Sunday, October 30, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4619

8 Messages

Digest #4619

Messages

Sun Oct 30, 2016 1:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Harga Minyak Masak Dalam Paket Kekal, Minyak Masak Dalam Botol Ikut Harga Pasaran Berkuatkuasa 1 Nov
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 26 Okt - Harga minyak masak dalam paket 1kg kekal RM 2.50 manakala harga minyak masal dalam botol akan mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

"Tanpa penstrukturan semula minyak masak, kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak untuk bulan Nov dan Disember," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Sumber: Bernama

Mahsuh Subsidi Minyak Masak Baik Untuk Kesihatan Kata Menteri - Masak Laksa Banyak2 Untuk Pecah Rekod Dunia Kemudiannya Dibuang Begitu Sahaja.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Penghapusan subsidi minyak masak bermula November ini tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu tindakan negatif. Sebaliknya masyarakat boleh mengambilnya sebagai satu alternatif untuk mula membeli belah secara sihat, memasak secara sihat dan makan secara sihat.

Dengan penuh bangga update kat fb

Itulah yang dikatakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan bagi Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian ketika ditemui media dalam satu program menyediakan (masak) Laksa Sarawak terbesar (terbanyak) di Malaysia untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Record pada semalam.

Pusat membeli belah Plaza Merdeka menyaksikan percubaan untuk mencipta rekod baru bagi acara menyediakan Laksa Sarawak paling banyak/besar dan mereka telah pun berjaya mencatatkan rekod tersebut pada semalam.

Sumber : sini

Dialihbahasa oleh Amenoworld.

----------

Okey. Part pertama dalam cerita neh memang penting. Sebab aku nak tunjukkan kepada kau semua. Betapa menteri kau neh kalau bercakap fuhhhh.. berlagak nak mampos.

Semalam rasmikan satu event. Untuk pecah rekod Malaysia. Masak Laksa Sarawak. Nak mempromosikan makanan dari Sarawak kononnya. Niat kemain cantik lagi.

Lepas tu siap kata penghapusan subsidi minyak satu langkah bagus untuk rakyat mula belajar memasak secara sihat.

Nampak?

Tup tup hari neh kecoh. Laksa Sarawak yang banyak sekawah besar gedabak nak mampos semalam kena buang. Ye, kena buang beb. Kena buang!

Sekawah laksa dibuang kerana tak menyihatkan.

Menurut laporan yang dipetik menerusi Malaymail (sini) ;

1. Sebanyak 1,500 mangkuk Laksa Sarawak yang dimasak secara ber-ramai2 dan berbanyak-banyakkan pada semalam perlu dibuang.

2. Ini dilakukan kerana laksa semalam disifatkan sebagai makanan yang TIDAK SIHAT.

3. Ia akan dibuang kerana tidak selamat (tidak sihat) untuk dimakan oleh manusia kata Debra Sim memetik sumber dari Borneo Post.

4. Semalam pihak pengurusan membeli belah Plaza Merdeka telah menyediakan 100kg bahan laksa (untuk kuah), 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur, 90kg tauge dan 80kg ayam bagi memasak Laksa Sarawak terbesar di Malaysia untuk mencipta rekod di Malaysia book of record.

5.15 tukang masak digunakan bagi menyediakan masakan tersebut. Dengan masa selama 18 jam.

6. Dan kesemua laksa yang dimasak pada semalam telah pun selamat masuk ke tong sampah. Babai.

Ewahhh. Subsidi minyak mahsuh = masyarakat boleh la masak secara sihat.

Lepas tu laksa yang dia masak dan promote bagai kena buang sebab tak sihat. Apakebendanya tu?

KAHKAHKAHKAHKAH!

Sembang kencang ja rupanya depa neh.

Mall yang anjurkan rekod tu pun sohai.
Plan la event yang bermakna sikit.
Bina rumah untuk orang miskin ke.
Taja student ke.
Bantu OKU ke.
Bantu orang sakit yang memerlukan kos perubatan ke.
Sakai.
Yang bahlol-bahlol macam neh gak laju-laju orang suka buat.
Meluat.

Harga minyak masak kekal

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Di sebalik kebimbangan orang ramai dan belian panik, kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak masak tetap kekal RM2.50 sekilogram.

Pengekalan harga tersebut diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran.

Bagaimanapun ia dinafikan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyatakan belum ada sebarang mengenai pemansuhan subsidi minyak masak dibuat ketika ini.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, October 25, 2016 10:17 PM
Subject: Fw: Hadiah Selepas Bajet Esok

Hadiah Selepas Bajet: Esok Harga Minyak Masak Naik?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
themalaysianmirror.com

Sebab rasionalisasi harga (ayat perbodoh rakyat) perlu dilakukan ialah berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.

Selain itu penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia.

Itu antara faktor yang menyebabkan harga minyak masak perlu dinaikkan dan jelas perkara utama yang menyumbang kekurangan dalam domestik ialah penyeludupan.

Dah tahu penyeludupan menyumbang kepada kekurangan domestik.. tetapi kenapa Kerajaan tidak berusaha untuk menangani penyeludupan itu?

Kenapa perlu Kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak masak tersebut yang akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat?

Faktor lain ialah kejatuhan nilai Ringgit.. tapi Menteri mesti malu nak cakap faktor ni..

Tapi... kalau dinaikkan harga minyak masak esok.. hari-hari yang berikutnya nilai Ringgit jatuh lagi dan lagi.. adakah minyak masak tidak akan diseludup lagi?

Baharu sahaja pembentangan Bajet 2017 kononnya mementingkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan esok akan mengumumkan kenaikkan harga minyak masak esok dengan memberi alasan untuk menangani ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga berlaku lambakan bekalan bahan itu di negara jiran.
Perkara itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok di pejabatnya.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian mengesan banyak kes ketirisan berlaku sebaik mengambil alih pengurusan minyak masak dalam negara sehingga memaksa pihaknya melaksanakan rasionalisasi harga bahan itu.
Beliau berkata, kuota bekalan minyak masak sebanyak 85,000 tan sebulan tetapi masih berlaku kekurangan bekalan di pasaran dan ini mungkin disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bahan itu ke negara jiran.
"Bila mendengar kita hendak buat rasionalisasi harga, mungkin menyebabkan harga naik tetapi pengumuman hanya akan berlaku esok.
"Kenapa kita hendak sangat mendengar berita palsu, berita yang benar hanya daripada menteri esok pagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan atlet paralimpik Rio 2016 'Amazing Heroes' di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa.
Media melaporkan peruncit dan pengguna di beberapa negeri mendakwa sukar mendapat bekalan minyak masak sejak beberapa hari lalu.
Turut dilaporkan berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.
Penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia ...

Hamzah berkata, walaupun kementerian menerima aduan mengenai kegiatan menyorok bekalan minyak masak oleh peniaga dan pembekal, sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan.
Menyusahkan orang tak habis-habis depa ni!!!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mayat Lelaki Terjun Jambatan Pulau Pinang Kedua Ditemui, Dijumpai Bersama Beberapa Ketul Bata
siakapkeli.my

Mayat seorang lelaki yang dipercayai milik mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut dari atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhampiran Batu Maung telah dijumpai.

Mayat lelaki berkenaan telah dijumpai oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba.

Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat

Dari gambar yang kami perolehi, kelihatan gambar mangsa telah timbul dengan beberapa ketul bata dijumpai bersama mayat dipercayai untuk menenggelamkannya.

Rabu lalu, seorang lelaki berusia 38 tahun yang menunggang motosikal dari arah Batu Kawan dipercayai berhenti di kilometer (km) 11.3 jambatan berkenaan sebelum hilang kira-kira jam 8.30 pagi.

Kehilangannya itu disedari apabila motosikal miliknya ditemukan anggota peronda di atas jambatan berkenaan. - Siakapkeli.my

Kes Peniaga Terjun Jambatan: Usaha Kesan Mangsa Masih Dilakukan
siakapkeli.my

GEORGETOWN, 26 Okt:
Pihak bomba masih lagi dalam usaha untuk mengesan seorang peniaga yang dikatakan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, disini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Sukri Saad, 38, sempat meninggalkan catatan di laman sosial Facebook miliknya, antara lain mendakwa bakal dipenjara kerana kesalahan menjual rokok seludup.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II Isharuddin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi sebelum 12 anggota dari Balai Sungai Bakap bersama Unit Marin bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita menemui motosikal yang ditinggalkan mangsa di Kilometer (KM) 11.3 jambatan menghala ke Batu Maung.

"Usaha mengesan mangsa di kawasan perairan berdekatan jambatan masih dilakukan bersama anggota Pasukan Polis Marin," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sumber: BH Online

Tertekan Dipanggil Mahkamah, Lelaki Terjun Jambatan
mynewshub.cc
Published in Gaya Hidup/Terkini

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, George Town, pagi tadi.
Kejadian tersebut disedari kira-kira jam 8.30 pagi selepas motosikal dan telefon bimbit mangsa ditemui di jambatan tersebut oleh pengguna.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Shukri Saad, 39, dipercayai terjun di kilometer 11.3 jambatan berkenaan arah Batu Maung, Pulau Pinang.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dengan dibantu Pasukan Polis Marin Wilayah Satu yang membuat pencarian di laut.

Difahamkan, lelaki tersebut tertekan selepas dipanggil ke Mahkamah Majistret Butterworth bagi perbicaraan kes di bawah Akta Kastam 1967, membabitkan penjualan rokok murah (seludup) dengan nilai rampasan RM160 pada tahun 2012.

Kes berkenaan merupakan kesalahan pertamanya yang sepatutnya dibicarakan pada Isnin lalu tetapi ditunda ke hari Selasa.

Mangsa yang dipercayai bekerja sebagai peniaga dikatakan ada memuat naik status dalam laman sosialnya dan menceritakan sebab dan masalah yang melanda dirinya sebelum berniat untuk 'mencabut' nyawanya sendiri.

Dalam status berkenaan, mangsa mendakwa dia terpaksa berhutang dengan rakan bagi membayar wang jaminan sebanyak RM3,000 dan terbaru dia bakal berdepan dengan denda RM4,000 atau empat bulan penjara.

Susulan tidak mahu ke mahkamah dan tidak mahu dua anak dan isterinya menanggung malu kerana dia bakal dimasukkan ke penjara, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk 'berkorban'.

"Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit…mula ku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan….ya Allah ampuni dosaku ya Allah….ku tahu kau memahami dan maha mengampunkan," tulis status yang dipercayai milik mangsa.

Bagaimanapun, pemerhatian mendapati status berkenaan tiada lagi dalam Facebook mangsa dan ianya menjadi viral di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Status FB Terakhir Dari Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

Status FB Terakhir Dari Seorang Lelaki Sebelum Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang - Tertekan Dengan Kos Sara Hidup Di Malaysia

Seorang lelaki telah menulis satu status panjang terakhir di Facebook sebelum terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang. Lelaki itu, Mohd Shukri Saad, 39, mendakwa tertekan dengan kos sara hidup sebagai rakyat Malaysia dan menganggap Malaysia dipimpin kerajaan yang zalim.

Lelaki itu meminta maaf dari isteri dan anak-anaknya berulang kali dan mendakwa dia tidak mempunyai pilihan lain setelah berlaku rentetan peristiwa dalam hidupnya yang membuat dia memilih ungtuk membunuh diri. Baca tulisan Shukri di FB nya dibawah:

Asalamualaikum, teman dan sahabat dan terutama buat isteriku anak-anak dan keluarga tersayang.

Ku pohon berjuta kemaafan kerana perkara yang kulakukan ini tak pernah terlintas untuk ku lakukan.

Diharap janganlah orang ramai kecam dan hina isteri anak-anak dan keluargaku.

Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim. Kerana kes rokok yang nilai rampasannya hanya RM160, aku akan dipenjarakan. Ini kesalahan pertama aku pada tahun 2012 . Baru sekarang naik makamah.

Tarikh naik mahkamah kelmarin, tetapi ditunda hari ini. Bulan Ogos yang lepas aku dah kena kes yang sama iaitu juak rokok murah, yang nilainya RM 200.

Aku hampir direman semingu dan mujurlah ada surat kematian anakku yang ketiga. Ku dikenakan jaminan RM 3,000. Kena bulan Februari naik mahkamah, bulan Ogos dan dihukum RM 4,000 atau empat bulan penjara.

Aku langsaikan RM 4,000 dan duit pun jenuh hutang kawan. Ya,aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.

Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk tidak pergi Mahkamah kerana aku dah tak punya duit. Banyak bebanan aku nak tanggung. Dan aku tak sanggup dipenjarakan.

Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi. Aku akan tamatkan riwayat aku, kerana banyak kali aku bermimpi lemas di lautan.

Aku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku di kalangan hamba-nya yang terpilih. Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.

Dan ku pohon simpati orang ramai nanti ambillah berat tentang anak-anakku.

Aku tak sangup berpisah namun ku tiada pilihan. Kenangilah mereka sebagai anak pengorbanan.

Untuk isteriku Nur Azianti maafkanlah Abang kerana banyak buat Azian susah hati kerana kes rokok ini. Nanti pilihlah pengganti yang sayang Azian dan anak-anak sepenuh hati.

Untuk anak saudara ku Hadi Radzi jagalah Tok elok-elok. Untuk kakak aku Nor Aini dan abang ipar ku Zamri Mat Ishak teruskanlah jaga kedai dan kalau tak mampu juallah pada yang berminat.

Pada yang ada hutang kat aku, aku halalkan. Dan yang aku hutang Mohd Hazril Jamaludin dan Mohd Naim boleh jumpa Kakak aku nanti dia tolong langsaikan sedikit-sedikit.

Ku harap pengorbanan aku ini setimpal agar orang yang senasib tidak lagi dikenakan hukuman macam ini. Jual rokok murah saja pun bukan balas berjuta wang ringgit. Aku tiada pilihan wahai rakyat Malaysia. Semalaman aku tak lena. Tetapi ku tiada pilihan.

Maafkan Abah, Ariq dan Safia. Jagalah ibu elok-elok bila besar nanti. Maafkan saya, mak (Makteh Bibah)

Chek tak ada pilihan. Maafkan saya.

Maafkan saya. Saya tak sanggup dipenjara. Untuk isteriku, Abang amat menyayangimu sayang, tetapi Abang bukan yang terbaik. Carilah yang terbaik nanti, demi sayang dan anak-anak.

Dan untuk adik-beradikku yang lain peliharalah Mak Tg dah 78 tahun. Baliklah jenguk dia. Jangan biar dia menangis sendirian kerana rindukan anaknya yang jarang balik.

Sekian. Sekali lagi maafkan Abah. Maafkan Abang, Sayang. Maafkan Chek, mak.

Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit . Mula ku pilih untuk dipenjara tetapi terkenang kan anak nanti digelar anak banduan.

Ya Allah ampuni dosaku, ya Allah. Aku tahu kau memahami dan maha mengampun.

Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.

Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.

Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah dikawal senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nak dibawa itu.

Ashaduanlailahailallah. Waashaduannamurhadan Rasulullah.

Maafkan aku.

Sumber: ceritaawatni.blogspot.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:04 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



GAMBAR MENTERI BESAR KELANTAN BERMEWAH-MEWAH TERSEBAR...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sultan Kelantan berjalan malam bersama rakyat

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

KOTA BHARU - Sejarah terus terlakar apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan berjalan sambil beramah mesra dengan lebih 21,000 rakyat jelata sempena Walkaton D' Raja Kelantan 2016, Let' Go With Me di sini malam ini.

Baginda bersama rakyat jelata memulakan perjalanan sejauh tujuh kilometer bermula dari perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra dan kembali semula ke stadium.

Baginda berjalan beramai-ramai bersama rakyat bermula jam 10 malam yang tutrut disertai ditemani adindanya, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Turut sama berjalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan kepimpinan kerajaan negeri yang lain.

Acara yang pertama kali diadakan pada sebelah malam itu juga 'bermandi cahaya' dan terdapat kelainannya dengan kemeriahan tembakan bunga api serta persembahan kebudayaan di setiap 'check point'.

Walaupun hujan lebat pada awalnya namun rakyat jelata tidak berganjak dan terus setia bersama-sama baginda untuk menjayakan program malam ini.

Baginda tiba di perkarangan stadium pada jam 9.40 malam. ‎

Program yang memasuki edisi kelima sebelum ini dikenali sebagai Walk With Me itu merupakan cetusan idea daripada baginda sendiri untuk bersama dengan rakyat jelata dan ia turut dicatat di dalam Malaysia Book of Records.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Adik Beradik 'Pendekar Cangkul' Didenda RM5,000

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


DUA beradik 'pendekar cangkul' didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majestret Kulai selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan kakitangan SAJ Holding Sdn. Bhd. (SAJ) minggu lalu.

Youzairy Ya'acob, 36, dan adiknya Mohd Youzaimeer, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majestret Ahmad Farid Ahmad Kamal.

"Sepatutnya kamu adik-beradik berbincang dengan lebih matang dalam isu bayaran bil (air), bukan isu besar pun yang perlu kamu menggunakan keganasan.

"Mahkamah ingin ingatkan, bahawa keganasan bukan caranya," kata Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal yang juga berharap kedua tertuduh insaf selepas tujuh hari ditahan reman di dalam lokap.

Memetik laporan Harian Metro, Youzairy didakwa mengikut Seksyen 351 Kanun Keseksaan, dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan menyerang Muhammad Khairuzzaman Yaakub, 30, menggunakan sebatang cangkul.

Dia yang juga merupakan bapa kepada dua anak turut didenda RM2,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan kedua iaitu sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Aysraf Abd Ghani, 20.

Selain itu, Youzairy dan Mohd Youzaimeer turut didenda RM2,000 atua empat bulan penjara setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah bagi tuduhan bersama-sama menyebabkan kecederaan pada Muhammad Khairuzzaman.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang turut dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Mohd Youzaimeer juga turut didenda RM3,000 atau empat bulan penjara bagi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Asyraf dengan menggunakan topi keledar mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili oleh peguam Haniza Yazed, membuat rayuan bagi meringankan hukuman kerana Youzairy kini tidak bekerja selepas insiden berkenaan.

"Dia mempunyai dua anak dan isterinya berkerja sebagai pembantu kedai makan. Sebelum ini dia mempunyai pendapatan RM1,600 sebulan tetapi kini sudah tidak bekerja kerana diberhentikan oleh majikan. Manakala Youzaimeer pula belum berkahwin dan bekerja," katanya.

Menurut Haniza, tertuduh berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan dengan kedua ibu bapanya masing-masing sudah berusia 63 dan 71 tahun.

"Mengenai kejadian itu, tertuduh insaf dengan perbuatan mereka, namun apa yang menyebabkan kedua-duanya hilang sabar apabila tindakan memotong bekalan air itu membabitkan rumah kedua ibu bapa mereka yang tidak mampu membayar bil air," katanya.

Youzairy dan Youzaimeer melakukan kesalahan itu pada 11.45 pagi, 18 Oktober lalu di M-231-1, Kampung Melayu yang menyebabkan kecederaan pada dua wakil kakitangan SAJ yang kemudiannya viral di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, October 20, 2016 10:27 PM
Subject: Fw: 'Hang Cangkul' Sudah Ditahan Pihak Polis

'Hang Cangkul' Sudah Ditahan Pihak Polis
siakapkeli.my

Johor Bahru: Berikutan video viral yang menunjukkan dua orang lelaki cuba mencederakan pekerja kontraktor dilantik SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ), pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berkenaan, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, mereka telah berjaya menahan kedua-dua suspek semalam di lokasi dan pada waktu berasingan.

"Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut," katanya.

Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.

Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki telah bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.

Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.

Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul.

Akibat kejadian itu mangsa dan rakannya mengalami kecederaan 'soft tissue'. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar..
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar. Selepas berlakunya kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Johor Bahru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempersoalkan mengapa konsortium yang ditugaskan menjalankan proses audit keselamatan di hospital seluruh negara tidak menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, ini kerana sejak penswastaan pada 1996, kerajaan memberikan kontrak kepada 3 konsortium dan mereka juga dibahagikan mengikut negeri.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar. "Adakah mereka ikut kontrak yang tertulis?" katanya kepada FMT hari ini.Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang menyatakan sebanyak 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan dalam masa satu hingga 2 minggu dari sekarang.

Antara hospital berusia lebih 50 tahun dan sedang beroperasi pada masa ini ialah Hospital Batu Gajah yang berusia 136 tahun, Hospital Balik Pulau (136), Hospital Pulau Pinang (81) dan Hospital Perlis (97), katanya.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar
Mengulas lanjut, Michael yang juga merupakan seorang pengamal perubatan berkata, semua konsortium terbabit mendapat kontrak berjumlah RM300 juta secara kasar untuk menjalankan tugas.

"Perkhidmatan dobi, penyelenggaraan hospital, pelupusan sisa kimia, tukang cuci (house keeping)…semua ini 5 pekhidmatan sokongan yang dia (kerajaan) bagi kepada syarikat," katanya.

Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan adakah idea penswastaan dipelopori bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada zamannya bertujuan menjimatkan duit dan lebih efisien adalah satu perkara yang rasional.

Patutlah Hospital Sultanah Aminah Terbakar
"Ini tunjukkan idea penswastaan bukan seperti dikatakan pada waktu itu seperti baik kepada negara, efisien. (Sebenarnya) baik untuk syarikat-syarikat yang anda suka," katanya. - Malaysiakini

Nekad selamatkan isteri redah api, asap tebal

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai teknikal Hospital Sultanah Aminah (HSA) nekad untuk masuk melalui tingkap dan meredah api yang marak serta asap tebal untuk menyelamatkan isterinya yang terlibat dalam insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital itu semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Hasmidi Mat Jais, suami kepada Nur Suhaily Sulaiman berkata dia berlari ke ICU sebaik sahaja mendapat panggilan daripada isterinya yang menyatakan bilik ICU terbakar kira-kira 9.00 pagi.

"Memang api marak dan asap tebal, saya masuk dan cari isteri saya walaupun orang cuba halang sebab fikirkan yang dia isteri saya," kata pemuda berusia 26 tahun itu kepada Bernama ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Nur Suhaily Sulaiman, 23, merupakan seorang daripada tiga kakitangan HSA yang cedera akibat terhidu asap susulan kebakaran di hospital berkenaan pagi semalam.

Mohd Hasmidi berkata asap yang tebal menyukarkan dirinya untuk selamatkan Nur Suhaily yang merupakan jururawat di ICU tetapi bersyukur apabila melihat kelibat isterinya.

Tanpa membuang masa beliau membawa isterinya keluar melalui tingkap dan membawanya turun ke bawah.

Mengimbas keadaan ketika itu, Mohd Hasmidi berkata keadaan ketika itu sangat kelam kabut memandangkan semua orang cuba menyelamatkan diri masing-masing.

"Saya sampai muntah tiga kali sebab asap sangat tebal, saya bersyukur isteri saya selamat," katanya.

Mohd Hasmidi berkata isterinya kini telah sedar dan sedang mendapatkan rawatan di HSI.

"Dia sedar saya ada di tepinya dan dia masih tidak boleh bercakap tetapi kalau kami ingin berkomunikasi, dia akan tulis menggunakan pen. Doakan dia cepat sembuh," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 9 pagi semalam, meragut nyawa enam pesakit, iaitu empat wanita dan dua lelaki.

Mereka adalah antara tujuh pesakit di ICU berkenaan manakala seorang pesakit lagi ditemui selamat dan masih dirawat di HSA.

Selain Nur Suhaily, dua lagi kakitangan HSA yang cedera dikenali sebagai Nurul Ain Zulkarnain, 24 dan pelajar fisioterapi, Nur Shafikah Hamzah, 20.

Dalam pada itu, ibu saudara kepada Nurul Ain meminta orang ramai mendoakan kesihatan anak saudaranya itu.

Hanya mahu dikenali sebagai Siti, 40, dia berkata menurut doktor, anak saudaranya itu kini semakin stabil namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Saya rapat dengan dia (Nurul Ain), memang dia baik orangnya. Kita doakan sama-sama agar dia semakin pulih... insya-Allah," katanya yang ditemui Bernama selepas melawat anak saudaranya itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.

Insiden kebakaran di hospital itu turut menarik perhatian netizen yang memuji keberanian warga hospital berkenaan untuk menyelamatkan pesakit selain mendoakan semua jururawat, termasuk Nurul Ain yang cedera parah segera sembuh.

Suhaida Mat Jusoh melalui laman sosial Facebooknya berkata beliau bangga dengan sikap dipamerkan semua jururawat yang berusaha membantu pesakit lain dalam situasi itu.

"Selalu dengar masyarakat kutuk misi (jururawat)... tapi bila kejadian macam ini baru semua sedar yang misi juga sanggup bergadai nyawa demi nyawa orang lain. Bangga dengan semangatmu semoga dipermudahkan segalanya," katanya.

Rogayah Yah juga melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa jururawat Nurul Ain dan mendoakan beliau diberi kesembuhan.

"Sanggup bertarung nyawa engkaulah wirawati, kami bangga buatmu. Doa kami buatmu dan mangsa...semoga cepat sembuh" katanya menerusi catatan di laman sosial.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat berkata sehingga kini, 54 pesakit telah ditempatkan di HSI, 28 orang di Hospital Permai, Kempas dan selebihnya diletakkan di wad-wad lain di HSA. –Bernama

Kebakaran Kedua, Bilik Bedah HSA PUla Terbakar

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sekali lagi gempar apabila satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai bilik pembedahan tingkat satu, sebentar tadi, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kria 1.40 petang selepas kepulan asap kelihatan keluar dari kawasan bangunan berkenaan.
Difahamkan, kesemua kakitangan HSA dan pesakit telah diarahkan mengosongkan bangunan.

Sementara Berita Harian melaporkan, sebuah jentera bomba sudah tiba di lokasi.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat rasmi berhubung kebakaran itu sama ada melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Beberapa Orang Doktor Bantu Keluarkan Pesakit Terperangkap Di Wad ICU

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

JOHOR BARU: Pakar bedah am, Dr Narendra Balasekaran berada di aras empat Hospital Sultanah Aminah (HSA) bersama pasukan perubatannya kira-kira pukul 9 pagi apabila terdengar sistem penggera berbunyi.

Berlaku kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang terletak di aras dua.

Dr Narendra bergegas ke sana dan melihat kakitangannya memindahkan pesakit dari wad pembedahan bersebelahan ICU.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan terdapat tujuh pesakit terperangkap di dalam wad ICU," katanya.

Menyedari asap tebal menyelubungi kawasan ICU yang terbakar, dia dan tiga doktor lain membuat keputusan untuk masuk ke dalam bagi membantu mangsa terperangkap.
"Saya mengambil selimut dan membasahinya dengan air sebelum masuk ke dalam wad yang gelap dan dipenuhi asap," katanya.

Sebaik mereka mendekati pesakit pertama, seorang wanita, mereka menarik katil dan menolaknya keluar.

"Katil itu amat panas dan saya perlu membalut bahagian besi dengan tuala saya," katanya.

Dr Narendra berkata mereka kemudiannya memutuskan untuk membantu pesakit lain dan pada masa sama melihat di sekeliling sekiranya ada lagi mangsa yang masih terperangkap.

"Dengan bantuan anggota bomba, kesemua enam pesakit berjaya dibawa keluar," katanya.

Jururawat membantu memindahkan pesakit susulan kebakaran di wad ICU HSA.
Beliau berkata beberapa mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas kerana terhidu asap tebal.

Beberapa doktor lain yang turut bersama dengan beliau adalah Dr Shah Jahan, Dr Rishi Haran dan Dr Ashok Kannan.

Dr Narendra berkata mereka berjaya mendapatkan beberapa topeng gas sebelum masuk ke dalam wad yang terbakar.

"Kami sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit," katanya.

Dr Narendra berkata beliau kecewa kerana timbul spekulasi di media sosial bahawa doktor dan kakitangan perubatan meninggal dunia dalam kebakaran itu.

"Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit kami dan semua kakitangan perubatan dan jururawat sudah melakukan yang sepatutnya dan mengikut prosedur pemindahan," katanya.

Dr Narendra mendedahkan beliau mengalami luka ringan akibat terkena api.

Beliau menyifatkan tragedi itu pengalaman paling menakutkan sepanjang kariernya selama 10 tahun bergelar doktor.

Sementara itu, seorang jururawat Nur Jahan Idayu, 26, yang baharu sahaja mula sesi bertugas sedang menyiapkan peralatan untuk pembedahan di bilik bedah aras dua ketika rakan sekerja meluru masuk dan memaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Semua barang terjatuh dan kami bergegas keluar. Pada waktu itu, lif masih lagi berfungsi. Pesakit yang menggunakan peralatan berat dibawa keluar terlebih dahulu manakala pesakit yang boleh berjalan turun menggunakan tangga," katanya.

Nur Idayu yang berkhidmat di hospital tersebut sejak tiga tahun lalu berkata mereka sudah sedaya upaya memindahkan semua pesakit.

Hospital Sultanah Aminah Terbakar Lagi
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar semalam hari ini dilaporkan terbakar lagi di mana kali ini ia melibatkan bilik bedah hospital tersebut, lapor Berita Harian.

Kejadiaan yang dipercayai berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu telah menyebabkan asap keluar daripada bagunan bilik pembedahan di tingkat satu.

Kebakaran menyebabkan pekerja hospital bertungkus lumus mengeluarkan pesakit yg sedang menjalani rawatan.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Othman Abdullah berkata ia tiada kaitan dengan kebakaran di Unit Rawatan Rapi HSA semalam.

"Kejadian dipercayai berpunca dari air yang mengalir ke tingkat satu yang terkena pada wayar menyebakan berlaku pintas kecil ketika kerja pembersihan," katanya dipetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TMJ Persoal Keputusan FAM Selamatkan Pahang, PDRM
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

PETALING JAYA: Penaung kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memotong tiga mata pasukannya yang dilihat sebagai cubaan membantu mengekalkan Pahang dan PDRM dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Menerusi kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail mengulas tentang isu penggantungan Juan Martin Lucero yang dikatakan menerima tiga kad kuning, tetapi tiada pihak dari FAM atau Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memaklumkan perkara itu kepada pihaknya.

Malah jelas beliau, tiada surat rasmi atau surat hitam putih yang diberikan oleh Jabatan Perundangan FAM berhubung penggantunggan Lucero.

"Soalan saya adalah berkaitan statut FAM yang jelas menyatakan 72 jam selepas perlawanan tidak boleh ada apa-apa protes, kenapa pula Jawatankuasa Tatatertib FAM memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan keputusan iaitu Pahang mendapat tiga mata percuma selepas dua bulan?

"Dan juga pada masa ini cuba menyelamatkan PDRM yang diuruskan oleh menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi," katanya.

Selain itu, Tunku Ismail mendakwa, pihak tertentu di dalam FAM, ahli jawatankuasa dan lain-lain tidak suka kepada pasukan Pulau Pinang yang diuruskan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Datuk Gary Nair.

Beliau mendakwa, Gary merupakan musuk FAM kerana beliau membantah berkenaan polisi Sultan Pahang sebagai Presiden FAM (sewaktu Sultan Pahang menjadi Presiden FAM).

"Disebabkan itu, FAM pada masa ini mahu menurunkan Pulau Pinang kerana hendak menyelamatkan pasukan yang penting bagi mereka dan FMLLP," katanya.

Tunku Ismail membangkitkan persoalan bahawa sepatutnya pasukan Pahang patut disingkirkan.

"(Ini) kerana sudah dua bulan. Dalam status tersebut jelas mengatakan selepas 72 jam, mana-mana pasukan tidak boleh membuat sebarang protes atau bantahan.

"Itu adalah undang-undang. Jadi selama ini apa yang telah ditunjukkan kepada saya adalah semua keputusan yang dilakukan sendiri oleh oleh Ahli Jawatankuasa Tatatertib tanpa merujuk kepada statut tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail yang kini berada di Madrid, Sepanyol untuk berucap pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia, turut memberi amaran bahawa beliau akan mendedahkan betapa korup pihak FAM.

"Saya ingin memberi ucapan tentang usaha kita membantu bola sepak tanahair Malaysia dan bola sepak di Asia Tenggara serta beritahu mereka mengenai pencapaian JDT.

"Dan buat masa ini jikalau macam inilah perangai orang FAM, saya akan tukar fikiran. Saya akan ceritakan di mata dunia, seluruh dunia yang berada di 'World Football Summit' betapa korupnya FAM," katanya.

Terdahulu, (FMLLP) menjelaskan badan itu tidak mempunyai kuasa mengenakan tindakan disiplin terhadap pasukan yang menurunkan pemain sepatutnya menjalani hukuman penggantungan perlawanan dalam Liga Malaysia.

Jurucakap FMLLP yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Bernama, sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Tatatertib FAM mempunyai kuasa berbuat demikian terhadap pasukan yang melanggar peraturan tersebut.

"Tugas FMLLP hanya menguruskan bahagian media, komunikasi dan pemasaran Liga Malaysia, manakala FAM masih bertanggungjawab dalam hal tatatertib, pengadilan, undang-undang, perubatan, keselamatan dan integriti," jelas sumber itu.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengesahkan pejabatnya telah menerima permintaan daripada Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland di bawah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) berhubung penyelewengan dan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan 1MDB.

Ini adalah permintaan kedua untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sejawatannya dari Malaysia di bawah Bantuan Perundangan Bersama, selepas pejabat peguam negara di sini mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland. Bercakap kepada pemberita selepas dilantik sebagai adjunct professor oleh Universiti Utara Malaysia di Kuala Lumpur, Apandi berkata beliau akan membalas permintaan itu dengan sewajarnya.

"Kami telah menerima dan ia sedang dalam proses untuk kita balas," katanya.Dilaporkan pada 6 Oktober bahawa pejabat peguam negara Switzerland telah menghantar permintaan MLA kedua untuk Malaysia.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland
Apandi juga diminta mengulas mengenai posting blog terkini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh beliau menyembunyikan laporan dan bertindak sebagai hakim untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun peguam negara berkata beliau tidak mempunyai komen."Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengulas mengenai apa yang dia katakan kerana saya tidak dengar," katanya.

Ini Petanda Najib Bakal Didakwa Di Switzerland
Apabila diberitahu ia adalah satu posting blog, Apandi berkata beliau tidak membacanya."Jadi perkara yang terbaik adalah no commentlah," katanya. - Malaysiakini

INI HANYA MUDARAT RINGAN KAN?...HAHA!
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Beberapa hari sudah gempar bumi Melayu apabila Shafie Apdal mendakwa 60% dari pada tanah Bandar Malaysia telah dijual kepada China.

Mungkin ini rujukan Shafie Apdal:

ASTRO AWANI

Lalu bertempiklah menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan, membetulkan kenyataan Shafie Apdal.

Bukan! Bukan 60%, tetapi 24%:

MSN

Apabila ada menteri yang menghurai dengan nombor-nombor, maka Yong terpanggil untuk melihat nombor-nombor tersebut.

Betullah yang 60% itu dijual kepada IWH dan China Railways group. Yaitu:
IWH = 60%
China Railway Group = 40%

Maka kiraannya:
60% daripada 60% = 36%
40% daripada 60% = 24%

IWH tu milik rakyat Malaysia.

Maka Yong selak-selak data mencari nama-nama Melayu, kot ada dalam IWH. Yong jumpa nama Datuk Haris Onn Hussein, adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang memiliki 20.16% stake dalam Ekovest. Bhd, cabang yang buat kerja binaan dan kejuruteraan untuk IWH (The STAR).

Ada la...nama Melayu, betul tak lebai?

Selebihnya siapa punya?

Menurut THE EDGE:

"Tan Sri Lim Kang Hoo is a common shareholder of IWH, holding a 70% stake via Credence Resources Sdn Bhd and Ekovest. He is the single largest shareholder of the latter with a 28% stake...Nephew Lim Keng Cheng, the managing director of Ekovest, owns 7.61% of the company and also has a small stake in Credence Resources."

Maknanya yang control IWH tu adalah rakyat Malaysia bangsa Cina, yang setahu Yong bukan beragama Islam.

Credence Resource ni Pakcik Google tak tau siapa punya:

BLOOMBERG

Cuba tengok di sini pulak:

EKOVEST

Macam tak nampak nama orang Melayu Islam yang jadi BOD di Ekovest... Nak kenal, kena tanya ahli BOD tu, adakah demer semua ahli DAP?

Dan yang ini pulak cerita apa?:

BLOOMBERG

Ada laa nama Melayu! Tapi nama penjualnya, bukan pembeli.

Dah lama buat kerja ni rupanya!

Jangan bimbang walaupun bumi Melayu tergadai. Ini mudarat yang ringan jer. Masih ada lagi mudarat yang lebih besar.

Seperti kata ketua lebai:

"Kalau kita berlawan dengan UMNO, orang bukan Islam boleh memerintah" (YSK).

Wahai pejuang Melayu and penyokong lebai! Perhatilah keliling anda! Siapakah yang menjual aset negara kepada entiti dan rakyat asing yang bukan Islam?

Fikir-fikirlah.

Rujukan:

http://www.ekovest.com.my/discover-ekovest/board-of-directors
http://www.malaysiastylonews.com/158963/hanya-24-tanah-bandar-malaysia-jual-pada-china-rahman-beritahu-shafie/
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/1mdb-jual-60-peratus-pegangan-bandar-malaysia-kepada-konsortium-pada-rm7-41-bilion-87462
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/01/02/lims-companies-may-draw-interest/
http://www.theedgeproperty.com.my/content/ekovest-proxy-iskandar-play
http://www.straitstimes.com/business/property/housing-market-struggles-amid-weak-interest
http://www.bloomberg.com/news/articles/2013-05-26/uem-taps-land-starved-singapore-to-sell-iskandar-property
http://www.theonlinecitizen.com/2015/05/22/iskandar-malaysia-property-investments-5-reasons-why-they-are-a-bad-idea/

Adakah Husni Juga Bakal Dipecat UMNO Kerana 1MDB?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Cakap-cakap dalam UMNO kini ramai yang mula membuat perhitungan nasib yang bakal dihadapi Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah susulan pendedahan terbaharu berhubung syarikat bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tindakan Husni tersebut nyata mengundang rasa kurang senang bos nombor satu UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang baharu dapat bernafas lega selepas dilihat kembali mendapat sokongan dan keyakinan pucuk pimpinan UMNO amnya.

Walaupun Najib dilihat tidak goyah dan utuh dengan sokongan dimiliki, pendedahan Husni itu sedikit sebanyak kembali menghangatkan kembali isu melibatkan 1MDB walaupun selepas tiada sebarang tindakan diambil daripada pihak berkuasa.

"Mungkin Husni bakal mengikut nasib sama dengan apa yang berlaku kepada Muhyiddin dan Shafie Apdal," kata seorang sumber pemimpin dalam UMNO yang dirahsiakan nama.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal disingkir daripada UMNO kerana kelantangan mereka berdua mempertikaikan isu berhubung 1MDB.

Husni tidak dilantik dalam rombakan Kabinet Jun lalu, ia menyebabkan beliau melepaskan semua jawatan dalam parti yang dipegangnya tapi masih menjadi ahli biasa UMNO dan menjadi ahli Parlimen BN Tambun.

Lebih membimbangkan Najib menurut seorang sumber, Husni dikatakan mengetahui setiap perjalanan dalam 1MDB dan rahsia yang dipegangnya boleh menyebabkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri kembali goyah.

Dalam pada itu, sumber juga mendedahkan pihak propaganda sebelah kerajaan khususnya yang berada bawah Pejabat Perdana Menteri sudah diarahkan untuk mencari isu membabitkan Husni bertujuan memburukkan kredibilitinya.

Mengambil kira aspek tersebut, sumber berkata tidak mustahil akan ada isu dan skandal membabitkan Husni akan didedahkan oleh pihak media-media upahan yang bergantung sumber kewangan dengan mereka.

Husni pada Selasa mempersoalkan mengenai pelaburan 1MDB dengan syarikat Aabar PJS Limited berjumlah lebih kurang US$4 bilion dan mengapa sehingga hari ini tiada tindakan diambil oleh 1MDB walaupun mengetahui wang yang dimasukkan ke akaun yang salah.

"Soalan pertama, mengapa kita tubuhkan 1MDB, dalam konteks itu mengapa kita letak lebih kurang us$4bilion (RM16b) dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC (International Petroleum Investment Company IPIC), sebuah syarikat dimiliki oleh dua anak raja, yang didaftar di British Virgin Island.

"Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB kerana masukkan duit ditempat yang tidak betul, dan mengapa tidak ambil tindakan kepada dua anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut?" soal Husni.

Husni juga membidas unit pelaburan 1MDB bernilai lebih kurang US$1 bilion yang dibuat oleh 1MDB apabila tidak diketahui kisahnya walhal ia sepatutnya matang pada tahun lalu.

"Kemudiaan, apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebih kurang US$1 bilion, yg sepatutnya matang pada tahun lalu, tetapi kita tidak tahu kisahnya," katanya.

Beliau juga kemudiaan membangkitkan kebimbangan berhubung saman IPIC terhadap 1MDB yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.

"Kemudiaan apa jadi dengan binding term sheet dengan IPIC, mengapa 1mdb tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC buat saman melalui arbitration sebanyak US$6.5 bilion bersamaan RM26 bilion?

"Kalau kita kalah maknanya bayangkan, kalau pun kita tak kalah semua 6.5 (bilion), katalah 4 bilion pun, dalam konteks duit Malaysia RM4 bilion," katanya lagi.

Husni kemudiaan meneruskan serangan terhadap 1MDB dengan mempersoalkan tindakan kerajaan menjual tanah di Bandar Malaysia.

"Apa jadi dengan penjualan dengan Bandar Malaysia? Kita jual 60% kepada syarikat dari negara China yang mempunyai minoriti share holding daripada dua syarikat Malaysia.

"Saya kerja bank dahulu, bila kita jual ekuiti, tambah pula 60%, barangnya perlu diambil sekarang, mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022, ia meletakkan risiko kepada 1MDB, dalam konteks risiko kewangan, risko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu pembayaran 2022 itu akan dibuat," katanya.

Tidak dapat menyembunyikan rasa bimbangnya lagi, Husni juga berkata tidak dapat membayangkan situasi yang akan dihadapi negara dengan banyak negara sudah memulakan prosiding mahkamah terhadap 1MDB.

"Perkara kedua ingin saya bertanya, Switzerland Monetary Authority (SMA) akan mengambil legal prosiding, begitu juga dengan Britain, di Singapore dua bank sudah tutup, apa akan jadi kepada negara kita," katanya.

Beliau kemudiaan membidas langkah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) memberikan pinjaman sebanyak RM4 bilion kepada anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

"Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

"Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

"Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?" lapor The Malaysian Mirror

Polis mulakan siasatan terhadap 3 bekas menteri

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

FMT Reporters :

Kenyataan akan diambil daripada Muhyiddin, Shafie dan Husni berhubung kenyataan mereka di Dewan Rakyat mengenai 1MDB.

 

PETALING JAYA: Polis akan mengambil kenyataan daripada 3 bekas menteri Kabinet esok atau Isnin berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mereka membuat kenyataan kritikal mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, yang kemudiannya ditegur speaker sebagai berkemungkinan melanggar sumpah kerahsiaan.

Laporan polis juga dibuat 2 kumpulan, Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata: "Kami membuka kertas siasatan dan akan menghubungi mereka untuk disoal secepat mungkin. Mudah-mudahan esok atau lusa," lapor New Straits Times.

Khalid dipetik sebagai berkata: "Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan, sama ada mereka yang masih bekerja atau meninggalkan perkhidmatan, berhati-hati dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan kerana jika mereka mendedahkan rahsia kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka).

"Apabila ia melibatkan rahsia kerajaan, kita perlu berhati-hati kerana terdapat banyak implikasi kerana apabila rahsia kerajaan dinyatakan, ia boleh mengancam keselamatan negara dan ekonomi."

Muhyiddin dikatakan mendedahkan maklumat sulit mengenai 1MDB, firma pelaburan negara, ketika berucap pada perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.

Menurut laporan itu, maklumat itu diperoleh ketika beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu selepas mengkritik pengendalian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap 1MDB, dan dibuang daripada Umno awal tahun ini.

Beliau kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Menurut laporan itu, Shafie juga mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan mengenai 1MDB, manakala Husni berkata negara ini masih boleh menghadapi kesan ekonomi jika isu 1MDB tidak dikendalikan dengan betul.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 1:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Negeri Selangor Dan Pulau Pinang Menetapkan Gaji Minima RM1500, Syarikat Yang Ingkar Akan Dikenakan Tindakan Tegas
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang

Lanjutan dari pembentangan Belanjawan Alternatif 2017 semalam, kerajaan negeri Selangor dan Penang dilaporkan sudah bersetuju untuk menetapkan gaji minimum sebanyak RM 1,500 bagi setiap pekerja dalam negeri masing-masing berkuatkuasa Januari 2017.

Keputusan ini bermaksud, masing-masing kerajaan Selangor dan Penang akan menambah belanjawan negeri masing-masing untuk membolehkan subsidi kerajaan sebanyak RM 250/pekerja yang diluluskan dalam belanjawan tersebut, dibayar kepada setiap majikan berdaftar.

Mana-mana syarikat yang gagal melaksanakan arahan ini akan dikenakan tindakan tegas termasuk menarik balik lesen operasi yang menjadi hak mutlak kerajaan negeri.

Tapi diyakini tidak ada masalah kerana kejayaan pemerintahan Pakatan Harapan selama ini telah memberi keuntungan yang besar kepada semua syarikat yang beroperasi di kedua negeri tersebut.

Lagipun, ini bukan pertama kali perkara ini dilaksanakan. Pada tahun 2011, kerajaan Selangor pada ketika itu telah melaksanakan gaji minimum RM 1,500 untuk semua kakitangan anak syarikat kerajaan negeri dan kini skim itu diperluaskan kepada kakitangan swasta yang lain pula.

Pakatan Harapan berjaya menterjermahkan janji itu dengan melaksanakannya di negeri-negeri yang kita perintah.negarapakatanrakyat.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: