Wednesday, March 7, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4907

8 Messages

Digest #4907

Messages

Wed Mar 7, 2018 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Soalan tak berjawab kes pengubahan wang haram pengarah JSJ
bloglist-malaysia.blogspot
alhusseyn51.blogspot.
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Wan Ahmad Najmuddin Mohd (tengah) adalah ketua polis Johor ketika beliau
meminta bantuan seorang rakan rapat, warga India untuk mengendalikan urusan
pemindahan wang di Australia pada 2016. – The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

SEJUMLAH 54 transaksi, setiap satu di bawah paras AU$10,000(RM30,210).. Di negara mana sekali pun di dunia ini, ia sudah tentu mencetuskan rasa keraguan, dan syak wasangka.

Apatah lagi jika ia akaun seorang pegawai polis.

Wan Ahmad Najmuddin Mohd ialah pegawai polis kanan, bukan anggota biasa. Beliau pernah menjadi ketua polis Johor dan kini mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Bukan itu saja, beliau memberitahu pihak berkuasa Australia bahawa beliau tidak akan menuntut AU$320,000 yang dirampas. Walaupun ia hasil daripada penjualan rumahnya dan hendak digunakan untuk membiayai pendidikan anaknya.

Polis Malaysia membebaskannya daripada segala salah laku sementara Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata Wan Ahmad "naif" tentang perundangan di Australia.

Isu Wan Ahmad menjadi tumpuan minggu lalu selepas Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan polis Australia merampas wang itu selepas disyaki akaun bank miliknya di Sydney terbabit dalam penggubahan wang haram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low yang bertanggungjawab memantau kegiatan anti rasuah di negara ini berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat kes itu. Pandangannya itu dikongsi beberapa kumpulan persatuan sivil.

Berikut antara fakta kes itu, kenyataan daripada pihak berkuasa Malaysia dan persoalan yang kekal tidak berjawab :

SMH melaporkan Wan Ahmad membuka akaun "Goal Saver" di Commonwealth Bank pada 2011, menggunakan alamat di Bankstown dan kemudian Glebe di Sydney. Sejak 2011, Wan Ahmad berkunjung ke Australia sembilan kali, biasanya menggunakan visa pelancong, dan berada di sana kurang seminggu, dan kadangkala dengan wang tunai yang banyak.

Sepanjang tiga perjalanan pada 2011 dan 2012, beliau mengisytiharkan AU$112,000 (RM338,357) kepada kastam Australia. Beliau membuka akaun ketika salah satu lawatan itu menggunakan namanya sendiri di Commonwealth Bank cawangan Haymarket di Sydney. Wang itu katanya bagi pengajian bidang penerbangan untuk anak lelakinya.

Pada Disember 2012, sehari selepas tiba di Australia, sebanyak AU$30,000 (RM90,631) dimasukkan ke akaunnya dari beberapa lokasi berbeza iaitu Merrylands, Ryde, Strathfield dan Burwood. Sejumlah AUD$8,000 (RM24,167) dikeluarkan di Haymarket.

Ketua Polis Negara (KPN) Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan sehari selepas laporan SMH disiarkan. Beliau mempertahankan pengarah JSJ itu dan berkata siasatan dalaman diadakan dan Wan Ahmad dibebaskan daripada segala salah laku.

KPN juga berkata wang itu diperoleh daripada jualan rumah Wan Ahmad di Shah Alam, yang dijual pada harga RM700,000 (AU$260,770).

SOALAN: Dari mana Wan Ahmad memperoleh RM338,357 yang diisytiharkan kepada kastam Australia pada 2011 dan 2012? Adakah ia juga hasil jualan rumahnya? Siapa memasukkan wang itu ke dalam akaun Wan Ahmad? Dan kenapa deposit itu dibuat di beberapa cawangan sekitar Australia.

Aliran wang itu tidak terhenti di situ. Satu afidavit yang dilihat oleh SMH kemudian mendedahkan wang kembali masuk ke akaun berkenaan pada 2016, selepas ia tidak aktif selama beberapa tahun.

Kali ini, deposit dibuat di lima daerah berbeza dari Biloela di Queensland hingga ke Devonport di tara Tasmania ke Lakemba di barat Sydney dan Melbourne, enam hari selepas Wan Ahmad berkunjung ke Australia pada September 2016..

Terdapat 54 transaksi, setiap satu deposit di bawah paras AU$10,000 (RM30,210). Jumlah di atas paras itu akan mencetuskan perhatian daripada pihak berkuasa Australia. Dalam tempoh sebulan saja, jumlah yang dimasukkan ke akaun Wan Ahmad ialah AU$290,000 (RM875,961). Wang itu dikatakan untuk program pengajian sarjana anak perempuannya.

SMH juga melaporkan bahawa siasatan mendapati Wan Ahmad pada ketika itu ketua polis Johor meminta bantuan seorang rakan rapat, warga India bernama Seenisirajudeen Mohamad Basith untuk mengendalikan urusan pemindahan wang itu, yang kemudiannya pulang ke India.

SOALAN: Siapa Seenisirajudeen Mohamad Basith? Kenapa tidak Wan Ahmad pindahkan saja wang dari bank Malaysia ke banknya di Sydney? Apa yang cuba dielaknya? Dan sekali lagi, adakah RM875,961 itu juga hasil jualan rumahnya?

SMH juga melaporkan Wan Ahmad tidak mahu menuntut semula wangnya atas alasan mudah iaitu tindakan mahkamah terlalu mahal.

SOALAN: Siapa agaknya yang dengan sewenang-wenangnya melepaskan wang hampir RM1 juta? Siapa pula akan membiayai pengajian anak perempuannya? Adakah pengajian itu akan ditangguhkan?

Menurut sumber yang tahu tentang transaksi seperti itu, biasanya orang akan mengelak cara konvensional memindahkan wang (bank ke bank) kerana jumlah yang besar, seperti dalam kes Wan Ahmad, akan mendapat perhatian daripada Bank Negara Malaysia dan agensi kerajaan lain.

"Akan ada terlalu banyak soalan untuk dijawab. Dari mana wang itu datang? Kenapa ia dihantar ke luar negara? Bukti dan dokumen perlu disediakan.

"Terlalu leceh dan birokrasi. Jadi untuk elak semua itu, mereka dapatkan bantuan rakan yang kaya dan tinggal di negara berkenaan untuk membuat deposit ke akaun.

"Jumlah yang terlibat akan dibayar oleh pengirim kepada rakannya di sini. Mudah, tidak ada soalan ditanya," kata sumber.

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata Wan Ahmad Najmuddin Mohd naif tentang perundangan di Australia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mac, 2018.

Dalam mempertahankan Wan Ahmad, timbalan perdana menteri berkata pegawai itu naif tentang undang-undang Australia ketika memindahkan wang ke negara itu bagi membiayai pengajian anak-anaknya.

"Perkara ini timbul sejak 2016, Wan Ahmad ada sebut sumber sebenar wang itu dengan penjualan rumah untuk biaya pendidikan anaknya di Australia, cuma undang-undang di negara itu jika ada transaksi lebih daripada AU$10,000, ia harus mendapat kebenaran khusus.

"Tapi dia (Wan Ahmad) menjelaskan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa dan juga secara peribadi kepada saya sendiri. Kita terima penjelasannya dengan niat yang amat baik," kata Zahid.

SPRM juga berkata tidak ada keperluan untuk menyiasat Wan Ahmad kerana beliau dibebaskan daripada salah laku oleh siasatan dalaman polis.

The Malaysian Insight cuba untuk menghubungi Wan Ahmad beberapa kali tetapi setakat ini belum mendapat respons. – 6 Mac, 2018. ~ Themalaysianinsight

Nota : Sprm mula siasat kes akaun Pengarah Bukit Aman

Najmuddin tidak tuntut wang dibekukan kerana kos mahal, kata KPN
kedahlaniie.blogspot

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak menuntut semula wangnya yang dibekukan di Australia kerana didakwa proses itu bakal menelan belanja besar.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut.

"Dia (Wan Ahmad Najmuddin) berpendapat sekiranya dia teruskan untuk mendapatkan kembali wang tersebut, kosnya mungkin lebih besar kerana urusan ini melibatkan luar negara," katanya seperti dipetik Astroawani hari ini.

Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald telah melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad Najmuddin dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang atau hasil daripada kegiatan jenayah.

Bagaimanapun, Fuzi berkata hasil siasatan mendapati wang tersebut diperoleh hasil daripada penjualan rumahnya di Shah Alam yang pada waktu itu berharga RM700,000 (A$260,770).

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Tuesday, March 06, 2018 11:23 PM
Subject: Fw: Jika Ada Bukti 'Wang Halal' Kenapa Tidak Tuntut

Jika Ada Bukti 'Wang Halal' Kenapa Tidak Tuntut Wang Di Australia, Soal Hanipa.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Malaysian Dateline

Keengganan Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menuntut wang sejumlah RM971,800 yang dibekukan pihak berkuasa Australia disifatkan sebagai 'pelik' oleh Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, sepatutnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menuntut kembali wangnya jika benar ia dari sumber yang halal hasil jualan sebuah rumahnya di Shah Alam.

"Diandaikanlah benar dakwaan polis tersebut dana RM 971,800 kononnya dari 'bukti' wang penjualan rumahnya di Shah Alam dan diandaikanlah wang dalam akaun di Australia itu memang wang 'halal' dari 'bukti halal' itu, isunya kenapa pengarah CID itu tak mahu tuntut 'wang halal' yang begitu banyak itu di Australia dengan engage lawyer di sana dan kemukakan bukti itu di sana? Itulah kaedahnya tuan IGP," ujarnya dalam tulisannya di facebook.

Beliau dipercayai mengulas mengenai laporan Sydney Morning Herald (SMH) pada Rabu, dipetik media negara ini yang melaporkan Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesyaki "kemasukan wang tunai mencurigakan" dalam akaun "Goal Saver" Bank Commonwealth milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 (RM972,000) dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Bagaimanapun Najmuddin dalam satu kenyataannya berkata, ia adalah kes lama yang dibongkar semula SMH dan ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berdasarkan cerita lama yang mana siasatan dalaman telah dilakukan dan tiada salah laku ditemui ketika siasat dilakukan dua tahun lalu.

Pada Jumaat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu kenyataan dipetik berkata, tujuan utama Najmuddin membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.

Jelas beliau, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

Menurut Hanipa lagi, apabila Najmuddin dalam kenyataan mengatakan dia ada 'bukti' wan itu dari sumber halal sebaliknya tidak menuntut semula wang itu sesuatu yang pelik.

"Bila anda kata ada 'bukti' wang itu bersumber dari sumber yang halal dan selepas itu tidak mahu pula reclaim wang yang dilucutkan itu, tak ke ianya suatu yang pelik sepelik orang yang membela kapal layar Equanimity bukan milik Jho Low tapi Jho Low pula kata tindakan rampas Equanimity itu keterlaluan. Kalau bukan milik Jho Low kenapakah Jho Low perlu bersuara?"

Akhirnya tuan IGP sekadar tunjuk bukti tak cukup. Bukti itu "must be duly tested" di Australia melalui permohonan di Mahkamah di sana bagi tuntut semula wang RM 971,800 itu.

"Baru munasabah pembelaan anda itu tuan IGP. Lagi satu, jangan ingat kita sahaja ada bukti, polis Australia juga mungkin ada lagi banyak bukti," ujarnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sistem Mampatan Udara Pecah, Ada Kakitangan Cedera Serius, Masalah Bekalan Air Di Selangor Akan Tersasar Dari Jadual Asal
siakapkeli.my

7 Mac - Baru-baru ini di beberapa kawasan di Negeri Selangor mengalami masalah bekalan air selepas ada beberapa kerosakkan yang berlaku. Namun tidak keseluruhan Selangor menerima tempiasnya. Cuma, beberapa kawasan sahaja yang terlibat.

Jika mengikut makluman dari Air Selangor, masalah itu akan selesai pada 6 Mac 2018 (Semalam). Namun, ketika pemeriksaan dibuat bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pula pecah.

Ini membantutkan usaha Air Selangor untuk menyelesaikan masalah air di Selangor. Air Selangor telah membuat kenyataan media menerusi laman Facebook rasminya dan mendakwa bukan sahaja sistem mampatan iu pecah, malah beberapa kakitangan mereka juga mengalami kecederaan yang serius.

Susulan insisden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan air akan sedikit tersasar daripada jadual yang ditetapkan dan Air Selangor akan memaklumkan notis hebahan yang terbaru dalam masa yang terdekat dan akan bekerjasama dengan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).

Tambah Air Selangor lagi, bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat akan beroperasi 24 jam sehari sehingga masalah bekalan air ini selesai.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lembu masuk kedai
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot.
Hanya di sentul

Kejadian berlaku kira-kira pada jam 7.45 ptg yang mana lembu lembu ini cuba untuk lepak lepak di kedai pakaian terbabit...

Dah bosan jadi korban. Dorang pun nak shopping raya 😂

https://t.co/fI5Iu1a3PA

Masjid Dimasuki Babi Hutan Selesai Disamak, JAIS Dan Jabatan Mufti Selangor Kawal Selia Proses Pembersihan
siakapkeli.my

7 Mac - Malam tadi gempar apabila Masjid Jamek Sungai Plong, Sungai Buloh dimasuki oleh seekor babi hutan dan pagi tadi aktiviti pembersihan dan samak telah selesai dilakukan.

Imam 3 Masjid Jamek Sungai Plong, Mohamed Rahmat Ahmad Buhari, 31, ketika dihubungi Utusan Online berkata, kerja-kerja menyamak dan membersihkan masjid bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada 1.30 tengah hari.

Tambah beliau lagi, kerja-kerja pembersihan dan proses menyamak telah dikawal selia oleh wakil Jabatan Mufti Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang turut hadir pagi tadi.

Rahmat juga mengatakan, tiga per empat daripada kawasan masjid tersebut telah dicemari dengan darah babi hutan tersebut dan kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan membersihkan kesan-kesan darah yang ada di lantai dan dinding masjid.

"Babi ini telah cedera dan berdarah ketika masuk ke dalam kawasan masjid. Atas nasihat Jabatan Mufti Selangor dan JAIS kita buang karpet yang dicemari dengan darah babi berkenaan. Turut dibuang sebuah kipas dan dua buah kerusi yang rosak akibat disondol babi itu.

"Selesai membersihkan darah pada dinding dan lantai. Kita memulakan proses menyamak dengan membasuh mengunakan air tanah sekali dan enam kali air bersih," kata Mohamed Rahmat.

Kawasan sekitar Masjid Jamek Sungai Plong dikatakan memang mempunyai habitat babi hutan dan ini adalah kejadian pertama haiwan liar itu menceroboh kawasan dalam masjid.

"Babi tersebut cedera di luar kawasan masjid dan menjadi berang. Dia cuba mengejar kanak-kanak yang berada di luar masjid. Kanak-kanak tersebut yang ingin menyelamatkan diri lari masuk ke dalam masjid.

"Tindakan kanak-kanak tersebut adalah betul dan babi berkenaan mengejar mereka sehingga ke dalam masjid," kata Mohamed Rahmad.

Kerja-kerja pembersihan turut dibantu oleh sepasukan anggota bomba seramai 15 orang dan dua buah jentara bomba.

"Malam tadi kita solat Isyak berjemaah di kawasan yang tidak dicemari oleh babi hutan tersebut," jelas Mohamed Rahmad mengenai gambar jemaah bersembahyang di dalam masjid malam tadi.

Kejadian seekor babi hutan jantan tersesat masuk ke dalam masjid ketika jemaah sedang menunaikan solat ba'diyah Maghrib hingga mencederakan seorang jemaah itu tular di media sosial.

Siakapkeli.my

Babi pun pergi Masjid...

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

KECOH... Jemaah Masjid Sungai Plong, di Sungai Buloh, Selangor gempar apabila dikejar seekor babi hutan yang sakit dipercayai dari hutan berhampiran pada malam Selasa.
Ia bukan sahaja mencetuskan keadaan kecoh dalam kalangan penduduk setempat, bahkan umat Islam di seluruh negara apabila berita pelik ini kemudian tular secara luas menerusi media sosial sejak malam tadi.

Suasana panik bermula apabila haiwan liar yang tercedera di leher itu dipercayai tersesat masuk ke pekarangan kawasan masjid berkenaan sebelum mengejar jemaah yang berada di luar rumah ibadat tersebut.

Haiwan najis mughallazah itu kemudiannya bertindak ganas dengan masuk ke dalam dewan solat sebelum menyondol salah seorang jemaah ketika waktu solat ba'diyah Maghrib sehingga menyebabkannya tercedera.

Imam Satu Masjid Sungai Plong, Ungku Ahmad Hazwan Ungku Kamarudin berkata, ketika kejadian ada dalam kalangan jemaah berusaha menyelamatkan diri dan ada berusaha halau ia keluar dari dewan solat.

"Ia akhirnya berjaya ditembak seorang jemaah yang kebetulan memiliki senapang patah. Pihak polis turut dihubungi bagi bantu menenangkan keadaan," katanya menerusi status di akaun Facebook masjid itu semalam.

Dalam pada itu, Ungku Ahmad Hazwan memberitahu bahawa kejadian aneh tersebut bagaimanapun telah menjejaskan kira-kira tiga perempat bahagian dalam masjid dan sekitar kawasan beranda.

"Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah hubungi Jabatan Mufti Selangor bagi bantu menyelesaikan masalah ini. Wakil mereka akan hadir bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid.

"Ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas. Saya memohon kepada semua terutama ahli kariah agar dapat berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh Ungku Ahmad Hazwan:

SAYA mewakili Tuan Nazir dan Pegawai Masjid Jamek Sungai Plong mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bantu pihak masjid ketika berlaku musibah di masjid ini.

Pada hari ini, 6 Mac 2018, Selasa, ketika jamaah masjid sedang melakukan solat sunat Ba'diah maghrib, masjid kami telah 'dikunjungi' oleh seekor babi hutan jantan yang tersesat masuk ke dalam kawasan pagar masjid.

Ia mengejar jamaah dan kanak-kanak di luar dan seterusnya masuk ke dalam dewan solat dalam keadaan cedera di lehernya… Terdapat seorang jamaah yang cedera akibat disondol oleh binatang tersebut.

Ramai jamaah berusaha menyelamatkan diri dan ada di antara jamaah yang berusaha menghalau binatang tersebut keluar dari dewan solat..

Setelah berjaya diumpan keluar dari dewan solat, binatang tersebut menumbangkan 2 buah motosikal. Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jamaah masjid yang mempunyai senapang patah.

Pihak Balai Polis Sungai Plong juga dihubungi bagi membantu menenangkan keadaan. Lebih kurang 3/4 bahagian di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah ini.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) bagi membantu menyelesaikan masalah ini.

Pihak JMNS akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah Sertu dan karpet masjid. Pada ketika ini, urusan solat jamaah diteruskan seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas..

Saya memohon kepada semua terutamanya ahli kariah MJSP agar dapat bersama-sama berdoa supaya masalah ini dapat diselesaikan sebaik mungkin..

Sesungguhnya musibah yang berlaku pada hari ini besar hikmahnya..

Sekian.

Hj Ungku Ahmad Hazwan Bin Ungku Kamarudin,
Imam 1

– MYNEWSHUB.CC

Babi Hutan 'Serang' Masjid, Kejar Kanak-Kanak Dan Sondol Seorang Jemaah Hingga Cedera
siakapkeli.my

7 Mac - Seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Siyak cedera apabila seekor babi tiba-tiba muncul memasuki ruang solat di Masjid Sungai Plong, Sg.Buloh, lapor BH Online

Video yang dimuat naik Jack Shah dan Khairul Nizam menjadi tular di laman sosial.

Kejadian kira-kira jam 8 malam, seekor babi hutan didakwa tiba-tiba muncul di perkarangan masjid dan mengejar beberapa orang kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit.

Tambah menyulitkan keadaan apabila haiwan liar itu masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut salah seorang jemaah disitu, mereka terkejut dengan kejadian yang menimpa mereka itu dan cuba menghalau haiwan berkenaan.

"Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid.

"Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

"Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah," katanya.

Tambahnya lagi, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan," katanya.

Katanya, jemaah masjid kemudian menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:04 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Jaket Dipakai Arwah Mengibas Lalu Sangkut Di Sebatang Cangkuk Kecil Lori Simen" Padah Penunggang Motosikal Pakai Jaket Terbalik
siakapkeli.my

Gambar Hiasan


Adakah anda tahu ciri-ciri kelengkapan menunggang motosikal dengan betul? Pasti ramai diantara kita yang melihat penunggang-penunggang motosikal lalu lalang ditengah jalan raya tanpa kelengkapan yang sempurna seperti topi keledar yang diiktiraf SIRIM, kasut, sarung tangan, dan jaket.

Mungkin pada pandangan kita cukuplah sekadar topi keledar dan membawa lesen memandu, kad pengenalan serta cukai jalan sudah memadai sebagai penunggang motosikal. Jika tujuannya untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa, jawapannya ya, dokumen-dokumen tersebut penting. Namun, apa yang lebih penting adalah KESELAMATAN ANDA DIATAS JALAN. Nyawa tidak boleh dibeli apabila sekali ia diragut.

Penunggang motosikal ini harus prihatin akan bahaya mereka berbanding pemandu kereta. Selain topi keledar, jaket keselamatan juga sama pentingnya. Ramai yang ambil remeh tentang jaket ini kerana lebih selesa menunggang dengan memakai t-shirt tanpa perlindungan, seluar tanpa pad dan lebih teruk hanya memakai selipar.
Perkongsian daripada Zairul Eizam mengenai kepentingan pemakaian jaket kepada penunggang motosikal sama sekali perlu dititikberatkan. Telah berlaku kemalangan meragut nyawa akibat daripada penggunaan jaket atau sweater yang salah. Ngeri kalau nak difikirkan. Semua itu sepatutnya boleh dielak namun mereka memilih untuk mengambil mudah. Ikuti perkongsian Zairul dan diharap para penunggang diluar sana lebih prihatin sayangi nyawa anda.

Terngiang-ngiang sehingga hari ini.

Kepada Penunggang Motosikal. Saya mohon bantuan kalian, boleh?

Sejak 18 hari kebelakangan ini, saya lihat terdapat 63 orang penunggang motosikal, memakai baju hujan atau jaket dengan tidak kemas (Rujuk Gambar).

Begini, saya juga penunggang motosikal seperti kalian. Setiap kali panaskan enjin motor, kebiasaannya saya akan pakai baju hujan sebelum saya pakai topi keledar. Ianya disebabkan beberapa perkara:

Satu: Siap sedia andai kata hujan.

Dua: Elakkan baju/uniform kerja berbau asap.

Tiga: Sejuk, terutamanya keluar awal pagi.

Sepanjang perjalanan saya dari rumah ke tempat kerja dan begitu sebaliknya adalah 68 km. Apa yang saya perhatikan, ramai penunggang memakai jaket atau baju hujan dengan tidak kemas. Baik lalu di sebelah mahupun berhenti di lampu isyarat.

Saya faham kalian ingin cepat pergi kerja atau balik ke rumah. Dan saya juga faham ajal maut di tangan Tuhan. Tapi, beginilah..

Teringat masa saya balik sekolah menengah. Heboh cerita mengenai seorang senior meninggal dunia akibat pemakaian jaket tidak kemas. Punca, jaket yang dipakainya, mengibas-ngibas lalu sangkut di sebatang cangkuk kecil pada sebuah lori simen.

Bukan nak cerita ngeri, tapi itu kenyataan. Arwah, ketika itu dikatakan mahu memotong lori simen, dengan tak semena- mena, tersangkut jaketnya lalu tergilis dek lori simen berkenaan. Terngiang-ngiang sehingga hari ini.

Saya katakan ini bukan apa, ramai penunggang motosikal rajin celah mencelah.. Kita tak perasan, akibat pemakaian jaket yang tidak kemas, boleh jadi tersangkut di cermin sisi kereta atau handle motosikal.

Di tempat kerja, Alhamdulillah saya berjaya pujuk rakan sepejabat untuk pakai jaket dengan kemas. Syukur, mereka dengar kata dan setuju.

Saya juga pernah dua kali tegur penunggang di hentian lampu isyarat. Pertama, di awal pagi dan kedua lewat petang.

Situasi pertama begini, masa itu awal pagi. Saya berhenti di sebelah motor lain. Perlahan lahan beri salam, lalu saya katakan begini kepada lelaki terbabit.

"Bang, minta maaf. Saya mohon abang pakai jaket dengan kemas. Pernah jadi, senior sekolah saya meninggal sebab tersangkut lori simen".

Terkedu lelaki tu, lantas perkemaskan jaket.

Situasi kedua di mana, pada lewat petang, saat pulang kerja. Saya juga buat perkara yang sama seperti situasi pertama. Tetapi pemuda ini lihatnya saya atas bawah. Matanya pandang tepat ke arah saya. Malah balasan yang saya dapat adalah,

"Innalillah".

Lelaki terbabit berlalu pergi tanpa sebarang tindakan untuk perbetulkan dan saya lihat sahaja jaketnya mengibas-ngibas dek angin lalu membawa dirimu.

Mohon bantuan ya. Saya doakan kalian yang membaca ini faham apa yang saya maksudkan. Semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan tugasan.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Minta RM1 Nak Isi Minyak Motor, Rupa-Rupanya Ada Niat Lain, Lelaki Dedah Taktik Licik Peragut Di Bank
siakapkeli.my

Jenayah ragut semakin menjadi-jadi di mana sahaja. Peragut akan mencari peluang untuk melakukan perbuatan jahat mereka walaupun di tempat awam. Sekiranya terleka, kita juga akan menjadi salah seorang dari mangsa peragut. Pentingnya sentiasa beringat bahawa lebih baik berhati-hati daripada berasa senang hati apabila berjalan di mana-mana.

Terbaru, perkongsian daripada Saufi Zulkifli yang tular di laman sosial facebook. Manakan tidak, dia didatangi lelaki yang mencurigakan semasa selesai mengeluarkan duit di bank. Kononnya mahu meminta RM1 kepadanya untuk mengisi minyak motor tetapi mujurlah dia bertindak bijak dengan tidak memberikan wang tersebut.

Tidak syak lagi, setelah tidak dapat wang yang diminta lelaki itu seakan berang dan kelihatan seorang lagi rakannya itu sudah menungu di hujung simpang. Bayangkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda mengeluarkan dompet untuk mengambil duit dan secara tiba-tiba diragut? Malang tidak berbau, pasti anda sudah menjadi mangsa mereka.

Untuk perkongsian yang lebih jelas, jom kita ikuti pengalaman Saufi seperti di bawah ini. Jenayah ada di mana-mana. Berhati-hatilah kepada wanita terutamanya kerana anda yang selalu menjadi sasaran peragut. Semoga bermanfaat.

BERHATI HATI KETIKA DI BANK

Sebentar tadi didatangi seorang lelaki yang mencurigakan ketika nak naik motor selepas selesai keluarkan duit di bank. Lelaki tersebut datang tiba tiba dan minta RM1 untuk isi minyak katanya tak cukup duit untuk balik. Ketika saya baru nak mengeluarkan duit, lelaki tersebut seperti ada menyeluk sesuatu perlahan lahan ke dalam beg silang hadapannya lantas saya membatalkan hasrat dan memberikan alasan tiada duit kecil.

Wajahnya berang namun terus berlalu pergi dan di hujung simpang kelihatan seorang rakannya di atas motosikal sedang memerhatikan situasi tersebut. Ketika saya uturn dan melihat kawasan tersebut, kedua dua lelaki tadi sudah tiada.

Antara kebarangkalian boleh berlaku adalah ketika kita leka nak mencari duit dalam wallet/bag,dia boleh merampas/menyerang kita dan terus berlari kepada kawannya yang berada di motosikal dan berlalu pergi.

Gambar Hiasan

Hati hati dan jangan terpengaruh dengan nada tutur lembutnya kerana itu saja cara untuk mendapatkan kepercayaan kita. Tujuan post ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita semua yang bahaya ada di mana mana dan kita perlu cakna/peka dengan sebarang kemungkinan.

Saya kongsikan tips keselamatan jika anda menghadapi situasi ini :

1) Berada pada jarak selamat dengan orang yang anda tidak kenali dan pegang bag/wallet anda dengan kuat.

2) Bagi alasan tiada duit kecil dan perlu tegas serta jangan lupa untuk lihat keadaan sekeliling agar anda bersedia dengan segala kemungkinan.

3) Jika keadaan semakin tegang,maka terus berlalu dari situ dan minta pertolongan,tinggalkan motosikal/kenderaan anda.

Kepada sesiapa yang merasakan post ni bermanfaat,maka kongsikanlah agar kita dapat bantu orang lain terutamanya kaum wanita yang sering jadi sasaran. Kepada yang rasa post ini cuma panik/paranoid.anda boleh abaikan cuma jangan menyesal jika ianya berlaku kepada diri sendiri atau saudara mara. Terima kasih. Semoga bermanfaat.

Siakapkeli.my

Pokok Besar Tumbang Depan KLCC, Dua Penunggang Motosikal Cedera Parah
siakapkeli.my

5 Mac 2018, Kuala Lumpur dikejutkan dengan pokok besar yang tumbang betul-betul dihadapan Menara Berkembar Petronas, KLCC Jalan Ampang dan telah menghempap dua orang awam pada jam 7.43 pagi tadi. Melalui Twitter @ITISDBKL, rentetan daripada kejadian itu, beberapa Jalan berhampiran antaranya, Ampang ke Jelatek serta sekitar kawasan Yap Kwan Seng mengalami kesesakan yang teruk.
Makluman pokok tumbang di hadapan KLCC Jalan Ampang. Pokok tersebut telah menghimpap orang awam. Polis Trafik dan Bomba di lokasi. Bantuan Unit Kecemasan DBKL menghala ke lokasi. #kltu pic.twitter.com/e7867YP3PH
— ITIS DBKL (@ITISDBKL) March 4, 2018

#KLTU pic.twitter.com/QPdAcgbey9
— ITIS DBKL (@ITISDBKL) March 5, 2018
Unit Kecemasan DBKL juga sedang menghala ke lokasi kejadian bagi memantau mangsa terlibat dan masih menunggu perkembangan baru mengenai keadaan dua orang mangsa tersebut yang dilaporkan cedera.

Sumber Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya kini berada di lokasi berkenaan bagi menangani isu berbangkit.

"Skuad Penyelamat Jawatankuasa Penilaian juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siakapkeli.my

Sumber: Berita Harian, ITIS DBKL

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:05 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Sumbangan Masjid Pun Hang Nak Goreng Ka ?
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Payah betul kalau bercakap dengan orang lama2 ni. Dia duk compare zaman dulu dengan sekarang. Sbb tu dulu p.ramlee buat cerita haji bakhil kot. Sekarang bila dah hadam cerita p.ramlee dah tak jadi haji bakhil.

Aku rasa bahagian statistik negara perlu buat kajian dengan statement shahrir ni. Ada correlation ke tidak antara sumbangan masjid dengan perkembangan ekonomi.

Asal BN, Goreng jela.

Sumber : SH

Gambar wanita juruwang stesen Petronas, Baru kerja 3 jam rembat RM3000
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Gambar wanita yang didakwa melarikan wang tunai milik Stesen Petronas Taman Daya telah tersebar sejak semalam.

Wanita yang dikatakan baru sahaja bekerja selama 3 jam di Stesen Petronas Taman Daya bersebelahan Puspakom itu telah melarikan sebanyak RM3,000 milik syarikat tersebut.

Ekoran insideni itu, pekerja stesen terbabit mengambil inisiatif menyebarkan gambar suspek di laman sosial. Ia dikongsikan oleh pengguna Facebook, Sherryna Razmi dengan 'caption' gambar seperti berikut;

"Pada sesiapa ada mengenali perempuan ini tolong beri maklumat pada kami segera kerana dia telah mencuri dan merompak duit Petronas company kami RM3,000. Baru kerja tak sampai 3 jam dah rembat duit. Tolong beri kerjasama pada kami. Petronas kami area Taman Daya bersebelahan Puspakom."

Indonesia hari ini lebih bermaruah dan ke depan berbanding Malaysia
kedahlaniie.blogspot

MALAYSIA DATELINE

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, tidak berapa lama dahulu Indonesia adalah negara lebih miskin dan tinggi rasuahnya berbanding Malaysia tetapi hari ini situasinya telah jauh berbeza.

Negara itu katanya kini lebih bermaruah, mempunyai akauntabiliti yang tinggi serta semakin ke depan dari sudut ekonomi.

Dalam isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) maruah Malaysia makin hari makin tercabar setelah dimalukan oleh berbagai negara asing.

"Amerika Syarikat, Switzerland, Abu Dhabi serta Singapura telah merampas harta hasil haram berpunca dari penipuan 1MDB.

"Terkini jiran serumpun kita Indonesia pula merampas kapal mewah dipercayai milik Jho Low di Bali kerana dipercayai dibeli dari sumber duit haram 1MDB.

"Dua jiran terdekat kita Singapura dan Indonesia telah bertindak berkaitan wang yang dicuri melalui IMDB tetapi kerajaan Malaysia sendiri masih membisu seribu bahasa," kata beliau dalam kenyataannya semalam.

Kata Raja Bahrin, tidak berapa lama dahulu Indonesia adalah negara lebih miskin dan tinggi rasuahnya berbanding Malaysia. Hari ini situasinya telah jauh berbeza.

Hari ini ekonomi Indonesia antara 10 terbaik di dunia dan rasuah telah banyak dibendung serta banyak berkurangan, katanya.

"Apa lagi yang Indonesia jauh lebih baik daripada kita?

"Baru baru ini Menteri Kewangan Indonesia, seorang wanita, mengharumkan nama negaranya apabila terpilih sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia..

"Sementara itu Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Najib Razak serta ahli keluarganya terpalit dengan skandal kleptokrasi terbesar dunia yang memalukan negara kita," ujar Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu itu.

Tambahnya, baru-baru ini kerajaan Malaysia telah membenarkan beberapa ahli Kerajaan Yahudi Israel termasuk bekas Menteri Israel memasuki dan tinggal di negara kita secara senyap-senyap selama satu minggu untuk menghadiri konvensyen di Kuala Lumpur.

"Pegawai tersebut juga mendedahkan melalui media Israel bahawa secara diam-diam perdagangan antara Israel dan Malaysia terus meningkat berjumlah RM6 billion.

"Di manakah semangat menentang Israel selama ini kerana kekejamannya terhadap orang Islam Palestin yang dibunuh dan diusir dari tanah air mereka?" soal beliau.

Baru-baru ini apabila pesawat udara Presiden Israel mahu melalui ruang udara Indonesia dalam penerbangan dari Israel ke Australia, kerajaan Indonesia tidak membenarkannya, jelas beliau.

Katanya, begitu tegas pendirian Indonesia terhadap negara Israel yang amat membanggakan.

"Malaysia kini telah menjadi negara tanpa pendirian dan maruah. Prinsip pembelaan Islam digadai dan nilai moral dinodai melalui rasuah yang berleluasa di negara kita.

"Jiran kita Singapura menangkap persalah dari bank di sana yang mencuri wang melalui 1MDB.

"Indonesia pula merampas kapal mewah Jho Low hasil wang haram 1MDB, tetapi Kerajaan Malaysia menyatakan tiada wang dicuri atau hilang dari Malaysia. Alangkah memalukan," tambah Raja Bahrin.

Yang lebih memalukan lagi katanya lagi, adalah apabila para agamawan terus membisu dan berlakon pekak tidak mendengar rintihan rakyat yang menderita kekurangan wang akibat skandal skandal ini.

Malahan ada mereka yang menyuruh rakyat untuk menyokong kerajaan ini supaya terus memerintah negara, katanya.

"Sikap dan pendekatan dua kerajaan negara jiran, Indonesia dan Malaysia, yang penduduk majoriti Islam memberi gambaran yang jelas betapa jauhnya perbezaan nilai akauntabiliti serta moral dua negara ini.

"Indonesia mempunyai menteri kewangan terbaik diiktiraf dunia hari ini sementara kita mempunyai menteri kewangan kleptokrat dikecam hebat dunia.

"Indonesia membantah pesawat Presiden Israel melalui ruang udaranya berpuluh ribu kaki di angkasa, sementara Malaysia menerima bekas mentri Israel memijak kaki di bumi Malaysia dan berniaga dengan mereka.

"Rakyat Indonesia dan Malaysia mungkin kelihatan ada banyak persamaannya, tetapi hari ini kerajaan kita jelas tidak serupa dalam pendekatan isu akauntabiliti dan pendekatan persaudaraan dalam sokongan kaum Islam Palestin," kata beliau.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Saturday, March 03, 2018 11:09 PM
Subject: Fw: Adakah Azeez akan ditahan SPRM, Rampasan kapal mewah

Rampasan kapal mewah: Lucu bila menteri BN bela Jho Low
kedahlaniie.blogspot

Tindakan menteri komunikasi dan multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas pembangkang kerana menguar-uarkan tindakan polis Indonesia menyita kapal layar mewah milik ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low dianggap sebagai 'melucukan'.

Apatah lagi apabila Salleh mendakwa pihak pembangkang menggunakan "dakwaan tidak disahkan dan terbukti" yang kapal layar mewah itu, Equanimity dimiliki Jho Low dan dibeli dengan dana 1MDB.

"Saya rasa amat lucu apabila membaca kenyataan seorang menteri Umno yang juga pimpinan tertinggi parti itu yang mendakwa tiada bukti kapal layar mewah yang disita dan dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia adalah milik Jho Low," kata ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

"Jika nak bela seseorang pun YB, berpada-padalah. Janganlah sampai jadi bahan lawak YB," ujarnya sinis.

Hanipa berkata, jikapun dakwaan Salleh itu betul, mengapa Jho Low enggan keluar dari persembunyian dan menafikan secara jelas yang kapal layar mewah berharga US$250 juta dan dibeli dengan wang 1MDB itu bukan milik beliau?

"Kenapa YB (Salleh) pula yang sibuk nak jadi 'spokeperson' (jurucakap) Jho Low?" soal Hanipa.

Hanipa sebaliknya menyarankan Salleh agar menasihati Jho Low supaya keluar dari persembunyian dan menafikan kapal layar mewah itu adalah milik beliau seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan beliau dengan kapal layar mewah yang didaftar di Pulau Cayman itu.

Malah tambah Hanipa, kenyataan Salleh seolah-olah menganggap pihak yang merampas kapal Equanimity di Bali itu sebagai tidak tahu apa-apa, sedangkan menurut Pengarah Jenayah Ekonomi dan Jenayah Khas Indonesia, Agung Setya, rampasan itu dibuat setelah mendapat perintah mahkamah negara itu.

"Bila dapat perintah Mahkamah, logiknya ada permohonan telah dibuat terlebih dahulu. Dan logiknya juga telah dikemukakan juga bukti pemilikan kapal itu dengan Jho Low dan kaitan kapal itu dan Jho Low sekali dengan 1MDB dan seterusnya kaitan 1MDB, Jho Low dan kapal itu dengan saman DoJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat).

"Nampak tak YB? Itulah mekanisme proses perundangan di mahkamah di seluruh dunia YB sebelum seorang hakim itu keluarkan perintah benarkan kapal itu dirampas. Jika kita tak cerdik, jangan ingat orang lain pun tak cerdik juga," bidas Hanipa.

Sehubungan itu Hanipa menyarankan Salleh agar menasihati kerajaan supaya mencabar dakwaan dalam saman DoJ di mahkamah Amerika Syarikat bagi membatalkan saman itu.

"Bila saman dibatalkan habislah cerita 1MDB di US itu. Itu caranya YB," kata Hanipa.

Beliau juga menasihati Salleh dan kerajaan BN agar mencontohi model Australia, Miranda Kerr yang pernah berhibur di atas kapal mewah itu dan dihadiahkan barang kemas oleh Jho Low tetapi memulangkan kembali hadiah mewah tersebut apabila mendapat tahu ia dibeli dengan wang 1MDB yang diselewengkan.

"Jika tak mahu buat semua itu, lebih baik kunci mulut kamu YB.

"Begitu juga (pihak) yang sebelum ini puas hati dengan penerangan 1MDB dalam masa 2 jam pun tak perlu lah nak tumpang sekaki mengomen isu ini," katanya mengulas sinis pendirian Pas mengenai 1MDB.

1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk AS, Switzerland dan Singapura atas dakwaan pengubahan wang.

Sebanyak US$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ sejak 2 tahun lalu.

Reuters melaporkan polis Indonesia menyita Equanimity di Bali susulan surat daripada Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) yang diterima pada 21 Februari lalu.

Mereka turut menyoal siasat kapten dan kru kapal layar mewah itu, atas permintaan pihak berkuasa AS yang sedang menyiasat dakwaan pengubahan wang dana dikaitkan dengan 1MDB.

Ogos lalu, DoJ meminta penangguhan saman sivilnya bagi merampas aset lebih US$1.7 bilion yang didakwa dibeli dengan dana dicuri daripada 1MDB kerana sedang menjalankan siasatan jenayah ke atas 1MDB.

Antara aset dikehendaki adalah sebuah kapal layar mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli pembiaya Malaysia, Jho Low yang dinamakan sebagai orang penting dalam saman AS itu.

Menurut saman itu, Jho Low menggunakan wang diseleweng daripada 1MDB untuk membeli Equanimity, kapal layar sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman.

RAMPASAN KAPAL MEWAH JHO LOW : MARUAH NEGARA SEMAKIN TERDEDAH, PEMIMPIN NEGARA TIDAK RASA BERSALAH
kedahlaniie.blogspot.

1. Tindakan kerajaan Indonesia merampas kapal layar mewah di Bali milik hartawan kontroversi Low Taek Jho @ Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB begitu menggemparkan dan memalukan negara. Media Indonesia melaporkan operasi merampas kapal bernama The Equanimity yang dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta daripada dana 1MDB adalah hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI), AS.

2. Isu 1MDB bagi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sudah menjadi isu global dengan negara Indonesia termasuk antara antara negara yang melancarkan 'serangan' dan buruan ke atas semua yang berkaitan dengan 1MDB. Indonesia, walaupun jiran dan saudara serumpun dengan Malaysia, bertindak tegas tanpa kompromi terhadap kapal itu. Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas Kombes Daniel Silitonga memberi jawapan yang begitu tegas iaitu : " Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang.. Undang-undang yang harus menang,"

3. Isu rampasan kapal layar ini sepatutnya telah sampai ke titik terakhir kerajaan dan rakyat Malaysia. Jika AS dan seluruh dunia begitu tegas dalam soal menjulang keadilan dan menentang kezaliman, tidak wajar bagi Malaysia mendiamkan diri begitu sahaja. Isu 1MDB sudah tidak mampu disembunyikan kerana 'bangkai dinasour' ini sudah berbau busuknya ke seluruh dunia. Apakah kita tidak malu ketika seluruh dunia memerangi korupsi, rasuah, penyelewengan dan ketidak adilan yang berpunca dari negara ini, Malaysia mengambil sikap membisu serta mendiamkan diri. Malah Peguam Negara AS Jeff Sessions menyifatkan skandal 1MDB kleptokrasi paling teruk di dunia dengan lebih AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan penggubahan wang haram dibuat menerusi urus niaga haram yang kompleks dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.

RAMPAS KAPAL PENCURI DUIT 1MDB BUKAN CAMPUR TANGAN ASING

4. Dalam rampasan di Bali semalam juga, 34 orang anak kapal berada di situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan. Beliau adalah suspek yang disasarkan namun mujur beliau tiada di dalam kapal terbabit. Jho Low sudah menjadi pelarian dengan banyak negara melancarkan operasi memburu beliau seumpama pengganas antarabangsa. Nama beliau cepat naik tetapi beliau populariti dengan cara yang amat memalukan negara. Saya hairan bagaimana manusia seperti ini boleh berkawan dengan pembesar negara, menjadi anak emas pemimpin negara, hidup bebas dan mewah hasil 'duit haram' dan aset milik negara. Apa yang istimewanya Jho Low dengan memiliki kapal mewah ini berbanding penduduk kampung dan rakyat kelas menengah dan rendah yang lebih memerlukan duit negara daripada beliau.

5. Isu 1MDB bukan modal politik pembangkang di musim pilihan raya. Tindakan merampas kapal mewah The Equanimity bukan di arah atau dirancang oleh pemimpin pembangkang dengan kerjasama kerajaan AS. Jangan pula nanti ada tuduhan mengatakan ia adalah campur tangan kuasa asing atau mengundang campur tangan asing ke negara ini. Janganlah pula PM hilang ilhamnya mencari tarikh keramat PRU ke 14 kerana meletupnya isu ini ketika ini.

6. Kes yang berlaku ini adalah tindakan negara-negara di dunia, yang melihat kesalahan yang begitu jelas dan besar dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. Bagi negara yang demokratik, bebas dan telus, isu ini ibarat 'boleh meruntuhkan langit'. Tetapi bagi negara yang Indeks Persepsi Rasuahnya merudum, skandal 1MDB adalah satu daripada koleksi bermasalah yang boleh diselesaikan dengan hanya menutup mata dan mulut.

7. 1MDB adalah kesalahan pemimpin negara, yang salah urus tadbir dan pencurian dana negara. Jika Malaysia gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu 1MDB serta mengheret Jho Low ke muka pengadilan, maka negara-negara lain membuktikan dengan usaha agresif seperti rampasan kapal ini dapat membantu menyelesaikan skandal terburuk di dunia. Malulah terhadap negara lain, ketika maruah negara sedang dilihat dengan segala pekung dibuka, Malaysia masih mahu menafi, menyalahkan pihak lain malah berbangga dengan kesalahan diri.

YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
12pm Langkawi Permata Kedah
1 Mac 2018/13 Jamadilakhir 1439H

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Hantar Pukul 6, Pukul 7 Dah Berbuih, Anak Tahfiz Pula Kena Bersihkan Makana Basi", Alasan 'Sedekah' Ke Pusat Tahfiz Konon Nak Elak Membazir
siakapkeli.my

Jamuan pernikahan atau kenduri ini adalah salah satu tanda syukur pihak pengantin dalam menzahirkan rasa terima kasih kepada Allah swt apabila urusan perkahwinan dipermudahkan. Namun syukur itu tidak bernilai jika adanya perbuatan yang kufur.

Kufur kepada Allah swt kerana meletakkan harga mas kahwin dan belanja hantaran yang begitu tinggi kerana beranggapan status perlu diberi perhatian. Kufur juga berlaku apabila majlis itu digah-gahkan sehingga timbul riak dan mengakibatkan pembaziran.

Hari ini rata-rata budaya Melayu sudah melangkaui sunnah. Terlalu mementingkan adat raja sehari sehingga pembaziran juga dikira perkara biasa. Sudah jadi 'trend' orang-orang kaya dan pembesar pula dijadikan tetamu utama bukan orang susah atau fakir kerana itulah sunnah sebenarnya.

Apabila prinsip sunnah ini dipelihara dengan menjaga kebajikan orang susah, maka tercapailah kesyukuran majlis itu. Apa yang jadi hari ini sebaliknya.. Orang susah atau anak-anak tahfiz dijadikan pilihan terakhir dengan sisa-sisa makanan berlebihan 'disedekahkan' kepada mereka.

Niatnya murni, ingin bersedekah, tapi lauk-pauk yang disedekahkan itu basi dan langsung tidak boleh dijamah. Terlihat keprihatinan tuan rumah itu sangat sedikit tanpa memikirkan sensitiviti anak-anak ini. Mungkin ada diantara mereka yang teringin sangat merasai lauk pengantin, namun akhirnya makanan tersebut tidak boleh dimakan.

Perkongsian daripada laman Kasih Till Jannah ini menceritakan bagaimana realiti 'sedekah' dengan niat mengelakkan pembaziran bertukar menjadi aib. Kesemua makanan yang diberikan basi malah periuk-periuk yang disertakan perlu dibersihkan oleh anak-anak tahfiz tersebut. Baca perkongsian dibawah ini semoga dapat dijadikan pengajaran bagi kita dan lebih sensitif terhadap pihak yang nak disedekahkan.

Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.

Lebih malang lagi semalaman pelajar tido dengan bau masam dan busuk dr lauk2 basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah "tuan rumah kenduri" semalam iaitu buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap2 minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.
Saya pernah menyebut dalam kuliah2 saya tentang perkara ini berkali2. Namun ada suara2 mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul2 ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dn menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup...tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.

Alhamdulillah anak2 tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang2 ada juga orang yg upah katering 2 3 malam berturut2 utk jamu anak2 syurga ni. Tak kurang juga yg sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan mcm2 bahan mentah utk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli2 quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung2 hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn

Siakapkeli.my

"Ibu Bapa Kat Gerai Makan, Hanya Kakak Perhati Dari Atas," Wanita Kongsi Detik Cemas Kanak-Kanak Mati Lemas Dalam Sekelip Mata
siakapkeli.my

Kecederaan atau kecelakaan yang berlaku kepada anak-anak samada diluar atau didalam rumah boleh dielakkan asal ibu bapa mengambil berat dan prihatin akan pergerakan serta beberapa aspek keselamatan yang penting.

Kanak-kanak tidak boleh berfikir seperti orang dewasa. Ibu bapa perlu mengetahui keupayaan anak-anak bagi persediaan mengelak kecuaian. Apatalah lagi jika anak-anak bermain dikawasan luar rumah dan bertindak sendirian tanpa pengawasan yang teliti daripada ibu bapa atau penjaga mereka.

Sebenarnya ibu bapa boleh mengurangkan risiko kejadian seperti ini. Situasi ini boleh dikaitkan dengan perkongsian daripada Ekin Thalia yang menceritakan detik cemas seorang kanak-kanak tanpa pengawasan ibu bapa yang akhirnya tergelincir dan lemas. Mangsa tidak dapat diselamatkan sebaik saja tergelincir dan lemas.
Semoga ibu bapa selepas ini lebih prihatin dan mengambil serius perkara-perkara yang tidak dijangka seperti apa yang dialami keluarga mangsa.

Sekadar peringatan untuk ibu bapa yang bawa anak2 pergi mandi manda tlg jangan leka,awasi anak anak dari jarak dekat sedekat yg boleh, pastikan keselamatan mereka, sebab malang memang tak berbau.
Waktu kami mandi kat Lata Iskandar Cameron Highland ada satu insiden kanak2 mati lemas. Al-Fatihah buat adik baju merah dlm video ni. Awalnya dia mandi bersebelahan dengan kami, dia kemudian pergi ke arah dimana paras air lebih dalam dan aliran air sgt deras,(kawasan air jatuh) kawasan tu mmg takde org mandi.

Gambar2 ni seolah menceritakan macam mana adik ni lemas, mmg tak perasan yg dia mandi tanpa pengawasan sesiapa (sebab ada bberapa budak yg mandi sama2 dia pada awalnya).
Parents pergi mkn kat gerai berdekatan sementara kakak dia cuma perhati dari atas (jauh) and since ni pertama kali bawa anak2 mandi air terjun mmg saje rakam video n ambil gmbr byk2 bila tgk balik waktu video n gambar2 diambil macam terlalu cpt and rasa sekelip mata semuanya berlaku (kurang dari10minit)Allahu masih trauma and rasa sebak bila teringat kejadian tu.
Thank you hubs @zairilzakaria tolong bagi bantuan pernafasan (CPR) walaupun takde pengalaman, u n semua org dah cuba yg terbaik utk selamatkan adik ni, but Allah lebih sygkan dia..now baru i sedar kenapa u terlalu risau n sentiasa berjaga2 time anak2 mandi..good job b..semoga jadi pengajaran buat kita semua... anak amanah Allah @ Lata Iskandar Cameron Hinglands.

Bagaimana terjadi?

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Mar 7, 2018 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



''Kalau Tak Nak Terima Nasib Macam Kami, Janganlah Apply Jadi MA'' Penat Tunggu Posting, Lelaki Luah Rasa Kesal Dan Kecewa
siakapkeli.my

Medical Assistant ataupun digelar sebagai MA berperanan besar dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Mereka memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan komuniti terutama dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan asas dan rawatan kecemasan.

MA menjalankan kerja administratif dan klinikal bagi membantu tugas doktor perubatan dan kakitangan penjagaan kesihatan yang lain. Oleh itu, ramai juga yang bercita-cita mahu bergelar seorang MA.

Ditempatkan di dalam kolej perubatan, kerjaya yang tetap menanti setelah tamat latihan pasti seakan sudah melihat masa depan yang terjamin menanti. Namun, benarkah kerjaya itu sememangnya sudah tersedia untuk anda setelah tamat latihan ataupun sebaliknya?

Tular di laman facebook, perkongsian oleh seorang pengguna media sosial Fie Ueikey ini ada wajarnya. Manakan tidak, penantian posting dia dan ramai lagi rakan-rakan sebagai MA selama setahun setengah langsung tiada khabar. Bayangkan ramai yang tidak mendapat tempat, tetapi pengambilan pelajar tetap dijalankan seperti biasa, jadi lambakan student yang masih belum dihantar posting ini mahu dicampakkan ke mana.

Perkongsian ini tiada niat lain, hanya untuk meluahkan rasa kesal dan kecewa, realiti sebenar yang perlu ditelan oleh mereka. Masih ramai senasib dengan lelaki ini? Jom kita ikuti luahannya seperti di bawah.

Penantian yang menyeksakan... Khas buat student MA

Gembira tengok bdk bdk nursing junior da di panggil posting... Tunggu x sampai setahun da di panggil servis... Tapi at the same time, aku rase sedih gile... Sedih yg amat... Hampa... Kecewa... Semua bercampur baur... Lepasan MA batch aku sorang pon x dipanggil lagi... Skrang dah 1 tahun 3 bulan... Aku ulang 1 tahun 3 bulan!!! Sunyi tanpa berita... Senior pon tak habis lagi dipanggil posting... Tak perlu aku suruh bayangkan... Ni realiti hari ni....

Senior masih ade seratus lebih, batch yg intake aku seluruh malaysia lagi, bawah batch aku ade 3 lagi batch yg da habis blaja kene penangan nasib yg sama... Jun ni satu lagi batch habis blaja...jadi brape ribu lambakan student... Tak cukup dengan tu, sistem pengambilan secara berperingkat diperkenalkan...

Sampai bile nk habis panggil sedangkan nk habiskan satu batch pon makan masa bertahun...! Paling menyedihkan, kami (lepasan student MA) tak di beri ape ape berita mahupon hint, yg ada cuma tanda tanye... "Bila?"... Setiap kali jumpe kawan satu batch mahupon junior...soalan mereka...bile? Bile akan dipanggil...

Gambar Hiasan

Dulu aku fikir situasi ni macam atas kapal... Dilambung ombak tanpa penunjuk arah... Skrg situasi hari ni... Macam kapal karam... Ingatkan study satu kapal, panggil posting satu kapal... Malangnye, kapal kami karam, semua lemas...ade yg mati kat dasar... Ade yg terdampar kat pulau pulau, ade yg berenang ke pulau lain...just utk "survive"... Bkn kapal aku je, habis skli ngn kapal yg baru je siap...karam jugak... Nak kesian kan junior... Kapal aku pon xtau cerita bile org nk datang selamatkan...

Nak cakap jawatan MA ni dah tak relevan, bg aku masih diperlukan... Nak cakap staff kesihatan ramai, tanya saje staff yg da berkhidmat,staff x cukup... Jadi timbul la pula isu tiada penjawatan... Yg ni aku x boleh brain... Xboleh digest... Da stahun lebih masih xde... How long u plan to keep us at the bottom of the sea? Nak buat kerja part time, yes kami mmg buat, ade yg mmg decide utk abandoned terus MA ni... Tp ape yg kami nk adalah "Career"... Kalau stakat kerja yg tak de kene mngena, itu bkn career... Itu second choice...

Hmmm buat bakal adik adik lepasan SPM... My advice... Don't... Just don't apply for this course... Bkn sbb MA xbagus atau x relevan.. Tp sbb peluang bekerja... Kalau xnk menerima nasib mcm kami... Try something different la... Not worth it la nk mnganggur lama lama... Tu xtau la bile semua akan dipanggil kalau situasi ni berterusan.... Sekian.

Siakapkeli.my

Pendapatan Graduan 2017 Terburuk Dalam 10 Tahun
bloglist-malaysia.blogspot.
greenblacks.blogspot
Dicatat oleh G.blacks
Oleh: FAIZ FADZIL naib ketua Pemuda Harapan.

Pahit untuk ditelan, apabila trend pendapatan bulanan graduan universiti bagi peringkat ijazah pertama pada 2017 semakin parah.

Ia mencatatkan kejatuhan ketara sebanyak 84.89 peratus bagi graduan berpendapatan RM3,000 dan ke atas.

Graduan yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah telah mengusai lebih separuh (55 peratus) kelas pendapatan bulanan graduan bagi ijazah pertama.

Menurut Laporan Kajian Pengesanan Graduan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, trend pendapatan bulanan graduan Malaysia pada tahun 2017 adalah lebih parah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ia juga paling teruk dalam tempoh 10 tahun.
Senario yang berlaku ini bukan sahaja parah pada segmen lepasan Ijazah pertama, malah berlaku pada segmen lepasan doktor falsafah (PhD).

Peratusan mereka yang berpendapatan RM3,000 dan ke atas telah jatuh dengan signifikan daripada 88.9 peratus kepada 43 peratus.

Bertentangan dengan itu, semakin ramai pula lepasan PhD yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah sebanyak 19.7 peratus berbanding 2.7 peratus pada tahun 2016 dan 0.5 peratus pada tahun 2008.

Bagi segmen lepasan sijil dan diploma, trend bagi dua segmen ini juga semakin parah apabila semakin ramai yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah, dan semakin besar mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke atas semakin mengecil.

Ironinya, tahun lepas Datuk Seri Najib Razak berbangga dengan pengumuman 1.9 juta pekerjaan telah dicipta sejak 2010 sehingga 2016 di bawah Program Transformasi Nasional.

Malangnya, pengumuman tersebut dinafikan oleh Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2016 yang menunjukkan bahawa pengangguran anak muda adalah tertinggi dalam sejarah (10.7 peratus) lebih tiga kali ganda kadar purata pengangguran nasional (3.1 peratus).

Malah laporan Bank Negara Malaysia juga menyatakan bahawa lebih separuh (61 peratus) pengangguran adalah di kalangan anak muda.

Jadi apa cerita ini tuan perdana menteri?

Cukup-cukuplah bersandiwara di mata rakyat dengan nombor penyedap telinga yang jauh tersasar pada realiti yang dihadapi rakyat.

Mungkin perdana menteri Malaysia tidak perasan, sebab makanan ruji beliau pun jauh lebih mahal dari rakyat jelata.

Cukup-cukuplah dengan berita yang mengusarkan rakyat apabila kerajaan Malaysia terus berdiam diri dengan kleptokrat yang bermaharajalela dengan kapal mewah berbillion ringgit, Equanimity yang didakwa dibeli menggunakan wang rakyat.

Akhirnya terpaksa juga, pihak berkuasa Indonesia dan FBI yang bertindak, di mana pihak berkuasa kita?

Generasi muda hari ini bukan sahaja akan terus tersepit dalam dilema format ekonomi buatan Najib Razak (Najibnomics), malah generasi muda terus dilema akan kelesuan pihak berkuasa untuk menangkap perompak wang rakyat terbesar yang kini terus bermaharajalela.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: