8 Messages
Digest #4616
Messages
Mon Oct 24, 2016 7:41 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
"Nak Ambil Ubat Dekat Farmasi Pun Kena Tunggu, Buat Apa Lama-Lama Isi Ubat", Pegawai Farmasi Ini Ada Penjelasannya
siakapkeli.my
Setelah selesai membuat pemeriksaan kesihatan di klinik mahu pun hospital, sudah semestinya akan terus ke kaunter farmasi bagi mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan, namun begitu, situasi biasa kembali lagi, masih perlu menunggu giliran hanya untuk mendapatkan ubat sahaja.
Ianya kadang kala, memberi sedikit rasa tidak puas hati, dan sering bermain di fikiran, kenapa boleh lambat dalam memberi ubat kepada pesakit. Sedangkan ubat yang dapat, ada kalanya hanya dua jenis sahaja.
Ingin mengetahui., mengapa situsasi begitu terjadi. Admin ingin kongsikan, langkah-langkah yang perlu dilalui, sebelum ubat boleh sampai kepada pesakit, hasil perkongsian dari saudara Fahmi Hassan. Jom kita baca.
APASAL LEMBAB SANGAT FARMASI NI? TAMPAL LABEL PUN SUSAH KE?
Saya pasti kebanyakan dari kita mempunyai pengalaman berurusan di kaunter farmasi terutamanya di fasiliti kerajaan untuk mengambil ubat-ubatan. Mungkin ramai yang pelik mengapa proses ini mengambil masa yang agak lama. Mungkin artikel ini dapat memberikan sedikit pencerahan terhadap proses-proses belakang tabir yang dilakukan sebelum ubat dibekalkan kepada anda.
Untuk makluman, setakat hari ini, piagam pelanggan di farmasi-farmasi fasiliti kerajaan adalah semua pesakit mendapat bekalan ubat mereka dalam jangkamasa 30 minit setelah pesakit mendapatkan nombor giliran di farmasi. Jangkamasa 30 minit ini terpakai bagi semua fasiliti, tanpa mengambil kira bilangan pesakit yang hadir. Terdapat fasiliti di mana jumlah pesakit yang hadir ke farmasi melebihi 1000 orang sehari!
SARINGAN PRESKIPSI 
Apabila anda menyerahkan preskipsi, pegawai farmasi yang menerima preskipsi anda bukan sekadar merekodkan maklumat anda dan memberi nombor giliran. Pegawai tersebut perlu menyemak semua maklumat di preskipsi anda lengkap dan tepat. Ubat-ubatan perlu disemak mengikut kesesuaian rejimen, dos, kontraiindikasi terhadap pesakit dan sebagainya.
Sekiranya terdapat masalah pada preskipsi tersebut, pegawai farmasi akan menghubungi semula doktor yang merawat anda dan berbincang mengenai rawatan yang diberikan. Sekiranya terdapat isu yang tidak dapat diselesaikan melalui panggilan telefon, anda mungkin diminta untuk berjumpa semula doktor yang merawat.
Perkara ini bukanlah satu karenah birokrasi yang sengaja diwujudkan untuk menyusahkan pesakit. Prosedur ini merupakan kaedah standard yang digunapakai di seluruh dunia bagi memastikan KESELAMATAN pesakit terjamin. Segala risiko KESILAPAN PENGUBATAN perlu diminimakan.
PRA-ISI UBAT 
Setelah preskipsi anda disaring, preskipsi anda akan dihantar ke belakang kauntar untuk proses pra-isi ubat. Anggota yang terlibat, samaada pegawai atau penolong pegawai farmasi akan memilih ubat-ubatan yang diperlukan berdasarkan preskipsi dan kuantiti kasar yang diperlukan. Di dalam sebuah farmasi, terdapat ratusan ubat-ubatan yang di simpan. Oleh itu, proses ini perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kesilapan.
Kebanyakan farmasi mempunyai sistem yang baik untuk menyusun ubat-ubatan bagi memudahkan carian dan mengelakkan kesilapan. Ubat-ubatan dengan nama yang hampir sama, atau bungkusan yang hampir serupa akan mempunyai label-label khas. Anggota yang bertugas perlu dilatih dengan cekap untuk membiasakan diri dengan lokasi ubat dan sistem.
SEMAK SILANG, PENGISIAN DAN PELABELAN
Bekas yang sudah di pra-isi akan diserahkan kepada anggota yang berbeza. Ini untuk membolehkan proses semak silang dilakukan. Semakan yang dilakukan oleh anggota yang berbeza akan menjadikan proses semakan yang dilakukan lebih berkesan.
Sekiranya tiada kesilapan, ubat akan diisi ke dalam bungkusan yang bersesuaian. Ubat-ubatan akan dikira atau disukat mengikut kuantiti yang diperlukan. Proses pelabelan ubat juga akan dilakukan. Label yang disediakan perlulah jelas dan mudah difahami selain mempunyai semua maklumat yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.
SEMAK SILANG 
Ubat yang telah siap diisi dan dilabel sekali lagi akan disemak oleh anggota yang berbeza untuk memastikan ubat yang di dalam bungkusan adalah ubat yang sama ditulis pada label. Selain itu, ubat-ubatan tersebut perlulah menepati preskripsi pesakit dari segi jenis ubat, dos dan kuantiti yang diperlukan.
PENDISPENSAN
Setelah dipastikan tiada kesilapan pada ubat yang disediakan, ia bermaksud ubat tersebut telah sedia untuk didispen kepada pesakit. Pegawai farmasi yang berbeza akan mendispen ubat tersebut kepada pesakit. Sebelum pesakit dipanggil, ubat-ubatan akan disemak sekali lagi untuk kali terakhir.
Apabila nombor giliran pesakit dipanggil, kebiasaannya pegawai tersebut akan bertanya nama pesakit. Mungkin ada yang hairan kenapa perlu ditanya nama pesakit sedangkan maklumat tersebut ada ditulis di atas preskripsi.
Sebenarnya pegawai farmasi ingin memastikan nama pesakit yang dipanggil sama dengan apa yang ditulis di atas preskripsi. Ini untuk mengelakkan kesilapan di mana pesakit menerima preskripsi milik pesakit lain. Oleh itu, jangan marah sekiranya pegawai farmasi ingin 'berkenalan' dengan anda
Sewaktu mendispen, pegawai akan merujuk kepada preskripsi. Arahan pada label akan dipastikan sama dengan apa yang dikehendaki di atas preskripsi. Selain itu, pegawai farmasi juga bertanggungjawab memastikan pesakit faham dengan aturan pemakanan yang diterangkan. Mereka juga perlu menerangkan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Sekiranya didapati pesakit memerlukan penerangan yang lebih terperinci, pesakit akan diminta untuk ke bilik kaunseling ubat-ubatan. Di sini, sesi penerangan ubat-ubatan boleh dilakukan dengan lebih tenang dan privasi.
Seperti yang diterangkan, terdapat banyak proses yang dilalui sebelum ubat dibekalkan kepada pesakit. Bagi seorang kakitangan jabatan farmasi, pembekalan ubat dengan pantas bukanlah matlamat utama. Apa yang penting adalah pesakit menerima ubat-ubatan yang TEPAT dan BETUL seperti yang dipreskib oleh doktor bagi memastikan KESELAMATAN dan KESIHATAN pesakit terjamin. -Siakap Keli
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Zul Yahya Kongsi Penghijrahannya, Dulu Gaji RM10-20 Ribu Sebulan Tak Cukup, Tapi Sekarang....
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
Kuala Lumpur: Sejak berhijrah sedikit demi sedikit pada April lalu, saya terima banyak undangan menyampaikan ceramah tetapi lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman, kata pelakon dan pengarah filem, Zul Yahaya mengenai penghijrahan dirinya dan keluarga.
Zul atau nama sebenarnya, Zulkiffili Yahaya, 46, berkata, dia bukan ulama atau ustaz yang boleh berbicara mengenai agama secara mendalam apatah lagi dirinya masih belajar.
Saya tidak layak berceramah mengenai agama tetapi hanya berkongsi apa yang saya rasa supaya masyarakat boleh turut mencuba dan merasainya.
Perubahan ini atas kehendak sendiri, bukan kerana desakan mana-mana pihak.
Apabila ramai bertanya mengenai penghijrahan ini, pada mulanya segan nak berkongsi kerana bimbang ada yang salah anggap. Namun apabila tetapkan niat sekadar bercerita kisah hidup barulah hati saya rasa lega, katanya.
Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka untuk berhijrah, Zul berkata sebagai ketua keluarga dia mahu membimbing anak-anak ke arah yang diredhai Allah.
Suatu malam selepas pulang dari kerja dan melihat anak-anak tidur nyenyak depan televisyen, saya menangis.
Mereka dilahirkan beragama Islam dan saya tak mahu mereka Islam hanya pada nama. Jadi, sebagai ketua keluarga saya mesti melakukan sesuatu.
Lagipun setiap manusia pasti mahu berubah menjadi lebih baik dan apabila Allah SWT sudah jentik hati saya ke arah itu, saya mesti melakukannya. Dulu saya bukanlah jahat sangat tetapi sebagai hamba-Nya, banyak yang saya abaikan, katanya.
Zul berkata, dia tidak segan menyertai anak-anak belajar mengaji dan solat dengan ustaz yang dipanggil mengajar di rumah.
Syukur, apabila saya berubah tanpa dipaksa anak-anak dan isteri juga berubah. Isteri saya dengan rela hati memakai niqab.
Melihat perubahan mereka, saya berasa sangat seronok dan menikmati kebahagiaan yang luar biasa. Saya kini mula merasakan cara hidup mereka yang dekat dengan Allah SWT, tenang dan tiada masalah, katanya.
Zul yang terkenal dengan drama Papaya kini berehat seketika daripada terbabit dengan aktiviti seni dan menumpukan perhatian terhadap perniagaan produk muslimah.
Jika saya masih berlakon, sukar untuk saya melakukan perubahan kerana jadual kerja tidak menentu. Saya bukan bersara dan sekiranya kembali berlakon, saya akan pilih jalan cerita serta watak yang bersesuaian dengan perubahan ini.
Kini, stesen TV banyak mengangkat cerita kerohanian dan ia satu perkembangan yang bagus. Kita boleh berdakwah melalui apa sahaja medium termasuk lakonan, katanya.
Zul berkahwin dengan Siti Raihan Mohd Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan tiga anak perempuan serta seorang lelaki berusia antara 1 hingga 8 tahun.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:42 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KJ Cadang Henti Anjur F1, Kekal MotoGP
siakapkeli.my
Petaling Jaya, 24 Okt - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin(KJ) mencadangkan agar Malaysia menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix F1.
Cadangan itu diberitahu oleh Khairy menerusi laman Twitternya yang menyebut kos untuk menganjurkan acara berkenaan terlalu tinggi tetapi pulangannya terhad.
"Saya fikir kita perlu hentikan penganjuran F1. Sekurang-kuranganya untuk sementara waktu. Kos (penganjuran) terlalu tinggi, pulangan terhad"
Bersama tweet tersebut, KJ menampilkan satu laporan dari NST yang bertajuk "F1 Future in Malaysia on the line, its fate to be determined this week".
Laporan dari NST itu yang memetik CEO SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad berkata penjualan tiket F1 mengalami penurunan sejak 2014 dan setiap tahun mengalami penurunan yang konsisten sebanyak 10 peratus.
"Jualan tiket F1 menurun, jumlah penonton TV menjunam. Pelawat asing juga berkurangan kerana mereka boleh memilih Singapura, China atau Timur Tengah. Pulangan tidak begitu besar," tulis KJ lagi sambil menyaran agar Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengekalkan perlumbaan Moto GP yang disifatkan beliau lebih popular.
"SIC perlu membida perlumbaan lebih murah, mengekalkan Moto GP yang masih popular, belanjakan untuk pembangunan dan meningkatkan akses awam di litar," katanya.
Di laman Twitter, ramai Twitter memberi respon terhadap cadangan KJ itu dengan ramai yang bersetuju bahawa F1 'sudah hilang sentuhan magisnya'
"Setuju. Untuk beberapa tahun lepas F1 semakin hilang magisnya. Kini sudah sampai masa untuk ambil langkah setapak ke belakang," tulis CLai.
"Setuju, lagipun hanya untuk seketika, mungkin kita perlu fokus kepada Moto GP sekarang"
Mr. Right pula turut bersetuju dengan menyifatkan F1 sudah hilang faktor wow&cool dan dana untuk F1 boleh digunakan untuk menaja pelumba Malaysia dan menganjurkan perlumbaan yang lebih kecil.
Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan KJ itu dengan membandingkan acara F1 di Singapura yang disifatkan lebih berjaya.
Sumber: NST, Twitter KJ, mStar
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:43 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Mereka Hanya Makan Bekal Dengan Satu Lauk Berkuah Berlapikkan Penutup Tuppaware Dan Air Kosong
siakapkeli.my
Ketika kita makan dan tidak habiskan makanan itu kemudian dibuang, tahukah kita ada diluar sana kelaparan tidak cukup makan, ada yang terpaksa menggemis, ada yang terpaksa mengikat perut demi menjaga tanggungjawab masing-masing.
Dikongsikan oleh saudara S Fadzly Shafie satu kisah yang agak sayu dua orang adik beradik yang makan makanan yang dibekalkan ibu mereka di mana katanya abang adalah pelajar sekolah menengah manakala adik pelajar sekolah rendah.
Tetapi apa yang dikongsikan ini sebenarnya juga merupakan hebat kisah pengorbanan seorang anak yang sanggup hidup dengan apa yang ada disediakan oleh ibu mereka tanpa merungut seperti sesetengah anak yang lain.
Jom kita baca,
Waktu makan siang sudah tiba. Saya ke mamak berhampiran sekolah di taman tempat tinggal saya. Sedang saya menjamah juadah 2 sosok adik beradik ini juga baru mula untuk bersantap siang. Si adik mencedukkan nasi kepada si abang. Tiada pinggan, hanya beralaskan tupperware transparent. Cuma ada satu lauk berkuah.
Selepas selesai menghidang, si adik ke bahagian air, mengambil sendiri air kosong, 2 gelas. Hati saya mula sebak, lalu saya panggil mapley handsome, yang saya yakin dan pasti seorang pemegang passport biru berlambang singa.
Saya pesan 2 gelas air manis untuk 2 beradik itu dan minta mapley tanya jika mereka mahu tambah apa2 lauk. Mereka refuse. Mungkin bagi mereka lauk masakan ibu mereka sudah cukup mewah. Saya hanya senyum namun terus berfikir.
Apakah latarbelakang adik-adik ini sehingga mereka terpaksa menempuh senario yang bagi saya sangat mencabar..
Kehidupan di bandar dewasa ini sudah menjadi semakin dan amat sukar. Cabaran massa dan global telah membuatkan kita berada dalam seribu satu kesempitan. Masa dan waktu sudah menjadi semakin pendek.
Not wang yang besar semakin susut nilainya. Saya yakin tiada ibu yang mahu anak mereka menempuh saat sukar seperti dua beradik ini. Saat ada anak2 yang dijemput supir di sekolah dan dihidangkan oleh amah waktu di meja makan, kemungkinan ibu kepada adik2 ini sedang bergelut dengan suasana pejabat yang kabut dan ribut.
Mungkin tidak dapat membiayai rumah transit untuk pertukaran sessi persekolahan pagi ke sekolah petang. Mungkin tiada wang untuk berulang alik dari rumah ke kelas agama petang atau aktiviti koko. Mungkin tiada keluarga terdekat yang mampu menjaga sewaktu ibu ayah mereka membanting tulang ditempat kerja. Semuanya bermain di kotak fikiran saya.
Yang terus bersarang di pemikiran saya ialah sampai bila anak bangsa kita harus di seret ke jurang miskin dan kaya yang begitu besar ini. Apakah adik2 ini perlu terus bergelut dengan keadaan gaji rm3000 sudah dikira miskin bandar. Sampai bila mereka harus menempuh pembahagian kek ekonomi yang tidak seimbang ini.
Namun dalam saat keliru dalam diri saya, saya bangga dengan mereka. Ya, bangga. Saat ada rakan mereka yang terjerumus kelembah dadah, melepak di bus stand dan segala macam perilaku sosial yang buruk saat di tinggalkan ibu dan ayah untuk bertugas, mereka dengan tenang mengharungi dunia persekolahan mereka dengan baik dan teratur.
Saat ada anak seusia mereka yang mengambil kesempatan melakukan perkara nista apabila di biarkan ibu dan bapa yang sibuk, adik2 ini dengan cool dan selamba meneruskan rutin akademik dan aktiviti luar kelas mereka. Saya doakan agar 2 beradik ini mendapat sinar dan memperolehi masa depan yang bergemerlapan. Sekali lagi, saya bangga dengan mereka berdua.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:43 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Rawatan RM1 tak dihapus, cuma ada penambahbaikan
bloglist-malaysia.
dialograkyat.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN
ULU KINTA - Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) di hospital kerajaan bukan bertujuan untuk memansuhkan perkhimatan rawatan kesihatan bersubsidi sepertimana dakwaan segelintir pihak sebelum ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, fokus perkhidmatan FPP adalah untuk memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan pakar secara khusus selain menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu, atau yang setaraf.
"FPP terarah kepada pesakit yang mampu untuk membayar kos perubatan tanpa subsidi kerajaan. Mereka turut dibenarkan memilih pegawai perubatan pakar selain kemudahan yang diberi bergantung kepada sumber, kepakaran dan fasiliti.
"Namun, pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan sama sekali perkhidmatan rawatan bersubsidi di mana bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1 dan seminimum RM30 sekiranya memasuki wad," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 2016 Institusi Latihan Kementerian Kesihatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.
Menurutnya, selain perkara itu, tujuan FPP diperkenalkan kepada Pegawai Perubatan Pakar adalah bagi mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta.
Katanya, skim gaji merupakan antara faktor utama yang menyebab penghijrahan itu berlaku.
"Skim gaji memang tak sama sepertimana ditawarkan hospital swasta. Jadi, bagi mengekalkan dan menambahkan pendapatan, kita benarkan mereka uruskan FPP," katanya.
Baru-baru ini, surat pelaksanaan FPP disebarkan melalui media sosial Facebook telah mengundang tanggapan negatif orang ramai kononnya perkhidmatan rawatan bersubsidi yang disediakan Kementerian Kesihatan sebelum ini, dimansuhkan.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:44 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jika Anda Seorang Peniaga, Anda Wajib Mengeluarkan Zakat Jika Cukup 6 Syarat ini
siakapkeli.my
Zakat merupakan rukun Islam ke TIGA. Dan sekiranya seseorang itu gagal menunaikan zakat, maka tidak lengkaplah rukun Islamnya.
Antara punca rukun ini gagal disempurnakan adalah orang Islam itu sendiri tidak tahu dia wajib mengeluarkan zakat. Jadi, jika anda memenuhi enam syarat ini, anda wajib mengeluarkan zakat.
1 - Islam
Hanya orang Islam sahaja dikenakan zakat.
2 – Merdeka
Bukan hamba kepada manusia lain.
3 - Sempurna Milik
Harta yang anda miliki adalah kepunyaan anda dan anda berhak menguruskan
harta-harta itu.
4 - Cukup Haul
Tempoh pendapatan atau simpanan sudah cukup setahun
5 - Cukup Nisab
Paras minima yang menentukan sama ada harta tersebut wajib dizakatkan.
6 - Niat Berniaga (Untuk peniaga sahaja)
Sekiranya anda seorang peniaga; biarpun kecil-kecilan; anda wajib mengeluarkan zakat.
Selain itu, beberapa punca lain juga menjadi penyebab mengapa orang Islam tidak menjalankan ibadah zakat dengan sempurna iaitu tidak tahu dimana ia patut disalurkan, menganggap perniagaan kecil-kecilan tidak perlu berzakat, tiada masa dan memilih untuk mengagihkan sendiri.
Jadi, kami akan pecahkan punca-punca ini menjadi pecahan bagi menyenangkan pemahaman untuk berzakat.
1 - Tidak tahu dimana patut disalurkan
Di Malaysia, kuasa pengutipan zakat adalah dibawah bidang kuasa negeri masing-masing. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai badan atau institusi yang bertanggungjawab untuk mengutip/mengagihkan zakat.
Seperti contoh, mereka yang bekerja di Kuala Lumpur boleh membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi saluran yang boleh dirujuk di https://www.zakat.com.my/kaunter. Sementara itu, agihan pula dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP.
2 - Tidak Tahu Kira
Pihak PPZ-MAIWP telah melaraskan beberapa cara untuk mengira zakat berdasarkan saiz perniagaan. Ini adalah tiga kaedah pengiraaan sepertimana yang diberikan oleh PPZ-MAIWP.
a) Kaedah pengiraan 1 - Modal Kerja (Working Capital)
(Aset Semasa - Liabiliti Semasa +/- Pelarasan)* x % Pemilikan Saham
Muslim x 2.5%
*Kaedah pengiraan ini sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat Berhad, Sdn Bhd, Koperasi, Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya di mana terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti semasa.
b) Kaedah Pengiraan 2 - Modal Berkembang (Growth Capital) (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset
Separuh Tetap +/- Pelarasan) * x % Pemilikan Saham Muslim x 2.5% *Kaedah ini pula sesuai digunakan bagi institusi kewangan dan perbankan Islam yang biasanya tidak mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa.
c) Sekiranya tiada akaun
*Kaedah pengiraannya: Untung bersih x 2.5%. Contoh para peniaga pasar malam, gerai dan lain-lain lagi.
Tak dinafikan kaedah pengiraan ini sedikit kompleks. Jadi, untuk memudahkan proses pengiraan, pihak PPZ-MAIWP telah mencipta kalkulator atas talian untuk mengira zakat di https://www.zakat2u.com.my atau boleh hubungi terus pihak PPZ-MAIWP di Talian Zakat 1-300-88-5757 untuk pertanyaan dan pembayaran.
3 - Tiada masa
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, pihak PPZ-MAIWP turut menyediakan cara pembayaran zakat secara atas talian, khususnya bagi orang ramai yang kesuntukan masa untuk membayar zakat. Pembayaran boleh dibuat secara online di laman https://www.zakat2u.com.my/payment/fast.
4 - Memilih untuk mengagih sendiri
Ada juga dalam kalangan pembayar zakat yang suka mengagihkan zakat tanpa melalui saluran yang ditetapkan iaitu dengan mengagihkan sendiri zakat mereka. Tapi, cara ini boleh menimbulkan beberapa persoalan iaitu :
1. Bagaimana status asnaf (penerima zakat) itu ditentukan?
2. Adakah mereka benar-benar layak?
3. Wang zakat hanya untuk 8 golongan asnaf
4. Ramai yang mengagihkan zakat mereka kepada ibu tunggal dan anak yatim
sedangkan ianya tiada dalam senarai 8 golongan asnaf
Untuk lebih maklumat lanjut mengenai zakat, orang ramai khususnya para peniaga boleh melayari http://www.zakat.com.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:44 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Janet Jackson muncul di khalayak berpakaian wanita Islam
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.
UNITED KINGDOM: Buat pertama kalinya penyanyi terkenal dunia, Janet Jackson muncul di khalayak awam sejak mengumumkan kehamilannya dengan berpakaian wanita Islam yang dilaporkan Mirror UK.
Janet dilihat berjalan sambil berpegangan tangan bersama suaminya, jutawan Qartar, Wissam Al Manna, 41, yang dikahwininya pada 2012.
Dilaporkan Janet memeluk Islam pada 2015, beberapa tahun selepas berkahwin dengan Wissam.
Anak bongsu daripada keluarga Jackson ini menjadi ikon muzik pop dan simbol seks selama beberapa dekad dengan album terjual lebih 160 juta serta memenangi 5 Anugerah Grammys.
Penyanyi berusia 50 tahun itu kelihatan tenang dan gembira ketika membeli-belah di London awal minggu ini.
Pasangan itu dilihat memasuki butik mewah pakaian kanak-kanak sebelum berhenti untuk makan tengah hari di sebuah restoran makanan kesihatan.
Beliau pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum bertemu Wissam.
Spekulasi bintang itu sedang mengandung anak pertama tersebar pada April tahun ini, apabila beliau menangguhkan persembahannya yang akan datang.
Beliau memberitahu peminat: "Saya dan suami sedang merancang keluarga
kami."
Namun bintang popular ini enggan mengesahkan berita gembiran itu sehingga Oktober.
Muncul di majalah People dengan perut yang kelihatan jelas sedang hamil, beliau berkata, "Kami bersyukur kepada Tuhan kerana diberkati."
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Mon Oct 24, 2016 7:45 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Ibu Dedah Apa Terjadi Kepada Anaknya Akibat Terlalu Banyak Mengambil Makanan Proses
siakapkeli.my
Seperti yang kita ketahui yang memakan makanan segera atau makanan proses adalah tidak elok dan sebenarnya merbahaya untuk diamalkan kepada semua peringkat umur.
Sudah terlalu banyak kempen dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan berkaitan pengambilan makanan-makanan ini yang diketahui memudaratkan, namun dilihat kempen ini kurang mendapat perhatian masyarakat yang terus mengamalkan pengambilannya.
Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Faridatul Azna di mana boleh dijadikan iktibar kepada kita diluar sana.
Beliau telah memuatnaik satu pos menceritakan anaknya telah mengalami masalah usus yang agak teruk gara-gara terlalu banyak memakan makanan proses dan makanan segera.
Jom kita baca.
Wednesday, 28 September 2016
Akibat terlalu banyak processed food
Posting ni panjang sikit, tapi penting untuk ibu-ibu baca dan ambil tahu.
Simptom atau tanda
Anak saya Zaim, sejak bulan Disember 2015 mengalami sakit perut yang agak kronik, yang macam diarhea, menyebabkan dia asyik ke toilet setiap kali lepas makan, dan tergolek2 kejang perut dan pedih di belah kanan.
Saya rasa kami ni setiap 2 minggu akan ke klinik untuk minta ubat.
Bila teruk sangat, saya bawak ke ER Tropicana Hospital, dan doctor pun buatlah test MRI dan sebagainya. Suspek utama, appendicitis, so buatlah surgery buang appendiks, walaupun masa doctor tunjukkan appendix yang kena buang tu nampak kosong je, macam takda apa2. Takpa laa, dia doktor, mesti dia pandai. Dah anak saya takda appendix.
Tapi tak habis kat situ, sekali sekala dia masih jugak sakit begitu, walapupun saya dah masak dirumah.
Baru-baru ini, dalam bulan Ogos, anak bujang saya mengalami sakit perut yang macam diarrhea, yang mengakibatkan dia perlu ke tandas setiap 5 min, dan duduk dalam tu sampai setengah jam atau empat, lima minit. Paling teruk ialah sampai 20 kali sehari, sampai saya tak jumpa muka dia sangat sebab asyik duduk dalam toilet.
Masa tu baru lepas birthday dia yang ke 14 tahun. Masa ni dia ok, macam biasa. Hari Sabtu tu, waktu kami singgah di Petronas, dia dan neneknya turun beli M*** dalam kotak dan kek coklat kecil brand *********a. Diorang makan je la macam biasa, walaupun maknya ni membebel sebab kurang gemar dia makan benda2 macam tu.
Malam tu dia sakit perut teruk. Esok bawak pi klinik, doktor just bagi ubat diarhea dan tahan sakit tapi takda effect. So saya google sakit apa yang berkaitan dengan usus dan apa pakar yang patut saya bawak dia.
Hari Selasa saya bawak dia jumpa pakar Gastroenteritis, iaitu pakar usus dan gastritis. Immediately doctor schedule kan scope untuk dia, melalui mulut dan belah bawah pada keeseokan harinya.
Doktor juga suggest buat blood test to rule out sebarang jangkitan kuman atau bakteria.
Getting ready for the scope procedure
Saya ni dah risau, sebab takutkan penyakit IBS seperti Crohn's Disease atau Colitis, sejenis penyakit autoimmune system, yang tiada ubatnya.
Apa penyakitnya?
Semasa scope ini yang kita jumpa.
Ini gambar dalam usus kecil dia. Sepatutnya dinding usus kecil ni licin dan bersih macam belah atas, tapi usus kecil Zaim ni ada banyak dinding sel yang bengkak, dan ada yang dah agak teruk sampai warna gelap. Gambar ni dah dibesarkan beribu kali.
Inilah yang dipanggil Irritable Bowel Syndrom (IBS), yang sangat menyakitkan bagi yang terkena. Dan sebenarnya ramai yang kena tapi tak tau apa jenis penyakitnya. Baru2 ini ada rakan yang suaminya ada simptom yang sama, doktor suruh potong bahagian usus yang terkena.
Aduh sakitnya, saya yang masuk sekali tengok proses scope ni, Allah saja yang tahu hati saya. Sedih dan rasa bersalah yang amat sangat.
Sedih sebab dia terpaksa go thru procedure yang menyakitkan ini, walaupun doktor biuskan dia, tapi kesian saya tengok dia.
Rasa bersalah sebab, mungkinkah saya sebagai Ibu telah gagal menjalankan tanggungjawab menjaga pemakanan anak sendiri.
Selesai procedure, kami pulang. Doktor beri 3 jenis antibiotik yang kuat dosagenya, dan pesan supaya saya elakkan beri Zaim makan, dairy produk, segala jenis daging, teh, kopi, dan semua minuman yang tinggi gula dan berproses, semua jenis makanan pedas, dan makanan ringan. Semua tak boleh.
Malam tu saya menangis sedih seusai solat dan saya minta maaf pada Zaim kerana tidak betul2 menjaga makan minumnya. Saya insaf sangat, dan berazam untuk menggali lebih banyak ilmu tentang pemakanan yang betul.
Tindakan seterusnya
Balik tu, selepas tenangkan diri, saya google lagi tentang kemungkinan penyakit yang berkenaan usus, Dan saya hubungi rakan saya, seorang pakar pemakanan.
Katanya, bertenang. Sekarang apa yang penting kita kena turunkan bengkak pada ususnya. You google apa jenis Anti Radang (Anti Inflamatory) food yang boleh you beri pada dia.
So saya google dan tengok apa yang ada dalam dapur saya. Yang paling cepat dapat ialah kunyit.
Saya bancuh air kunyit letak brown sugar sikit dan suruh dia minum. Budak baik ni terus minum walaupun ada sikit hokhek. Esoknya suruh dia makan kunyit hidup yang dihiris2 jadii ulam dengan nasi. Saya juga pergi cari Turmeric Pill kat farmasi untuk dia. Saya beli juga buah Blueberries yang masyaAllah lah masamnya untuk dia makan.
Saya buat catatan kekerapan dia ke tandas semasa makan makanan ni.
Alhamdulillah, 3 hari kemudian, dari 20 kali sehari ke tandas, turun ke 3-4 kali sehari. Bengkak dalam ususnya dah kurang.
Saya juga masak masakan jenis air, semuanya saya letak kunyit..hahaha.
3 minggu dia tak ke sekolah. Sebab makanan disekolah tak sesuai dengan perut sensitif dia dan ditakuti cikgu tak percaya kalau dia kerap ke tandas nanti. Kami tulis surat minta cuti sampai dia betul2 sihat.
Oh ya, antibiotik tadi saya langsung tak bagi, hanya sekali, tu pun Zaim keluarkan balik dalam toilet lepas makan.
Result
Minggu depannya kami dapat result blood test dan scope Zaim.
Syukur alhamdulilah, tiada autoimmune system disease whatsoever. No kuman no bakteria. doktor suspek too much processed food.
Too much fastfood, pizza la apa la, too much spicy food, him being anak orang Negeri Sembilan, too much of the junkfood like roti-roti dan sponge cake ******** yang high in processed sugar dan gluten dan food additives dan coloring, too much dairy food yang high in additives dan processed drinks.
Dia ni suka sangat minum air I** ***** **a dalam botol, M*** dan sebagainya.
Dilarang taknak dengar. Bila maknya takda, dipujuk ayahnya belikan.
Hasil blood test menunjukkan uric acid dia agak tinggi dan perlu dikawal, untuk mengelakkan gout. So daging dan semua yang berkaitan perlu dikurangkan, banyak.
Saya dulu terlampau sibuk di tempat kerja. Balik lambat, bila dah lambat, masa bila nak memasak. So memang makan luar selalu.
Conclusion nya
Sekarang, semua benda tak boleh beli. Makan saja apa yang saya masak. Roti pun makan hanya yang saya buat.
Sekarang dia dah kembali sihat sepenuhnya, tapi corak pemakanan dan jenis makanan kami sekeluarga berubah 360 darjah.
So, I'm making it my life mission now to educate myself, and mothers out there tentang pentingnya kita ambil tahu apa yang kita beri anak2 kita makan, begitu juga ahli keluarga lain.
Saya akan sharekan apa yang saya tahu tentang gluten, processed sugars dan sebagainya, insyaallah.
Jadikan cerita saya iktibar, semoga anak2 kita sihat2 selalu, berkat ibunya mengambil berat.
Love,
Farida
Nota:
Saya nak betulkan sedikit persepsi beberapa pembaca yang mengatakan saya tidak memberikan antbiotik kepada Zaim. Doctor beri 3 jenis antibiotik untuk dihabiskan dalam masa 15 hari.
Bila balik rumah, malam tu cuba beri dia makan nasi lembik dengan sup supaya dia boleh makan ubat. Habis je suap nasi, dia makan ketiga-tiga ubat tersebut dan lari pergi toilet lagi. duduk dalam tu 1/2 jam, keluar 5 min, dan lari balik sampai tengah malam. Dia dah lembik dah masa tu. And continue macam tu sampai esok dan lusa, walaupun kekerapan kurang, tapi lama duduk dalam toilet tu.
Saya ni ibu. Bila pandang anak macam tu kita rasa apa? Saya tahu kesan antibiotik ke atas perut kosong. Pangkal perut dia ada luka juga, so perut dia akan bertambah pedih kalau saya paksa dia makan antibiotik.
Saya rujuk pada rakan saya Dr Safiza, seorang Pakar Pemakanan yang mempunyai PHD dalam bidang dia ni. Katanya saya perlu turunkan radang dahulu.
Bila saya cari, saya jumpa kunyit as anti-radang yang paling senang didapati. Kat rumah saya berlambak kunyit. And after 3 hari dia beransur pulih.
Sebab itu saya tak berikan antibiotik lagi, sebab bengkak dia bukan disebabkan oleh virus atau bakteria. Antibiotik adalah untuk jangkitan virus kan? Bukan bengkak.
Janganlah suka2 pass komen kata saya itu ini. Tak kena pada korang, memang korang tak tau sakit dia.
- Siakapkeli.my
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment