Sunday, November 26, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4866

8 Messages

Digest #4866

Messages

Sun Nov 26, 2017 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Cadang "Tukar Nama Proton" Dalam Bahasa Cina? Kereta Terbang Proton Pertama 2019 !!!
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.
Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Beliau berkata, "Bao" bermakna khazanah atau harta benda, manakala "Pu" membawa maksud biasa.
Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Laporan penuh : FreeMalaysiaToday

Proton perkenal kereta terbang di Malaysia pada 2019
freemalaysiatoday
FMT Reporters
Li Chunrong berkata, Proton juga akan melancarkan kereta pemanduan automatik dan kereta berkuasa elektrik sepenuhnya di pasaran Malaysia.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Li ketika berucap pada Persidangan Usahawan Malaysia-China ke-7 semalam, turut mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina.

Katanya, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Beliau berkata, "Bao" bermakna khazanah atau harta benda, manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Tuntutan terhadap kakitangan Proton

Li berkata, sejak mengetuai Proton mulai 1 Oktober lalu, beliau melalui surat terbuka kepada semua kakitangannya menyenaraikan 4 tuntutan.

"Pertama ialah saling menghormati, bertolak ansur dan integrasi demi mengejar kecemerlangan perniagaan, kedua ialah profesionalisme dan kejujuran, ketiga ketelusan pengurusan dan keempat mematuhi peraturan."

Beliau turut menjadikan kangkung sebagai contoh untuk menggesa kakitangan Proton melakukan transformasi dalam tempoh ditetapkan.

Katanya, walaupun kangkung di Malaysia sedap, tetapi kemahiran tukang masak di kantin Proton tidak baik.

"Sebagai sebuah syarikat pengeluar kereta yang mewakili kemampuan keseluruhan sebuah negara, jika masak kangkung pun tak baik, macam mana kita hendak menambah baik kualiti produk?"

Beliau berkata, walaupun ketua bahagian sumber manusia berjanji akan memperbaiki kualiti masakan kantin dalam tempoh 2 bulan, tetapi beliau mahu ia dilakukan dalam masa 2 minggu.

Katanya, kualiti makanan di kantin Proton kini bertambah baik dan beliau mengalu-alukan orang ramai menilainya sendiri.

Tingkat kualiti perkhidmatan

Li berkata, matlamat Proton seterusnya ialah meningkatkan perkhidmatannya.

"Walaupun kualiti kereta Proton amat baik, tetapi kualiti perkhidmatan termasuk indeks kepuasan jualan (SSI) dan indeks khidmat pelanggan (CSI) sangat teruk, paling teruk di seluruh negara, tak pernah nampak seteruk ini.

"Kelak, dealer kereta yang tidak tahu membaiki kereta, tidak akan dibenarkan menjual kereta Proton.

"Hanya mereka yang mempunyai pusat sehenti 3S atau 4S iaitu sistem jualan mementingkan keperluan, sistem perkhidmatan profesional menyeluruh, bekalan alat ganti mencukupi dan tinjau selidik, boleh menjual kereta Proton.

"Kami juga akan memberi komisen tertinggi di negara ini, iaitu 1% hingga 1.3% komisen jualan kereta bagi 3 tahun pertama. Ketika ini, hanya 2 syarikat mempunyai dasar sedemikian di Malaysia, tetapi kemampuan mereka tidak setanding kami."

CEO baru cadang ganti nama Proton kepada "Bao Teng" dalam bahasa Cina
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama "Bao Teng".

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi "Bao Teng" tetapi rakyat Malaysia menggelarnya "Pu Teng".

Katanya, "Bao" bermaksud khazanah atau harta benda manakala "Pu" membawa maksud biasa.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Sumber — FMT

Read more: http://www.milosuam.net/2017/11/ceo-baru-cadang-ganti-nama-proton.html#ixzz4zXejFFM1

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Empat Kakitangan SESB Parah Pencawang Meletup Dan Terbakar
siakapkeli.my

Empat kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) parah manakala seorang lagi meninggal dunia dalam kejadian letupan Pencawang Elektrik Wawasan Plaza pada jam kira-kira 10.55 malam, pada 22 November yang lalu.

Kesemua mangsa berusia antara 20 hingga 50 tahun, menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).

Sebelum kejadian, mereka dikatakan sedang membaiki kabel elektrik di pencawang itu selepas bekalan elektrik terputus.

Menurut Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati telah berlaku letupan disusuli dengan kebakaran mengakibatkan kerosakan pada pencawang dan mengakibatkan kecederaan lima pekerja SESB. Kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan oleh pihak bomba.

Tambahnya punca kebakaran masih belum diperoleh dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah.
Sumber - Bernama

"Rumah Ini Saya Hadiahkan Kepada Mak Dan Ayah Saya"- Ziyad Zolkefli
siakapkeli.my

Jaguh paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli mendapat 'durian runtuh' apabila dihadiahkan sebuah rumah berkembar setingkat di Taman Selayang Mutiara, di sini dengan nilai pasaran kira-kira RM360,000, hari ini.

Rumah itu tanda penghargaan daripada kerajaan negeri Selangor atas kejayaannya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Ziyad yang begitu teruja dengan pemberian berkenaan berkata, rumah itu akan diberikan kepada ibu, Siti Arfah Abdul Rashid dan bapanya, Zolkefli Othman agar kehidupan mereka akan lebih selesa serta harmoni.

"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor atas pemberian yang cukup bermakna ini.

"Ini akan meningkatkan lagi semangat saya untuk terus berjuang serta mencapai tahap yang lebih tinggi selepas ini.

"Rumah ini saya berikan kepada emak dan ayah saya. Mereka sekarang tinggal di Batu 12 Gombak dan akan berpindah ke sini supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa," kata Ziyad selepas majlis penyerahan replika kunci rumah itu, hari ini.

Mengulas lanjut, Ziyad yang ditemani isteri, Zafirah Md Nasir dan anaknya, Zuhayra Zafra berkata, menjadi impiannya sejak kecil untuk membina kediaman buat kedua ibu bapanya dan ternyata hasrat berkenaan berjaya direalisasikan menerusi pemberian kerajaan negeri itu.

Bercakap mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Ziyad mendedahkan dia sedang berusaha mencari tiket secara merit untuk menyertai temasya Sukan Asia di Jakarta dan Palembang, Indonesia Ogos tahun depan.

Justeru, katanya, dia perlu memastikan balingannya mencapai tahap enam terbaik Asia bagi membolehkannya tampil membuat penampilan sulung bersama atlet normal pada temasya berkenaan.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Batu Caves, Amirudin Shari.

Sumber: Harian Metro

Polis Buru Lelaki Tikam Isteri Guna Duri Landak
siakapkeli.my

Seorang lelaki yang dipercayai menikam belakang badan isterinya dengan duri landak menjadi antara 27 individu yang dikehendaki polis di daerah Jelebu.

Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal, suspek, Jemiun Antoni, 25, yang berasal dari Nabawan, Sabah, dikehendaki pihak polis bagi menyelesaikan kes bunuh yang berlaku pada Februari 2015.

"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai menikam isteri berusia 22 tahun kerana tidak puas hati isterinya mahu merujuk masalah rumah tangga dihadapi mereka ke Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu.

"Perbuatan itu dilakukan dalam pergaduhan di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu ketika mangsa dalam perjalanan ke pejabat agama berkenaan," ujarnya yang dipetik dari laporan Harian Metro.

Jelasnya, polis kini giat mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Selain itu, menurut Kamarul Rizal, pihaknya cuba mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Suspek dikenali sebagai Syamsul Amin Razali, 34, beralamat terakhir di FELCRA Lakai, Simpang Durian dan Muhamad Hijrah Hussin, 22, yang beralamat di Kampung Bemban, Durian Tipus.

Tambah beliau, tiga suspek berkenaan antara yang paling dikehendaki pihaknya bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.

Sumber- Harian Metro

"Mama.. Amir Nak Tolong Dia, Kesian Dia Mama, Kesian Dia" Ihsan Anak Ini Melebihi Nilai Gred Yang Diperoleh
siakapkeli.my

Anak yang dilahirkan adalah anugerah yang terindah. Anak adalah amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka agar menjadi insan yang berguna. Setiap anak yang dilahirkan di atas muka bumi ini telah dibahagi bahagian rezeki mereka masing-masing sejak berusia 4 bulan dalam kandungan ibu.

Keputusan peperiksaan itu hanya penanda aras yang menjadi ukuran pada masa ini. Tetapi setiap dari mereka ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tapi ia juga bergantung bagaimana kita mencorak mereka. Ikuti perkongsian dari Dzul Faa mengenai kisah anaknya yang hanya biasa-biasa dalam pelajaran tetapi miliki sifat suka membantu yang perlu dipuji.

Mahalnya nilai sekeping kertas (UPSR)

Asaalamualaikum

Tak tau nak mula ayat macam mana tapi nak jugak berkongsi cerita lepas.

Seawal pagi saya bersiap ke tempat keja, mengenangkan berkal- kali dipesanan anak ke 2 saya agar tidak lupa ke sekolah hanya untuk ada bersamanya ketika menerima keputusan UPSR. Saya sekadar akur.

Terbayang-bayang akan post-post yang sering di kongsi di laman-laman sosial amanah para ilmuan, saranan kepada para ibu ayah, agar memeluk anak-anak, walau apa pun keputusan yang anak perolehi, dan saya bekali-kali mengingatkan diri sendiri agar tidak lupa melakukan itu.

Dari jauh jelas kelihatan anak saya duduk di kerusi bersama teman-temannya menggosok kedua tapak tangannya berkali-kali lalu menyapu muka, di ulang perbuatan sama beberapa kali, mungkin ketakutan. Dia menoleh mencari saya agaknya, saya melambai tangan isyarat bahawa yes mama datang, saya tersenyum lucu.

Saatnya satu persatu nama dipanggil ke atas pentas sekolah, menerima slip keputusan masing-masing ada drama suka dan duka, itu mungkin permandangan biasa bagi orang macam saya, namun bila mana nama anak saya disebut, hati saya berdebar-debar pula, dari jauh saya lihat anak saya menerima slip keputusannya sambil mata menjeling sejenak, wajah yang redup sedari semalam semakin suram merenung lantai, langkahnya perlahan.

Sekeping kertas dihulur, ok saya hanya tersenyum dan ucap tahniah sambil merangkul bahunya (reaksi yang terbawa-bawa di facebook, dalam hati ini hanya Allah yang tahu) tapi bukan itu yang hendak saya kongsikan disini ..

Usai majlis penyerahan masing-masing berswafoto, kenangan sebelum meninggalkan sekolah rendah tak kurang waris merakam kenangan gelagat suka suka anak masing-masing. Guru-guru merakam ucapan tahniah dan kata-kata semangat.

Saya..? ( Ah..tidak gemar merakam, berswafoto atau apa-apa yang berkaitan). Saya berjalan pulang, ingin segera kembali ke tempat keja, anak meminta izin untuk pulang bersama-sama saya anggukkan saja sambil menjeling angka jam di tangan, saya melangkah mendahuluinya.

Beberapa langkah diatur, mata saya menangkap satu sosok melintas dihadapan saya sambil menahan tangis teresak esak, mata merah berkaca, tubuh itu mengambil tempat disatu sudut ruang kosong didalam kelas yang tidak berpenghuni, menarik kerusi dan duduk sambil menundukan kepalanya dilengan dan sekali lagi jelas kedengaran dia menangis (dalam hati saya bersangka ah.. mungkin sedih tidak lulus agaknya dia )

Saya ingin cepat, maka saya rasakan biarlah sosok itu melepaskan rasa yang membelenggu dengan caranya sendiri, bukan urusan saya pun untuk ambil tahu. Tiba-tiba saya disapa seorang guru bertanyakan keputusan anak saya perolehi dan saya sekadar menjawab "boleh la.. " sekadar senyum.

Langkah di atur lagi namun kali ini anak saya memanggil dari belakang minta tunggu sebentar gurunya ingin melihat slip keputusannya dan saya akur lagi. ("Dalam hati.. apa yang cikgu tu nak tengok lagi? keputusannya biasa biasa saja kot ").

Sedang saya berdiri di satu laluan di kaki lima sosok yang saya lihat tadi muncul lagi dia melintas dihadapan, saya dapat lihat dia sedang merenung kawan-kawan dari jauh sambil tangan mengesat mata dan jelas itu air mata.

Tanpa sedar anak saya muncul, mungkin dapat dibaca apa yang saya sedang fikirkan. "Kesian dia mama, tak dapat ambil keputusan sebab tak bayar yuran."

Saat mendengar itu entah apa yang saya rasa, keliru..mana mungkin anak itu dinafikan haknya hanya kerana masalah orang-orang dewasa.

Sebentar tadi saya merasa lega dengan arahan tidak ada majlis untuk meraikan dan pengumuman pelajar-pelajar cemerlang dihadapan semua pelajar lain, kerana tidak mahu ada rasa kecewa dihati ini, tapi diwaktu yang sama dihadapan saya ada satu sosok yang langsung tidak dipanggil namanya naik ke pentas walau hanya sekadar menerima se "SALINAN" keputusan untuk dibawa pulang bagi tatapan ibunya.

"Mama.. Amir nak tolong dia, tapi tak tau nak buat apa ? Kesian dia mama, kesian dia."
Aduh anak oi...mama pun dah cukup gawat ni, mana nak kisah hal anak orang lain pulak lagi. Tapi malu kat anak pulak kalau tak cuba buat sesuatu.

Saya langsung menghampiri anak itu bilamana dia kembali duduk didalam kelas kosong itu. Saat bahunya dipegang dia menoleh dengan satu pandangan yang sukar untuk saya terjemahkan dengan perkataan, hanya Allah saja yang tahu betapa naluri seorang mak mak ini memahami gelodak hatinya, remuk jiwanya, celaru mindanya.

"Kenapa menangis? Boleh mak cik tolong? ".

Dia sekadar menggeleng.

"Dah dapat tahu keputusan? "

Dia menggeleng lagi.

"Jom kita pergi ambik keputusan"
Saya cuba menarik tangannya tapi dia menolak dengan baik.

"Tak apa mak cik esok mak saya mai ambik". Anak itu bersuara perlahan dan sayu.

"Jom ikut mak cik jumpa cikgu" (sebenarnya saya dah tak tau nak cakap apa lagi )

Dia geleng lagi "saya tak bayar yuran lagi ."

Anak itu bersuara dalam esak, air matanya laju ketika menyebut perkataan (tak bayar yuran) itu. Sungguh hati saya sebak melihatnya begitu.

"Tak apa, mak cik bayarkan, jom kita pergi ambik sekarang."
Ini memang betul-betul gila, entah dari mana datangnya kekuatan itu sedangkan dalam poket betul-betul ada RM10 saja (dalam hati mana nak cari duit ni)

"Tak apa la makcik.. banyak" dia menolak lagi.

"Mama ada duit RM* lebih dak?". Anak saya entah muncul dari mana.

Saya menarik tangan anak saya dengan isyarat Kita sembang kat luar, nanti budak tu dengar.
"RM* lebih ?" Saya menelan liur.

"Ha.. Yuran dia, Amir pergi tanya dah ".

Dia merenung saya minta ihsan, matanya penuh harapan "tolong la ma.. nanti Amir bayar balik." (Dia mempertaruhkan sesuatu yang mungkin mustahil bagi umurnya iaitu bayaran balik.). Tangannya menghulur sekeping wang kertas mungkin kecil nilainya diluar sana.

"Mana dapat duit?"

"Cikgu bagi sebab sains dapat elok ."

Mulianya hatimu cikgu. Kali ini saya pulak yang panik, bagi saya ibu kepada anak-anak yang masih kecil, jumlah itu agak banyak dan sukar untuk dicari dengan kadar segera. Saya buntu seketika, tapi anak ini tidak boleh dibiar pulang hampa.

Saya masuk ke kelas semula, Allah, anak itu sudah tiada. Saya fikir dia mendengar perbualan kami, mungkin juga tidak mahu menyusahkan orang lalu dia pergi.

"Mana dia, mana dia?, cari cepat " Saya menjerit pada anak saya.
Tanpa jawapan saya lihat anak saya berlari entah kemana.

Seketika berlaku anak saya muncul dengan seseorang dibelakangnya. Saya menghela nafas lega.
Benarlah Allah itu maha pengasih lagi penyayang disaat kita ingin membantu Allah jua sedang membantu.

Dengan bantuan dari seorang rakan saya dapat jelaskan bayaran tertunggak (anak) tersebut dan.. ya anak saya lah yang bersungguh-sungguh bantu menguruskan hal-hal itu, saya sekadar memandang dari jauh anak tadi menerima slip keputusannya beserta sijil-sijil berkaitan. Saat dia memegang itu saya telah hilang kawalan air mata, mencurah-curah tanpa berselindung lagi.

Anak tadi menghampiri saya, menghulur salam dan mengucapkan terima kasih, tangannya menghulur slip keputusannya kepada saya entah mengapa dia berbuat demikian.

Saya sambut sekeping kertas itu dan saya lipat.
"Balik tunjuk kat mak, jadi anak yang baik, usaha bersungguh-sungguh". Hati ini ingin sangat melihat apa keputusannya, tapi biarlah penghormatan itu diberikan kepada ibunya.

Kalau dirakam percakapan kami mungkin orang tak akan faham, kerana saya bercakap dalam nada sendu, buruk bebenar dan aneh bunyinya,tapi anak itu seolah olah mengerti pula.

Hanya sebentar tadi,sekadar permainan psikologi saya mengucapkan tahniah kepada anak saya atas pencapaian UPSRnya tapi saat dia mempamerkan ihsan kepada rakan sebayanya saya jadi kagum dan bersyukur kerana nilai insan yang dimiliki mengatasi nilai gred yang diperolehinya.

Tahniah anakku.

Juga sebentar tadi saya sekadar merangkul bahunya mengucap tahniah, kini ingin sekali saya memeluknya sepenuh hati menyatakan rasa syukur dan terima kasih kerana menyedarkan saya setiap anak ada istimewanya dan nilai yang tersendiri.

Tidaklah saya bercerita untuk bangga diri semata , tidak juga menonjolkan diri sebagai wira, saya manusia biasa yang masih berusaha melakukan 3 hingga 4 kerja sehari, siang malam hanya untuk keluarga saya, saya tidak peduli urusan orang lain dan orang sekeliling, saya merasakan kehidupan saya sudah cukup-cukup sukar, tapi Allah telah perlihatkan masih ada yang lebih sukar. Syukur saya banyak dibantu keluarga.

Hari ini anak kecil ini menjadi teguran buat saya, sebelumnya saya bekerja, berniaga sekadar niat hanya untuk keluarga semata, kini saya akan betulkan kebiasaan itu, pada rezeki saya mungkin ada bahagian orang lain, pada duit saya mungkin ada nama orang lain, pada harta saya mungkin ada hak-hak orang lain.

Saya menunggu ada untuk memberi sehingga saya lupa kepada yang Maha kuasa memberi.
Saya mempersiapkan anak-anak sedaya mngkin, namun masih ada anak-anak diluar sana yang tercicir. Jangan lah dikecam anak ini, keluarganya,guru-gurunya mahupun sekolahnya, saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya masalah mereka hingga hal ini berlaku, biarlah kita menjadi sebahagian warga yang membantu tanpa syarat.

Mungkin ada yang tertanya tanya,kenapa tidak anak itu saya ikut pulang untuk melihat keadaan rumahnya dan keluarganya mungkin masih ada yang perlu dibantu. Jujurnya saya baru terfikir akannya setelah sampai di tempat keja dan dalam tempoh itu saya hanya bermain emosi yang tak keruan hingga gagal berfikir dan bertindak ke arah itu.

Terima kasih tak terhingga kepada guru-guru yang mendidik anak saya dan anak itu hingga menjadi seorang insan. Saya hanyalah seorang ibu kepada 8 orang anak yang sibuk berusaha bekerja mencari rezeki, saya percaya sedikit sebanyak nilai-nilai murni itu datangnya dari pendidikan di sekolah.

Apa yang saya kongsikan sekadar hanya untuk peringatan diri sendiri agar lebih mengambil peduli akan warga sekeliling,saya tidak kaya harta, Saya juga dibantu untuk membantu.

Mohon di doakan agar kita semua dimurahkan rezeki agar dapat bantu membantu sesama kita tanpa perlu menunggu para "Gergasi" mainkan peranan.

#Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang ketika menulis entri ini saya menerima perkhabaran dua anak saya melepasi ujian kelayakan yang sukar dan telah diterima masuk ke sebuah maahad setelah hampir 2 tahun mencuba. Syukur padamu ya Allah, sedikit yang diberi dibayar berganda. Alhamdulillah.

Penilaian saya pada kehidupan kini berbeza. Pengajaran yang saya dapat sangat beharga.
Hingga saat ini,bila ditatap gambar ini, air mata saya mengalir lagi.Sungguh Saya terkesan.
Sekian sekadar coretan.

Sumber - Dzul Faa

Akulah Peguam Dan Aku Juga Seorang Penghibur Jalanan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur: Apabila disebut pemuzik jalanan atau buskers, ramai yang cenderung mengaitkan golongan ini dengan gambaran negatif kerana imej sebahagian mereka yang ranggi, malah ada juga yang menganggap mereka peminta sedekah.

Bagaimanapun, tanggapan itu kini sudah tidak relevan kerana ramai golongan profesional mula menyertai aktiviti busking sebagai punca pendapatan tambahan.

Siapa sangka lelaki ini yang dulunya duduk di kerusi empuk dan berada di tempat tertinggi dalam mahkamah sanggup berhenti kerja sebagai majistret berikutan tiada masa lagi untuk busking.

Bekas majistret, Ahmad Dzulfadzli Hamdan, 33, tidak menyesal meninggalkan kerjaya itu demi memenuhi keinginan dan hobi untuk busking bersama enam lagi rakannya serta menubuhkan kumpulan Bintulu Buskers.

"Saya bertugas sebagai majistret di Mahkamah Bintulu, Sarawak selama lima tahun bermula 2008 sebelum ditukarkan ke Mahkamah Majistret Kuching sehingga 2016.

"Kemudian saya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada akhir 2016 sebelum meletakkan jawatan Mac lalu," katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Harian Metro

"Belanja Lurah", Pembaca Berita TV3 Teruk Dikecam Netizen
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Seorang pembaca berita TV3 siaran Nightline teruk dikecam netizen gara-gara berpakaian kurang sopan sehingga menampakkan lurah dada ketika bersiaran.

Foto-foto dimuat naik seorang pengguna di laman Facebook.

"Sepuluh kali aku dok zoom benda nie sama ada baju ka memang lurahhh dia?? Aku nie jenih suka tengok berita tengah malam walaupun bahasa Inggeris bangang sikit.
"Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian macam nie. Macam nie dipertontonkan dekat rakyat 1 Malaysia kaaa??????

"Pakai yang lebih sopan boleh kot. Erghhhh harap ada yang boleh tegoq suruh pemberita dia jangan terlalu seksa sangat," tulis Ekyn Rosni menerusi posting berkenaan.

Perkongsian itu terus mendapat kecaman pengguna Facebook yang lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan cara pemakaian pembaca berita berkenaan.

Sepatutnya TV3 perlu memberi perhatian tentang perkara ini.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Senarai baru pengganas

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

TINDAKAN negara-negara yang memutuskan hubungan dengan Qatar serta mengeluarkan 'senarai baru pengganas' bukanlah perkara yang mengejutkan. Negara-negara tersebut turut menyenaraikan organisasi-organisasi Islam yang lain seperti Kesatuan Ulamak Islam Sedunia dan Majlis Islami. Selain itu, beberapa orang tokoh yang terkenal dengan sikap sederhana mereka terhadap pemahaman Islam juga turut disenaraikan sebagai pengganas.
Negara yang mengeluarkan senarai pengganas ini telah mengamalkan politik peneutralan hubungan dengan Israel dan negara-negara dalam rangkaian Mason - Zionis Antarabangsa. Pendekatan politik sebegini sebenarnya ibarat kapal yang berlayar sesat di lautan samudera yang luas.
Mereka tidak mempunyai jatidiri untuk membuat keputusan secara bebas berpandukan nilai-nilai mulia walaupun sudah lama melalui zaman-zaman kegelapan dan penindasan yang sepatutnya menjadi pengajaran kepada mereka.
Walaupun negara-negara ini terkenal dengan kekayaan dari sudut sumber buminya, namun mereka miskin integriti serta sahsiah. Mereka turut hilang keagungan serta kemuliaannya. Lebih malang, mereka juga mengubah pendirian mereka mengikut hawa nafsu sehingga menjadi lemah di hadapan orang-orang kafir, namun bersikap keras ke atas orang-orang beriman dan memuliakan 'tetamu-tetamu' Zionis melebihi saudara seagama. Bahkan lebih parah, mereka telah bertindak keras ke atas negara yang seagama dengannya hanya kerana berbeza pendapat.
Bangsa Arab asalnya menjadi mulia kerana Islam akan tetapi kini bakal hancur dengan kejahatan mereka sendiri yang mengiktiraf rejim Zionis serta mengabaikan Palestin dan kesuciannya. Mereka didorong rasa percaya dan kagum kepada penguasa-penguasa Yahudi Zionis melebihi kepercayaan kepada Allah, Islam dan umat Islam.
Justeru, inilah sebagaimana difahami daripada firman Allah S.W.T yang bermaksud:
ÙˆَØ¥ِÙ† تَتَÙˆَÙ„َّÙˆْا ÙŠَسْتَبْدِÙ„ْ Ù‚َÙˆْÙ…ًا غَÙŠْرَÙƒُÙ…ْ Ø«ُÙ…َّ Ù„َا ÙŠَÙƒُونُوا Ø£َÙ…ْØ«َالَÙƒُÙ… (38)
"Dan, jika kamu berpaling nescaya Allah akan mengganti(mu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)." (Muhammad: 38)
Allah juga membuat penegasan mengenai kuasa pemerintahan melalui firman-Nya dalam Surah Al-Imran:
Ù‚ُÙ„ِ ٱللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù…َٰÙ„ِÙƒَ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒِ تُؤۡتِÙŠ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒَ Ù…َÙ† تَØ´َآءُ Ùˆَتَنزِعُ ٱلۡÙ…ُÙ„ۡÙƒَ Ù…ِÙ…َّÙ† تَØ´َآءُ Ùˆَتُعِزُّ Ù…َÙ† تَØ´َآءُ ÙˆَتُØ°ِÙ„ُّ Ù…َÙ† تَØ´َآءُۖ بِÙŠَدِÙƒَ ٱلۡØ®َÙŠۡرُۖ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ عَÙ„َÙ‰ٰ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠۡØ¡ٖ Ù‚َدِيرٞ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Imran: 26)
"Sejahtera Bersama Islam"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Rabiul Awal 1439 / 25 November 2017

PAS cadang kajian Enakmen Syariah

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


IPOH: Adun Titi Serong, Ustaz Abu Bakar Hussain menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya memperkasakan pelaksanaan syariat dengan berusaha untuk mengkaji dan meminda mana-mana enakmen atau peraturan yang bercanggah dengan syariah, khususnya berkaitan jenayah syariah seperti kesalahan minum arak berzina dan lainnya.

Beliau berpandangan, ia amat penting kerana Perak adalah sebuah negeri yang berpotensi untuk mendahului negeri lain di Pantai Barat selain Kelantan dan Terengganu dalam perlaksanaan Enakmen Syariah yang sempurna.

Gesaan itu disuarakan dalam sesi perbahasan Bajet Perak 2018 untuk perhatian pihak kerajaan terutama Jabatan Agama Islam Perak, 24 November lalu.

"Perak memiliki seorang mufti yang paling berwibawa dan tegas menangani sebarang isu berkaitan agama," saran beliau.

Sementara itu, Kerajaan Perak dalam jawapan sesi pergulungan di Sidang Dun Perak melalui Exco Agama, Dato' Mohd Nizar Zakaria berjanji untuk mengambil perhatian dan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan.

Pihaknya juga akan mengambil masa untuk mengkaji dan meminda Seksyen 23 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak berkaitan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

"Enakmen ini sudah tidak praktikal dan releven dengan situasi terkini kerana pindaannya akan disabit kesalahan kepada mana-mana umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja.

"Ketetapan enakmen yang sedia ada memperuntukkan hukuman apabila meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja sebanyak tiga kali berturut-turut," jelasnya.

Borang Permohonan Khas Kad Pengenalan untuk mengundi BN kaini ah????

Anthony Tibok
bloglist-malaysia.blogspot
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub

Martina Libasa Mataaaiiii ... BN memang penipu.

Ading Bah Ni Borang palsu tu tuan...byk kesalahan ejaan lagi ..pilak saja bulih kana jual ini

Teddy Lonsion Ini sudah satu pengkhianatan untuk penduduk asal dan local sabahan, untuk mahu menang dan kekal berkuasa pemimpin tempatan biarkan pemberian kewarganegaran secara tidak betul ni kepada warga asing oleh malaya.. Aduh, bikin sakit hati dan mengecewakan betul pengkhianatan ini..

Yamly BoBa borang palsu kah ne?

Arbunk Azharuddean Dapat dari mana tu bos borang..

Cukupkah Sekadar Membina Lebih Banyak Rumah? - Nurul Izzah.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Nurul Izzah Anwar
CUKUPKAH SEKADAR MEMBINA LEBIH BANYAK RUMAH?
1) Isu perumahan di negara ini terutamanya perumahan kos rendah dan sederhana, semakin nazak dari hari ke hari.
2) Kerajaan Negeri Johor akan membuka pasaran perumahan untuk warga asing kerana semakin banyak projek perumahan atau hartanah yang tidak terjual.
3) Disebabkan kos rumah yang melangit (terutamanya di Johor dan Sabah), lebih 130,000 unit kediaman tidak terjual di sekitar Malaysia.


4)Rata-rata rumah tidak terjual berharga RM250,000 dan ke atas, iaitu 4 ke 5 kali lebih tinggi dari paras gaji pertengahan tahunan rakyat yang ingin memiliki rumah sendiri.
5) Masalah ketidak-seimbangan pemilikan hartanah semakin meruncing, dan didominasi golongan elit dan berduit.
[Situasi Bandar]
6) Di PPR Sentosa dan Kerinchi, di kawasan Parlimen Lembah Pantai, dianggarkan lebih 65 peratus daripada mereka menyewa unit kediaman kos rendah.
7) Kalau sebahagian besar daripada mereka tidak dapat melangsaikan pembayaran sewa RM124 sebulan, apakah kemungkinan mereka memperoleh kediaman tetap? Lagi-lagi dengan harga unit kediaman yang tak terjangkau di bumi bertuah Kuala Lumpur?
[Situasi Luar Bandar]
8) Kalau seunit rumah setingkat di pekan-pekan seperti Sik, Gemencheh dan Sungai Manik berharga RM230,000 ke RM300,000, boleh kita bayangkan, betapa kecilnya kelompok masyarakat yang mampu menjadi pemilik rumah, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
9) Apabila diajukan pada pak menteri, pusing-pusing solusi yang diberi berbunyi, "kita bina lagi rumah, di bawah agensi-agensi dan projek-projek kerajaan". Tapi berbaloikah projek-projek ini demi kestabilan dan kebahagiaan rakyat? Waktu saya tanyakan persoalan tentang isu perumahan rakyat di sidang Parlimen kali ini, jawapan yang sama juga diterima.
10) Bandingkan, jumlah permohonan perumahan PR1MA mencecah 1.5 juta, tetapi yang telah dijual setakat ini hanya 12,970 unit - kurang 1 peratus daripada permintaan keseluruhan!
[Anak-Muda]
11) Bagi anak muda pula, skim Rumah Transit 1Malaysia hanya membenarkan sewaan rumah pada kadar RM250 selama dua tahun. Tetapi ada lagi syarat tambahan - pendapatan isi rumah harus berada di bawah paras RM3,000.
12) Kesudahannya, projek perumahan 'mampu milik' yang dicanang habis-habisan gagal mencapai objektif asal. Ia sekadar menjadi penambah masalah, dek kerana harga rumah yang tetap tinggi dan tidak berpadanan dengan saiz yang ditawarkan.
13) Tambahan lagi, syarat-syarat yang dikenakan bagi permohonan pembelian rumah di bawah skim kerajaan membebankan pemohon. Kadar penyelenggaraan bulanan beratus ringgit bagi kawasan perumahan bertingkat pula, menjadi batu penghalang bagi pemohon yang inginkan aset tersebut.
[Perbandingan 10 Tahun Lepas]
14) Situasi pada hari ini amat berbeza dengan perkembangan 10 tahun sudah. Isu perumahan bukan lagi isu golongan B40, tetapi telah 'diangkat' sebagai isu nasional - tanpa penyelesaian jangka pendek dan panjang yang jelas.
15) Notis penangguhan projek pembangunan perumahan mewah yang dikeluarkan Kementerian Kewangan beberapa hari lalu, mana mungkin dapat mengurangkan harga pasaran dalam sekelip mata.
[Gimik Sementara]
16) Pada saya, ini hanyalah gimik sementara untuk menyedapkan hati rakyat yang kecewa.
17) Bukankah lebih berkesan jika kerajaan dan kementerian berwajib bersifat tegas dengan para pemaju, dan menetapkan kadar julat harga bagi projek perumahan. Tatkala pemaju menjana keuntungan berbilion ringgit, rakyat jualah yang semakin hari, semakin sakit.
[Tingkatkan Subsidi]
18) Daripada membiarkan pemaju mengaut hasil daripada pembeli, mengapa kerajaan tidak tingkatkan subsidi? Bukankah ini dapat menghalang pihak pemaju daripada meningkatkan harga hartanah dan projek perumahan?
19) Sedangkan alasan yang sering diguna pakai untuk menaikkan harga adalah kenaikan kos bahan mentah yang berlarutan.
20) Harus diingat, PRU14 yang bakal menjelang dikuasai rakyat. Jangan sampai disebabkan rakyat ketiadaan rumah kediaman, kerajaan pemerintah hilang 'rumah' Parlimen.

Read more: http://www.amenoworld.org/2017/11/cukupkah-sekadar-membina-lebih-banyak.html#ixzz4zXcgUWp1

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



TRAGEDI MASJID RAWDAH.. angkara komplot As Sisi dengan Israel?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

"

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Sekali lagi Islamfobia melanda dunia dengan serangan di tempat suci Islam pada hari mulia Islam dan di negara Umat Islam.

Sekali lagi seluruh dunia dengan kekuatam media Barat menunding ke arah kumpulan Islam yang menyerang Masjid Rawdah.

Presiden As Sisi dengan pantas mengadakan sidang akhbar dan berjanji untuk bertindak balas.

Marilah kita lihat beberapa perkara tentang pakatan Zionis untuk burukkan imej Islam:

1) Lokasi Sinai dekat dengan Israel.Ini adalah komplot Israel untuk menghalang Mesir dari rapat kepada pihak Palestin.Mesir adalah memainkan peranan usaha damai HAMAS-FATAH.

Dengan serangan yang dilakukan pihak Israel yang menyamar dengan berjanggut dan bawa bendera Daesh maka Mesir akan menumpukan perhatian kepada isu ini dan juga barangkali menuduh pihak HAMAS juga terlibat.Lihat apabila serangan berlaku,border Gaza ditutup kepada Palestin.

2) Presiden As Sisi mempunyai rekod buruk jenayah terhadap rakyat sendiri.Apakah kita lupa bagaimana As Sisi mengarahkan tentera Mesir menyerang rakyatnya sendiri di masjid dalam Peristiwa Rabiah dalam bulan Syawal empat tahun lalu?Jika mangsakematian yang dibunuh rejim As Sisi di Rabiah mencapailebih 2000 orang apalah sangat dengan 300 orang yang barangkali As Sisi berkomplot dengan regim Zionis dalam serangan itu.

Seteruk mana Gerakan Islam,mereka tidak menyerang orang Islam di masjid.

Tetapi tidak kepada Israel yang membunuh ribuan Palestin dan memusnahkan masjid di Gaza. Juga tidak kepada Presiden As Sisi yang membunuh ribuah umat Islam dalam masjid dalam Peristiwa Rabiah.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: tokpepijat
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman

Masjid di Mesir diserang, sekurangnya 235 terbunuh

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Bom diletupkan di masjid Rawda, hampir 40 kilometer di barat Sinai Utara sebelum penembak melepaskan tembakan kepada umat Islam yang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat. – Gambar AFP, 24 November, 2017.

LELAKI bersenjata menyerang sebuah masjid yang sesak di daerah Sinai Utara, Mesir pada Jumaat dan meletupkan bom, membunuh sekurang-kurangnya 235 orang menjadikannya salah sebuah serangan terburuk di negara itu, lapor media tempatan.

Bom diletupkan di masjid Rawda, hampir 40 kilometer di barat Sinai Utara sebelum penembak melepaskan tembakan kepada umat Islam yang berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat, kata pegawai.

Media negara itu melaporkan sekurang-kurangnya 235 terbunuh dan 130 lagi cedera dalam serangan itu, terburuk pernah berlaku ketika kumpulan pelampau Islam mula memberontak sejak empat tahun lepas.

Kumpulan Negara Islam Syria dan Iraq (IS) cawangan Mesir sudah membunuh ratusan polis dan tentera serta orang awam yang didakwa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siri serangan di utara Semenanjung Sinai. Mereka juga menyasarkan pengikut Sufi serta penganut Kristian.

Mangsa termasuklah orang awam dan jemaah yang sedang bersolat di masjid itu.

Seorang pemimpin puak dan ketua militia Bedouin yang memerangi IS memberitahu AFP yang masjid itu dikenali sebagai tempat berhimpunnya pengikut Sufi.

IS berkongsi pandangan Salafi yang menganggap Sufi sebagai ajaran sesat.

Militan sebelum itu menculik dan memenggal seorang pemimpin Sufi menuduhnya mengamalkan sihir yang dilarang Islam, dan menculik penganut Sufi sebelum membebaskannya selepas "bertaubat".

Kumpulan itu juga membunuh lebih 100 orang penganut Kristian dalam letupan dan tembakan di sebuah gereja di Sinai dan kawasan lain di Mesir, memaksa ramai penganut agama itu meninggalkan Semenanjung Sinai.

Pihak tentera bergelut untuk memerangi militan yang berikrar taat setia kepada IS itu pada November 2014.

IS berulang kali menyerang tentera dan polis di semenanjung yang bersempadanan dengan Israel dan Tebing Gaza itu, walaupun serangannya semakin berkurangan sejak tahun lepas.

Militan juga meningkatkan serangan terhadap orang awam, bukan sahaja menyerang penganut Kristian dan pengikut Sufi tetapi juga penduduk kaum Bedouin yang tinggal di Sinai mendakwa mereka bekerjasama dengan tentera.

Selain IS, Mesir juga berdepan ancaman militan setia kepada Al-Qaeda yang menguasai Libya.

Sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka Ansar al-Islam mengaku bertanggungjawab ke atas serangan pada Oktober di Western Desert, Mesir yang membunuh sekurang-kurangnya 16 anggota polis.

Kebanyakan yang terbunuh dalam serangan itu adalah anggota pasukan Perkhidmatan Keselamatan Nasional.

Tentera kemudiannya melancarkan serangan udara ke atas penyerang, membunuh pemimpin mereka, Emad al-Din Abdel Hamid, salah seorang militan paling dihendaki yang merupakan bekas pegawai tentera sebelum menyertai sekutu Al-Qaeda di kubu kuat militan itu di Libya. – AFP

Lebih 235 Maut Masjid di Bom Ketika Khutbah, Antara Serangan Paling Teruk Dalam Sejarah Mesir
siakapkeli.my

Cairo - Sekurang-kurangnya 235 maut apabila lelaki bersenjata api melepaskan tembakan dan mengebom sebuah masjid di Sinai pada Jumaat. Menurut pegawai kerajaan, lebih 109 lagi cedera dalam serangan itu - yang merupakan antara serangan berdarah dalam sejarah Mesir.

Sumber polis memberitahu AP bahawa lelaki dalam kenderaan melepaskan tembakan kepada jemaah di dalam masjid ketika dalam khutbah.

Foto-foto dari dalam bangunan masjid menunjukan berdozen-dozen badan berlumuran darah disusun di atas lantai berkarpet.

Presiden Abdel-Fattah el-Sissi mengumumkan tiga hari berkabung dan memanggil untuk mesyuarat keselamatan selepas serangan itu.

Presien AS, Donald Trump turut mengecam serangan itu dengan menyifatkan serangan itu sebagai "satu serangan pengganas yang teruk dan pengecut terhadap penganut agama yang tidak bersalah dan tanpa sebarang pertahanan." tulis beliau di Twitter.

Setakat ini, masih tidak dapat ditentukan siapa yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Sumber: BBC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pada yang bercadang nak beli Myvi baru 2018, baca review ni….

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Aku dah test drive myvi baru 2018 aka the new King of right lanes.

Rasanya Perodua memang bagi test drive unit warna putih kot. Tapi warna merah memang mengancam. Maybe sebab merah hitam kot. First thing, seat. Siapa badan lebar, pernah naik Honda Civic FD1 1.8? Tulang belakang rasa tergantung kan? Seat Myvi ni kurang sikit jer gantung tu.

Aku rasa macam tak selesa sandar lama2. Ni kalau balik Taiping time musim raya, mau patah pinggang. Lain2 sama jer. Boleh pump tinggi rendah, tolak tarik depan belakang, Door panel acceptable untuk depan. Belakang, door panel nipis. Kalau bukak, boleh kepak ngan tangan kot. That's how you make space anyway. Seat belakang ada 2 level recline. Tak banyak membantu pun sebenarnya tapi membantu dari segi nak letak barang byk dlm bonet.

Steering rasa sedap sbb tebal tp rasa mcm kecik. Ntah la. Something feels strange dekat steering tu. Kejap macam ok, kejap macam pelik. Roof line acceptable. Tpi orang tinggi mungkin ada problem kat belakang. Segenggam jer beza kepala dgn roof. Yes, tinggi myvi baru ni kurang skit dari yg lama.

NVH ok. Acoustic glass banyak membantu. Enjin mengaum tapi tak kuat. Acceptable la. Kalau nak senyap, beli kereta lain. Unit yang aku test, takde plak throttle lag. Banyak baca komen kata lag. Floor pedal, takde rasa berhenjut teruk macam AT biasa. Myvi lagi best (kuning, ingat tau warna kuning jer sbb king) lagi sedap pikap. Maybe sebab ringan dan pendek. Brek, bunyi signal dan seatbelt macam biasa, takde beza dgn bezza. Oh, ada seatbelt reminder tuk orang belakang. So silalah pastikan diorang ni pakai yer. Aku rasa VSC comes as standard and tak boleh off. Aku tak nampak plak button tuk off VSC. Bezza ada.

Nak cerita handling, seriously, takde beza antara myvi 1st gen dgn lagi best. Aku dah drive 5 jenis myvi, semua sama. Yg beza, myvi baru ni ada VSC, lebih panjang, lebih lebar dan rendah sikit. So agak kurang rasa nak terbalik. Tadi tak sempat nak test corner laju2 sbb jalan jem area Bangsar tu.

Yang lain2 samalah, ada rear view camera, parking sensor, one touch button tuk bukak bonet, keyless entry, push start button, eco-idle system (aku rasa annoying teruk benda ni tp boleh off), touch screen HU tuk Advance, rear usb charging port tuk 1.3x ke atas, legroom nicely done, bonet luas juga. Boleh culik kambing. 1.5 guna rim 15 inci, tayar size alza. Banyak la kot alza pakai rim myvi ni nanti.

Kalau nak beli, aku suggest 1.5H kalau tanak 1.5 Advance. Beza ansuran bulanan antara 1.3X dgn 1.5H cuma RM60. Kurangkan rokok 3 kotak sebulan tak pun kurangkan 6 kali pergi starbucks, boleh dah bayar.

Dari segi tech, rupa, feel nak kereta baru, memang aku beli. Tapi lepas drive tadi, rasanya kena diskas balik. Reason, aku dah ada Axia dan myvi 1st generation facelift.

Sumber : https://www.facebook.com/roro.fadzlie

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



66 TAHUN MELAYARKAN PERJUANGAN: PAS TERUS MELANGKAH GAGAH
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Hari ini, 24 November 2017, genaplah 66 tahun usia perjuangan PAS melayari samudera untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya hukum dan nilai-nilai Islam di negara ini. Demi melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar dalam menuju keredhaan Allah SWT, PAS telah melangkah gagah selama 66 tahun menuju destini perjuangannya.

Ketika PAS ditubuhkan dalam Persidangan Alim Ulamak Se-Malaya di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, para ulamak telah memutuskan supaya badan politik-agama yang berasingan dari Umno ini, supaya mengadakan persidangannya sendiri di Seberang Perai dalam masa tiga bulan bagi menyusun, menggariskan hala tuju dan memulakan pergerakannnya. Para ulamak Seberang Perai yang dipimpin oleh Mufti Sheikh Abdullah Fahim dan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin telah menetapkan supaya Persidangan Pertubuhan Ulamak Malaya ini diadakan pada 24 November 1951, di Kelab Melayu Bagan, Bagan Tuan Kecil (kini Butterworth).

Bagi menyambut persidangan ini, Mudir Madrasah Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Ustaz Haji Ahmad Badawi Badawi telah mengeluarkan "Manifesto al-Badawi: Ulamak ke Jalan Allah" pada 23 November 1951 bagi menyeru para ulamak agar bersatu untuk memulakan langkah perjuangan menegakkan Islam di Tanah Melayu. Hasilnya, pelbagai pertubuhan agama, institusi pendidikan Islam, beberapa Bahagian Agama Umno, para ulamak dan orang perseorangan telah menyertai persidangan pada 24 November 1951 ini.

Perjuangan Islam di Alam Melayu dalam bentuk organisasi yang dimulakan oleh Jam'iyatul Fathaniyah di Mekah pada 1873 ini, telah dilanjutkan oleh Jam'iyatul Rusyidiyah di Pulau Penyengat pada 1880, sebelum berkembang membentuk pelbagai gerakan politik Islam termasuk Sarekat Islam (1905), Muhammadiyah (1912), Nahdatul Ulamak (1926), Masyumi (1937), Hizbul Muslimin (1947) dan lain-lain, yang akhirnya disambung oleh PAS di Tanah Melayu bermula 1951. Kemunculan PAS setelah Hizbul Muslimin dilumpuhkan oleh Ordinan Darurat 1948, adalah bermula apabila para ulamak Hizbul Muslimin menyertai Bahagian Agama Umno pada 1949. Melalui Bahagian Agama Umno, "para ulamak PAS" telah mengaturkan dua Persidangan Alim Ulamak Malaya di Muar pada 20-21 Februari 1950 dan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, sehingga mereka berjaya menubuhkan PAS sebagai pengganti Hizbul Muslimin.

Persidangan bersejarah pada 24 November 1951 ini telah memulakan langkah perjuangan PAS apabila dua keputusan utama dibuat. Pertama, meluluskan Undang-undang Tubuh PAS 1951 sebagai perlembagaan yang memandu pergerakan PAS. Mereka telah memutuskan supaya pertubuhan ulamak ini dinama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS), dengan tujuan untuk menjadi pergerakan politik Islam. Kedua, persidangan ini telah melantik sebuah Jawatankuasa Kerja PAS yang akan menjalankan seluruh tujuan dan cita-cita PAS yang berdasarkan Islam. Mudir Madrasah al-Masriyah, Bukit Mertajam, Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Bermula saat inilah, PAS telah memulakan langkah perjuangannya sejak 66 tahun lalu dengan dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua PAS / Yang Dipertua Agung PAS / Yang Dipertua PAS Pusat / Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Prof Dr Burhanuddin Mohd Noor al-Helmy (1956-1969), Dato' Mohd Asri Haji Muda (1969-1982), Ustaz Haji Yusof Abdullah ar-Rawi (1982-1989), Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002) dan kini oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sejak 2002.

Dalam tempoh perjuangan selama 66 tahun ini, PAS telah mengalami pasang surut dan jatuh bangun perjuangannya. Para pengkaji mengatakan PAS telah melalui tahap pembinaan ideologi (1951-1956), pencernaan ideologi (1956-1965) dan pengukuhan ideologi (1965-sekarang); sedangkan dari sudut kepemimpinannya, ia telah melalui era kepemimpinan ulamak tradisional (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang). Melihat kepada perkembangan organisasi PAS ini, ia telah melalui tahap penubuhan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1978), tahap kejatuhan (1978-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang).

Hari ini, PAS yang sarat dengan pengalaman politik-dakwah telah memasuki era baru selepas pembersihan organisasi PAS 2015, di mana PAS melangkah gagah dengan optimis menawarkan gagasan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dan mengemukakan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) sebagai tawaran kepada rakyat dalam menggadapi kebobrokan politik yang berasaskan kebangsaan dan sekularisme yang didukung oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Pengalaman luas PAS yang dipandu oleh kepemimpinan ulamak berteraskan al-Quran dan Sunnah ini, telah dilihat paling berpotensi untuk mengambil alih kepemimpinan negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Selamatlah Parti Islam Melangkah,
Membimbing ummah ke medan siasah,
Berpedomankan al-Quran dan Sunnah,
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah..!

*Mohd Fadli Ghani*
Head,
House of Resources,
Pusat Penyelidikan PAS,
24 November 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:27 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Terengganu berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
SHAH ALAM – Terengganu yang kini berada di bawah pemerintahan BN dilihat berisiko jatuh ke tangan pembangkang pada PRU14.

Menjelang PRU yang dijangka paling lewat diadakan enam bulan dari sekarang itu, pelbagai gambaran dilihat, terutamanya bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Terengganu antara negeri yang dikatakan berpontensi untuk dilepaskan kepada pembangkang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perkara itu dilihat berdasarkan beberapa faktor yang dilihat menjadi penyumbang kepada peralihan kuasa yang dijangka berlaku di negeri tersebut.

"Terengganu antara contoh negeri yang boleh dirampas pembangkang apabila perbalahan antara pemimpin negeri itu diketahui umum.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ada apa di sebalik kontroversi MB?]

"Dengan perbalahan seperti itulah, pengundi di negeri itu melihat ia sebagai satu faktor ketidakyakinan mereka untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran sedia ada," katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, isu-isu dalaman seperti perpecahan dalam parti, sabotaj dan perbalahan adalah antara kriteria yang dilihat boleh menyebabkan Terengganu dan negeri-negeri lain boleh terlepas kepada pembangkang.

"Umum mengetahui, BN sememangnya mempunyai kekuatan pada negeri-negeri yang dipegang, tetapi mereka jugalah yang menjadi penyebab kegagalan untuk bertahan.

"Jadi, saya boleh katakan, sentimen seperti ini antara yang membolehkan pembangkang menggunakannya dalam kempen mereka," katanya.

Selain Terengganu, negeri-negeri lain turut berisiko dirampas pembangkang adalah Kedah, Perak dan Johor.

"Faktor utama yang sering menghantui BN adalah, segelintir pemimpin mereka yang tidak boleh menerima jika tidak dipilih menjadi calon.

"Wujudlah sabotaj dalaman dan membawa kepada tiada kesatuan dalam perjuangan. Inilah peluang yang akan diguna pakai pembangkang," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, pembangkang sememangnya tiada kekuatan dan bergantung kepada permasalahan parti lain.

"Bukanlah tidak langsung kuat, tetapi pada masa ini, pembangkang berada dalam pelbagai masalah dalaman.

"Dalam tempoh enam bulan ini, pembangkang perlu mencari di mana kekuatan mereka, ini kerana pendaftaran Pakatan Harapan itu sendiri belum dalam dibuat, dan ia juga masalah besar buat mereka," katanya.

Biarpun begitu, beliau tetap melihat kejatuhan negeri-negeri BN adalah disebabkan parti itu sendiri, dan bukan faktor luaran.

"Saya yakin, pada masa ini, semua pihak sudah mengalunkan gendang pilihan raya, jentera sudah digerakkan dan ini juga masa terbaik untuk setiap parti memberikan manifesto untuk dinilai rakyat.

"Negeri-negeri kerajaan pada masa ini juga agak goyah dan jika ia tidak dipertahankan dengan 'mengurangkan' masalah dalaman, ia boleh kekal malah jika betul dengan strategi, BN boleh menawan negeri lain juga," katanya.

Sumber

Kongsi berita ini: Jom Bina Semula Negara HARAPAN RAKYAT

Makin dekat PRU14 makin banyak kenyataan yang pelik

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Baca boleh akhbar AMANAH (PAN) tapi jangan gelak.

Kredit
Muhamad Ismail

AMANAH (PAN) sedia duduk berbincang dengan Umno

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Pemimpin pembangkang Melayu Johor bersedia untuk mengetepikan perbezaan antara mereka dan Umno, dan duduk bersama untuk membincangkan isu-isu mengenai kepentingan orang Melayu.

Ini adalah selaras dengan saranan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mereka berbuat sedemikian dengan berlapang dada.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shaharuddin Md Salleh; Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin; dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, semuanya menyatakan kesediaan mereka untuk duduk bersama bagi mengadakan perbincangan itu.

"Kami tiada masalah, kami sedia sahut saranan Tuanku Sultan," kata Abdullah ketika ditanya sama ada beliau bersedia duduk bersama Umno dan parti serpihan PAS, AMANAH.

Begitu juga dengan Shaharuddin yang berkata BERSATU sedia berbincang dengan semua parti, NGO dan kumpulan berkepentingan lain.

Bagi Salahuddin, perbincangan seperti itu akan membuka peluang kepada para pemimpin untuk membincangkan isu-isu negara tanpa dipengaruhi oleh politik.

"Kita banyak kali cuba bersama bincang isu negara tetapi kadang-kadang jadi isu politik yang melampau. Itu satu budaya yang tidak patut kita amalkan," kata pemimpin AMANAH itu.

Bagi Hassan, yang terbuka terhadap perbincangan seumpama itu, percaya ia bukan sekadar isu perpaduan orang Melayu sahaja.

"Negara kita berbilang kaum. Maknanya bukan isu perpaduan Melayu sahaja. Tetapi perpaduan untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Dalam satu kenyataan sempena hari keputeraan baginda ke-59, Sultan Ibrahim melahirkan rasa kebimbangan baginda terhadap kemelut yang menghantui orang Melayu pada masa ini dan menasihati semua pemimpin Melayu untuk bersama berbincang masalah bangsa dengan cara bermuafakat dan berlapang dada.

Baginda bertitah sebagai raja yang telah berjanji dan berikrar untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam maka baginda tidak akan membiarkan krisis perebutan kuasa antara pemimpin Melayu terus berlaku hingga membuatkan orang Melayu berpecah belah dan menjadi lemah.

TPM Beri Bayangan PRU14 Lepas Tahun Baharu Cina

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bakal diadakan selepas Tahun Baharu Cina tahun depan.

Perkara itu disebut Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk dalam ucapannya ketika merasmikan Tokong Teoh Fu Kiong di Hutan Melintang hari ini menggunakan perkataan "Hari Besar" seolah-olah merujuk kepada PRU14 yang kini menjadi tanda tanya ramai bila akan diadakan.
"Jangan lupa Hari Besar (Tahun Baharu Cina) akan sampai, lepas Tahun Baharu Cina akan ada "Hari Besar' lain. Kalau dulu bikin silap (tak undi Barisan Nasional (BN) tak pa saya maafkan. Kalau boleh kali ini jangan bikin silap lagi woo," katanya dalam loghat orang Tionghoa berbahasa Melayu.

Ucapan Ahmad Zahid itu disambut sorakan lebih 500 masyarakat Tionghoa setempat yang hadir pada majlis perasmian tokong itu. Tahun Baharu Cina dijangka disambut pada 16 dan 17 Feb 2018.

Tarikh luput mandat kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional (BN) pada 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh luput itu.

Ahmad Zahid turut menyentuh tentang kebebasan beragama di negara ini yang telah membawa kepada keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

"Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang cukup prihatin dan memahami perbezaan agama walaupun dalam Perlembagaan negara kita agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkan.

"Ertinya kerajaan Malaysia kerajaan yang adil dan menghormati semua agama di negara kita kerana Islam mengajar kita untuk menghormati agama lain," katanya. - BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Nov 26, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Sangka Anda Kurus Kolestrol Dalam Badan Akan Rendah, Kenali 14 Tanda-Tanda Ini Isyarat Kolesterol Dalam Badan Tinggi
siakapkeli.my

Apabila bercakap mengenai kolesterol, ramai yang beranggapan mereka yang berbadan gemuk saja yang akan berhadapan masalah ini. Sebenarnya kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung pada saiz badan seseorang.

Maka tidak pelik jika miliki badan kurus tetapi mempunyai masalah kolesterol. Oleh itu, anda perlu peka terhadap gejala-gejala kolesterol agar dapat membantu anda menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda.

Ikuti perkongsian yang dipetik dari laman Portal My Healthy mengenai tanda-tanda kolesterol yang mungkin dialami oleh anda.

AMBIL TAHU TENTANG TANDA-TANDA KOLESTEROL.

Korang baca dekat bawah ini, 14 tanda kolesterol korang makin tinggi dan tinggi. Panjang sikit tapi berguna untuk pengetahuan kita..

1. SAKIT PADA KAKI

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut.

Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. KRAM DI MALAM HARI

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah.

Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan.
Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan.

Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. KUKU BERUBAH

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong.

4. KULIT IKUT BERUBAH

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki.

Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran.

5. KAKI MENJADI SEJUK

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.

Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. PROSES PEMULIHAN LUKA YANG LAMBAT

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya.

Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. MATI RASA

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat.

Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. DIARE

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan.

Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. LESU DISERTAI MIGRAIN

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan.

Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan.

Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. MENGGANGGU OTAK, MENGUNDANG EMOSI, DAN PENURUNAN KEMAMPUAN MEMORI

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu.

Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. PERUT KEMBUNG

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut.

Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. KELEBIHAN BERAT BADAN

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak.

Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.

13. JANTUNG TERASA SAKIT ATAU MENGALAMI PALPITASI (BERDEBAR-DEBAR)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi.

Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal.

Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. MUNCUL LEBAM PADA BAHAGIAN BADAN

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma.

Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

Sumber - Portal My Healthy

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: