Monday, March 19, 2018

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4912

8 Messages

Digest #4912

Messages

Mon Mar 19, 2018 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Kemenangan Yang Ditunggu
bloglist-malaysia.blogspot

wabillahagro.blogspot.

Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
Oleh: YB Ust Sallehen Mukhyi
(Ucapan perasmian Mesyuarat Agung PAS Kemaman ke 58)

1. Pilihanraya umum ke 14 mencabar. Hanya yang kukuh aqidah dapat menghadapinya. Pergantungan mesti kepada Allah yang menjadi sumber kemenangan dan sumber kekuatan.
ان ينصركم الله فلا غالب لكم
Jika Allah menolong kamu, tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu.

2. PAS parti siasah, dakwah, tarbiah. PAS tak pernah berhenti bekerja walaupun bukan di musim pilihanraya. Setiap ahli mesti terlibat dengan program tarbiah dan menjadi agen dakwah.

3. Hayati tujuan PAS yang mahu tegakkan Islam dalam bentuk menyeluruh. Tujuan ini tak pernah diubah. Sumber kita tetap Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mereka yang lari dari perjuangan, kononnya kerana PAS lari dari perjuangan, merekalah yang sebenarnya lari dari perjuangan.

4. Kita mesti pertahankan kesucian Islam. Dalam PRU 14, ada 3 blok. PAS berada di antara 2 blok kanan dan kiri. Kononnya PAS tak akan menang. Orang melihat begini kerana mereka hanya bergantung dengan makhluk, duit, pengaruh. PAS bergantung dengan Allah yang menjadikan makhluk. Dalam masa yang sama, PAS berusaha. Dalam Quran, disebut Allah menolong Talut walaupun mereka golongan yang sedikit. Allah berikan kemenangan kepada golongan yang taat, sekalipun sedikit. Allah bantu Nabi Daud melawan Jalut, sekalipun dengan senjata yang sangat ringkas. Allah menolong hambaNya dalam keadaan yang tidak terfikir oleh makhluk. Situasi pelik dilihat oleh manusia, tetapi tidak pelik bagi Allah.

5.Presiden ingatkan supaya kita terus berjuang dengan meletakkan keyakinan kepada pertolongan Allah.

6. Amalkan budaya politik matang dan sejahtera. Dalam sejarah, Nabi SAW diperlakukan dengan pelbagai ujian.

7. Pilihanraya kali ini akan penuh dengan fitnah. Kita jangan terjebak dengan fitnah. Biarkan parti lain hidup dengan fitnah. PAS mesti hadapi segala fitnah ini.

8. Jangan ada khianat terhadap calon apabila diisytiharkan nanti. Khianat bukan sahaja bila keluar parti, tapi bila tak bantu parti kerana tak setuju calonnya.

9. Zaman ICT, gunakan semaksimum mungkin alat ini untuk beritahu tentang parti: WINS, Dokumen Hijau dan lain-lain.

10. Mereka anggap apabila peruntukan ditarik dari ADUN PAS Selangor, kita tidak boleh jinakkan hati orang lain. 3 Exco PAS dihina dengan ditarik peruntukan.

11. Saya ingat zaman Khir Toyo, bila dia beri penyapu kepada seorang pegawai, akhirnya Umno, BN jatuh. PKR hinakan 3 Exco PAS, insyaAllah mereka juga akan jatuh.

12. Siapa yang mulakan pertandingan 3 penjuru? Dalam PRaya Sg Besar, siapa yang bertanding sedangkan itu kerusi asal PAS?

13. PAS berjiwa besar, walaupun kita menang besar di Selangor, kita bersedia namakan MB Selangor dari PKR iaitu DS Khalid, hinggalah dibuat Langkah Kajang. Sekarang kita disepak dari kerajaan Selangor.

14. Kita mahu tukar sistem. Sistem yang ada sekarang hanya melahirkan pemimpin yang korup. PH hanya nak turunkan Najib. Bahkan dalam PH ada golongan Evangelist, juga golongan liberal yang perjuangkan LGBT dan lain-lain.

15. Dari satu kajian, kecenderungan anak muda sangat baik terhadap PAS.

16 Arahan Presiden:

1. Taat kepada Allah
2.Tinggalkan dosa dan maksiat
3. Akhlak mesti mulia
4. Ikhlas dalam perjuangan
5. Laksanakan tugas yang diamanahkan
6. Taat kepada arahan pimpinan
7. Infaq harta kepada jalan Allah

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek,
Timbalan YDP PAS Kemaman,
Dewan Mujamma' Taman Islam, Kemaman
Sabtu 17 Mac 2018

Jangan undi Pas jika bergabung dengan Umno

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

NORAWAZNI YUSOF

Dr Azman 

KUANTAN - Pas meminta rakyat jangan mengundi parti itu sekiranya mereka bersama dengan Umno pada PRU14 ini.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat boleh melihat perkara itu selepas kerajaan sedia ada sekarang membubarkan Parlimen.

Menurutnya, ketika penamaan calon nanti, rakyat boleh menilai sendiri sama ada Pas akan bersama Umno atau kedua-dua parti ini bertanding merebut kerusi.

"Kita nak rakyat lihat ini, kalau rakyat tak percaya. Kalau Pas bersama (bekerjasama) Umno jangan undi Pas.

"Tapi rakyat kena berjanji, kalau Pas tak bersama Umno, mereka wajib kena undi Pas. Berani janji?," katanya ketika menjawab pertanyaan daripada pengundi berhubung dakwaan Pas menjalin kerjasama atau bergabung dengan Umno pada PRU14 pada Sesi Dialog, Anda Tanya? Pas Jawab di Kampung Padang, di sini, malam tadi.

Sesi dialog tersebut turut disertai Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Adun Beserah, Andansura Rabu.

Kira-kira 200 penduduk setempat menghadiri sesi tersebut bagi mendapatkan secara jelas mengenai sesuatu isu dan tawaran manifesto yang akan ditawarkan Pas kepada penduduk di negeri ini.

Tak dapat kerusi, Ikatan tak mengamuk macam BN, PH, kata Kadir

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net

PETALING JAYA: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) tidak pernah meminta kerusi untuk bertanding di Kelantan, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Presiden Ikatan itu mengakui kekuatan PAS di negeri itu dan oleh itu akan tumpu membantu parti Islamis itu mempertahankan 27 tahun pemerintahan PAS di Kelantan.

"Kita beri ruang kepada PAS untuk bertanding di sana dan kita tidak pernah persoalkan," kata Kadir kepada FMT.

"Ikatan tak pernah mengamuk kalau tak dapat kerusi. Kita tidak macam BN dan PH."

Beliau diminta memberikan reaksi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata Gagasan Sejahtera (GS) tidak akan meletakkan calon Ikatan di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14.

PAS membentuk GS bersama-sama Ikatan dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), dengan disokong Parti Cinta Malaysia (PCM).

"Ikatan akan bantu PAS dan calon-calon GS nanti. Kita akan bergerak dan lawan habis-habisan untuk menangkan calon GS," kata Kadir.

Bekas menteri Umno itu menafikan Ikatan mangsa buli PAS sejak menyertai GS pada Mac 2016. Beliau berkata Ikatan ada ditawarkan kerusi di negeri-negeri lain.

Kadir berkata Ikatan mungkin akan meletakkan calon di kerusi-kerusi di luar Kelantan tetapi bukan untuk dirinya.

"Saya sendiri dah beritahu tidak akan bertanding," kata Kadir.

"Tidak timbul soal kami dibuli PAS. Walaupun tidak ada kerusi, hubungan kami dengan PAS baik sepanjang masa dan sangat rapat," tambahnya.

Masa Ada Hudud Engkau Tentang, Bila tak ada, engkau tanya kenapa tak ada. PAN ni Kaki Putar Belit ke?

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Timbul tanda tanya di makan PAS meletakkan agenda hudud mereka dalam manifesto yang diumumkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam tadi.

Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (PAN) Zolkharnain Abidin berkata dokumen yang menjadi tawaran Gagasan Sejahtera untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang menunjukkan PAS akur pada realiti walaupun dulu menganggap Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak Islamik.

"Tiada kenyataan khusus berkaitan pelaksanaan syariah khususnya hukum hudud dalam tawaran Gagasan Sejahtera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rasa bodoh Pengarah Syariah Parti Amanah Negara (PAN) Zolkharnain Abidin kerana tak faham maksud no. 11 daripada 20 tawaran PAS.

Tolong baca dan faham sekali lagi jangan buat kenyataan bodoh nanti makin nampak bodoh anda.

11. Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din.

Wartawan Free Malaysia Today walaupun tak belajar agama, tahu bahawa dalam Manifesto PAS ada mengenai RUU355 dan diyat. Kenapa ustaz PAN ni bodoh sangat? Ini mesti terpengaruh dengan sikap anti-islam Malaysiakini.

Kesian, makin bertambah sikap suudzon kepada sesama Islam.

XOXO - Bila dah lari dari perjuangan dan belot kepada perjanjian sumpah setia yang dia sendiri buat akhirnya Zolkharnain Abidin menunjukkan kebodohan diri sendiri ..
Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



HARAPAN, PAS S'gor rai 10 tahun mentadbir di program berasingan

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS di Selangor akan mengadakan himpunan berasingan esok di Shah Alam sempena 10 tahun pentadbiran mereka di negeri itu.

Di Stadium Melawati, pasukan sukarelawan yang dinamakan "Team Selangor" akan mengadakan Karnival Himpunan Rakyat: Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor.

Karnival itu akan dimulakan pada pukul 9 pagi dengan permainan dan pertunjukan dari beberapa pegawai atasan bertemakan "kisah kejayaan Selangor".

Sumber menyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tampil menjelaskan kenapa pentadbiran Selangor penting kepada negara.

"Kita menjangkakan beliau akan menjelaskan kenapa kesinambungan 42 skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) termasuklah air percuma, subsidi perubatan, skim mikro-kredit penting bukan saja untuk Selangor tapi juga negara," kata sumber yang rapat dengan pihak penganjur.

Berdasarkan atur cara program, tiada pemimpin dari PAS - yang memiliki tiga kerusi di kabinet negeri - akan berucap.

Sementara itu, kira-kira 10km dari tapak karnival itu, PAS akan berkumpul di stadium JKR pada sebelah petang untuk solat hajat dan program ceramah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai tetamu utama program itu diikuti Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan ahli kabinet Datuk Iskandar Abdul Samad.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, program itu bertujuan sebagai tanda syukur sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

"Tujuan utama untuk menunjukkan tanda syukur atas kemampuan PAS bertahan (10 tahun dalam kerajaan negeri) meskipun pelbagai insiden kebelakangan ini," katanya kepada Malaysiakini.

PKR dapat kerusi paling banyak di Selangor 19 Kerusi, PAN 9, Bersatu 7 dan DAP 15

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

PKR akan bertanding sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 56 kerusi di Selangor, manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) masing-masing hanya mendapat sembilan dan tujuh kerusi.

Perkara itu didedahkan Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim berikutan rundingan kerusi setakat 8 Mac lalu.
Izham berkata, DAP akan bertanding di semua 15 kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2013.

Rundingan itu berjaya diputuskan selepas HARAPAN Selangor menyelesaikan agihan 50 kerusi pada mesyuarat kali ketiga yang diadakan dua minggu lalu.

Jawatankuasa yang dilantik juga memutuskan untuk merujuk enam kerusi selebihnya yang masih belum diselesaikan kepada pimpinan HARAPAN negeri.

Kerusi yang masih belum diputuskan adalah Lembah Jaya, Seri Serdang, Sungai Panjang, Kota Damansara, Dusun Tua dan Sungai Burong.

AMANAH dapat sembilan

"PAS bertanding tujuh kerusi parlimen dan 20 kerusi negeri pada 2013. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan untuk menggantikan PAS, kami meminta bertanding (hanya) lima kerusi parlimen dan 13 kerusi negeri.

"Kami berjaya mendapatkan kesemua lima kerusi Parlimen yang kami minta tetapi kami hanya memperoleh sembilan kerusi DUN daripada 13 yang kami minta," kata Izham.

Kerusi-kerusi DUN yang diberikan kepada AMANAH adalah dua kerusi yang ada - Ulu Kelang dan Morib - serta tujuh kerusi yang ditandingi PAS iaitu Bangi, Chempaka, Meru, Taman Templer, Paya Jaras, Sabak dan Ulu Bernam.

"Selain Ulu Bernam, selebihnya kerusi dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya 2013," katanya.

AMANAH juga akan mempertahankan tiga kerusi parlimen - Kota Raja, Shah Alam dan Sepang - dan dua kerusi parlimen yang disandang PAS - Hulu Langat dan Kuala Selangor.

PKR akan mempertahankan dan bertanding di 14 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya lalu serta empat kerusi lain yang tewas kepada Umno iaitu Permatang, Bukit Melawati, Semenyih dan Dengkil, selain Gombak Setia yang kini diwakili PAS.

Persempadanan semula SPR

Sementara itu, BERSATU akan bertanding di empat kerusi disandang BN - Kuang, Batang Kali, Jeram dan Sungai Ayer Tawar serta tiga kerusi PAS - Tanjung Sepat, Sijangkang dan Selat Kelang.

Pengerusi HARAPAN Selangor yang juga menteri besar, Datuk Seri Azmin Ali yang mengambil alih rundingan kerusi di peringkat akhir, telah bertemu wakil-wakil AMANAH secara peribadi, kata Izham.

"Beliau beritahu saya bahawa AMANAH tidak boleh minta banyak kerusi dan saya katakan tidak," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku antara beliau dan Azmin semasa perbincangan dijalankan.

Izham juga berkata empat parti itu perlu mengkaji laporan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

Katanya sekiranya persempadan pilihan raya baru tidak memihak kepada mana-mana parti, mereka mungkin perlu menukar kerusi.

Mengenai enam kerusi yang dipertikaikan, beliau berkata empat parti meminta untuk bertanding di Lembah Jaya, sebuah kerusi bandar yang terdiri daripada 54 peratus pengundi Melayu dan 32 peratus kaum Cina.

Tiga parti kecuali DAP juga mahu bertanding di Sri Serdang manakala BERSATU dan PKR masing-masing mahu meletakkan calon di Sungai Panjang dan Kota Damansara.

Tiga parti membuat tuntutan di Dusun Tua sementara AMANAH dan BERSATU masing-masing mahu bertanding di Sungai Burong.

Memahami dua petunjuk Ilahi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

ISLAM adalah agama berteraskan akal. Jika akal tiada atau akal itu belum matang (baligh), maka Allah tidak akan menghukum hamba-Nya itu sebagai sesat sekiranya dia menolak Islam dan al Quran.

Pergantungan kepada akal adalah kerana agama Islam itu berintikan kepercayaan-kepercayaan yang berstatus 'ghaibiyyat' atau di luar capaian lima panca indera manusia. Manusia tidak mungkin mampu menilai benar atau salah pengajaran agama Islam kalau hanya bersumberkan penglihatan, pendengaran dan panca indera yang lain.

Untuk mengenali Allah dan ciptaan-Nya di alam ghaib seperti dosa pahala, syurga neraka, malaikat iblis dan sebagainya, manusia memerlukan kekuatan mencerap yang tinggi. Ia tidak dimiliki oleh panca indera lima itu. Tetapi kekuatan yang tinggi itu hanyalah milik akal. Akal pula di dunia ini hanyalah milik istimewa manusia.

Justeru agama Islam adalah taklifan Allah ke atas manusia. Haiwan dan tumbuhan tidak ditaklifkan kerana mereka makhluk tidak berakal. Tetapi mereka tidak sesat, bahkan beriman dan meyembah Allah kerana mereka terdedah dan melihat perkara ghaibiyyat yang dihijabkan daripada manusia.

Manusia ditutup daripada melihat ghaibiyyat adalah kerana faktor 'ujian terbesar kehidupan' daripada Allah iaitu adakah mereka bersedia menggunakan akal untuk mengenal Allah dan menyembah-Nya atau membiarkan dan mensia-siakan nikmat akal yang besar itu.

Justeru peranan akal adalah begitu besar di sisi Islam. Ia adalah asas kebahagiaan dan kecelakaan manusia.

Akal peranannya adalah merumuskan segala maklumat yang diperolehi melalui panca indera. Apabila manusia melihat alam raya, akal mestilah merumuskan dengan tepat. Apabila manusia mendengar al Quran, akal mestilah merumuskan dengan tepat.

Oleh kerana agama Islam itu tinggi untuk dicapai maklumat-maklumat ghaibiyyatnya, wahyu Allah melalui al Quran diturunkan sebagai cahaya untuk akal melakukan pencerapan yang benar dan berpetunjuk.

Memahami dengan sempurna, tepat

Ertinya untuk memahami agama Islam dengan sempurna dan tepat, manusia perlukan gabungan telinga untuk mendengar wahyu, mata untuk melihat alam raya dan kejadiannya serta akal untuk memahami dengan baik. Gabungan inilah yang pasti mengangkat darjat manusia ke tingkatan-tingkatan yang tinggi di sisi Allah. Ia adalah perlumbaan menuju pengabdian terbaik di sisi Allah.

Malangnya, manusia hanya mementingkan kesihatan mata dan telinga. Akal pula digunakan hanya semata-mata untuk mencapai dan memuaskan apa yang dimahui oleh hawa nafsu mereka yang bertaraf rendah dan hina.

Mereka membiarkan hawa nafsu menakluki dan merajai diri mereka dan membiarkan akal yang bernilai tinggi itu menjadi hamba yang bekerja demi kepuasan nafsu duniawi semata-mata.

Di situ peranan akal terbengkalai. Ia seperti menggunakan jentera berat hanya untuk melakukan kerja-kerja yang boleh saja dilakukan oleh tangan dan cangkul. Akal langsung tidak digunakan untuk melonjakkan manusia ke tingkatan atas dan samawiy, seterusnya menggerakkan segala anggota tubuh untuk mengejar ketinggian di dalam kehidupan.

Petunjuk Allah pada saat ini amatlah penting. Ia adalah proses memandu manusia dan akalnya dengan sinar cahaya kepada jalan yang benar. Apabila manusia tidak berfikir dengan betul, dia tidak akan melihat gelap sebagai gelap, dinding sebagai dinding, bahkan dia tidak pernah sedar bahawa dia sedang bermain-main di tepian lubang yang dalam.

Proses menunjuki ini dinamakan hidayat Allah atau petunjuk Allah. Ia proses memperlihatkan dan meletakkan manusia di atas jalan benar menuju Allah. Ia seperti kegelapan malam yang dihadiahkan dengan sinar siang. Sudah pasti jalan-jalan menjadi nyata dan perjalanan meraba-raba dan tanpa hala tuju akan berakhir.

Cuba anda perhatikan bagaimana Allah memberi hidayat-Nya kepada orang-orang kafir yang tidak beriman. Ia adalah dengan pelbagai cara dan jalan. Tetapi persamaannya adalah pencerahan akal. Akal ditarik untuk berfikir kepada soal ketuhanan dan perihal ghaibiyyat.

Akal dimudahkan, sifat kehambaan

Akal juga dimudahkan untuk menerima kehadiran Allah dalam diri dan juga sifat kehambaan dirinya. Maka dengan tiba-tiba keyakinan menerjah dirinya bahawa dia sedang memijak jalan yang jelas yang belum pernah dipijaknya sebelum ini. Itulah al Siratul Mustaqim atau jalan yang lurus iaitu Islam. Dia lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi muslim.

Berapa ramai manusia yang berfikir tetapi kegelapan adalah teman hidupnya. Semuanya adalah dengan kehendak Allah yang maha mengetahui. Jika Dia mahu, maka dibuka-Nya jalan hidayat. Jika sebaliknya, maka ditutup-Nya jalan hidayat dan tiada manusia mampu membukanya. Itulah kehendak Allah yang maha agung. Itulah juga rahmat-Nya yang maha luas.

Al hidayah atau petunjuk ini lawannya adalah 'al dhalalah' atau kesesatan. Ia adalah cahaya yang menghapuskan kegelapan. Ia adalah permulaan kepada sebuah perjalanan di atas jalan Allah yang lurus.

Tetapi di atas jalan yang lurus itu ada ujian seterusnya. Ujian Allah tidak berhenti hanya apabila seseorang itu telah meletakkan kakinya di jalan-Nya yang lurus itu. Pendek kata, kaki manusia masih boleh tersadung walau sudah dekat dengan pintu syurga. Jalan yang istiqamah lurus juga memerlukan kaki yang istiqamah lurus di atasnya. Jika tidak, si hamba tetap gagal.

Tidakkah anda perhatikan atau rasakan bahawa kita ini, walaupun sudah muslim dan beriman, tetapi masih melakukan kesalahan dan dosa? Adakah apabila kita sedang melakukan dosa dan maksiat, kita merasa berada di atas jalan yang lurus itu? Sudah tentu tidak bukan? Ya, kita akan merasai bahawa kita sudah tersasar dan tersadung.

Semakin banyak dan berulang-ulang kita melakukan dosa dan maksiat, kita akan merasa semakin jauh daripada-Nya. Bahkan anda perhatikan, orang-orang Islam yang melakukan kezaliman dan kejahatan, mereka seolah-olah lupa kepada Allah dan balasan-Nya. Jalan lurus apakah ini?

Apakah yang akan menyelamatkan kita daripada tersadung di atas jalan ini. Ya, sudah pasti dengan petunjuk daripada Allah jua. Tetapi ia bukan lagi sebagaimana petunjuk pertama yang merupakan permulaan kepada sebuah perjalanan di dalam cahaya iman. Petunjuk kedua ini adalah lebih merupakan satu kekuatan dan kesediaan dalam diri untuk kekal dengan arahan dan petunjuk-Nya.

Mengapa? Ya, tiada yang mampu menghalang seseorang yang telah beriman kepada Allah daripada terus mengikuti arahan dan larangan-Nya selain hilangnya azam atau lemahnya diri di dalam menanggung kesukaran. Apabila diri lemah, dia akan memilih untuk berhenti atau melalui jalan yang cepat walaupun salah..

Halangan adalah banyak. Ia adalah ujian Allah di perjalanan sukar ini. Musuh-musuh agama daripada syaitan, orang-orang kafir, para munafikin bahkan saudara-saudara Islam sendiri yang berpenyakit akan menjadi sebab yang melemahkan jiwa dan memesongkannya daripada mengikuti jalan agama. Malah, musuh utama setiap muslim adalah nafsunya sendiri.

Nafsu yang gagal dididik untuk tunduk kepada Allah akan sentiasa meronta-ronta untuk memburu kehendak syahwat duniawinya. Daripada punca-punca inilah, kita melihat ramai umat Islam yang tewas, bahkan sebahagiannya melawan dan menentang agamanya sendiri.

Petunjuk kedua yang merupakan kekuatan dan kesediaan untuk teguh di jalan yang lurus ini dinamakan al rusyd atau al rasyad. Al Hidayat dan al rusyd kedua-keduanya bermakna petunjuk atau hidayah. Ia disebut berulang kali di dalam al Quran dan al Sunnah. Para ulama tafsir telah memahaminya sebagai dua jenis petunjuk Allah yang amat diperlukan oleh setiap hamba.

Kegelapan memerlukan cahaya, manakala kelemahan memerlukan kekuatan dan kesediaan. Justeru walaupun muslim itu tetaplah muslim, tetapi di jalan Allah tetap berlangsung pertarungan yang mengalahkan atau memenangkan. Kepada Allah jualah tempat kita memohon petunjuk dan pertolongan.

"Ya, Allah, kurniakanlah kepada kami rahmat daripada sisi-Mu dan sediakanlah untuk kami 'rasyada' (petunjuk) dalam segala urusan kami." (Surah al Kahfi: 10)

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Sudah ada yang 'celupar' mahu tahfiz ditutup

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


BUKAN sekadar komen melampau, malah mereka menghambur kata-kata kesat seolah-olah ibu dan ayah serta pengurusan pusat tahfiz tidak langsung memikirkan keselamatan kepada pelajar mereka setelah melihat insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah, Keramat pada 14 September lalu.

Lebih dari itu, komen jahat berbaur hasutan dibuat semata-mata menyemarakkan kemarahan, tatkala umat Islam dan rakyat Malaysia bersedih meratapi kejadian syahidnya anak-anak syurga ini dalam satu kejadian kebakaran.

Mereka gagal membaca keterangan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kejadian yang disahkan bukan kerana litar pintas, sebaliknya berkemungkinan perbuatan khianat pihak tertentu yang mana saksi kejadian menyatakan adanya dua tong gas di luar bangunan yang mencurigakan yang dikatakan menyebabkan kebakaran lebih pantas berlaku.

Kini suara sumbang dikumandangkan lagi mereka yang cukup anti kepada perkembangan sekolah agama, komentar bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin cukup menghiris hati para pencinta agama.

Ingat lagi suatu masa lalu, mereka ini jugalah dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen tutup sekolah agama rakyat dengan menyekat bantuan SAR ini. Kini suara-suara itu bergema kembali, malah tidak segan silu mereka mendesak sedemikian.

Untuk makluman semua berdasarkan kepada rekod, Yayasan Islam Kelantan (YIK) antara pihak yang memiliki banyak Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama di bawah pengurusannya. Ratusan pelajar cemerlang dihasilkan dari YIK. Yang cemerlang akademiknya, yang cemerlang hafazan Al-Qur'annya.

Ramai yang pasti ingat nama Nik Nur Madihah (21A dalam SPM) dan Siti Fatimah (18A SPM) dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu. mereka ini anak-anak yang menjadikan al-Quran sebagai rutin harian mereka, apatah lagi setiap pagi sekolah mewajibkan mereka membaca paling tidak dua muka surat Quran.

Ketika ini selepas kejadian kebakaran di Tahfiz Ittifaqiah, musuh-musuh Islam mula mengambil peluang untuk tutup semua pusat pengajian Islam ini. Hari itu dikata, pusat pendidikan Islam melahirkan golongan ekstremis atau pengganas IS, selepas itu dituduh pula guru-guru tahfiz atau ustaz-ustaz kita ini sangat ganas sikapnya akibat sikap melampau dalam menghukum.

Sekarang diguna pula alasan premis yang tidak selamat agar cita-cita mereka untuk menghalang dominasi pemimpin yang faham Islam tercapai, inilah kejahatan mereka dalam merancang menghapuskan golongan pencinta agama, dan mereka yang menjadikan al-Quran pelita hidup.

Apapun kelemahan yang wujud sama ada pengurusan bangunan dan sebagainya (aspek keselamatan), ia perlu diperbaiki. Bukan diambil tindakan tutup atau diharamkan.
Kenapa pula di Pulau Pinang tiba-tiba exconya menyatakan akan menutup pusat tahfiz yang tidak patuhi aspek keselamatan?

Kenapa pula mereka tidak tutup kilang kilang haram, pusat urut haram dan pelbagai premis haram lain yang mengancam keselamatan awam malah memberi kesan kepada masalah sosial selamanya?

Apakah ini hasrat besar pemimpin negeri tersebut dalam agenda kemenangan mereka?
Tidak perlulah berbangga kononnya Pulau Pinang memberi peruntukan kepada sekolah agama andai ada hasrat disebaliknya mahu menutup pusat tahfiz yang sukar mendapat bantuan kerajaan mahupun swasta ini.

Mereka membuka pusat tahfiz demi melihat anak anak Malaysia seawal usia mengenal al Quran dan menjadi pencinta agama, dan seterusnya menjadi insan soleh.

Atau Ketua Menteri Pulau Pinang lupa suatu masa lalu beliau pernah memuji pelajar tahfiz sebagai mereka yang baik dan berdisiplin, atau pujian ketika itu tidak lebih hanya mahu mengutip undi tatkala undi Melayu diperlukan mereka?

Seperkara lagi, mereka yang banyak mencadangkan agar pusat tahfiz ditutup seperti Zainuddin Maidin, persoalannya

Apakah kebakaran di pusat pengajian tinggi termasuk di Universiti Malaya (UM) di Dewan Tunku Canselor, di sekolah-sekolah lain, dan kebakaran di bangunan jabatan kerajaan harus dijadikan alasan untuk tutup sahaja semua khidmat ini?

Mereka yang mencadangkan biarlah rasional dan bukan komen ikut nafsu dan agenda kuffar. – HARAKAHDAILY 16/9/2017
..........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Jangan Bandingkan Isteri Kita Dengan Isteri Orang, Peluklah Isteri Itu Walau Bau Bawang Sekalipun, Pesanan Buat Suami
siakapkeli.my

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya, untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengannya untuk dilindung dan dekat dengan hatinya untuk dicintai. Mungkin kita biasa mendengar ayat ini bukan?

Di awal perkahwinan semua terasa indah. Namun, apabila ikatan sudah menjangkau tahun, tipulah kalau sesekali tidak terasa hambarnya. Ada yang sudah mula membandingkan kenapa isteri aku tidak seperti isteri orang lain?

Dahulunya cantik, kini tubuh isteri semakin berisi. Dahulunya pandai bergaya, kini sibuk mengendong anak-anak. Suami mulalah mencari setiap salah walau sekecil perkara, melihat isteri pun rasa ''semak'', dalam fikiran mahu mencari pengganti. Mudahnya.

Tapi, sedarkah anda wahai suami, seluruh hidup isteri itu telah dikorbankan untuk anda setelah lafaz diucap? Sesekali pandanglah wajahnya. Kenanglah pengorbanannya. Coretan oleh Marlia Ramli melalui laman facebooknya ini boleh dijadikan renungan buat semua lelaki yang bergelar suami di luar sana.

Semoga bermanfaat. Masih belum terlambat untuk anda menghargai isteri selagi dia masih di sisi.

SYURGA YANG DIBENCI.

1- semaknya lahai. Masuk je pagar dah bersepah mainan dari ruang tamu hingga ke dapur. Dengan anak comot tak mandi bagai.

2- semaknya lahai. Harap le juga bini tunggu depan pintu wangi-wangi. Rupanya sampai rumah bini ntah di mana-mana dengan baju kelawar dan bedak sejuk. Bau susu basi lagi.

3- semaknya lahai. Nak cium dahi bini pun bau bawang la, belacan la, minyak masak tanpa GST. Kot nak bermekap, langsung tiada!

4- semaknya lahai. Kekadang bini bukan sampai rumah lagi pun. Ntah di atas jalan mana sangkut jammed balik keja. Balik rumah hanya ada kerusi dan meja..

5- semaknya lahai. Dulu bini bersize kerengga sekarang bersaiz lori Alam Flora pula. Nak bawak ke majlis pejabat pun rasa malu la pula.

6- semaknya lahai. Asal balik je dengar bini membebel itu ini. Dengan jeritan anak bergaduh bagai. Mengalahkan kereta api tak cukup arang. Punyalah bingit!

7- semaknya lahai. Ipar duai mengadu bini saya tidak sempurna dan tidak baik juga. Kata ibu saya, isteri tak pandai masak, tak reti bergaul dan tidak sempurna.

Malah banyak lagi ke''semak''kan yang kita rasa sebagai suami. Kita rasa tersalah memilih isteri. Kita rasa kita adalah suami yang paling malang di dunia.

Isteri kawan terlihat cantik, manis dan comel sentiasa. Tapi isteri kita? Nak tengok muka pun hati tak senang. Aduh! Sungguh malang!

Ya.. Sebagai arjuna perkasa kita tidaklah update di FB atau Insta tentang kekecewaan kita. Kita juga tidaklah menangis call mak di kampung untuk bercerita. Namun di dalam jiwa, kekecewaan kita meronta-ronta dan akhirnya bertukar menjadi barah yang memakan diri.

Maka duhai arjuna mulia, perlahan-lahan kita mula jadi pendiam, kita bagi silenced treatment pada anak isteri, kita semakin kurang senyuman, kita mula lepak di mamak tengok bola. Malah yang semakin hardcore, kita mula angkat tangan kaki kepada isteri. Tersalah kari terlebih masin, pinggan mula dibaling ke dinding.

Namun... Jom kita menilai sejenak...

Duhai arjuna sang suami yang dihormati... Pada saat akad dilafaz maka segala dosa pahala wanita diserahkan dari bapa kepada suami tercinta. Ironinya setiap inci jasad, jiwa, hidup dan mati seorang wanita dipersembahkan sepenuhnya kepada anda aduhai suami mulia.

Sang isteri tinggalkan ibu, tinggalkan ayah, tinggalkan keluarga dan tinggalkan keseronokan hidup sebagai si gadis muda. Penyerahan yang dipenuhi kepasrahan dengan harapan beroleh bahagia.

Duhai arjuna, sesekali pandanglah wajah isteri. Tenunglah setiap garis-garis airmata di pipi. Seperti mana anda tidak bahagia, begitulah juga wanita.

Sebab itulah sang isteri membebel itu ini. Wanita mahu didengar. Terkadang marahnya memuncak dan emosinya celaru. Peluklah isteri berbau bawang anda itu. Kasihanilah dia...

Benar.. Dulu dia bersaiz kerengga, secantik secretary di office anda, sewangi Mira Filzah dan selincah Neelofa. Namun, tanggungjawab keluarga didulukan dia.

Dulu wang gajinya untuk perfume Estee Lauder, kasut Bonia, make up Loreal dan handbag Gucci. Namun kini wang gajinya untuk kos sara hidup bersama anda.. Maka anda masih tertanya-tanya kenapa isteri tidak sewangi zaman bercinta?

Jika di zaman gadis dia punya kawan. Di hujung minggu dia ke spa bermandi susu dan minum coffee di cafe. Kini di hujung minggu dia bersama anda mengendong anak-anak. Manalah lagi bajet pembelian baju cantik selain set kelawar yang dipakai dia?

Duhai arjuna mulia, bila isteri bercerita sahutlah dia dengan cinta. Janganlah menjeling hatta bergurau untuk berpoligami dengan Neelofa. Biarpun sang isteri tersenyum, hakikatnya dia terluka. Jiwanya jadi takut dan risau. Manalah tahu kalau-kalau suami sekacak bangla dirampas sesiapa?

Duhai arjuna mulia, sejenak usaplah tangan isteri. Lihatlah tangan yang pernah gebu kini bercalar dengan minyak panas akibat berusaha menyediakan makanan buat keluarga.

Ya, wanita bergelar isteri mengorbankan keseronokan di zaman remaja demi membina hidup bersama kita.

Tidak cukupkah lagi sembilan bulan sepuluh hari wanita ini mengendong zat zuriat suami yang paling dicintai? Malamnya berkeluh kesah tidak mampu lena akibat tendangan bayi?

Tidak cukupkah lagi wanita berkali-kali mati demi melahirkan zuriat yang paling istimewa. Tanyalah secretary secantik Neelofa, sanggupkah dia mati untuk anda?

Usahlah bandingkan isteri dengan kejelitaan Che Ta. Che Ta bermandi susu sedangkan isteri bermandikan airmata!

Tidak cukupkah lagi wanita menyusukan anak hingga dua tahun? Segala bentuk badan mula mengendur dan segala kecantikan mula pudar.

Badan mula penat dan mulut mula berbunyi. Jangankan make up, mahu disapu bedak sejuk ke muka juga sudah tidak punya daya?

Ingin juga dibayar bibik dari Jawa namun gaji kita pula tidak seberapa. Maka sang isteri yang penat gagahkan juga uruskan kerja di pejabat berserta hal ehwal keluarga seusai subuh pagi sehingga lewat senja.

Di manakah kita? Sedang menonton bola bersama rakan, bergelak ketawa dan bergembira minum teh bersama secretary. Kita mungkin sedang membina badan di gym atau bermain golf di padang ketika isteri menggelupur kelelahan.

Sampainya hati kita mula rasakan dia tidak teristimewa seperti dulu. Terkadang mahu dihulur wang untuk dibeli barangan dapur pun kita marah bagaimana mahu ditaja peralatan make up pula?

Duhai arjuna mulia, kita bukan Tan Sri berharta. Kita juga boroi dan tidaklah sehensem mana. Bersyukurlah isteri kita sentiasa setia. Isteri kita sentiasa ada. Tidur kita tidak pun pernah keseorangan pula.

Adilkah kita membandingkan isteri kita dengan isteri kawan yang terlihat cantik sentiasa? Berapa banyak kos yang suami beliau habiskan supaya isterinya wangi dan cantik sentiasa?

Sedangkan kita? Mahu beli sabun jenama Lux pun masih berkira-kira syiling didalam kocek. Bila masa kita pernah hadiahkan set make up atau wangian berjenama buat isteri tercinta?

Pedulikan saja umpatan ipar duai hatta mentua jika ada. Biarpun satu dunia membenci isteri, suami yang setia sentiasa ada untuk menyinta. Baik atau tidak, isteri anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta. Isteri juga punya hak yang perlu dijaga.

Jika salah, betulkan dia selayaknya. Jangan diabai, dibenci dan dikasari hatinya.

Duhai arjuna mulia, beritahu isteri betapa istimewanya dia dihati anda. Khabarkan betapa anda cintai dia minimum sepuluh kali sehari.

Ciumlah dahi isteri setiap pagi, tanda dia sepenuh hati kita dicintai. Bermaafanlah setiap kali sebelum tidur bermimpi Neelopa jelita.

Dengan kuasa cinta anda duhai arjuna mulia, sang isteri akan menjadi luar biasa jelita, luar biasa bahagia dan luar biasa gembira!

Yakinlah, jika sentiasa saling memperbaiki diri, rumahtangga tidak lagi akan menjadi SYURGA YANG DIBENCI.

Siakapkeli.my

Pasangan Malaysia Panik Beg Dengan Isi Ribuan Ringgit Hilang Sekelip Mata Di Jepun
siakapkeli.my

Kehilangan beg atau luggage ketika anda diluar negara pasti menjadi mimpi buruk. Biasalah bila bercuti dengan membawa beg yang banyak, dan mempunyai fungsi penyimpanan yang berlainan. Kadang-kadang terlepas pandang dengan salah satu beg dan tau-tau je dah takde.

Banyak kes sebegini terjadi, bila dah sampai ke sesuatu destinasi, sedang menunggu beg di lapangan terbang, tiba-tiba beg tak muncul-muncul juga, dah lah banyak barang dalam beg. Perkongsian daripada Auzaie Mahamud ini sebagai contoh boleh dijadikan pengajaran kerana bernasib baik begnya yang berisi ribuan ringgit berjaya dijumpai.

Dalam kes ini, jika anda kehilangan bagasi berdaftar, segeralah berjumpa dengan salah seorang pegawai pelanggan dan memberikan tag bagasi yang diberi kepada anda sewaktu daftar masuk untuk mereka menjejaki bagasi melalui Sistem Penjejakan Bagasi. Jangan panik dulu ya, bertindak dengan cepat agar beg anda berjaya dijejaki!

BEG DAN ISI BEG RIBUAN RM HILANG SEKELIP MATA DI JAPAN

Alkisah Isnin malam, (5/3/2018) 8 pm kami dah sampai Haneda Airport, Tokyo. Semua pakaian basah, sebabnya seharian hujan kat sana. Hari last pulak, so memang ramai laa redah jugak.

Dalam 8 pm macam tu, akak Abam E tukar pakaian di toilet. Yang geng-geng lain, ada yang kemas luggage, masukkan barang-barang shopping dalam luggage, check barang, termasuk Abam E. Boarding pass pukul 11pm macam tu.

Gambar Hiasan

Selesai akak Abam E setel tukar pakaian semua. Dia pun mai laa kat kitorang.. Susun-susun barang. Tiba-tiba ja Akak Abam E baru perasan beg kecik yang ada hp, powerbank, duit RM & Yen, Cincin, Kad Atm tak ada. Piiiiiiiiiii dahhhh.

Akak Abam E check merata, kami pulak punggah beg, kot-kot terselit. Akak Abam E terus lari ke Toilet.

Akak Abam E patah balik. Katanya beg 'isinya' bernilai ribuan ringgit dah tak ada. Dah cari semua kawasan toilet. Fuhhhhhhh.

Kami pun cuba trace, kot-kot tercicir tempat lain ke, bas ke. Tapi memang akak Abam E kata kat toilet. Belakang pintu. Then, pegi pulak ke kaunter informasi. Maklum dan minta diorang check.

Pastu, dibantu dengan geng-geng yang lain. Check lagi kat tandas. Dan, memang tak jumpa jugak. Masa makin suntuk, sebab geng-geng lain dah naik tingkat atas, nak hantar luggage kat kaunter. Makin cuak!

Dalam hati kami semua ni yakin, akan jumpa. Sebab kita tau environment dan sikap orang Jepun. Diorang memang jujur dan tak curi. Tapi, kat airport ni macam-macam boleh jadi.

Kali ke-2 p kaunter informasi, masih tak ada berita. Geng-geng yang lain dah beredar ke tingkat 3. Hanya tinggal kami yang memang rasa dan kuat mengatakan AKAN JUMPA!

Gambar Hiasan
Kalau beg tu hilang, memang boleh fly lagi. Sebab passport, Abam E yang jaga. So, ada kat Abam E. Cuma, barang dan nilai barang kat dalam tu yang bernilai sangat-sangat.

Sedang kami persiapkan barang nak keatas, sorang staf airport panggil kami. Katanya ada jumpa barang. Tapi, belum pasti barang apa. Apa lagi, memang akak Abam E terus cepat ikut staf tu.

Diorang siasat, semak, untuk pastikan barang tu betul atau barang orang lain. Then, kena isi beberapa borang.

Alhamdulillah. Memang betul lah, rakyat Jepun (Nippong jin) jujur. Beg akak Abam E di serahkan semula. Alhamdulillah, kesemua barang ada. Lengkap!
Semua boleh senyum dah. Kalau tak, memang semua diam laa.

Maklumat yang kami dapat jugak, sekiranya barang kita diorang jumpa, maybe 30% perlu bagi kat diorang. Bagi kes akak Abam E, kami tak kena apa-apa. Syukur!

Itulah cerita detik-detik terakhir berada di sana. Tammat!

Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Hudud tak perlu ada dalam menifesto PRU PAS!

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
http://tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,

Selawat dan Salam ke atas Junjungan,, Pada PRU 13 yang lalu, ketika PAS mengeluarkan menifesto negara berkebajikan ketika masih bersama PR, yang bertempek terlolong ialah Umno menuduh PAS sudah menggugurkan agenda Hududnya kerana sudah dikuasai oleh DAP dalam PR.Tapi hari ini apabila PAS mengeluarkan menifseto PRU 14nya yang juga tiada agenda Hudud, maka terlolong pulak juak juak tokong PH yang suka piss kononnya kecewa dengan PAS yag tidak memasukkan Hudud dalam menifestonya.Inilah dakwaan kelakar dari orang orang yang menutup terus sejarah yang antara lain membawa PAS keluar dari BN dan membawa PAS berjuang sendirian selepas PR tidak mahu menghormati perjuangan PAS yang tidak selari degan selera mereka.Apakah sebabnya yang boleh dilihat dari faktar sejarah? Tak lain dari Hudud, kerana Hudud jugalah menyebabkan DAP menentang Islam.PAS bersendiri hari ini juga sebab ingin terus mengajak umat Islam bersama sama menegakkan Hudud sebab Hudud adalah bateri yang hilang dari lampu picit Islam yang menyebabkan Islam tidak bersinar kerana lampunya padam dek kerana Hudud ditinggalkan.

Apakah perlu setiap kali PRU PAS perlu memasukkan agenda Hudud dalam menifestonya? Apakah kerana Hudud tidak dijadikan menifesto PRU maka PAS sudah lupa Hudud?Sekali lagi perlu melihat sejarah.Sejak zaman arwah ayah Dr. Mujahid jadi presiden PAS lagi, Hudud dihidupkan sebagai agenda utama perjuangan PAS dan diteruskan lagi oleh AUFN dan ATGNA serta TGHH sehingga sekarang Tiada yang berubah.Sejak zaman arwah ayah Dr, Mujahid sampai sekarang imej PAS sudah terbentuk sebagai pejuang Hudud tanpa terhalang oleh PRU yang berlaku 5 tahun sekali.Sejak zaman Mahathir jadi presiden Umno dan PM yang pernah mempersendakan Hudud pada PRU dengan meletakkan perayu perayu undinya di pusat pemilihan yang beraksi seperti orang potong tangan dan kaki di depan pengundi yang datang terutama pengundi bukan Islam sehingga kini, Hudud tak lekang jadi bahan sendaan, cuma bezanya kalau dulu Umno dibawah pimpinan Mahathir yang mempersenda Hudud, hari ini PH juga dibawah pimpinan Mahathir pula mengambil alih.

Tapi bahan sendaannya tetap sama, kalau dulu yang mengatakan Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana suasana tidak kondusif ialah Yiddin Yasin, TPM dan Timbalan Presiden Umno tapi hari ini yang berkata demikian laiah balaci Yiddin dalam PH.Seorang pemimpin besar PH, yang bernama Husam Musa pernah ketika jadi Naib Presiden PAS ketika berdebat dengan KJ di Kota Baharu bertegas bahawa dia sokong Hudud kerana dia orang Islam bukan kerana dia ahli PAS.Tapi hari Ph menerusi balacinya menyatakan pula cercaannya kepada Hudud seolah olah hudud itu bukan perkara penting dalam kehidupan seorang Islam.Kalau Husam kata dia sokong Hudud kerana dia orang Islam ketika dia jadi ahli PAS, kenapa pula dia mesti berubah ketika jadi ahli PINK? bukan dia menukar ugama dan sepatutnya lah dia menasihati orang orang bawahannya agar jangan menggunakan Hudud untuk menyerang PAS.

Kembali kepada menifesto PRU, PAS tidak memasukkan Hudud kerana PAS sudah dikenali sebagai satu satunya parti politik yang mahukan Hudud tertegak di Malaysia. Sudah terbentuk imej hudud dalam PAS jadi tak perlu memasukkannya dalam menifesto kerana rakyat sudah tahu,PAS akan berusaha melaksanakan Hudud kalau menang atau kalah PRU.RUU 355 kalau sesiapa yang faham ialah laluan untuk Hudud dilaksanakan yang PAS bentang di Parlimen sebagai pembangkang bukan kerajaan,makna kata kalau sebagai pembangkang yang lemahpun PAS sudah memulakan usaha untuk melaksanakan Hudud, tak usah cerita kalau PAS menang.

RUU 355 adalah laluan yang dibuat oleh Arwah Prof.Ahmad Ibrahim untuk perlaksanakan Hudud dan undang undang jenayah Islam.PAS haya meneruskan usaha murni Arwah yang disifatkan oleh Mahathir sebagai anak melayu paling cerdik pernah dilahrikan dalam negara.Tapi malangnya, disebalik menyokong usaha arwah, ada pula balaci tokong mempersendakankan,Sudah berbuih mulut memberitahu kenapa RUU 355 masih ditangguh, tetapi balaci balaci tokong tetap mempersendakan malah mahu RUU 355 cepat cepat dibahas dan ditolak oleh parlimen.Islam jenis apa manusia macam ni.

Islam tu ugama yang menyeluruh dan perlu diikuti keseluruhan panduannya termasuk berhukum dengan hukum ALLAH dalam semua perkara.Kalau dalam hubungan suami Isteri, kita wajib mandi setiap kali selepas berjimak, maka begitu jugalah kita wajib mengenakan hukuman rejam kepada penzina,Cuma bezanya hukuman kepada penzina yang termaktub dalam Hudud perlu dilakukan oleh kerajaan bukan individu seperti dalam kes mandi wajib.

Oleh itu seseorang Islam yang menolak hukuman Hudud tetapi menerima hukum hukum lain boleh disifatkan sama dengan yahudi dan nasrani yang suka mengambil sebahagian perintah dan kufur engkar dengan perintah yang lain serta suka mengubah hukum, yang diharamkan oleh ALLAH dihalalkan dan sebaliknya.

Hudud tak perlu jadi menifesto PRU PAS kerana Hudud sudahpun menjadi menifesto PAS sepanjang masa.

.................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Malaysia Sejahtera: Tema Manifesto PAS-Gagasan Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

a) Pada hari ini, Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang dianggotai oleh PAS, IKATAN dan BERJASA, serta badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan tokoh-tokoh (NGIs) mengumumkan, Manifesto GAGASAN yang bertemakan 'MALAYSIA SEJAHTERA' akan dilancarkan pada Ahad, 18 Mac 2018.

Pelancaran manifesto tersebut akan dilakukan dalam satu Majlis Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh Pengerusi GAGASAN, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Astana Banquet Hall, Cyberjaya.

b) Berikut adalah senarai sembilan teras penting yang menjadi dasar umum Manifesto GAGASAN yang bakal dilancar nanti:

1. Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti, beramanah serta bebas daripada korupsi

2. Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat

3. Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup

4. Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar

5. Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang

6. Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak Syariah

7. Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri

8. Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi

9. Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan

Fb Syed Ahmad Fadhli

20 tawaran utama Manifesto Malaysia Sejahtera

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

CYBERJAYA - Gagasan Sejahtera secara rasminya mengumumkan 20 tawaran utama yang menjadi manifesto kepada rakyat menjelang PRU14.

Manifesto Malaysia Sejahtera itu diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika majlis Syarahan Perdana dan Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera, sebentar tadi.

20 tawaran tersebut ialah:

1) Menghapuskan GST yang membebankan rakyat dan menggantikan dengan sistem percukaian lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

2) Melupuskan hutang peminjam PTPTN yang sedia ada ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.

3) Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It'aam Kebangsaan.

4) Menawarkan bantuan one-off sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita berkerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.

5) Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.

6) Bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).

7) Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000.

8) Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasa golongan miskin serta luar bandar.

9) Menstrukturkan semula kadar bayaran tol bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol melebihi 15 tahun.

10) Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan' (UMI).

11) Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.

12) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.

13) Kembalikan sistem kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, masyarakat bandar serta luar bandar.

14) Pertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

15) Bantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.

16) Bangunkan penempatan baharu mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.

17) Membantu golongan OKU menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.

18) Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama serta latihan keibubapaan.

19) Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk kurangkan kadar jenayah.

20) Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



"Uji Rashid Tak Dihalau!" – Wakil Keluarga Tampil Beri Penjelasan Sebenar
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Wakil keluarga penyanyi popular 1970-an, Uji Rashid tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku kepada mereka sekeluarga.

Kata individu yang menggunakan nama Rehan Ismail di Facebooknya, Uji Rashid tidak dihalau dari kediaman yang sedang disewanya sekarang namun mencari alternatif untuk terus menyara keluarga.

"Nak beritahu juga, bukan kena halau. Sekarang menyewa apartment RM1,500, tak beli sebab banyak dokument melibatkan slip gaji dan sebagainya.

"Dia menjaga Cico yang sakit sejak setahun lalu.

"Dia seorang yang menyara keluar dia (anak dan cucu). Walaubagaimanapun, kami turut membantu mana yang perlu," jelasnya.

Rehan memohon agar situasi yang berlaku kepada Uji dan keluarganya tidak ditularkan dan dibandingkan dengan arwah biduanita negara, Datuk Sharifah Aini.
"Jangan bandingkan dia dengan arwah Sharifah Aini sebab dia single sejak Cico bayi lagi.

"Menanggung arwah ibu dia dan keperluan keluarga. Dia sepatutnya sudah berehat senang lenang tetapi musibah yang melanda Cico adalah dugaan yang dia harus hadapi.

"Apa yang tersiar dan viral dalam media saya pasti amat perit bagi dia yang selama ini tidak pernah meminta-minta bantuan," tambahnya.

Beberapa hari lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu dilaporkan terpaksa keluar daripada rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dan memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Berita sedih itu dikongsikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar baru-baru ini.

Kesusahan saya hanya Tuhan tahu' - Uji Rashid
bloglist-malaysia.blogspot
gigitankerengga.blogspot.
Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

STATUS dikongsi Noh pada Facebook mengenai pertemuannya dengan Uji berhubung permohonan rumah PPR, pantas menjadi bualan netizen, sejak Rabu lalu. - Foto FB Tan Sri Noh Omar
rajamawar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: "Saya reda dengan ujian Allah."

Begitulah luahan bintang veteran, Uji Rashid yang mengaku hidupnya berdepan cabaran getir membabitkan kesihatan anak tunggal kesayangan, Cico Harahap dan bebanan kewangan hingga tidak lagi mampu menyewa rumah.

"Saya tiada pilihan selain terpaksa memohon bantuan rumah daripada Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai tempat berteduh," katanya ketika dihubungi BH Online.

Sejak beberapa hari lalu, kisah Uji yang dikatakan diarah mengosongkan rumah di Taman Dagang, Ampang, selepas gagal membayar sewa, tular.

Isu itu menjadi topik hangat netizen apabila Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkongsi status di Facebook mengenai pertemuannya dengan Uji yang ditemani Cico dan cucunya, Rindu Norfitrah, bagi meminta bantuan rumah PPR, kelmarin.

Uji berkata, dia sedih apabila beritanya diusir dari rumah sewa menjadi tular.

"Saya, anak dan cucu belum lagi kena usir. Tetapi dalam keadaan sekarang, saya merasakan tidak mampu menyewa rumah dengan bayaran tinggi. Saya berpijak di bumi nyata, saya harus mencari rumah yang mampu milik.

"Diakui sewa rumah pernah tertunggak ketika Cico jatuh sakit, tahun lalu. Namun, saya berusaha melunaskannya kerana tidak mahu kena halau.

"Duit simpanan banyak dikeluarkan untuk rawatan Cico. Jadi, kadang kala saya tidak cukup duit untuk membayar sewa," katanya.

Akuinya, keadaan Cico agak teruk dan memerlukan perhatian.

"Saya terpaksa menolak tawaran kerja untuk menumpukan perhatian pada satu-satunya zuriat saya. Kesusahan saya hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak sampai hati meninggalkan anak yang menderita sakit.

"Saya masih berulang alik ke hospital menemani Cico menjalani pelbagai terapi dan rawatan setiap hari.

"Cico semakin sihat tetapi dia masih tidak boleh bercakap, menulis mahupun membaca. Saya terpaksa menjaganya seperti anak kecil," katanya menjelaskan masalah yang dihadapi anaknya itu.

Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid berkata, beliau bersyukur Noh membantu meluluskan permohonan rumah PPR dengan segera.

"Sebenarnya, saya sudah membuat permohonan rumah PPR sejak beberapa bulan lalu. Saya berusaha sendiri tanpa bantuan mana-mana persatuan.

"Saya turun naik pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali. Dengan bantuan seorang rakan yang juga kenalan baik Noh, permohonan saya diluluskan segera. Usaha saya mendapatkan rumah tidak melalui mana-mana persatuan.

"Saya mahu berpindah segera kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah dengan harga tinggi. Insya-Allah saya akan berpindah ke rumah PPR dalam masa yang terdekat.

"Noh memberi pilihan beberapa kawasan sekitar Puchong dan Jinjang. Beliau juga meminta saya melihat lokasinya dulu sebelum membuat keputusan," katanya.

Mula aktif sejak era 1970-an, Uji dikenali sebagai artis versatil dengan bakat lakonan dan suara merdu. Uji banyak merakamkan lagu duet bersama Hail Amir dan Datuk DJ Dave. Filem lakonannya seperti Permintaan Terakhir, Menanti Hari Esok, Langit Tidak Selalu Cerah dan Yassin masih dikenang sebagai antara karya terbaik Uji.

Mengaku Bersalah Dera Orang Gaji Guna Pisau, Batang Mop Dan Besi 2 Tahun Lalu, Seorang Datin Terlepas Hukuman Penjara
siakapkeli.my

17 Mac - Seorang wanita bergelar Datin dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen, kerana menyebabkan kecederaan parah pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu, lapor Berita Harian

Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar memutuskan hukuman itu ke atas Datin Rozita Mohamad Ali, 44, selepas menukar pengakuan kepada bersalah apabila pertuduhan pindaan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam prosiding perbicaraan kes terhadapnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, suri rumah itu berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi pertuduhan asal iaitu cubaan membunuh sebelum pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pindaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu sebelum prosiding bermula, Rozita cuba mengelak wajahnya daripada dirakam dan menjadi berang serta mengarahkan pembantu menghubungi peguamnya sebaik menyedari kehadiran media.

Dalam penghakimannya, Mohammed Mokhzani berkata, bon berkelakuan baik dikenakan terhadap tertuduh bukan bermakna wanita itu dibebaskan, sebaliknya masih terikat dengan mahkamah selama tempoh ditetapkan.

"Sekiranya tertuduh terbabit dengan aktiviti jenayah, dia boleh dituduh semula dalam kes sama dan bakal dikenakan hukuman penjara," katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang mop, sekaki payung, sebatang rod besi, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, di sini antara jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Rozita didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, V V Suloshani memohon hukuman pemenjaraan setimpal diberi atas alasan kes mendapat liputan meluas media antarabangsa dan tempatan, manakala video rakaman itu tersebar luas di media sosial.

"Ia menyebabkan imej negara kita tercemar di mata dunia, selain menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

"Kes ini juga antara sembilan kes penderaan pembantu rumah paling tragis di negara kita, dan hanya hukuman penjara setimpal bagi perbuatan keji yang semakin berleluasa ini," katanya.

Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili tertuduh, memohon hukuman berbentuk bon berkelakuan baik dikenakan atas alasan kemanusiaan iaitu tertuduh mengalami tekanan melampau sejak didakwa di mahkamah.

"Tertuduh benar-benar insaf dengan perbuatannya dan sentiasa memberi kerjasama baik kepada pihak polis,"katanya.

Kes berkenaan tersebar luas di media sosial menerusi rakaman video pada 21 Disember yang antara lain menunjukkan Suyanti ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi longkang di Mutiara Damansara, oleh seorang pengawal keselamatan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Pas boleh bekerjasama mana-mana parti

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

CYBERJAYA - Pas tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan selepas PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu boleh direalisasikan jika konsep dan manifesto dibawa oleh Pas dapat diterima oleh parti yang mahu bekerjasama dengan pihaknya.

"Bila Pas jadi 'king maker', Pas boleh bekerjasama dengan parti-parti lain, dengan siapa kita nak bekerjasama, tunggu keputusan PRU4. Kita tak tahu sama ada menang atau kalah.

"Bagaimanapun, parti yang mahu bekerjasama dengan Pas mesti menerima konsep kita kemukakan dalam manifesto bagi mana-mana parti ini yang akan jadi rakan dalam kerajaan apabila kita jadi 'king maker'," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Malaysia Sejahtera Peringkat Pertama, sebentar tadi.

Ditanya adakah Pas akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan jika parti itu memerintah negara, Abdul Hadi dalam nada sinis berkata: "Kita tak tahu dia (Harapan) dapat berapa kerusi pada PRU14".
....
20 tawaran tersebut ialah:

1) Menghapuskan GST yang membebankan rakyat dan menggantikan dengan sistem percukaian lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

2) Melupuskan hutang peminjam PTPTN yang sedia ada ada untuk meringankan bebanan anak muda sebagai satu inisiatif permulaan ke arah memberikan pendidikan percuma.

3) Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It'aam Kebangsaan.

4) Menawarkan bantuan one-off sebanyak RM2,000 sebagai modal kepada wanita berkerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.

5) Melaksanakan program bas sekolah percuma untuk meringankan beban ibu bapa.

6) Bantuan pembelian kereta pertama bawah 1300 kuasa kuda menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).

7) Mengurangkan harga rumah mampu milik antara RM50,000 hingga RM180,000.

8) Mengembalikan semula fungsi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sebagai program memperkasa golongan miskin serta luar bandar.

9) Menstrukturkan semula kadar bayaran tol bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi tol melebihi 15 tahun.

10) Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan' (UMI).

11) Memperkasakan peruntukan Islam sebagai agama persekutuan dengan melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.

12) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara.

13) Kembalikan sistem kuota di institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi mengimbangi jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin, masyarakat bandar serta luar bandar.

14) Pertimbangkan semula pelaksanaan dasar pembangunan yang berupaya membasmi kemiskinan dan menyusun semula ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia.

15) Bantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.

16) Bangunkan penempatan baharu mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga Felda.

17) Membantu golongan OKU menerusi pemerkasaan sistem sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.

18) Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS) di setiap daerah dan lokaliti yang memerlukan untuk memberi khidmat kaunseling, perundangan, kemahiran, bimbingan agama serta latihan keibubapaan.

19) Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding populasi setempat untuk kurangkan kadar jenayah.

20) Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar untuk memenuhi keperluan penduduk berasaskan nisbah disyorkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PAS dan cabaran segenap penjuru

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

KALANGAN yang sempit pemikiran politik tidak boleh memahami hanya sekadar dua penjuru sahaja, sama ada menyokong kerajaan atau melawan kerajaan dengan apa cara sekalipun, tidak ada lagi pilihan yang lain dalam perjalanan politiknya.

Rasulullah S.A.W yang berpolitik dengan petunjuk Al-Quran melakukan baiah sebelum berhijrah dengan mereka yang sedia bersama Islam, hanya kalangan yang sedia menghadapi tentangan yang datang daripada segenap penjuru.

Baginda S.A.W menolak kalangan Bani Amir yang bertanyakan kabinet bayangan ketika hanya masih bermimpi mendapat kuasa, dan menolak Bani Syaiban yang hanya bersedia menghadapi Kabilah Arab yang sebangsa dengan mereka, namun tidak bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru, di antaranya kalangan musyrikin, munafiqin, ahli kitab di Madinah dan dari luar Parsi dan Rom.

Akhirnya Baginda S.A.W menerima baiah 'Aus dan Khazraj yang datang dari Madinah, apabila mereka tidak hanya mengucap dua kalimah syahadah, bahkan mereka bersedia dengan baiah berdepan dengan seluruh penjuru dunia yang menentang Islam. Kemudian bertahaluf dengan kaum Yahudi Madinah, menerima Kristian Najran dan Musyrikin yang menerima Piagam Madinah yang mendaulatkan Islam.

Langkah Rasulullah S.A.W bertepatan dengan risalah dakwah berkonsepkan tiada paksaan terhadap penganut berbagai agama dan kalangan berbilang kaum dan bangsa. Adapun politik Baginda S.A.W memerintah masyarakat majmuk yang berkonsepkan rahmat kepada seluruh manusia dan adil terhadap semua, menyebabkan perjuangannya ditentang oleh semua pihak yang datang daripada timur dan barat, utara dan selatan.

Allah membahagikan manusia itu bukan sahaja beriman, munafik dan kafir dari segi sikapnya terhadap Islam. Tetapi dibahagikan pula kalangan yang bersahabat dan bermusuh secara terbuka dan bersembunyi, berilmu dan jahil dari segi akalnya. Dibahagikan juga, sikap mereka yang telah pun Islam terhadap petunjuk Allah dalam kehidupan dunia ini, namun ada yang cuai dan malas, ada sederhana dan ada pula yang sangat taat, di samping tidak sama pengetahuan dan amalannya terhadap Islam. Ini dinyatakan oleh firman Allah:

﴿وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ هُوَ الْحَقُّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ إِنَّ اللَّهَ بِعِبَادِهِ لَخَبِيرٌ بَصِيرٌ٣١ ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ٣٢﴾ [فاطر: 31-32]

"Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad S.A.W) ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam-dalamnya akan keadaan sekalian hamba-Nya, lagi Maha Melihat dan Memerhatikan. (31) Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih daripada kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah semata-mata).. (32)" (Surah Fatir: 31-32)

PAS terlibat sejak awal menentang penjajah bersama masyarakat beragama Islam yang berbagai tahap kefahaman dan ilmunya, dan juga bersama penganut bukan Islam berbagai agama dan ideologi yang diperjuangkannya dengan sikap yang berbeza terhadap Islam.

PAS boleh bersama puak kanan dan kiri yang menentang penjajah pada dasarnya, namun PAS menolak kumpulan kiri yang bertindak keras dan kumpulan kanan yang hanyut mengikut agenda penjajah. PAS menyertai pilihan raya tiga penjuru dan empat penjuru menentang PERIKATAN (Umno, MCA, MIC), Parti Negara dan Front Sosialis. PAS tidak masuk hutan bersama kumpulan kiri yang keras.

Walaupun PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 dan satu-satunya parti pembangkang dengan hanya satu kerusi, tetapi berjaya meletakkan titik persamaan dengan UMNO untuk menjadikan Islam adalah Agama Persekutuan dan kuasa raja-raja, walaupun hanya sekadar sedikit kuasa yang diberikan kepada negeri dan raja-raja, serta hak kebebasan kepada berbagai agama yang dianuti oleh masyarakat majmuk, sehingga menjadi konsep diterima oleh MCA dan MIC (Pakatan Harapan belum wujud).

Adapun PAS terus menjadi pembangkang yang menyertai pilihan raya selepas kemerdekaan sehingga kini, kerana menentang kecuaian UMNO dalam pelaksanaan syariat Islam walaupun telah berkuasa lebih daripada setengah abad. Namun tidak menafikan agenda agama Islam seperti mendirikan masjid, membenarkan pengajian Islam, bank Islam dan muamalat ekonomi Islam. PAS tetap menentang kecuaiannya tidak mengharamkan riba, melesenkan arak, judi dan maksiat sehingga tidak ada kuasa kepada Mahkamah Syariah bagi dilaksanakan hukum Islam walaupun terhadap umat Islam sahaja, tanpa menyentuh penganut agama bukan Islam.

PAS tetap menentang UMNO secara beradab dan bersopan, walaupun berlakunya ketidakadilan terhadap kerajaan PAS Terengganu sehingga merampas Royalti Petroleum dan menafikan hak Kelantan, namun PAS tidak berjuang mengeluarkan Kelantan dan Terengganu daripada Malaysia. Walaupun hak diberikan kepada Sarawak dan Sabah, tetapi PAS tetap bersama dalam Malaysia, tidak seperti kalangan yang menyebarkan fahaman anti semenanjung di Sabah dan Sarawak dan mengajak negara asing campur tangan urusan tanah air tercinta ini.

PAS bertindak secara sopan dalam isu 1MDB dengan bersemuka secara berdepan dan berhujah tanpa mendesak campur tangan asing, namun Melayu PAS tidak lupa terhadap isu yang berantai sebelumnya seperti BMF, PERWAJA, PETRONAS, Tabung Haji, FOREX, KWSP dan menghapuskan konsep negara kebajikan kepada negara kerajaan berniaga.

Walaupun memakan masa yang panjang, di mana kalangan yang terlibat masih berada dalam kehidupan dunia, maka PAS tidak bersama dengan saki baki yang pernah menjadi punca masalah yang masih menjadi penyakit sehingga kini, di mana PAS tidak bersama tindakannya menjadi pembangkang yang tidak bersopan.

PAS juga menentang GST yang membebankan rakyat, bukannya sekadar memburu pencuri cukai dan SST yang tidak mencukupi, tetapi kerana kesilapan mereka yang pernah memimpin negara beberapa lama dahulu.

PAS bukan hanya menyatakan tidak bersetuju, tetapi mengemukakan cadangannya sendiri dalam konsep percukaian bagi menampung kewangan negara kerana mewarisi kesilapan pemimpin UMNO yang terdahulu. PAS bukannya seperti mereka yang hanya menentang untuk merebut kerusi di Putrajaya, namun mengekalkan mereka yang terlibat dalam kesilapan yang berlalu.

PAS wajib menentang parti yang nyata anti Islamnya, bersama Melayu yang diperkudakan dan pengkhianat yang bersekongkol dengannya yang bakal menjadi laksana ekor cicak yang putus daripada badannya kerana meninggalkan PAS.

Kini mereka berani bersuara tanpa sopan terhadap sensitiviti umat Islam dengan kenyataannya yang terbuka dalam urusan umat Islam. Namun PAS tidak bermusuh dengan mereka yang bersopan terhadap umat Islam. Ini berpandukan firman Allah:

﴿عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ٧ لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ٨ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ٩﴾ [الممتحنة: 7-9]

"Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (7) Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (8) Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)" (Surah Mumtahanah: 7-9)

Inilah pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang sinonim dengan konsep demokrasi berdepan secara damai, sama ada terhadap umat Islam yang berbeza pendapat dan melakukan kesilapan yang wajib dibetulkan, termasuk juga sikap terhadap bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam bahkan menerima pemerintahan Islam.

PAS tidak boleh membiarkan kalangan yang nyata bermusuh terhadap Islam dengan jelas mahu menggugat kuasa politik umat Islam dan para pengamal politik oportunis yang berkeliaran mencari jalan mudah dan jalan pintas ke Putrajaya walaupun meredah hutan politik untuk berkuasa semata-mata walaupun berwala' kepada musuh Islam.

PAS memilih konsep demokrasi dalam amalan politiknya dengan beristiqamah bersama Islam sejak ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga kini, dan melangsungkan perjuangan menegakkan Islam sejak kedatangannya di nusantara ini. Sehingga kekuatan Islam tidak boleh dimurtadkan oleh penjajah barat yang membawa agenda mengembangkan agama Kristian yang dibawanya. Pendekatan politik secara damai dilaksanakan sehinggalah penjajah itu terpaksa mengadakan Jabatan Agama Islam bagi mengepung kuasa politik Islam dalam skop yang sempit.

Maka PAS kini menubuhkan Gagasan Sejahtera yang mempertahankan kuasa politik Islam dalam masyarakat majmuk dan pelaksanaan Islam yang sempurna, dengan persediaan menghadapi pilihan raya menentang BN yang telah lama berkuasa yang perlu direhatkan dan pihak parti pembangkang lain yang tidak sama dasar dan pendekatannya dengan PAS, yang mengumpulkan kumpulan anti Islam dan oportunis politik sementara waktu.

PAS juga memperkenalkan politik matang dan sejahtera, tujuannya membersihkan politik temberang, bohong, fitnah dan melampau, serta kalangan yang hanya mencari kesempatan berkuasa tanpa dasar yang betul dan hala tuju yang benar-benar menyelamatkan rakyat dan negara bersama Islam.

"Sejahtera Bersama Islam"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 1 Rejab1439 / 18 Mac 2018

Bila keluar PAS, serba tidak kena

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

APABILA keluar PAS, maka dituduh PAS tidak sesuai dengan masyarakat majmuk. PAS hanya boleh kuat dalam organisasi Islam. PAS tidak boleh ubah negara. Saya teringat inilah hujah yang Umno lemparkan lepada PAS sejak sekian lama.. Sekarang, hujah ini diambil oleh pembenci PAS. Begitu juga hujah Umno mengatakan PAS tidak layak memerintah, PAS hanya layak mengajar di masjid dan surau. Setelah 28 tahun memerintah Kelantan, PAS mampu membuktikan walaupun ditekan dan dinafikan hak sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Namun, PAS mampu mara menuju cita-cita yang suci.

PAS tidak pernah memisahkan PAS sebagai gerakan dakwah dan politik untuk mendapat kuasa. Mungkin sewaktu di dalam PAS tidak sempat hadam perkara ini. Hanya kenal, PAS sebagai partii politik sahaja, Inilah bahananya.

Susah juga manusia dilanda dengan penyakit perasan atau penyakit kagum dengan diri sendiri (I'jab Binafsi). Ini di antara penyakit yang membinasakan sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Tiga perkara yang membinasakan, sifat kikir, ikut hawa nafsu dan bangga diri."

Mereka ingat apabila mereka meninggalkan PAS, maka PAS akan mati dan semakin menguncup. Telahan ini silap. Berapa ramai pemimpin PAS yang cabut lari dan kutuk PAS yang mereka makan rezeki daripada hasil berjuang di dalam PAS, namun PAS tidak merempat.

Merasakan PAS hebat kerana individu, sedangkan PAS hebat kerana dasar yang ada kepada batang tubuh PAS. Siapa pun memimpin PAS, PAS tidak akan hilang daripada persada politik Malaysia, selagi PAS tidak membuang dasar Islam. Saya masih ingat ketika Almarhum Dato' Asri Haji Muda meninggalkan PAS, penganalisis politik mengandaikan PAS akan hilang daripada persada politik Malaysia. Tetapi berlaku sebaliknya. Waktu itu masyarakat anggap PAS, "Parti Asri Sekeluarga". Betapa hebatnya pengaruh Dato' Asri dengan pidato dan kelicikan politiknya. Apabila beliau tidak ada, muncul tokoh-tokoh penggantinya yang meneruskan agenda perjuangan Islam.

Mereka yang meninggalkan PAS anggap, PAS sekarang berbeza dengan PAS zaman almarhum Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Apa yang beza?. Apakah kedua-dua tokoh ini kemaruk kuasa sehingga menggadaikan prinsip Islam. Bukankah DAP pernah keluar daripada Barisan Alternatif pada tahun 2001, waktu itu kedua-dua tokoh ini masih memimpin PAS. Mereka berdua bertegas mengenai dokumen Negara Islam, walaupun DAP tidak bersetuju. Akhirnya DAP keluar BA. Mereka ingat kedua-dua almarhum kemaruk kuasa sehingga hilang jati diri kot. Saya yakin, kalau kedua-dua tokoh ini ada mereka akan bersama dengan PAS. - HARAKAHDAILY 17/3/2018

Azmin dah "tak Sihat" ke? Apa PAS buat semua tak betul

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Walaupun PAS tak banyak sokongan bukan Islam di Selangor, tetapi kesungguhan PAS bekerja untuk membantu rakyat telah menunjukkan sokongan PAS meningkat dari sehari demi sehari.

Ini pula ditambah dengan sikap HARAPAN pimpinan Tun Mahathir yang dilihat terlalu hipokrit dalam banyak isu seolah-olah Mahathir ini tak pernah buat perkara yang salah dan silap.

Golongan reformasi pula rasa tertipu maka timbul perpecahan ketara dimana sebahagian mereka lari ke PSM dan ada yang membentuk kumpulan #UNDIROSAK. Ada yang senyap-senyap memberikan sokongan kepada PAS atas fakta yang jelas bahawa PAS satu-satunya yang nak ubah sistem selain drp PSM.

Kedudukan PKR yang berpecah hanya menunggu roboh sahaja memuatkan Amin hilang arah politik apabila usaha untuk membentuk PAKATAN DENGAN PAS secara senyat tidak berjaya.

Akhirnya atas nasihat HARAPAN (Mahathir) Azmin mula memberikan tekanan kejam kepada PAS. Tapi hasilnya Amin hilang punca dan celaru dalam membuat kenyataan

Isu peruntukkan sebagai contoh, Azmin bercakap berbelit-belit, tapi MALANGNYA PENYOKONG HARAPAN SEPERTI TIADA AKAL UNTUK BERFIKIR.

XOXO - Ramai penyokong HARAPAN masih ber'tuhan'kan meterialik, Jadi tak hairan mereka menolak Islam dan PAS kerana PAS nak Islam yang pasti menyusahkan cara hidup mereka...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Mahfuz empat beranak saja keluar PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti itu ternyata cuma omong kosong.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti pada Disember tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.

"Empat beranak itu sahaja yang keluar dan tidak ada orang lain yang isytihar ikut keluar walaupun dia mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.

"Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya. Empat, lima orang yang keluar... 500 orang ahli baru yang masuk ," katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di Marang, Terengganu hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Terengganu yang juga Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali.

Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) semalam.

Selain itu, katanya PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan menyertai parti lain

"Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala' (taat) dengan kepimpinan,"katanya.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU -14) , yang akan disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya malam esok.

"Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut," katanya.

-Bernama

PAS jangan heret Istana dalam isu beku peruntukan, kata Azmin

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

"Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? Mereka kena ikut prosedur, ikut peraturan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri semalam.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini meminta semua Adun PAS supaya berjumpa pegawai daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak 2 bulan lalu.

Terdahulu, dalam ucapannya pada karnival berkenaan, Mohamed Azmin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Saya bagi 3 pilihan, Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Saya tak pilih kerusi Pekan atau Bagan Datuk," katanya.

Atas Nasihat Bapa Angkat Azmin Buli PAS dengan Kejam di Selangor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net


Ingatkan penuh Stadium Malawati Shah Alam Karnival Himpunan Rakyat bersama-sama dengan Tok Dad Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Wahai Tok Dad Azmin Ali .. kamu khianat, buli, kejam dan zalimi PAS Selangor maka ini adalah tempiasnya.

Ini baharu sikit .. PRU ke-14 tidak lama lagi bakal kamu bergelar Mantan MB Selangor .. INSYA'ALLAH.

FBHanisya Abdul Hamid

XOXO - Baju free + duit poket yang hadir hanya budak-budak baju biru memenuhi kerusi. Ayah tuan dan muda pergi dengar caramah PAS 10km daripada Stadium Melawati. Cara Azmin (PKR) saling tak tumpah macam UMNO. Suara lawan UMNO hati + jiwa UMNO.

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Malaysiakini adalah Penyebar BERITA FITNAH & Anti-ISLAM

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
http://tranungkite.net

Malaysiakini adalah sebuah portal berita yang sentiasa mengutamakan laporan berbentuk antiislam dan membuat berita fitnah kepada usaha peningkatan Islam.

Malaysiakini juga mengamalkan corak pemberitaan "jahat" serta cenderung kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dan menepikan fakta yang benar terhadap PAS.

Sebagai contoh doa kononnya pemberitaan "PAS Selangor hancurkan PAKATAN JAHAT" yang di'spin" seolah-olah doa kepada HARAPAN. Ungkapan "pakatan" memang wujud sebagai sebahagian daripada teks qunut nazilah.

"Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, pecahkan pakatan mereka - ini sebahagian daripada teks doa qunut nazilah.

"Pakatan bukan semestinya merujuk Pakatan Harapan!" tapi Malaysiakini sengaja membuat berita itu seolah-olah PAS selangor mendoakan kepada HARAPAN dan mahu rakyat marah kepada PAS.

Pelanggar baiah turut didoakan

PAS sudah memutuskan kerjasama politik mereka dengan semua parti terbabit namun berada dalam kerajaan dan mengekalkan anggota mereka sebagai exco negeri.

Program munajat dan solat hajat itu menjadi perhatian ramai apabila salah seorang anggota Jawatankuasa PAS Selangor Ahmad Dusuki Abd Rani membacakan doa supaya Allah "menghancurkan pakatan jahat" yang secara biasa memang ada dalam doa qunut nazilah melainkan orang itu bodoh dengan agamanya sendiri.

Ahmad Dusuki yang terkenal sebagai penceramah termasuk di radio kerajaan juga mendoakan balasan kepada pemungkir baiah - merujuk kepada beberapa wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti itu.

Malaysiakini sepatutnya faham isi teks doa qunut nazilah berkenaan. teks doa qunut terjemahannya, iaitu:

Ya Allah! Muliakan Islam dan seluruh Muslimin. Ya Allah! Hinakan syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami Muslimin dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di setiap masa.

Ya Allah! Binasakan musuh-musuh-Mu, musuh-musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, syirik dan munafik. Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada-Mu) dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah! Cerai-beraikan himpunan kumpulan mereka, pisahkan kesatuan pakatan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing-Mu.

Wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Wahai Allah, Wahai Allah, Wahai Allah Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Kitab, yang menggerakkan awan, yang mengalahkan tentera Azhab, kalahkan mereka dan bantulah kami dengan memberi kemenangan untuk kami!

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah. Kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba-Mu.

Ya Allah! Rezekikan kepada kami syahid di jalan-Mu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebahagiaan di dalam kehidupan di dunia ini dan kebahagiaan juga di akhirat dan selamatkan kami daripada azab neraka.

XOXO - Malang bila Malaysiakini buat fitnah terhadap Islam dan bersifat anti Islam ada ramai pendokong HARAPAN menjadi pembela musuh Islam. Dimana sensitiviti Islam mereka sekarang?...

Sila layari : https://gagasansejahtera.blogspot.my/

Kenapa Dulu PAS Bertahalluf Dgn DAP?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
http://tranungkite.net

Antara modal puak PH n BN utk menyerang PAS ialah kenapa dulu PAS bole bersama DAP skrg tidak.. Maka mereka post statement ATGNA n TGHH yg menyokong DAP ketika bersama dlm PR.. Kenapa dulu PAS kempen undi DAP kenapa skrg tidak.. Sebenarnya mereka tahu jawapannya tp sengaja bertanya utk memburukkan PAS.

PAS bukan seperti parti lain yg meletakkan KEMENANGAN diatas mengatasi kepentingan agama.. PAS bertahalluf dgn DAP setelah melalui proses yg ketat melalui Majlis Syura.. Keadaan pada masa itu iaitu pada tahun 1998 memerlukan semua parti pembangkang bersatu melawan BN d Bwh REJIM madey yg begitu kejam terhadap lawan politik.. Kezaliman madey hingga digelar Mahazalim memerlukan semua parti pembangkang bersatu ketika itu.. Jika tidak kerana undi kaum Tiong Hua tentunya BN rebah ketika itu.. Hasilnya PAS dpt menawan Trengganu dan Ust Fadhil menjadi Ketua Pembangkang.. DAP kehilangan byk kerusi dan keluar dr gabungan pembangkang..

Pada pilihanraya 12 DAP kembali kpd pembangkang n tertubuhnya PR.. PAS dpt memerintah Kedah, Perak, Selangor n PP bersama PR.. Hubungan dlm PR begitu kukuh n konsep agree to disagree..Maknanya setiap parti berhak memperjuangkan dasar parti masing2 utk kebaikan rakyat .PAS menerusknegakkan hukum ISLAM d Kelantan..

Tiba2 DAP secara terang menentang dgn keras n mendesak PAS meninggalkan hudud..Walaupun ia dicadangkan d Kelantan n hanya utk org Islam tapi DAP terus menyerang PAS.. Malangnya ada pemimpin PAS sendiri yg menyokong DAP.. Bagi mereka gabungan dgn DAP lebih penting dari hudud.. Hudud bukan penting yg penting PR!!! Mereka melihat hudud hanya menakutkan non Muslim n PAS akan kehilangan undi non Muslim jika mempertahankan hudud..

Serangan terhadap PAS semakin kuat terutamanya TGHH.. DAP secara terang menolak TGHH n memutuskan hubungan dgn President PAS!!! Mereka berusaha menukar TGHH dlm muktamar tp gagal n lahirlah PAN..DAP membubarkan PR dan menubuhkan PH.. Tujuannya utk singkirkan PAS dari kerajaan PR n masukkan PAN sbg ganti.. Hakikatnya DAP yg menolak PAS bukan sebaliknya.. Tapi puak2 PAN n sekutunya menuduh PAS yg menyingkirkan DAP..

PAS bersama DAP kerana kepentingan rakyat n negara utk berhadapan dgn rejim umno.. Tapi DAP telah melanggar persetujuan dgn mencampuri urusan PAS utk menegakkan hukum ISLAM!!! PAS bukan nak laksanakan hudud serta merta d seluruh negara cuma d Kelantan kerana majority umat Islam..Mungkin DAP takut jika ia dilaksanakan d Kelantan rakyat akan melihat kebaikan hukum Islam.. Dan tokey besar d blkg DAP sama sekali tidak menerima hukum Islam.
Bila itu pendirian DAP maka tentulah PAS istiqamah dgn ISLAM walaupun org melihat PAS akan hilang undi non Muslim.. Cthnya Dr Mariah dgn yakin berkata PAS akan hilang undi kerana pengundi undi PAS bukan sebab Islam tp benci kat umno!!! Undi PAS spt sampah.. PAS akan hilang kerusi bla7..Itulah keyakinan PAN menyebabkan mereka meninggalkan PAS.

Nabi Muhammad saw pernah mengadakan tahalluf dgn Yahudi Bani Quraizah demi mempertahankan Madinah. Tetapi bila Bani Quraizah mengKhianati perjanjian tiada maaf Nabi saw memerangi puak yahudi itu.. PAS bole bersama siapa sahaja utk kebaikan n Islam tetapi akan menentang SESIAPA sahaja demi ISLAM.. PAS tidak memaksa Sesiapun menerima ISLAM tetapi akan menentang Sesiapun yg menghalang PAS melaksanakan Islam.. PAS tak takut kalah mcm Dr Mariah kerana YAKIN kemenangan itu milik Allah swt.

Credit Abu Afiq
FASTAQIM

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:03 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Nak Kurangkan Kesesakkan, PLUS Tidak Lagi Keluarkan Resit Untuk Semua Plaza Tol Kendaliannya
siakapkeli.my

16 Mac - PLUS Malaysia (PLUS) akan berhenti mengeluarkan resit tol di semua plaza tol kendaliannya mulai 19 Mac ini, lapor Awani

Ketua Pegawai Operasi PLUS Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata langkah itu diambil untuk mengelakkan kesesakan kenderaan keluar ke lebuh raya.

"Matlamat pelaksanaan transaksi tol secara elektronik sepenuhnya yang lebih pantas dan mudah sukar dicapai sekiranya masih terdapat sesetengah pengguna lebuh raya masih mahu mencetak resit tol bagi perjalanan mereka.

"Tindakan itu akan menyebabkan kesesakan di lorong terbabit dan akan mengganggu perjalanan pengguna di lorong berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria menyarankan pengguna mendaftarkan kad PLUSMiles atau Touch 'n' Go mereka di www.plusmiles.com.my atau www.touchngo.com.my bagi membolehkan mereka mencetak penyata transaksi elektronik.

Bagi kenderaan berat atau kenderaan komersial, penyata transaksi mereka dapat diakses apabila mendaftar menerusi program PLUSTrack. - Siakapkeli.my

''Biadapnya Budak Sekarang, Dah Tolong Bukan Tahu Berterima Kasih, Tapi Cakap Kita Susahkan Dia Lagi'', Wanita Ini Luah Rasa Geram
siakapkeli.my

Adab sangat penting kerana orang yang beradab akan sentiasa mementingkan budi bahasa dan tatasuila sebagai orang yang mempunyai adab. Lebih-lebih lagi apabila berbicara dengan orang yang lebih tua. Seharusnya, dengan hormat, bukan cakap ikut sesedap rasa.

Tampil meluahkan rasa terkilan, seorang pengguna laman sosial berkongsi pengalamannya baru-baru ini apabila berhadapan dengan anak muda yang tidak mempunyai adab. Manakan tidak, sudahlah wanita ini tolong mencari pemilik ic yang tercicir, setelah jumpa, usahkan berterima kasih, dimarahnya lagi kerana dianggap menyusahkan beliau.

Untuk lebih jelas, mari kita ikuti kisah ini seperti di bawah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat semua di luar sana.

KEBIADAPAN BUDAK SEKARANG !

Last nite ada terjumpa ic kt parking lot. Ic 'budak'. Born 1996. Bila check belakang ic, dah 3x report hilang... sudah. Berapa pulak nanti dia kene bayar. Dek kerana kesian, usaha la sedaya boleh cari hp no dia call dgn niat nak confirm alamat kat ic so that i can just post the ic.

Managed to call and talk to ic owner. Her first impression was 'seyes arr saya hilang ic'? I was like duh?... after thanking me.. minta no account nak transfer duit utk post. I said no need, esok saya post.

Tetiba dpt msg, nak dtg amik kt rumah or nk jumpe memana. Sebab hari ni nak balik U and esok nak 'pakai' ic tu. I tanya jumpa mana and pukul berapa... pastu dia tnya balik pukul berapa and kat mana?

(Eh, budak2 sekarang tak reti baca msg ke? Memang jenis answer question with question ek?) Since dia tak leh nk decide wat time nak amik IC dia sendiri, I said jumpa kt SCM pukul 4. Diam lama tak berbalas.

Kol 3.20 dia reply awak kt scm sampai pukul berapa? Pukul 6 ke atas baru saya sampai... (masa ni aku da naik antu, aku nak post ko tak bagi.. nak urgent. Tapi nak ikut time ko).

Then i ckp.. camni la.. since da susah sangat... i post je esok... i tak leh tunggu lama. Pastu i da malas nak layan... banyak cikadak lak budak ni. Dah malas nak layan i block je..

I was busy settle kan my things. Masuk mesej adik owner IC. Yang sangat2 biadap! Cakap i susahkan dia??!! Wth!! Siap ugut nak report polis.

Keep thing short. I hantar je ke police station IC tu. Lantak ko la... ko cari la police station mana aku antar.

Nasihat untuk org2 umur i.. kalau jumpa ic budak2 muda ni... abaikan je la... tak yah la nak baik hati nk tolong. End up ko yg sakit hati.... Utk budak2 muda ni. Belajar la adab! Jgn malukan mak bapak!

You and your adik surely memalukan keturunan kamu! Awak minta maaf tp pastu awak block saya balik... motip? Takut saya amik dp awak? Halooo muka IC i ada kot.

Siakapkeli.my

Tanggal 1 Rejab, Penyanyi Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Anak Perempuan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.

Siti melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Melalui kenyataan yang dibuat pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.

Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.

"Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi," katanya yang turut menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat sementara waktu, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu dan akan memgumumkan mengenai nama dan wajah anak mereka kelak.

Sumber- ctdk

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Mar 19, 2018 9:26 am (PDT) . Posted by:

"-:rIeNaCoM:-" rienacom



Anak Muda Doktor, kenaikan basic tahunan hanyalah RM25 sahaja..!
kedahlaniie.blogspot.
WAHAI ANAK MUDA.

Aku dulu pernah jawat jawatan anak muda, sama seperti kamu hari ini.

Aku dulu mula kerja sbg Doktor Perubatan, tahun 1996, gaji mula aku RM1623.00 sebulan.

Sekarang 2018, anak muda mula kerja sbg Doktor Perubatan, gaji mula RM2200.00 sebulan.

Beza 2018 dgn 1996 adalah 23 tahun.
Beza RM2200.00 dgn RM1623 adalah RM577.00
Bermakna kadar kenaikan gaji doktor perubatan RM577/23 bersamaan RM25 setahun.

Wahai Anak Muda,

Aku juga ada anak, dah jadi anak muda sebaya dengan kamu.

Mengapa aku ambil contoh Doktor Perubatan, bukan profesyen yg lain, sebagai contoh, sebagai rujukan perbandingan?

Sebab, Doktor Perubatan ini berkelulusan Ijazah, bukan Diploma, bukan Vokasional, bukan Kolej Teknik.

Supaya Anak Muda fikir-fikirkan, jika berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan pun hanya mampu pakai MyVi 1.3cc, tak mampu beli rumah kawasan strategik yg hampir dgn hospital, hanya mampu menyewa apartment2 di Kota, di bandar2, apatah lagi yg bukan berkelulusan ijazah Universiti?

Wahai Anak Muda,

Aku dulu dapat biasiswa pengajian, pergi masuk Universiti bawa satu bag pakaian sahaja, selebihnya semua ditanggung kerajaan.

Hari ini, tiada lagi biasiswa pengajian tinggi, yg ada pinjaman untuk belajar. Mereka sebut PTPTN.

Tak kesah apa jua nama pinjaman, ianya tetap pinjaman yg kamu wajib bayar.

Aku ambil contoh Kursus Jururawat Hospital. Pinjaman RM50-60K untuk dapatkan Sijil Diploma Kejururawatan. Tamat pengajian, wajib bayar pinjaman.

Gaji mula jururawat pula RM1200 sebulan. RM300 sebulan terpaksa dipotong bayar pinjaman. Tinggal RM900.

RM900 sebulan, jangan kata MyVi 1.3cc, Kancil pun belum tentu! Yg aku tengok, ramai pakai motosikal! Ah....staff aku pun ada yg kemalangan motosikal di jalanraya!

Wahai Anak Muda,

Ketahuilah, Kamu Anak Muda mampu mengubah keadaan ini, dengan kuasa UNDI.

Wahai Anak Muda,

Jika kamu mahu kekal spt di atas, hidup penuh kesempitan, dibelenggu hutang piutang yg tak sewajarnya, Undilah BN.

Jika kamu mahukan PERUBAHAN YG LEBIH BAIK, berilah peluang kpd Pakatan Harapan, Undilah PH.

Nasib kamu, di tangan kamu sendiri!

Kami yg sudah lalui episode sbg Anak Muda, menyuarakan perkara ini bukan lagi untuk kami, kerana masa kami 'sudah berlalu', tapi untuk kamu dan generasi kamu Wahai Anak Muda.

Wahai Anak Muda,

Bangkitlah dari lamunan ini...!

Dari fb Zaidi Zakaria

Geng Remaja Malaysia Ini Cuba Cipta Kembali Trailer Filem Avengers Infinity Wars, Digelar 'Genius' Oleh Pengarah Filem Terbabit
siakapkeli.my

Sekiranya anda semua rajin melayari sosial media dalam dua tiga hari lepas, anda mungkin terperasan ada satu video hasil ciptaan anak tempatan yang menjadi viral sehingga mencecah jutaan tontonan oleh netizen.

Video yang dimuat naik oleh akaun Twitter Aiman Sany, menunjukkan bagaimana anak-anak muda ini cuba memimik kembali trailer bagi filem Avengers: Inifinity Wars, yang setelah itu mendapat respon dari pengarah filem terbabit iaitu Russo Brothers.

Aiman Sany, memuat naik video berkenaan dengan berkata: "Siapa yang buat lebih baik, Marvel Studios?", dan tiada siapa sangka video mereka meletup sehingga mencecah netizen di luar negara.

Who did it better? @MarvelStudios pic.twitter.com/k504zAadGB
— Aiman Sany (@awesomerawks) March 17, 2018
Sudah tentu video yang mereka hasilkan tidak serius, dan boleh menyebabkan anda gelak terbahak-bahak kerana alatan yang mereka gunakan termasuklah pinggan sebagai 'shield', batang penyapu sebagai senjata dan rim tayar standard sebagai spaceship di dalam trailer terbabit. Itu belum dikira kostum para Avengers lagi.

Tapi, apa yang menarik, ternyata video itu mendapat perhatian dari pengarah filem itu, Russo Brothers yang berkata: Aiman. Anda semua sangat genius. Anda masih available untuk mengarah filem Avengers 5?

Aiman. You guys are geniuses. Are you available to direct Avengers 5? https://t.co/8IIS3hacBu
— Russo Brothers (@Russo_Brothers) March 18, 2018
Ya, kami faham Russo Brothers hanya bergurau tetapi sekurang-kurangnya hasil kerja mereka mendapat perhatian dari pengarah sebenar filem tersebut.

Penyelesaian Kepada Masalah Serangan Kilat, Hasil Kajian Anak Malaysia Ini Diiktiraf Dunia
siakapkeli.my

Ada sesiapa yang pernah membayangkan bahawa seorang rakyat Malaysia boleh berada dalam kelas yang sama dengan ahli-ahli sains terkenal seperti Gay Lussac dan James Clerk Maxwell?

Dan apa yang lebih menerujakan, orang malaysia itu adalah seorang wanita? Hebat !

Bagi mereka yang lupa, mengimbas kembali sejarah, dua saintis terkenal itu, Lussac adalah saintis Perancis yang terkenal dengan undang-undangnya mengenai gas dan suhu, manakala Maxwell adalah ahli sains Scotland yang dikenali dengan undang-undangnya tentang tenaga elektrik dan magnetisme.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka mempunyai sesuatu yang sama apabila berkaitan dengan perlindungan kilat, bidang saintifik yang dibangunkan oleh Benjamin Franklin satu abad sebelum mereka.

Lussac membangunkan apa yang dikenali sebagai Kaedah Perlindungan Angle (PAM) pada 1823, manakala Maxwell mengembangkan Kaedah Mesh (MM) pada tahun 1876. Kaedah ini merujuk kepada teknik meletakkan rod kilat dan konduktor di atas di sebelah bangunan untuk melindungi bangunan ini dari terus terkena serangan kilat.

Apabila dunia Barat mula membangunkan piawaian perlindungan kilat kebangsaan pada akhir abad ke-19, PAM dan MM dimasukkan ke dalam banyak piawaian tersebut.

Walau bagaimanapun, apabila bangunan semakin tinggi dan lebih besar pada abad ke-20, PAM dan MM didapati mengalami kekurangan dalam melindungi bangunan-bangunan ini daripada terkena serangan kilat secara langsung.

Masalah itu sebahagiannya diselesaikan apabila seorang profesor dari Hungary, Tibor Horvath, membangunkan teknik penempatan rod kilat baru yang dikenali sebagai Kaedah Rolling Sphere (RSM).

Kaedah ini adalah hasil pada kajiannya terhadap serangan kilat ke atas talian kuasa elektrik voltan tinggi pada tahun 1950-an dan ia memasuki piawaian perlindungan kilat paling banyak pada tahun 1970-an.

Walau bagaimanapun, RSM tidak dapat menghalang kilat daripada menarik bangunan-bangunan yang moden dan berbentuk rumit walaupun rod kilat telah dipasang mengikut kaedah.

Mujurlah, satu penyelesaian telah ditemui di Malaysia oleh Robiah Ibrahim, seorang jurutera wanita maverick kelahiran Johor yang tinggal di Kuala Lumpur. Dia melakukan penyelidikan kilat pada tahun 1995 apabila dia menulis karya sulungnya, "Satu kaedah untuk mengenal pasti lokasi kilat pada struktur" yang dibentangkan di persidangan teknikal antarabangsa yang diadakan di bandar.

Kaedah Robiah, yang kemudian dikenali sebagai Kaedah Permukaan Koleksi (CSM), berdasarkan pada kerosakan kilat yang diperhatikan kepada bangunan dan bukannya garis kuasa. CSM memungkinkan untuk meramalkan lokasi kilat supaya rod kilat dapat ditempatkan dengan tepat, teknik yang belum dibangunkan oleh saintis sebelum ini.

Walaupun ahli akademik tempatan dalam perlindungan kilat menolak penemuannya kerana dia tidak mempunyai kelayakan pascasiswazah atau pengalaman makmal, pakar akademik dan kilat Australia yang menghadiri persidangan itu mengiktiraf kerjanya sebagai satu kejayaan utama saintifik.

Profesor Universiti Queensland Mat Darveniza juga mencadangkan bahawa CSM membentuk asas kaedah penempatan rod kilat baru untuk kompleks bangunan berbentuk bangunan moden yang moden.

Pada tahun 2003, cadangan Darveniza menjadi kenyataan apabila prinsip-prinsip CSM dimasukkan dalam standard perlindungan kilat Australia, AS1768.

Ini menjadikan Robiah wanita pertama di dunia telah membangunkan kaedah penempatan rod kilat baru dalam 200 tahun yang lalu. Ia meletakkannya dalam kelas yang sama seperti Lussac dan Maxwell, yang mana kaedahnya adalah dalam piawaian dan boleh digunakan pada hari ini untuk bangunan rendah dan sederhana.

Pada tahun 2006, prinsip-prinsip CSM dimasukkan dalam piawaian perlindungan kilat antarabangsa yang baru, IEC62305, dengan itu menjadikan kaedah Robiah yang digunakan secara global.

Pada tahun berikutnya, CSM kembali ke negara asalnya apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meluluskan piawaian antarabangsa sebagai standard perlindungan kilat Malaysia yang baru, MS-IEC62305.

Pakar Eropah mendakwa bahawa CSM boleh menyediakan perlindungan 98 peratus terhadap serangan kilat langsung jika digunakan dengan betul.

Hartono Zainal Abidin, Kuala Lumpur

Siakapkeli.my

Sumber : New Straits Times

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: