Wednesday, July 19, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4810[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4810

Messages

Wed Jul 19, 2017 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Perebutan Jepun & China "Membangunkan Bandar Malaysia"
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Perebutan untuk membangunkan Bandar Malaysia kini bertukar menjadi pertembungan antara China dan Jepun.

Ia bukan saja akan menjadi hartanah termahal dalam negara tetapi ia juga membuka peluang untuk membina terminal kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura – satu kelebihan yang pasti dalam merebut kontrak membina landasan itu.

Sumber kerajaan memberitahu The Malaysian Insight yang Mitsui, Daiwa, China State Construction dan China Resources antara syarikat yang sudah pun menghantar tawaran untuk menjadi pemaju utama untuk Bandar Malaysia, sebagai respons kepada permintaan cadangan (RFP) yang tarikh akhirnya Khamis ini.

Tawaran mereka dikatakan melebihi AS$8 bilion berbanding perjanjian membangunkan Bandar Malaysia sebelum ini yang dibatalkan Kementerian Kewangan (MoF) selepas syarat tertentu tidak dipenuhi.

Sementara projek itu menarik minat syarikat China, kemasukan dua konglomerat Jepun mengejutkan, menunjukkan wujud pemikiran di Tokyo yang syarikat mereka perlu terbabit dalam Bandar Malaysia untuk mendapat peluang membangunkan projek landasan kereta api laju pula.

Bandar Malaysia akan menjadi hab terminal menghubungkan landasan kereta api antara dua negara Asia itu.

Kerajaan Malaysia dijangka akan melantik pemaju utama hujung tahun ini dan semua perjanjian mungkin akan ditandatangani sebelum pilihan raya umum akan datang iaitu pertengahan 2018.

Sebab kenapa ia perlu dibuat tergesa-gesa: berbilion ringgit yang diperoleh daripada penjualan hak pembangunan utama akan digunakan untuk membayar hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mei lalu, MoF membatalkan kontrak membangunkan Bandar Malaysia yang diberi kepada syarikat kerjasama China-Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation pada 2015.

Kementerian berkata konsortium itu gagal membuat bayaran ditetapkan walaupun diberi beberapa kali tempoh lanjutan.

Pada 2015, konsortium IWH-CREC memperoleh 60% pegangan di Bandar Malaysia bernilai RM7.41 bilion.

Susulan pembatalan kontrak itu yang menjadi kontroversi dan pada mulanya dibantah IWH-CREC, Putrajaya memberi gambaran ia akan menandatangani kontrak dengan syarikat hartanah gergasi China, Dalian Wanda.

The Malaysian Insight difahamkan walaupun Perdana Menteri Najib Razak amat berminat dengan urus niaga Dalian Wanda, Beijing tidak begitu menggalakkan, dan berkata mereka lebih suka ia kepada syarikat milik kerajaan, melihat kepada kepentingan projek itu.

MoF kemudian membuat keputusan mengeluarkan permintaan cadangan dan mempelawa syarikat yang mampu mengendalikan projek, termasuk yang berjaya memperoleh pendapatan RM50 bilion dalam tempoh tiga tahun lalu.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Irwan Serigar Abdullah, yang juga pengerusi 1MDB mengumumkan semalam tarikh akhir RFP ialah 20 Julai dan beberapa tawaran sudah pun diterima.

Bagaimanapun, tidak ada butiran lain didedahkan

MI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Elak Solat Di Akhir Waktu & Perlu Bersolek Semula, Ini Tips Yang Boleh Dilakukan Buat Wanita Sewaktu Majlis Perkahwinan
siakapkeli.my

Majlis perkahwinan adalah untuk meraikan pasangan pengantin yang mendirikan rumah tangga. Ia adalah salah satu majlis yang dinantikan oleh pasangan mempelai, dan orang ramai juga tidak sabar untuk melihat kedua-dua pasangan disatukan.

Untuk tampak lebih kemas, bergaya dan cantik sewaktu bersanding, pengantin perempuan sudah pasti akan dipakaikan mekap, dalam menyerlahkan lagi kecantikan.

Biar pun hanya, 'makeup natural look', tapi jika ia hilang atau dibasuh, agak sukar untuk disolek semula, dan memakan masa.

Bukan itu sahaja, apa yang penting adalah untuk solat Zuhur, yang mana majlis kebanyakannya dilakukan pada waktu tengahari.

Menerusi perkongsian dari Pn Annisa-Soleha, berdasarkan pengalamannya sendiri, beberapa cara yang dilakukan ini, sedikit sebanyak dapat menjaga wuduknya dari terbatal.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

Tip Buat Pengantin Untuk Tidak Solat Zuhur Di Akhir Waktu

Tips untuk pengantin, yang tak nak solat zuhur di akhir waktu dan tak nak makeup 2 3 kali.

1) Pakai fullglove

Bukan yang jejaring ala-ala pwinsess tu taw, tapi yang full cover macam kak long pakai dalam gambar ni.

2) Ambik wudhu' siap-siap sebelum makeup

3) Jangan kentut!

Kalau awak buat no 3 ni, memang no 1 dengan 2 dah tak berguna lah.

Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri.

Kak long tak pasti setiap pengantin akan salam pasangan ke tak mase rombongan pengantin lelaki datang, tapi kak long salam. Actually, sebab blur tak tau nak buat apa. Haha.

Takkan nak terus berdiri sebelah dia, segan ooiii.

Disebabkan kak long berniqab, bila salam tu hidung jadi berlapik lah, so wudhu selamattt. Sebab dahi pun tak kena.

Pengakirannya, Zuhur pun tak delayyy. Tu yang paling penting.

Kalau bermanfaat sila share dan komen taw.

Thank you husband, NorTaufiq Ishaq yang bagi idea full glove tu.

In shaa Allah, moga segalanya dipermudahkan, mungkin ramai yang boleh ikut tips ini, apa yang penting dan sedikit sukar, adalah bab menjaga dari buang angin. Apa-apa pun, kita usaha, dan bertawakal kemudian. - Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



ADUN Lenggeng meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Datuk Ishak Ismail meninggal dunia kira-kira jam 11.25 Selasa malam akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

Setiausaha Umno Negeri Sembilan Datuk Hasim Rusdi berkata Ishak dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri ADUN Seri Menanti Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk rawatan lanjut.

"Jenazah sekarang sedang jalani bedah siasat dan akan dibawa balik ke rumahnya di Taman Rashidah Utama, Seremban dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor," katanya kepada Bernama malam tadi.

Ishak yang berasal dari Kampong Pantai, Seremban, baru menyambut ulang tahun ke-66 pada Isnin lepas, Beliau meninggalkan isteri Datin Norimah Ujang dan empat orang anak.

Ishak merupakan ADUN Lenggeng selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1995

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Ishak.

"Innalillah. Terima berita ADUN Lenggeng Datuk Ishak Ismail telah pulang ke rahmatullah. Al-Fatihah & takziah kepada keluarga," katanya menerusi catatan di laman Twitter, pagi ini.

- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Khairul Hafiz Jantan Pecah Rekod Kebangsaan 49 Tahun Milik Jegathesan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 18 Julai: Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter yang berusia 49 tahun di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 sebentar tadi.

BH Online melaporkan, larian Khairul sepantas 20.90 saat itu sekaligus meleburkan rekod lama 20.92 milik Tan Sri Dr. M Jegathesan yang dilakarkan di Olimpik Mexio pada 1968.

Dalam pada itu, Khairul, yang mewakili Melaka turut memperbaharui rekod kejohanan 20.94 saat yang dicatat oleh Kento Terada di Kangar pada 1996.

Sumber: BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:rIeNaCoM:-
1 of 1 File(s)

Wed Jul 19, 2017 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Awas Jika Digigit Atau Dicakar Kucing, Ada Kemungkinan Risiko Jangkitan Rabies
siakapkeli.my

Taiping - Orang ramai dinasihati agar tidak memandang ringan sekiranya mereka digigit atau dicakar oleh kucing kerana ia mempunyai risiko jangkitan penyakit anjing gila atau rabies.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negri, Dr. Fuziah Muhayat, risiko jangkitan penyakit itu bukan hanya melibatkan anjing.

"Bukan hanya kalau digigit anjing, orang ramai juga harus segera ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan jika digigit atau dicakar kucing kerana berkemungkinan risiko jangkitan rabies berlaku," katanya.

Bernama melaporkan, Selasa lalu, seorang suri rumah digigit kucing peliharaannya di Kampung Menteri, Kuala Sepetang namun tiada tanda klinikal pada kucing terbabit.

Bagaimanapun, kucing itu telah dikuarantin serta pemerhatian klinikal dilakukan keatasnya sehingga tempoh 14 hari.

Sementara itu, pemilik kucing tersebut Norhayati Abdul Hamid, 41, tidak menyangka sama sekali haiwan peliharaannya itu akan menggigitnya.

Norhayati berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika dia sedang menyiang ikan belanak di rumahnya sebelum tiba-tiba kucing peliharaannya menggigit jari kanannya.

"Saya ingat gigitan ini tidak memudaratkan sehingga kakitangan DVS mengarahkan saya mendapat rawatan kerana sekarang ini wabak penyakit anjing gila di sini," katanya kepada Bernama.

Sumber: Bernama/ Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Akibat sakit hati, kereta jadi motosikal

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

"RAMAI yang kata mustahil, tetapi yang mustahil itulah yang kita nak buat," itu kata Abdul Rasid Ismail, 47, jurukimpal yang menjalankan projek motosikal monster menggunakan enjin Nissan RB20 dari kereta Volvo 240.

Abdul Rasid yang mesra dengan panggilan Acid Welding mula popular apabila gambar dan video projek motosikal RB20 yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya menjadi tular di laman sosial sejak Ahad lalu.

 

Katanya, cetusan idea mencipta motosikal kostum itu muncul apabila dia menarik balik keputusan untuk menjual kereta Volvo miliknya selepas berhadapan dengan pelbagai ragam daripada beberapa pembeli.

"Saya jadi sakit hati dengan kerenah mereka dan membuat keputusan untuk tidak menjualnya sebaliknya menjadikan ia sebuah motosikal.

"Ramai yang berpendapat ia sukar untuk 'dibentuk' menjadi motor, tambahan pula beroda dua, tetapi yang sukar itulah saya mahu buat supaya boleh menjadi inspirasi kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya yang berasal dari Batu Pahat, Johor, proses pembikinan motosikal monster yang bermula sejak tiga bulan lalu, dibantu oleh anak sulungnya Amirul Azwan, 21, dengan menggunakan kepakaran dan tenaga sendiri tanpa menggunakan alat bantuan khas.

"Kos yang digunakan tidak sampai RM1,000 kerana barang semua sudah ada dan kami buat sendiri, cuma idea untuk membikinnya itu yang 'mahal'.

"Saya sudah biasa dengan enjin RB20, itu sebab saya tiada masalah untuk menciptanya menjadi motosikal buatan sendiri untuk dipamerkan pada Art of Speed (AOS) 2017 hujung bulan ini di Serdang, Selangor.

"Ramai yang memberi kritikan meskipun sudah berjaya menghidupkan enjinnya, namun saya abaikan semua itu kerana kenderaan itu masih belum siap sepenuhnya," katanya yang juga seorang 'drifter' ketika usia muda.

Menurut Abdul Rasid, kali ini adalah penyertaannya yang ketiga dalam AOS dan sehingga kini sudah mengubahsuai lebih sepuluh motosikal kostum sejak empat tahun lalu.

Dia yang mempunyai kemahiran mekanikal sejak 29 tahun lalu berkata, lebih berminat untuk merekacipta berbanding mengubah suai kelajuan motosikal kerana tidak mahu kepakarannya disalah guna oleh pihak yang tidak sepatutnya.

"Keluarga saya tidak menghalang hobi saya malah jiran serta orang kampung menyokong aktiviti yang saya lakukan.

"Kemahiran saya juga diturunkan kepada anak sulung yang mempunyai lulusan Sijil Juruteknik Motosikal," kata bapa kepada empat anak itu.

Video dan gambar projek motosikal monster RB20 yang dimuat naik menerusi Facebook Acid Welding menerima lebih 6,000 perkongsian serta ditonton lebih 50,000 pengguna laman sosial berkenaan sejak Ahad. -hmetro

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bandar Malaysia bermasalah kerana Najib terburu-buru, kata Wong Chen

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen meramalkan projek Bandar Malaysia akan mengambil masa 3 tahun lagi untuk bermula, sambil mengkritik sikap "terburu-buru" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai punca kelewatan projek itu.

Wong Chen berkata Najib membuat perhitungan salah apabila terus menamatkan perjanjian dengan konsortium China Railway Engineering Corp dan Iskandar Waterfront Holdings (CREC-IWH) pada Mei lalu selepas tuduhan ia gagal memenuhi syarat perjanjian.

Beliau berkata Najib membatalkan perjanjian itu untuk membolehkan syarikat gergasi China, Dalian Wanda menjadi perancang utama untuk Bandar Malaysia, tetapi tidak menjangka langkah pihak berkuasa China akan melumpuhkan syarikat itu.

"IWH-CREC terlepas beberapa bayaran. Biasanya orang akan memberi kelonggaran kerana ini adalah masa sukar untuk pemilik hartanah seperti IWH," kata Wong Chen kepada FMT.

"Najib membuat perhitungan salah dengan tergesa-gesa menamatkan perjanjian CREC-IWH. Beliau tidak menjangka Wanda akan terikat dengan dasar China."

Wong Chen berkata Bandar Malaysia kini perlu dibangunkan semula di mana kerajaan perlu mencari peminjam terbaik untuk mengendalikan projek pembangunan mega di pusat Kuala Lumpur itu.

Katanya, projek itu masih perlu menunggu sehingga keseluruhan ekonomi bertambah baik.

"Mungkin kerajaan mengambil masa 3 tahun untuk memulakan projek itu."

Beliau berkata Wanda tidak dapat meneruskan tawaran asing tanpa keupayaan untuk mengumpul dana dan dengan kawalan modal China yang menyekat warga China daripada membeli harta di luar negara.

"Ini pada mulanya menamatkan semua perbincangan Wanda dan Malton Bhd yang menjadi rakan usahasama di Bandar Malaysia," katanya.

"Bagi ramalan masa depan, Bandar Malaysia akan didorong oleh pemaju tempatan berdasarkan permintaan tempatan.

"Memang begitu dan mengambil kira kelembapan semasa sektor hartanah, saya rasa Bandar Malaysia yang paling awal pun akan mengambil masa kira-kira 3 tahun dari sekarang untuk bermula."

Wong bertindak kepada laporan yang meramalkan projek itu berdepan masalah susulan arahan Beijing kepada bank China untuk menyekat pinjaman kepada Wanda.

Menurut akhbar Wall Street Journal, pengawal selia perbankan China memberitahu para eksekutif di beberapa bank besar milik negara bahawa 6 pemerolehan asing Wanda tertakluk kepada sekatan modal kerajaan.

Di samping itu, WSJ melaporkan Beijing menghalang syarikat tersebut menggunakan dana yang diletakkan di tanah besar China untuk membiayai sebarang urusjanji itu.

Laporan itu berkata ini mungkin menjadi sebab kepada keputusan mengejutkan syarikat tersebut minggu lalu untuk menjual kebanyakan taman tema dan hotel mereka kepada pemaju, Sunac China Holdings Ltd.

Sementara itu, The Sun melaporkan berita masalah dialami Wanda menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd (IWC) meningkat sebanyak 24% pada dagangan awal pagi semalam.

IWC, yang akan bergabung dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd, rakan usaha sama sebelum ini dalam urusjanji untuk membeli 60% kepentingan di Bandar Malaysia dan pemaju induk yang ditamatkan, melihat dagangan yang kurang menarik selepas Najib terlebih dahulu mengumumkan Dalian Wnada mungkin berminat mengambil bahagian dalam projek Bandar Malaysia.

Pada Mei, Pengerusi Wanda, Wang Jianlin, lelaki terkaya di China, memberitahu media di Beijing dalam sidang akhbar bersama Najib bahawa pelaburan syarikatnya "sangat besar", dianggarkan lebih dari AS$10 bilion (RM44 bilion).

TRX City Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, dalam kenyataan ketika itu berkata perjanjian penjualan saham yang menguasai pembangunan 486 ekar tanah di Sungai Besi sudah luput kerana konsortium ICSB gagal memenuhi obligasi pembayaran, tuduhan yang dipertikaikan ICSB.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kisah Empat Beradik Berkeliaran Di Malam Hari, Kelaparan Ketuk Pintu Rumah Jiran Cari Sisa Makanan
siakapkeli.my

Dalam kehidupan ini ada yang susah dan ada yang senang, bagi yang senang mungkin satu kelebihan, senang untuk menjalani kehidupan harian, namun bagi yang susah sudah pasti begitu banyak rintangan yang perlu dilalui lebih-lebih lagi berkeluarga.

Terbaca pagi ini kisah yang agak menyentuh hati, kisah yang dikongsikan oleh Puan Vivi Sumanti tentang empat orang adik beradik yang hidup dalam kesusahan berkeliaran mencari makanan di rumah jiran.

"Anak berkeliaran di malam hari... Rumah gelap gelita tanpa letrik.. Ibu bapa entah kemana..ketika kak V melalui Jalan Besut, Terengganu... teringat satu keluarga yang tidak mempunyai letrik hampir 2 bulan.. mereka tinggal bergelap tanpa sebarang cahaya kecuali lilin..

Sebelum ni cerita budak-budak ini kelaparan... mengetuk rumah jiran untuk mencari makanan..terdetik dalam hati untuk singgah rumah mereka.

Ketika melalui rumah mereka di Kampung Beris Lampu Besut, kak v melihat rumah masih gelap.. bila kak v berhenti bertanya jiran.. empat beradik ini menumpang menonton tv dan cahaya lampu dirumah jiran.. sambil menunggu ibu nya pulang membawa makanan.. terkadang ada makanan yang dibawa balik oleh ibunya, tapi ada jugak tangan kosong.

Mereka berempat mendakwa tidak makan seharian.. bertanya kak V pada yang bongsu...adik bongsu ibu bawa sebab demam.

Begitulah kisah rutin harian 5 beradik.. bapa rosak dik *** ****, ibu tidak ada pendapatan, malam hari berkeliaran mencari makanan... mengetuk rumah-rumah jiran... mencari sisa makanan.

Bagaimana kesudahan nasib anak-anak ni... yang sulung berusia 13 tahun, bongsu setahun lebih... mereka tidak kesekolah kerana kemiskinan."

Alhamdulillah, dengan pendedahan kisah sebegini harap dapat membantu mereka, kita tidak perlu salahkan sesiapa, mereka juga mungkin telah menerima bantuan dari pihak berwajib tapi kita tahu, jika belum, pendedahan seperti ini sudah pasti dapat membantu pihak berkuasa menjejaki mereka.

Kita sebagai jiran atau orang awam, jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa, bukan hanya tunggu mencari kesalahan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Jul 19, 2017 4:40 pm (PDT) . Posted by:


Siapa Yang Mau BONUS $123,- USD ? FREE reminder
When: Thursday, 20 July 2017 01:00 AM to 02:00 AM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: goo.gl/IQ8jFV

Notes: "Buat teman2 yang ingin mendapatkan BONUS$123,-USD, ditunggu pendaftarannya sekarang di : goo.gl/IQ8jFV (BUKA AKUN) & .......Apa yang diperlukan untuk mendapatkan THR $500,- USD? (Bahkan Bisa Rutin Tiap Bulan), Temukan Jawabannya juga di goo.gl/IQ8jFV "

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: