Tuesday, November 7, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4858

8 Messages

Digest #4858
1
Fw: Dugaan Ketika Menghadapi SPM by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
2
Fw: NAJIb yang gelisah, by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
3
Fw: Isi Minyak Keluar Angin Je Lebih by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
4
Fw: Jangan Sesekali Tekan 'Proceed' by "-:rIeNaCoM:-" rienacom
5
7

Messages

Tue Nov 7, 2017 5:49 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ibu Pergi Menghadap Ilahi Pada Hari Pertama SPM
siakapkeli.my

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolaj Agama Menengah Nurul Iman (SAMN), Kampung Bukit Cerakah, Meru, Klang yang baru sahaja selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu, melalui detik memilukan apabila menerima khabar duka mengenaik kematian ibunya akibat serangan jantung.

Sejurus menduduki peperiksaan kertas dua Bahasa Melayu pada 4.30 petang, Muhammad Noh Zakariah, 17, mengetahui kejadian menimpa ibunya yang berlaku sekitar 12 tengahari.

Maziah Alias, 50, yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Agama Kota Damansara 5 itu, ditemui tidak sedarkan diri ketika berehat di bilik rawatan di sekolah tersebut selepas keletihan dan tidak bermaya.

Menurut Muhammad Noh, dia amat terkejut selepas mengetahui berita duka tersebut menerusi pengetua sekolahnya.

"Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

"Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar," katanya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, malam ini.

Lebih 300 ahli keluarga termasuk saudara mara dan kenalan turut hadir memberi penghormatan kepada arwah yang turut dikenali sebagai Ustazah Maziah.

Allahyarham turut meninggalkan suami, Zakaria Kasiran, 56, bersama lima anak lain iaitu Haziq Fikri, 28; Fadlin Sakinah, 25; Saidatul Kalimah, 23; Rabiatul Adawiyah, 15, dan Mizan Qistina, 8. Muhammad Noh berkata, walaupun ia detik yang sukar, dia berpegang kuat dengan pesanan ibunya supaya menjadi insan yang berjaya.

Sementara itu, menurut suami kepada arwah, Zakaria , arwah kebiasaannya akan mengucapkan 'bye-bye' ketika bersalaman sebelum pergi mengajar ke sekolah.

"Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya," katanya.

Sumber- Harian Metro

Gelagat Pelajar-Pelajar Pendidikan Khas Ini Datang Ke Bilik Gurunya Mohon Restu SPM Sentuh Hati Ramai Netizen
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tular dua buah video yang dimuatnaik oleh seorang guru yang mengajar kelas pendidikan Khas Puan Duzimah Kamaruddin di mana dia tiba-tiba telah didatangi pelajar-pelajar istimewanya itu untuk memohon restu kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video berkenaan telah menjadi tular, gelagat pelajar-pelajar berkenaan dan guru mereka itu ternyata telah menyentuh hati lembut ramai netizen.

Semuanya bermula ketika Cikgu Duzimah yang sedang membuat rakaman latihan kod tangan atau bahasa isyarat di dalam biliknya, tiba-tiba keempat-empat perlajar berkenaan datang menyebabkan rakaman berkenaan bertukar menjadi sesi mohon restu SPM.

Sesi mohon maaf itu dimulakan dengan seorang pelajar bernama Anas, dia dilihat seperti mengalami masalah pendengaran dan sedikit masalah pertuturan mula memohon maaf.

"Cikgu Zimah, Anas minta maaf kalau Anas selalu buat salah ker," katanya disambung dengan beberapa perkataan lain sambil menggaru kepala.

Kemudian Cikgu Zimah pun berkata ''Cikgu Zimah dah maafkan'' tetapi Anas laju mengatakan ''tak dengar, tak dengar tak pakai'' kerana dia tidak memakai alat bantu pendengarannya membuatkan Cikgu Zimah menyuruhkan dia memakai alat berkenaan.

Anas menyatakan dia tidak mahu pakai alat itu kerana takut dia dengar dan menangis nanti, Cikgu Zimah memberi kata-kata semangat kepada anak, dia tidak meletakkan harapan yang terlalu susah untuk dicapai, dia tetap berbangga walaupun dapat D dalam SPM.

Tetapi anak berjanji dia akan cuba dapatkan C dalam peperiksaan SPM nanti membuatkan Cikgu Zimah rasa terharu.

"Alhamdulillahm alhamdulillah, Cikgu Sayang sanagt-sangat," sambil memeluk Anas.

Kemudiannya, giliran Muhammad Faiz pula meminta maaf, dia yang menggunakan bahasa isyarat memohon maaf kepada Cikgu Zimah.

"Faiz pun sama dengan Anas, tak ada dosa dengan cikgu Zimah, murid-muris Cikgu Zimah tak ada dosa dengan Cikgu Zimah," kata beliau kepada Faiz.

Faiz dilihat telah berkomunikasi lagi dalam bahasa isyarat, tiba-tiba Cikgu Zimah dilihat begitu gembira dan tak sangka akan apa dituturkan oleh pelajarnya itu.

"Allahuakbar, Allahuakbar, dia kata kat akhirat dia nak tarik aku ni masuk syurga, alhamdulillah,'' membuatkan tiba-tiba Cikgu Zimah mengalirkan air mata.

Selepas itu, sesi memohon maaf dilakukan oleh seorang perempuan pula bernama Noor Hafizah Hamzah yang dilihat awal-awal lagi telah mengalirkan air mata.

Bagaimana pun tidak dapat difahami sangat kerana mereka menggunakan isyarat tangan, dan kemudiannya Cikgu Zimah memohon Hafizah memaafkan kerana kekurangannya dalam mengajar mereka selama ini.

Kemudian tiba giliran seorang lagi pelajar bernama Mohammad Haikal yang agak pemalu dan senyap.

Haikal dilihat mendengar nasihat Cikgu Zimah dengan baik dan kemudiannya dia meminta untuk bersalam dengan guru kesayangannya itu.

Ternyata dua buah video ini yang memaparkan guru dan 'anak-anak' istimewanya begitu menyentuh hati netizen, mereka mungkin tidak sesempurna insan lain, tetapi jika dilihat peribadi mereka cukup hebat.

SK doakan Anas, Faiz, Hafizah dan Haikal berjaya dalam hidup, jadi anak yang baik dan pasti akan membanggakan ibu bapa mereka dalam bidang yang diceburi suatu hari nanti. - Siakapkeli.my

Tulisan di Facebook Anas

*Aku yang menulis mata berkaca la pulak..huhuhu

Saya Tak Malu Pun Ambil SPM Sampai Tiga Kali, Saya Mahu Majukan Diri
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Tidak pernah mengenal erti putus asa biarpun serba kekurangan. Itu semangat gigih yang dapat dilihat pada seorang penghidap Cerebral Palsy (CP) Mohd Saad Abizal, 34, yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Bahasa Melayu, kali ketiga semalam.

"Keputusan SPM saya pada tahun 2000, kurang memberangsangkan cuma lulus cukup makan saja. Namun, apabila syarat kenaikan pangkat memerlukan kredit dalam Bahasa Melayu, saya tiada pilihan selain mengambil semula peperiksaan itu.

Menurut lelaki ini, dia sanggup membuang perasaan malu mengulangi SPM berikutan mahu memperoleh kelulusan dengan kredit bagi subjek berkenaan untuk melayakkannya dinaikkan pangkat daripada pembantu operasi kepada kerani di sebuah agensi kerajaan.

"Ini kali ketiga saya mengulangi kertas Bahasa Melayu selepas dua kali percubaan saya hanya sekadar lulus tanpa kredit," katanya.

Dia merupakan satu-satunya calon persendirian yang mengambil Bahasa Melayu Kertas 1 di Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak di sini, semalam.

Mohd Saad berkata, tindakannya mengambil peperiksaan itu selama tiga kali didorong ibu dan bapanya selepas menyedari hanya pendidikan boleh mengubah nasib mereka sekeluarga.

"Selain sibuk dengan tugasan di pejabat pada siang hari, saya juga menjual ikan pada waktu malam bagi menambah pendapatan.

"Walaupun pergerakan terbatas kerana kaki cacat manakala pertuturan kurang jelas, saya tidak mahu terus selesa dalam keadaan sekarang sebaliknya memajukan diri seperti insan normal lain.

"Selain syarat kenaikan pangkat, saya juga mahu menggunakan keputusan peperiksaan itu untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas ini," katanya yang mahu menjadi pensyarah.

"Selepas tamat waktu kerja, saya meluangkan masa kira-kira tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran dengan bantuan buku rujukan mahupun Internet,"

Kali ini dia membuat persediaan lebih awal dan rapi bagi memastikan mampu mencapai keputusan cemerlang yang dimahukan, katanya.

Sumber: Harian Metro

Tiba-Tiba Mata Saya Gelap Tak Nampak Apa-Apa, SPM Lagi 2 Minggu
siakapkeli.my

Dugaan yang terpaksa dilaluinya memang besar. Kira-kira dua minggu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Khairulimran Adam, 17, ditakdirkan tidak dapat melihat secara tiba-tiba.

Namun pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid tetap bersemangat dan menggagahkan diri melangkah masuk ke dewan peperiksaan bagi menduduki peperiksaan kertas Bahasa Melayu Kertas 1, pagi tadi.

Khairulimran yang ditemani jurubaca dan jurutulis yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia kelihatan tenang menjawab soalan berkenaan.

Walaupun masih dalam tempoh rawatan dan pemulihan, ia tidak menghalang anak bongsu daripada dua adik beradik tersebut untuk menduduki peperiksaan walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan menangguh keputusan tersebut oleh pihak sekolah.

"Dua tahun lalu saya boleh melihat dengan jelas, namun ketika mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), mata saya mengalami masalah. Saya mendapatkan rawatan selain menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan kembali boleh melihat.

"Pada 23 Oktober lalu, selepas selesai solat Subuh berjemaah di sekolah, saya sedar penglihatan saya berbentuk hitam dan semakin lama semakin kabur. Jadi, saya terus menghubungi ibu di rumah.

"Keesokan hari, keluarga membawa saya membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebelum dirujuk ke Hospital Selayang sekali lagi dan doktor di sana mengesahkan peluang untuk saya melihat semula agak tipis," katanya lagi.

Pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 7A 2B dalam peperikasaan percubaan berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua yang memakan masa selama 4 jam pada 27 Oktober lalu bagi mengisi cecair khas untuk merapatkan semula korena matanya.

Dia juga terpaksa menggugurkan salah satu subjek daripada sembilan kertas yang didaftarkannya dalam SPM iaitu kertas Pendidikan Seni Visual memandangkan peperiksaan tersebut memerlukan calon melukis sendiri.

"Saya suka membaca termasuk bahan bacaan agama, jadi saya yakin apa yang Allah berikan ini dugaan untuk diberikan satu ganjaran lebih besar daripada itu. Itulah yang membuatkan saya kuat semangat dan tekad untuk mengambil peperiksaan," katanya.

Manakala abangnya, Khairulamirin Adam, 23, berkata seluruh keluarga merasa terkejut dan sedih dengan dugaan yang terpaksa dilalui oleh Khairulimran.

"Kami semua sedih dan sebak pada saat Khairulimran merayu untuk melihat wajah ibu dan ayah kami buat kali terakhir sebelum menjalani pembedahan.

"Apa pun, semangat dia tetap kuat untuk menduduki SPM dan saya turut membantu dia dengan membacakan semua buku untuknya ketika mengulang kaji pelajaran," katanya.

Sementara itu, Datuk Ayub Rahmat selaku Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri memberitahu bahawa pengurusan HSA telah pun dihubungi oleh pihaknya bagi memberi cadangan agar Khairulimran dapat menduduki peperiksaan SPM sebagai calon khas.

"Mereka bersetuju untuk menempatkan Khairulimran pada bila-bila masa, namun terpulang kepada calon ini dan keluarga.

"Cadangan itu membolehkan dia selesa menjawab peperiksaan kerana saya difahamkan Khairulimran terpaksa menjalani prosedur rawatan di mana beliau terpaksa meniarap selama 15 jam sehari bagi memulihkan semula kornea pada matanya," katanya klagi.

Sumber : BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:49 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



NAJIb yang gelisah,depan Melayu lain,depan Cina lain.
bloglist-malaysia.blogspot.
sisibukit.blogspot
Posted by mantaro

Najib Razak hadapan orang Melayu ,beritahu DAP menguasai kerajaan jika BN tumbang dalam PRU 14.KEMUDIAN hadapan Cina MCA khususnya,DAP menang tak boleh tubuh kerajaan pun.

Rupanya Ini Agenda Cybertroopers Umno.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Free Malaysia Today / Zin Mahmud
Minggu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menyatakan perang siber antara pihaknya dan pembangkang telah lama bermula untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Tidak lama dahulu, dilaporkan laskar siber (cybertroopers) Umno diseru melancarkan serangan ke atas Pakatan Harapan (PH). Mereka diseru supaya "attack, attack, attack" (serang, serang, serang).

Acara himpunan aktivis media sosial pro-BN ini adalah untuk mengingatkan dan menaikkan semangat laskar siber supaya meningkatkan lagi usaha menyerang pihak lawannya. Di samping itu, ia menjadi cara untuk menggerunkan pihak pembangkang mengenai kekuatan angkatan siber BN yang memperoleh dana besar untuk tugasan mereka.
Juga tidak lama dulu, ada laporan menyatakan bahawa Pemangku Timbalan Presiden Umno ,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru laskar siber yang berjuang bagi partinya supaya tidak berbalah sesama sendiri, tetapi sebaliknya memberi fokus kepada sasaran mereka.
Perang siber di Malaysia sudah menjadi komponen penting dalam politik negara ini. Ia merupakan fenomena yang luas dan kompleks serta memerlukan penyelidikan akademik untuk memahaminya.
Namun bagi pemerhati awam, ia mungkin dapat ditinjau dari satu sisi yang dialaminya sendiri. Perbandingan juga boleh dibuat dengan apa yang berlaku di luar negara, umpamanya perang siber dalam politik Amerika Syarikat dengan Presiden Donald Trump menggunakan akaun Twitter dan konsep berita palsu (fake news) yang dilemparkan pada seterunya.
Tetapi dalam pemerhatian penulis yang terhad, iaitu tumpuan hanya pada apa yang dilihat pada Facebook, perang siber sedang berlaku dengan rancak, ia bukan saja lama bermula tetapi berlangsung sejak selepas PRU ke-13 pada 2013 lagi. Malah jika dilihat dari satu sudut, ia sentiasa berlangsung. Malah boleh dikatakan bahawa perang siber sebaik saja muncul ruang siber.
Ruang siber wujud sejak adanya Internet di Malaysia, iaitu dihitung bermula pada 1995 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa itu, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hazah masih ada. PRU tahun 1995 bagaimanapun belum menyaksikan adanya penggunaan Internet untuk tujuan politik. Dalam pilihan raya itu, APU menang semula di Kelantan, tetapi dengan kelebihan tipis. Gagasan juga tidak dapat bertapak. Parti Bersatu Sabah (PBS) telah meninggalkan Gagasan. DAP hanya mepertahankan kedudukannya, dan gagal memenangi Pulau Pinang walaupun kempennya bertemakan "Robocop" adalah agresif. Tengku Razaleigh berundur daripada jawatan ketua pembangkang, dan diserahkan semula kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.
Dengan kemenangan cemerlang, Dr Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020. Tetapi lebih penting lagi ialah kepercayaan beliau pada peranan Internet pada masa depan. Beliau menubuhkan Koridor Raya Multimedia dan juga bandar Cyberjaya di samping projek seperti Sekolah Bestari, Kad Pintar, Teleperubatan dan Kerajaan Elektronik.
Ketua pembangkang juga menyedari mengenai peranan besar masa depan Internet. Di samping turut bercakap mengenai Internet di Dewan Rakyat, Kit Siang turut menerbitkan buku mengenai fenomena baru itu. Sebagai parti memandang kepada kemajuan dengan lambang roketnya, DAP juga sedar mengenai potensi medan siber bagi pihak pembangkang.
Tak terdesak sertai perang siber
Setelah bertahun-tahun mengalami kesukaran untuk menyampaikan maklumat pada rakyat kerana media massa dikuasai BN baik melalui jentera kerajaan mahupun pemilikan parti, maka medan siber mula dikenal pasti sebagai ruang luas bagi sesiapa untuk menebarkan pengaruhnya.
Perlu diingat, kemenangan Umno, Perikatan dan BN dalam pilihan raya negara ini amat bergantung pada dominasi mereka terhadap penyaluran maklumat yang dilakukan melalui akhbar, majalah, radio dan televisyen. Tidak ada padang rata untuk pembangkang dalam medan media.
Akta Penerbitan dan Percetakan mengehadkan parti-parti pembangkang untuk menyalurkan hujah mereka kepada akhbar lidah rasmi yang hanya boleh dijual pada ahli.
Maka tidak hairanlah pihak pembangkanglah yang memulakan dulu penggunaan siber sebagai medan untuk melancarkan serangan maklumatnya. Ini kerana dengan menguasai media arus perdana, daripada akhbar, majalah hinggalah kepada radio dan televisyen, kerajaan serta Umno dan BN tidak berasa terdesak untuk memasuki medan siber. Lagipun pengguna Internet masih amat sedikit.
Namun krisis politik 1998 mendorong kepada bermulanya perang siber. Ia adalah berat sebelah. Pembangkang yang ketika itu dipenuhi dengan penyokong Anwar dan Reformasi mula menggunakan laman web untuk menyiarkan maklumat. Soal benar atau palsu bukan keutamaan.
Tetapi ia adalah serangan terhadap Dr Mahathir. Bagi mereka yang melalui zaman itu tentunya masih ingat mengenai laman web Mahazalim. Sementara portal berita politik pertama negara, Malaysiakini ditubuhkan pada 1999. Pihak BN ketinggalan dalam medan siber ini.
Tetapi pengguna Internet masih kecil dan tertumpu di Lembah Klang sementara media cetak dan elektronik yang dikuasai BN secara langsung atau tidak langsung masih menguasai minda rakyat. Pendokong Barisan Alternatif terpaksa mencetak kandungan laman web mereka untuk diedarkan pada orang ramai.
BN pimpinan Dr Mahathir dapat mengalahkan gelombang Reformasi pada 1999. Beliau meletak jawatan pada 2003 dan BN pimpinan Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi menang besar. Medan siber masih belum memberi kesan pada politik.
Tetapi menjelang PRU 2008, blog mula memainkan peranan dalam medan politik. Blog pertama mula dicipta pada 1997 tetapi ia bertapak di Malaysia pada tahun 2003. Namun dalam medan politik, kesannya dapat dirasakan menjelang pilihan raya 2008.
Tentera siber, tuan berbeza
Pengguna Internet semakin ramai dengan perkhidmatan bertambah baik. Ternyata dalam PRU 2008, buat pertama kali BN kehilangan majoriti dua pertiga. Semua pihak mula sedar kepentingan medan siber dalam persaingan politik.
Kementerian Penerangan di bawah Datuk Shabery Cheek mengorak langkah dengan menghimpunkan bloger pro-kerajaan untuk berperanan di medan siber. Tetapi medan siber menjadi luas dengan mendadak apabila telefon pintar mula diperkenalkan di Malaysia sekitar 2009.
Penciptaan media sosial bermula dengan akaun Twitter memberi dimensi baru dalam politik siber. Himpunan Bersih banyak menggunakan Twitter tetapi Facebook mula memainkan peranan besar dalam politik medan siber. Ruangan komen dan kongsi turut memberi sumbangan. Kewartawanan warganegara mencabar media arus perdana. YouTube mengukuhkan lagi bahawa siber akan mengalahkan media tradisi.
Pakatan Rakyat yang menguasai Selangor dan Pulau Pinang mepunyai dana untuk menggunakan media siber. Komen dalam Internet boleh mencorakkan perdebatan politik.
Di pihak pembangkang, muncullah apa yang disebut sebagai Red Bean Army. Army itu tentera. Ini sememangnya suatu peperangan. Muncullah istilah keyboard warrior atau pejuang papan kekunci dan juga istilah cybertrooper yang menunjukkan pemain politik maklumat siber adalah seperti tentera.
Pada 2009, Abdullah meletak jawatan dan diganti Najib. Ternyata BN khususnya Umno mahu memenangi perang siber. Sasarannya adalah PRU ke-13. Beberapa portal berita dan kumpulan bloger pro-Umno ditubuhkan. Antaranya terdiri daripada bekas wartawan media arus perdana.
Melihat gaya hidup mereka, adalah dipercayai mereka memperolehi dana besar. Secara relatif, jauh lebih besar daripada apa yang diterima oleh wartawan akhbar. Dengan pihak BN bangkit di medan siber untuk menentang Pakatan Rakyat di medan siber, bukan saja perang siber bermula tetapi ia bertambah sengit.
Seperti dalam peperangan sebenar, tenteranya juga ada yang pelbagai jenis. Ada antaranya digerakkan di atas kepercayaan fahaman politik. Ada pula yang didorong atas minat dan kemahirannya. Antaranya pula ada yang bergaji seperti tentera biasa. Atau mendapat upahan mengikut kerja. Ada pula yang jenis sukarelawan. Tidak menerima sebarang bayaran.
Tidak kurang pula yang berbentuk tentera upahan. Mereka hanya bergerak menurut siapa yang membayar lebih. Bila mendapat bayaran yang tinggi daripada biasa, maka upah itu dipanggil dedak. Dan golongan ini diberi nama dedakians.
Tetapi laskar siber ini tidaklah bersatu, monolitik atau terkordinasi. Ada antara mereka mempunyai tuan berbeza walaupun dari parti yang sama. Maka tidak hairanlah mereka bergaduh sesama sendiri.
Saya ada menerima satu carta rangkaian mereka untuk dianalisis, tetapi tidak berninat untuk menyelidiknya. Namun saya percaya ia suatu fenomena menarik yang wajar dikaji oleh mereka yang berada dalam bidang sains sosial berkaitan.
Read more: http://www.amenoworld.org/2017/11/rupanya-ini-agenda-cybertroopers-umno.html#ixzz4xjtHxJ2u

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:50 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Bukan Boleh Ikut Suka 'Adjust' Meter, Ketahui Apa Sebenarnya Tujuan Sticker Hijau Yang Ditampal Di Pam Minyak Ini
siakapkeli.my

Sebelum ini tular beberapa buah video kononnya beberapa buah stesen minyak di dalam negara melakukan penipuan penjualan kuantiti minyak yang tidak cukup.

Sebagai pengguna kita memang digalakkan untuk berhati-hati kerana berkemungkinan ditipu itu ada, jadi berkaitan stesen miyak ni, ramai tak tahu yang jualan dan penentuan harga di stesen minyak ini adalah tertakluk di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Justeru, lelaki yang dikenali sebagai Putera Edir ini telah berkongsi sedikit info mengenai peranan pelekat hijau yang terdapat pada setiap pam minyak.

Jom sama-sama kita baca.

1. Pernahkah anda nampak kewujudan pelekat hijau ini di mana- mana stesen minyak? Ataupun di mana-mana tempat ?

2. Didalam Akta Timbang dan Sukat 1972 , dibawah seksyen 14 (1) tertakluk kepada subseksyen (5) , menyatakan bahawa setiap alat timbang dan sukat yang digunakan bagi tujuan perdagangan WAJIB di tentusah (verification) setiap 12 bulan sebelum transaksi jual - beli berlaku. Pesalah boleh didakwa, didenda dan alat timbang dan sukat ini boleh disita atau dirampas.

2. Kerajaan Malaysia, dibawah Kementerian Perdagangan , Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK) telah memberi tanggungjawab ini kepada Metrology Corporation Malaysia Sdn. Bhd. untuk melaksanakan tugas ni diseluruh negara.

3. Ianya adalah bertujuan bagi menjamin keadilan dan melindungi kedua- dua pihak ( penjual dan pembeli) dari sebarang penipuan dan kerugian. Ini bermakna pelekat ini juga boleh didapati pada alat timbang di kedai- kedai runcit, pasaraya, dan sebagainya yang menggunakannya.

4. Dalam konteks ini, stesen minyak juga termasuk dibawah akta ini, yang mana ianya wajib ditentusah sebelum dijual kepada pengguna.

5. Bagaimana pengguna ingin tahu sama ada sesuatu alat timbang/ sukat itu telah ditentusah dan masih lagi valid atau tidak? Pada setiap alat yang telah menjalani proses penentusahan dan lulus, maka alat itu akan dilekatkan pelekat yang bewarna hijau. Pelekat itu tertera tarikh luput, kod jenis alat , dan nombor daftar.

6.Jika anda dapati mana-mana alat yang telah luput tarikh tentusah , atau yang tidak membuat penentusahan, sebagai pengguna anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada KPDNKK-Laman Rasmi untuk tindakan lanjut.

7. Tidak dinafikan kecurangan dalam menjual petrol kepada pelanggan mungkin akan berlaku dimana-mana. Jika anda mengesyaki penipuan berlaku, segera lah salurkan aduan anda di KPDNKK.

8.Jadilah pengguna yang bijak.

"Apa ni, Isi Minyak Keluar Angin Je Lebih" - KPDNKK Dan MCM Dah Uji Pam Di Stesen Minyak, PETRONAS Tampil Beri Penjelasan
siakapkeli.my

Satu video tular berkenaan seorang wanita mendakwa pam minyak di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan tidak beroperasi dengan betul, meter di pam berjalan sedangkan minyak petrol tidak keluar dengan sukatan yang betul. Sehubungan dengan itu, PETRONAS tampil memberikan kenyataan balas berkenaan isu tersebut.

Dalam video berkenaan, seorang pelanggan wanita menuduh pam minyak berkenaan tidak mengeluarkan jumlah petrol yang tepat seperti yang dibayar. Dapat dilihat dalam video, pelanggan wanita itu cuba membuktikannya dengan memanggil seorang petugas di stesen tersebut menuang minyak petrol yang berjumlah RM 10 ke dalam baldi.

Menurut kenyataan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dalam satu kenyataan balas dalam laman Facebook rasmi mereka, masalah teknikal yang dialami adalah berkaitan dengan kadar kelajuan aliran pam dan bukannya perbezaan dalam kuantiti minyak yang diisi, seperti yang didakwa.

Hasil dari ujian yang dijalankan oleh KPDNKK dan Metrology Corporation Malaysia Sdn.Bhd
(MCM), pam yang didakwa rosak di stesen PETRONAS Simpang Pulai Arah Selatan berkenaan disahkan tepat dan tidak ada percanggahan dalam kuantiti bahan bakar.

PDB telah mengambil tindakan segera dan kerja-kerja baik pulih telah dilaksanakan. Pam kini telah beroperasi seperti biasa. Mereka turut menegaskan bahawa semua pam di stesen PETRONAS sentiasa dikalibrasi dan gangguan teknikal ini merupakan kes terpencil yang tidak menjejaskan kuantiti isian sama sekali.

PDB berharap kenyataan balas daripada mereka dapat memperjelaskan isu ini dan memohon kerjasama semua untuk tidak terus mengedarkan informasi palsu ini.

Mereka turut mengalu-alukan maklum balas daripada pengguna dalam usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan di semua stesen PETRONAS.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, pengguna boleh menghubungi ejen khidmat pelanggan mereka di talian hotline 1-300-88-8181 atau email mesralink@PETRONAS.com.my.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh layari laman web Mymesra.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:51 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Sesekali Tekan 'Proceed' Kononnya LHDN Nak 'Refund Tax', Nanti Habis Duit Dalam Akaun Bank Kena Sedut
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu tersebar di media sosial tentang kegiatan pihak tidak bertanggungjawab menghantar emel menggunakan nama dan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menipu orang ramai.

Ada individu mendakwa ada mangsa telah mengalami kerugi wang belasan ribu ringgit selepas menekan butang ''Proceed'' yang meminta mangsa mendedahkan nombor akaun mereka untuk dipulangkan cukai terlebih bayar kononnya daripada pihak LHDN.

Pihak LHDN dalam satu kenyataan menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang emel seperti yang tersebar dan mengesahkan terdapat sindiket telah menggunakan nama dan logo agensi mereka untuk menipu orang ramai terutamanya pembayar cukai.

LHDN dalam satu kenyataan media di laman web mereka menyatakan sindiket yang turut dikenali sebagai penyangak kewangan itu telah dikesan melakukan beberapa cubaan menipu dengan menghantar emel kepada orang ramai kononnya mereka mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dibayar semula oleh pihak LHDN.

Mereka akan menerima emel, untuk menerima 'refund' berkenaan, pembayar cukai perlu menekan butang ''proceed' dan arahan akan diberikan agar mangsa mendedahkan butiran akaun bank bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.

"Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperoleh melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

"Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara)," menurut kenyataan itu.

Selain itu, modus operandi mereka lakukan adalah menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai yang sememangnya akan dikeluarkan oleh LHDN sebagai surat peringatan kepada pembaayr cukai yang mempunyai tunggakan agak menjelaskannya.

"Sebelum arahan yang diterima melalui e-mel tersebut dituruti, orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel berkenaan yang boleh dibuat melalui domain e-mel yang digunakan oleh pengirim e-mel yang tertera pada e-mel tersebut.

"Setiap e-mel rasmi daripada LHDN akan menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang untuk mematuhi arahan dalam e-mel yang mengguna pakai domain selain daripada domain rasmi,'' jelas mereka.

Untuk mendapat pengesahan surat tunggakan cukai orang ramai boleh terus menghubungi talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDN yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat). - Siakapkeli.my

Sumber: LHDN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:51 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Selangor Umum Naikkan Bantuan Khas Kewangan Kepada 3 Bulan Gaji Pada 2018 Untuk Anggota Perkhidmatan Awam
siakapkeli.my

3 Nov - Menteri Besar Selangor Azmin Ali, sebentar tadi mengumumkan kerajaan negeri akan menaikkan bantuan khas kewangan bagi tahun 2018 kepada tiga bulan gaji berbanding dua bulan gaji pada tahun sebelumnya sebagai dorongan kepada pekerja dalam sektor itu.

Azmin menyatakan perkara terbabit menerusi beberapa siri twit yang bertujuan untuk membentangkan Belanjawan 2018 Negeri Selangor.

Siri twit terbabit boleh dicari dengan #Selangor2018.

"Anggota perkhidmatan awam Negeri Selangor akan menerima, tanggungjawab yg lebih mencabar pada tahun 2018 #Selangor18

"Sbg dorongan bantuan khas kewangn bg thn 2018 anggota perkhidmatan awam Selangor ditambh dari 2 bulan gaji kpd 3 bulan gaji #Selangor18"

"Bantuan ini turut dinikmati 6,725 guru KAFA& 371 Ketua Kg Tradisi, 78 Ketua Kg Baru Cina& Kg Bagan serta 48 Ketua Komuniti India #Selangor18

"Pembayaran bantuan khas kewangan 3 bulan gaji beri implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri RM 94.65 juta #Selangor18." tulis beliau.

KAKITANGAN AWAM P PINANG TERIMA BONUS RM2000
bloglist-malaysia.blogspot.
wrlr.blogspot
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR

Kakitangan awam P Pinang terima bonus RM2000
Posted By: Pentadbiron: November 03, 2017 Print EmailKerajaan Pulau Pinang akan memberikan bonus RM2,000 kepada semua kakitangan awam "berprestasi baik dan berdisiplin" bulan depan, dan kakitangan awam lain akan dijamin dengan bonus minimum sebanyak RM1,000.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua kakitangan awam layak menerima bonus termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Perai dan agensi berkanun negeri.
"Sekolah agama dan guru Kafa, dan guru sekolah Cina persendirian juga akan mendapat bonus wang sebanyak RM300 dan mereka di tahfiz dan sekolah pondok dan tadika Islam (Tadis) akan menerima hadiah wang bernilai RM200," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Sebelum ini, Lim membentangkan bajet RM1.21 blion untuk 2018 dengan defisit lebih tinggi bernilai RM748.5 juta, menjadikannya bajet defisit berturutan yang ke-7 untuk negeri itu sejak 2011.
Defisit itu meningkat berbanding dengan RM667.10 juta tahun ini.
Bajet negeri 2018 itu bagaimanapun lebih rendah daripada bajet tahun ini di mana RM1.45 bilion dengan defisit meningkat pada RM81.5 bilion berbanding tahun ini.
Kata Lim, hasil unjuran yang akan dikumpul untuk 2018 akan lebih rendah iaitu pada RM503.7 juta berbanding unjuran tahun ini sebanyak RM687.41 juta.
"Hasil lebih rendah boleh dikaitkan kepada kekurangan hasil sumber baharu, pengurangan yang dijangka berlaku dalam kutipan faedah tahun depan, dan pemberian dividen yang dikurangkan dan potongan faedah pada deposit tetap," katanya.
Lim juga mengumumkan perbelanjaan pengendalian sebanyak RM1.25 bilion untuk tahun depan, lebih rendah daripada nilai tahun lepas iaitu RM1.45 bilion.
Rizab wang negeri itu meningkat kepada RM1.8 bilion berbanding RM1 bilion tahun ini.
"Kejayaan kami sejak 10 tahun lepas terbukti menerusi lebihan mencecah lebih RM578 juta daripada 2008 sehingga 2015. Hutang kami juga sudah dikurangkan sebanyak 90%."
"Ianya jelas yang 9 tahun pimpinan Pakatan memberi lebih banyak kesan atas apa yang dilakukan 50 tahun sebelum 2008."
Kalau Tak Menipu Itu Bukan BN Namanya
bloglist-malaysia.blogspot
cipantapirtenuk.blogspot
Ngomelan SysOp

Bhai/DeeDee semua...

10 cakap dari BN, 18.95 tak boleh dipercayai.... terukkan...

Hahaha....

Lagi mengarut lawak bodoh BN... Tambah lagi biler bercerita bab tak sengaja terpaparkan logo BN dalam Parlimen masa perbentangan bajet...

Hahahaha.... slaid tu saper yang sediakan? bukan disediakan oleh staff Kementerian Kewangan ka? Takkan la staff Kementerian Kewangan tu ada logo BN dalam sistem komputer dier???

Atau...

Atau slaid itu disediakan oleh staff pejabat pusat BN..??? Hahaha... kalu staff pejabat pusat BN memang logik la ader logo BN dalam komputer dier...

Hahaha...

Sebenarnya.... perletakan logo BN dalam Parlimen pada masa perbentangan Bajet tu memang disengajakan... sebab sebahagian dari tindakan "subliminal message" yang sengaja dibuat untuk mempengaruhi tindakan dibawah sedar para penonton terutamanya penduduk luar bandar yang rata-rata hanya mempercayai RTM dan TV3 sahaja...

Ianya bukan tidak ader makna ... sebab sebenarnya dalam imej yang terpapar di TV... kita boleh meletakkan beberapa imej terpendam dalam satu gambar yang jika ditayangkan berulang kali akan dapat ditangkap oleh minda dibawah sedar penonton tersebut dan akan mempengaruhi tindakan penonton itu sendiri...

Russia, Amerika Syarikat, China, Korea Utara, Israel dan beberapa negara lagi pernah membuat ujian yang sama dan hasilnya memberangsangkan.... Ianya pernah dibuat seawal 1930'an lagi...

Jadi.... kesimpulannya... tipulah kata tak sengaja terpapar logo BN masa perbentangan bajet dalam Parlimen tu.... karut ja.... huhuhu

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2017/11/kalau-tak-menipu-itu-bukan-bn-namanya.html#ixzz4xHI9rgT7

Patut pun dia buat U-Turn kkalau dijanjikan jawatan MB Perak?

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Husni bakal MB Perak?  

 

SHAHBUDIN HUSIN

Apabila bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah yang sebelum ini pernah merajuk dan mempertikai kewujudan 1MDB, tetapi tiba-tiba memuji Najib Razak dan mengutuk enam pemimpin Pakatan Harapan, ramai yang bertanya apa sudah jadi kepadanya?

Adakah ia berkat tambahan ilmu agama yang dipelajarinya di Jordan?

Atau dedak sudah mula mempengaruhinya?

Apa pun bagi Mukhriz Mahathir, Husni kini sudah pusing 180 darjah berbanding sebelumnya.

Tetapi, khabar dari Perak memberitahu, Husni kini kembali menyokong Najib kerana dikatakan telah dijanji untuk dijadikan Menteri Besar Besar dalam PRU14 akan datang ini.

Beliau bakal menggantikan Zambry Abdul Kadir yang dijangka melepaskan jawatan jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama ini dan seterusnya akan diletakkan bertanding di peringkat Parlimen pula.

Dikatakan juga, pemilihan Husni kerana Najib tiada pilihan lain memandangkan Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi turut cuba untuk meletakkan "orangnya"; sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Zambry itu.

Calon pilihan Zahid Hamidi bagi mengambil alih tempat Zambry ialah Adun Rungkup, Bagan Datuk yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak, Shahrul Zaman Yahya.

Dalam pertembungan dengan pilihan Zahid Hamidi itu dan untuk tujuan menghadapi kemaraan Pakatan Harapan yang dilihat turut berpeluang cerah merampas kembali Perak, Husni dikatakan menjadi pilihan kerana dipercayai dapat memungkinkan Najib mampu mengimbangkan kedua-dua keadaan tersebut.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:52 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sejarah Penggunaan Mata Kail Dan Jenisnya Yang Kaki Pancing Kena Tahu
siakapkeli.my

Aktiviti memancing sememangnya antara hobi yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya untuk golongan lelaki. Ada yang menjadikannya sebagai cara untuk bersantai dan melepaskan lelah, ada yang mahu menikmati keterujaan apabila umpan ditarik ikan.

Malah, terdapat pelbagai program yang disiarkan di televisyen bagi memenuhi kehendak dan kepuasan mereka yang digelar sebagai kaki pancing ini. Antara yang popular adalah River Monster dan Wicked Tuna.

Untuk menikmati hobi ini, ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membeli aksesori memancing seperti 'fishing road' dan 'fishing reel'. Tetapi semua tu takkan berguna kalau tidak ada satu aksesori ini. Tak lain tak bukan, mata kail.

Ya, mata kail. Macam mana kita nak nk dapat ikan kalau tak ada mata kail kan. Boleh guna pelbagai aksesori dari pelbagai jenama yang mahal-mahal harganya, boleh guna pelbagai teknik memancing sama ada yang ringkas ataupun yang lebih sukar. Namun matlamatnya tetap sama, untuk mencangkukkan mulut atau badan ikan pada mata kail dan menewaskan ikan tersebut. Jadi, itulah betapa pentingnya mata kail ini.

Dalam pasaran, terdapat pelbagai jenis reka bentuk mata kail. Manakala penggunaan mata kail tersebut menentukan reka bentuk, saiz dan material mata kail itu sendiri. Ada yang direka khusus untuk penggunaan tertentu, ada juga yang untuk pelbagai guna. Ada yang dibuat untuk mencangkuk umpan hidup, ada juga untuk umpan mati malah ada juga untuk umpan tiruan.

Fasa Penggunaan Mata Kail

Sejarah penggunaan mata kail dalam peradaban manusia mungkin telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Paling awal yang direkodkan adalah penemuan artifak mata kail di Palestin yang berusia sekitar 7000 tahun lampau. Manakala pada tahun 2011, penemuan artifak yang sama oleh ahli arkeologi di Gua Jerimalai, Timor Leste dipercayai berusia antara 16000 hingga 23000 tahun yang lalu.

Menurut sejarah, pelbagai bahan telah digunakan oleh manusia untuk menghasilkan mata kail. Antaranya adalah kayu, tanduk haiwan, tulang manusia, batu, tembaga dan besi. Sekitar 50-an, masyarakat Norway masih menghasilkan mata kail menggunakan kayu juniper untuk membuat mata kail memancing ikan Burbot. Kali pertama mata kail diperbuat daripada keluli telah ditemukan di Eropah sekitar kurun ke - 17, penghasilannya hanya oleh mereka yang pakar sahaja.

Mata Kail Tunggal, Berkembar dan Mata Tiga

Rekaan mata kail biasanya boleh dibahagikan kepada tiga iaitu mata kail tunggal (satu cangkuk), berkembar (dua cangkuk) dan mata tiga (tiga cangkuk). Jenis berkembar kebiasaannya digunakan untuk sesetengah umpan tiruan serta digunakan secara tradisional untuk fly fishing bagi Atlantik Salmon Flies. Begitu juga dengan mata tiga, digunakan untuk kebanyakkan umpan tiruan dan umpan lain, bergantung kepada kesesuaian umpan tersebut.

Mata Tunggal

Mata Kembar

Mata Tiga

Mata Kail Untuk Umpan Pasif dan Nama

Walaupun mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain dari segi rekaan jika diperhatikan secara teliti, namun secara umumnya mata kail untuk umpan pasif adalah jenis mata kail yang biasa kita lihat sebenarnya.

Mempunyai pelbagai nama antaranya Salmon Egg, Beak, Shark Hook, Aberdeen, Short Shank, J Hook, Circle Hook, Offset Worm, Tuna Circle, Carp Hook, Long Hook dan pelbagai lagi, ianya direka khas dengan setiap mata kail tersebut mempunyai keupayaan tersendiri yang digunakan ketika situasi memancing yang tertentu.

Mata Kail Fly dan Nama

Untuk jenis ini pula, saiz mata kecil biasanya lebih kecil dan sering disebut sebagai mata kail flies. Datang dengan pelbagai reka bentuk yang bercirikan reka bentuk serangga, ia juga turut mempunyai warna yang lebih menarik, sesetengahnya mempunyai lebih daripada satu warna.

Antara nama mata kail flies yang biasa didengar adalah Viking, Keel, Kendal. Limerick, Swimming Nymph, Captain Hamilton, dan Model Perfect.

Duri Pandan

Istilah duri pandan atau barb adalah rujukan yang digunakan untuk satu bahagian mata kail iaitu cangkuk seperti duri halus yang ada di bahagian mata kail tersebut.

Duria pandan ini berfungsi untuk mencangkuk bahagian mulut ikan atau badan ikan agar ikan tersebut tidak mudah terlepas daripada mata kail tersebut. Kebanyakkan rekaan mata kail mempunyai duri pandan, walaupun memudahkan ikan untuk ditangkap, namun sebenarnya ia boleh mendatangkan kecederaan pada ikan, terutama bagi mereka yang memancing dengan prinsip tangkap dan lepas.

Sumber : UMPAN

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:52 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan), berkata Kerajaan persekutuan membelanjakan RM1.04 bilion daripada jumlah RM2.57 bilion yang diperuntukkan untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang, Dewan Rakyat diberitahu.~ sumber

Sebelum ini Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman. yang juga merupakan pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri kerana banjir masih berlaku walaupun kerajaan pusat membelanjakan RM2 bilion untuk 10 projek tebatan banjir.

Mana satu yang benar ni??

Menteri kata dah belanjakan RM1.04 bilion, tetapi Pengerusi Tindakan Persekutuan Pulau Pinang kata dah belanja RM2 bilion! Kah! Kah! Kah! Masing-masing menggelabah sampai tak tahu angka sebenar!

Dua-dua orang tu mohong saja kerjanya!

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Trafik Dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion bagi projek tebatan banjir di Pulau Pinang.

Menurutnya hanya RM443 juta daripada RM2.6 bilion sahaja yang dibelanjakan.

"Sebenarnya RM2.6 billion adalah nilai projek-projek yang dipohon oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang tetapi peruntukan asal ini telah dipinda dan jumlah sebenarnya dibelanjakan adalah cuma RM443 juta sahaja," katanya

Kenyataan ini dibuat ekoran dakwaan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman.

Mereka dilaporkan berkata bahawa kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek tebatan banjir sebanyak RM2.6 bilion di Pulau Pinang dalam tempoh Rancangan Malaysia (RMK) ke-9 hingga ke-11 (2006 hingga 2020).

"Daripada kenyataan Menteri dan juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan , jelasnya Kerajaan Persekutuan mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan projek-projek tebatan banjir," kata beliau.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berhak menuntut supaya Kerajaan Persekutuan menunaikan kewajipan untuk menangani masalah banjir di Negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya projek-projek yang dilaksanakan seperti dirancangkan dengan peruntukan yang asal, adalah dipercayai lebih banyak kawasan hotspot dapat dibebaskan daripada masalah banjir kilat," katanya lagi.

Inilah punca sebenar masalah banjir di Negeri Pulau Pinang - Kerajaan Persekutuan gagal menunaikan komitmen mereka.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Nov 7, 2017 5:53 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tergamak Wahai Ibu Tinggal Anak Di Kedai Makan
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya di sebuah kedai makan dekat Pasir Gudang pada 1 September lalu.

Pemilik kedai makan, Junainah Ngadiman, 56 kini masih mencari keluarga kepada kanak-kanak lelaki tersebut.

Menurut Junainah, kira-kira jam 10 pagi pada hari kejadian, beliau didatangi seorang wanita tempatan yang tidak dikenali dan meminta bantuan untuk menjaga sementara kanak-kanak itu.

"Seorang wanita datang ke kedai saya, Kak Ju Tom Yam memohon untuk menumpangkan sementara anak lelakinya yang dipanggil 'Abang' kerana mahu pergi ke kedai bersebelahan.

"Saya menunggu wanita itu untuk menuntut anaknya, namun sehingga 24 jam dia masih tidak datang," katanya ketika membuat aduan di pejabat The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, hari ini.

Jelas Junaidah, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk mencari penjaga kanak-kanak tersebut yang ditinggalkan di premis miliknya di Kampung Sentosa, Persiaran 1, Masai, Pasir Gudang.

"Sepanjang tempoh sebulan sehingga laporan di Balai Polis Scientex, Pasir Gudang dibuat pada 9 Oktober lalu, pelbagai usaha dilakukan untuk menjejaki wanita terbabit.

"Bagaimanapun, usaha itu menemui jalan buntu, malah tidak ada seorang pun mengenalinya kerana beliau bukan penduduk di kawasan itu," katanya.

Menurutnya, beliau bersimpati dengan keadaan kanak-kanak itu kerana dilihat seperti merindui ibu kandungnya.

"Dengan keadaannya yang tidak mahu bercakap, agak sukar mengetahui asalnya serta lokasi ibunya, menyebabkan saya terpaksa memujuknya setiap kali dia bersedih," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi beliau di talian 019-6565148.

Beliau berhasrat mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat sekiranya tiada sesiapa menuntutnya.

Sumber- Berita Harian

5 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Jika Ada Televisyen Di Rumah
siakapkeli.my

Memiliki anak sememangnya adalah impian untuk setiap pasangan yang sudah berkahwin. Ada ibu bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka dapat yang terbaik sahaja. Kadang-akadang ada ibu bapa yang terlalu berlebihan dalam menyediakan keperluan untuk anak-anak, misalnya membelikan mereka gajet ataupun memasang televisyen (TV) di dalam bilik anak-anak.

Mungkin niat ibu bapa hanyalah untuk menggembirakan hati anak-anak, namun ia mempunyai risiko, misalnya pendedahan terhadap TV boleh mengganggu perkembangan kanak-kanak. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Taufiq Razif telah berkongsi info yang wajib ibu bapa tahu jika memiliki TV di rumah. Jom ikuti perkongsiannya.

Mak Ayah Wajib Tahu 5 Benda Ni Kalau Ada TV Kat Rumah

1. TV ni boleh menyebabkan anak mengalami ransangan visual ( pandangan ) dan auditori (pendengaran ) yang berlebihan lebih-lebih lagi anak di bawah umur 18 bulan.

2. Ransangan berlebihan tadi akan menyebabkan otak si anak menjadi kaku dan celaru untuk menerima ransangan-ransangan lain padahal benda tu perlu untuk otaknya terus berkembang. Hingga akhirnya akan menyebabkan anak kita mengalami masalah lambat bercakap, masalah tingkahlaku dan juga masalah dalam pelajaran suatu hari nanti.

3. Anak kita masih belum mampu untuk membezakan fantasi dan realiti. Itulah kenapa kartun yang ada unsur pergaduhan, merokok dan mencarut akan dianggap sebagai realiti oleh anak kita dan tanpa kita sedar anak kita akan cuba meniru adegan adegan tu semua bila di belakang kita.

4. Paling bahaya sekarang trend mak ayah letak TV kat dalam bilik tidur anak-anak. Tahu tak kita suara daripada TV yang terpasang tu sendiri dah boleh menganggu tidur dan perkembangan anak-anak kita walaupun anak kita tak menontonnya.

5. Sebenarnya American Academy of Pediatrics ( AAP ) ada letak garis panduan tapi ramai sangat mak ayah tak tahu info ni.

- Untuk anak berusia 18 bulan ke bawah : JANGAN DEDAHKAN DENGAN TV ATAU GADJET kecuali untuk video-chatting dengan keuarga terdekat. Tu pun sekali sekala je.

- Untuk anak berusia 18 - 24 bulan : Boleh bagi sikit-sikit tapi tak digalakkan.

- Dah besar sikit baru boleh bagi anak tengok TV tapi tu pun cuma 1 JAM JE SEHARI dan cerita yang anak kita tengok tu mestilah cerita yang berbentuk educational dan mendidik.

AAP link - https://www.aap.org/en-us/about-the-aap/aap-press-room/pages/american-academy-of-pediatrics-announces-new-recommendations-for-childrens-media-use.aspx

a.. Sumber : Taufiq Razif

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: