Saturday, October 1, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4597[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4597

Messages

Thu Sep 29, 2016 7:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Samseng Pusat Judi Simbah Air Panas Kepada Pengadu
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Pihak yang mengendalikan pusat judi haram dilihat tidak lagi gentar, malah dalam satu kejadian, individu yang menegurnya supaya menghentikan aktivitinya, telah disimbah dengan air panas.

Mangsa kejadian itu Budi Ardi Ramli berkata beliau disimbah air panas oleh pengunjung pusat judi di kawasan Taman Datuk Senu bulan lepas.

"Ia berlaku sebelum saya perg kerja dalam jam 10 hingga 10.30 pagi. Saya nampak beberapa orang yang datang ke pusat judi di bawah rumah yang saya sewa iaitu rumah kedai, mereka buat bising.

"Sebelum ini saya pernah juga tegur mereka, tetapi lama-kelamaan aktiviti itu semakin menjadi-jadi.

"Lepas saya tegur kegiatan mereka, mereka memaki-maki, melibatkan orang tua saya, dan kemudian dua orang datang dari kedai itu dan simbah air panas," katanya kepadaMalaysiakini.

Budi turut mengakui beliau masih trauma dengan kejadian itu meskipun individu yang menyimbah air panas kepadanya telah ditahan polis.

Lelaki berusia 33 tahun itu hari ini turut tampil dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan menggesa supaya pihak berwajib bertindak dalam menangani aktiviti tersebut.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Muhammad Yusuf Azmi menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya mengatasi isu aktiviti mesin judi secara proaktif.

"Kita mahu menyuarakan dan minta KPN dan Ketua Polis Selangor untuk melihat perkara ini dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang juga bertanggungjawab," katanya kepada pemberita dalam sidang media itu di pejabat PPIM.

Muhammad turut mendesak PBT dan Polis Diraj Malaysia (PRDM) supaya jangan saling tuding-menuding antara satu sama lain, tetapi sebaliknya ia perlu diselesaikan bersama.

Katanya, antara beberapa kawasan di Selangor yang didakwa merupakan lokasi tumpuan operasi judi haram adalah Ampang, Gombak dan Sepang.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sahabatku maduku
hmetro.com


Kuala Lumpur: Atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.

Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.

Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.

"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Sep 29, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



APA DOSA BRADER NI DENGAN HARIAN METRO?
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
Ater bingung benor tunang nye xkaji dlu atau check btl2 ke sbl putuskan tunang...elok pun pun putus mungkin tunang nya xbrp cerdas otak.hahahaha

Anonymous said...
suka kita bila terjadi begini... salahkan tunangnya plak..walhal HM yg mnyebarkan berita palsu.... nilah bala fitnah

nizam said...
Saman aje surat khabar yang menyiarkan maklumat palsu. Maruah kena dipertahankan.

Wajah sebenar Mizan Gemuk diburu
hmetro.com

Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Polis daerah ini mendedahkan wajah sebenar suspek yang diburu polis dikenali sebagai Mizan Gemuk kepada media, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedar kepada media Sabtu lalu.

"Gambar terbaru yang dikeluarkan ini adalah wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan sejak Khamis lalu untuk siaran media," katanya, semalam.

Menurut beliau, Mizan Gemuk diburu kerana terbabit dalam kes samun di Kuang.

Beliau berkata, pihaknya berharap kekeliruan berhubung gambar berkenaan selesai dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.

"Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan spekulasi mengenainya ditamatkan dengan siaran semula gambar sebenar suspek," katanya.

Mengulas mengenai Mizan Gemuk yang masih diburu, pihaknya yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Baru 11 Hari Berkahwin, Suami Pergi Selamanya, Luahan Isteri Terkenang Saat Pengenalan Hingga Kehilangan Suami Tercinta
siakapkeli.my

Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita, memang pedih dirasakan bila kehilangan orang tersayang, tapi itulah ketentuan ilahi.

Kehilangan yang tersayang amat pedih lebih-lebih lagi hubungan sah yang dibina masih baru, itulah yang berlaku kepada insan ini, Puan Nurnaqiah Mahadzir apabila lelaki yang sah menjadi suaminya baru 11 hari telah pergi meninggalkannya akibat terlibat dalam kemalangan.

Beliau telah memuatnaik satu status iaitu surat kepada suami yang cukup sayu dibaca di mana dia menceritakan detik pengenalan dengan suaminya itu sehingga arwah pergi diusia terlalu baru perkahwinan mereka.

Jom kita baca status beliau, mungkin ini salah satu cara meluahkan rasa sedihnya yang baru semalam kehilangan suami tercinta.

Heyy awak, selamat pagi sayang.. minggu lepas waktu ni saya hantar awak depan pintu, awak nak pergi kerja.. suruh tunggu nak rasa macamman rasa balik kerja ada isteri tunggu dekat rumah.

''Syok la tu balik-balik saya ada di rumah..hek"

Tapi hari ini sayahantar Yaasin kepada awak.. ingat tak kita selalu bergurau , kalau saya pergi dulu macam mana?

Lepas tu awak pun sibuk juga nak soalan yang sama... TIRU!.. tapi begini rupanya rasa tanpa awak.. kosong..kering..

Awak, awak... semalam cukup enam tahun awak add Facebook saya.. lepas tu saya hampir-hampir remove awak sebab ingat awak mat rempit mana dok add saya...😝.. tapi saya tak delete...

17 Oktober 2010, awak komen di status saya,.. lepas tu sehingga ke chat box.. kawan punya kawan.. dekat 2 3 bulan baru awak mintak nombor telefon saya..itu pun susah sangat-sangat nak mintak!.

Pastu kita mula berkawan sampai 19 Julai 2011, awak bagi hint-hint nak saya jadi lagi special dalam hidup awak,, itu pun susah juga nak bagitahu.. main tarik tali sungguh! hek.

Kita pun janji setia sampailah bila-bila sebab kita sama-sama pernah kecewa sebelum ini... saya sentiasa ingat ayat awak tu.. saya pun janji akan tunggu awak... memang kena tunggu sungguh... tiap kali nak keluar mesti kena tunggu.. lepas tu mulalah saya nak merajuk..tapi bila tengok muka awak tak jadi nak marah..itu saya geram sangat tu..haishh 😝

Lepas saya habis belajar..kerja..awak belum lagi..tak apa saya kata..saya akan tunggu sebab saya nak awak tahu saya sentiasa sokong awak!.

Alhamdulillah lepas enam tahun berkawan..awak pun bekerja..impian kita nak berkahwin dah nampak..kita tunang 21 Disember 2015.. lepas itu saya pilih 16 September 2016 tarikh kita kahwin sebab kononnya nanti nak hari cuti bila sambut anniversary.

12 hari awak jadi suami saya cukup-cukup 6 tahun kita berkawan di Facebook..alahai sayang..kejap sangat saya jadi isteri awak..saya janji nak jaga awakkan...tapi sekarang Allah jaga awak.😊

Terima kasih untuk segalanya awak..saya sayang sanagt-sangat kat awak..dari awal kita berkawan..kami ikhlas sayang awak..sebar dengan segala ujian yang datang.

Semuanya untuk awak..impian saya nak tangok awak berjaya pun semua awak bawa pergi bersama..semua sayang awak..semua kata awak baik..betul... awak memang baik..kalau saya stress awak akan tolong saya juga sebab kalau tak awak akan serabut kepala sekali..hek.

Okay awak.. nanti saya hantar surat kepada awak lagi yer...duduk baik-baik di sana..Allah ada jaga awak..InsyaAllah.. dari saya untuk awak wahai SUAMIKU..ISTERIMU.. yang nak sangat panggil awak abang walaupun awak kata tak kisah panggil apapun...

Salam takziah daripada kami team Siakapkeli kepada Puan Nurnaqiah dan keluarga atas pemergian arwah, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Kena Tegur Sebab Solat Tak Pakai Telekung," Tidak Sahkah Solat Tanpa Terlekung? Ini Jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Untuk solat wanita wajib pakai terlekung, itu adalah mentaliti kita ditanam sejak dulu lagi, bila nak solat harus bertelekung, sedangkan telekung itu bukan syarat sah solat.

Isu ini bukanlah, bahkan pernah terjadi melibatkan pendakwah terkenal di mana ada segelintir netizen mengecam tindakan isteri Ustaz Don yang solat sunat selepas akad nikah tanpa memakai telekung sehinggakan perlu diperjelaskan semula kepada golongan ini.

Menjadi viral sejak beberapa hari lalu keratan Twitter di mana twit berkenaan memberitahu isterinya telah ditegur oleh seorang jemaah perempuan kerana solat tanpa pakai telekung.

Apa yang lebih pelik sehinggakan ada seorang jemaah lain merakam tindakan isterinya itu bersolat tanpa terlekung.

Pelik sangatkah perbuatan ini? seorang wanita bernama turut Shahida Nashira Nashi tampil menceritakan pengalamannya berdasarkan keratan Twitter berkenaan.

[PAKAI TELEKUNG DIK..]

Hurm..benda yang sama pernah ditanya kepada saya, masa tengah buat attachment 2 tahun lepas..

Identiti dan pekerjaan mak cik ni dirahsiakan tak mahu unintentionally jatuhkan mana2 pekerjaan..biasa org zaman sekarang laju je nk mngata org..

Mak cik : Adik mmg datang sorang ka? Dari university mana ni?

Me : University Iskandariah mesir..ye saya sorang je

Mak cik : Mai nak tanya sat, awat budak-budak mesir ni suka solat tak pakai telekung..banyak kali dah mak cik tegur suruh pakai tapi taknak pakai...tahulah tudung dah labuh, handsock stokin semua dah pakai..habih tu awat tak pakai telekung, mana sah solat gitu..

Me: telekung bukan rukun wajib atau sah solat pon mak cik, asalkn pakaian dah menutup aurat dan tidak jarang dah dikira sah untuk bwak solat, hatta pakai ketat pon bole di bawa solat cumanya..pakaian ketat tak boleh di bawa di luar solat,untuk mnjaga mata2 lelaki..

Mak cik : haish.. mana bole gitu,habih tu nanti mati..biaq pi dia pakai baju kurung tudung labuh tu, tak yah kapan pakai kain telekung dah..suami akak belajar agama kat mesir pon marah, dia pon kata... biaq depa mati pakai baju bunga-bunga tu..

Me : eeerrr..apa pulak la kaitan pakaian mati pulak ni ( dalam hati)

Mak cik : adik balik nanti tegur kawan-kawan jangan duk balik buat ajaran sendiri

Me : baik lah mak cik.. cuma nak kata, islam itu mudah, jangan pulak kita hadir utk memberat2kan.. dan mak cik tau x, kat mesir xde telekung tau, kira semua rakyat mesir xsah la solat dia ek?...terus melarikan diri...

Mak cik : * terpinga2*

Tulah minta, yang tak faham tanya..atau kalau rasa ilmu masih haus isikan dengan majlis ilmu..tak cakap saya pandai pon..sebab saya jugak seorang pelajar, cuma ilmu yang sikit mampu tampung persoalan mngenai ibadah, fekah dan tauhid, jadilah nak hidup..haha..jom belajar jangan malas yer..

Sah solat tak kalau tak pakai terlekung? ini jawapan Ustaz Dr Shauqi Othman, yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia.

Apa kata beliau? jom kita baca

Seseorang wanita yang ingin mengerjakan solat, hendaklah mempastikan bahawa ia menutup aurat dengan sempurna. Aurat bagi wanita ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan).

Allah swt telah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 31, bermaksud:

"Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali (memasuki) masjid...".

Ibnu Abbas telah menyatakan bahawa maksud daripada ayat ini ialah memakai pakaian (menutup aurat) ketika menunaikan solat. (Sila Rujuk Mughni Muhtaj dan al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh).

Daripada Ummu Salamah, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada rasulullah saw:

"Apakah seseorang wanita itu boleh menunaikan solat dengan memakai baju panjang dan penutup kepala tanpa memakai kain sarung?".

Jawab baginda Rasulullah:

"Boleh sekiranya baju itu luas yang boleh menutupi bahagian atas telapak kakinya". (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud).

Selain menutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan pergelangan tangan , syarat yang perlu dipenuhi bagi menutup aurat bagi wanita ialah memakai pakaian tebal yang sekurang-kurangnya boleh menutup warna kulit badan.

Sekiranya pakaian yang dipakai itu nipis dan menampakkan warna kulit, maka ia tidak dianggap menutup aurat dan solat tidak sah.

Begitu juga disyaratkan pakaian yang dipakai tidak terlalu ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakainya. Kadang-kala berlaku kekeliruan terutamanya bagi wanita yang menganggap bahawa solat tidak sah tanpa memakai 'telekung sembahyang'.

Oleh itu, apabila seseorang wanita itu terlupa untuk membawa 'telekung sembahyangnya', maka dia akan meninggalkan solat dengan anggapan tidak dapat menutup aurat. Ini merupakan persepsi yang salah terhadap aurat.

Sebenarnya, apabila seseorang muslimah itu beriltizam dengan menutup aurat apabila berada di luar rumah iaitu dengan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan, maka dia boleh menunaikan solat dengan menggunakan pakaian tersebut asalkan ianya bersih, tanpa diperlukan 'telekung sembahyang'!. - Shauqi Othman

- Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

MENGAPA SERTAI PAS?

Sebab:

Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam.
Tidak bersama Jamaah ( فارق الجماعة )adalah kesalahan besar di sisi Allah.
PAS adalah Jamaah Islam.
Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah Islam seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadith.

Keterangan am:

Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang 'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.

Iltizam (komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini, berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.

Di antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti berikut:

Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya."

Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:

Ayat ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti 'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam 'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka berada.

Perkataan أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya' seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana pun hari ini.

Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:

Dalil 2:

ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."

As-Saf: Ayat 4

Organisasi ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.

Organisasi ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada segala-galanya.

Dalil 3:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك

"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".

Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".

Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.

Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.

Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam).

Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman).

Keterangan Hadith:

Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".

Keadaan yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.

Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?

Rasulullah SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini, dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".

Ia bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.

Sa'id Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.

Tanggungjawab tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.

Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.

Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah "walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)".

Dalil 4:
Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:

لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة

"Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan." Kata-kata Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam. "Tiada Islam tanpa Jamaah" boleh difahami dengan dua maksud, iaitu:

1. Tak kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).

2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).

Sama ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai Jamaah Islam.

Seterusnya, Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari meninggalkan Jamaah.

Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه

"Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya." ( Al-Hadith )

Keterangan Hadith :

Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira 'tidak Islam' sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.

Dalil 6 dan 7 :

Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :

عليكم بالجماعة

"Hendaklah kamu bersama dengan jamaah"
( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد

"Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid" ( Al-Hadith )

Dalil 8 dan 9 :
اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠

"Janganlah kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah."

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)

يد الله مع الجماعة

"Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah."

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )

Dalil 10 :

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

"Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah." Para Sahabat RA bertanya: "Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?" Baginda SAW menjawab: "(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim."

( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

"Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah." Para Sahabat RA bertanya: "Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?" Baginda SAW menjawab: "(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim." ( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

Dalil 11:

من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية٠

"Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati (dalam keadaan itu), maka matinya adalah mati jahiliah…."
( Al-Hadith : riwayat Muslim,dalam Sahihnya,
Kitab Al-Imarah, 3:1476-1477, dari Hadith Abu Hurairah )

Dalil 12:

من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه٠

"Sesiapa yang meninggalkan jamaah hanya sejauh sejengkal, maka dia telah melucutkan ikatan Islam daripada lehernya."

( Al-Hadith : riwayat Ahmad, Sahih Al-Jami'us Soghir, 5:326 )

Dalil 13 dan 14:

Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:

من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات ميتة جاهلية

"Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati jahiliah". ( Al-Hadith )

من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات على شعبة من النفاق

"Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati dalam salah satu cabang nifaq (munafiq)". ( Al-Hadith )

Keterangan Hadith :

Apabila dikatakan bahawa kematian orang yang tidak berperang (berjuang di jalan Allah) adalah 'mati jahiliah' dan 'mati seorang munafiq' maka ianya bermaksud orang yang mati itu tidak diiktiraf keIslamannya. Pendek kata, dia bukan seorang Muslim di sisi Allah SWT.

Apa kaitannya dengan Jamaah Islam?

Berperang adalah urusan berkumpulan, sama ada bersama pasukan tentera yang dibentuk oleh negara Islam atau bersama pasukan yang ditubuhkan oleh umat Islam untuk berdepan dengan kezaliman dalam negara yang bukan negara Islam.

Peperangan tidak boleh berlaku dengan tindakan seorang diri. Ia adalah tindakan berkumpulan iaitu secara jama'ie. Dengan kata lain, peperangan adalah urusan Jamaah Islam yang bangkit berdepan dengan kezaliman musuh-musuh Allah SWT.

Orang yang berperang di jalan Allah ialah orang yang menyertai Jamaah Islam. Sebaliknya, orang yang enggan menyertai Jamaah Islam adalah orang yang enggan berperang di jalan Allah. Golongan inilah yang mati dalam keadaan jahiliah dan munafiq.

Apa kaitannya dengan PAS?

Seperti yang telah dinyatakan di sepanjang bab ini, PAS adalah Jamaah yang menepati ciri-ciri Jamaah Islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith.

PAS melaksanakan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dan berdepan dengan golongan yang mengingkari serta memusuhi pelaksanaan Islam yang syumul.

Oleh itu, PAS berada di atas landasan 'berperang' ( الغزو ) di jalan Allah SWT, yang juga bermaksud 'berjuang di jalan Allah' seperti yang dituntut oleh Hadith ini.

Maka sepatutnya kita bertambah yakin bahawa kita wajib menyertai PAS supaya dapat berada di atas landasan 'berperang' di jalan Allah, lalu dengan itu terhindarlah kita daripada mati jahiliah dan mati munafiq. Dengan perkataan lain, kita dapat berada di atas landasan yang menuju ke arah mati sebagai seorang muslim.

Seterusnya di dalam surah At-Taubah, Allah memerintahkan hambanya supaya 'berangkat' melaksanakan tugasan pada jalanNya. Ia adalah tugas besar yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa. Sekiranya kita meneliti ayat-ayat ini, semakin jelas kelihatan penekanan Allah tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.

Bersama dengan perintah itu, Allah SWT turut memberikan ancaman kepada hamba-hambanya yang enggan menunaikan perintah 'berangkat' ke jalanNya itu. Golongan yang 'enggan berangkat' itu diancam dengan azab siksa yang bersangatan pedihnya.

Dalil 15 :

يا ايها الذين امنوا ما لكم اذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم الى الارض ارضيتم بالحيا ة الدنيا من الاخرة فما متاع الحياة الدنيا فى الاخرة الا قليل. الا تنفروا يعذبكم عذابا اليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيأ والله على كل شيء قدير

"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah kamu berjuang di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan lebih suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia ini berbanding kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah, kerana) kenikmatan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ◊ Jika kamu tidak berangkat (untuk berjuang di jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
( At-Taubah : ayat 38-39 )

Dalil 16:

.انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

"Berangkatlah kamu (untuk berjihad pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
( At-Taubah : ayat 41 )

Kita juga patut bimbang kehilangan status 'iman' dan bimbang terjerumus ke dalam golongan 'fasiq' akibat keengganan menyertai amal Islami bersama Jamaah Islam. Ayat-ayat berikut amat menggentarkan hati;

Dalil 17:

لا يستأذنك الذين يوء منون بالله واليوم الاخر ان يجاهدوا بأموالهم وأمفسهم والله عليم بالمتقين. انما يستأذنك الذين لا يوءمنون بالله واليوم الاخر وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون

"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui siapakah sebenarnya yang benar-benar bertaqwa. ◊ Sesungguhnya yang akan meminta izin daripadamu (wahai Muhammad) – (untuk tidak turut serta berjuang di jalan Allah) hanyalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka (sangat) ragu-ragu, oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguan itu."
( At-Taubah : ayat 44-45 )

Keterangan ayat :

Allah menegaskan bahawa orang yang beriman tidak mungkin meminta pelepasan daripada tanggungjawab jihad yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa ( باموالهم وانفسهم ). Penunaian tanggungjawab itulah yang mengangkat darjatnya ke tahap 'muttaqin' (orang bertaqwa).

Seterusnya Allah menjelaskan hakikat manusia yang meminta pelepasan atau mengelak daripada turut serta dalam tugasan jihad. Hakikatnya ialah mereka itu 'tidak beriman'.

Hakikatnya mereka tidak percaya tentang Allah dan tidak percaya tentang Akhirat - (لا يوءمنون باالله واليوم الاخر ).

Sebenarnya hati mereka ragu-ragu tentang Allah dan lain-lain binaan iman -

( ارتابت قلوبهم ).

Keraguan itulah yang menyebabkan mereka bingung dan teragak-agak untuk menyertai jihad dengan sepenuh komitmen - ( فهم فى ريبهم يترددون ).

Dalil 18 :

قل ان كان أبأوكم وأبنأوكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال ن اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik (derhaka)." ( At-Taubah : ayat 24 )

Keterangan ayat :

Allah memberi amaran kepada manusia supaya tidak silap menyusun keutamaan tumpuan dalam hidup. Orang yang beriman wajib meletakkan urusan Allah, urusan Rasul dan urusan jihad mengatasi semua urusan kehidupan yang lain, termasuk urusan-urusan yang biasanya menjadi fokus manusia, iaitu;

1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.
Sekiranya manusia lebih mengutamakan mana-mana urusan ini berbanding tumpuan kepada Allah, Rasul dan jihad – maka layaklah mereka menerima hukuman daripada Allah SWT. Ancaman Allah tentang hukuman ini amat menakutkan, iaitu "tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)" - ( فتربصوا حتى يائتي الله بامره ). Manusia yang salah fokus ini disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang fasiq ( القوم الفاسقين ).

Berdasarkan semua dalil dan hujah ini, maka kita patut insaf bahawa wajib atas diri kita supaya menyertai PAS dan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja Jamaah Islam ini, dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah di negara ini dan seluruh dunia. Insafi wahyu Allah ini;

واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah kamu mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." ( Al-Kahfi : ayat 28 )

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Beli Kereta Sambung Bayar, Peguam Dedah Risiko Besar Tak Dijangka Dihadapi Pembeli Walaupun Ada Surat Perjanjian
siakapkeli.my

Beli kereta dengan konsep sambung bayar merupakan salah satu pilihan yang mendapat sambutan ramai di mana dikatakan tidak banyak karenah untuk menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman.

Ramai orang memilih cara ini kerana bagi mereka ianya muda kerana pinjaman sudah dilakukan atas nama pemilik asal di mana kita cuma ambil kereta dan bayar bulanan kepada bank walaupun bukan nama kita sebagai pemilik kereta.

Kenapa admin kata ramai, kita boleh lihat sendiri di laman Facebook berapa banyak page jualan kereta sambung bayar yang mendapat sambutan begitu ramai rakyat Malaysia.

Namun, tahukah kita yang membeli kereta secara sambung bayar ini mempunyia risiko yang amat tinggi walaupun mempunyai surat hitam putih, selain merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang di mana dendanya amatlah besar.

Kenapa admin kata berisiko? jom kita baca penerangan daripada seorang peguam, Tuan Hasif Hasan yang menceritakan tentang hal ini.

Coretan peguam

Malam tadi aku dihubungi rakan minta tolong aku buat satu surat perjanjian. Orang putih kata agreement.

Aku tanya surat apa. Dia jawab surat perjanjian sambung bayar kereta. Dia kata kawan dia tidak mampu bayar jadi kawan dia offer pada dia kereta untuk disambung bayar secara bulanan.

Aku cakap, tindakan kau tu bagus sebab nak tolong kawan tapi minta maaf sebab aku tidak boleh buat surat perjanjian sebegitu.

Aku cakap sangat berisiko. Aku tak nak orang lain cakap, loyer mana yang 'tidak berapa cerdik' yang buat perjanjian kat kau ni?

Kereta tu kau sambung bayar tetapi hak milik kereta masih kawan kau. Kau akan menghadapi masalah terutama jika berlaku kematian kepada tuan kereta atau kecurian.

Aku cakap walau berjela dan beratus muka surat pun surat perjanjian aku tulis , ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang masalah kerana tuan asal masih mempunyai hak mutlak kepada kereta tersebut.

Aku cakap surat begini tidak sah,orang putih kata not valid, loyer sebut ' void ab initio' , sekalipun dibuat peguam kerana ianya tidak mengikat pihak sebenar iaitu bank kerana perjanjian ini antara kau dan kawan kau dan bukan bank.

Jadi aku cakap aku bukan tidak mahu tolong kau tapi apa guna aku buat surat tetapi tidak laku dan tiada 'legal effect atau implication'

Aku cakap jika tuan kereta mati, engkau lagi susah kerana waris yang layak boleh mengabaikan surat perjanjian ini yang termeterai dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.

Kesian kan? Kau bayar bulan bulan tapi bila tuan mati waris senang senang pergi ambil kereta tersebut dan engkau terkebil kebil. Nak sekat memang tiada kuasa.

Engkau buat report polis pon, mereka tidak akan layan.

Tidak adil bukan? Memang tidak adil tetapi adil juga kerana membuat sesuatu tanpa mengetahui akibat yang mungkin berlaku di depan hari.

Aku cakap lagi kalau kereta dicuri atau accident teruk, dan kau nak buat claim insuran maka insuran hanya layan claim dari tuan kereta yang sah atau berdaftar aje.

Kalau total lost pun, lepas tolak baki pinjaman, insuran company akan bayar kepada tuan kereta. Yang kau akan melopong.

Aku cakap kalau kau nak tolong juga kawan kau, pergi bank dan buat penjadualan semua atau bincang dengan bank, cakap tuan kereta sudah tidak mampu bayar dan bank ada cara menolong pembeli kereta macam engkau ni.

Jadi aku minta maaf pada kawan aku sebab aku tidak mampu membuat surat perjanjian yang tidak sah.

Aku cakap mana sah kau nak kawin dengan bini orang. Maksud aku 'laki' dia tu bank dan bank tak tau apa apa, pas tu kau pulak pandai pandai bawa bini orang kawin lari. Aku sinis aje tapi aku yakin kawan aku tak sedikit pun terasa. Kalau nak terasa pon elok jugak..hihihi

Aku cakap lagi agreement macam ni salah dan jual beli kereta begini mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) jika disabitkan boleh disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Tambahan pula prinsip undang-undang adalah jelas, seksyen 24 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan jenis-jenis perjanjian yang void ab initio (batal dari permulaan lagi) di antaranya jika perjanjian itu menyalahi mana-mana undang-undang, contohnya Hire Purchase Act atau Perjanjian Sewa Beli 1967 seperti yang kawan aku nak buat ini.

Jadi mungkin 'khutbah' aku ini dapat menyedarkan kawan aku atau kawan kawan aku yang lain yang sudi membaca coretan aku ini.

- Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kepentingan Memerangi Kejahilan Dalam Diri Kita
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Kejahilan merupakan sesuatu penyakit hati dan sosial yang perlu dibanteras oleh setiap individu. Ia amat merbahaya dan boleh membawa implikasi buruk terhadap kehidupan individu , masyarakat dan negara. Dalam hal ini, Seorang yang jahil tidak dapat membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan, sedangkan kebenaran dan kepalsuan amatlah berbeza. Untuk mengenal sesuatu kebenaran, Seseorang itu mesti mempunyai ilmu dan menghayati kebenaran tersebut.. Begitu juga jika mengetahusesuatu itu palsu (tidak benar) ia mestilah mengetahui apakah ciri-ciri kepalsuan apakah ciri-ciri kesesatan. Dengan cara ini seseorang itu tidak mudah terjerumus dalam kancah kepalsuan dan kesesatan.

Menurut islam, bagi menentukan sesuatu ilmu itu benar atau sesat maka kita hendaklah berpandukan sepenuhnya dengan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama' dan Qiyas, sekiranya sesuatu itu benar bertentangan dengan satu daripada empat-empatnya, maka itu adalah karut dantidak benar. Ini semua memerlukan kepada ilmu. Didalam Al-Quran Allah SWT telah menjelaskan bahawa islam adalah agama yang benar. Ia adalah jalan lurus yang boleh menyampaikan kehidupan kita kepada keredaan-Nya bagi mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Mafhum Firman Allah S.W.T

( "Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam,
Tiada berselisih orang yang telah diberi al-kitab kecuali datang
pengetahuan kepada mereka" )

Surah Ali-'Imran : Ayat 19

Tetapi malang sekali bagi kita yang tidak memiliki Ilmudan tidak memahami isi kandunga Al-Quran, tentulah kebenaran agama Islam yang suci itu tidaklah akan diketahui dan difahami, Jauh sekali untuk menghayatinya malahan boleh menimbulkan rasa ragu-ragu dan hilang keyakinan terhadap kebenaran dan kesuciannya. Apabila hilang keyakinan dan keimanan seorang muslim, sudah tentu iman yang menjadi benteng pertahanan dihati dan jiwanya akan menjadi lemah dan menunggu masa untuk roboh

Mereka mengakui diri mereka islam, tetapi jarang-jarang solat yang telah difardhukan keatas setiap orang muslim. Dengan kata-kata lain mereka melanggar hukum islam dan mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh meruntuhkan akhlak. Kejahilan itu menjadikan insan itu bodoh , tidak dapat berfikir menolak segala kebaikkan dan tidak dapt mengenal nilai-nilai kemanusiaan.

Individu dan masyarakat yang jahil tidak mampu untuk menguruskan masalah diri. Apa lagi menentukan perancangan dan pengurusan lain termasuk keluarga, Masyarakat dan negara. Ia tidak akan mengerti tanggungjawab tersebut. Dalam kehidupan bermasyarakat pula kejahilan akan mengakibatkan manusia boleh bertindak tidak waras iaitu mencetuskan suasana yang tidak sihat seperti menipu, membunuh dan fitnah. Semua kelakuan ini akan membawa pergaduhan dan perpecahan dikalangan ummah dan akhirnya siapa yang rugi ?

Mafhum firman Allah S.W.T :
"Telah timbul berbagai kerosakkan dan bala bencana didarat dan di laut dengan sebab
apa yang dilakukan oleh tangan manusia: (Timbulnya yang demikian
kerana Allah hendak merasakkan mereka sebahagian dari ba;asan
perbuatan buruk yang mereka lakukan, Supaya mereka kembal
insaf

Surah Ar-Rum : Ayat 41

sumber http://www.expandroiders.com/

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Sep 29, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Makan Coklat Dapat Kurangkan Serangan Jantung & Stroke

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: