalami masalah teknikal ketika dalam perjalanan dari Perth ke Kuala Lumpur itu.

Menurut beliau, ketika berada pada paras 38,000 kaki dan bergerak ke ketinggian 40,000 kaki, tiba-tiba mereka terdengar bunyi terlanggar dengan benda seperti besi.

"Saya fikir ketika itu sudah berlanggar dengan kapal terbang lain, pesawat berpusing ke kiri, selepas itu ke kanan. Saya tahu ini berlaku kerana enjin di sebelah kiri gagal berfungsi menyebabkan auto pilot (pengemudi automatik) yang sudah ditetapkan untuk terbang ke kiri berpusing kembali ke kanan.

"Jadi, apabila saya buat pemeriksaan terhadap enjin, mendapati enjin di sebelah kiri sudah rosak, maka saya dan pembantu juruterbang, Vincent Low mematikan enjin dan pusing ke sebelah kanan dan memaklumkan kepada menara kawalan di Perth penerbangan dalam keadaan kecemasan dengan isyarat ''may day.".

"Kejadian berlaku ketika saya sedang menulis laporan, manakala pembantu juruterbang sedang makan," ceritanya.

Menurut beliau, selepas insiden bunyi kuat itu pesawat terus terbang dengan satu enjin dan mengikut prosedur pesawat perlu diturunkan ke paras 25,000 kaki bagi menstabilkannya.

"Bagaimanapun, ketika pesawat mula turun, tiba-tiba berlaku gegaran yang begitu teruk sekali. Saya dan pembantu berbincang dan melihat kedudukan pesawat serta melihat pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Jadi kami mengambil keputusan cuba mengurangkan kelajuan pada tahap paling minimum yang dibenarkan untuk mengurangkan gegaran namun ia tidak berjaya.

"Kami berdua tidak pernah putus asa, sebaliknya terus mencari jalan supaya dapat mendarat dengan baik di Perth," ceritanya lagi kepada pihak BH Online.

Menurut Ibrahim lagi, dia dan pembantunya sudah berikhtiar pelbagai cara dan cubaan dilakukan untuk mengurangkan gegaran tetapi semua usaha mereka gagal.

Belaiu bagaimanapun menyatakan ketika kejadian dia tidak panik sepanjang mengendalikan situasi cemas 1 jam 40 minit yang belum pernah beliau alami sepanjang 25 tahun menjadi juruterbang, sebaliknya kejadian itu menginsafi dirinya.

Ditanya wartawan kenapa beliau memutuskan untuk berpatah balik ke Perth dan bukannya mendarat di dua lapangan terbang lebih berhampiran iaitu di Geraldton dan Lermond,

"Keputusan diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor umum masalah pesawat, selepas berbincang dengan pembantu, saya memutuskan untuk kembali ke Perth dengan mengambil kira pelbagai faktor dan perkara. Selepas itu, baru saya membuat pengumuman kepada penumpang mengenai masalah dihadapi pesawat dan terpaksa patah balik."

"Kecemasan yang kami alami bukannya kecemasan yang memerlukan pendaratan segera. Mengikut SOP Airbus dan AirAsia X, pendaratan segera berhampiran lapangan terbang terdekat dibenarkan untuk kes kebakaran atau asap.

"Lagipun, saya tidak pernah mendarat di Lapangan Terbang Geraldton dan Learmond, saya tidak tahu kedudukan landasannya, manakala pesawat yang saya bawa berat serta mengambil kira kemungkinan ada peralatan lain yang rosak ketika pendaratan.

Justeru, kami mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Perth dan minta bersedia untuk semua kemungkinan yang akan berlaku," katanya.

Beliau turut menegaskan tidak terlintas langsung difikirannya untuk mendaratkan pesawat berkenaan di dalam air, namun dia meminta supaya kru penerbangan di kabin untuk membuat persediaan pendaratan kecemasan.

Turut ditanya mengenai dakwaan penumpang yang menyatakan suaranya yang bergetar dan seperti ketakutan, Ibrahim menegaskan beliau tidak panik atau berasa ketakutan dengan situasi berkenaan.

"Boleh jadi suara saya bergetar dan bunyi seperti ketakutan kerana pesawat itu sendiri sudah bergetar ketika itu menyebabkan suara saya kedengaran sedemikian.

Saya dan pembantu memang tenang, malah sentiasa berbincang menangani situasi itu. Kami tidak panik atau takut... tidak terlintas di fikiran saya (panik).

"Saya hanya memikirkan soal keselamatan penumpang dan pesawat sahaja," katanya.

Mengulas mengenai perihal meminta penumpang berdoa ketika ketika kejadian itu, katanya tindakannya itu kerana beliau percaya kepada Allah dan menyerahkan diri kepada Yang Maha Kuasa.

"Saya pun berdoa dan sentiasa berdoa dan tidak salah rasanya meminta mereka (penumpang) bersama berdoa dengan saya. Saya bersyukur kerana dapat mendaratkan pesawat dengan selamat di Perth."

"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pembantu juruterbangnya, kru dan penumpang yang mengharungi detik itu." katanya.

Kerosakan enjin itu berlaku ketika pesawat AirAsia X D7237 berada di ruang udara Carnarvon, dekat perairan barat Australia. - Siakapkeli.my

CEO sokong juruterbang minta penumpang berdoa

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyokong penuh tindakan seorang juruterbang AirAsia X yang meminta penumpang pesawat penerbangan Perth-Kuala Lumpur, Ahad lalu yang mengalami masalah teknikal supaya berdoa.

Menulis di Facebook, beliau berkata dirinya cukup berbangga dengan tindakan semua anak kapal penerbangan itu yang diketuai oleh Kapten Ibrahim.

"Mereka menjalankan tugas begitu hebatdengan membawa semua anak kapal dan penumpang mendarat dengan selamat.

"AirAsia tidak membuat enjin dan semua syarikat penerbangan akan berdepan kegagalan enjin. Tetapi apabila ini berlaku, ia memerlukan juruterbang yang hebat dan kepimpinan yang hebat semasa krisis.

"Saya begitu bangga. Menerusi video, semua penumpang kelihatan tenang dan daripada banyak kiriman e-mel dan WhatsApp yang saya terima, pengumuman kapten membuat semua orang tenang," katanya.

Menurut Tony, jika AirAsia adalah syarikat perkhidmatan penuh, juruterbang itu akan dijulang sebagai wira.

Tetapi, katanya, memandangkan AirAsia adalah sebuah syarikat tambang murah, ada yang menganggap diri mereka sebagai pakar dan membuat pelbagai tuduhan liar.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ramai warga Australia yang memuji AirAsia terhadap semua yang telah kami lakukan di sebalik mendapat liputan media yang buruk," katannya.

Awal minggu ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menimbulkan kontroversi apabila beliau mempertikaikan tindakan juruterbang AirAsia itu yang meminta penumpang supaya berdoa ketika pesawat itu berpatah balik ke Perth.

Katanya, syarikat penerbangan tambang murah itu tidak seharusnya merestui tindakan juruterbangnya.

Dalam siri tweet berkenaan, Zaid berkata beliau lebih suka juruterbang tidak beritahu bahawa kematian semakin hampir.

Tulisnya, juruterbang seharusnya memberi harapan, dan sekiranya AirAsia mahu ceburi bidang agama, syarikat itu perlu melantik imam dan paderi sebenar.

Pesawat Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur itu mengalami masalah teknikal kira-kira 90 minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dan terpaksa berpatah balik.

Turut mempertahankan tindakan juruterbang itu adalah Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun.

Kamarudin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X berkata, tidak salah untuk berdoa dalam mana-mana agama terutamanya ketika seseorang berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan tuhan.

"Bukan senang untuk mengendalikan keadaan seperti ini tetapi objektifnya adalah jelas iaitu untuk mendaratkan pesawat dengan selamat dan memastikan semua yang berada di dalamnya selamat.

"Alhamdulillah mereka berjaya melakukannya," katanya dalam status di Facebook beliau.

Kamarudin, berkata selaku individu dan pemegang saham di AirAsia, beliau memihak kepada juruterbang dan pasukannya.

"Dia tenang dan terkawal dan sebagai seorang beriman dia meminta penumpangnya untuk berdoa bersama ketika beliau menerbangkan pesawat itu dengan selamat.

"Saya juga akan melakukan perkara yang sama," katanya.

Apa Salahnya Berdoa? - CEO Kumpulan AirAsia X

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun membidas Datuk Zaid Ibrahim kerana mengkritik juruterbang penerbangan AirAsia X D7237 yang meminta para penumpangnya berdoa demi keselamatan mereka.

"Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama apabila anda berada dalam kesulitan dengan meminta pertolongan daripada Tuhan ketika melakukan apa sahaja yang terdaya?," soal Kamarudin.

"Membuat kenyataan memang mudah apabila anda selamat di darat," katanya.

Menerusi satu kenyataan di halaman Facebook beliau pada Selasa, Kamarudin berkata, beliau juga akan melakukan perkara yang sama.

Beliau memuji juruterbang yang tenang dan mengawal keadaan dalam memastikan keselamatan semua di dalam pesawat.
Pada Isnin, Zaid menerusi siri tulisan di Twitter berkata, juruterbang tersebut tidak seharusnya meminta para penumpang berdoa semasa pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat yang membawa kesemua 359 orang itu dalam penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas satu jam dan 30 minit akibat masalah teknikal.

Para penumpang dilaporkan memberitahu bahawa pesawat Airbus A330 tersebut bergegar seperti 'mesin basuh'.

Pesawat itu mendarat dengan selamat pada pukul 10 pagi (waktu Perth), kira-kira tiga jam selepas ia berlepas.

Bila agaknya Datuk Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SAYA cuba mengagak bila agaknya Datuk Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman facebook, malam tadi ekoran catatan Zaid di twitter berhubung insiden membabitkan pesawat AirAsia Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur pada pagi kelmarin.

Berikut tulisan Nik Abduh.

Saya cuba mengagak bila agaknya Dato Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?

Di dalam al Quran di banyak tempat, Allah menggambarkan saat kegetiran terumbang-ambing dibadai gelora besar di tengah lautan (apatah lagi kalau di langit tinggi seperti kes penerbangan AirAsia semalam), seluruh penumpang kapal yang tak pernah ingat Allah pun akan mengangkat tangan berdoa memohon pertolongan dan pembabasan daripada kecelakaan.

Ia adalah fitrah manusiawi yang tersembul keluar dari dalam diri manusia hatta mereka yang hidup penuh alpa daripada mengingati Allah sekalipun. Saat bersabung nyawa disapa takdir alam milik-Nya adalah saatnya Allah tunjukkan kepada manusia hakikat kehidupan. Mereka perlukan Allah. Allah-lah empunya langit bumi dan segala kejadiannya.

Saya doakan saatnya nanti, fitrah Dato Zaid Ibrahim akan tersembul keluar. Biar Allah tunjukkan dengan hikmat-Nya bahawa untuk menagih harapan hidup dan umur lebih panjang, dia akan dipaksa fitrahnya untuk turut berdoa kepada tuhannya.

Setakat ini, jawaban yang saya dapat ialah mengapa ada juga Melayu muslim yang begitu marah dan bencikan PAS. Ya, kerana PAS mengajar ahlinya untuk sentiasa BERDOA semoga PAS berjaya mara ke Putrajaya nantinya.

Orang berpuasa di bulan Ramadhan akan merindui doa. Orang tak puasa memang sah akan menolak doa. Saya tak jumpa lagi kes orang puasa tolak doa. Mungkin ini kes pertama?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
3 of 3 File(s)

Sun Jul 2, 2017 1:46 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Gerak Tak Sampai 1km Dari RnR Suhu Kereta Tiba-Tiba Tinggi, Kisah Bagaimana Kereta Dirosakkan Ketika Berhenti Di RnR
siakapkeli.my

Pada masa ini ramai yang sudah mula pulang ke kampung halaman, untuk merayakan aidil fitri bersama keluarga. Dalam pada itu, sudah pasti jalan akan mula sesak, dan ada ketikanya kita berhenti rehat sama ada di stesen minyak, mahu pun hentian rehat dan rawat.

Bagi mereka yang berhenti rehat, sebolehnya cari tempat parker yang mempunyai ramai orang, agar tidak menjadi mangsa khianat orang lain yang cuba mengambil kesempatan.

Menerusi perkongsian dari saudara Wan Amirul Wan Ahmad ini, apa yang berlaku kepadanya tempoh hari sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung cukup membuatkan dirinya lebih berhati-hati selepas ini.

Mari kita ikuti perkongsian akan apa yang berlaku kepadanya, di mana Wan Amirul berharap perkara sebegitu tidak berlaku kepada yang lain.

Peringatan untuk semua yang balik kampung

SILA VIRAL KEPADA SEMUA

Kejadian berlaku pada pukul 11.00pm 20/06/2017

Tadi aku dengan family nak balik Taiping (balik raya) singgah RnR Sg Buloh (jejantas) makan kfc

Lepas makan nak gerak tak smpai 1km bergerak temperature keta naik mencanak

Aku berhenti tepi jalan tak smpai 5 minit ada orang sampai terus ketuk tingkap tanya

"kereta rosak ka?" (Konon niat nak tolong)

Aku malas nak layan sebab dah agak ni geng tow truck, aku cuma cakap "tarak rosak, mau tunggu kawan la"

Sebenarnya aku dah call plus untuk tow kereta aku .... jadi aku tolak offer orang ni

Lepas tow truck insurance bawa smpai workshop .... foreman check penutup tangki air radiator bahagian bawah ada orang bukak

Hati-hati geng, penutup bawah ni tak perlu nak buka bonet depan kereta.

Jadi kerja-kerja manusia tak berguna ni akan bawak kereta kita ke workshop dia untuk cas mahal-mahal sebab dia orang tau kita akan bayar sebab nak pakai raya

Benda ni baru berlaku tadi tapi nasib dah settle

Peringatan untuk semua kawan-kawan yang nak balik raya..... kalau singgah mana-mana rnr tolong sorang stay kat kereta atau lebih baik jangan berhenti

Amik rehat yang cukup di rumah lepas tu gerak slow-slow

Beli siap-siap air makanan atau sebagainya letak dalam kereta

Nak buang hajat atau sebagainya check sebelum gerak walaupun sorang ada di kereta

Kena sakit kepala

Target penjenayah ini adalah orang yang berkeluarga

Tolong viral kepada semua supaya berhati-hati.

- Siakap Keli

Ingatan Buat Mereka Yang Menggunakan Surau Awam Di Stesen Minyak & Kawasan RnR Ketika Pulang Berhari Raya
siakapkeli.my

Bila mana berada di kawasan awam, yang mana ianya digunakan oleh orang ramai, seperti taman permainan, tandas awam, atau surau, sudah semestinya kita perlu menjaga adab, supaya tidak mendatangkan kepayahan kepada orang lain yang menggunakannya kelak.

Dengan ketibaan musim perayaan yang semakin hampir, kita pasti akan menggunakan tempat beribadat, lebih-lebih lagi surau untuk mengerjakan amal ibadat, seperti solat.

Jadi, pastinya kita sedia maklum akan banyak orang yang menggunakan kemudahan ini, jadi kita seharusnya lebih peka mengenai pengguna lain.

Menerusi perkongsian dari Pn Suzana Mohamed Ali, terdapat beberapa perakara yang harus diingati sekiranya menggunakan surau, sama ada di pusat beli belah, stesen minyak, mahu pun kawasan RnR.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Bila tuan-puan akan mula balik kampung?

Ini tips apabila menggunakan surau awam di pasaraya, stesen minyak atau hentian lebuhraya:

A. TEMPAT WUDUK

1. Jimatkan penggunaan air. Buka sekadar boleh basahkan anggota wuduk sendiri, bukan pakaian orang lain.

2. Jika ramai yang sedang beratur menunggu giliran untuk berwuduk, wudukkan anggota wajib sekali sahaja dan bersegera. Ingat, masing-masing terkejar urusan lain.

B. RUANG SOLAT

1. Pilih saf yang paling jauh dari laluan keluar masuk supaya orang tidak terpaksa lalu di hadapan kita semasa sedang solat.

2. Pastikan barang peribadi kita diletakkan di hadapan saf bagi mengelakkan diambil orang.

3. Bersegera meninggalkan saf apabila selesai solat dan berdoa. Jika mahu bertafakur, mohon ke masjid atau surau utama.

4. Semasa masuk atau keluar dari surau, pastikan bukaan pintu tidak menyebabkan aurat orang lain di dalam surau terdedah.

LAIN-LAIN

1. Kebiasaannya surau menyediakan rak kasut. Susun kasut di rak. Kasut tumit tinggi kita mungkin mencederakan orang lain jika diletakkan depan pintu.

2. Cermin dan kipas dalam surau adalah untuk kegunaan awam. Hadkan masa kita menggunakannya. Jika mahu bersolek dan melilit tudung lawa-lawa, buat di bilik air.

3. Ubah mode telefon bimbit kepada mode senyap.

Dalam menggunakan kemudahan awam seperti surau ini, seharusnya kita lebih beradab, dan mengingati orang lain yang turut menggunakannya, agar dapat beri keselesaan dan memudahkan urusan pengguna lain. - Siakap Keli

11 'Checklist' Aspek Pemeriksaan Kereta Yang Wajib Dilakukan Sebelum Memulakan Perjalanan Balik Kampung
siakapkeli.my

Bagi yang memiliki kereta pastinya sudah terbiasa dengan servis kereta setiap kali tiba waktunya, atau pun ketika perjanan jauh. Ia bagi memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik, dan tidak mengalami masalah di pertengahan jalan.

Bukan itu sahaja, dalam musim perayaan yang bakal kunjung tiba, ramai di antra kita akan menghantar kenderaan untuk di servis, jadi ada beberapa perkara atau komponen penting yang seharusnya diketahui untuk di servis.

Menerusi perkongsian dari saudara Shairy Hanapiah, terdapat 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh dilakukan sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Jom kita buat 'checklist' sikit apa yang perlu dilakukan.

Raya dah tinggal beberapa hari saja lagi. Semua dah sibuk siapkan persediaan untuk beraya. Dari kuih raya, baju raya sampailah ke rumah raya. Beraya sakanlah katakan.

Tapi bagi yang akan pulang beraya ke kampung halaman dengan memandu kenderaan sendiri nanti, dah buat pemeriksaan kereta ke belum?

Pemeriksaan kereta ni penting untuk pastikan kereta kita di dalam keadaan yang baik dan selamat. Bukannya apa, supaya raya nanti kita dapat elakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini. Perjalanan yang selamat bermula dari rumah.

Di sini abang sediakan checklist 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh kau buat sebelum pulang beraya nanti. Abang galakkan untuk kau klik butang share supaya dapat dikongsikan bersama teman-teman alam maya yang lain. Sebarkan benda yang baik. Jangan plagiat sudahlah, menitis air mata ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Silalah baca dan periksa kenderaan kita ya.

1. Minyak enjin

Periksa minyak enjin kereta sebelum enjin dihidupkan. Pastikan minyak tu berada di antara paras 'max' dan 'min' dipstick. Jika dibawah paras 'min', kau tambahlah sedikit minyak tu.

2. Minyak brek

Perlu berada di antara paras 'max' dan 'min' juga. Tambah minyak brek jika berkurangan dan buat pemeriksaan dengan menekan pedal brek. Jika kurang tekanan di pedal brek, perlulah dibawa ke bengkel untuk periksa sebarang kebocoran atau lakukan proses bleeding untuk mengeluarkan angin berlebihan di dalam system hidraulik brek.

3. Minyak transmisi (gear)

Pastikan ianya mencukupi. Pemeriksaannya bergantung kepada keadaan sejuk dan ketika enjin dihidupkan. Jika keadaan sejuk, tahap minyak perlu berada di garisan 'cold' manakala jika keadaan enjin dihidupkan, ianya perlu berada di tahap garisan 'hot' dipstick. Jika kurang, tambahlah minyak transmisi ikut jenis kenderaan.

4. Minyak stereng kuasa

Stereng kereta juga mempunyai sistem hidraulik, maka minyak ini amat penting untuk memastikan kelancaran pemanduan stereng. Sila periksa agar ianya berada di atas paras minimum.

5. Tali sawat

Sila periksa keadaan semua tali sawat di enjin kereta. Pastikan ianya tidak merekah, berbulu ataupun kelihatan hamper putus. Seeloknya tali-tali sawat ini ditukar pada setiap 100,000km.

6. Bateri

Boleh periksa keadaan bateri dengan membaca tanda 'indicator' di bateri jika ianya sel kering. Selain itu, boleh juga dibawa ke kedai bateri kereta untuk mengujinya dengan menggunakan alat penguji. Bagi bateri sel basah, sila pastikan paras air bateri mencukupi.

7. Coolant radiator

Sila periksa radiator kenderaan dan pastikan tahap bendalir 'coolant' mencukupi. Ianya untuk mengelakkan suhu kereta melampau ketika perjalanan yang jauh. Seeloknya gunakan bendalir coolant yang disyorkan mengikut jenis kereta. Elakkan daripada mengisinya dengan air paip.

8. Penghawa dingin

Hidupkan enjin dan penghawa dingin. Pastikan suhunya sejuk dan alirannya lancar. Anda boleh bersihkan penapis yang berada dibawah kotak dashboard anda sendiri. Jika suhunya kurang sejuk, sila tambahkan gas yang mencukupi di kedai penghawa dingin kereta.

9. Pengelap cermin

Seeloknya tukarlah pengelap cermin bagi memastikan pemandangan kita jelas ketika memandu di waktu hujan. Boleh juga menggunakan bendalir pencuci cermin yang baik untuk diisikan ke dalam kotak bendalir pemancur cermin bagi membantu mendapatkan pemandangan yang lebih baik.

10. Tayar

Ini antara aspek yang perlu di ambil berat. Pastikan angin tayar mencukupi sebelum memuatkan kenderaan dengan barangan dan keluarga anda.

Anda boleh juga mengunjungi ke kedai tayar untuk memeriksa 'alignment' dan 'balancing' tayar anda di dalam keadaan yang baik. Periksa bunga tayar untuk pastikan ianya tidak botak. Buat pertukaran tayar depan dan belakang jika perlu.

11. Petrol

Yang ini paling penting antara semua di atas. Kalau dah semuanya ok tapi kereta tak ada petrol pun tak guna. Isilah siap-siap supaya tak pening nak beratur di rnr nanti.

Akhir kata, semoga perjalanan kita semua selamat menuju ke tempat tujuan dan bersama menikmati hari raya bersama keluarga tercinta.

Shairy Hanapiah
Rakan Pemanduan Berhemah Anda

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 2, 2017 1:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Mahkamah arah k'jaan, Shafee jawab 'bayaran RM9.5 juta' Anwar

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan untuk menjawap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengketepikan sabitan kes Liwat II berikutan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai khidmatnya menjadi pendakwa utama dalam kes liwat itu.

Hakim Datuk Kamaludin Md Said membuat arahan itu ketika pengurusan kes hari ini.

Beliau mengarahkan kerajaan untuk mengemukakan afidavit sebagai menjawap permohonan yang dibuat oleh Anwar sebelum 12 Julai ini.

Peguam Anwar, Latheefa Koya ketika dihubungi Malaysiakini bekata, hakim itu turut memerintahkan Shafee, yang dinamakan dalam permohonan penzahiran itu untuk mengemukakan hujahnya menjelang pada 19 Julai.

Hakim Kamaludin kemudiannya menetapkan 3 Ogos depan, sebagai tarikh pengurusan kes berikutnya.

Kerajaaan hari ini diwakili oleh peguam persekutuan kanan, Nadia Hanim Tajuddin manakala Sarah Abishegam pula mewakili Shafee. Najib pula tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya tampil sebagai pendakwa raya utama dalam kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa Najib membayar RM9.5 juta kepada Shafee melaui dua pembayaran yang menyaksikan Anwar didapati bersalah oleh mahkamah rayuan pada 7 Mac, 2014.

Pejabat Perdana Menteri tidak memberi sebarang jawapan berhubung soalan media mengenai dakwaan itu manakala Shafee awal bulan ini berkata, bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkannya.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, June 06, 2017 11:07 PM
Subject: Fw: Peguam Sahkan Terima RM325,188 Untuk Ketepikan Sepina

Peguam Sahkan Terima RM 325,188 Daripada Najib Untuk Ketepikan Sepina Tampil Soal Balas Liwat II
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Peguam Datuk Ghazi Ishak menafikan sebarang pengetahuan bahawa bayaran yang diterima daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2011, adalah daripada dana berkaitan SRC International.

Sementara itu, peguam Datuk Salehuddin Saidin mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyiasat bayaran bersama yang diterima oleh firmanya daripada Najib pada tahun 2011.

Ghazi dan Salehuddin masing-masing memberitahu Malaysiakini dalam perbualan telefon berasingan bahawa pembayaran RM325,188 telah diagihkan antara mereka dan dua firma guaman yang lain.
Bayaran sebagai yuran guaman itu adalah untuk mengketepikan sepina kepada Najib untuk tampil memberi keterangan dan disoal-balas semasa perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun kedua-dua peguam itu menafikan sebarang pengetahuan bahawa wang berkenaan adalah berkaitan dengan SRC International

"Pada masa itu, saya fikir Najib tandatangan cek itu sendiri, ia tidak datang daripada mana-mana syarikat," kata Ghazi kepada Malaysiakini.

Salehuddin pula berkata "tidak ada sebab untuk mempersoalkan sumber wang itu" dan bahawa mereka tidak diwajibkan untuk menjawab soalan itu.

Najib melantik Ghazi dan Salehuddin pada tahun 2011. Ketika itu, skandal 1MDB masih belum didedahkan.

Mereka mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli awal hari ini mendakwa Najib menggunakan dana berkaitan SRC International untuk membayar seorang peguam.

Sementara itu, Salehuddin berkata, SPRM mengambil keterangannya tahun lalu dan menyoalnya mengenai pembayaran itu.

"Mereka menyoal tujuan pembayaran, dan dari mana wang itu datang," katanya.

Bagaimanapun peguam itu berkata beliau tidak tahu asal usul wang berkenaan, dan SPRM juga tidak menyebut bahawa kemungkinan ia adalah dana berkaitan SRC International.

Rafizi hari ini membuat dakwaan itu berdasarkan dokumen siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bocor telah dimuat-naikkan ke blog sprminsider.blogspot.com yang aksesnya telah disekat oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM).

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan Rafizi dan telah juga menghubungi SPRM dan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Shariffudin Tengku Ahmad untuk maklum balas mereka mengenai dakwaan Rafizi.

Ghazi menuntut permohonaan maaf daripada Rafizi kerana mengaitkannya sengan skandal SRC International.

'Dia tidak patut heret kami bersama ketika kami tidak tahu apa-apa," katanya.

MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 2, 2017 1:47 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Detik Cemas Ular Tedung Berusaha Panjat Masuk Rumah di Johor Dapat Lebih 4 Juta Tontonan
siakapkeli.my

Satu video dramatik yang memaparkan saat cemas ketika ular cuba masuk ke dalam sebuah rumah di Batu Pahat Johor menjadi viral di media sosial apabila mendapat tontonan lebih 4 juta kali.

Video yang dimuat naik oleh Derrick Yi Fan di Facebook itu memaparkan seekor ular tedung agresif cuba memasuki rumah berkenaan dalam kejadian pada 4 petang pada Ahad.

The Star melaporkan, ular itu yang dianggarkan sepanjang lapan kaki cuba memanjat jeriji pintu rumah terbabit dan cuba memasuki menerusi lubang angin di rumah tersebut.

Derrick berkata, bagaimanapun, tiada siapa di dalam rumah berkenaan dan Bomba dipanggil untuk menangkap ular terbabit.

Namun, Derrick berkata, bomba gagal menemui ular tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Sun Jul 2, 2017 1:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



5 Tradisi Hari Raya Pernah Kita Rasa Satu Ketika Dahulu, Tetapi Semakin Hilang Pada Zaman Sekarang
siakapkeli.my

Foto: Pakar borong

Lebih kurang dua minggu lagi, kita akan menyambut hari yang ditunggu-tunggu oleh penganut agama Islam di seluruh dunia - Hari Raya Aidilfitri.

Antara perkara menarik yang boleh kita perhatikan di hari ini adalah satu keluarga yang berada berjauhan akan pulang dan berkumpul semula di bawah satu bumbung, sama seperti kecil-kecil dahulu. Paling tidak, ia boleh mengimbau kenangan manis ketika kecil-kecil dahulu walaupun keadaan sekarang sudah berbeza.

Itulah salah satu keajaiban Hari Raya.

Dikala tradisi balik kampung ini masih lagi diteruskan, beberapa tradisi lain dilihat sudah mula dipinggirkan oleh masyarakat zaman kini yang semakin moden.

1- Gantung Kad Raya

Foto: Hanshanis.com

Satu ketika dahulu, kuantiti kad hari raya yang diterima menjadi kemegahan kanak-kanak atau remaja di pagi raya. Sehari sebelum hari raya, mereka akan sibuk menggantung kesemua kad-kad itu di dinding untuk menceriakan ruang tamu rumah.

Agak sedih apabila memikirkan tradisi ini semakin dilupakan. Malah, untuk terima sekeping kad hari raya pun sukar pada zaman ini. Kebanyakan ucapan hari raya hanya dihantar menerusi aplikasi berbual sahaja.

2- Masak Sendiri Untuk Hari Raya

Foto: Lemang oh Lemang

Tradisi memasak sendiri untuk hari raya masih lagi diamalkan sehingga sekarang, namun ia seperti semakin beransur-ansur hilang apabila orang zaman ini lebih gemar menempah makanan dari membuat makanan. Ini mungkin disebabkan kerana menempah lebih menjimatkan masa dan keringat.

Biarpun menempah makanan merupakan satu langkah yang efisyen, tetapi ia sebenarnya mengurangkan nilai-nilai sentimental untuk hari raya.

Jika diimbas kembali satu ketika dulu, dapur akan riuh rendah dengan pekikan suara mak berleter pada malam raya. Namun kini, bahagian itu mungkin sudah terbuang kerana kita sudah menempah siap-siap makanan untuk keesokan harinya.

3- Pasang Pelita Tradisional

Di pasar raya-pasar raya, sudah boleh dilihat pelita eloktronik mula dijual sejak beberapa tahun lepas. Pertama kali melihat produk itu, penulis terfikir: "Wow! Gempaknya". Dalam pemikiran kedua pula, tercetus satu kerisauan pelita elektronik ini akan menggantikan pelita tradisional yang selalu digunakan dahulu.

Sejujurnya, pelita dan sambutan hari raya memang tak dapat dipisahkan di negara ini. Malah, pelita itu sendiri sudah sebati dalam masyarakat sehingga menjadi salah satu simbol kepada sambutan hari raya. Ia merupakan salah satu tradisi yang perlu diteruskan.

Ganti pelita tradisional dengan pelita elektronik? Anda tak akan dapat rasa feel yang sama. Percayalah.

4- Ziarah Bersama-sama

Foto: Yadiem


Selepas selesai sembahyang raya, ayah akan kerah semua ahli keluarga melawat sanak saudara yang terdekat. Itu merupakan salah satu aktiviti terbesar di hari raya bagi setiap keluarga - sekurang-kurangnya pada satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, situasi sangat berbeza di zaman ini. Saban tahun, jumlah ahli keluarga yang datang menziarah bersama-sama ketika hari raya semakin berkurang. Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan agenda masing-masing.

Namun, tidak dinafikan, tradisi ini masih diteruskan namun tidak menjadi salah satu aktiviti yang besar di hari raya.

5- Tidur di Rumah di Kampung

Satu lagi trend baharu yang dilihat semakin menular sekarang adalah 'balik kampung tapi tidur hotel'. Tindakan ini okey jika kita terpaksa menempah hotel kerana rumah di kampung penuh tetapi jika disebabkan panas kerana tiada pendingin hawa, alasan itu tidak boleh diterima sama sekali, malah boleh mengecilkan hati orang tua.

Trend ini masih lagi di tahap minimal, tetapi ia dilihat semakin popular saban tahun. Mungkin dalam sedar atau tidak, ia mampu menghakis memori kita beraya pada satu ketika dahulu.

Bagi menyemarakkan semula tradisi pada hari raya, KFC Malaysia turut mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu pertandingan yang bernama 'Warisi Tradisi'.

Pertandingan ini sangat menarik kerana ia mengunjurkan kepada orang ramai supaya mengembalikan tradisi hari raya yang semakin dilupakan. 10 pemenang akan mendapat voucher KFC bernilai RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan!

Apa yang perlu dilakukan cuma bergambar atau rakam video diri anda bersama rakan atau keluarga menyambut hari raya dengan tradisi yang unik. Kemudian, ceritakan serba sedikit tentang tradisi yang sedang anda buat itu di bahagian kapsyen. Masukkan hashtag #KFCWarisiTradisi di dalam kapsyen dan muat naik di laman Instagram. Jangan lupa untuk setkan akaun anda kepada mod public supaya gambar anda itu boleh dilihat oleh pengadil.

Warisi tradisi untuk hari raya pada tahun ini. Kembalikan senyuman.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 2, 2017 1:48 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cukai pelancongan ditangguh 1 Ogos, kata Nazri

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


PETALING JAYA: Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya, kata Datuk Seri Nazri Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan yang dipetik Sin Chew Daily berkata, di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan, tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.
Katanya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu.

"Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

"Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam," katanya kepada akhbar itu.

Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.

Pada 8 Jun lalu, Nazri mengumumkan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman akan mula dikuatkuasakan 1 Julai ini.

Pada sidang Parlimen lepas pada April, Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Nazri diluluskan dengan undian majoriti.

Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan RM654.62 juta, sekiranya kadar penginapan semalaman bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, June 13, 2017 11:48 PM
Subject: Fw: Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?

APA BEZANYA NAZRI AZIZ DENGAN AHMAD MASLAN?
bloglist-malaysia.blogspot
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Dalam barisan kabinet, Nazri Aziz bukanlah dikenali sebagai menteri yang baik, boleh diteladani atau memiliki ciri-ciri kepimpinan terpuji, tetapi lebih dicop sebagai menteri yang samseng, celupar, kasar dan selalu memandang rendah kepada orang lain.

Selalu kedengaran beliau membangga diri - "saya menteri, saya lebih besar daripada dia", "saya sudah 17 tahun menjadi menteri", "saya lebih lama jadi menteri berbanding dia, " saya menteri, dia cuma timbalan menteri", "dia tu budak mentah" dan macam-macam lagi ungkapan yang senada dengannya.

Dalam isu cukai pelancongan yang dipertikaikan oleh seorang menteri Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah, Nazri sekali lagi dengan kasar membidas menteri berkenaan sebagai "menteri setahun jagung" sambil meneruskan kekasarannya, "jangan banyak cakaplah".

"Saya jadi menteri bukan setahun dua, banyak tahun dah. Dia menteri baru, menteri BN, janganlah tunjuk lagak sangat.

"Jumpa saya, awak tu menteri baru lagi, menteri setahun jagung. Jangan cakap banyaklah," demikian antara lontaran kata-kata yang keluar daripada mulut Nazri.

Nasib baik Nazri belum berbalah dengan Zahid Hamidi yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika tidak barangkali akan terpacul juga bidasannya, "jangan banyak cakaplah, saya lebih lama jadi menteri daripada awak."

Dengan sikap Nazri yang selalu berbangga dengan jawatan menteri atau senioritinya itu, beliau sebenarnya tidak jauh berbeza pun dengan Ahmad Maslan yang pernah menunjukkan pencapaian akademiknya sebelum ini berikutan beberapa kali didapati "tidak cerdik" dalam mengeluarkan kenyataan.

Apakah bezanya Ahmad Maslan yang gagal menjawab hujah dengan menunjukkan kelulusan akademiknya berbanding Nazri yang juga tidak mampu menjawab persoalan daripada seorang menteri negeri Sarawak, tetapi berbangga, "saya jadi menteri bukan setahun dua, awak tu baru setahun jagung."

Susulan kenyataan Nazri yang dianggap kasar, tidak wajar serta mencerminkan semangat BN oleh beberapa pemimpin Sarawak, kerajaan negeri dalam tindakan pantasnya kemudian bertindak menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta-merta.

Meskipun alasan yang diberikan ialah kerana penyertaan dalam lembaga itu menyebabkan pertindihan tigas dan peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, hakikatnya kerajaan negeri pimpinan Abang Johari Abang Haji Openg jelas terguris hati dan terluka keculaparan Nazri.

Apa lagi tindak-balas Sarawak selepas ini?

Sedarkah Nazri jika tanpa sokongan daripada Sarawak, beliau mungkin bukan berjawatan menteri ketika ini? (ShahbudinHusin 12/06/2017).

CUKAI HOTEL - SABAH SARAWAK SEHATI
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

KOTA KINABALU, SABAH - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, ( GAMBAR ) menolak sebarang pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bermula 1 Julai ini, lapor Sarawak Voice.

KUCHING, SARAWAK - Kerajaan Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan kenyataan media dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang telah membuat keputusan untuk menarik diri penyertaan wakilnya dari terlibat dalam Lembaga Pelancongan Malaysia, berkuatkuasa serta merta, lapor Sarawakiana.

KETELANJURAN BAHASA NAZRI

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz melabelkan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim sebagai 'Menteri Setahun Jagung' kerana mengatakan Sarawak perlu dikecualikan dari cukai pelancongan.

'Awak baru setahun jagung, jangan cakap banyaklah' - Kata Nazri kepada Menteri Sarawak
Menteri setahun jagung, ini satu penghinaan -

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan? Datuk Seri Nazri Aziz mengakui cukai pelancongan perlu dilaksanakan kerana Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah "tiada wang".

Beliau yang dipetik China Press berkata, kementeriannya perlu mencari sumber pendapatan baharu dan berterusan untuk membiayai kegiatannya kerana peruntukan kementerian itu berkurangan secara mendadak beberapa tahun ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan gas asli dunia.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan? "Kita imbas kembali peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pada 2014 amat besar, tetapi ia dikurangkan dengan banyak pada 2015 dan 2016.

"Ia bukan bermakna pelancongan tidak menjadi keutamaan kerajaan, tetapi ada keutamaan yang lebih penting seperti kemajuan luar bandar, pendidikan, kesihatan dan pertahanan negara.

"Jadi, kita perlu fikirkan 1 kaedah mencari wang dan ia perlu menjadi sumber kewangan berterusan, oleh itu kami memperkenalkan cukai pelancongan," katanya dipetik China Press pada program Jom Iftar@KL di Dataran Merdeka semalam.

Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu untuk meluluskan Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Nazri dilaporkan berkata, cukai pelancongan boleh memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta, jika kadar penginapan bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
Jumaat lalu, beliau berkata, cukai itu akan dikuatkuasakan pada 1 Julai ini di semua hotel dan rumah penginapan berdaftar dengan bayaran tambahan RM2.50 hingga RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, kutipan cukai pelancongan bukan perkara baru, kerana Thailand, Singapura dan Indonesia sudah lama melaksanakannya, apatah lagi kos sara hidup mereka lebih tinggi dari Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu hairan kenapa ramai yang membantah cadangan kementeriannya, sedangkan Pulau Pinang dan Melaka ketika mengutip cukai itu tiada orang mempertikaikannya.

Katanya, cukai pelancongan itu masih dalam peringkat persediaan mekanisme, oleh itu pelaksanaannya mungkin ditangguhkan sehingga Ogos atau September, jika tidak sempat disiapkan menjelang bulan depan.

Menteri Kanan Dedah Pekong Kerajaan?
Beliau berharap mekanisme kutipan cukai pelancongan akan diselaraskan di semua negeri dan hasilnya dapat dibahagikan kepada setiap negeri untuk mempromosikan industri pelancongan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu turut menafikan keputusan kerajaan memperkenalkan cukai pelancongan akan menjejaskan peluang BN memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pujut.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK DUN Pujut diadakan pada 4 Julai dan penamaan calon pada 20 Jun ini. - fmt

'I am a jantan, OK?'

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau tidak peduli apa yang dikatakan pemimpin BN Sarawak terhadapnya, malah enggan mempedulikan ketua pergerakan itu sendiri.

"Saya tak kisah apa Pemuda BN Sarawak kata, saya tak peduli apa Datuk Seri Fadillah Yusof kata dan saya tak peduli pasal dia," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, menteri Sarawak terlebih dulu menghina beliau dengan meminta kerajaan pusat menghormati Perjanjian Malaysia 1963 apabila mahu melaksanakan cukai pelancongan mulai Ogos ini.

Katanya, isu yang berlaku sekarang adalah antara beliau dengan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman Hamzah.

Justeru, katanya, Fadillah tidak wajar diheret dalam isu berkenaan.

"Dia (Abdul Karim) menghina saya, jadi saya ada hak menghina dia balik," katanya.

Pagi tadi Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya berkata, Nazri tidak wajar mengeluarkan kenyataan kasar terhadap Abdul Karim kerana ia tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

Fadillah yang juga ketua pemuda BN Sarawak berkata tindakan melabelkan menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak adalah penghinaan terhadap seseorang yang diberi kepercayaan untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

Nazri juga menjelaskan maksud "setahun jagung" kepada Fadillah yang dilabelkannya kepada Abdul Karim semalam.

"Mengikut perkataan Melayu, setahun jagung maknanya tiga bulan. Dan saya bercakap benda yang betul bahawa dia setahun jagung sebab dilantik menjadi menteri kurang dari tiga bulan.

Jangan bawa satu negeri

Abdul Karim ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Asajaya sejak 2011 sebelum ini berkhidmat sebagai timbalan menteri. Beliau dilantik menjadi menteri penuh Sarawak pada 7 Mei lalu ekoran rombakan kabinet negeri.

Beliau meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan dan berpendapat ia dilakukan tanpa berunding dengan kerajaan negeri.

Bagaimanapun kata Nazri, kerajaan sudah melalui proses rundingan berhubung isu berkenaan malah dibahas di parlimen.

"Kalau Abdul Karim kata Sarawak tidak dibawa berunding, jadi apa Fadillah buat dalam kabinet? Beliau kena tahu fakta lebih baik sebab kawan dia (Abdul Karim) anggap dia tak buat kerja.

"Ada 25 orang anggota parlimen dari Sarawak di Dewan Rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Padang Rengas itu juga menegaskan bukan hanya orang Sarawak yang boleh menjadi sensitif, sebaliknya perasaan itu turut dialami orang semenanjung.

"Mengapa beliau tak tanya saja saya? Dia bukan menteri DAP," katanya lagi.

Mengulas lanjut anggota Majlis Tertinggi Umno itu mempertikaikan mengapa Abdul Karim itu perlu membabitkan Sarawak dalam pertikaian mereka.

"Ini antara saya dengan dia, mengapa nak bawa satu negeri terbabit sama? I am a jantan (man), OK?

"Biar dia jawab. Jadilah lelaki dan jawab. Saya mahu Abdul Karim jawab saya.

"Jangan jadi pengecut dan libatkan orang lain. Jawab sendiri," katanya.

Sarawak hari ini mengumumkan menarik diri daripada menyertai Lembaga Pelancongan Malaysia dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.

Walaupun menyatakan langkah itu dibuat bagi mengelak pertindihan tugas Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak, ia ditafsir sebagai reaksi kerajaan negeri terhadap kenyataan Nazri.

Bagaimanapun Nazri sebaliknya menghargai tindakan itu dan menganggapnya selaras dengan keputusan beliau menutup agensi berkenaan sejak awal tahun ini.

Sarawak keluar dari Lembaga Pelancongan Malaysia Kuat Kuasa Serta Merta

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Sarawak mengumumkan menarik diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri Sarawak, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan Pelancongan Sarawak.

Keputusan berkenaan diumum sehari selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, menggelar Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai menteri "setahun jagung".

Kenyataan Nazri itu dibuat sebagai reaksi beliau kepada gesaan Abdul Karim agar kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Karim turut menyebut mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.

Nazri bagaimanapun berkata, Karim tidak memahami perkara itu apabila mengatakan cukai berkenaan seharusnya menjadi urusan negeri.

"Tak payahlah bangkitkan agreement tu. Kami tahulah," kata Nazri kepada pemberita ketika majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka semalam dan dilaporkan Malaysiakini.

Sambil menegaskan bahawa cukai baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan.

"Bila jadi cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak," katanya.

Kenyataan Nazri turut dibidas Pemuda BN Sarawak.

Sepatutnya bermusyawarah

Pengerusinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Nazri terhadap Abdul Karim yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaan dalam BN.

"Tindakan melabel menteri Sarawak itu sebagai setahun jagung dan masih budak lagi adalah penghinaan terhadap Abdul Karim yang telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri untuk menerajui kementerian berkenaan di peringkat negeri.

"Sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan umum atau menerusi hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen," katanya.

Sementara itu Nazri yang dihubungi Malaysiakini pula berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri dengan keputusan berkenaan.

Pelaksanaan cukai pelancongan akan memberi kesan secara langsung kepada pelancong apabila mereka perlu membayar lebih - sehingga RM20 untuk satu malam - bagi sebuah bilik hotel di seluruh negara.

Ia dikuatkuasakan kesan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan yang diluluskan di parlimen pada sidang yang lalu.

Kadar cukai berkenaan ialah:

a.. RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang
b.. RM10 untuk hotel bertaraf empat bintang
c.. RM5 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga bintang
d.. RM2.50 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan
Kata Nazri, hasil pelaksanaan cukai terbaru itu kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta pada kadar penginapan 60 peratus.

Cukai itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta caj perkhidmatan.

Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay dikecualikan daripada cukai berkenaan.

Turut dikecualikan ialah premis yang menyediakan penginapan kurang daripada 10 bilik, serta yang disenggara institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk tujuan bukan komersial.

Sarawak Umum Tarik Diri Dari Malaysia Tourism Board
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 12 Jun - Kerajaan negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk menarik balik penyertaan wakilnya dalam Malaysia Tourism Board berkuat kuasa serta merta.

Keputusan itu timbul selepas isu panas yang membabitkan Menteri Pelancongan, Nazri Aziz dan Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak , Abdul Karim Rahman Hamzah yang hangat baru-baru ini.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan sebentar tadi berpendapat, peranan wakilnya dalam Tourism Malaysia tidak perlu kerana ia bertindih dengan peranannya dalam Lembaga Promosi Pelancongan Sarawak.

Kenyataan itu dimuat naik oleh Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri, Wan Khalik Wan Muhammad.

Menurut Sarawak Voice, isu yang tercetus timbul selepas Abdul Karim meminta kerajaan persekutuan menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan.

Bagaimanapun, Nazri menempelak Abdul Karim dengan menyifatkan menteri itu sebagai 'setahun jagung'.

"Dia menteri baru, dia menteri BN, janganlah nak tunjuk lagak sangat. Jumpa saya, saya pun menteri BN." kata Nazri memetik laporan Sarawak Voice itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jul 2, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Monday, 03 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: