Thursday, March 1, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4902

8 Messages

Digest #4902

Messages

Thu Mar 1, 2018 6:50 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



'Semua cawangan Umno kini didaftar secara automatik?'
kedahlaniie.blogspot.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta memberikan penjelasan sama ada Umno kini didaftarkan secara automatik berikutan tempoh lanjutan selama 18 bulan bagi parti itu mengadakan pemilihan telah berakhir semalam.

Perkara itu dibangkitkan Sekretariat Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Saifuddin Abdullah dalam menyokong kenyataan dibuat peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla, malam tadi.

"Umno tidak boleh melanjutkan pemilihan cawangannya melebihi 18 bulan. Tempoh lanjutan itu telah berakhir semalam untuk cawangan-cawangannya. Oleh itu, ROS tidak boleh melanjutkannya lagi.

"Saya rasa ada kecuaian dalam pengurusan Umno apabila mereka memutuskan untuk menangguhkan pemilihan majlis tertinggi mereka (hingga akhir tahun ini)," kata Saifuddin kepada Malaysiakini.

Pemilihan Umno diadakan setiap tiga tahun namun di bawah perlembagaan parti itu, ia boleh ditangguhkan selama 18 bulan.

Pemilihan parti itu dibuat di peringkat cawangan diikuti bahagian dan jawatan majlis tertinggi.

Haniff (gambar bawah) semalam menyatakan kemungkinan berlaku krisis perlembagaan Umno berikutan cawangan parti itu tidak berdaftar selepas tarikh akhir untuk mengadakan pemilihan mereka berakhir semalam.

Peguam yang pernah mewakili bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa kes itu berkata sekiranya perkiraanya betul, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipilih sebagai presiden Umno pada 19 April dan memimpin parti itu dalam pilihan raya umum.

Tiada lagi penangguhan

Beliau berkata mengikut laporan Umno Online bertarikh 31 Mei 2013, semua cawangan Umno akan mengadakan pemilihan mereka antara 15 Julai dan 31 Ogos 2013.

"Ini bermakna mengikut Perkara 18.2 Perlembagaan Umno dalam perenggan 3 (c), pemilihan cawangan sepatutnya diadakan paling lewat pada 31 Ogos 2016," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata Najib sebagai presiden parti mengumumkan pada 26 Jun 2015, bahawa pemilihan parti yang dijadualkan pada 2016 akan ditangguhkan selama 18 bulan.

Oleh itu, sekiranya dikira dari 31 Ogos 2016, tarikh akhir mengadakan pemilihan adalah pada 28 Februari iaitu semalam, kata Haniff.

Haniff juga tidak bersetuju dengan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan bertarikh dua hari lalu yang mengatakan pemilihan parti akan diadakan pada 19 April 2019. Ini dikatakan setelah mendapatkan kelulusan daripada ROS.

Peguam itu berkata mengikut undang-undang, ROS tidak boleh melanjutkan pemilihan cawangan parti itu lagi.

"Ini melanggar Perkara 10.16 Perlembagaan Umno dan ROS tidak mempunyai kuasa untuk memberi lanjutan tambahan atau mengabaikan peruntukan ini dalam perlembagaan Umno," katanya.

Oleh itu, beliau meminta Umno dan ROS memberikan penjelasan mengenai peruntukan untuk melanjutkan pemilihan Umno sehingga 2019.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/413952#IcwJd7osFH4ShgAW.99

Muhyiddin: Kenapa JPPM tak ambil tindakan Umno tangguh pemilihan
bloglist-malaysia.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Faiz Zainudin
FMT 1/3/18

PETALING JAYA: PPBM hari ini mempersoalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kenapa tidak mengambil tindakan terhadap Umno yang menangguhkan pemilihan parti melebihi 18 bulan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PPBM sebaliknya terpaksa mengadakan pemilihan parti, walaupun penubuhannya belum sampai setahun kerana berdepan tekanan daripada JPPM.
"Lain halnya dengan Umno, Umno dengan jelas telah melanggar perlembagaan partinya dengan melanjutkan tempoh penangguhan pemilihan parti melebihi 18 bulan.

"Hairannya, JPPM boleh pula membenarkan Umno membuat keputusan yang bercanggah dengan perlembagaan parti.
"Berbeza PPBM masih belum cukup setahun penubuhannya, ini adalah alasan yang kukuh (untuk tidak ada pemilihan) kerana kita dalam proses melengkapkan struktur parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM.
Presiden PPBM turut menggesa JPPM tidak berat sebelah terhadap parti pemerintah dan pembangkang.

"Jika JPPM bersikap adil, maka jawapan sama yang diberikan kepada PPBM mesti diberikan kepada Umno, iaitu mereka hendaklah mengadakan pemilihan parti mengikut tempoh ditetapkan perlembagaannya. Ini baharulah adil.
"Jadi, JPPM seharusnya bersikap adil dan berhenti daripada mengugut untuk membatalkan pendaftaran PPBM," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menolak dakwaan Umno akan diharamkan dalam masa terdekat berikutan penangguhan pemilihan parti itu.

Katanya, Umno masih berkuat kuasa di semua peringkat dan melaksanakan tanggungjawabnya seperti terkandung dalam asas dan tujuan penubuhannya.
Beliau turut memaklumkan pemilihan Umno yang ditangguhkan sebelum ini, akan diadakan selewat-lewatnya 19 April 2019.

"Ini selaras kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ini merujuk Seksyen 13 A(4) Akta Pertubuhan 1966, Pendaftaran Pertubuhan berkuasa untuk melanjutkan tarikh atau waktu pemilihan pertubuhan berdaftar dengan syarat suatu permohonan bertulis dibuat."

Pada 12 Januari lalu, Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim dilaporkan berkata, pihaknya sedang menyiasat lebih 400 aduan yang diterima berkaitan isu perhimpunan agung tahunan (AGM) pertama PPBM.

Katanya, JPPM menerima ratusan laporan berhubung AGM itu daripada ahli PPBM yang mempersoalkan statusnya kerana tiada pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian.

Benarkah CAWANGAN UMNO di seluruh Malaysia akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada tepat jam 12 am, 01.03.2018 !!
kedahlaniie.blogspot
Siri : 1305

KRISIS KEPERLEMBAGAAN UMNO MUNCUL SEMULA !!
SIRI PERTAMA : 1988 !! SIRI KEDUA : 2018 !!

NAJIB RAZAK - "BAGAIKAN MELUDAH KE LANGIT" APABILA TUDUH "PPBM TIDAK MAMPU URUS PARTI SENDIRI MENURUT PERLEMBAGAAN PARTI" !!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Pada 30.01.2018, NAJIB RAZAK, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO, telah melemparkan satu TUDUHAN PALSU apabila beliau dipetik oleh MALAYSIA GAZETTE bertajuk "PPBM urus parti tak mampu, nak perintah negara?", di mana NAJIB RAZAK telah dipetik berkata :

"Kita tak nampak dari segi prinsip perlembagaan, kalau kita buat perlembagaan sendiri, kita kena patuh pada perlembagaan kita.",

"Saya diberitahu peringkat cawangan, bahagian mereka (PPBM) tak ada mesyuarat, alih-alih peringkat nasional ada perhimpunan, kita tak tahu macam mana perwakilan itu datang? ", dan

"Jadi, maknanya pengurusan parti sendiri boleh dipersoalkan daripada segi perlembagaan yang mereka sendiri tentukan dan diluluskan mereka dan adakah ini petanda mereka boleh jalankan tanggungjawab lebih besar? "
(Link Laporan MALAYSIA GAZETTE 30.01.2018 : http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/01/30/ppbm-urus-parti-tak-mampu-nak-perintah-negara/)

2. Anehnya, kenyataan NAJIB RAZAK seperti yang dipetik di atas, adalah terbukti "BAGAIKAN MELUDAH KE LANGIT", kerana UMNO, parti NAJAB RAZAK sendiri adalah sebenarnya terbukti sebagai parti yang TIDAK DAPAT diri mereka sendiri menurut PERLEMBAGAAN PARTI sendiri, mahupun menurut keperluan undang-undang !!

3. Menurut PERLEMBAGAAN UMNO :

(a) Menurut Fasal 9.3, anggota MAJLIS TERTINGGI UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, (yang termasuk jawatan tertinggi PRESIDEN) hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali !!,

(b) Menurut Fasal 15.3, anggota JAWATANKUASA BAHAGIAN UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali, tertakluk kepada peruntukan Fasal 10.16 !!,

(c) Menurut Fasal 18.2, anggota JAWATANKUASA CAWANGAN UMNO yang disenaraikan di bawah Fasal itu, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali, tertakluk kepada peruntukan Fasal 10.16 !!,

(d) Manakala, menurut Fasal 10.16 pula, MAJLIS TERTINGGI UMNO, berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MAJLIS TERTINGGI, BAHAGIAN dan CAWANGAN, namun penangguhan ini tidak boleh lebih daripada lapan belas (18) bulan "dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" !!

(Link PERLEMBAGAAN UMNO : http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2016/03/perlembagaan.pdf)

4. Menurut kronologi rentetan peristiwa yang telah dilaporkan di dalam media massa setakat ini, dan tidak pernah dinafikan oleh UMNO adalah seperti berikut :

(a) Menurut UMNO ONLINE 31.05.2013 bertajuk "Pemilihan UMNO Tahun Ini, 15 Julai – 31 Ogos Mesyuarat Cawangan", telah melaporkan berkaitan pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO yang terakhir diadakan :

"Oleh itu mesyuarat cawangan akan bermula selepas proses penerangan ini selesai diadakan dan tarikh paling awal yang dapat kita adakan mesyuarat cawangan adalah pada 15 Julai hingga 31 Ogos tahun ini, ... "

(Screenshot Laporan UMNO ONLINE 31.05.2013 : Ruang Bawah Kiri)
(Link Laporan UMNO ONLINE 31.05.2013 : http://www.umno-online.my/2013/05/31/pemilihan-umno-tahun-ini-15-julai-31-ogos-mesyuarat-cawangan/)

(b) Hatta, TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO semestinya, mengikut pengiraan matematika tahap tadika sekalipun, adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2013 !!

(c) Justeru, menurut Fasal 18.2 PERLEMBAGAAN UMNO (Perenggan 3(c) di atas),"tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan" seterusnya adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2016 !!

(d) Namun, menurut ASTRO AWANI 26.06.2015 bertajuk "Pemilihan UMNO 2016 ditangguh 18 bulan - Najib", telah melaporkan seperti berikut :

"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.", dan

"Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya UMNO lebih mantap bagi menghadapi PRU akan datang.‎"

(Screenshot Laporan ASTRO AWANI 26.06.2015 : Ruang Bawah Tengah)
(Link Laporan ASTRO AWANI 26.06.2015 : http://www.astroawani.com/berita-politik/pemilihan-umno-2016-ditangguh-18-bulan-najib-63816)

(e) Berlanjutan dari penangguhan pemilihan selama tempoh lapan belas (18) bulan yang dipetik di Perenggan 4(d) di atas, maka TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN UMNO semestinya adalah 28.02.2018, iaitu tatkala jarum jam mencecah angka 12 pagi nanti !!!

(f) TIDAK ADA mana-mana Kenyataan lanjut UMNO sebelum dari ini, yang mengatakan bahawa tarikh pemilihan di peringkat CAWANGAN telah kononnya dilanjutkan lagi secara sah selepas tarikh akhir 28.02.2018 !!!

(g) Pada hari ini Setiausaha Agung UMNO, TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR telah mengeluarkan satu KENYATAAN MEDIA 27.02.2018 yang kononnya mengatakan :

" Saya ingin menyatakan bahawa Penangguhan Pemilihan UMNO yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April 2019 selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)."

(h) Hakikatnya dari segi undang-undang adalah, MAJLIS TERTINGGI UMNO mahupun PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) tidak boleh membuat apa-apa lanjutan penangguhan, selepas tarikh akhir pengadaan pemilihan CAWANGAN UMNO pada 28..02.2018, kerana ianya bertentangan dengan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO sendiri, dan PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) tiada kuasa untuk mengabaikannya langsung dalam kerangka peruntukan PERLEMBAGAAN UMNO dan fakta terkini !!!

(Screenshot KENYATAAN MEDIA 27.02.2018 : Ruang Bawah Kanan)

5. Hatta, menurut peruntukan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN UMNO (Perenggan 3(c) di atas),"tarikh pemilihan (CAWANGAN UMNO) yang sepatutnya ia diadakan" iaitu 31.08.2016 SUDAH PUN dilanjutkan secara maksima lapan belas (18) bulan iaitu ke tarikh 28.02.2018 (Perenggan 4(d) dan (e) di atas, dan MUSTAHIL ataupun TIDAK SAH untuk dilanjutkan lagi di sisi PERLEMBAGAAN UMNO sekali pun, jika pun ianya dicuba oleh MAJLIS TERTINGGI UMNO, ataupun jika ianya diluluskan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) sekalipun !!!

6. Atas dasar itu, saya CABAR pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) untuk memberi KENYATAAN RASMI (yang sering dilakukan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (ROS) apabila ianya babitkan isu PPBM), bahawa kesemua CAWANGAN UMNO yang berjumlah hampir 22 ribu itu, adalah menjadi TIDAK SAH di sisi PERLEMBAGAAN UMNO sendiri, dan undang-undang Malaysia, mulai dari saat jarum jam mencecah angka 12 pagi (01.03.2018) nanti !!!

7. RUMUSAN HAKIKI dari sudut PERLEMBAGAAN UMNO dan undang-undang Malaysia adalah seperti berikut:

(a) Kesemua CAWANGAN UMNO di seluruh Malaysia akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada tepat jam 12 am, 01.03.2018 !!!,

(b) Kesemua BAHAGIAN UMNO di seluruh Malaysia dan MAJLIS TERTINGGI UMNO akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada tepat jam 12 am, 19.04.2018 (iaitu menurut fakta, tarikh pemilihan terakhir BAHAGIAN UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO adalah 19.04.2013), mengambilkira penangguhan terdahulu yang dilaporkan oleh UMNO ONLINE 31.05.2013, di Perenggan 4(a) di atas !!!,

(c) Maka, NAJIB RAZAK secara automatik sebagai Presiden UMNO, TIDAK SAH sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas 19.04.2018 !!!,

(d) Hatta, UMNO sebagai parti polirtik yang TIDAK SAH selepas 19.04.2018, TIDAK BOLEH bertanding dalam PRU-14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!,

(e) Sayugia, NAJIB RAZAK tidak boleh ANGKAT SUMPAH JAWATAN sebagai Perdana Menteri di hadapan Ke-Bawah Duli Yang Di-pertuan Agong selepas 19.04.2018 sebagai Presiden UMNO !!!

BERANI KERANA BENAR !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Haniff Khatri
28.02.2018 @ 2048

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Paksa Buka Tudung: Tiga Wanita Islam Dapat Ganti Rugi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT: Mahkamah Brooklyn pada Isnin mengarahkan bandar raya New York membayar pampasan berjumlah AS$180,000 (RM707,528) kepada tiga wanita beragama Islam.

Pampasan itu dibuat sebagai ganti rugi selepas dipaksa menanggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil polis.
"Setiap wanita berkenaan akan menerima AS$60,000 (RM235,842)," kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.

Dua daripada mereka diberkas pada 2015 dan seorang lagi pada 2016.

Ketiga-tiga kejadian berlaku di Brooklyn, wilayah paling padat penduduk di New York.

Mereka mendakwa hak kebebasan beragama dilanggar, menyaman bandar raya itu dan Jabatan Polis New York, pasukan polis terbesar di Amerika Syarikat, yang diwakili jabatan undang-undang bandar raya berkenaan.

Sementara jurucakap jabatan undang-undang bandar raya New York, Kimberly Joyce, berkata penyelesaian itu adalah untuk kepentingan bersama semua pihak terbabit.

Polis New York sejak itu mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan yang memakai tudung memilih gambar mereka diambil secara tertutup oleh anggota polis yang sama jantina.

- Daily Mail/Sinar Harian

Tiga Wanita Islam Terima Pampasan RM706,000 Selepas Dipaksa Buka Tudung Oleh Polis New York
siakapkeli.my

1 Mac - Bandar raya New York telah bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$180,000 (RM706,000) kepada tiga wanita Islam yang dipaksa oleh Polis New York (NYPD) untuk menaggalkan tudung ketika gambar wajah mereka diambil..

Setiap wanita menerima AS$60,000 (RM235,000) selepas penyelesaian imuktamadkan di mahkamah persekutuan Brooklyn awal minggu ini, kata peguam mereka, Tahanie Aboushi.

New York Times melaporkan, tiga kes itu berlaku pada 2012, 2015 dan 2016 dengan semua wanita terbabit telah diarahkan untuk membuka tudung mereka, malah permintaan gambar mereka diambil jurugambar wanita di tempat tertutup juga ditolak.

Dalam kes kedua pula, wanita yang terlibat mendakwa polis yang mengambil gambarnya berkata 'wow' sebanyak tiga kali selepas melihat rambutnya dengan banduan lelaki lain turut ketawa dan membuat kenyataan tidak menyenangkan.

Mereka mendakwa hak kebebasan beragama telah dilanggar, menyamann bandar raya itu dan Jabatan Polis New York, pasukan polis terbesar di Amerika Syarikat.

Polis New York sejak itu mengubah garis panduan untuk membenarkan tahanan bertudung memilih gambar diambil secara tertutup oleh anggota yang sama jantina.

"€œIa langkah tepat dan usaha bersama menangani jurang dalam garis panduan peronda,"€ kata Tahanie.

Sementara jurucakap jabatan undang-undang bandar raya New York, Kimberly Joyce, berkata penyelesaian perkara itu untuk kepentingan bersama semua pihak terbabit. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:51 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Limau Kasturi Ubat Kurus, Hilangkan Kelemumur Dan Ubat Sakit Kepala
siakapkeli.my

Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman.

Pokok limau kasturi ini lebih dikenali melalui batang dan cabangnya yang berduri, buahnya berbentuk seperti limau namun saiznya lebih kecil.

Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Berikut merupakan beberapa khasiat dan kegunaan limau kasturi yang mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan:

1. Ubat Kurus
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

2. Ubat Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

3. Ubat Hilang Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

4. Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

5. Ubat Lelah
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu sekali.

6. Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

7. Ubat Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji limau nips. Lumur pada kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

8. Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju
Perah sebiji limau kasturi kedalam piring. Campur perahan limau dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran diatas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang. Akhir sekali basuh pakaian tadi dengan pakaian lain seperti biasa.

9. Ubat Wangi Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosok seluruh kepala, biarkan beberapa minit dan barulah dicuci bersih.

10. Mengilatkan Cermin Mata
Cuci dan gosok sedikit limau pada kaca cermin mata. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cemin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.

Siakapkeli.my

Sumber: Impiana

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Tuan Ibrahim: Malaysia patut malu kapal layar Jho Low dirampas Indonesia

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: PAS berkata kerajaan Malaysia patut berasa malu dengan tindakan Indonesia merampas kapal layar mewah milik peniaga Low Taek Jho atau Jho Low, antara yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) sebagai aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB.

"Kerajaan patut malu dengan tindakan pelbagai negara yang bertindak ke atas dana diselewengkan itu," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, tindakan kerajaan Indonesia menyita kapal layar bernama "Equanamity" bernilai RM1 bilion itu wajar dipuji kerana selaras dengan peraturan antarabangsa.

"Tanpa tindakan undang-undang, maruah negara dan pemimpin akan terus tercemar."

Indonesia semalam menyita kapal layar itu di Bali, dalam siasatan rasuah berbilion dolar dikaitkan dengan dana 1MDB, kata polis.

Media Indonesia menyiarkan gambar pegawai Indonesia dengan kru di atas kapal layar mewah itu yang berlabuh di Teluk Benoa.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata tindakan kerajaan Switzerland mengambil alih wang berkait hasil rampasan 1MDB sebagai untung "atas angin".

Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer dilaporkan berkata dana itu disalurkan kepada Perbendaharaan Persekutuan negara itu kerana tiada pihak menuntutnya.

Tuan Ibrahim berkata Malaysia rugi kerana melepaskan peluang bertindak menyelamatkan wang tersebut.

DoJ sebelum ini dalam permohonan sivil di mahkamah AS mahu merampas aset lebih AS$1.7 bilion, yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB.

DoJ kini menangguhkan permohonan itu selepas melancarkan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Jho Low dinamakan sebagai orang penting dalam tindakan AS itu, dan didakwa menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Menurut laman web sewaan mewah, yachtcharterfleet.com, bahagian dalaman kapal itu dihiasi marmar dan daun emas, serta dilengkapi sebuah spa dan sauna, kolam renang sepanjang 20m di atas dek, teater filem, lif dan helipad.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Wednesday, February 28, 2018 11:34 PM
Subject: Fw: Indonesia rampas kapal mewah Jho Low, Gagak Dengan Seekor Tikus

Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Indonesia hari ini merampas kapal layar mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset AS$260 juta itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

"Kita sudah memeriksa anak kapal sejak semalam dan kini kita sedang bertindak kerana sudah menerima kelulusan mahkamah untuk merampas bot itu," kata Agung Setya, pengarah ekonomi dan jenayah khas polis Indonesia.
Berita itu dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa yang memetik stesen TV tempatan MetroTV.

Akhbar tempatan melaporkan operasi itu hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

Berdasarkan gambar dan video, kelihatan beberapa anggota polis di atas kapal itu.

Turut kelihatan beberapa lelaki berkulit putih yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sama ada anak kapal dan penguatkuasa negara lain.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Pemfailan mahkamah oleh DOJ mendakwa kapal bernama The Equanimity itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa disalah guna daripada 1MDB.
Dalam saman pelucuthakan sivil yang difailkan pada 16 Jun 2017, DOJ mendakwa wang itu dipindahkan ke sebuah akaun di Caledonian Bank di Kepulauan Cayman yang dipegang bawah nama "World View Ltd" dalam empat peringkat.

"Atas maklumat dan kepercayaan, dana yang dipindahkan ke dalam Akaun World View telah digunakan untuk memperoleh The Equanimity dan telah dihantar dengan cara yang bertujuan untuk menyembunyikan asal-usul, sumber, dan pemilikan hasil Jenayah [...]," dakwa DOJ.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post (SCMP) tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kekal hukuman mati empat bekas pelajar kolej

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas empat bekas pelajar kolej kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter pada 2012.

Mereka ialah Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 26; Mohamad Sharafe Matt Noh, 25; Azizi Aizat Ibrahim, 26 dan Mohamad Safwan Muhamad, 26.

Panel lima anggota mahkamah diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif juga mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas Mohamad Zul Shahril Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat kerana membunuh bapa pensyarah tersebut, Omar Peter Abdullah.

Hakim Raus memutuskan keterangan terhadap keempat-empat mereka mencukupi untuk mensabitkan.
Mahkamah yang juga disidangi Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim, Datuk Sri Balia Yusof Wahi dan Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dengan sebulat suara menolak rayuan akhir oleh kempat-empat mereka.

Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe, Azizi Aizat dan Mohamad Safwan yang menuntut di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dihukum gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi mendapati mereka bersalah membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej itu antara jam 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mohamad Zul, Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat juga disabitkan kerana membunuh bapa pensyarah, Omar Peter Abdullah, 56, pesara sebuah syarikat kewangan antara jam 11.30 malam, 8 Mac 2012, dan 1.30 pagi hari berikutnya.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di No 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong.

Mahkamah Tinggi pada 2014 telah membebaskan Mohamad Safwan tanpa memanggilnya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya.

Pada 30 Julai, 2015, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan membebaskan Mohamad Safwan atas tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi mengarahkannya membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi.

Sabitan dan hukuman mati ke atas keempat-empat mereka kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan. Sementara itu, pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan membebaskan Mohamad Safwan kerana didakwa membunuh Omar Peter.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamad Sharafe berhujah terdapat banyak percanggahan dalam keterangan saksi pihak pendakwaan Fadhil Rusdan Rahman, yang Mahkamah Tinggi tidak mempertimbangkan.

Saksi adalah seorang rakan sejenayah tetapi menjadi saksi pihak pendakwaan.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi sepatutnya mempertimbangkan keterangan saksi itu di peringkat prima facie tetapi Mahkamah Tinggi hanya membuat pertimbangan selepas tertuduh dipanggil membela diri.

Peguam Datuk Naran Singh yang mewakili Muhamad Safwan berhujah, bahawa jika Hakim Mahkamah Tinggi percaya keterangan Fadhil Rusdan, maka mahkamah harus membebaskan anak guamnya kerana saksi tersebut telah memberi keterangan bahawa Muhamad Safwan tidak terlibat dalam pembunuhan.

Timbalan pendakwa raya Nurul Huda Noraini Mohamed Noor Noor berhujah bahawa Mahkamah Tinggi telah menilai keterangan Fadhil Rusdan secara keseluruhan dan mendapati dia saksi yang boleh percaya.

Peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahmud mewakili Mohamad Zul Shahril sementara peguam Shamsul Sulaiman mewakili Azizi Aizat. - Bernama
......

12 Feb 2012

Barang kemas yang bernilai RM100,000 milik ibu Zara Eleena Omar Peter, 23, yang dibunuh bersama bapanya di rumahnya di Taman Kinrara, Puchong, di sini, turut dilarikan suspek dalam kejadian Ahad lalu.

Polis menemui semula sebahagian barang kemas itu yang dijual di kedai emas di Ampang manakala sebahagiannya tidak dijual kerana barang kemas tiruan.

Polis juga menemui semula kereta Perodua Kenari milik mangsa di Kedah yang dilaporkan hilang pada malam kejadian dan beberapa barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit.

Semua barangan itu ditemui selepas polis menahan enam lelaki berusia 19 tahun hingga 23 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Cheras dan Ampang bermula Isnin lalu hingga kelmarin.

Suspek yang ditahan dipercayai pelajar mangsa dan belajar di kolej sama tempat mangsa mengajar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis percaya kes pembunuhan berkenaan dapat diselesaikan dengan penahanan semua suspek.

Menurutnya, seorang daripada suspek dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan juga pelajar kolej sama tempat mangsa mengajar.

Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan dipercayai masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan mangsa.

"Sewaktu kejadian, tiada kesan rumah mangsa dipecah masuk dan ini menunjukkan mangsa mengenali suspek.

"Bagaimanapun bukti giat dikumpul dan daripada bukti yang diperoleh barulah motif sebenar dapat dikenalpasti dan siasatan dapat dilengkapkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam. MRM / NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:53 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Semenjak Mahathir Jadi Mentor HARAPAN, Azmin Mula Ikut Perangai UMNO seksa Rakyat DUN PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Selangor terpaksa mengeluarkan wang sendiri berjumlah RM700,000 untuk program bagi dua bulan terakhir selepas peruntukan mereka didakwa dibekukan kerajaan negeri.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendakwa langkah Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menafikan peruntukan mereka bertentangan dengan janjinya sendiri untuk mengutamakan kebajikan rakyat.

"Setakat ini kami tidak menerima sebarang peruntukan walaupun diberitahu ia telah diagihkan kepada ADUN lain (daripada parti komponen Pakatan Harapan).

"Bagaimanapun wakil rakyat kami terus menjalankan tugas mereka menggunakan wang sendiri. Program bukan saja diteruskan, malah semakin bertambah," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Sallehen sebelum ini berkata tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu itu kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata telah mengenali Azmin sejak tahun 1999 dan memandangnya sebagai seorang yang sentiasa menegakkan keadilan sama seperti partinya PKR.

"Jadi dalam kes ini, kami tertanya ke mana laungan keadilan untuk semua itu?" soalnya.

Sallehen berkata sembilan daripada 13 ADUN PAS negeri itu telah membelanjakan RM693,000 wang sendiri bagi melaksanakan program di kawasan mereka.

Beliau berkata antara yang paling tinggi perbelanjaannya adalah ADUN Chempaka Iskandar Abdul Samad (RM197,000) diikuti dengan ADUN Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzuan (RM130,000) dan ADUN Selat Kelang Halimah Ali (100,000).

"Saya sendiri perlu mengeluarkan RM40,000 wang sendiri," katanya lagi.

Beliau mengingatkan Azmin bahawa 13 ADUN PAS itu mewakili hampir 500,000 penduduk Selangor dan sekatan peruntukan itu juga bermakna menafikan hak mereka.

"Kami diberitahu secara mulut yang perlu menulis surat rayuan maka hari ini kami memberi maklumbalas juga secara mulut agar Azmin menjelaskan perkara ini.

"Belanjawan negeri sudah pun diluluskan. Menulis surat untuk mendapat peruntukan bukan prosedur yang diamalkan," katanya lagi.

XOXO - PKR, BERSATU semuanya asal daripada UMNO. DNA UMNO masih utuh lagi. Apatah lagi kepala HARAPAN sekarang Mahathir 22 tahun memerintah dengan rakus sehingga disebut sebagai Mahazalim dan Mahafirau. Entah tiba2 dia suci. Semuanya politik memperbodohkan rakyat...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, February 13, 2018 11:38 PM
Subject: Fw: Azmin 'Balas Dendam' Pada PAS

Azmin Sedang 'Balas Dendam' Pada PAS kata Penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang 'membalas dendam' kepada PAS apabila sengaja melambat-lambatkan agihan peruntukan wakil rakyat kepada 13 ADUN parti itu, kata penganalisis politik, Edwin Michael Muniandy.

PAS, walaupun dipujuk bekali-kali untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetap nekad mahu menentang gagasan itu berikutan enggan bekerjasama dengan DAP dan parti serpihannya, Amanah.
Justeru Edwin berkata tidak mustahil Azmin menggunakan peluang ini untuk mengenakan PAS, yang masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor, biarpun sudah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

"Ini yang kita panggil membalas dendam politik. Kita tahu bahawa PAS dengan PH khususnya tidak pernah sebulu, senada dan tidak pernah menyokong ideologi politik PH.

"Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk PH membalas dendam terhadap PAS. Apa yang kita kesalkan disini ialah bagaimana kesetiaan PAS terhadap kerajaan negeri Selangor dibalas dengan cara politik yang cukup kotor," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Exco Selangor yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad mengesahkan hanya 13 ADUN PAS yang belum boleh menggunakan peruntukan wakil rakyat, berikutan disekat di Pejabat Daerah masing-masing.

Azmin sebelum itu menafikan peruntukan ADUN PAS disekat namun mengatakan terdapat 'masalah teknikal'.

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memberikan kata dua kepada Azmin untuk menyelesaikan isu peruntukan berkenaan sehingga perayaan Tahun Baru Cina, sebelum pihaknya mengambil langkah susulan.

Kata dua itu diajukan kepada Azmin dan timbalan presiden PKR itu berkata 'tulis lah surat, tak ada masalah', jika mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Malah Azmin berseloroh mustahil beliau menafikan hak ADUN PAS sedangkan kerajaan negeri tetap memberikan keistimewaan kepada wakil rakyat Umno-Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Azmin juga berkata beliau sedar peruntukan itu adalah untuk rakyat Selangor..

Mengulas perkara itu, Edwin berkata tidak wujud istilah 'berkhidmat untuk rakyat' dalam kamus PH selama ini.

"Kalau kita bercakap dalam konteks tanggungjawab politik kepada rakyat, sebenarnya itu tidak wujud dalam kamus politik pembangkang.

"Rakyat tidak pernah wujud dalam kamus politik pembangkang, semuanya tentang kuasa, perebutan kuasa dan siapa yang mendominasi siapa, siapa yang memiliki status quo itu.

"Sama isu yang melibatkan Azmin dan PAS ini, walaupun ini adalah hak rakyat, wang itu adalah untuk kebaikan rakyat tetapi politik dan kuasa melebihi rakyat dalam konteks politik pembangkang ini," ujarnya lagi.

PAS Selangor sebelum ini mengumumkan akan meletakkan calon di 42 kerusi DUN negeri itu pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar dalam reaksinya berkata PAS tidak sepatutnya memohon peruntukan itu kerana parti itu nekad menentang gagasan itu pada pilihan raya akan datang.

- Antarapos

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Sunday, February 11, 2018 11:36 PM
Subject: Fw: Tak Balas SMS

Pelik Azmin Ali Tak Balas SMS Saya, Kata Pesuruhjaya PAS Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

SABAK BERNAM: PAS Selangor mendakwa Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sehingga kini mengambil sikap membisu dan tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar untuk bertanyakan isu pembekuan peruntukan kepada wakil rakyat parti berkenaan.

Pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau sendiri menghantar SMS berkenaan dan sedikit pelik mengapa Mohamed Azmin tidak membalasnya, kerana selalunya Timbalan Presiden PKR tersebut mudah menjawab sebarang pertanyaan.

"Biasanya, MB (Menteri Besar) sangat mudah membalas SMS, tapi beliau tidak memberi apa-apa jawapan sehingga hari ini. MB juga ada bertemu dengan ADUN Dusun Tua (Razaly Hassan) dan beliau menyatakan ada menerima SMS saya," katanya di petik Utusan Online.

Sallehen berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah yang diserang penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB) di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib..

Mengulas lanjut, Sallehen yang juga ADUN Sabak berkata, beliau ada menghuhungi Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei untuk mengatur pertemuan bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Shuhaimi beritahu beliau akan atur pertemuan itu, tapi sampai sekarang Menteri Besar belum ada masa untuk jumpa saya. Kalau beliau ada masa, tentunya saya pada bila-bila masa akan datang sendiri dan boleh tinggalkan urusan lain untuk berjumpa beliau di sana," katanya sinis.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan telah merujuk perkara itu kepada pegawai daerah sepertimana diarahkan Mohamed Azmin sebelum ini tetapi jawapan yang diterima ialah saya mesti jumpa Menteri Besar.

Kepada soalan apakah peruntukan ADUN Pakatan Harapan Selangor sudah diperolehi, Sallehen menjelaskan, beliau difahamkan hanya wakil rakyat Pas masih belum menerima peruntukan terbabit.

"Saya tak pasti tapi lazimnya, mereka dapatlah…sebab itu geng (sekutu) mereka.

"Saya tak tahu, sama ada tidak dapat peruntukan itu kerana duit belum turun ke daerah atau pun memang tidak diturunkan, tapi lazimnya kalau bulan Februari duit dah turun ke pejabat daerah," katanya – AP

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Friday, February 02, 2018 11:19 PM
Subject: Fw: bukan angan-angan, tapi cita-cita, Negara Perlu Tukar Sistem Yang Rosak.

Azmin Arah Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor Disiasat ?

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

AIDCNews -29/01/18 -Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai terus memberi tekanan politik kepada Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi apabila mengarahkan syarikat audit menyiasat pejabat pusat khidmat ADUN PAS tersebut.

Bagaimanapun, syarikat audit itu tidak menjumpai apa-apa kesalahan yang boleh mensabitkan Sallehen yang juga ADUN PAS Sabak terbabit dalam salah laku pengurusan peruntukan.

"Dapat info Pejabat Pusat Khidmat Pesuruhjaya PAS Selangor YB Sallehen Mukhyi ADUN Sabak atas arahan SO1 diserbu audit kononnya ada salah guna peruntukan.

"Lepas diaudit dan didapati tiada sebarang penyelewengan atau salah laku, peruntukan tetap tak dikembalikan.

"Punyalah hati kaudu dan pendendam kesumat Azmin Ali Timbalan Presiden PKR," dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.

Apa motif peruntukan Adun PAS S'gor ditahan?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SABAK BERNAM: Penahanan dan pembekuan peruntukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap Adun-adun PAS berlaku dalam keadaan serba pelik, demikian menurut Adun Sabak, Ustaz Sallehen Mukhyi.

Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor menzahirkan kemusykilannya apabila arahan pembekuan datang dan kemudiannya baharulah disusuli siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond" dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang dibayangkan beliau sebagai hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan Dun Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Beliau juga menyatakan tidak kisah dengan pembekuan tersebut kerana sejak dahulu pun PAS sentiasa menambah sokongan masyarakat tanpa peruntukan dan akan bertemu dengan Menteri Besar. -HARAKAHDAILY 29/1/2018

ADUN PAS: S'gor beku peruntukan saya sejak September

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Wakil rakyat PAS Selangor Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan untuk kawasan pilihan rayanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri pimpinan PKR sejak September lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sabak justeru menyifatkan pembekuan itu berlaku dalam keadaan serba pelik, lapor akhbar web rasmi PAS.

"Akui beliau, secara khusus peruntukan kepadanya telah ditahan sejak September lalu di mana dalam situasi biasa pembekuan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.," menurut Harakahdaily.

Sallehen yang juga pesuruhjaya PAS Selangor menzahirkan kemusykilan apabila arahan pembekuan didakwa dibuat terlebih dahulu sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri aircond," beliau dipetik sebagai berkata dalam ceramah di Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam.

Beliau membayangkan pihak audit hendak mencari kesalahan, namun mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak bersih.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Ini kelebihan pergi belajar agama bila dah tua kat kampung
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Mat Bihi

Kat kampung saya, ramai orang tua yang pergi belajar agama kat Madrasah Ustaz Bakaq. Memang ada orang muda. Tapi jumlah orang tua jauh lebih ramai dari yang muda.

Sebelah madrasah Ustaz Bakaq tu ada disediakan pondok khas untuk orang tua-tua yang dah tak mau duduk kat rumah depa. Nak duduk sebelah madrasah dalam pondok kecil tu sorang-sorang. Ini untuk memudahkan mereka pergi belajar agama dengan lebih kerap dan mudah serta lebih rajin lagi.

Tak jauh dari Pondok Ustaz Bakaq, ada satu lagi Madrasah yang ditubuhkan kemudian dari pusat pengajian Ustaz Bakaq. Pengasasnya adalah Ustaz Mutalib. Kalau naik kereta melalui jalan BKE dari Seberang Jaya, sebelum exit keluar Kubang Semang, sebelah kiri akan kelihatan pusat Pengajian Ustaz Mutalib tu.

Punyalah besar lengkap serba serbi. Ada asrama, ada dewan pengajian, ada pusat tahfiz, malah ada hotel tempat penginapan khas untuk kemudahan mereka yang bermusafir. Bukan kecik anak punya kos yang perlu dikeluarkan untuk bina pusat tersergam besar sedemikian.

Potensi jadi jutawan dengan ajar agama
Tapi itulah berkat kemurahan hati orang kampung. Mereka tak akan pergi mengaji agama, tadah kitab depan tok guru kalau tak bawa duit untuk sedekah. Kalau seminggu 3 kali mereka pergi dengar kuliah, maka 3 kalilah mereka akan gengam note 5 atau 10 ringgit. Hanya dengan menyelit masuk duit dalam tabung saja dah cukup melegakan hati mereka untuk mendapat tempias hasil dari usaha para Tok Guru tersebut.

Dek kemurahan orang tua-tua kampung terutamanya, maka tak hairanlah jika Ustaz Bakaq mampu beli satu pulau kat tengah kampung Kubang Semang tu untuk dijadikan pusat pengajian buat mereka yang dahagakan ilmu agama. Dengan keupayaan beliau buka dan baca serta hurai kitab lama, mampu menjadikannya orang yang banyak hartanah dan lebih penting penyumbang besar kepada keperluan masyarakat. Macam itu juga yang berlaku pada Ustaz Mutalib.

Ada ramai lagi para ustaz di negara kita, yang berjaya jadi hartawan dan aktivitis kemasyarakatan dengan mengajar orang-orang tua kampung ilmu agama. Tapi yang paling dekat yang saya boleh tengok ada kat kampung saya tu. Ertinya anda boleh saja jadi hartawan dan penyumbang kepada kebaikan masyarakat setempat hanya dengan pergi mengaji pondok belajar agama dan balik mula ajar orang kampung berdasarkan selera yang mereka nak dengar.

Insyaallah akan jadi orang yang dihormati, kaya dan penting kat kampung itu..

Belajar agama bila dah tua
Paling ramai yang pergi belajar agama di pusat pengajian macam Ustaz Mutalib atau Ustaz Bakaq tu adalah orang tua yang dah pencen. Baik wanita mahupun lelaki, sama naik. Kalau kedua-dua pasangan suami isteri masih hidup, mereka akan pergi dua sejoli mengaji agama sekurang-kurang 1 kali seminggu.

Ada yang rajin lagi akan pergi lebih dari sekali dalam seminggu. Orang tua-tua perempuan yang dah kehilangan suami akan pergi beramai-ramai. Orang tua saya pergi dengan 3 atau 4 orang lagi kawannya untuk dengar kuliah agama samada dari Ustaz Bakaq atau Ustaz Mutalib.

Kebanyakan mereka sibuk masa muda. Tak ada masa untuk belajar agama secara berdisiplin. Kalau yang ada kerjaya, lagi sibuk tak sempat nak belajar agama. Jadi bila dah tua, apatah lagi selepas balik menunaikan haji. Mereka mula tukar uniform harian kepada imej ustaz dan mula lazimi pusat pengajian agama.

Lupa dunia belajar agama
Ada kawan yang dah pencen terus ke pondok di Kelantan duduk sepenuh masa kat sana untuk memberikan tumpuan pada pengajian agama. Mereka duduk terus supaya dapat perbanyakkan lagi aktiviti ibadah atas tikar sembahyang.

Itulah alasan utama mereka mula sibukkan diri untuk belajar agama masa tua untuk amalan diri sendiri.

Memang betul sebab kalau tua baru nak belajar agama, maka memang dah tak ada masa untuk mendalaminya dan kemudian nak sebarkan ilmu yang dipelajari itu untuk masyarakat. Jadi belajar untuk diri sendiri sajalah.

Cuma yang agak sedih, segala kemahiran mereka yang didapati sepanjang umur muda sampai tua dalam menjalani kehidupan berkerjaya sudah ditinggalkan terus. Mereka benamkan ilmu kehidupan dan kemahiran yang dikategorikan sebagai kemahiran dunia di bawah kopiah yang dah jadi uniform mereka sekarang. Mungkin mencurahkan ilmu sedemikian tidak meyakinkan mereka untuk mendapat kemudahan masuk syurga ketika mati nanti.

Kelebihan pergi belajar agama
Walau apaun alasan dan tujuan semua orang tua-tua itu belajar agama, ada satu perkara lagi yang amat baik untuk mereka.

Orang tua-tua yang rajin pergi dan balik menadah kitab kat pusat pengajian orang tua di kampung tu akan buat 3 perkara utama;

1.. Senaman pergi dan balik ke madrasah
2.. Perah otak belajar benda baru
3.. Bersosial
Kesemua 3 aktiviti kat atas tu disahkan oleh para pakar mampu untuk melambatkan atau menghindari terus masalah nyanyuk yang banyak melanda orang-orang tua.

Tapi sebenarnya, lagi awal anda buat perkara sedemikian lagi bagus kesannya terhadap kesihatan otak anda. Sentiasa belajar dan sentiasa mencabar keupayaan akan anda dari muda sampai ke tua akan menjauhkan akal anda dari masalah dimentia atau nyanyuk.

Lagi bagus kalau pusat pengajian Ustaz Mutalib dan Ustaz Bakaq buat peperiksaan untuk menguji kefahaman orang tua-tua yang ramai berduyun-duyun pergi mengaji kat depa. Lagi memaksa mereka perah akal untuk cuba faham apa yang ustaz baca dari kitab-kitab lama tu.

Tapi mungkin depa tak akan buat macam tu. Ia bakal menghalau lebih dari 2/3 dari pengunjung madrasah. Akan nipislah isi tabung derma yang beredar ketika pengajian berlansung. Tak bolehlah keluasan tanah jajahan dipertingkatkan lagi... itu tak baik untuk peningkatan jumlah hartanah yang para ustaz tinggalkan untuk anak cucu mereka nanti.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Mar 1, 2018 6:55 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Tali Pusat Bayi Adalah Sebahagian Daripada Anggota Badan Manusia", UAI Jawab Isu Hukum Simpan Tali Pusat
siakapkeli.my

Umbilical cord atau tali pusat adalah sebahagian daripada struktur penting yang menyalurkan nutrien dan oksigen melalui uri yang lekat pada dinding rahim. Kepanjangan tali pusat itu akan terus berfungsi dengan menghubungkan bayi dan uri setelah dilahirkan. Justeru, jika penyaluran nutrien dan oksigen terhenti, maka, ia harus dibuang namun bukan dengan mencabut begitu sahaja, tapi dengan tertib yang betul.

Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya cara betul bagi penjagaan tali pusat ini serta hukum untuk menyimpannya. Namun, menurut Islam dan video daripada Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini, disunatkan bagi kita untuk menanam tali pusat yang jatuh itu ditempat yang baik. Ini kerana menurut ulama, tali pusat adalah sebahagian daripada anggota tubuh manusia yang patut dihormati.

Adat melayu yang mendorong segelintir daripada kita untuk menyimpannya adalah harus tetapi, jika tujuan penyimpanan itu untuk mengelakkan pergaduhan adik-beradik dan sebagainya, takut ia boleh menjejaskan aqidah kita sebagai orang Islam dan dianggap khurafat.

Oleh itu, wajar untuk kita mengetahui hukum dan adat tradisi yang tidak betul. Rujuk kepada ulama untuk memperbetulkan hukum yang sepatutnya. Dibawah ini adalah beberapa komen daripada masyarakat melalui media sosial yang dikumpul oleh Ujie Ibrahim dalam mengungkap hukum sebenar menyimpan tali pusat ini dan video daripada Ustaz Azhar Idrus yang menjawab segala pertanyaan ini.

HUKUM SIMPAN TALI PUSAT

Mak tertarik dengan isu yang diutarakan di page ibu2 ini. Terlalu di wall mak. Allahu mak pun simpan tali pusat anak2 mak!!!

Tak pernah terpikir pun selama ni nak cari artikel ker, ceramah berkaitan atau cari isu ni kat youtune. Sebab rasa ok jelah kan nak simpan sebagai kenangan.

So bagus juga ada page yang utarakan soalan2 begini. Bukannya membawang tak tentu hala.

Sama2 kita share pengetahuan dan baiki kekhilafan kita.

Video ceramah dari UIA:

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: