Thursday, October 13, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4606

15 Messages

Digest #4606
2
3
Fw: Aik, Dengan Kad Manila Pun Nak Takut? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12
Fw: NOH OMAR MUNGKIN BOLEH BANTU POLIS by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
15

Messages

Thu Oct 13, 2016 6:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas Mukhriz.. Mokhzani Pulak Kena Cantas..
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Anak bekas perdana menteri Datuk Mokhzani Mahathir melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC), lapor media hari ini.

Menurut New Straits Times tindakan itu dibuat selepas beliau diminta meletak jawatan yang disandangnya sejak 13 tahun lalu.

Peletakan jawatan Mokhzani dilaporkan berkuat kuasa 10 Oktober lalu dan penggantinya belum dinamakan setakat ini.

Di bawah kepimpinan Mokhzani sejak 2003, SIC dilaporkan mencapai kejayaan membanggakan sejak ia dibina di Sepang pada 1998.

Tanpa sebarang penjelasan lanjut peletakan jawatan Mokhzani, 53, dilihat ada kaitan dengan kedudukan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi antara penentang kuat kerajaan.

Pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun Dr Mahathir meninggalkan Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan bersama dengan beberapa pemimpin lain menggerakkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi penaja BERSATU manakala bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak sebagai presiden penaja.

Isu skandal syarikat pelaburan milik kerajaan 1MDB menjadi antara punca mereka bertindak menjadi penentang kepada Najib.

Semalam Malaysiakini melaporkan Dr Mahathir mendakwa Najib kini terdesak untuk melemahkan semangat beliau melalui pelbagai tindakan termasuk melibatkan orang di sekelilignya.

Selain kemudahan polis pengiring bermotosikal yang ditamatkan tukang masak Dr Mahathir juga didakwa cuba ditukarkan serta dihalang bercakap dengan pegawai syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton).

Turut didakwa Dr Mahathir, peniaga yang mengenalinya juga disekat daripada mengadakan urusan perniagaan dengan Proton.

Kenyataan itu dimuat Dr Mahathir dalam blognya.

Sepanjang tempoh SIC di bawah Mokhzani litar itu dinamakan sebagai penganjur terbaik acara lumba kereta Formula 1 sebanyak dua kali lapor Malaysiakini

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:33 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MAKCIK NI DIALU-ALUKAN DATANG KE MALAYSIA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Wanita Berjubah Hitam Keliling Kampung Setiap Jumaat Untuk Rotan Lelaki Yang Tak Solat Jumaat
siakapkeli.my

Puwakarta (Jawa Barat): Setiap hari Jumaat, satu kelibat wanita berjubah hitam memegang rotan akan dapat dilihat di kampung Empangsari di Desa Plered di sini.

Tujuannya hanya satu, iaitu untuk menggesa lelaki-lelaki yang masih lagi leka di warung kopi atau di tepi jalan supaya bergegas untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.

Apa yang lebih mengagumkan, rutin yang dilaksanakan oleh Siti Hindun, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mak Gober, pada setiap Jumaat itu sudah pun dilakukan sejak hampir 10 tahun lalu bagi memastikan tiada lelaki dewasa yang memonteng solat Jumaat.

"Apa yang penting kaum lelaki wajib solat Jumaat dan tiada yang berkeliaran di jalan raya," kata Mak Gober yang berusia 64 tahun.

Menurutnya lagi, aktiviti yang dijalankan bersama beberapa rakan itu dilakukan sejak 2007 itu meliputi ceruk kampung termasuk kedai, restoran dan lorong kecil bagi mencari individu-individu yang memonteng solat Jumaat.

"Saya akan pastikan tidak ada lelaki yang berkeliaran semasa solat Jumaat di desa Plered. Kalau ada.. hmmm, siap sedialah terima pukulan dari saya", katanya sebagaimana lapor Radar Karawang pada Selasa.

"Kalau ada yang saya jumpa berkeliaran ketika waktu solat Jumaat saya akan pukul mereka.

"Saya bukannya pukul dengan kuat tetapi hanya mahu membuatkan mereka malu dan sedar kewajipan sebagai orang Islam," jelasnya.

Siti Hindun memberitahu, dia mengambil tindakan itu selepas ramai orang kampung mengadu sikap sebilangan lelaki yang tidak pergi ke masjid untuk solat Jumaat.

Sumber : Harian Metro, Dream.co.id

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pro Najib Koyak Poster Mahasiswa UM Yang Bidas #1MDB - Aik, Dengan Kad Manila Pun Nak Takut?

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Pelajar Universiti Malaya (UM) mendesak pemimpin majlis perwakilan pelajar meletak jawatan, kerana menganjurkan program 'cuci otak' mengenai isu 1MDB, semalam.
Presiden Persatuan Untuk Belia Baru (Umany), Ho Chi Yang berkata, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM), Fanitsyara A/P Kam Phon perlu meletak jawatan, kerana bersekongkol dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Umno untuk menganjurkan program "1MDB & Isu Semasa Negara".
"Seperti mana dijangka, program ini memang sesi cuci otak yang berniat memutarbelitkan fakta sebenar 1MDB dan mengelirukan mahasiswa dan mahasiswi.
"Tindakan MPPUM membuktikan mereka bersekongkol dengan Umno. Ini termasuk larangan merekod sebarang video ketika program ini, sehinggalah pengedaran risalah 'Saman DOJ Meragukan'," katanya dalam kenyataan hari ini yang turut mendakwa semua aktiviti dalam kampus dibatalkan bagi memberi laluan kepada program itu.
Ho menuduh HEP UM dan Jasa merampas poster yang dipegang pelajar dalam program itu. (FMT)

Tonton video kat bawah.

Hos cakap ;

1. Tidak beradab?
2. Jangan dibuat lagi dalam mana2 majlis mendatang?
3. Nak mahasiswa yang berani?
4. Nak mahasiswa yang rasional bukan emosional?
4. Selepas ini saudara dan saudari dapat bersama2 dengan dasar kerajaan kita dengan keadaan yang sopan dan beradab?

Kahhhhhh!

Kenapa pula keluarkan sepanduk mempersoalkan #1MDB tak beradab? Kan korang sedang buat sesi penjelasan (cuci otak) tentang 1MDB? Dah kena sangat la dengan tajuknya. Punyala takut puak2 neh sampai koyakkan sepanduk orang. Gentleman la sikit. Orang dah persoalkan depan-depan kau jawabla depan-depan. Bagi la hujah-hujah kau. Ini spesis koyak2 sepanduk orang mesti spesis 'tangkap muat'. Taknak bagi hujah. Kalau bagi hujah pun mesti jenis microfon layak kat tangan dia je. Maknanya orang boleh dengar tetapi tak boleh persoalkan semula.

Lepas tu sibuk canang nak mahasiswa berani. Berani la tu depa dah pegang sepanduk depan2 korang. Siap ada Puad Zakarshi lagi. Tak cukup berani ke tu woi?

Nasihat orang jangan emosi last2 dorang yang emosi bila main sound2 orang guna microfon lepas tu hantar orang suruh koyak sepanduk. Cakap bikin bimbang sembang kencang boleh la. Cuba kau berdepan dengan situasi tu sendiri. Tengok macam mana kau punya emosi. Nasihat orang je lebih. Tapi sendiri tak amalkan. Mabuk betul.

Apa pun harap2 nya mahasiswa yang mendengar cerita tahyul #1MDB tak terhasut dengan propaganda dorang malam tu. Teruskan melawan kerajaan. Kerana apabila anda melawan kerajaan, anda cool dan kacak bergaya.

KAHKAHKAHKAHKAH!

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Insiden Memalukan Polis..
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Insiden Memalukan Polis. Seorang doktor di Hospital Serdang yang disangka perompak oleh sepasukan polis elit dicekup dan direbahkan ke atas lantai, sebelum digari dan disoal siasat untuk beberapa jam, lapor akhbar The Sun.

Insiden Jumaat lalu itu berlaku apabila anggota elit Pasukan Tugas Khas Melawan Jenayah Terancang (Stafoc) tiba dengan berpakaian hitam, lengkap dengan balaclava dan senjata berat selepas menerima laporan sekumpulan perompak berada di ruang makan dekat tempat letak kereta hospital itu.

Insiden Memalukan Polis. Polis Sepang mengesahkan menerima aduan daripada seorang doktor berumur 28 tahun, yang ketika kejadian memakai pakaian doktor, dengan tag pengenalan hospital dan stetoskop di lehernya.

"Pengadu mendakwa dikasari anggota pasukan yang melakukan serbuan dan berkata insiden itu memalukannya," kata ACP Abdul Aziz Ali dipetik The Sun.

Beliau memberi jaminan penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan dan berharap orang ramai tidak membuat spekulasi.

Insiden Memalukan Polis

Doktor itu berkata beliau menyangka kira-kira 12 anggota Stafoc itu merupakan penjenayah, dan beliau seperti kakitangan hospital lain di kawasan itu bertempiaran menyelematkan diri.

The Sun melaporkan pasukan Stafoc tiba di hospital selepas mendapat tahu 7 penjenayah yang terlibat dalam sebuah rompakan di Kajang berada di situ.

Polis berjaya menangkap suspek yang cuba melarikan diri, bagaimanapun menyangka doktor yang ketika itu cuba menyelamatkan dirinya juga seorang penjenayah.

Insiden Memalukan Polis

Seorang doktor kanan dilaporkan merayu anggota Stafoc melepaskan rakannya tetapi tidak diendahkan pasukan itu.

Doktor itu kemudian dibawa ke balai polis untuk soal siasat, dan dibebaskan dengan jaminan pada 3.00 pagi disambut ayahnya yang kebetulan seorang pegawai polis di Bukit Aman. - Free Malaysia Today

Polis Berjaya Tahan Suspek Kes Rompak Bersenjata
siakapkeli.my

Petaling Jaya: Pihak Polis Diraja Malaysia hari ini telah berjaya menahan suspek kes rompak dua wanita di hadapan pos pengawal di perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, 5 Oktober lalu, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 17 tahun telah berjaya ditahan di Bandar Kinrara, Puchong, hari ini.

Dia telah menjadi buruan polis sejak video dia merompak menggunakan parang viral di laman sosial tersebar.

"Hasil risikan dan maklumat yang diterima, polis menahan suspek di rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, Puchong.

"Suspek diserahkan kepada IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut," katanya.

Suspek berusia 17 tahun itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang, kira-kira 10 pagi tadi. - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, October 06, 2016 10:37 PM
Subject: Fw: Lelaki Berparang Rompak Pemandu Wanita

Rakaman Lelaki Berparang Rompak Pemandu Wanita Di Ara Damansara, Suspek Kini Diburu Polis
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Pihak Polis kini sedang giat memburu suspek yang menyerang dan merompak seorang wanita di depan pondok keselamatan sebuah kawasan perumahan di Ara Damansara semalam, lapor The Sun Daily.

Pihak polis kini telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menjadi viral sejak semalam di mana menunjukkan seorang lelaki berparang telah merompak tiga orang wanita di hadapan pondok pengawal keselamatan.

Dalam video yang berdurasi kira-kira 1:15 minit dan 35 saat menunjukkan sebuah kereta Myvi yang dipandu mangsa telah diekori oleh sebuah kereta jenis Honda Civic bewarna putih, mangsa telah membelok berhenti di depan pondok pengawal keselamatan.

Keadaan itu tidak menakutkan suspek, sebalik suspek bertindak keluar kereta dengan membawa parang cuba merompak mangsa disebelah pemandu menyebabkan mangsa cuba melarikan diri dengan keluar kereta dari sebelah pintu penumpang bersama rakannya menyebabkan kereta bergerak sendiri melanggar palang keselamatan dan sebuah kereta dihadapan.

Pengawal keselamatan dikatakan tidak bertindak balas mungkin kerana takut apabila melihat suspek membawa parang dan ditunjukkan ke arahnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

"Kami mempunyai laporan polis berhubung kejadian itu. Kami sedang meneliti CCTV dan telah memulakan gerakan memburu untuk mengesan suspek," katanya kepada theSun.

Difahamkan, kereta yang digunakan suspek untuk merompak telah ditemui oleh pihak polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana merompak. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:34 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebab apa hakim menangguhkan keputusan mahkamah kes Anwar hari ini..!!!
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
SEBAB APA HAKIM MENANGGUHKAN KEPUTUSAN HARI INI. 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA SILA BACA DAN SEBARKAN !!!!

ULASAN SESI PAGI 12 OKTOBER 2016 :-

(A) Dato Seri Anwar Ibrahim jelas menjadi mangsa keputusan politik bukannya keputusan mahkamah berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukakan peguambela

(B) Selama 611 hari Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjara tanpa bukti kukuh dari pendakwaraya dan kredibiliti mereka serta barisan hakim boleh dipertikaikan

(C) Gopal Sri Ram membuktikan adanya konspirasi politik yang dilakukan pemimpin Umno dan berjaya membuktikan bahawa Shafee Abdullah adalah boneka politik mereka

(D) Keupayaan dan kredibiliti bukti-bukti yang dikemukakan pendakwaraya seperti cebisan permaidani yang bercanggah dengan laporan forensik cukup menjadikan keputusan adalah silap dan batal

(E) Tindakan PMO mengeluarkan kenyataan terlalu cepat selepas 15 minit hukuman dijatuhkan membuktikan dalang di sebalik keputusan hakim datangnya dari kepimpinan negara

(F) Tiga hujah utama Gopal Sri Ram gagal dijawab panel hakim dengan hujah kukuh iaitu kredibiliti Saiful, sampel yang tercemar dan bukti penglibatan Shafee dalam menjadi boneka pemimpin politik

#BebasAnwar

CC: YB Rafizi Ramli

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Menjadi Virus, Gara-Gara Percaya Petua Di FB Belimbing Buluh Ubat Kuning, Seluruh Badan Bayi Umur 4 Hari Dinaiki Ruam Merah
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook satu pos yang dimuatnaik kononnya penawar untuk merawat kuning pada bayi baru lahir.

Posting berkenaan menyatakan bahawa belimbing buluh boleh mengurangkan kuning pada bayi berkenaan di mana pos tersebut telah dikongsi 24,000 kali oleh netizen.

Petua ini telah membuatkan ramai ibu bapa yang baru menimang cahaya mata telah teruja untuk mencuba merawat anak mereka yang baru lahir akan kuning cepat berkurang

Tetapi satu kisah yang dikongsikan oleh Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Baru Bangi ternyata perbuatan menggunakan belimbing buluh berkenaan mengundang masalah lain yang lebih teruk apabila anak yang ditempekkan belimbing buluh seperti petua berkenaan mengalami masalah ruam satu badan.

Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh klinik tersebut.

Viral yang menjadi VIRUS

Terkejut beruk Doktor bertugas hari ini bertemu dengan bayi neonatal seawal 4 hari yang dibawa ayah dan ibunya dgn RUAM MERAH penuh dibadan bersama dengan potongan belimbing buluh di celah-celah barut dan diaper....

Sambil menarik nafas & beristighfar panjang....

Lagi terkejut bila ruam tersebut hampir menutupi jaundis (kuning) yang hampir-hampir menyebabkan doktor tidak perasan disebabkan oleh ruam merah yang hampir melitupi seluruh badan si bayi...

Bukan tarik nafas lagi, ni tahan nafas terus menahan rasa nak marah apabila si ibu menunjukkan paparan i-phone 6s petua menghilangkan jaundis bayi yang hampir 2 dekad merawat tapi tak pernah bertemu dengan petua pelik sedemikian.....

gambar petua yang ditunjukkan kepada doktor

Kenapa perlu merumitkan masalah yang mudah...

Penyakit fizikal InsyaALLAH ada preskripsi...

Ubat tidak tahu bertanyalah pada yg ahlinya....

Berikut adalah penerangan yang dilakukan oleh pihak Root of Science yang menyangkal MITOS belimbing buluh boleh mengurangkan kuning bayi

Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi

Kuning ataupun istilah perubatannya 'Jaundice' merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yang mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi. Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

-----------------------------------------

Belimbing Buloh tidak mengurangkan kekuningan pada bayi

Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang tidak terbukti berkesan.

Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi

1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?

2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?

3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa mendapat air yang banyak drpd belimbing tersebut, lalu mengurangkan kuning pada bayi?

4) Etc, etc

Ketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah. Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar daripada saluran darah ke dalam belimbing buluh tersebut.

Para pembaca perlu tahu, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Sebab itu majoriti daripada bayi hanya akan diperhatikan kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja.

Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa. Hanya jika ia mencapai kadar tertentu sahaja baru kita letakkan dibawah lampu biru untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Harap bermanfaat

- Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TIPS UNTUK ANAK-ANAK SUPAYA TAK MENYESAL BILA MAK AYAH DAH TAK ADA
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com

TIPS UNTUK ANAK-ANAK SUPAYA TAK MENYESAL BILA MAK AYAH DAH TAK ADA..

1. Duduk dekat atau jauh dari mak/ayah, luangkan masa sebanyak mungkin dgn depa. Call lah slalu. Skurang2ny tanya khabar depa. Klo yg mak ayah pndai wssp, rajin2 lah pm/ ajak mak ayh berborak kt dlm group.

2. Mak/ayah nak atau bkenan brg2 anda? Bagi! Biaq kita beli lain pun xpa..

Biasanya mak ayah kita klo nak apa2 depa xkn ckp scara direct. Depa akan berkias...

Contoh: hmm.. Selesa no pakai kasut hg ni...

Haa.. Dia berkenan la maknanya tu.

3. Bagilah duit belanja kt mak ayah walaupun rm50 sebulan. Berkat tau rezki yg kita dpt bila kita berkongsi dgn mak ayh.

4. Peluk lah.. Ciumlah pipi mak ayah kita sementara depa masih ada. Bila depa dh xdak satu hari nanti, mesti kita akn rindu nak peluk cium depa.

5. Bahagiakan mak ayah selalu. Buat depa tersenyum dan senang hati. In shaa Allah doa depa utk kita akan sentiasa mengiringi.

6. Selalu2 lah wefie ngan mak ayah kita. Rakamkan setiap detik terindah supaya ada gambar kenangan kita gn depa sebanyak2 nya. Bila depa dah xada, gmbq2 tu lah yg akan jd pengubat rindu.

7. Mak/ayah sakit? Inilah klimaks kasih syg seorang anak terhadap ibu bapa. Ikhtiarlah utk sembuhkan penyakit depa dgn apa cara skalipun slagi berlandaskan Islam. Cari ubt & cara rawatan terbaik. Masa kita kecik dulu, bintat bekas kna gigit nyamuk pun mak ayah kita kalut nk sapu ubat. Takkan kita sanggup nak tgk mak ayah tanggung sakit, kan? Kita xtahu mgkn sakit itu akan jd asbab utk depa tinggalkan kita. Kita psti xakan rs terkilan skiranya hayat mak ayah kita xpanjang sbb kita dah berusaha yg terbaik utk depa.

8. Selalu mintak maaf dan memaafkan mak ayah kita walau apa sekalipun yang depa buat pada kita. Kita kena igt, depa juga manusia biasa. Kerana jasa depa lah kita dpt tgk dunia dan jd manusia berjaya.

Kepada yg masih ada mak ayah, amalkan tips2 yg sy share ni.. In shaa Allah, anda x akan menyesal kemudian hari.. :)

Adakala, masa mak ayah masih ada kita jd alpa.. Shinggalah kita khilangan salah sorg drpd depa. Ms tu, klo ada duit bjuta skalipun kita xkan mampu utk mengundurkan masa.

Copy&paste...

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 6:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelik tapi bebar: PUSAT JUDI SEBELAH PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH JEMPOL (BAHAU)

bloglist-malaysia.blogspot

Malaysian Crime Watch PUSAT JUDI SEBELAH PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH JEMPOL (BAHAU)

 

Premis ini merupakan sebuah pusat judi yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu dibelakang Petronas Bahau, Negeri Sembilan. Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari "tanpa pengetahuan" PDRM IPD Jempol.

Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Daerah Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?

Yang menyedihkan PDRM Jempol langsung tidak ambil peduli tentang kewujudan sebuah premis judi bersebelahan premis Majlis Agama Islam. Ini menunjukkan bahawa PDRM Jempol langsung tidak memikirkan sensitiviti agama dan apakah kerja risikan yang dibuat oleh JSJ Jempol dan D7 IPK Negeri Sembilan?

Adakah tauke premis judi ini yang bernama Sunny iaitu Raja Judi Mesin Negeri Sembilan begitu berani membuka pusat judi di sini kerana ada "tangan ghaib" yang menjaga mereka dari sebarang tindakan undang-undang? Justeru tidak hairanlah premis ini mampu beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah "dijentik" oleh pihak berkuasa khususnya PDRM Jempol.

Baru-baru ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat dengan lantang menegaskan akan menghalau keluar mana-mana Ketua Polis yang gagal mengambil tindakan terhadap pusat judi yang menjalankan operasi di dalam kawasan mereka. MyWatch menggesa Tok Mat mengenakan tindakan tegas terhadap "tangan ghaib" yang melindungi premis perjudian ini. MyWatch akan menganjurkan satu protes secara aman dihadapan SUK Negeri Sembilan dalam masa terdekat jika premis-premis ini masih beroperasi tanpa sebarang tindakan pihak PDRM IPD Jempol.

"Fight Injustice Everywhere"

Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan

Pengerusi MyWatch

Pusat Judi Milik Raja Mesin Judi N9 Bersebelahan Pejabat Majlis Agama Islam N9
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

NGO Pemantau Jenayah, MyWatch mendedahkan secara terperinci lokasi sebuah premis judi yang didakwa terletak sebelah Pejabat milik Majlis Agama Islam Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

MyWatch mendakwa premis judi tersebut yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu di belakang Petronas Bahau, beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari.

"Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?"
Pengerusi MyWatch, Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan dalam kenyataannya melalui laman facebook mendakwa, pusat judi tersebut dimiliki oleh individu bernama Sunny iaitu Raja Mesin Judi Negeri Sembilan.

Sanjeevan turut mempersoalkan adakah Sunny begitu berani membuka premis judi di lokasi terbabit kerana ada 'tangan ghaib' melindunginya daripada tindakan undang-undang.

Anda boleh baca kenyataan penuh Sanjeevan di laman facebook. — MyWatch

"Lu punya sembang, pokok pun boleh tumbang"-- MiloSuam

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Masjid Tozlaguzo Turki: Masjid Dengan Menara Azan Terpisah satu-satunya di Dunia
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot.

Masjid Tozlaguzo yang terletak di negara bahagian Sivas, Anatolia Tengah, kini menjadi perbincangan hangat dunia maya, setelah mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki oleh masjid-masjid lain di dunia.

Mempunyai menara azan berasingan daripada bangunan utama masjid, Masjid Tozlaguzo yang dibina sekitar tahun 1945 kini dinobatkan sebagai salah satu masjid terunik di dunia oleh para netizen.

Menurut penuturan kepala desa setempat mengatakan bahawa menara sengaja dibina terpisah jauh di atas agar penduduk Desa Tozlaguzo dan kawasan sekitarnya boleh mendengar alunan azan solat 5 waktu.

Hal ini kerana pada masa itu belum ada rangkaian listrik yang masuk ke Desa Tozlaguzo walaupun dunia sudah mengenal teknologi pembesar suara.

sumber eramuslim.com

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Raja Thailand Mangkat Selepas 70 Tahun Memerintah
siakapkeli.my

Thailand, 13 Okt - Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat hari.

Baginda disahkan mangkat pada usia 88 tahun selepas ura-ura yang mengatakan baginda berada dalam keadaan tidak stabil dilapor oleh beberapa portal berita antarabangsa dan tempatan.

Pengesahan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej disahkan oleh Biro Keraja Diraja hari ini sebagaimana lapor portal Xinhua.

Baginda dilapor menghembus nafas yang terakhir di Hospital Siriraj

Raja Bhumibol Adulyadej ditabalkan menjadi raja pada tahun 1946 dan memecah rekod pemegang takhta paling lama dalam sejarah Thai iaitu selama 70 tahun.

Raja Bhumibol dilihat bapa penyatuan dan sumber kestabilan kepada negara Thailand yang telah mengharungi berbelas-belas rampasan kuasa sejak baginda ditabalkan ketika di usia 18 tahun. - Siakapkeli.my

Reuters Top News
✔ @Reuters
BREAKING: Thailand's King Bhumibol Adulyadej, world's longest-reigning monarch, has died - palace statement

China Xinhua News Verified account ‏@XHNews
#BREAKING: Thailand's King Bhumibol Adulyadej passes away at age of 88 : Bureau of Royal Household (web pic)

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:27 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Nak Hidupkan Roadtax Pun Kena Bayar Insurans Juga Ke? Mak Cik Takde Duit Sangat-Sangat Ni," Kisah Di JPJ Buat Pembaca Sebak
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Seperti semua kita sudah sedia maklum, adalah menjadi kewajipan untuk membeli insuran apabila kita memperbaharui cukai jalan, wajib kita membayar insuran yang paling murah berharga hampir 100 ringgit untuk 'third party' bagi sebuah motosikal bawah 100cc.

Ianya adalah menjadi satu kesalahan jika sebuah motosikal tidak mempunyai insuran yang perlu diperbaharui setiap tahun.

Namun, bukan semua orang diluar sana mampu, kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohammad Molkhan cukup meruntun hati, kisah seorang mak cik yang tidak wang untuk memperbaharui insurannya dan apa yang terjadi selepas itu cukup mengharukan.

Jom kita baca.

Pagi tadi aku pergi JPJ untuk buat thumbprint kereta yang aku jual dulu. Dah settle tu aku pun keluar, n lepak kejap kat luar sebab nak snap gambar slip thumbprint tu. Masa tu sebelah aku ada la sorang makcik ni umur dalam lingkungan awal 60an dengan pakaian yg agak lusuh, dengan sorang abang jual insurans tengah bercakap,

Makcik: "Memang nak buat roadtax kene buat insurans ke?"

Insurans: "Iye makcik.lepas tu baru boleh buat roadtax."

Makcik: "Haih. Taktau pula. Takboleh ke insurans tu bagi free je? Nak hidupkan roadtax pun kene bayar, nk buat insurans kene bayar lagi. Makcik takde duit ni.. (makcik ni memang seorang makcik yg innocent gila)"

Insurans: "Memang tak boleh makcik. Duit insurans tu pun makcik bayar kat saya, saya bayar kat company. Bukan saya ambil duitnya makcik. Maaf la sangat sangat."

"Ya Allah, kesiannya makcik ni.." Getus hati aku. Makcik tu pun masuk ke dalam, pergi kaunter untuk ambil semula geran motor dia. Lalu aku pun tegur abang insurans tu,

Aku: "Kenapa tu bang?" (buat2 tanya, taknak la nampak sangat telinga kuali nye tu)

Insurans: "Ohh makcik tu, nak buat roadtax tapi takde duit nak beli insurans. Saya nak tolong pun tak boleh sebab saya pun tak ada customer lagi harini."

Aku: "Berapa insurans motor dia bang?"

Insurans: "Dalam seratus lebih dik."

Aku pun buka wallet, tengok ada 3 keping RM50, sekeping RM5 dan sekeping RM1.

Aku: "RM150 cukup bang?"

Insurans: "Cukup dik Insyaallah."

Aku pun hulur duit pada abang insurans tu. Masa ni makcik tu pun dah keluar dari kaunter dan menuju ke arah kami.

Makcik: "Roadtax berapa ringgit pula? Ya Allah makcik betul betul takde duit ni.."

Insurans: "Takpe makcik, makcik cakap terima kasih kat adik ni sebab insurans makcik adik ni dah bayarkan. Roadtax makcik nanti saya bayarkan." (Alhamdulillah mulia sungguh hati abang insurans ni)

Makcik: "Ya Allah terima kasih la ye nakk. Semoga anak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki blablabla"

Aku: "Sama sama makcik."

Aku terus berlalu sebab aku tau kalau aku stay lagi, confirm air mata aku meleleh. Jangan masa atas motor on the way dari JPJ pergi carwash aku kat Publika tu aku ketap bibir laa sebab tahan air mata dari keluar. Ya Allah sebak wey..

Sebenarnya kat Malaysia ni 1/10 je rakyat yang hidup selesa, yang selebihnya tu hidup bagai kais sebulan, untuk makan bulan tu je, bulan depan belum tentu lagi. Bukan salah kerajaan tetapkan undang2 kena ada polisi insurans untuk buat roadtax.

Bukan salah abang insurans tu tak boleh nak belanja insurans. Bukan salah makcik tu tak mampu nak beli insurans untuk motor dia. Inilah tanggungjawab kita yang mampu untuk bantu mereka yang tak mampu.

Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku untuk bawak kapcai je pergi JPJ pagi tadi. Kalau aku bawak Triumph atau kereta, mesti aku sampai lebih awal dan mesti aku settle thumbprint awal dan mungkin aku tak jumpa n tak dapat tolong makcik tu.

Aku tak kaya, tapi aku tak boleh tengok orang susah, lagi lagi orang tua. Harini hari dia, esok lusa kalau datang hari aku, aku harap ada yang sudi tolong. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



NOH OMAR MUNGKIN BOLEH BANTU POLIS
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom

Susulan tindakan ganas dan ala samseng yang tercetus dalam pertembungan antara anggota Gerakan Baju Merah dengan peserta jelajah Bersih 5 Sabtu lalu, selain sudah melakukan beberapa tagkapan, pihak polis kini dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki bertongkat dan berjanggut yang dikesan berada di tempat kejadian.

Kata Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, pihaknya menyedari gambar yang tersebar di media sosial yang memperlihatkan lelaki itu sedang menunjuk ke arah peserta Bersih 5 yang turut diterajang oleh anggota Baju Merah yang lain dalam kejadian tersebut.

Dalam masa yang sama, tersebar juga gambar yang memperlihatkan seseorang yang mirip wajah lelaki berjanggut dan bertongkat itu yang didapati berada bersama-sama Najib Razak, Noh Omar dan Jamal Md Yunus dalam satu majlis sambil memakai baju putih berlogo BN.

Kami sedang menyiasat dan kami ingin menyoal lelaki bertongkat dan berjanggut itu, kata Khalid lagi.

Siapakah lelaki itu?

Mungkin Najib, Noh Omar atau Jamal dapat membantu pihak polis mengenal-pasti identitinya?

Jika kedua-dua gambar itu adalah lelaki bertongkat dan berjangkut yang sama, apakah Noh Omar masih mahu menafikan UMNO tidak terlibat apa-apa dengan Gerakan Baju Merah yang diketuai oleh Jamal?

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot

PEMILIHAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE 15

1. Ramai yang bertanya tentang proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Adakah disyaratkan untuk mempunyai Permaisuri? Setakat pemakluman, tiada dalam perlembagaan menetapkan syarat adanya permaisuri.

2. Antara syarat yang ditetapkan adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas. Selain itu, baginda yang dilantik mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

3. Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

4. Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

5. Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.

6. Buat masa sekarang, Sultan Muhammad V berada di kedudukan teratas iaitu menjawat jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Semoga impian rakyat Kelantan dapat direalisasikan untuk melihat Sultan Muhammad V menaungi seluruh rakyat Malaysia.

7. Hari ini, mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu Kali ke-242 berlangsung yang dipengerusikan oleh Sultan Johor. Manakala mesyuarat khas pemilihan Yang di-Pertuan Agong baru pula diadakan pada hari jumaat ini.

Baca maklumat di pautan ini perkara yang tidak melayakkan menjadi Yang di-Pertuan Agong
www.majlisraja-raja.gov.my/index.php/bm/objektif/45#section=p3

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1335842363115395&id=100000689330938

Bolehkah Majlis Raja-Raja Memecat Perdana Menteri ?
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

1. Majlis Raja2 tiada kuasa di sisi perlembagaan untuk memecat Perdana Menteri.

2. Yang ada kuasa memecat Perdana Menteri adalah Yang DiPertuan Agong secara individu Baginda, BUKANNYA SECARA BERJEMAAH MELALUI MAJLIS RAJA2.

3. Menurut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, YDPA hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yg pada pendapat Baginda seseorang itu akan mendapat sokongan sebilangan besar ahli dewan.

4. Tiada fasal pemecatan Perdana Menteri. Yang ada hanya fasal perlantikan Perdana Menteri.

5. Ini bermaksud, di bawah fasal Perlembagaan yang sama YDPA boleh melantik Perdana Menteri yg baru menggantikan DS Najib.

6. Apabila PM baru di lantik oleh YDPA, maka ini bermaksud SECARA AUTOMATIK, DS Najib TERPECAT sebagai PM.

7. Maka kesetiaan baru hendaklah di berikan kpd PM yg baru bukan lagi kpd Najib yg akan menjadi MP biasa saja selepas itu.

8. Kesimpulannya, nak gantikan Najib sblm PRU 14, maka YDPA hendaklah diyakinkan bahawa Najib telah hilang sokongan majoriti di kalangan 222 ahli Dewan Rakyat.

9. Jika YDPA hendak melantik Ahli Parlimen Pandan sbg PM yg baru, maka Baginda hendaklah di yakinkan bahawa Lapiji mendapat sokongan sekurang2nya dari sekurang2nya 112 orang Ahli Parlimen.

10. Konsep ini saya namakan sebagai menghalau tetamu. Bila dah habis sembang, kopi pun dah habis seteko, temujanji bos yg berikutnya pun dah sampai, bos pun dah tengok jam 18 kali, takkan tak reti2 nak blah lagi bro, bagi la chance kat org lain pulak hantar envelop kat bos.
kbai

BuzzeAzam

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Azab Kepala Bocor, Kanak-Kanak Terjatuh Dan Kepala Terkena Akuarium
siakapkeli.my

Kuala Lumpur : Seorang kanak-kanak meraung menahan kesakitan yang sangat apabila dia telah terjatuh menyebakan kepalanya telah terkena kaca akuarium di kediaman keluarga di Taman Sri Rampai, di sini, tengah hari semalam, lapor Harian Metro.

Kejadianyang berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam, menyebabkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami pendarahan teruk sehingga hampir seluruh badannya berlumuran darah.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya terpaksa memberi bantuan awal untuk menghentikan pendarahan sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 1.20 tengah hari di mana sepasukan anggota Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Dang Wangi bergegas ke lokasi.

"Difahamkan, ketika kejadian mangsa tinggal bersama neneknya berusia lingkungan 60 tahun sebelum terjatuh dan kepalanya terlanggar akuarium di lantai rumah berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan. - Siakapkeli.my

Kanak-Kanak 3 Tahun Ditemui Selamat Dalam Dakapan Mayat Bapa Selepas 12 Jam Tertimbus Dalam Runtuhan
siakapkeli.my

Wu dikeluarkan oleh penyelamat

China, 11 Okt - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemui selamat selepas terperangkap selama 12 jam dalam runtuhan bangunan di China yang menyebabkan sekurang-kurangnya 22 maut.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu ditemui oleh penyelamat dalam keadaan didakap erat oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung.

Menurut laporan, penyelamat percaya bahawa Wu Ningxi terselamat dari runtuhan itu kerana dilindungi oleh mayat bapanya yang bertindak sebagai pelindung dari satu serpihan besar dalam kejadian runtuhan tragis yang berlaku di bandar Wenzhaou.

Keadaan selepas runtuhan.

Ibu Wu juga dilaporkan mati dalam kejadian itu dan dijumpai dalam kawasan ruang tamu rumah, tidak jauh dari kawasan dua beranak itu ditemui .

Wu ditemui dalam serpihan bangunan enam tingkat itu 12 jam selepas kejadian. Setakat ini, hanya enam orang berjaya dikeluarkan dengan selamat dari serpihan tersebut.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang terlibat dalam insiden itu namun kerja menyelamat masih lagi diteruskan.

"Kanak-kanak itu ditemui masih hidup kerana bapanya guna badan untuk sediakan ruang bagi anak perempuannya." kata seorang penyelamat.

Wu ditemui dalam dakapan mayat bapanya.

Wu diselamatkan selepas 12 jam terperangkap.
Sumber : Mirror

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Oct 13, 2016 7:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mengasyikkan, Pantai Pulau Sembilan, Perak Dihiasi Gemerlapan Cahaya Biru Di Malam Hari
siakapkeli.my

Pantai Pulau Sembilan

Umum sudah mengetahui akan adanya pesisir pantai yang seakan 'bercahaya' pada waktu malam, dan ianya memberikan satu fenomena baharu buat penggemar aktiviti pantai. Untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan pantai yang 'bercahaya' seperti di Pulau Vaadhoo, Maldives sudah semestinya hanya tinggal angan-angan sahaja, atas sebab jaraknya yang jauh.

Antara pantai lain yang turut mempunyai keindahan sama adalah di Teluk Mission, Amerika Syarikat; Marlin Marina, Australia; Teluk Toyama, Jepun; dan Puerto Mosquito, Puerto Rico. Pantai-pantai ini mempunyai keunikan yang sama, iaitu 'bergemerlapan' di waktu malam.

Pantai Pulau Sembilan, Perak

Namun begitu, tahukah anda, Malaysia juga mempunyai pantai yang 'bergemerlapan' di kala malam tiba, dan ianya terletak di utara Semenanjung Malaysia, iaitu Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak.

Fenomena pantai 'bercahaya' seperti ribuan bintang di langit ini, bukanlah kesan daripada efek pencahayaan, tetapi ianya adalah dari organisma laut yang mempunyai jumlah yang banyak. Organisma yang bercahaya ini, dikenali sebagai Ostracod Crustaceans, atau phytoplankton, atau turut dipanggil 'Blue Tear' juga 'Blue Sand'.

Pulau Sembilan berkedudukan 15 - 20 kilometer dari pesisiran selatan negeri Perak, dan ianya dipanggil Pulau Sembilan kerana mempunyai 9 buah pulau yang unik, dan Pulau Lalang menjadi pulau utama bagi keseluruhn pulau tersebut. Bagi pengetahuan anda, pulau ini tidak mempunyai habitat, namun ia dibuka untuk perkhemahan pada hujung minggu, serta untuk pergi ke Taman Negeri Pulau Sembilan anda memerlukan permit yang telah disahkan.

Jadi, mungkin anda boleh menjadikan Pulau Sembilan ini sebagai salah satu 'wishlist' tempat yang perlu dilawati anda pada masa akan datang. Anda boleh merancang untuk menikmti keindahan alam, pada cuti akan datang, bersama rakan atau keluarga anda. Jom cuti-cuti Malaysia. - Siakap Keli

Sumber: FB Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak, Adventure Travel

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: