Tuesday, March 6, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4906

8 Messages

Digest #4906

Messages

Tue Mar 6, 2018 7:22 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kes yang menggegarkan Low Yat 2015 : Pemuda lega rayuan akhir dibenarkan
kedahlaniie.blogspot.

PUTRAJAYA - Seorang penganggur yang sebelum ini didakwa mencuri telefon sebuah bimbit di Plaza Low Yat, tiga tahun lalu lega apabila rayuan akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman empat bulan penjara serta denda dibenarkan.

Shahrul Anuar Abdul Aziz yang kini pelajar pusat tahfiz di Bukit Beruntung, Rawang hadir memakai jubah putih dan serban kelihatan meraup wajahnya di dalam kandang selepas prosiding berakhir.

Terdahulu, tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Mohtarudin Baki sebulat suara membuat keputusan itu sekali gus menolak rayuan silang pendakwaan untuk menaikkan hukuman.

Dalam keputusan itu, Mokhtaruddin berkata, majistret sebelum ini telah tersalah arah dari segi undang-undang.

"Dalam nota keterangan beliau menyatakan mengenai prima facie, tetapi dalam alasan penghakiman, pemahaman mengenai prima facie adalah berbeza," katanya.

Menurutnya, majistret telah meminta pembelaan untuk menyangkal kes pendakwaan walhal tanggungjawab pembelaan hanyalah untuk menimbulkan keraguan munasabah sahaja.

"Dengan itu rayuan terhadap sabitan dibenarkan dan hukuman diganti dengan perintah lepas bebas. Rayuan pendakwaan gugur dengan sendiri," katanya.

Bagaimanapun Mohtaruddin berkata, mahkamah percaya dan mempunyai alasan Shahrul Anuar,25, melakukan perbuatan itu.

"Nasihat saya, kalau awak buat, awak taubat. Kalau awak tak buat, anggaplah ini sebagai ujian ALLAH Taala," katanya.

Pada 24 Mei 2016, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 selepas disabitkan dengan kesalahan itu.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu didapati bersalah mencuri telefon bimbit Lenovo S860 berharga RM800 yang berada bawah jagaan See Ming Ho, di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, jam 4.47 petang, pada 11 Julai 2015.

Mahkamah tinggi turut mengekalkan keputusan itu selepas menolak rayuan Shahrul Anuar pada 5 April 2017.

Shahrul Anuar diwakili peguam, Datuk Shaharudin Ali manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Ingat Dah Tak Ada, Rupanya Ada Lagi Letak Anjing Dalam Troli Pusat Membeli Belah, Siap Anjing Kencing Lagi Dalam Troli
siakapkeli.my

Malaysia merupakan negara majmuk, rakyatnya hidup berbilang bangsa dan agama, semuanya hidup harmoni bersama, kalau ada sikit-sikit ianya tidak lebih seperti sekadar usik-usik seperti dengan adik beradik sendiri.

Dalam hidup bermasyarakat kita hasruslah saling memahami, bertolak ansur, jangan bila terjadi sesuatu terus ditunding jari kepada sesuatu kaum dan agama, kerana kaum dan agama tidak sesekali bersalah melainkan sikap individu itu sendiri.

Isu anjing diletakkan di dalam troli bukanlah isu baru, ianya sering terjadi sebelum ini, namun selepas lama tidak mendengar ianya terjadi lagi baru-baru ini.

Terbaru, kejadian berlaku di sebuah pusat membeli belah di Melaka, seorang pengguna Facebook bernama Firdaus Majid telah memuatnaik status berkenaan, beliau memuatnaik beberapa keping gambar menunjukkan seorang wanita berdiri dengan seekor anjing pula berada di dalam troli.

Menurut Firdaus, anjing yang diletakkan di dalam troili itu telah kencing menyebabkan suami kepada wanita di dalam gambar berkenaan bertindak mengelap kencing anjingnya itu dengan tisu tandas.

Menyedari keadaan ini isterinya telah pergi ke kaunter pihak pusat membeli belah berkenaan untuk meminta mereka menyamak troli tersebut kerana bimbang ada orang lain menggunakannya pula.

"Saya tidak sempat untuk tegur pasangan itu, ketika kejadian ramai orang lalu lalang kerana berada di sebelah tandas, semua yang melihat termasuk dari orang Melayu sendiri buat tak tahu sahaja," katanya kecewa dengan sikap masyarakat.

Selepas menghubungi pihak pusat membeli belah, mereka telah menghantar dua orang 'incharge' untuk mengambil troli berkenaan untuk di sertu.

"Alhamdulillah, 'person incharge' hadir dan bertindak, tujuan saya muatnaik pos ini bukan bermotifkan perkauman, tapi marah dengan tindakan pasangan ini dan orang awam. Bayangkan kalau ada orang letak baby mereka dalam troli berkenaan selepas itu, baby itu terpegang najis dan hisap-hisap jari, tambah sadis kalau mak ayah mereka pula kemam jari anak itu."

"Sebab itu kami ambil inisiatif jaga troli itu sampai selesai semua urusan, peringantan kepada semua, baik Malayu, Cina, India dan lain-lain, janganlah sibuk sangat main telefon sampai sanggup butakan mata dalam hal begini, dah nampak tapi senyap pergi macam itu saja," tulis beliau. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jika Ada Bukti 'Wang Halal' Kenapa Tidak Tuntut Wang Di Australia, Soal Hanipa.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World
Oleh : Malaysian Dateline

Keengganan Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd menuntut wang sejumlah RM971,800 yang dibekukan pihak berkuasa Australia disifatkan sebagai 'pelik' oleh Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.

Beliau berkata, sepatutnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menuntut kembali wangnya jika benar ia dari sumber yang halal hasil jualan sebuah rumahnya di Shah Alam.

"Diandaikanlah benar dakwaan polis tersebut dana RM 971,800 kononnya dari 'bukti' wang penjualan rumahnya di Shah Alam dan diandaikanlah wang dalam akaun di Australia itu memang wang 'halal' dari 'bukti halal' itu, isunya kenapa pengarah CID itu tak mahu tuntut 'wang halal' yang begitu banyak itu di Australia dengan engage lawyer di sana dan kemukakan bukti itu di sana? Itulah kaedahnya tuan IGP," ujarnya dalam tulisannya di facebook.

Beliau dipercayai mengulas mengenai laporan Sydney Morning Herald (SMH) pada Rabu, dipetik media negara ini yang melaporkan Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesyaki "kemasukan wang tunai mencurigakan" dalam akaun "Goal Saver" Bank Commonwealth milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang tidak aktif selepas dibuka pada 2011.

SMH melaporkan baki akaun Najmuddin bertambah hampir A$290,000 kepada A$320,000 (RM972,000) dalam tempoh sebulan, menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki wang itu adalah hasil kegiatan jenayah atau pengubahan wang haram.

Bagaimanapun Najmuddin dalam satu kenyataannya berkata, ia adalah kes lama yang dibongkar semula SMH dan ia disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berdasarkan cerita lama yang mana siasatan dalaman telah dilakukan dan tiada salah laku ditemui ketika siasat dilakukan dua tahun lalu.

Pada Jumaat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menerusi satu kenyataan dipetik berkata, tujuan utama Najmuddin membuka akaun bank di Australia pada 2011 adalah bagi menguruskan pemindahan dana kewangan untuk pengajian anak lelakinya di negara tersebut.

Jelas beliau, siasatan dalaman telah dijalankan bagi menyelidik perkara tersebut oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) pada tahun 2016.

Menurut Hanipa lagi, apabila Najmuddin dalam kenyataan mengatakan dia ada 'bukti' wan itu dari sumber halal sebaliknya tidak menuntut semula wang itu sesuatu yang pelik.

"Bila anda kata ada 'bukti' wang itu bersumber dari sumber yang halal dan selepas itu tidak mahu pula reclaim wang yang dilucutkan itu, tak ke ianya suatu yang pelik sepelik orang yang membela kapal layar Equanimity bukan milik Jho Low tapi Jho Low pula kata tindakan rampas Equanimity itu keterlaluan. Kalau bukan milik Jho Low kenapakah Jho Low perlu bersuara?"

Akhirnya tuan IGP sekadar tunjuk bukti tak cukup. Bukti itu "must be duly tested" di Australia melalui permohonan di Mahkamah di sana bagi tuntut semula wang RM 971,800 itu.

"Baru munasabah pembelaan anda itu tuan IGP. Lagi satu, jangan ingat kita sahaja ada bukti, polis Australia juga mungkin ada lagi banyak bukti," ujarnya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Fayyadh Lagi Untung Dah Ada Kat Taman Syurga," Seorang Bapa Kongsi Detik Pemergian Anaknya Yang Sangat Menyentuh Hati
siakapkeli.my

30 Jan - Ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak dan ibu bapa yang mana tidak mahu melihat anak mereka membesar di depan mata mereka sendiri. Tetapi, sebagai hamba Allah kita tidak dapat menolak takdir yang telah ditentukan.

Bagaimanakah perasaan anda sebagai ibu bapa jika anak yang baru sahaja ingin membesar dihadapan mata anda tiba-tiba pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Pasti sesetengahnya sukar untuk menerima perkara sebegini. Namun, akhirnya hati anda perlu redha dengan apa yang telah ditetapkan atas kehendak Illahi.

Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Baru-baru ini sepasang suami isteri telah kehilangan seorang cahaya mata yang sangat mereka cintai. Kisah pemergian Muhammad 'Aisy Fayyadh bin Mohd Fahdli yang diceritakan sendiri oleh ayahnya sangat meruntun jiwa.

Menurut, Mohd Fahdli Hj Kamil, Fayyadh seorang anak yang sangat baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata dan pandai berdikari. Baru berumur mencapai umur 4 tahun pada tahun 2018 sudah dimasukkan ke tadika Pasti dan baru sahaja 3 minggu adik Fayyadh merasai pengalaman bersekolah.

Punca pemergian adik Fayyadh dikatakan daripada virus yang telah menyerang otaknya namun masih lagi di dalam siasatan doktor. Nama penyakit ini dikenali sebagai Meningtis with Shock Bronchopnemonia iaitu sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di paru-paru.

Pada malam 19 Januari 2018, adik Fayyadh telah mengadu kepada ibu bapanya bahawa dia terasa sakit di bahagian perut dan mula muntah-muntah pada hari berikutnya. Dia sudah hilang selera untuk makan dan minum dan keadaan itu berpanjangan sehingga ke hari ahad 21 Januari 2018.

Namun, pada hari Ahad muntahnya sudah berkurangan berbanding hari yang sebelumnya. Menurut ayahnya, mungkin kerana dia sudah lama tidak mengisi perutnya. Mohd Fahdli juga sempat menyelitkan sedikit tips, jika anak anda mengalami muntah-muntah tanpa cirit-birit mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada sistem saraf anak anda dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Pada sabtu malam, mereka telah membawa adik Fayyadh ke klinik dan menjangkakan kesihatannya beransur pulih kerana menurut doktor dia cuma demam biasa dan perutnya masuk angin. Ibu bapa kepada adik Fayyadh hanya memberikan ubat yang mereka terima dari klinik seperti biasa.

Pada hari yang sama, adik fayyadh cuba untuk tidur, tetapi dia asyik terkejut dan tersentak ketika tidur dan kemudian mata dia terbeliak secara tiba-tiba. Percakapan adik Fayyadh juga menjadi laju tidak seperti biasa, dia juga tidak dapat berjalan dengan stabil dan kerap kali menggigil-gigil. Ibu bapanya menyangka adik Fayyadh hanya mengalami dihidrasi kerana tidak mahu makan dan minum.

Dalam pada itu, ibu kepada adik Fayyadh menyedari mata anaknya itu menjadi juling dan tidak larat untuk berjalan sendiri. Badan adik Fayyadh kelihatan sangat lemah. Jom ikuti perkongsian penuh oleh Mohd Fahdli kisah tentang pemergian anaknya Muhammad Fayyadh. Semoga boleh dijadikan pengajaran.

Assalamualaikum Semua Sahabat, Ahli Syurga. Minta Maaf lambat update. Terima kasih banyak2 kpd sahabat2 yg hadir di masjid dan tanah perkuburan tempoh hari dan juga pada geng yg telah mendoakan kami sekeluarga.

Jasa anda memang tak dapat kami balas dgn kata-kata. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Aamiiiin.

Anak saya Muhammad 'Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yg baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata, dan pandai berdikari, dia baru je masuk sekolah tadika Pasti 4tahun, selama 3 minggu ni. Punca virus yg menyerang otak dia masih lagi dlm siasatan doktor.

Nama penyakit dia dikenali sebagai Meningitis with Shock Bronchopnemonia. Sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di peparu. Virus tu merebak dari otak ke paru2 dan terus ke jantung dgn sekejapan.

Pada mulanya dia mengadu sakit perut pada jumaat (19/01/18) mlm dan start muntah2 pada hari Sabtu, dia jadi xlarat nak makan dan minum, berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tetapi hari Ahad muntah die da b'kurangan. maybe sebab xde makann lg yg nak dimuntahkan..

Tips;
If berlaku pada kanak2, muntah2 yg berpanjangan, tp x cirit birit, ada something wrong pada nerve system, which is sgt berbahaya, dan kene terus jumpa doctor pakar kanak2..

Kami sangka dia hampir pulih disebabkan kami telah pergi ke klinik pd sbtu mlm. Doc bgtahu cuma demam biasa dan perut dah masuk angin, kami bagi dia ubat yg kami dpt di Klinik tadi seperti biasa. Pada hari tu, dia cuba utk tido, tapi asik terkejut dan tersentak2 semasa tido, dan kemudian mata dia terbeliak tiba2, perkara ni berulng berkali2 sehingga dia xdpt tido dgn nyenyak.

Percakapan dia pon jadi mcm laju2 jln pun dah x stabil dan xlarat. Dan m'gigil2. Kami sangkakn die dehydrated disebabkan tidak mahu mkn n minum. Jadi pada ahad malam kami bawa dia ke Hospital Serdang utk terima rawatan "drip air", sebab nak kembalikan dia punya kandungan air seperti normal.

Dalam pada itu, isteri sy menyedari mata dia x inline (jadi juling) dan xlarat nak berjalan sendiri dia jadi lemah kejadian ni mula berlaku semasa dia terima "drip air" tersebut. Then, doctor sahkan dia xde ape2, cuma demam biasa b'dasar kn result darahnya.

Doctor sahkan yg mata juling dan tido tersentak2 tu adlh perkara biasa semasa demam dan akan elok kembali bila dh x demam. Then ktorg pon balik lah ke rumah seperti biasa. Lega rasa hati sebab xde bnd serious berlaku, ktorg smpi rumah lbh kurang jam 3pg..

Seperti ptg tadi, Fayyadh mmg xdpt nak tido dgn baik, tapi tiba2, pernafasan dia jadi laju. Kami mmg dh xsedap hati. Kami teringat yg doc kat HBKL mmg terbaik utk kanak2 terus ktorg shoot g HBKL. Kami sampai HBKL jam 5 lbh pagi.

Setelah smpi HBKL, condition Fayyadh makin teruk, dia mmg xdpt jalan langsung dan muntah2 lagi. Bila didokong, dia rasa macam nk jatuh dan gayat, mata dia masih lagi juling, tapi dia masih lagi boleh berckp dgn ktorg, tp dgn sebutan yg pantas.

Bila dh masuk ke zon merah, doc sahkan virus dh serang otak dia. Then kami diminta utk keluar sebentr sebab nak beri fokus pada team doctor merawat dia. Masa tu doc kata nak tido kan dia bg dia tenang.

Masa ni kami rasa bersyukur sebab maybe Fayyadh sempat utk pulih seperti biasa, tapi keadaan jadi lagi tegang bila doc pggl kami semula utk tgk dia. Rupa-rupanya dia dh masuk ke bilik khas utk buat CPR. Doc bgtahu denyutan jantung dia lemah, perlu buat CPR. Hanya Allah sahaja lah tahu mcm mana perasaan kami.

Aku terus call ibu ku utk mohon doakan Fayyadh, waktu ni dh jam 8pg. Prosedur biasa, doc akan buat CPR selama 30min shj, then dorang akan stop, kalau denyutan jantung masih x berubah, dan dorang mmg dh xboleh nak buat ape2 lg..

Lebih kurang jam 8:40pg, doc pggl kami utk berbincang dlm 1 bilik, mereka kata Fayyadh punya jantung mmg dh betul2 lemah. Tapi aku request utk smbg lagi buat CPR, sebab sy tahu anak sy tu kuat. Sepanjang doc buat CPR bergilir2 dlm bilik kecemasan tu, kami x henti doakan dia.

Memang kami berada dlm bilik tu utk menemani dia, mcm2 yg kami ckp dgn dia utk beri semangat pada dia. Alhamdulillah dpt semula degupan jantung Fayyadh, time ni lebih kurang dlm jam 9pagi. Jadi, Fayyadh akan transfer ke ICU utk dptkn rawatan lanjut keadaan dia time ni masih lg kritikal.

Atas doa semua, Fayyadh pny jantung alhamdulillah dpt berdegup semulaer. Terima kasih kepada semua yg mendoakan. Ada yg mak aku beritahu, rakan ye di Jordon pon turut mendoakan. Time ni dah ramai ahli keluarga kami smpi di wad kecemasan tersebut. Selepas hmpir 2 jam, semasa pemindahan katil ke ICU, tiba2 denyutan jantung Fayyadh mulai slow.

Doc buat CPR kali ke2 selama 30min, akhir ye denyutan jantung dia tetap lemah tepat jam 11:41am, 22/01/2018, Doc stop buat CPR. AllahuAkbar. Fayyadh xdpt diselamatkan lagi. Papa n Mama pon mmg dh xsanggup lihat Fayyadh kene push dada tu kuat2. Sepanjang dia berada di zon merah, kami berdua mmg sentiasa teman kan dia dan berbisik pada dia.

Fayyadh, papa n mama ade kat tepi Fayyadh ni, Fayyadh buatlah suka hati Fayyadh nak mcm mana k.. Papa n Mama ok jer. Fayyadh dh pandai mengucap, tp kami tetap berbisik pada dia kalimah Allah dan Rasullullah dan didengrkn dgn suroh Yassin sepanjang dlm bilik kecemasan tu. Tapi Fayyadh telah memilih untuk pergi meninggalkan kami semua.

"YaAllah ya tuhanku, aku memohon pada Mu, kuatkan lah hati aku dan isteri utk menerima dugaan ini. Engkau sahaja lah tmpt kami bergantung, dan ke Engkau lah kami kembali" terima kasih banyak pada semua yg dh mendoakan kami. Terima kasih tak terhingga kepada semua doctor yg terlibat. Ada doctor yg xtahan sebak, mengalirkan air mata. Sungguh besar jasa kalian yg cuba menyelamatkan anak syurga ni. Tak terbalas jasa kalian. Semoga kalian juga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman kelak.

● Doctor Aliyaa
● Doctor Sangeeta
● Doctor Zarif
● Doctor Shafinaz
● Bro Shafiq
● Doctor Wong Yee Min
● dan ade lg 3~4org yg belum detect lagi nama mereka

Fayyadh tggu kami kat depan pintu syurga nanti. InsyaAllah nanti Fayyadh dtg pickup Papa n Mama k, xpuas lg kami utk menjaga dan membesarkan Fayyadh. Banyak dan besar harapan kami utk Fayyadh di dunia fana ni. Minggu lepas dia ade bgtahu mama dia dlm kete,"Fayyadh nak masuk Syurga sorang2. Fayyadh masuk Syurga dulu. Papa, Mama, Adik jgn masuk lagi"

Masa malam yg dia muntah kat hospital Serdang tu, Mama n Fayyadh ke toilet utk bersihkan diri. Mama letak Fayyadh kat atas singki, tp Fayyadh mcm gayat nak jatuh, jadi Fayyadh peluk Mama erat. Dlm pada tu Mama tanya Fayyadh. "Fayyadh, ni nanti, Mama, Papa, Doctor akan tolong pulihkan Fayyadh, tp sape yg 1st skali akan tolong Fayyadh?" dengan x larat tu Fayyadh gagah utk menjawab, "Allah..."

AllahuAkbar. walau sakit mcm tu, tgh berlawan dgn sakit, dia tetap boleh jawab dgn baik. Memang terkesan sesgt kehilangan dia. Sebab dia bdk yg keletah, setiap gerak geri dia, ape yg dia lakukan semua tertggl dlm ingtan memory family dia dan org2 yg pernah jumpa dia. Dia mmg seorang insan yg istimewa dan terpilih. Memang sangat merindui suara dia, "boleh papa??? bolehlah..." bila dia nak minta sesuatu atau nak pergi ke mana2.

Bila aku hantar dia ke sekolah, x turun lagi dari moto di ckp "salam papa.. janji... cap... sayaannggg papa..." dia peluk aku. Setiap kali perpisahan aku n dia, dia akan buat mcm ni tapi Fayyadh tinggalkan Papa, xsempat Papa nak buat mcm ni kat Fayyadh.

Sangat merindui suara dia minta susu "Papa nak shushu, Papa nak shushu..." tp aku time tu sibuk dgn handphone, x hiraukan dia, terkilan sgt rasa. Sangat merindui dia, bila g kedai je, dia nampak roti coklat, siap2 dia letak kat atas table cashier. Bila Fayyadh nampak papa beli or mkn coklat, Fayyadh dtg ke Papa tersipu2.

Pastu ckp, "Papa, nak one jer.. eh silap2.. nak two jerr... bolehlah Papa.. nak two jer..." sebab Mama dia mmg xbg dia mkn coklat2 ni sgt, Papa je yg bg.. Dia mmg pandai nak ambil peluang ni.. dgn Papa jelah dia dpt....

Bila dia dgr azan je, dia ckp dgn mama dia "mama dah azan, solatlah.." kalau sempat aku balik rumah sblm maghrib, aku bgtahu dia, "Yadh jom g surau cpt, kalau x nnti Papa tggl" cpt2 dia kelam kabut tanya Mama dia "Mama cpt lah Mama, jubah mana, jubah mana..."

Bila aku n aida mcm sama2 bincang tntg sesuatu yg x sependapat, tiba2 dia dtg "jgn gaduhlah, Mama, Papa..." padahal bertegang cite pasal iphone n samsung. Dari Fayyadh xtahu cara nak bukk TV dlm car, smpi lah dh diajar cara nak play cerita Doraemon kesukaan dia tu sendiri. Cerita Movie pemergian Doraemon dri hidup Nobita. Jadi, bila masuk dlm kereta je, dia terus bukak utk tontonan dia n adik.

Tapi sekarang, Fayyadh xde, kami asik terasa je yg Fayyadh hadir, sdg tgk cerita Doraemon tu kat blkg smbil gelak2 tapi Allah lebih menyayangi dia, dan Allah adalah sebaik perancang. Pasti ade hikmah disebalik kejadian ni. Aku sgt2 bersyukur dgn Anugerah ni ya Allah. Terima kasih kerana telah meminjamkan kami anak syurga ini selama 3thn, 5bulan, 2hari.

Selalu dia ckp, " untunglah Mama, untunglah Papa" Fayyadh lg untung lah Fayyadh. Fayyadh dh berada kat taman2 syurga dah. Anugerah Terindah.

Muhammad 'Aisy Fayyadh Bin Muhammad Fahdli - Siakapkeli.my

"Ya Allah, Anak Aku," Seorang Ayah Tak Dapat Kawal Perasaan Lihat Mayat Anaknya Selepas Digilis Sebuah Lori
siakapkeli.my

6 Mac - Sungguh menyayat hati apabila seorang pelajar perempuan ditimpa kemalangan ngeri di Jalan Balai besar-Alur Tempoyak, Dungun, petang semalam, lapor BH Online.

Nur Syuhaiba Shafiee, 15, bukan sahaja di digilis malah diseret sebuah lori sejauh 50 meter. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.25 petang itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar itu menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian daripada rumahnya di Perumahan Taman Rakyat, Dungun untuk ke rumah neneknya di Kampung Batu 48.

Apabila mangsa tiba di tempat kejadian, Syuhaiba dikatakan cuba memasuki sebuah simpang di situ, sebelum sebuah lori yang sarat membawa muatan sagu keropok dari arah belakang gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

Pemandu lori terbabit yang dikatakan berusia 33 tahun dan berasal dari Kuala terengganu yang ketakutan bertindak melarikan diri dan dikatakan ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Katanya, jenazah Nur Syuhaiba dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Saya Tak Dera Anak, Saya Cuma Nak Ajar Anak Solat Dan Mengaji," Suami Ziana Zain Didakwa Dera Anak Sampai Lebam
siakapkeli.my

6 Mac - Suami kepada penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehinggakan menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, lapor Awani

Kejadian yang berlakupada jam 4 pagi, 25 Februari lalu di kediaman mereka di Denai Alam, Shah Alam.

Menurut Armin, dia hanya ingin mengajar anaknya solat dan mengaji. Dia juga mengatakan bertanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya.

"Saya ajar anak solat dan mengaji, tetapi dia tak faham," jelas suami penyanyi popular, Ziana Zain, Armin Zaharin.

"Saya tak dera anak!

"Saya mohon jaminan rendah dibenarkan," katanya.

Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaann dan jika sabit kesalahan, bekas pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan jaminan RM10,00 dengan seorang penjamin.

Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula kes.

Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

"Waris Masih Hidup, Saudara-Mara Yang Dicari," Cucu P.Ramlee Luah Rasa Kecewa, Dakwa Waris Sering Dipinggirkan Jika Ada Isu Berkaitan Datuknya
siakapkeli.my

6 Mac - Bukan orang Malaysia jika kita tidak mengenali nama seniman agung Tan Sri P.Ramlee. Seniman yang tiada galang gantinya. Karya-karyanya masih lagi segar hingga ke hari ini.

Bahkan, sebelum Allahyarham pergi meninggalkan kita semua, beliau pernah berkata, 'Aku mati nanti, tetapi aku akan hidup 1,000 tahun lagi.' Maka benarlah apa yang dikatakan oleh beliau, hasil karya seninya tidak pernah hilang malah, masih lagi kerap ditayangkan di televisyen.

Namun, disebalik cerita indah tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, salah seorang waris sah P.Ramlee, Najua P.Ramlee yang dikatakan salah seorang cucu kepada seniman agung itu meluahkan perasaan beliau tentang bagaimana industri seni 'melayan' waris-waris P.Ramlee dan tidak pernah dijemput dalam mana-mana majlis yang berkaitan.

Menurut beliau yang berkongsi satu artikel dari Harian Metro yang bertajuk 'Duta Jepun Peminat Tegar P.Ramlee.' Dalam artikel itu anak saudara Saloma yang mengiringi Duta Jepun itu untuk menziarahi kubur P.Ramlee dan bukannya waris terdekat.

Harian Metro

Perkara sebegini yang membuatkan cucu seniman agung itu terasa hati. Kenapa bukan waris-waris yang masih bernafas dan masih sihat dipanggil untuk perkara sebegini. Tambah Najua lagi, bukan duit yang mereka harapkan, cuma ada sesetengah perkara sepatutnya dipanggil waris yang terdekat untuk mewakili Alahyarham.

Berikut adalah luahan hati Najua.

Wow. Saya one of waris pon xtahu menahu hal ni.. haih kesian kami yg generasi muda kekadang dipandang kecil. Waris masih hidup, saudara mara yg dicari.. Tak apalah kami kan anak muda yg tak tahu apa2. lately ni saya rasa mcm2.

Anjuran itu ini yg berkaitan tapi tak diundang. Orang sesuka hati menggunakan khazanah yg terpelihara tanpa kebenaran. nak buat nak tukar sesuatu pengiktirafan yg besar tapi mengetepikan kami sebagai waris yg masih bernafas lagi.

Perhatian : Kami tak minta wang walau se sen pon bukan duit yg kami nak, kerana kami ada otak dan pandai cari duit dengan bekerja bukan minta simpati or sedekah. Maybe dulu arwah babah pon rasa sedemikan juga agaknya.. xpelah kita kan hanya cucu, anak kecil walaupun umur menjangkau pertengahan 30an.

Seorang wartawan hiburan, Zuan Azmi telah memuat naik screenshot luahan hati ini ke laman Facebooknya dan terdapat seorang bekas penulis berita, Dwan Inzaghi telah mendapatkan pengesahan daripada Rozita (Anak saudara Saloma), dan telah menjelaskan perkara yang sebenar. Ini respon Najua tentang perkara itu.

Commented on Zuan Azmi's public kiriman
app-facebook

Dwan Inzaghi Sebagai menjawab persoalan ini, saya dapatkan sendiri penjelasan daripada mulut kak Rozita Rohaizad. Katanya duta menghubungi sasha sendiri dan mereka ada beritahu duta bahawa Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga ada cucu tapi Duta tak sebut pun untuk jumpa.
6 balasan · 4 · 11 jam yang lalu

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:24 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Terengganu molek dah?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net
"

Hari ini kita bertutur Terengganu molek dah. Betul ke Terengganu molek Dah. Bagaimana pula kalau Terengganu belum molek lagi atau masih tak molek?

Penulis ingat dengan firman Allah ayat 61 surah ali Imran yang mekasudnya; "Dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang orang yang dusta"

Dusta dan bohong adalah dosa besar yang harus dijadikan perhatian bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Kenapa? Kerana dosa besar yang dijanjikan Allah bahawa mereka yang dusta dan bohong akan ditempatkan di dalam neraka.

Firman Allah ayat 10 surah ad Dzariyat yang maksudnaya: "Terkutuklah orang orang yang banyak berdusta".

Berkata berulang kali Terengganu molek dah (kempen pilihanraya) sedangkan ia belum molek dinyatakan Allah bahawa mereka itu adalah manusia yang terkutuk.

Allah menyatakan dengan jelas sepertimana Firmannya pada ayat 28 surah al mukmin yang maksudnyaL: " sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang orang yang melampaui batas dan pendusta."

Oleh itu, berkata molek kepada perkara yang tdaik molek sah mereka melampaui batas dan dusta

Didalam shahih Bukhari dan shahih Muslim sebuah riwayat dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Sesungguhnya kejujuran menuntun kepada kebajikan dan kebajikan menuntun kepada syurga. Seseorang sentiasa bersikap jujur selalu berwaspada hingga tercatatlah ia disisi Allah sebagai siddiq (orang yang banyak kejujurannya) Dan sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kederhakaan dan kederhakaan itu menuntun kepada neraka. Seseorang sentiada berdusta dam berupaya untuk berdusta hingga tercatatlah ia disisi Allah sebagai keazaban (orang orang yang banyak berbohong."

Rasulullah menjelaskan bahawa tanda orang munafik itu ada tiga sepertimana sabda yang maksudnya: " Tanda orang munafik itu tiga, walaupun ia solat, puasa dan walaupun ia seorang muslim, jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar dan jika diberi amanat dia berkhianat" (Hadis riwayat Abu Hurairah)

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

Surat Apa Pulak Ni?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Tunggakan??? tersangat kritikal sehinggakan pejabat presidenParti Keadilan Rakyat sendiri mengeluarkan surat arahan rasmi berserta amaran untuk mengugurkan dari senarai calon untuk bertanding..

umum mengetahui, Dr Wan Azizah Wan Ismail sangat lembut kepimpinannya, jarang dan amat payah untuk melihat beliau naik angin dan marah... pasti ramai wakil rakyat pkr dan jumlah tunggakkan yang terkumpul menyebabkan kak wan hilang sabar..

Ketika pru 13dahulu, pejabat hq pkr di tropicana hampir di sita kerana gagal bayar sewa, mujurlah ketika itu tan sri khalid ibrahim keluarkan duit poket sendiri menolong melangsaikan hutang sewa tetsebut,lori trak jelajah pru pun turut di biayai oleh beliau..

selepas pru13, beliau menerima "balasan" sewajarnya iaitu di singkir dari jawatan menteri besar, di pecat keahlian parti pkr, di fitnah dengan pertuduhan setebal 90 muka surat yang akhirnya terbukti beliau clean dari tuduhan fitnah... nak harap azmin ali jadi macam tan sri khalid? tunggu kiamat dulu la...

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
elaun untuk parti liat di bayar
hanya reti buncit perut anak bini

Kredit
Mohd Sobri

Ni Dah Saman Ke Belum?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Jangan sembang nak mencabar orang lain saman, kamu sendiri pun tak ader pun nak saman.. Kes saman baru ni pun terketar-ketar masa jawab soalan peguam...

Kredit
Wan

Siapa Anda Maklumat, Apa Hal Pulak Ni?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net


Nie natte apo pulok Husam Musa? hahaha takpo duit banyok

Kredit
Mohd Sobri

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Lelaki Ini Menyesal Hidup Berpoligami Dan Mengakui Isteri Pertama Lebih Banyak Membantu Ketika Susah
siakapkeli.my

Gambar Hiasan


Poligami diboleh kepada semua lelaki Islam khusus kepada mereka yang teristimewa. Istimewa dalam mempunyai kelebihan-kelebihan khas yang tidak ada pada lelaki-lelaki lain. Kelebihan-kelebihan ini membolehkan mereka mengatasi segala cabaran emosi, mental, dan fizikal serta berbekalkan kemahiran istimewa yang perlu ditempuhi apabila berhasrat untuk berpoligami.

Salah satu kelebihan yang perlu ada kepada lelaki istimewa ini adalah, kemampuan dan kuasa dalam menanggung nafkah setiap isteri serta anak-anak. Nafkah merupakan tanggungjawab wajib setiap suami, bahkan haram jika bagi suami itu tidak mampu memenuhi keperluan nafkah seperti Firman Allah swt:

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.'' (Al-Baqarah: 223)

Ini adalah sama dengan menggandakan tanggungjawab dari segi ekonominya, agama, sosial tanpa mengabaikan salah satu daripadanya kepada setiap isteri yang dikahwini. Oleh sebab itulah, hanya lelaki istimewa sahaja mampu berpoligami, dan jika dia memudaratkan isteri-isterinya, hukum poligami itu boleh membawa kepada haram.

Kerana itulah lelaki yang tidak ada kriteria istimewa ini berhadapan dengan pelbagai masalah apabila berpoligami. Alquran juga menyebut didalam surah An-Nisa ayat 3;

"Kahwinilah wanita-wanita yang kamu sukai, dua, tiga dan empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil (antara wanita-wanita itu), hendaklah satu sahaja atau budak yang dalam milikmu. Ini paling dekat kepada kamu supaya tidak berlaku curang."

Sehubungan itu, satu perkongsian dilaman Facebook milik Kheyr Hameed menceritakan kisah seorang suami yang menghubunginya kerana ingin meminta konsulatasi berpoligami dan lelaki itu juga memaklumkan bahawa dia bagaikan serik memiliki lebih daripada seorang isteri. Daripada cerita tersebut, dia berkongsi rasa bersalahnya terhadap isteri pertama yang banyak membantunya menguruskan hal kewangan dan isteri kedua yang tidak mahu terlibat langsung dengan masalah yang dihadapinya.

Mari ikuti cerita penuh suami yang hidup berpoligami ini seperti dibawah supaya dapat dijadikan iktibar dan panduan untuk para lelaki yang berhasrat ingin berkahwin lagi. Cukup istimewakah anda?

Semalam ada lelaki ni call. Dia nak suruh bagi tips dan konsultasi sebab dia poligami. Madam pun bebel panjang lebar pasal deklarasi harta sepencarian..

Dia take note.

Kemudian dia cakap macam ni, "madam, nak minta madam maklumkan pada lelaki-lelaki yang nak poligami. Nasihat saya, cukuplah 1 bini. Tak payah banyak-banyak. Jangan layan nafsu."

Terus madam masuk point, "yang encik layan nafsu juga kenapa?."

"Dah terperangkap madam. Ingatkan syiokk lah. Bini sana bebel, balik rumah bini sini. Macam lagu p.ramlee tu. Rupanya sakit kepala. Penat letih pun ada. Belanja 2 famili sebulan dah dekat 6 ribu. Gaji saya negatif dah madam sebab poligami ni." Dia mengeluh.

"Hah, dah nampak tak point kenapa mahkamah tak izinkan dulu?. Tapi encik juga yang yakin pegi nikah kat siam." Bertubi-tubi madam bahasakan dia.

"Itulah madam. Selama ni 1st wife banyak tolong. Dia tolong bayarkan bil, duit minyak kereta semua dia tak berkira. Taska anak duit dia. Sekarang ni sebab saya buat hal, dia tak nak tolong apa-apa dah. Saya pun janji nak bayar semua. 2nd wife pula awal-awal dah bagi warning, jangan usik duit dia. Saya ingatkan gaji 8k cukuplah untuk uruskan 2 famili. Dengan anak 6 ni. Rupanya memang tak cukup. Sekarang ni kerja lebih masa. Sebab nak dapatkan extra income. Weekend saya buat freelance. Masa dengan famili terus takde dah. Ingatkan bahagia poligami. Rupanya serabut otak dan penat badan je. Hmmm"

Hmmm...ini pengakuan seorang suami yang poligami. Kesian. Tapi dia masih teruskan tanpa menceraikan. Bagi dia, biarlah teruk macammana pun dia kena kerja, dia tak boleh aniaya mana-mana perempuan yang dah sah jadi isteri dia. Sekurang-kurangnya dia cuba untuk berlaku adil dalam hal nafkah dan tanggungan keluarga.

Semoga si suami ini tadi diberi kekuatan untuk hadapi kehidupan poligami.

Notakaki: nanti mesti ada yang cakap time management lelaki tu yg salah. Ok fine.

Siakapkeli.my

"Aku Tak Faham Kenapa Perempuan Sekarang Suka Sangat Dengan Suami Orang", Para Isteri Waspadalah Wanita Pemburu Suami Orang
siakapkeli.my

Menurut pakar seks dan hubungan, Tracey Cox mengatakan bahawa sebanyak 90% wanita lebih tertarik kepada lelaki yang sudah berkeluarga. Ini kerana, lelaki bekeluarga mempunyai daya kematangan yang luar biasa berbanding lelaki yang belum berkahwin sehingga memikat hati gadis-gadis perawan.

Kebanyakkan daripada mereka juga mempunyai status kewangan serta kerjaya lebih stabil dan memahami keperluan isteri serta keluarganya demi masa depan mereka bersama. Mungkin ada diantara lelaki yang bekeluarga tak seromantik lelaki bujang, namun bicaranya saja sudah mampu membuatkan ramai wanita terpaut.

Apa pun alasannya, wanita si pengoda mahupun lelaki bekeluarga harus faham konsep rumah tangga dalam Islam yang pada asalnya dibina dengan niat memelihara satu sama lain sehingga ke akhir hayat. Walau datang badai, gelora dan pihak ketiga seharusnya setiap pasangan perlu kuat dalam mempertahankan bahtera yang dibina.

Namun pun begitu, ada juga yang tersadung ketika perlayaran bahtera itu dan terjatuh dalam dakapan orang lain. Para isteri berhati-hatilah kerana wanita pemburu suami ini tidak pernah segan menggoda dan suami pula hanya menadah ketika sudah lemah dibelai.

Perkongsian daripada Khainis Tahir ini seakan merumus hakikat wanita sekarang yang suka mencuri kebahagian orang lain tanpa sedikit pun memikirkan hati dan perasaan isteri atau anak-anak lelaki terbabit. Tidak terlalu menyalahkan wanita pemburu suami ini, ternyata suami atau lelaki juga perlu memainkan peranan dalam menjauhkan diri daripada terjerumus. Baca perkongsian beliau dan hadam setiap baris kata semoga dijauhkan daripada keruntuhan rumah tangga akibat pihak ketiga.

Aku tak faham, kenapa perempuan sekarang suka sangat dengan suami orang?

Ok I get it, suami orang nampak lebih terurus, tak gopoh, pandai mengayat, pandai dress up, wangi.. financially stable dan sebagainya..

I was having this conversation with mum few days ago.. lepas dapat a weird text dari a married ex colleague.

"Tomorrow you will be onsite or in the office? I miss you. Wanna go lunch together?".

"I miss you"

Nampak macam harmless kan. Tapi kalau melayan?

Dear, sayang, beautiful, pretty.. panggilan yang tak patut digunakan at work place.

Tempat kerja, tempat cari rezeki.
Bukan tempat menggatal.
Its a professional setting.
And kalau kita nak orang take us seriously at work, kita kena set some boundaries.
No nonsense or hanky panky.
And if you choose untuk "tak kisah" or "anggap biasa je", then tu terserah masing2. Maybe you jenis open minded and tak kisah if your husband panggil colleagues dia sayang.

Kita amik hak orang, orang akan amik hak kita.
Why?
Sebab that man is not a keeper.
Senang je untuk tackle dia.
Why would you want to be with a man like that?

Kat office, boleh nampak banyak sangat scandals sebab orang office ni spend so much time together.
Almost 10 hours everyday.
Duduk sebelah-sebelah.
Lunch sama-sama.
Kena overtime sama-sama.
Kena hamput dengan boss sama-sama.
Semua buat sama-sama.
Lagi dangerous kalau ada yang terlebih peramah dalam team.

Masuk je office, mula la flirt.
"Waaaa.. today you look so pretty.. new lipstick?"
Mula2, flirtings biasa2 je.
Pastu, mula nak share problems.
"Im so stressed at home. My wife.. dot dot dot"
Lama2, "terrrrjatuh cinta"..
Padahal si perempuan ni tau, lelaki ni hak orang.
But dia peduli apa?
Kebahagiaan diri sendiri comes first.
Si minah kawin2 ni fikir, maybe ni "jodoh" yang Allah da tetapkan..
Lepas tu, mula la buat project..
Da hilang rasa takut and malu pada Allah yang tengah perhatikan, pada malaikat yang tengah busy catit segala maksiat..

Its so easy untuk benda ni jadi these days.
Da terlalu banyak stories kita dengar about scandals at workplace.

So macam mana nak elak benda ni dari terjadi?

I dont think we can avoid this.
Aku pernah fikir that maybe sebab pasangan gf bf ni tak takut Allah, sebab tu diorang cheat on their spouse.
Tapi lama2, aku tengok, yang "ada agama" pon dua kali lima dol.
So.. canne nak cakap?

Apa root cause dia?
Actually, aku personally think that masalah ni cuma ada satu root cause and that is, 2 manusia yang takde akhlak. Terlalu ikutkan nafsu sampai da tak boleh guna kepala otak. And then again, we are talking about people yang tak jaga batas as suami/isteri orang.
Si perempuan, bila da tau tu laki orang, tak yah nak giggle macam monyet sangat bila dia buat kelakar. Be professional. Hensem macam mana pon, tu laki orang. Tak payah try. Control. Ada perasaan malu sikit. Suka ke kalau orang giggle tak tentu pasal ngan laki kau nanti? Stop throwing yourselves at married men. Or any men at all. Jangan takut sangat tak kawin sampai nampak any lelaki lalu je, start mengenyam.

Si lelaki, sedar diri. Da kawin buat hal da kawin. Dari kau melayan perempuan kat luar, baik kau balik awal, tolong bini jaga anak sementara dia masak dinner ke apa. Kerja rumah banyak yang kau boleh tolong. Kalau kau lelaki yang baik, kau akan busy sangat lepas kawin. Tak yah nak over sangat puji2 perempuan lain. Apa yang dia ada, bini kau pon ada. Sama je.

Ittaqullah.
Fear Allah.

Si isteri, if this happens to you, buat istikharah and make a good decision.. Life is too short untuk berendam air mata. Ni bukan era Kasim Selamat lagi. Sebab tu it is very important for us ladies untuk belajar berdikari. Earn your own money. Have some savings. So kalau dia buat hal, you have other alternatives and tak payah sakit hati nak kena ngadap muka "tak bersalah" dia hari2. Its not your fault that he cheated on you. And aku kenal few ladies yang keeps on forgiving their cheating husbands. Aku tak tau kenapa, they have their own reasons.
Terserah masing2. Siapa nak maafkan.. maafkan.
Siapa nak walk away.. please run.
Terlalu ramai ladies yang stay in the marriage sebab takut they will be alone lepas divorce. Macam mana dengan anak2? Biar aku menderita, janji suami boleh terus dengan perangai busuk dia, and anak2 tetap ada bapak. So apa perangai merepek suami dia buat, dia "sabar" je.

Takde istilah
"Isteri tak pandai melayan"
"Isteri asik membebel. Bingit"
"Isteri gitu.. isteri gini"

Semua orang ada flaws. So stop it with the blaming games.

Cheating is a choice.
Its not a mistake.
Takde ter.. ter..

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

-Sura Al-Isra', Ayah 32

Nak berpolygamy, bukan ni caranya.
Ni da buat maksiat, da buat anak, nak step ikut sunnah pulak.

Innalillahi wainna ilayhi rojiun.

May Allah SWT protect us from zina, and jaga kita dari perangai suka amik hak orang.

Siakapkeli.my

Kecewa Dengan Apa Terjadi, Wanita Ini Tekad Bakar Semua Tudung Jenama Naelofar Yang Dibelinya, Ada Yang Belum Dipakai
siakapkeli.my

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kisah seorang pelakon terkenal yang juga merupakan usahawan berjaya, Neelofa selepas majlis pelancaran tudungnya telah menjadi kontroversi kerana memilih kelab malam untuk dijadikan lokasi perlancaran.

Rata-rata netizen mengecam tindakan berkeaan kerana dianggap tidak sensitif dengan tudung itu sendiri yang melambangkan identiti Islamik yang tidak sesuai dengan tempat maksiat.

Bagaimanapun pihak Naelofar Hijab dilihat mempertahankan tindakkannya itu kerana katanya lokasi dipilih adalah murah dan sesuai sebelum tampil membuat permohonan maaf kerana kekhilafannya itu melalui laman intagram Neelofa.

Namun sudah terlalu ramai yang marah, terbaru seorang wanita bernama Anne Zuraini telah membt memuatnaik sebuah video live yang memaparkan aksinya membakar tudung keluaran jenama Naelofar Hijab yang telah dibelinya sebelum ini.

Menurut beliau, dia merupakan peminat Neelofa sebelum ini, namun selepas apa terjadi itu, segalanya telah berubah. Semua tudung-tudung yang dibelinya dari jenama itu dibakar di mana ada tudung yang belum digunakan lagi, Malas aku nak ulas panjang-panjang, korang lihat sendiri video.

Kenapa bakar kak, kenapa taks edekah jer? ini jawapan akan Anne Zuraini.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Amalan Untuk Mendapat Kecerdikan Luar Biasa

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

Lunak Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi
siakapkeli.my

Seorang pemuda berasal daripada negeri Kelantan sebelum ini, Muhamad Khalid Ismail, 29 tahun, pernah tular didalam sebuah program televisyen di Seoul kerana fasih berbahasa Korea dalam mempromosikan Malaysia dimata dunia dan juga telah mengahwini seorang wanita yang juga berasal daripada negara maju itu.

Namun sekali lagi, seorang lagi anak muda Kelantan kali ini telah mengharumkan nama Malaysia kerana kelunakan suaranya apabila melontarkan kalimah-kalimah Allah melalui bacaan Al-Quran mendapat perhatian dunia dan mencetus fenomena sehingga di Arab Saudi dan negara rantau Asia Barat yang lain akhir-akhir ini.

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

Fenomena ini telah membawa berita Yusuf dan mewawancaranya di salah sebuah stesen televisyen terkemuka, Al-Arabiya kerana keterujaan mereka terhadap beliau yang berjaya menghafaz Al-Quran sejak berumur enam tahun.

Meyakini kebolehan anaknya, bapa Yusuf telah mendaftkarkan anaknya mengikuti kelas disebuah masjid untuk mempelajari tajwid serta hukum bacaan dan lantas, pada usianya 13 tahun, Yusuf sudah mahir mendalami maqamat iaitu salah satu kaedah melunakkan suara bacaan.

Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara tersebut, Yusuf menyampaikan terima kasihnya kepada kedua orang tua, guru serta sokongan orang sekeliling yang selalu meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.

Malah, beliau juga berkongsi beberapa tokoh tersohor yang menjadi inspirasinya seperti Sheikh Mustafa Ismai, Sheikh al-Shanat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.

Menjawab salah satu persoalan daripada pihak televisyen tersebut dimana ramai qari-qari muda meniru gaya bacaan daripada mereka yang lebih berpengalaman, namun Yusuf menjawab bahawa tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari senior. Walaubagaimana pun bagi dirinya, seseorang qari itu harus bijak merancang dan meningkatkan gaya bacan baru untuk membina imej yang unik.

Pada masa ini, Yusuf masih menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail dan beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan diperingkat universiti Malaysia.

Menurut laporan lagi, Yusuf berkongsi bahawa beliau akan sentiasa berusaha untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati.

Siakapkeli.my

Sumber: Al Arabiya English

ISUNYA BUKAN SOKONG MURTAD TAPI MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA
kedahlaniie.blogspot.

1. Syarifah Nooraffyza lahir sebagai seorang Islam tapi amalkan Kristian sejak 2009. Memohon untuk keluar Islam dan mendapat kebenaran menukar nama pada kad pengenalan.

2. Salina seorang Kristian, masuk Islam pada Nov 1992 kerana berkahwin, tapi kembali menganut Kristian selepas bercerai pada 2010.

3. Jenny lahir Kristian. Menganut Islam pada 2002 kerana berkahwin dengan lelaki Islam, tapi kembali menjadi Kristian selepas bercerai pada 2006.

4. Mohd Syafiq, penganut Kristian, masuk Islam pada 1996 kerana berkahwin dengan orang Islam mahu kembali kpd Kristian selepas isterinya meninggal pada 2007.

5. Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan status mereka sebagai beragama Islam dan memaksa JPN mengiktiraf mereka selaku penganut Kristian..

6. Mereka berempat mahu perkataan Islam dikeluarkan drpd kad pengenalan masing-masing kerana mereka memang tidak beramal dgn Islam lagi.

7. Hakim Mahkamah Persekutuan Kuching memaklumkan, kes berkenaan perlu dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Sarawak kerana ia bidangkuasa mahkamah itu.

8. Seksyen 68 dan 69 Ordinan Majlis Islam Sarawak boleh digunakan oleh Mahkamah Syariah Sarawak untuk mendengar perkara berhubung isu murtad dalam Islam.

9. Isunya sekarang mahkamah mana yg ada bidangkuasa utk mendengar permohonan mereka. Jika mahkamah syariah juga tiada bidang kuasa, kes ini tiada penyelesaiannya.

10. Jika desakan mewujudkan SOP dlm isu ini dianggap sokong murtad, bagaimana penyelesaiannya? Atau, kes keempat-empat individu berkenaan dan ramai lagi dibiar tergantung begitu?

11. Jika ada orang yg masuk Islam tak mahu lagi bersama Islam, berikan dia pilihan. Jika Tuhan sendiri membiarkan mereka yg tidak menyembahnya hidup dgn aman di dunia ini, apa hak manusia utk menyusahkan mereka?

12. Adakah mahkamah syariah Perak dan Selangor yg ada bidangkuasa mengisytiharkan seseorang sebagai orang bukan Islam juga dianggap sokong murtad?

13. Tolonglah sambung sel-sel otak tu. Jangan biarkan ia terputus begitu. Kasihan anak cucu...!

APABILA SEL-SEL OTAK LEBAI TAK BERSAMBUNG
kedahlaniie.blogspot.

1. Cuba teliti cara lebai berfikir, sama ada lebai serban, atau lebai rajin kuliah, atau lebai ada PhD, bahkan lebai pensyarah, gayanya serupa saja.

2. Sokong Akta 164, dikata sokong murtad. Begitu juga apabila orang bincang tentang SOP dan pindaan kepada Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, juga dikata setuju dgn murtad.

3. Bilalah agaknya sel-sel otak lebai sebegitu nak bersambung? Isunya ialah isu bidangkuasa mahkamah syariah, bukan isu setuju dgn murtad atau sokong murtad.

4. Dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri seperti Perak atau Selangor, mahkamah syariahnya ada bidangkuasa utk mengisytiharkan seseorang sebagai bukan lagi seorang Islam.

5. Tetapi bidang kuasa sebegitu tidak ada pada mahkamah syariah di Sarawak. Isunya ialah, mahkamah mana yg patut putuskan permohonan seseorang yg mahu dirinya diisytihar bukan Islam?

6. Mahkamah Syariah Sarawak tiada bidang kuasa dan Ordinan Sarawak juga tiada bidang kuasa dlm permohonan sebegitu. Maka permohonan sebegitu nak diselesaikan oleh bidangkuasa mana?

7. Apabila hal itu berlaku, maka dicadangkan pewujudan suatu SOP mengenai isu berkenaan kerana masyarakat di sana mengadu tentang kepayahan untuk mendapatkan status agama mereka.

8. Hal ini kerana nama dalam kad pengenalan mereka mirip nama orang Islam, tetapi mereka tidak pernah beramal dgn agama Islam.

9. Atau, mereka diislamkan secara ad-hoc oleh pihak tertentu kemudian dibiar terkapai-kapai tanpa pemantauan dan pendidikan.

10. Isu ini perlu ada jalan keluar utk menjamin keharmonian hubungan sesama anggota masyarakat. Ini bukan isu sokong murtad, wahai lebai.

11. Kalau lebai biasa-biasa aku tak kisah sangat, tetapi apabila yg tak faham isu ini ialah lebai yg ada PhD, atau lebai MP, atau lebai pengarah sekolah politik universiti, aku tak tau nak kata apa lagi.

ZOLA
Proton City,
Tanjong Malim, Perak.

----- Original Message -----
From: -:rIeNaCoM:-
To:
Sent: Saturday, March 03, 2018 11:11 PM
Subject: Fw: Masyarakat bukan Islam tetap diutama, AMANAH Dipergunakan oleh Bukan Islam

AMANAH (Pan) Dipergunakan oleh Bukan Islam?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Lanjutan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah menukar agama dari Islam ke Kristian, semalam, 2 Mac 2018, Pakatan Harapan Sarawak telah mengeluarkan satu kenyataan media yang ditandatangani oleh Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, dan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi.

Kenyataan media bertajuk "Undang-Undang Dan Garis Panduan Yang Jelas Diperlukan Untuk Menukar Agama" ini mendesak Jabatan Agama Islam Sarawak supaya "membuat garis panduan dan kehendak yang sangat jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam secara sukarela untuk mengikuti supaya surat pembebasan dapat dikeluarkan" selain mendesak kerajaan negeri Sarawak supaya "mempertimbangkan dengan serius meminda undang-undang negeri yang berkaitan untuk menyediakan keperluan untuk surat pelepasan".

Disebutkan di dalam kenyataan media ini bahawa:
"Prosedur mestilah dinyatakan dengan jelas untuk kategori berikut:
1. Mereka yang mempunyai dokumen bukti untuk membuktikan mereka tidak lagi mengamalkan agama Islam;
2. Mereka yang berhasrat untuk meninggalkan agama Islam."

Mereka yang paling aktif memperjuangkan kebebasan untuk umat Islam murtad ini adalah pemimpin parti politik seperti DAP dan PKR selain pertubuhan sivil seperti SIS, G25 dan IRF di mana di dalam buku G25 bertajuk "Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy" yang diharamkan oleh kerajaan pada 27 Julai 2017 umpamanya, peguam Aston Paiva menggesa supaya diwujudkan prosedur pentadbiran mengenai kemurtadan. Begitu juga di dalam satu kertas kerja beliau dengan Penang Institute di mana Aston Paiva menggesa supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang memansuhkan dengan segera undang-undang anti-murtad dan menyediakan prosedur mengenai kemurtadan.

Bila individu seperti Aston Paiva yang menggesa supaya prosedur mengenai kemurtadan disediakan atau dijadikan lebih jelas bagi memudahkan proses pemurtadan, ia tidaklah terlalu pelik kerana Aston Paiva adalah seorang bukan Islam, tetapi apabila yang menyuarakan gesaan begini adalah seorang Islam seperti Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, sedangkan kenyataan media Pakatan Harapan Sarawak ini sepatutnya dibaca oleh Pengerusi atau Ketua Penerangan Pakatan Harapan Sarawak, maka persepsi yang timbul adalah Pengerusi AMANAH Sarawak dipergunakan oleh bukan Islam untuk kepentingan mereka.

Apatah lagi bila gesaan ini sendiri bercanggah dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, sehari sebelumnya di dalam portal berita Malaysia Date Line, malah di dalam lidah rasmi AMANAH, iaitu AMANAH Daily, juga, ketika mengulas isu permohonan Salina Jau Abdullah, Nur Mudzdhalifah Abdullah, Syarifah Nooraffyzza Wan Hosen dan Mohd Syafiq Abdullah untuk menukar agama dari Islam ke Kristian ini, bahawa "semua NGO Islam, badan dakwah dan Jabatan Agama serta Pusat Zakat haruslah bersatu dalam memastikan umat Islam yang mahu murtad tidak meneruskan niat mereka".

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 13 November 1996 serta kenyataan Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub, di dalam sidang Dewan Rakyat pada 18 Mac 2009 mengenai masalah murtad ini.

Disebabkan percanggahan antara kenyataan Pengerusi AMANAH Sarawak, Fidzuan Zaidi, dengan kenyataan Penasihat Umum AMANAH, Ahmad Awang, di dalam masalah murtad ini maka sangatlah penting untuk AMANAH mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenainya.

Malah Pakatan Harapan Malaysia juga sepatutnya segera mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan sama ada pendirian Pakatan Harapan Sarawak di dalam masalah murtad ini adalah menyamai dengan pendirian dan dasar bersama Pakatan Harapan Malaysia.

Dr. Kamarul Yusoff
FB

Pakatan DAP Mahu Undang-undang Dipinda Bagi Kebenaran Umat Islam Murtad

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

AIDCNews -02/03/18 –Kerajaan Negeri Sarawak harus meminda undang-undang negeri untuk memastikan terdapat garis panduan yang jelas bagi mereka yang ingin meninggalkan Islam, kata Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Dalam sidang media bersama PH yang diketuai Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak), Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Mohammad Fidzuan Zaidi (Pengerusi Aamanah Sarawak), mereka menuntut agar prosedur operasi standard (SOP) digubal bagi membolehkan muslim yang telah murtad mendapatkan Surat Pelepasan yang akan membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai tidak lagi beragama Islam.

"Prosedur Operasi Standard sangat diperlukan supaya mereka yang ingin menukar agama (murtad) jelas mengenai apa yang perlu dilakukan," kata PH dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh pengerusi Amanah Sarawak, Fidzuan Zaidi dalam sidang media tersebut.

Jurucakap Pakatan DAP itu berkata pihak berkuasa perlu membenarkan peguam bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.

Dalam sidang media itu, Pakatan DAP mempertahankan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang menjadi peguam untuk mewakili empat orang muslim yang mahu murtad di Mahkamah Persekutuan awal minggu ini.

"Dia (Baru) hanya membantu empat orang dalam kapasitinya sebagai peguam bela untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih agama mereka sendiri.

"Dari fakta-fakta kes, jelas bahawa dia tidak ada kaitan dengan keputusan mereka untuk meninggalkan agama Islam dan mereka yang menuduh dia mempunyai agenda Kristian membuat pembohongan untuk tujuan mereka sendiri," katanya.

Empat orang yang dibantu Baru itu adalah Sharifah Nooraffyzza binti Wan Hosen, Nur Mudzdhalifah Abdullah alias Jenny Peter, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah alias Selina Jau.

Kesemua mereka mahu menukar agama dari Islam kepada Kristian.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Mar 6, 2018 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



KKM Senaraikan 11 Jenis Makanan Yang Dilarang Untuk Dijual Dan Boleh Dijual Di Kantin Sekolah
siakapkeli.my

Berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah menerusi Kementerian Kesihatan, terdapat 70 jenis makanan termasuk nasi lemak yang dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu bagi menangani masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar.

Garis panduan tersebut juga ada menyenaraikan 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual disemua kantin sekolah rendah dan menengah. Makanan ini adalah seperti mi segera, gula-gula, coklat, aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna dan perasa tiruan, minuman berkarbonat dan snek.

Kajian menunjukkan masalah obesiti dalam kalangan pelajar berusia enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan ini adalah disebabkan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif.

Dibawah adalah jenis-jenis makanan yang dibolehkan dan dilarang menurut Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan sebagai rujukan buat ibu bapa dan pihak sekolah.

Garis panduan ini meliputi penyediaan dan penjualan makanan di sekolah termasuk kantin sekolah dan mana-mana lokasi lain di sekolah. Penjualan makanan sempena aktiviti-aktiviti khusus seperti Hari Sukan dan Hari Kantin juga termasuk di dalam skop garis panduan ini.
Guru yang bertanggungjawab hendaklah:

a) memastikan senarai makanan dan minuman yang boleh dijual, tidak digalakkan dan dilarang di kantin sekolah dipatuhi setiap masa.

b) memastikan kandungan kalori dalam semua makanan dan minuman dipamerkan oleh pengusaha kantin.

c) menjalankan pemantauan secara berkala (setiap minggu) dan memaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika terdapat sebarang ketidakpatuhan.

d) memberi nasihat penambahbaikan kepada pengusaha kantin berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan.

Pihak pengurusan sekolah juga digalak menyediakan makanan dan minuman berpandukan Cadangan Senarai Makanan Dan Minuman Yang Boleh Dijual Di Kantin Sekolah Mengikut Kekerapan Dan Hari. Ini bertujuan mengurangkan kekerapan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula di kalangan murid sekolah.

Bagi membantu guru untuk membimbing murid sekolah supaya mengambil makanan mengikut keperluan yang disarankan, disertakan maklumat berikut sebagai rujukan:

SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH

1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti:

a.. Makanan yang melampaui tarikh luput.
b.. Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.

2. Gula-gula dan coklat.

3. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada masam, masin atau manis, basah atau kering seperti asam masin, jeruk mangga, kulit limau dan jeruk bawang.

4. Makanan ringan dan minuman yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan, kecuali susu berperisa.

5. Makanan dan minuman yang beralkohol.

SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH

1. Mi segera.

2. Konfeksi ais dan ais krim.

3. Teh dan kopi.

4. Minuman berperisa berkarbonat.

5. Makanan yang berkrim atau bersalut gula.

6. Makanan diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.

Siakapkeli.my

Sumber: Kementerian Kesihatan

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: