Tuesday, October 4, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4599

10 Messages

Digest #4599

Messages

Mon Oct 3, 2016 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MASALAH TEKNIKAL ATAU KERAJAAN TIADA DUIT?
bloglist-malaysia.blogspot.
malaysiansmustknowthetruth.blogspot
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah

Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini sudah bertebaran di media sosial sejak semalam lagi. Ia kemudian didapati bersepahan lagi dalam pelbagai grup Whatsapp.

Sementara kita bersimpati dengan nasib pelajar yang terbabit yang berada jauh dengan keluarga, sekiranya surat ini benar dan asli, apakah ini satu lagi tanda kerajaan kita sedang nazak dari segi kewangannya?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 4:23 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Sejak bila bahasa rasmi gomen Bahasa Inggeris penjajah tu ha ??


On Monday, October 3, 2016 10:31 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

MASALAH TEKNIKAL ATAU KERAJAAN TIADA DUIT?
bloglist-malaysia.blogspot.malaysiansmustknowthetruth.blogspotPosted by Mohd. Kamal bin Abdullah  Surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi ini sudah bertebaran di media sosial sejak semalam lagi. Ia kemudian didapati bersepahan lagi dalam pelbagai grup Whatsapp.
Sementara kita bersimpati dengan nasib pelajar yang terbabit yang berada jauh dengan keluarga, sekiranya surat ini benar dan asli, apakah ini satu lagi tanda kerajaan kita sedang nazak dari segi kewangannya?– http://shahbudindotcom.blogspot.my/  http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/ "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv7173601121 #yiv7173601121 -- #yiv7173601121ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp #yiv7173601121hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp #yiv7173601121ads {margin-bottom:10px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp .yiv7173601121ad {padding:0 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp .yiv7173601121ad p {margin:0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mkp .yiv7173601121ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ygrp-lc #yiv7173601121hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ygrp-lc .yiv7173601121ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity span {font-weight:700;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity span span {color:#ff7900;}#yiv7173601121 #yiv7173601121activity span .yiv7173601121underline {text-decoration:underline;}#yiv7173601121 .yiv7173601121attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv7173601121 .yiv7173601121attach div a {text-decoration:none;}#yiv7173601121 .yiv7173601121attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv7173601121 .yiv7173601121attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv7173601121 .yiv7173601121attach label a {text-decoration:none;}#yiv7173601121 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv7173601121 .yiv7173601121bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv7173601121 .yiv7173601121bold a {text-decoration:none;}#yiv7173601121 dd.yiv7173601121last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7173601121 dd.yiv7173601121last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7173601121 dd.yiv7173601121last p span.yiv7173601121yshortcuts {margin-right:0;}#yiv7173601121 div.yiv7173601121attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv7173601121 div.yiv7173601121attach-table {width:400px;}#yiv7173601121 div.yiv7173601121file-title a, #yiv7173601121 div.yiv7173601121file-title a:active, #yiv7173601121 div.yiv7173601121file-title a:hover, #yiv7173601121 div.yiv7173601121file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7173601121 div.yiv7173601121photo-title a, #yiv7173601121 div.yiv7173601121photo-title a:active, #yiv7173601121 div.yiv7173601121photo-title a:hover, #yiv7173601121 div.yiv7173601121photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7173601121 div#yiv7173601121ygrp-mlmsg #yiv7173601121ygrp-msg p a span.yiv7173601121yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv7173601121 .yiv7173601121green {color:#628c2a;}#yiv7173601121 .yiv7173601121MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv7173601121 o {font-size:0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121photos div {float:left;width:72px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121photos div div {border:1px solid #666666;min-height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121reco-category {font-size:77%;}#yiv7173601121 #yiv7173601121reco-desc {font-size:77%;}#yiv7173601121 .yiv7173601121replbq {margin:4px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg select, #yiv7173601121 input, #yiv7173601121 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg pre, #yiv7173601121 code {font:115% monospace;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-mlmsg #yiv7173601121logo {padding-bottom:10px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-msg p#yiv7173601121attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-reco #yiv7173601121reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-sponsor #yiv7173601121ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv7173601121 #yiv7173601121ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv7173601121

Mon Oct 3, 2016 7:31 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



9 warga Australia ditahan kerana hina Jalur Gemilang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

"Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

"Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.

- Bernama

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sampai macam tu depa punya provoke hangpa tak rasa apa-apa?
bloglist-malaysia.blogspot.
cenangau.blogspot

Taktau la pulak kalau ada 'otai' demo yang pernah turun Demonstrasi Bersih 1 dan 2 langsung tak rasa apa-apa bila tengo video tu.

Malaysiaini dalam berita bertajuk "Penyokong BERSIH, Baju Merah bertempur di Teluk Intan" melaporkan:

Kumpulan Baju Merah dan penyokong BERSIH bertempur buat kali pertama di Teluk Intan hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Datuk Md Yunos cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal. - Mkini.
Juga dilaporkan:

Anggota Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis, yang berada di sana berkata mereka cuba berunding dengan Jamal kerana hanya mahu menuju ke Menara Condong untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jamal enggan berganjak dan tiba-tiba cuba merentap kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta Bersih.

"Dia menumbuk lelaki yang berada di tengah-tengah dan kemudian berlaku tolak menolak," katanya.

Beberapa peserta cedera semasa pergelutan itu tetapi tiada siapa mengalami sebarang kecederaan serius. - Ibid.
Aku taktau la kalau ada kaki demo yang tak rasa apa-apa bila tengok video macam at bawah ni.

Sungguh, aku yang sebelum ni rasa macam tak berapa nak berminat nak turun demo Bersih 5 tu tapi bila tengo ke video ni dia mai rasa semacam bila nampak depa provoke sampai macam tu.

Kenangan dan pengalaman masa Bersih 1, 2 dan 3 terutama sekali masa Bersih 2 dah mula meracun fikiran aku.

Aku rasa aku patut mulakan balik aktiviti menghasut untuk demonstrasi Bersih 5 ni. Meracun fikiran terutama sekali otai demo Bersih 1, 2 dan 3.

Taktau la pulak kalau ada 'otai' demo yang pernah turun Demonstrasi Bersih 1 dan 2 langsung tak rasa apa-apa bila tengo video tu.

Apa pun, aku nak ucap terima kasih kepada geng "Jamal Pak Tongkol" yang mengembalikan balik semangat aku nak turun demo Ber5√h bulan depan

Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis

Kenali Menteri yang Pemalu....
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot.

Siapa provokator yg tutup muka tu?

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi muatnaik 4 gambar dan menulis :

Konvoi Bersih 5 sektor Perlis tamat jam 1 petang di C Mart Arau. Konvoi disambut oleh provokator geng (remaja tak sekolah) berbaju merah.

Terima kasih kepada pasukan keselamatan yg memberi kerjasama padu melicinkan pergerakan konvoi.

Apasal tutup muka beb? Tak BESERI la...! [edit: ada sorang provokator pakai serban gitu...]

Tetiba... Ust Ridzwan Abu Bakar pula menyampuk melaui status lain ....

Shahidan ni baru balik ikut PM Najib ke German baru-baru ni... Nak ngabokan itu jer.... tapi malu.... tu yang tutup muka!

Senaman Tonggeng 2.0 Di Hadapan Rumah Maria Chin - Amaran Ali Tinju Kepada BERSIH 5.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Berlumba-lumba buat 'action' sebab tengah cari peluang jana habuan express ke tu?
Biasalah. Di mana pembangkang berdemo, disitulah ada peluang buat duit, ye tak?

KAHKAHKAHKAHKAH!

Siang tadi BERSIH 5 buat sidang media. Umum tarikh himpunan seterusnya. Ia akan diadakan pada 19 November. Sebelum itu Jamal cabar Maria Chin umum tarikh BERSIH 5. Ini kerana gerakan MERAH akan bawa 300 ratus ribu bala tentera bagi mengcounter perhimpunan BERSIH 5. 300K ialah lambang penyokong Najib manakala himpunan BERSIH 5 adalah anti Najib. Jamal beri gambaran perhimpunan MERAH akan diadakan pada hari, masa dan lokasi yang sama. Dan cabaran Jamal itu agak sensasi juga kerana dia turut mengatakan Maria Chin sebagai "anjing pembangkang".

Dan siang tadi juga, Ali Tinju memberitahu bahawanya dia akan tampil dengan persembahan terbaru apabila diminta mengulas tentang perhimpunan BERSIH 5. Mungkin kerana mahu menyaingi Jamal Yunos. Umum tahu sebelum ini Ali dan Jamal bergaduh tentang habuan berkaitan dengan perhimpunan pro kerajaan yang pernah dianjurkan oleh mereka sebelum itu. Dan agaknya bila si Ali tengok Jamal femes sangat di kalangan pembangkang kerana seringkali buat tindakan-tindakan bahlol, maka Ali pun perlu buat comeback. Mana la tau kalau dah kontroversi boleh la buat proposal sebagai platform dapatkan habuan.

Kahkahkah!

Ahh syall la. Gelak pasal hape. Kalau habuan diluluskan bukannya guna duit UMNO BN. Duit rakyat juga jadi mangsaaaaaa. Btw, Ali Tinju kata dia akan bawa 50,000 turun untuk counter BERSIH 5. Jamal bawa 300k. Ali bawa 50k. Total 350k. Seriyus ke mangkok hayun berdua tu? 10k pun aku rasa susah nak dapat kot. Bangang!

Laporan Malaysiakini ;

Ingat lagi "senaman punggung" – dengan aksi membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun lalu? Gimik itu ternyata membuatkan penganjurnya Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju menjadi terkenal sebagai pengkritik lantang perhimpunan BERSIH. Kali ini, setelah empat tahun, daripada BERSIH 3 kepada BERSIH 5, Ali akan kembali dengan acara sama bagi membantah penganjuran himpunan itu.

Mereka akan menjadikan rumah Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebagai sasaran. "Maria Chin akan dapat satu tentangan hebat daripada Gerakan Merah dan kami tidak teragak-agak untuk membuat 'senamam tonggeng' siri kedua di hadapan rumah beliau. "Itu pesan Ali Tinju kepada Maria Chin agar berhati-hati, bagaimana Datuk Ambiga mendapat senaman tarian kita juga akan ke rumah beliau (Maria) dalam masa terdekat ini," kata Ali kepada Malaysiakini.

Ali diminta mengulas pengumuman Maria bahawa BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November depan, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ali juga berkata beliau akan menggerakkan 50,000 penyokongnya untuk hadir membantah himpunan itu pada tarikh sama. Malah, Ali berkata kehadiran mereka bukan sekadar memprotes tindakan Maria tetapi akan bertindak menasihati Maria agar menghormati undang-undang negara.

"Jika mereka tak berpuas hati tunggu PRU (pilihan raya umum) tahun depanlah. Kenapa tak sabar nak buat kerja bodoh dan menyusahkan rakyat sebegini," kata Ali Tinju. Kumpulan penentang himpunan BERSIH sudah beberapa kali menganjurkan perhimpunan balas tetapi angka pesertanya jauh lebih rendah.

Himpunan BERSIH 5 pada 19 November

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Tarikh perhimpunan besar BERSIH 5 ditetapkan pada Sabtu, 19 November depan.

Ditanya mengenai 'mood' mesyuarat itu, Maria enggan mengulas. Difahamkan terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan anggota BERSIH berhubung kerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pergerakan 'Selamatkan Malaysia' yang diterajuinya.

Mahathir yang mendesak penyingkiran Perdana Datuk Seri Najib Razak, telah dipersalahkan oleh beberapa aktivis NGO sebagai sumber banyak masalah yang dihadapi oleh negara hari ini.

Maria pada minggu lepas berkata perhimpunan itu dalam perancangan ekoran tindakan undang-undang sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk merampas aset berjumlah AS$1 bilion yang dibeli dengan dana yang didakwa "dicuri" dari 1MDB.

Ketua Polis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata perhimpunan itu tidak boleh diadakan jika tujuannya adalah untuk menjatuhkan Najib, yang didakwa oleh pengkritik dikaitkan dalam saman DOJ itu

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Graduan Maut Dalam Perjalanan ke Majlis Konvokesyen
siakapkeli.my

Foto : NST

SABAK BERNAM: Seorang graduan dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) tidak sempat menerima diplomanya apabila maut ketika dalam perjalanan ke Majlis Konvokesyen ke-11 sesi kedua di politeknik itu pagi tadi.

Menurut Harian Metro, kereta yang dipandu oleh mangsa terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Simpang Tebuk Sultan - Jln Alang, Sungai Air Tawar.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tiu, mangsa, Nurul Azmina Alias, 21, dipercayai dalam perjalanan menuju ke PSIS bagi menghadiri majlis konvokesyennya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayatnya dikeluarkan orang awam yang menyedari kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan iaitu kereta jenis Proton Perdana V6. Siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta berkenaan dari arah Sungai Air Tawar menghala ke PSIS.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika sampai di tempat kejadian menyebabkan kenderaannya melanggar papan tanda jalan dan tembok konkrit berdekatan sebelum terjunam ke dalam parit yang mempunyai air setinggi kira-kira 2 meter.

"Orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa mengesahkan tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu," katanya.

Nor Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Sumber : Harian Metro

Polis Cari Pemandu Kereta Langgar Motosikal
siakapkeli.my

GEORGETOWN, 2 Okt: Polis sedang mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dua maut di Lebuhraya Lim Chong Eu awal pagi tadi.

Menurut Ketua Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid, siasatan awal mendapati kereta itu dipandu oleh seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Bayan Lepas.

"Kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kami sedang mencari pemandu kereta terbabit," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Mangsa, Mohamad Faris Md Nasir dan Yusman Arief Jamaluddin masing-masing berusia 19 dan 21 tahun.

Mayat telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sumber : BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TNB Beri Penjelasan Isu Bil Belum Diterima Pengguna Dan Isu Bayaran Purata Bulanan
siakapkeli.my

Sebelum ini menjadi viral di laman sosial kononnya pihak TNB telah mengenakan bayaran lebih mahal dan bil lewat diterima.

Rupa-rupanya ianya sebenarnya melibatkan 8.5 juta pelanggan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia akibat pengenalan sistem pengebilan baharu bermula 21 Julai 2016 menerusi inisiatif baharu iaitu myTNB Portal.

Berikutan peralihan kepada perkhidmatan baharu ini, telah berlaku isu bil bulanan kepada sebahagian pelanggannya, sesetengah pelanggan belum menerima bil elektrik mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016.

Sebahagian pelanggan lain pula mungkin telah menerima bil anggaran yang dikira berdasarkan purata penggunaan tenaga elektrik pelanggan sepanjang enam bulan yang lalu

Oleh itu pihak TNB memberi jaminan, pelanggan yang menerima bil anggaran dan tidak menerima lansung bil bulanan bagi bulan Julai dan Ogos 2016, bekalan elektrik mereka tidak akan dipotong jika lewat membuat pembayaran dalam tempoh peralihan ini.

Dengan pengenalan sistem baru ini, nombor akaun lama pelanggan akan ditukar dengan nombor akaun baru secara automatik kepada 12 digit dari 14 digit sebelum ini, namun pembayaran bil masih boleh dibuat menggunakan nombor akaun lama,

Selain itu, jumlah pembayaran yang dibuat menggunakan mana-mana nombor akaun akan tertera dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sistem baharu ini iaitu berkaitan nombor akaun baru, bil anggaran, jaminan tiada pemotongan jika bayaran lewat dan soalan lazim lain, sila layari www.tnb.com.my/mytnb-bil/ atau TNB Careline 1300885454. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Juanda marah, terguris dikecewakan

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com
Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya melahirkan rasa marah dan kecewa kerana penangguhan jambatan Daerah Matu sehingga tahun 2018.

"Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya," katanya menerusi laman sosial Facebook.

Menurutnya seperti dipetik Sinar Harian, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang selama ini penyokong setia BN.

"Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.

"Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga adalah rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.

"Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar.

"Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi. Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya," katanya.

Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian.

"Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti.

"Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu. Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada," katanya.

GAMBAR PELIK DI POKOK SENA
bloglist-malaysia.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Ini kejadian apa?

SUMBER: FACEBOOK

Mahfuz Omar menerima borang kemasukan ahli ke dalam PPBM.

Bior betui.

Mahfuz jadi posman PPBM.

Gambar ori.

SUMBER: FACEBOOK

Kenapa "pengkhianat" ini tidak dibuang dari PAS? Takut ke?

WAKAKA!

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Cucu Kata Nampak 'Kucing' Besar
siakapkeli.my

Foto @RazaSyazani

JERANTUT, 3 Okt - Penduduk di Felda Gelanggi 3 gempar apabila seekor harimau yang dipercayai jenis harimau akar berkeliaran di kawasan rumah penduduk Blok L di sini pagi tadi.

Harimau itu pada mulanya dilihat oleh seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pada ketika itu secara kebetulan sedang makan rambutan di hadapan rumah.

Kanak-kanak tersebut, Muhammad Afiq Irfan Mohd Khaidri berkata dia terkejut dengan apa yang dilihatnya kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya.

"Masa itu saya pusing nak masuk rumah, lepas itu saya nampaklah. Saya bagitau ayah saya. Ayah kata itu harimau. Ayah suruh masuk dalam. Kemudian saya beritahu Aki (datuk)," katanya.

Menurut Datuk adik Afiq, Ramli Othman, 60, kejadian dianggarkan berlaku sekitar 7.30 pagi.

"Cucu beritahu ada kucing besar. Saya pun keluarlah tengok. Sekali saya nampak duduk dekat depan rumah jiran. Hendak makan ayam agaknya.

"Ini pertama kali saya tengok harimau itu. Saya diberitahu ia sejenis harimau bintang atau harimau akar. Saya yang terkejut masa itu terus menghubungi rakan dan pihak berkuasa," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, disebabkan keadaan yang sesak dengan orang ramai, seorang peniaga air, Abdul Jalil Setapa, 40, bertindak membuka gerai air di hadapan rumahnya.

Abdul Jalil berkata, dia ketika kejadian sedang bersiap-siap hendak berniaga di bandar namun hasratnya terbantut kerana lori perniagaannya dihalang oleh kenderaan orang ramai yang datang untuk melihat harimau terbabit.

"Saya pun teruslah buka gerai saya di sini dan Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki saya hari ini kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Kota Gelanggi 3, Mohd Saifulrizam Bahari, 29, pula berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu.

"Kalau hendak diikutkan jarak antara rumah penduduk dengan hutan agak jauh juga lebih kurang sekitar 10 kilometer. Tidak tahu bagaimana ia boleh datang ke sini.

"Saya ada dengar ada orang kata ada 'aktiviti' dalam hutan terbabit namun saya tidak pasti. Mungkin sebab itu ia datang ke kawasan ini. Namun mungkin juga ia sedang memburu makanannya sehingga tersesat ke sini," katanya.

Sumber : Sinar Online, Twitter

Lima Ekor Kambing 'Naik' MyVi
siakapkeli.my

BATU GAJAH – Cubaan sekumpulan tujuh lelaki mencuri lima ekor kambing dengan menyumbat haiwan itu ke dalam sebuah kereta Perodua Myvi gagal selepas mereka diberkas polis di Batu 3, Jalan Tanjung Tualang di sini dalam kejadian kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pemilik kandang kambing terbabit dimaklumkan rakannya terdapat individu menceroboh kandang berkenaan.

Pemilik kandang yang berusia 25 tahun itu dengan kadar segera pergi ke tempat kejadian bersama seorang rakn dan mendapati dua rakannya sedang bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam cubaan mencuri kambing.

Hasil pemeriksaan yang dibuat oleh mereka menemui lima ekor kambing di tempat duduk belakang kereta terbabit serta bertindak memaklumkan kepada pihak polis berhubung kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, hasil siasatan terhadap suspek membawa kepada penangkapan enam lagi rakannya di sekitar kawasan berhampiran.

Menurutnya, antara jam 7 hingga 7.30 pagi, pihaknya menahan tiga lelaki di sekitar kandang kambing tersebut dan tiga orang di rumah mereka di Gopeng termasuk seorang pelajar tingkatan lima.

"Bagaimanapun, pelajar tingkatan lima terbabit dilepaskan dengan jaminan polis selepas rakaman percakapannya direkodkan," katanya.

Katanya, pihaknya menemui dua motosikal serta kereta Perodua Myvi dipercayai milik suspek di lokasi kejadian.

"Kesemua enam suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber : Sinar Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Semoga Pemain Bola Sepak Malaysia Dapat Contohi Mamat ni

bloglist-malaysia.blogspot.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 3, 2016 7:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat M'sia Gesa Harian Metro, PDRM Mohon Maaf Salah Siar Gambar 'Mizan Gemuk'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang lelaki bukan sahaja terpaksa menanggung malu dan cemuhan orang ramai, malah lebih menyedihkan apabila dia mendakwa pihak keluarga tunangnya telah memutuskan tali pertunangan gara-gara gambarnya disalah guna sebuah akhbar tempatan sebagai 'seorang penjenayah dikehendaki'.

Namun, apa yang lebih mengecewakan apabila pihak akhbar tersebut serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak langsung mengeluarkan sebarang permohonan maaf dan hanya memaklumkan berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedar kepada media pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus seperti dilapor akhbar tersebut semalam memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan polis sejak Khamis lalu.

Abdul Aziz berkata, pihaknya berharap kekeliruan berhubung gambar berkenaan 'selesai' dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.

"Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan spekulasi mengenainya ditamatkan dengan siaran semula gambar sebenar suspek," katanya, dipetik akhbar berkenaan.

Ia mungkin mudah untuk segelintir pihak menganggap insiden tersalah mengedarkan gambar suspek sebagai 'sudah selesai', namun ia kedengaran seperti tidak adil bagi mangsa, Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman yang dilabel sebagai 'suspek utama cuba merempuh anggota polis' dalam laporan Harian Metro, 25 September lalu.

Susulan itu, rata-rata netizen menggesa pihak polis dan syarikat akhbar berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada mangsa dan keluarganya kerana menyifatkan ia adalah satu kesalahan besar dan memalukan.

"Tu je... Kira dah selesai kes kekeliruan Ni? Tak de tulis pun perkataan maaf dalam ni. Sebab dia bukan artis atau YB tak perlu minta maaf secara terbuka? Kata polis Malaysia antara polis terbaik dunia.. Ko rasa?," tulis pengguna Facebook Bj Liee.

"Tak reti minta maaf kalau aku saman malu biar depa beringat sikit buat kerja elok jangan halai balai je," tambah Mat Chor.

Yusrizal Yonos pula berkata: "Selesai? Senangnya kan. Maruah dah tergadai, periuk nasi mangsa dah tamat, Na'uzubillah. Harap ada NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan peguam dapat bantu mangsa agar hak beliau dapat ditegakkan. Newspaper salahkan PDRM, PDRM pula nak salahkan siapa pula lepas ni, wartawan yang ambil gambar?

"Manusia mudah lupa tapi once maruah dah tercalar hingga mangsa kemurungan dan sampai mati kalau dia tak maafkan, merangkak di padang mahsyar pada semua yg terlibat..."

"Aikkk... senangya selesai. Kesan dari kesilapan pihak yang tak bertanggungjawab macam mana? Mungkin ada pihak akan terus pandang serong pada mangsa fitnah polis/Metro nie. Kesian bro tue...," tulis Mohd Firdaus Shuhaimi.

Dalam satu laporan polis yang dibuat, Ku Aminnuddin mengakui hampir dibuang kerja, mengalami trauma teruk akibat insiden tersebut serta mempertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Jadi, sebagai sebuah syarikat akhbar ternama di negara ini dan badan uniform yang berprinsipkan kepada keadilan, Harian Metro dan pihak PDRM perlu melakukan sesuatu, bukan hanya dengan menganggap kesalahan tersebut 'sudah selesai'.

- mD

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, September 29, 2016 10:47 PM
Subject: Fw: APA DOSA BRADER NI DENGAN HM?

APA DOSA BRADER NI DENGAN HARIAN METRO?
bloglist-malaysia.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comments:

Anonymous said...
Ater bingung benor tunang nye xkaji dlu atau check btl2 ke sbl putuskan tunang...elok pun pun putus mungkin tunang nya xbrp cerdas otak.hahahaha

Anonymous said...
suka kita bila terjadi begini... salahkan tunangnya plak..walhal HM yg mnyebarkan berita palsu.... nilah bala fitnah

nizam said...
Saman aje surat khabar yang menyiarkan maklumat palsu. Maruah kena dipertahankan.

Wajah sebenar Mizan Gemuk diburu
hmetro.com

Fardy Bungga
fardy@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Polis daerah ini mendedahkan wajah sebenar suspek yang diburu polis dikenali sebagai Mizan Gemuk kepada media, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, berlaku kesilapan teknikal menyebabkan kekeliruan gambar lelaki yang diedar kepada media Sabtu lalu.

"Gambar terbaru yang dikeluarkan ini adalah wajah sebenar suspek atau Mizan Gemuk yang menjadi buruan sejak Khamis lalu untuk siaran media," katanya, semalam.

Menurut beliau, Mizan Gemuk diburu kerana terbabit dalam kes samun di Kuang.

Beliau berkata, pihaknya berharap kekeliruan berhubung gambar berkenaan selesai dengan tersiarnya gambar sebenar suspek yang diburu.

"Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan spekulasi mengenainya ditamatkan dengan siaran semula gambar sebenar suspek," katanya.

Mengulas mengenai Mizan Gemuk yang masih diburu, pihaknya yakin suspek dapat ditahan dalam masa terdekat.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: