8 Messages
Digest #4610
Messages
Mon Oct 17, 2016 6:47 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
HIDUPNYA LAMA TAPI SIMPANAN BERKURANG
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta
KUALA LUMPUR: Kira-kira 78 peratus penduduk Malaysia berumur 54 tahun masih belum memiliki jumlah simpanan persaraan minimum RM196,000 setakat ini.
Presiden Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development (AFPPD), Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ( gambar ) berkata kerajaan perlu mengambil langkah untuk membantu, khususnya golongan ini, bagi membolehkan mereka menampung kehidupan selepas bersara.
"Memandangkan jangka hayat rakyat Malaysia dijangka semakin meningkat, orang akan hidup lebih lama, ini bermaksud mereka perlu pembiayaan yang lebih tinggi untuk hidup dengan selesa.
"Kami akan sediakan kertas cadangan kepada kerajaan supaya dapat membantu golongan emas yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi.
"Mereka perlu menjalani kehidupan seharian termasuk wang untuk makan dan minum, perumahan, kesihatan dan lain-lain," kata Ahmad Husni dalam satu sidang media selepas melancarkan Asian Forum Of Parliamentarians On Population And Development (AFPPD) The Policy Dialogue Of Asian Parliamentarians And Experts On Aging di sini, pada Selasa.
Selain itu, katanya, forum itu melihat isu ini daripada pelbagai sudut iaitu sosial, kewangan, dan perkhidmatan kesihatan.
Tambahnya, mereka turut melihat keperluan menyediakan peluang pekerjaan bagi golongan emas yang sudah bersara memandangkan beberapa negara lain sudah melaksanakannya.
Ahmad Husni berkata selepas forum ini, satu laporan akan dihantar kepada pihak kerajaan secepat mungkin.
"Selepas tamat forum ini, setiausaha kami akan menyediakan laporan dan kami akan menghantar laporan itu kepada kerajaan secepat mungkin," katanya.
Tambah Ahmad Husni, pihaknya menjangka menjelang 2030, Malaysia akan menjadi bangsa tua, yang bermaksud 20 peratus daripada penduduk berusia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, 12 peratus atau 760 juta penduduk global berusia 60 tahun ke atas, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 22 peratus atau 22 bilion orang menjelang 2050.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 17, 2016 6:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kanak-Kanak Perempuan Parah, Terjatuh Eskalator Di Penang
siakapkeli.my
Georgetown: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun parah selepas beliau dilaporkan telah terjatuh daripada eskalator di Kompleks Bukit Jambul, di sini, petang, semalam, lapor Harian Metro.
Menurut laporan, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketikan mangsa didukung atas bahu oleh bapanya sambil menaiki eskalator berkenaan.
Hasil siasatan awal, bapa kanak-kanak berkenaan dikatakan telah menundukkan kepada menyebabkan anaknya itu berada diatas bahu terjatuh pada ketinggian tiga meter.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di zon merah Hospital Pulau Pinang.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit," katanya. - Siakapkeli.my
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Oct 17, 2016 6:48 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tahukah Anda Simbol Amaran "E" Bukan Bermaksud Minyak Kereta Habis?
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
Kalau bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kami pasti anda semua tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.
Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:
1) Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.
2) E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud 'Enough'.
3) Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.
4) Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.
Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu, Dato' Ir Hj Mohamad b. Dalib . Pesan beliau, jangan panik jika simbol E menyala, yang penting, anda harus tahu kempat-empat perkara itu.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 17, 2016 6:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
7 Ekor Gajah Mati Terperangkap Dalam Kolam
siakapkeli.my
KOTA KINABALU, 14 Sep: Tujuh ekor gajah liar ditemui mati dipercayai akibat terperangkap di dalam kolam lumpur sedalam kira-kira 2.5 meter - 3.5 meter berhampiran dengan kawasan pembalakan Berkat Saga di Rinukut Tawau.
Gajah-gajah terbabit dipercayai terperangkap dalam kolam terbiar itu lebih dari seminggu sebelum disedari oleh pekerja kem pembalakan dan memaklumkan kepada pegawai Jabatan Hidupan Liar di Tawau pada 10 September lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, tujuh gajah itu adalah sebahagian dari kawanan sembilan gajah.
Beliau berkata, anggota Unit Penyelamat Hidupan Liar yang diarahkan ke lokasi mendapati lima gajah sudah mati dalam kolam lumpur terbabit, manakala empat gajah lagi masih hidup dengan dua daripadanya dalam keadaan amat lemah dan akhirnya tidak dapat diselamatkan.
"Pada 10 September lalu, Pegawai Hidupan Liar di Tawau melaporkan ada maklumat diterima daripada orang awam mengenai sembilan gajah tidak dapat keluar daripada kolam lumpur berdekatan kem pembalakan Berkat Saga.
"Malangnya, apabila pasukan kami tiba di kawasan itu, lima daripada sembilan gajah yang terperangkap sudah mati kemungkinan akibat terperangkap sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh dijumpai.
"Mereka turut menemui dua gajah yang masih kuat dan menyelamatkannya dengan bantuan jentera berat dari kem pembalakan berhampiran. Dua lagi gajah yang terperangkap ditemui dalam keadaan lemah dan akhirnya tidak dapat diselamatkan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Katanya, berdasarkan siasatan dan laporan bedah siasat, tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam insiden itu.
Beliau berkata, gajah terbabit dipercayai masuk ke kolam lumpur berkenaan untuk mandi dan menyejukkan diri, namun terperangkap kerana dalam dan keadaan lumpur seperti pasir jerlus yang menyukarkannya keluar semula.
Augustine berkata, kolam bekas kuari lama itu sudah ditimbus bagi mengelak gajah liar lain yang ada di sekitar kawasan berkenaan memasukinya.
"Kita juga menasihatkan mana-mana pihak yang menggali kolam supaya menimbus kembali atau memagar kawasan berkenaan selepas tamat kerja bagi mengelak kejadian sama berulang terutama di kawasan yang menjadi laluan gajah," katanya.
Sumber : BH Online
Anak Gajah Bergegas Masuk Sungai Untuk Selamatkan Lelaki 'Lemas'
siakapkeli.my
Siapa kata gajah bukan sejenis haiwan yang bijak?
Kham Lha, seekor anak gajah yang paling muda di Taman Alam Semula Jadi Gajah di utara Thailand, ternyata mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang staf di situ, Darrick.
Buktinya, apabila Darrick membuat simulasi lemas di dalam sungai, Kham Lha dilihat terus bergegas masuk ke dalam sungai untuk menyelamatkan Darrick.
Menerusi video yang berdurasi hampir seminit itu, Darrick yang berada di tengah-tengah sungai berpura-pura lemas ketika Kham Lha dan beberapa ekor gajah lain berada berdekatan di tebing.
Kham Lha kemudian dilihat dengan pantas berlari ke dalam air dan menuju ke arah Darrick hingga ke arah tebing sungai.
Sesampainya di tebing, Darrick mengucapkan terima kasih kepada Kham Lha. Tonton video di bawah:
Kham Lha merupakan salah seekor dari 19 ekor gajah yang diselamatkan oleh santuari itu dari industri pelancongan di 2015.
Pada usia 4 tahun, Kham Lha dipaksa menjalani latihan menyeksakan ditangan penawannya sebelum ini.
Tapi kehidupan Kham Lha sekarang sangat tentang dan gembira di samping gajah-gajah lain bersama Darrick.
Sumber: Metro.co.uk
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Mon Oct 17, 2016 6:50 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bergelut ketika ditarik masuk dalam van
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
SYAIRAH ABD LAJIS
17 Oktober 2016
Sinar Harian
Mohamad Darus menunjukkan laporan polis dibuat berhubung kes van putih melibatkan anaknya, ditemani Pengerusi JKKK Terachi, Maradzi Ismail. Gambar kecil: Lokasi kejadian.
KES membabitkan van putih turut menggemparkan penduduk di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, tahun lalu apabila seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah mendakwa hampir diculik tiga lelaki yang menaiki van berwarna putih.
Kejadian berlaku pada 24 Ogos lalu ketika pelajar berkenaan sedang menunggu bas di hentian bas di Terachi.
Bapa mangsa, Mohamad Darus Isa, 54, berkata, ketika kejadian, anaknya, Nurhidayah Mohamad Darus, 17, sedang menunggu bas untuk ke sekolah menengah di Tanjung Ipoh.
"Ketika bersendirian di hentian bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah, tiba-tiba sebuah van berhenti di hadapannya.
"Salah seorang lelaki turun, bertanya hendak ke mana sebelum mengajak anak saya naik van itu untuk dihantar ke sekolah. Tapi anak saya menolak kerana dia ingat nasihat saya supaya jangan ikut orang tak dikenali.
"Akibat enggan mengikut arahan lelaki itu, seorang lagi lelaki turun dari van dan menarik serta mengugut anak saya dengan satu pisau lipat," katanya.
Menurutnya, anaknya turut dipukul di belakang badan dengan menggunakan objek keras.
"Anak saya cuba melepaskan diri, berlaku pergelutan sehingga cedera di tangan kanan akibat terkena pisau lipat. Nasib baik, anak saya berjaya melepaskan diri setelah dia berjaya menendang kemaluan salah seorang suspek.
"Memang saya sering berpesan dengan anak saya, kalau berada di situasi sebegitu, cara untuk pertahankan diri dengan menendang kemaluan mereka.
Alhamdulillah, anak saya mempraktikkan apa yang saya katakan," katanya yang juga merupakan seorang bekas anggota tentera.
Mohamad Darus berkata, selepas anaknya berjaya melepaskan diri, kesemua lelaki itu melarikan diri dengan menaiki van berkenaan menghala ke pekan Kuala Pilah.
"Saya dapat panggilan telefon dari ibu rakan anak saya yang memaklumkan tentang kejadian itu. Saya memang terkejut, terus ke rumah anak rakan di Kampung Mampas Kecil.
"Sebaik tiba, Nurhidayah menceritakan apa yang berlaku. Bila mendengar ceritanya, saya terus bawa dia ke Balai Polis Terachi untuk membuat laporan," katanya ketika temui di rumahnya kampung Air Hitam Batu 16 ½ Terachi.
Menurutnya, walaupun berlaku kejadian itu, anaknya masih tetap menaiki bas ke sekolah kerana perlu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun itu.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 17, 2016 6:51 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bihun cap Terung Tiada Pengesahan Sijil Halal
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Pihak kami menerima panggilan dan juga pertanyaan dari orang awam berkenaan status halal bagi produk bihun cap Terung. Untuk makluman, produk tersebut tiada pengesahan halal dan syarikat pengeluar adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Layari www.halal.gov.my
Daripada produk yang belum tentu status halalnya, gunalah produk Muslim yang jelas kehalalannya di sini. Ada bihun Sufi, bihun Agromas, bihun Tayba dan bihun 3 Teratai buatan Muslim dll lagi
Isu Status Halal Auntie Anne's
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
[Isu Status Halal Auntie Anne's]
Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang 'certified' Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.
"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"
Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-
1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.
2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne's dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.
3) Nama menu 'Pretzel Dog' haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.
Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.
Ingin saya tegaskan, Auntie Anne's BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)
Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne's, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne's sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)
Ikhlas,
Anak dara Makcik Anne
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 17, 2016 6:51 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Susu Marigold HL Dengan Tarikh Luput 7 & 11 November Ditarik Balik Serta Merta
siakapkeli.my
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Malaysia Milk Sdn Bhd (Malaysia Milk) dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penarikan balik produk susu Marigold HL 200 ml dan satu liter dari pasaran berkuat kuasa serta merta.
Tindakan itu diambil selepas menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya yang lebih pekat dari biasa.
"Walaupun maklum balas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, kami mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL rendah lemak, berperisa strawberi dan Sterol Tumbuhan.
"Bagaimanapun, hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjung dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang ditarik balik serta-merta," katanya.
Menurut kenyataan itu, pasukan unit Kawalan Kualiti dan Pengilangan sudah mengenal pasti punca masalah terbabit dan menyelesaikannya.
Pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatkan memulangkannya kepada Malaysia Milk dan akan digantikan dengan produk baharu.
"Malaysia Milk ingin memohon maaf atas segala kesulitan akibat penarikan balik produk kerana aspek kesihatan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami," katanya.
Sumber: BH Online
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 17, 2016 6:51 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jumpa Haji Man Gua betulkan alignment tulang
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi
Kita dah biasa sangat pergi buat alignment kereta. Biasanya bila kenderaan senget bila sedang memandu di jalan raya lurus, itu tandanya kereta perlukan alignment.
Memang tak selesa kalau ketika memandu asyik kena gengam kuat steering supaya tidak condong ke satu arah, samada ke kanan atau ke kiri. Bukan itu saja kesannya, tayar kereta juga akan makan sebelah kalau kereta dibiarkan macam itu lama.
Tapi mungkin ramai yang tak pernah dengar manusia perlu buat alignment pada kedudukan tulang mereka. Kalau tak buat alignment tulang dan sendi, badan akan senget tak selesa macam kereta juga. Ada kalanya rasa sengal akan berlaku pada mana-mana urat di anggota badan. Itu disebabkan urat tersepit pada tulang yang tak selari dan tidak duduk pada kedudukannya yang betul.
Kalau dibiarkan keadaan kedudukan tulang yang tidak betul, lama kelamaan kesihatan tubuh badan juga boleh terjejas. Urat yang tersepit di sana dan sini di seluruh anggota badan membuatkan perjalanan darah dalam badan tidak lancar. Itu amat merbahaya. Urat tak lancar boleh berikan kesan tidak baik terutamanya pada lelaki. Jika darah tak lancar, akan timbul masalah ketegangan anu yang tidak maksimum. Orang lelaki tak suka dengar masalah ini.
Singgah ke rumah Haji Man Gua
Semua yang saya ceritakan di atas adalah idea yang saya dapat dari Haji Man Gua. Dia merupakan seorang tukang urut atau lebih tepat lagi tukang betulkan kedudukan tulang dan sendi pada seluruh anggota badan.
Tak tahu samada ada sokongan perubatan daripada idea yang diutarakan oleh Haji Man Gua itu wujud atau tidak, tapi semua yang diperkatakannya itu kedengaran amat logik dan boleh diterima. Jika kenderaan akan lari alignment setelah terlalu lama dan banyak digunakan, tubuh badan kita juga begitu. Itu kata Haji Man Gua lagi.
Banyangkan kita hentam pakai kesemua tulang belulang kita saban waktu tak henti-henti. Siang main bola, main badminton, main futsal, pergi Gym dan malam bersenam dan berdayung atas katil. Itu semua aktiviti yang banyak pakai tulang dan sendi. Jika nak terseliuh lari serba sedikit, tentu boleh berlaku dengan mudah. Sekali lagi ada logiknya apa yang diperkatakan oleh Haji Man Gua.
Sebab itu lah baru-baru ini saya ambil kesempatan ketika balik dari Kuantan Pahang untuk singgah di rumah Haji Man Gua. Memang dah lama ada niat untuk pergi jumpa Haji Man Gua buat alignment tulang, sejak lengan dan sendi tangan kanan rasa sengal bila buat pergerakan kuat.
Tubuh dah dimamah usia
Rasa tak selesa bila mendagu kat taman permainan. Entah apa yang tak kena tak dapat dipastikan. Bila duduk bersembang dengan kawan-kawan yang lebih berusia, kadang-kadang terlajak urut dan picit bahagian sendi bahu yang mula rasa tak selesa bila bersembang lama.
" Haaa.. !, dah nampak tanda tu... ! " usik kawan-kawan.
" Tanda apa ? ", saya tanya untuk dapatkan kepastian.
" Tanda dah tua... ! ", jawab Mee Pak Lah sambil tersenyum.
Kawan lain turut sama tersenyum. Mereka lebih tua dari saya dalam 5 ke 7 tahun. Mungkin pengalaman mereka yang dah lalui peringkat umur lewat 40-an macam saya sedang berbicara. Mereka juga dah lalui kesan penggunaan anggota badan yang sudah terlalu lama itu. Lenguh sana dan lenguh sini akan bertambah ketika tubuh badan dimamah usia.
Turun Karak ke Durian Tipus
Saya dan seorang lagi kawan bertolak dari Kuantan dalam lingkungan pukul 11.30 pagi. Nasib baik hari panas elok hari khamis baru-baru ini, boleh tekan sampai had limit berserta bonus atas Lebuhraya. Kalau sampai awal kat kawasan Karak, saya nak singgah masuk ke Durian Tipus dari Pekan Karak.
Kebetulan kawan juga adalah sedikit masalah sengal pinggang. Dia setuju saja untuk ikut saya singgah bertemu Haji Man Gua di Rumahnya dengan Kampung Jerang. Oleh sebab hari khamis saya biasa puasa sunat, maka tak perlu singgah makan dan dapat jimatkan masa. Kawan saya yang tak puasa hari itu, curi-curi makan dengan pantas dengan menambil buah-buahan saya. Pagi sebelum bertolak tadi dia dah belasah sarapan, tambahan buah ketika singgah solat zohor di RnR dan mencukupi untuknya.
Sampai di Karak, jam masih awal lagi. Saya terus turun ke Pekan Karak untuk masuk ke simpang menuju ke Kuala Pilah. Untuk pergi ke rumah Haji Man Gua itulah jalannya yang paling mudah terutamanya untuk mereka yang belum pernah ke sana. Nama tempat Durian Tipus juga memang orang tak berapa kenal, kalau bukan orang yang berasal dari Jelebu.
Masuk Ke Kampung Jerang
Walaupun jalan raya berkeadaan seperti ular kena palu, kenderaan yang tak berapa ada membolehkan kami pecut agak pantas menuju ke Durian Tipus. Perlu sampai awal sikit sebab takut-takut kalau ada ramai orang dan Haji Man Gua dah tak mahu urut kami lagi.
Saya tak berapa pasti samada orang ramai berkunjung ke rumahnya hari itu atau tidak. Tapi biasanya hari biasa, orang tak ramai, hanya hari cuti sabtu ahad saja yang beratur ramai menunggu giliran masing-masing.
Jalannya mudah saja kalau dah masuk simpang sebelah kanan dari jalan Pekan Karak tu. Terus sahaja sehinggalah masuk sempadan Pahang dan Negeri Sembilan, kemudian perhatikan papan tanda Durian Tipus di tepi jalan. Pergi ke depan lagi dan tengok pula papan tanda simpang masuk ke Kampung Mentuas dan Kampung Jerang.
Bila dah masuk ke simpang itu terus saja. Mula-mula akan bertemu Kampung Mentuas. Kat situ ada satu bengkel buat senjata yang agak terkenal. Tapi agak masuk ke dalam dari jalan kampung utama. Tak payah singgah lagi kalau nak ke rumah Haji Man Gua. Terus ke hadapan sampai masuk Kampung Jerang pula.
Bila dah masuk ke dalam Kampung Jerang, tengok satu simpang betul-betul tepi Masjid Kampung Jerang tersebut. Ambil simpang kiri itu dan terus ke depan sampai jumpa rumah Haji Man Gua. Tanda rumahnya adalah sepasang tanduk kerbau yang besar tergantung kemas pada dinding rumah setingkatnya. Kalau tak pasti, cara mudah adalah tanya orang kampung, selesai masalah.
Buat alignment tulang dengan Haji Man Gua
Kami sampai dalam lingkungan pukul 3 lebih. Rumah nampak sunyi macam tidak ada orang yang berkunjung untuk dapatkan rawatan. Saya pergi ke pintu rumah depan dan berikan salam. Tak ada orang jawab. Memang sah tak ada orang hari khamis tu. Tapi kedengaran sayup-sayup bunyi radio kat dapur.
Mungkin ada orang kat dapur, lalu saya ke sana dan berikan salam dengan kuat. " Waalikomsalam ! " kedengaran jawapan dari dapur. Suara keluar dari mulut seorang wanita. Mungkin isteri Haji Man Gua, detik hati saya. Tiba-tiba Haji Man Gua terpancul pada tingkap dapur.
" Lu mau cari siapa ? ", tanya Haji Man Gua.
Dia memang menggunakan ganti nama Lu dan Gua. Sebab itu terus lekat namanya Haji Man Gua.
" Nak cari Haji Man ! " jawab saya pantas.
Mungkin sebab dah lama sangat tak ziarah, dia dah lupa muka dan nama saya. Tak kisah samada dia kenal atau tidak, asalkan dia ada dan boleh betulkan sikit tulang lengan dan keseluruhan tulang badan saya hari itu dah cukup baik.
" Haa !, lu cari Gua !, masuk dari depan sana... ", jawab Haji Man Gua lalu bangun. Dia kelihatan tidak berbaju. Mungkin sedang berehat dengan isterinya kat dapur tu.
Saya dan kawan terus ke pintu hadapan dan masuk ke dalam rumahnya. Terus saja ke bilik khas di mana Haji Man Gua biasanya merawat pesakit yang berkunjung. Bila dah berbual dan bertanyakan khabar, dia mula ingat semula muka saya, terutamanya bila saya sebut kawan baiknya semasa muda dulu kat kampung yang juga kawan saya.
" Lu apa masalah sekarang, ma buat apa ? " tanya Haji Man gua ketika saya nak duduk atas tilam rawatannya. Saya beritahu sakit bahu sebelah kanan, sengal urat bila angkat barang.
Dia suruh duduk depan dan mula pegang lengan dan bahu saya. Dipusing-pusing, pulas, tarik dan begitulah seterusnya sehingga habis keseluruhan badan saya dikerjakannya. Lega bukan kepalang dan rasa ringan badan bila semuanya dah selesai.
Kawan saya yang baru pertama kali mencuba pula dan dia yang sebelum ini tak pernah mudah untuk rapatkan jari tangan pada ibu jari kaki ketika duduk itu terkejut dan kagum sebab hari itu dengan mudah dan bersahaja, dia boleh lakukannya setelah di kerjakan seluruh tulang badannya oleh Haji Man Gua.
Selesai semua urusan, saya dan kawan minta berundur diri sambil bersalam ada isi..... kami baik semula ke KL ikut jalan Titi dan keluar di Ampang.
Begitulah kisah Haji Man Gua, pakar buat alignment tulang... berminat ke ?
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment