Friday, November 24, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4865

8 Messages

Digest #4865

Messages

Fri Nov 24, 2017 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Padanlah Kena 'Cekik' Sampai RM600 Makan Kari Kepala Ikan, Saiz Dia Ambik XL 4 Pinggan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur : Harga kari kepala ikan RM600 yang didakwa 'cekik darah' di sebuah restoran nasi kandar terkemuka di ibu kota yang tular sebelum ini adalah hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk dihidangkan kepada 17 orang.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Datuk Roslan Mahyuddin berkata, semakan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran nasi kandar terbabit berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz iaitu S, M, L dan XL.

Ia berdasarkan siasatan awal sepasukan pegawai Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di restoran nasi kandar terbabit selepas menerima laporan.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.

"Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.

"Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pihaknya turut mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada restoran itu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai hidangan itu.

"Mereka diberi tempoh 10 hari untuk menghantar maklumat lanjut itu kepada kami.

"Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidangan empat kepala ikan yang dicaj RM600. Ia seolah- olah hidangan untuk seorang saja sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan bagi mengelakkan masalah sama berlaku.

Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial, Isnin lalu, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Sebelum ini media melaporkan, makan malam dua keluarga di sebuah restoran nasi kandar terkenal, di sini, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.

Sumber: Harian Metro

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, November 22, 2017 11:05 PM
Subject: Fw: guna minyak kopi, Tshirt, Kepala Ikan Rm600 & cuci kereta

Kepala Ikan RM600: "Lain Kali Tengok Harga Dulu!"

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PETALING JAYA: Makan malam dua buah keluarga di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial pada Isnin, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.

Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.

"Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati," menurut 'posting' itu yang kini tular.

Aduan seorang pengguna mengenai caj kari kepala ikan.
Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia tidak menyangka harga makanan di restoran mamak tersebut semahal itu.

Katanya, ini bukan pertama kali dia makan kari kepala ikan di restoran mamak dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.

"Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.

"Saya minta pekerja di kaunter tu untuk perjelaskan. Katanya harga ikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150, manakala bersaiz kecil antara RM60 dan RM80," katanya dengan nada kesal.

Resit bagi makan malam di sebuah restoran mamak terkenal.
Dia yang menetap di Melawati, Kuala Lumpur menolak caj berlebihan itu disebabkan restoran mamak berkenaan terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara.

Faudzy yang merupakan pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.

"Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami.

"Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutama nak makan kari kepala ikan," katanya.

Reaksi netizen mengenai dakwaan harga kari kepala ikan yang melampau.
Malah katanya, pengusaha restoran juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan merkea untuk semua pelanggan.

"Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya.

"Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kemaskini dan permohonan BR1M 2018 dibuka mulai 27 November 2017
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
PERMOHONAN dan kemaskini Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M bagi tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Permohonan atau kemaskini maklumat untuk BR1M 2018 boleh dibuat melalui kaedah berikut.

1. Permohonan secara manual atau pengisian borang

a. Borang BR1M 2018 boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

b. Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan melalui laman sesawang rasmi BR1M di alamat — https://ebr1m.hasil.gov.my

2. Permohonan kemaskini atas talian

a. Permohonan atau kemaskini boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang rasmi BR1M di alamat — https://ebr1m.hasil.gov.my

"Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat permohonan baru bagi mendapatkan BR1M 2018."

"Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada). Pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun." tulis kenyataan media itu.

Selain itu Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa, kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang lain.

Maklumat yang sahih tentang BR1M hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my.

Pemberian BR1M 2018 Diharap dapat membantu meringankan beban kos sara hidup Rakyat. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut anda boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 atau emailkan kepada br1m@treasury.gov.my — 24 November 2017

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/kemaskini-dan-permohonan-br1m-2018.html#ixzz4zM5ek3HR

Menteri akui rumah RM250,000 ke atas tak terjual

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar mengakui banyak rumah berharga RM250,000 ke atas tidak terjual menyebabkan lebihan penawaran.

Beliau bagaimanapun menyalahkan pemaju kerana membina lebih banyak unit rumah mahal berharga di atas RM250,000.

"Jadi memang kalau kajian dibuat rumah RM250,000 ke bawah mudah dijual. Tetapi yang banyak tak terjual rumah RM250,000 ke atas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Noh, pemaju perlu membantu hasrat kerajaan menyediakan rumah mampu milik memandangkan RM2.7 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan itu setakat ini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai harga "rumah mampu tengok" di Kuala Lumpur yang tidak mampu dimiliki rakyat berpendapatan rendah.

Noh bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Bung bahawa program Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA tersasar daripada matlamat asal dengan alasan ia bukan di bawah bidang kuasa beliau.

"PR1MA bukan bawah saya. Pergi tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Projek Perumahan Rakyat (PPR) saya jawab," katanya.

Sementara itu Noh berkata semua projek pembangunan mewah di ibu kota yang telah diluluskan akan diteruskan selepas perkara itu dibincang pada mesyuarat kabinet.

Arahan itu juga termasuk projek pembinaan lain seperti pusat beli-belah dan ruang pejabat.

Bagaimanapun katanya, rumah berharga RM1 juta akan dihentikan terlebih dahulu memandangkan banyak unit yang tidak terjual.

"Jadi hanya mana yang dah diluluskan, kita kata tak apalah kita boleh teruskan tapi yang projek-projek yang baru ni kena berhentikan dulu," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada projek pembangunan di Taman Tun Dr Ismail dan Taman Desa antara pembangunan hartanah mewah di Kuala Lumpur yang akan ditangguhkan.

Sabtu lalu, Gabungan Lindungi Taman Desa membantah pembangunan berlebihan di kawasan itu yang didakwa mengancam kualiti kehidupan mereka.

Selain itu, penduduk di kawasan perumahan Taman Tun Dr Ismail juga menentang projek yang dikhuatiri menyebabkan kesesakan di kejiranan mereka dan mengorbankan kawasan hijau di Taman Rimba Kiara dan Bukit Kiara.

Untuk rekod, kedua-dua projek tersebut telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan diserahkan kepada pemaju swasta.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sebak Ambil Keputusan UPSR Di Sekolah Tanpa Kelibat Ibu Dan Ayah
siakapkeli.my

Ketika pelajar lain hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan ditemani oleh ibu bapa, Nur Fazlul Ain Azizan, 12, hanya mampu menahan sebak apabila kedua-dua insan yang disayanginya itu tidak mungkin ada di sisinya ketika hari itu.

Fazlul Ain kehilangan kedua-dua orang tuanya, Azizan Sahari, 43, dan ibu, Norbaiti Awang, 44, yang terkorban selepas terlibat dalam kemalangan maut dilanggar dua tayar yang tercabut dari sebuah lori pasir di Jalan Kuala Pilah - Juasseh, Ogos lalu.

Anak bongsu daripada lima adik beradik itu ditemani oleh abangnya, Mohd Amirul Aiman, 17, dan ibu saudaranya Zainun Awang, 54, ketika hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Kuala Pilah hanya mampu melihat sayu ketika rakan-rakannya meraikan kejayaan bersama ibu bapa masing-masing.

"Saya rindu sangat pada ayah dan ibu. Keputusan UPSR saya tak begitu elok selepas apa yang berlaku," katanya.

Ujarnya lagi, dia bercita-cita mahu mengikut jejak langkah abang dan kakanya ke universiti yang kini sedang menuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Tekonoligi MARA (UITM), Segamat bagi memastikan impiannya bergelar seorang guru tercapai.

Sementara itu, Zainun kini mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga tiga daripada lima beradik itu termasuklah Fazlul Ain yang berhasrat untuk meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad di Kampung Jambu Lapan, Bahau tahun depan.

Sumber : BH Online

Hanya Serah Slip Dan Tidak Umum Keputusan UPSR Demi Jaga Emosi Murid Gagal, Ibu Bapa Puji Tindakan Sekolah
siakapkeli.my

Ibu bapa calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menerima baik langkah pihak sekolah agar tidak meraikan dan membuat pengumuman berkenaan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu, hari ini.

Menurut Norhidayu Abdul Ghani, 47, pendekatan tersebut mampu menjaga emosi calon khususnya yang gagal peroleh keputusan cermelang.

"Bagi saya, bukan sahaja calon bahkan emosi ibu bapa juga perlu diberi perhatian, ada kalangan anak-anak akan tersentuh emosinya dan berkecil hati melihat rakan-rakan yang cemerlang diraikan.

"Lebih menyedihkan apabila akan berlaku perbandingan keputusan antara pelajar yang cemerlang dan juga sebaliknya jika ia diumumkan pihak sekolah," katanya yang hadir menemani anaknya mengambil keputusan UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Muda, Seksyen 4, di sini hari ini.

Jelasnya, UPSR bukanlah penentu masa depan buat para pelajar kerana mereka akan berhadapan lebih banyak peperiksaan dan ujian pada masa akan datang.

"Saya selalu nasihatkan anak-anak jika mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk cemerlang namun nasib tidak menyebelahi mereka, itu bukanlah pengakhiran kehidupan.

"Perjalanan hidup mereka masih jauh yang perlu ditempuhi, apa yang penting sebagai ibu bapa kena beri nasihat dan dorongan yang kuat untuk anak-anak," katanya.

Sementara itu, SK Raja Muda, Seksyen 4 hanya menyerahkan slip keputusan kepada kesemua calon tanpa membuat sebarang pengumuman terhadap kira-kira 219 calon hari ini.

Bagi menyahut saranan Kementerian Pendidikan yang meminta pihak sekolah meraikan semua calon UPSR yang diumumkan, bukan hanya tertumpu kepada murid yang memperoleh semua A.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, segala usaha dilakukan murid dan guru perlu diraikan secara keseluruhannya, bukan secara terpilih atau berkumpulan.

Sumber - Sinar Harian

UPSR 2017: Murid Botakkan Kepala Guru Besar
siakapkeli.my

Demi menunaikan janji, seorang guru besar terpaksa membotakkan kepala selepas sekolahnya berjaya mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Menurut Harris Irman Sharipudiin, 46, beliau bernazar untuk membotakkan kepala bagi memberi semangat kepada 134 calon UPSR yang menduduki peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Sri Melor, di sini.

Jelasnya, beliau sangat gembira apabila sekolahnya berjaya mencapai sasaran meskipun terpaksa kehilangan rambutnya.

"Saya akui tidak dapat tidur malam tadi kerana rasa berdebar-debar namun gembira kerana akhirnya sekolah ini berjaya mencipta kejayaan dalam UPSR tahun ini," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan, hari ini.

Untuk melaksanakan janjinya itu, 11 murid sekolah berkenaan memotong rambut Harris dengan disaksikan lebih 250 murid dan ibu bapa.

Beliau yang telah menjadi pendidik sejak 1992 berkata, tindakan itu dibuat bagi mencipta kelainan dalam sambutan keputusan UPSR selain mahu SK Sri Melor menjadi antara sekolah luar bandar terbaik di Kelantan.

"Ini simbolik bahawa jika ada sasaran, kita akan berjaya capai selain saya mahu jadi contoh di mana kejayaan akan dapat dicapai hasil kesepakatan dan semangat kekeluargaan antara guru, pentadbir dan murid," katanya yang juga anak jati Kampung Kukang, Perol, Peringat.

Sumber - Berita Harian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bayi 8 Bulan Maut Terjatuh Katil Ketika Sedang Tidur
siakapkeli.my

JEMPOL: Akibat terjatuh dari katil, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia di rumah ibu saudaranya di Kampung Baru Rompin di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamudin Hashim, Muhammad Fawwas Hawwari Nasir, terjatuh ketika tidut pada jam 9.30 malam sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi.

"Difahamkan, selepas terjatuh bayi itu menangis sebentar sebelum diam menyebabkan dia disangka tertidur semula.

"Bagaimanapun, pagi tadi dia dibawa ke Klinik Kesihatan Bahau apabila ibu saudaranya menyedari perubahan pada warna badannya dan dia dihantar ke Hospital Jempol sebelum disahkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi," katanya yang dipetik dari laporan Berita Harian.

Sementara itu, menurut bapanya, Nasir Nain, 39, dia dan isterinya redha dengan pemergian anak kesayangannya itu dan menganggap semuanya adalah ketentuan Allah.

"Anak saya memang dijaga oleh adik ipar sejak dilahirkan kerana saya dan isteri bekerja di tempat lain. Tiada siapa harus dipersalahkan dalam kejadian ini," jelasnya.

Sumber- Berita Harian

''Lagak Seperti Pak Ustaz, Tetapi Rupanya Penyamun'', Wanita Kerugian Barang Kemas Akibat Jadi Mangsa Pukau
siakapkeli.my

Tersebar baru-baru ini dua buah rakaman yang yang menunjukkan tindak tanduk dua orang lelaki yang didakwa sedang menjalankan aktiviti pukau terhadap wanita warga emas.

Berdasarkan rakaman-rakaman tersebut, imej lelaki tersebut yang kelihatan warak dan dibantu oleh dua orang lelaki lain (seorang pemabantu dalam setiap rakaman) sedang berbual-bual dengan mangsa sebelum meminta mangsa-mangsanya menyerahkan barang kemas kepadanya.

Gambar daripada rakaman pertama

Lelaki itu kemudiannya memasukkan barang kemas tersebut ke dalam sebuah sampul sebelum menyerahkan sampul yang lain pula kepada mangsa.

Video pertama yang dipercayai dirakam pada November 2017 dikatakan berlaku di kawasan Kamunting, Perak. Manakala video kedua dipercayai dirakam dalam kejadian yang lebih awal, di Batu Kurau, Perak pada Julai lalu.

Gambar daripada rakaman kedua

Walaupun aktiviti pukau ini kelihatan seperti tidak memberi terlalu banyak ancaman, tetapi tidak kepada mangsa. Mereka kerugian barang kemas yang nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.

Justeru, jika benar seperti didakwa, mangsa yang terlibat perlulah membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menangkap pelaku ini supaya aktiviti pukau seperti yang didakwa itu dapat dihentikan daripada terus menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

Kepada orang ramai yang mengenali ketiga-tiga pelaku ini, anda diminta untuk segera melaporkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka dapat ditahan untuk mencari cerita sebenar.

Sumber : Wat Kamal Abas

Terpaksa Bersihkan Bungkusan Najis Warga Asing Serta Membuat Berbelas Aduan Tapi Tiada Tindakan
siakapkeli.my

'Umpama mencurah air ke daun keladi', itulah yang dirasakan apabila aduan yang dibuat mengenai lambakan pendatang asing di kawasan pangsapuri kediamannya di Bandar Baru Bangi, kepada berkuasa di Selangor namun tiada tindak balas.

Menurut penduduk pangsapuri terbabit Azwan Ahmad, 46, bersama sumber meninjau di sekitar Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4 di sini membabitkan 13 blok yang didakwanya pasti ada unit di setiap blok disewa warga asing.

Jelasnya, dia sudah menetap di situ selama 20 tahun berkata, aduan mengenai lambakan warga asing itu termasuk menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan sejak Mac tahun lalu.

"Sudah belasan aduan dibuat kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) selain kepada pihak imigresen namun bagai mencurah air ke daun keladi...tak jadi apa-apa pun.

"Mereka keluar di hujung minggu dan mengikut kenderaan mewah seperti Mercedes Benz, Toyota Alphad dan kereta-kereta mewah yang lain.

"Segelintir mereka membawa budaya negatif termasuk kumpulan lelaki minum arak secara terang-terangan selain wanita warga asing yang diangkut lelaki hidung belang setiap malam minggu di hadapan asrama pekerja kilang kawasan ini.

"Keadaan sebegini menimbulkan suasana tidak selesa bukan saja untuk anak saya malah masyarakat setempat. Mereka tidak menghormati kerukunan hidup masyarakat kita," katanya.

Dia dan isterinya pernah terpaksa membersihkan bungkusan najis dilemparkan oleh segelintir warga asing yang tidak bertanggungjawab di asrama berkenaan.

Tambahnya, ramai warga asing tinggal di kawasan berkenaan termasuk dari Vietnam, Pakistan, Indonesia dan Myanmar.

Ketika tinjauan dilakukan Azwan menghubungi JIM untuk mengetahui status aduannya sebelum ini mengenai 300 unit rumah diduduki warga asing di 13 blok Pangsapuri Jubli Perak Seksyen 4.

Namun apa yang menyedihkan tindak balas kakitangan unit aduan imigresen itu agak mengecewakan apabila berdolak-dalik termasuk perbualan seringkali dihentikan dengan Azwan terpaksa mendengar nada bunyi lagu automatik talian itu.

Perbualan itu disaksikan sumber serta dirakam, tapi apa yang lebih menjengkelkan apabila tamat saja perbualan serta mengambil butiran Azwan, pihak yang mengambil aduan itu bersembang dengan pegawai lain tanpa menyedari Azwan belum mematikan talian.

Apa yang dapat didengari, pegawai yang mengambil aduan itu dinasihatkan pegawai lain supaya menjaga imej serta tidak marah ketika menerima sebarang aduan dan kerap menghentikan perbualan dengan mesej nada bunyi lagu automatik talian.

Sumber - Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ada Jemaah Batalkan Umrah Gara-Gara Video Palsu Mengatakan Jeddah Akan Dilanda Bencana Alam Dan Ribut Taufan
siakapkeli.my

Video ribuan monyet yang melintasi jalan raya di Arab Saudi yang tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai netizen di negara kita sejak bebarapa hari lepas dikatakan hanyalah satu posting palsu.

Dalam rakaman berdurasi 1 minit itu menunjukkan haiwan tersebut berpusu-pusu melintasi lebuh raya yang menghubungkan Mekah dan Madinah.

Kerana video itu lelaki berkenaan mendakwa haiwan itu sedang berhijrah dari Jeddah ke Madinah kerana akan berlaku bencana alam dan gempa bumi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun ternyata apa yang dimuatnaik oleh lelaki berkenaan adalah palsu semata-mata kerana kejadian monyet melintas berkenaan adalah perkara biasa berlaku di Arab Saudi.

Untuk menguatkan dakwaan itu lelaki berkenaan turut memuatnaik video kononnya Jeddah dilanda ribut baru-baru ini sedangkan video itu menunjukkan kejadian ribut yang berlaku di akasya AVM di Instambul pada 27 Julai lalu dan ceramah seorang ustaz tentang kisah akhir zaman.

"Ribuan monyet dari jeddah berhijrah ke madinah ..dipercayai akan berlaku bencana dan gempa bumi...Allah menggoncangkan kota jeddah yg banyak kejadian haram berlaku dijeddah yg di banjiri ribuan tentera US dijeddah ..konon nak mengawal timur tengah dari ancaman pengganas,syiria dan iran."

"Subhanallah..jeddah banjir dan ribut taufan berlaku sekarang...Allahhuakbar," tulis lelaki berkenaan bersama video-video itu.

Ternyata niat lelaki berkenaan berjaya menakutkan orang ramai apabila ramai netizen dilihat telah berkongsikan posting itu sebanyak 6,538 kali ketika ini, bahkan kerana posting itu ada jemaah hampir membatalkan umrah mereka kerana bimbang dengan kejadian bencana alam itu.

Memetik portal StepFeed, kejadian monyet melintas tersebut adalah merupakan perkara biasa berlaku kerana kawasan berkenaan merupakan laluan utama dan monyet-monyet berkenaan bertumpu di sana kerana ramai jemaah lalu lalang memberi makanan kepada mereka.

Pusat Kebangsaan Gempa Bumi dan Gunung berapi, yang merupakan sebahagian daripada Pihak Berkuasa Geologi Arab Saudi mengatakan bahawa pergerakan haiwan jenis ini tidak menandakan sebarang bencana alam.

Manakala menurut seorang rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi bernama Masnira Ramli, beliau menerima begitu banyak pertanyaan mengenai khabar angin ini sehinggakan tidak larat menjawab.

Beliau membuat satu posting menjawab segala persoalan ini.

Tekan gambar untuk link ke Stepfeed

"Wahai malaysia ku.. bangsaku.. stop lah percaya cerita2 karut dan fitnah. Stoplah tularkan benda2 yang tiada asas," tulis beliau.

Beliau juga menasihatkan supaya mana-mana jemaah haji yang takut dengan khabar angin itu supaya jangan membatalkan umrah mereka kerana berita tidak tahu hujung pangkal itu.

"Monyet banyak je kat sini.. kat taif banyak.. ada satu kawasan dalam video ni memang banyak monyet kat situ.. kalau nak ke madinah memang biasa jumpa."

"Dah, kesian monyet-monyet ni jadi mangsa cerita rekaan manusia," tulis beliau mengakhiri penerangannya. - Siakapkeli.my

Anggota Penguat Kuasa Imigresen Sabah Terkejut Jumpa RM11 Juta Ketika Serbuan
siakapkeli.my

Dianggarkan wang tunai berjumlah hampir RM11 juta ditemui dalam dua serbuan berasingan termasuk di sebuah hotel di Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 pagi hari ini.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Sabah sempena 'Ops Gegar'.

Menurut sumber, serbuan lakukan selepas menerima maklumat berhubung aktiviti tidak bermoral di sebuah hotel.

"Hasil serbuan itu, anggota penguat kuasa menahan beberapa individu dan pemeriksaan lanjut menemui hampir wang tunai berjumlah lebih RM8 juta.

"Susulan itu, pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah apartmen berhampiran hotel berkenaan dan menemui wang tunai lebih RM1 juta," katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, semua wang tunai yang ditemui dirampas untuk siasatan lanjut.

"Pengiraan masih dilakukan bagi mengetahui jumlah sebenar wang yang dirampas dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Jabatan Imigresen Sabah dijangka membuat sidang media berkaitan kejadian itu, petang ini.

Sumber: Harian Metro

Milik siapa RM11 juta? MALAYSIA DATELINE Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dilapor menemui wang tunai dianggar mencecah RM11 juta dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Kota Kinabalu kira-kira jam 1 pagi hari ini. Serbuan Op Gegar di sebuah hotel dan pangsapuri sekitar ibu negeri Sabah itu hasil maklumat berhubung kegiatan pelacuran di lokasi terbabit. "Semua wang tunai itu dianggarkan bernilai kira-kira RM11 juta dan proses pengiraan masih dilakukan setakat ini," kata sumber dipetik dari Astro Awani. Tahun lalu, Sabah turut menyaksikan rampasan wang tunai dalam kuantiti yang menggemparkan hasil operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jumlah wang yang ditemui di beberapa lokasi itu dikatakan sebagai terbesar pernah disita oleh SPRM berkaitan kes rasuah. Sehubungan itu, bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan dua lagi berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta serta memiliki barang mewah daripada aktiviti haram. Mereka didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, 11 Ogos lalu menangguhkan perbicaraan kes tersebut dan menetapkan 17 hari perbicaraan antara 5 Februari dan 22 Mac tahun depan.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheapJDT Bakal Dapat Seorang Lagi Permain Naturalisasi Yang Kini Beraksi Di Belanda
siakapkeli.my

Teka teki permain baru yang akan masuk Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya terungkai selepas La' Vere Corbin-Ong dikatakan bakal menyertai skuad Harimau Selatan pada musim depan.

Permain berusia 26 tahun itu merupakan permain kacukan Malaysia-Barbados yang sedang beraksi di kelab Liga Divisyen Dua Belanda, Go Ahead Eagles yang telah berjaya menjaringkan lapan gol di lapan penampilannya.

Dia yang memulakan karier bola sepak bersama kelab Argyle Pipers di Kanada pada 2005 selama empat tahun sebelum menyertai Capilano Blues ketika menuntut di Universiti Capilano di Vancoucer, Kanada.

Seterusnya menyertai kelab profesional Vancouver Whitecaps pada 2011 namun setahun kemudian dia memberanikan diri untuk berpindah ke Jerman untuk mencuba nasib dengan kelab FC Pommern Greifswald yang beraksi di liga bawahan Jerman pada 2012 hingga 2014.

Pada hujung 2014, Corbin-Ong menyertai Berliner AK 07 yang beraksi dalam liga divisyen empat (Regionalliga Nordost) dan kelibatnya berjaya memikat FC Union Berlin yang beraksi dalam 2 Bundesliga tetapi memilih kelab dari 3 Liga, FSV Frankfurt pada musim 2016 selama setahun.

Kejayanya terus berkembang apabila beraksi untuk Go Ahead Eagles di Belanda malah turut dipanggil menyertai skuad kebangsaan Kanada pada aksi persahabatan menentang Scotland, Mac lalu.

Kehadirannya yang bakal beraksi di posisi pertahanan kiri dan pertahanan tengah pasti akan memberi kelegaan buat kem JDT yang sering bergantung kepada Fazly Mazlan.

Sementara itu, JDT sedang mengintai kuota pemain Asia dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi sebelum pasukan itu memulakan latihan pertengahan bulan depan sebelum latihan pramusim di Bangkok.

Sumber - Berita Harian

Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin

Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor. Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak akan tunduk dengan desakan penyokong dan sesetengah pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan dalam badan induk bola sepak itu.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau akan terus memimpin FAM bagi membaiki dan menyusun semula agenda pembangunan bola sepak tanah air termasuk dari segi pentadbiran dan kestabilan kewangan.

Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor. Katanya, FAM dibawah pimpinannya tidak seperti kepimpinan terdahulu, di mana pelbagai pembaharuan sedang dilakukan termasuk menguatkuasakan sembilan peraturan yang perlu dipatuhi setiap pasukan termasuk mendapatkan lesen, program akar umbi, fasiliti bola sepak dan audit kewangan.

"Ada yang mengharapkan supaya saya keluar dari FAM supaya mereka dapat kongsi semula kekayaan macam dulu. Tetapi saya masih di sini untuk perbaiki semula bola sepak Malaysia termasuk dari segi kewangan agar pasukan dapat bertahan lama.

"Apabila hendak nilai terhadap saya gunakan fakta bukan disebabkan emosi, buruk hati atau berdendam. Saya baru mengambil alih FAM tidak sampai setahun, beri saya tiga tahun jika keadaan masih sama saya sedia keluar," katanya pada sidang media di Johor Bahru hari ini.
Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor
Selain itu katanya, FAM akan mengadakan pertemuan bersama pasukan Pahang berhubung keputusan mereka menarik diri dari saingan Piala AFC dan menganggap tindakan itu seolah-olah menyekat perkembangan bola sepak tanah air.

"FAM akan adakan pertemuan dengan Pahang dan menjelaskan kepada mereka tentang implikasi dari keputusan itu. Jika mereka masih dengan keputusan berkenaan kita akan serahkan kepada Jawatankuasa Tata Tertib.

"Mereka cakap nak bantu kembangkan bola sepak tanah air, tetapi apabila tak nak main AFC macam mana bola sepak dalam negara nak berkembang, anda (Pahang) beri 'signal' yang salah seolah-olah piala ini tidak penting. Apabila anda buat begini penaja pun akan berfikir dua kali," katanya.

Dalam pada itu Tunku Ismail berkata, sejak tiga tahun hanya beliau satu-satunya pihak yang memperjuangkan soal hak penyiaran televisyen bagi membantu pasukan-pasukan bola sepak tempatan dari segi sokongan kewangan untuk terus bertahan.
Kejutan Dari Tunku Mahkota Johor
"Tahun depan pasukan akan dapat antara RM3 juta hingga RM4 juta bagi hak penyiaran, tak pernah terjadi dalam sejarah dan kita harap angka ini akan terus meningkat sehingga RM7 juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kejatuhan ranking pasukan kebangsaan dari tangga 170 ke paras 174, Tunku Ismail menjangkakan akan terus berlaku kejatuhan namun yakin ia dapat digilap semula menerusi pemain di bawah 23, 19 dan 16 tahun. - sinar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Laluan ETS Dan Komuter Terhalang, Tren 12 Gerabak Bawa Muatan Kargo Terbalik
siakapkeli.my

Sebuah tren kargo tergelincir di stesen Bank Negara sekitar 5.15 pagi ini.

Menurut Keretapi Tanah Melayu (KTMB) melalui laman Twitter rasminya menyatakan, kejadian berikut mengakibatkan perkhidmatan akan beroperasi ke destinasi yang terhad sahaja.

Kejadian yang berlaku awal pagi ini menyebabkan komuter akan hanya akan beroperaasi ke destinasi Tanjung Malim-Kepong, Pelabuhan Klang-Kl Sentral, Tampin atau Seremban ke Kl Sentral dan Batu Caves-Sentul sahaja buat sementara waktu.

Turut dinyatakan, semua tren tidak dapat melalui stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut.

"Penumpang dinasihatkan menggunakan perkhidmatan alternatif iaitu MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT Subang Jaya.

"Bagi penumpang ETS pula, mereka akan dibawa dari stesen Sungai Buloh dengan MRT dan sambung perjalanan dengan ETS ke destinasi seterusnya," ujarnya.

Pengurusan KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan berkenaan.

KTMB 03 2267 1200‏ @ktm_berhad
Untuk info penumpang dari / ke laluan Bt. Caves. Perkhidmatan bas ada disediakan dari Sentul - KL Sentral - Sentul. Bas menunggu di hadapan stesen Sentul & di KL Sentral di kawasan parkir KLIA Ekspress Departure Hall. Harap maklum.

4:24 PM - 22 Nov 2017

KTMB 03 2267 1200 @ktm_berhad 0945 - Perkhidmatan bas ke/dari stesen Segambut - KL Sentral - Segambut telah disediakan. Bas menunggu di parkir Balai Berlepas KLIA Ekspres, KL Sentral. Harap maklum. Terima kasih.9:44 AM - Nov 23, 2017
Sumber- Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



6 Kebaikan "Awet Muda" Mandi Sebelum Subuh!
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Menurut kajian, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. Tahukah anda, gas ozon sangat penting untuk tubuh badan manusia?

Jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda.

Ini antara manfaat jika anda amalkan mandi sebelum waktu subuh!

1. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Jika peredaran darah lancar, tubuh badan akan jadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

2. KULIT LEBIH LEMBUT & HALUS
Jika anda ada masalah 'mata panda', amalkan mandi menggunakan air sejuk setiap pagi. Mandi awal pagi membuatkan kuku lebih sihat dan kulit lebih lembut dan halus.

3. MENINGKATKAN KESUBURAN
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi positif apabila mandi waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen wanita.

4. MENGURANGKAN RISIKO DARAH TINGGI
Kajian mendedahkan, mandi air sejuk di waktu pagi mengurangkan risiko darah tinggi. Bukan itu saja, tubuh juga bebas dari penyakit berbahaya lain.

5. MENGURANGKAN STRESS & LEBIH TENANG
Air sejuk melancarkan peredaran darah setelah tidur 8 jam. Jika anda alami tekanan, duduk di bawah air pancuran untuk melegakan rasa tegang tersebut.

6. MENINGKATKAN SEL DARAH PUTIH

Mandi air sejuk meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, tubuh lebih kebal dan tidak mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Sumber : Hanasuva

Penghinaan Islam Makin Menjadi-jadi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Penghinaan terhadap Islam dengan mengambil mudah kepada syiar Islam makin menjadi-jadi di negara kita kerana sikap orang Islam sendiri yang suka berselisih sesama sendiri.

Kredit
Lebai ZamUsop PA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Nov 24, 2017 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pemimpin DAP Rasis Melampau Apabila Sebut 'Melayu Pukimak'
AIDCNews
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH


Pemimpin DAP mengamalkan politik rasis melampau apabila memaki satu kelompok kaum dan bukannya seorang individu yang dicercanya, kata Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Mohd Ismath.

Beliau merujuk kepada ucapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggunakan kenyataan kesat 'Melayu Pukimak' dalam ceramahnya.

Khalid berkata jika Kor Ming hanya mahu memaki Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sepatutnya batang tubuh Zambry yang patut dijadikan sasaran dan bukannya kelompok Melayu.

"Nga Kor Ming sebut "Melayu Pukimak" dalam ceramah dia depan kaum Cina.

"Pelik, kenapa perlu sebut nama kaum dan bangsa? Sebut nama orang yang dia marah sahaja cukuplah.

"Ini seolah-olah mahu bermain perkauman sedangkan kita semua setuju untuk menolak rasisma lama dahulu lagi.

"DAP, tolonglah jangan simpan Nga ini lagi," kata Khalid dalam Facebook.

Institusi Islam Terancam Apabila DAP Berkuasa – Dr Zuhdi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


KUALA LUMPUR: "Institusi Islam akan terancam sekiranya Democratic Action Party (DAP) memperolehi kuasa di negara ini," tegas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan adakah DAP akan mempertahankan institusi Islam di negara ini seperti yang diwar-warkan sekiranya agenda mereka berterusan.

Menurutnya, DAP sememangnya sebuah parti yang mendukung sekularisme sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti mereka, sudah tentu mereka tidak berminat mempertahankan agama Islam.

Dr Zuhdi berkata, meskipun ahli-ahli mereka dari pelbagai agama hakikatnya mereka tetap mengamalkan peminggiran terhadap ajaran sebenar agama.

Mengulas lanjut persoalan adakah DAP benar-benar memperkasakan Islam di Pulau Pinang, Dr Zuhdi Marzuki berkata, "DAP hanya melakukan usaha-usaha kosmetik berkaitan dengan agenda Islam sedangkan hakikat sebenarnya banyak usaha menyekat agenda Islam di belakang tabir giat dijalankan para pemimpinnya."

Beliau menjelaskan, sebagai contohnya, gangguan DAP terhadap Institusi Fatwa di Pulau Pinang, selain turut mengabaikan usaha menyelamatkan tanah waqaf dan menaja program-program Muslim Liberal di Penang Institute dan lain-lain.

"Ini juga terbukti apabila banyak hal-hal berkaitan urusan agama dihalang oleh pemimpin-pemimpin DAP," ujarnya lagi.

Zuhdi menegaskan, "Antara halangan yang telah diberi oleh DAP setakat ini untuk memperkasa Islam di Malaysia ialah mereka dilihat mahu membawa versi Muslim liberal terhadap ajaran Islam dengan melanggar pihak berotoriti seperti Majlis Agama Islam dan Institusi Fatwa – menara.my

Biar kita kenal DAP sebenar

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Dalam umat Islam di Malaysia bersatu hati mempertahankan hak kaum wanita Muslim berpakaian menutup aurat di bidang perhotelan dalam negara DAP tiba-tiba muncul dengan idea baru yang makin mengeruh dan merumitkan suasana.

Dalam Dewan Undangan Negeri Sabah semalam ketika Menteri Pelancongan Sabah menggulung perbahasan berkaitan perbelanjaan kementeriannya ADUN DAP Sri Tanjong bangkit mencadangkan agar kerajaan negeri membuka sebuah kasino atau pusat perjudian di bangunan Sabah International Convention Centre atau SICC yang bakal siap sebagai satu usaha menarik pelancong.

Kenapa kasino?

Gemar sungguh DAP mencadangkan perkara-perkara maksiat dan bertentangan dengan Islam seumpama ini. Sebelumnya mereka mencadangkan Pesta Arak di Selangor dan kini kasino pula di Kota Kinabalu.

Mujur menteri berkenaan menolak cadangan dangkal wakil DAP itu.

Bayangkan kalau DAP punya kuasa mutlak di Putrajaya?

Fikir-fikirkanlah.

ROSLAN SMS

Guan Eng Tidak Hormati Pilihan Rakyat?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang berpendirian tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga, YB Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati keputusan demokrasi pilihan rakyat Kebun Bunga dalam PRU yang lalu.

KENYATAAN MEDIA

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI PULAU PINANG MENGENAI ISU SEKATAN PERUNTUKAN TERHADAP ADUN KEBUN BUNGA

Pimpinan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Pulau Pinang berpendirian tindakan menyekat peruntukan bantuan mangsa banjir kepada ADUN Kebun Bunga, YB Cheah Kah Peng adalah tidak wajar dan tidak menghormati keputusan demokrasi pilihan rakyat Kebun Bunga dalam PRU yang lalu.

Sebagai wakil rakyat yang mendapat mandat rakyat dalam PRU lalu, sewajarnya beliau tidak sepatutnya disekat dari menjalankan kewajiban sebagai wakil rakyat bagi penduduk Kebun Bunga.

Tindakan untuk menyerahkan tugas tersebut kepada ADUN Pulau Tikus pula dilihat seperti mengenepikan peranan KeADILan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pihak KeADILan Pulau Pinang juga ingin menegaskan bahawa keputusan menarik peruntukan kepada YB Cheah Kah Peng tidak melalui perbincangan dan rundingan dengan pihak Parti KeADILan Pulau Pinang.

Alasan bahawa sekatan ini adalah kerana atas sebab prosedur dalaman juga amat naif dan sukar diterima.

Pihak kami ingin menegaskan bahawa tindakan ini telah sedikit sebanyak mencalarkan semangat setiakwan dalam Pakatan Harapan.

Parti KeADILan Pulau Pinang berpandangan bahawa yang paling penting di saat pasca bencana banjir ini adalah untuk merapatkan saf dan menyusun strategi agar rakyat dapat merasa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang mendengar dan memahami denyut nadi rakyat.

Dengan semangat untuk membangkitkan semula Pulau Pinang, keutamaan kita adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang tercinta.

YB DATO MANSOR BIN HJ OTHMAN
Pengerusi MPN Parti KeADILan Pulau Pinang

Tarikh: 24 November 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: