Tuesday, October 11, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4604

8 Messages

Digest #4604

Messages

Mon Oct 10, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KISAH HIDUP SEORANG MACAI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Selama-lamanya melayu itu akan bodoh jika jd hamba duit....

'Kalau lambat tak tahu apa nasib saya'
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
Shakira Buang

LIHAT VIDEO DI SINI

Kusaini Kassim, peserta konvoi BERSIH yang ditendang anggota gerakan Baju Merah dua hari lalu berkata beliau tidak tahu nasib yang bakal menimpanya jika tidak diselamatkan seorang anggota trafik.

Kusaini, 49 berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada anggota keselamatan berkenaan yang bertugas di tempat kejadian ketika itu.

"Nasib baik ada seorang anggota trafik datang selamatkan saya walaupun agak lambat keluarkan saya dari kumpulan itu. Tapi kalau lambat lagi tak tahulah macam mana," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menceritakan kejadian itu, Kusaini berkata beliau dan rakannya menyertai Konvoi Bersih 5 di sekitar Sabak Bernam Selangor, sebelum memutuskan untuk pulang awal kerana urusan keluarga.

"Saya hadir dalam program BERSIH tapi saya kena pulang awal kerana ada majlis keluarga. Dalam perjalanan balik ke rumah saya dari Sabak Bernam ke Padang Terap saya kena melalui jalan itu (tempat kumpulan Baju Merah berkumpul)," jelasnya.

Bagi mengelak terlanggar ahli kumpulan terbabit, Kusaini membuat keputusan memberhentikan motosikal Kawasaki ER6 yang ditunggangnya di bahu jalan, manakala rakannya sempat berpatah balik.

"Bila saya berhenti tiba-tiba saya terjatuh dan mereka menarik bahu saya, serang saya dan baling telur," kata Kusaini.

Bimbang jumlah anggota Baju Merah

Kusaini berkata beliau bimbang melihat jumlah anggota kumpulan itu dan membuat keputusan untuk tidak melawan, sebaliknya berharap ada pihak yang akan membantunya.

"Saya bimbang sebab takut mereka tengah geram," katanya.

Ditanya mengenai tindakan anggota kumpulan itu menendangnya, Kusaini bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Susulan kejadian itu, Kusaini membuat laporan polis di Balai Polis Sabak Bernam dan turut menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Buat masa ini ok, tidak ada apa-apa. Saya ada ke klinik, membuat 'scan' x-ray. Saya rasa ok sekarang ini tidak ada apa-apa," katanya.

Konvoi Bersih 5 di seluruh negara memasuki hari ketiga Sabtu lalu dan mereka berlepas dari 6 lokasi.

Mereka bertolak dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.

Perjalanan konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah 7 minggu anjuran Bersih 2.0 bagi mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November.

KJ Kecam Aksi Ganas 'Macai Suruhan' Jamal Baju Merah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SUBANG JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.

Katanya, amalan demokrasi di negara ini tidak membenarkan keganasan serta kekerasan fizikal sebagai penyelesaian dalam berhadapan pandangan berbeza.

"Saya melihat video semalam, tindakan sekumpulan Baju Merah itu yang menyerang aktivis Bersih (dengan) menendang dan melakukan kekasaran fizikal. Ini kita tidak boleh terima. Siapa sahaja yang terlibat, tindakan ganas perlu kita kecam.

"Untuk menunjukkan pendirian masing-masing, kita perlu terima dalam demokrasi. Namun, jangan sehingga mencetuskan tindakan ganas yang boleh mencetuskan ancaman keselamatan terhadap individu-individu yang terlibat," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan Pertandingan Akhir Kejohanan Badminton Asics 2016 di sini, hari ini.

Selain mahu polis mengambil tindakan sewajarnya, beliau juga berharap individu yang memimpin gerakan tersebut untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli mereka supaya tidak melakukan kekasaran dan keganasan.

"Saya harap polis ambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

"Saya tidak boleh terima dan saya harap mereka yang ada di belakang gerakan ini (Baju Merah dan Bersih) dapat memberi nasihat kepada ahli mereka supaya tidak lagi melakukan kekasaran dan keganasan," tegasnya.

Semalam, viral di media sosial video menunjukkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang memakai baju Bersih 5 dikepung oleh sekumpulan peserta Baju Merah.

Pada mulanya penyokong Baju Merah tersebut menolak motosikal lelaki itu dan kemudian salah seorang peserta Baju Merah menendang lalu mereka melemparkan objek seperti botol dan telur ayam ke arahnya.

Pegawai PPD Sabak Bernam bersama Geng Ganas Baju Merah Jamal?
bloglist-malaysia.blogspot.
alhusseyn51.blogspot
Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

Netizen heboh memperkatakan tentang seorang Pegawai PPD Sabak Bernam telah turut terlibat dengan rusuhan Baju Merah Jamal Yunos dimana seorang biker Bersih5 telah diserang ?

Menurut netizen individu yang menutup sebahagian besar mukanya dan bercermin mata hitam sewaktu kumpulan Baju Merah menyerang Konvoi Bersih5, adalah Cikgu Nazam Azhari, seorang Pegawai PPD Sabak Bernam dan merupakan Setiausaha UMNO Bahagian ...

Kalau bukan diri beliau, harap Cikgu Nazam Azhari ambil tindakan terhadap mereka yang memfitnah.

Nazam the Red Shirt ketika Program Korban Perdana Parlimen
Sabak Bernam di Surau Hasaniah , Batu 1 Sapintas

Pak Faisal : Ks Saya pasti itu wajah Nazam yang hensem. Bertopeng masih nampak iras nya. Sangat hensem. PPD Sabak dan banyak PPD lain sudah lama menjadi sarang politik umno. Apa nak heran....Saya fikir Nazam layak di naikkan pangkat lebih tinggi seperti pengarah pendidikan negeri malah KSU Kementerian Pendidikan.

Mohd Raus : Pegawai PPD berpelajaran tinggi pun nak jadi anjing kurap ke,baghal pegawai PPD tu,pegawai PPD pun lantikkan dikalangan guru juga,janganlah dah cerdik dapat diperbodoh2kan oleh pehak uang bangang,yang bertutup mulut tu PPD mana,saya mengistharkan pegawai PPD tu bodoh,bangang,ompong bacalah enda ni wahai seluruh pegawai PPD diseluruh negara janganlah kamu jadi anjing kurap.

Pegawai PPD sabak bernam tu bodoh, bangang makan taik sendiri, orang lain makan nasi,prgawai PPD sabak bernam ni makan taik dia sendiri,BODOH

Pegawai PPD sabak bernam NAZAM AZHAR ni bengong,bodoh,ompong makan taik sendiri,manusia apa ni anjing kurap .

Cikgu Murni: Pegawai PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) Sabak Bernam gadai maruah!!! Jadi anjing belaan Jamal!!! Dah tua pun bodoh! Susah sangat ke hidup dia, dapat RM50 sanggup sokong baju merah!!! Pak cik... keje kat pejabat byk tu, siapkan dulu...

Gaji kat PPD tu tak cukup ke, nak dedak jugak?!!! Hilang komitmen dalam kerjaya!!! Reputasi terjejas! Patut dipecat kerana berpolitik tetapi mewajibkan sekolah2 mengadakan program Hari Sukan Negara sedangkan kau tutup muka hadir Hari Beruk Merah Negara supaya tidak dikenali kononnya!

Patutlah tahap pendidikan dan pestasi sekolah2 di Sabak Bernam menjunam!!!! Pegawai PPD BODOH, BANGANG, PENGECUT!!!! Aku rasa dia belajar setakat SRP je!!! Tapi oleh sebab dia UMNO, dia dilantik jadi pegawai!!! (Inilah luahan hati masyarakat).

Jgn kau rasa selamat akan dosa yg kau lakukan wahai pengkhianat!!!

Tolong viralkan!

PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
PRESS RELEASE
SUNDAY 9 OCT 2016

PERBUATAN "SAMSENG BAJU MERAH" MEMALUKAN BANGSA MELAYU.

1. Perbuatan kumpulan baju merah untuk bertindak ganas terhadap anggota Bersih 5 sungguh-sungguh memalukan bangsa Melayu.

2. Jelas perbuatan provokasi dengan bertindak agresif secara fizikal mencerminkan sikap tidak bertamadun kumpulan samseng ini.

3. Negara ini adalah sebuah negara demokrasi di mana rakyatnya bebas menyatakan pendirian mereka. Hak ini termaktub dalam perlembagaan negara.

4. Baju merah tidak mewakili bangsa Melayu. Malahan mereka yang berfikiran cetek ini tidak boleh mendakwa bahawa mereka bertindak secara bodoh dan membuta tuli kerana ingin mempertahankan maruah Melayu. Nyata apa yang mereka lakukan hanya meruntuhkan pandangan masyarakat Malaysia dan dunia terhadap Melayu yang semakin lama semakin bercelaru pandangan mereka.

5. Bersih 5 tidak membawa sebarang isu perkauman. Ia tidak membawa mesej yang memperlekehkan atau berkonfrontasi dengan bangsa Melayu.

6. Apa yang dilakukan oleh Bersih 5 ialah untuk memastikan bahawa isu-isu meruncing dalam negara perlu diselesaikan dengan segera sebelum terlambat.

6. Bersih 5 mahukan negara ini diurus tadbir dengan baik dengan penuh semangat. Apakah agenda Bersih 5 yang tidak disenangi oleh Baju Merah? Atau adakah Baju Merah sendiri yang mempunyai agenda tersembunyi?

7.Baju Merah perlu belajar untuk hidup harmoni sebagai anggota masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ia perlu keluar dari kepompong perkauman yang telah ketinggalan zaman.

8. Apakah tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang telah memukul penunggang motosikal anggota anghota Bersih seperti yang dapat kita tonton dalam video yang telah diviralkan ke seluruh negara.

9. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak polis terhadap Jamal kerana beliau jelas telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bentidak lebih agresif lagi?

10. Siapakah Jamal apabila beliau berani mengeluarkan kenyataan sedemikian? Besar sungguh kah Jamal...atau beliau ada orang besar di belakangnya?

11. GKCM memandang serius tentang tindak tanduk ganas kumpulan bertamadun ini. Pihak polis tidak perlu mengambil masa yang lama untuk bertindak.

12. Rakyat Malaysia perlu menolak budaya samseng yang dibawa oleh kumpulan ini. Malahan kita perlu menolak pihak yang mendokongi kumpulan ini.

13. GKCM akan membulatkan tekad memberi sokongan yang padu kepada Bersih 5 setelah melihat undang-undang negara diperbodohkan oleh kumpulan Baju Merah.

14. Orang-orang Melayu juga perlu mengasingkan diri daripada kumpulan ini jika tidak mahu dilabelkan sebagai bangsa Melayu yang tidak rational.

BERANI KERANA BENAR

CIKGU KAMARULAZMAN
PRESIDEN GKCM

KENYATAAN MEDIA
AHAD 9 OKT 2016

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Vellfire, Persona Hangus Dalam Kemalangan
siakapkeli.my

SHAH ALAM, 9 Okt – Sebuah kereta Toyota Vellfire dan Proton Persona hangus selepas terbakar dalam satu kemalangan yang berlaku di persimpangan Eco Park Setia Alam di sini petang tadi.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, pihaknya menerima panggilan kecemasan tentang kejadian itu pada jam 3.18 petang dan apabila pihaknya tiba, didapati api sedang marak .

"Setibanya di tempat kejadian didapati api sedang marak di persimpangan tersebut. Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dan sebuah Proton Persona,"
katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian.

Sumber : Sinar Online

Pegawai Kastam Maut Kereta Dirempuh 4WD Dipercayai Tonto Ketika Kejar Penyeludup
siakapkeli.my

KOTA BHARU - Seorang pegawai kastam maut selepas kenderaan rasmi yang dinaiki olehnya dilanggar oleh pacuan empat roda dipercayai tonto.

Anisah Ali,54, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada jam 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kemalangan berlaku di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, pada jam 1.25 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika itu, mangsa bersama dua lagi anggota lelaki menaiki kereta dan mengejar kenderaan pacuan empat roda dipercayai penyeludup.

"Kejadian kira-kira jam 1.25 pagi itu, mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas dan pada masa sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkan terbabas dan melanggar pokok.

"Kereta mangsa bagaimanapun dirempuh dari belakang oleh satu lagi kenderaan pacuan empat roda lain dipercayai tonto.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dan komplikasi usus.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ab Rahman berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Sumber : Sinar Online, Harian Metro

Pegawai Kastam maut kereta dirempuh tonto

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU - Seorang pegawai Kastam wanita maut selepas kenderaan rasmi dinaiki dilanggar pacuan empat roda dipercayai tonto.

Anisah Ali,54, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, pada jam 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, kemalangan berlaku di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas, pada jam 1.25 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, ketika itu, mangsa bersama dua lagi anggota lelaki menaiki kereta dan mengejar kenderaan pacuan empat roda dipercayai penyeludup.

"Kereta mangsa bagaimanapun dirempuh dari belakang oleh satu lagi kenderaan pacuan empat roda lain dipercayai tonto.

"Tonto berkenaan terus menghimpit kereta mangsa hingga terbabas dan terlanggar pokok," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, tadi.

Ab Rahman berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:08 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ustaz Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS baharu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Menurutnya, faktor yang menyebabkan Datuk Ahmad Yakob dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan Mursyidul Am PAS, disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ustaz Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am PAS.

"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Haji Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.

Atas faktor itulah katanya, Tuan Guru Hashim Jasin dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura sebagai Musyidul Am PAS dan perlantikan itu juga turut dicadangkan sendiri oleh Ustaz DatukAhmad Yakob.

Beliau menjelaskan, mesyuarat tersebut berlangsung pada jam 4.00 petang, dengan dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob selaku Pemangku Mursyidul Am pada hari itu, setelah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Hashim Jasin Dilantik Mursyidul Am PAS Yang Baharu
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Tuan Guru Hashim Jasin telah dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din.

Pelantikan itu datang selepas Majlis Syura Ulamak PAS menerusi satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini, sebulat suara memilih dan melantik Tuan Guru Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

Sumber : Harakah Daily

PAS terus ikut panduan yang ditetapkan Haron Din - TG Hashim Jasin

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PETALING JAYA: Mursyidul Am baharu berkata PAS akan terus mengikut panduan politik yang ditetapkan penasihat terdahulu, Datuk Dr Haron Din.

Hashim Jasin menjelaskan tidak ada keperluan untuk beralih arah kerana panduan yang tersedia selaras dengan perjuangan Islam partinya, termasuk soal kerjasama dengan parti politik lain.

"Kita akan bekerjasama dengan siapa sahaja berdasarkan tahaluf (persefahaman), asalkan tidak bertentangan dengan prinsip PAS dan tidak melanggar hukum tuhan," katanya ketika dihubungi FMT.

Jawapannya itu menjawab sebarang spekulasi hala tuju PAS. Hashim diangkat menjadi mursyidul am baharu menggantikan Haron yang meninggal dunia pada September 15.

PAS dibawah nasihat Haron menyaksikan kerjasama dengan seteru lama, Umno. Pendekatan itu berbeza dengan pendekatan antagonistik di era Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata PAS hanya akan bekerjasama dengan parti yang bersetuju dengan perjuangan Islam bawaannya.

tajuk kecil: PAS tidak akan bergabung dengan Umno

Namun satu perkara yang jelas, katanya, PAS tidak akan bergabung dengan Umno.

"PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno (ke arah penggabungan). Presiden (Hadi) menetapkan pendirian yang kemas dan kuat dalam perkara ini, dan pendirian saya sama: kita tidak akan bergabung dengan Umno," tegasnya.

Mengenai cadangan semua parti pembangkang bersetuju untuk satu lawan satu menentang Umno dan BN pada pilihan raya akan datang, Hashim berkata masih terlalu awal untuk diputuskan.

"Kajian PAS Pusat berhubung tahaluf dan keadaan politik mutakhir ini belum dibincangkan secara mendalam. Kajian itu akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang dan saranan akan dimaklumkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan," jelasnya.

tajuk kecil: Tidak perlu sertai Bersih kalau merugikan PAS

Mengenai pembabitan dalam Bersih 5.0 yang akan berhimpun demi reformasi institusi dan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 19 November depan, Hashim berkata PAS tidak sertai acara itu sekiranya tidak menguntungkan parti.

"Bagaimanapun bergantung kepada keputusan muktamad parti yang akan diputuskan nanti. Mungkin terlalu awal untuk saya buat keputusan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata PAS tidak akan menyertai tunjuk perasaan itu kerana Bersih 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Berusia 31 Tahun Ambil PT3 Demi Capai Impian
siakapkeli.my

Semangat tidak berputus asa mendorong seorang calon persendirian, Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid, 31, (kiri) menduduki semula Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar di sini, hari ini. - UTUSAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 10 Okt. - Biarpun usianya sudah mencecah 31, itu tidak menjadi halangan bagi Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid untuk mengambil semula ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di SMK Long Gafar hari ini.

Nazrul tetap gigih menduduki semula ujian itu selepas pernah gagal sebelum ini demi mengejar impiannya untuk mendapatkan jawatan tetap sebagai pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Bapa kepada empat anak itu juga turut berkata jika gagal sekali lagi, dia akan menduduki ujian itu semula kerana impiannya itu tidak pernah padam.

"Jawatan saya sekarang adalah kontrak dan saya perlu menduduki PT3 untuk membaiki sijil saya bagi membolehkan memohon ke jawatan tetap.

"Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Nazrul ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu di SMK Long Gafar di sini hari ini.

Menurut Nazrul lagi dia hanya sempat mengikuti kelas tuisyen untuk menghadapi PT3 ketika ada masa lapang kerana sibuk bekerja.

"Saya juga mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3. Dia banyak membantu dengan berkongsi soalan-soalan untuk rujukan," katanya.

Seorang lagi calon, Noor Nabilah Zulkipli, 15, berkata, dia tiba di sekolah seawal pukul 7 pagi untuk menghadapi PT3 hari ini.

"Meskipun baru sahaja kehilangan ayah pada 1 September lalu akibat asma, itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.

"Untuk menghadapi PT3 saya banyak mengulangkaji di rumah selain memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar di dalam kelas.

"Selain itu, saya juga mengamalkan solat hajat setiap malam dan ini adalah usaha saya untuk mencapai keputusan semua A bagi menyambung pelajaran dalam aliran sains," katanya.

Sumber : Utusan Online

Tampar kepala warga emas: Lelaki didenda RM4,000

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Seorang lelaki pengendali pusat jagaan warga emas didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas dua pertuduhan masing-masing menyebabkan kecederaaan terhadap seorang warga emas dan tidak mendaftarkan pusat jagaan kendaliannya.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara 12 bulan atas pertuduhan menyebabkan kecederaan; dan RM2,000 atau penjara tiga bulan kerana tidak mendaftarkan pusat jagaan, ke atas M Sehgar setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Sehgar, 56, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wong Yoke Chan, 75, dengan menggunakan tangan di Pusat Jagaan All Mighty Old Folks Home, di Jalan Klebang Besar pada pukul 3 petang, 18 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh di tempat yang sama pada tahun 2013 didakwa tidak mendaftarkan pusat jagaan dengan cara sah dan didakwa mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993 memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika menjatuhi hukuman pertuduhan mencederakan warga emas itu, Analia berkata, Sehgar sepatutnya berperanan menjaga warga emas itu dengan sebaik-baiknya.

"Kamu sedar kamu pukul itu warga emas yang tiada tenaga untuk melawan... apa yang kamu buat tidak berperikemanusiaan," katanya.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa ASP Nora Yaacob manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama

Pekerja Wanita Dipaksa Beratur Dapatkan Ciuman Bos Setiap Pagi Untuk 'Rapatkan Hubungan'
siakapkeli.my

China - Semua pekerja wanita di sebuah syarikat di Beijing, China disuruh beratur untuk mendapatkan 'ciuman' dari bos setiap pagi sebelum memulakan kerja.

Menurut AsiaOne, bos di syarikat mesin kilang bir itu meletakkan peraturan tersebut bagi 'merapatkan hubungan baik antara rakan sekerja.'

Portal Xin Min Wang Daily dipetik berkata, staf di syarikat itu disuruh beratur untuk 'menerima' ciuman dari lelaki itu yang juga pemilik syarikat tersebut.

Amalan 'merapatkan hubungan' itu dilakukan antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari.

Menurut staf syarikat terbabit, bosnya mendapat idea itu dari sebuah syarikat di Amerika yang turut sama mengamalkan amalan tersebut.

Portal People.cn pula melaporkan, lelaki berkenaan berkata dia selalu ke luar negara dan menyaksikan amalan itu dilakukan di sebuah syarikat di Amerika.

Beliau mendakwa amalan itu boleh menjana perpaduan yang lebih untuh di syarikat itu dimana hubungan antara bos dan staf wanita ibarat 'ikan dan air'.

Malah dia juga mendakwa para pekerjanya lebih bersatu hasil dari amalan itu.

Orang ramai yang menonton video amalan itu ternyata terkejut selepas video terbabit menjadi viral di media sosial China.

Laporan juga mengatakan, kebanyakan staf wanita di syarikat itu patuh kepada peratura itu dan hanya dua orang sahaja yang letak jawatan kerana tidak dapat menerima amalan terbabit.

Sumber : Stomp, People.cn

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:09 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Penyata Bank 3.4Juta Ke Akaun Najib
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot
amenoworld.net

Jadi semalam ini yang kecohnya. Rakyat Malaysia bukan sahaja gagal mengakses laman Sarawak Report yang diblock di negara ini bahkan juga gagal berkongsikan link portal berkenaan di Facebook.

Pada semalam selepas mengemaskini portal dengan artikel baru, SR memilih untuk mengedarkan beberapa salinan yang dipercayai merujuk kepada penyata akaun milik Najib di laman FB rasmi mereka.

3 penyata ini menunjukkan berlakunya beberapa transaksi di antara bulan Feb 2015 dan Mac 2015. Sekitar 3.4 juta ringgit dimasukkan secara beransur-ansur. Ini berlaku pada tahun lepas tau! Pun begitu kita tetap perlukan pengesahan dan penjelasan dari pihak Najib Razak. Adakah penyebaran ini merujuk pada dokumentasi fitnah ataupun sebaliknya.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan menggesa mana-mana pihak agar melaporkan kepada SPRM sekiranya mengetahui mengenai penjawat awam yang dilihat hidup mewah.

"Saya rasa gaji penjawat awam adalah lumayan, dan cukup untuk hidup dalam kesederhanaan tetapi bukanlah dalam kemewahan. Jadi kalau nampak golongan yang terlalu mewah itu, tolonglah sama ada lapor SPRM atau keluarga nasihatlah sikit supaya bertaubat," katanya (Malaysiakini).
Adakah pendedahan ini merupakan satu cabaran terbuka dari SR kepada SPRM untuk menyiasat Najib Razak? Najib perolehi jumlah pendapatan sebanyak 100,000,00 sebulan termasukla pelbagai jenis elaun dan imbuhan (ikut kenyataan SR la) namun kemasukan 3.4j adalah diluar dari kemanpuan Najib. 34 kali ganda bezanya. Dari mana Najib perolehi wang-wang tersebut? Derma lagi ka? Marila menjelaskan pada kami semua. Takmau run run lagi tau.

AmenoWorld

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Islam Penting Buat Saya, Syurga Target Saya' - Mustafi
siakapkeli.my

LONDON - Nama Shkodran Mustafi kini semakin banyak diperkatakan dalam dunia bola sepak sehingga ada yang menyamakannya sebagai Tony Adams yang baru di Arsenal.

Pemenang Piala Dunia bernilai 35 juta pound (RM184 juta) itu, dilihat sebagai bayangan Adams, yang mana patung legenda itu berdiri megah di perkarangan Emirates.

Bekas kapten Gunners tersebut(Adams) merupakan bintang Arsenal yang cukup dihormati dalam sejarah kelab.

Mustafi Curi Tumpuan Dunia

Bagi yang belum tahu, Mustafi satu masa dahulu pernah meraih perhatian dunia apabila enggan memulakan sidang akhbar selagi botol bir yang diletakkan didepannya tidak dialih. Ketika itu dia bersama kelab Valencia.

Namun, Mustafi terpaksa akur kerana jenama bir itu merupakan penaja Valencia dan jenamanya perlu kelihatan dalam televisyen.

Mustafi, yang turut ditawarkan minuman keras ketika mengha­diri sebuah parti sewaktu mewa­kili Everton berkata: "Anda tahu, pada pengakhirannya saya menang pertarungan itu. Saya tidak mahu orang berfikir saya membantu mempromosikan minuman beralkohol tersebut.

"Akhirnya, botol itu kekal di letakkan di depan saya, tetapi kelab dan pengeluar minuman berkenaan memohon maaf kerana mereka memahami orang Islam tidak boleh mengambil alkohol. Kini di Valencia mereka menghormati pengangan agama orang lain."

Baru-baru ini, Mustafi muncul dalam satu temurahan dimana dia menegaskan pendiriannya tentang Islam dengan berkata Islam adalah penting untuknya.

"Sebagai seorang muslim, solat amat penting berbanding perkara lain, walaupun kadang kala perjalanan jauh menyebabkan kesukaran saya menunaikan kewajipan itu.

Kejuaraan Eropah juga menyukarkan saya, kerana berlangsung ketika bulan Ramadan dan mustahil untuk saya mengehadkan pengambilan makanan dan minuman.", kata Mustafi menerusi satu temuramah dengan akhbar Jerman, Bild.

"Agama amat penting buat saya dan karier. Ia banyak membantu saya. Pada akhirnya, sebagai insan seperti mana orang lain di bumi ini, saya juga mahu masuk syurga. Itu sasaran utama saya. Jika saya bermain buruk sekalipun, dunia tidak akan berakhir," katanya yang menyimpan impian untuk ke Mekah.

Bagi penulis, Mustafi merupakan seorang ikon penting dalam dunia Islam yang dilihat mampu memperbetulkan tanggapan orang bukan Islam terhadap Islam khususnya di barat.

Islamophobia di barat dilihat semakin teruk lebih-lebih lagi apabila ada pihak tertentu yang mempolitikkan perkara tersebut.

Selain Mustafi, Mesuit Ozil juga merupakan pemain bola berkelas dunia yang menganut agama Islam dan turut mencuri tumpuan dunia apabila dia dilihat berada di Mekah bagi menunaikan Umrah baru-baru ini.

Sumber : Mirror, Utusan Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



PAS kunci satukan pembangkang, kata Muhyiddin

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP "mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu".

"Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu dan disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah membincangkan perkara itu.

"Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu," katanya.

Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai perdana menteri.

Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai "PAS penting dalam agenda kami" dan wujud percanggahan dalam PAS "tetapi itu adalah isu yang perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang setuju dan orang lain pula membantah".

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi PAS sebelum ini "bukan semuanya disebabkan undi Melayu", tetapi kerana pakatan mereka dengan DAP.

"Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka, vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti lain juga, khasnya Amanah dan DAP."

PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.

Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama bagi mengelakkan undi pecah.

Cybertrooper Umno menyesal, mohon maaf sebarkan fitnah sebelum ini
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
BERMACAM fitnah pernah dilontarkan kepada Himpunan Bersih, gerakan menuntut Pilihanraya yang Bersih dan Adil. Bersih pernah difitnah sebagai mahu memperjuangkan seks bebas, mahu membuat huru hara di Kuala Lumpur, membekalkan bom petrol kepada peserta dan banyak lagi fitnah yang dilontarkan terhadap bersih sebelum ini, you name it.

Langit tak selalu cerah, individu yang terlibat melontarkan pelbagai fitnah terhadap Bersih tampil meluahkan rasa kesal sambil memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya melakukan fitnah sebelum ini.

Beliau mendakwa turut menerima kifarah akibat perbuatannya membantu pemimpin zalim untuk kekal memerintah sebelum ini.

Berikut pengakuan Ratu Naga, salah seorang cybertrooper penyokong kuat Barisan Nasional yang tidak asing lagi di dunia internet membuat pengakuan berani melalui akaun facebook miliknya:

"Teringat dulu masa sebelum PRU13. Kami semua di feed kan untuk sebarkan agenda BERSIH konon songsang. Saya sampai keluarkan duit sendiri taja belanja & tenet pada kawan-kawan yang tidak berkemampuan untuk berjuang naikkan BN dan fitnah serta burukkan BERSIH, pembangkang & Ambiga.

Macam-macam grafik kami sebarkan dan kami tulis, padahal ia tak benar, masa itu saya ingat BN yang terbaik nak jaga kebajikan rakyat dan negara. Tak sangka pula lepas Najib naik semua jadi sebaliknya.

Menyesal saya, sekarang ni kifarah saya terima kerana bantu pemimpin zalim kekal memerintah. Macam mana saya nak tebus semua kembali supaya tahu saya dah buat kesilapan dulu. Maafkan saya, saya sangat kesal apa yang dah kami lakukan,"

Dari pengakuan ini, jelas sekali cybertrooper Umno di 'feed' (dibekalkan) dengan bahan-bahan fitnah untuk disebarkan bagi menyerang pembangkang dan juga Bersih. Ini menggambarkan Umno dan Barisan Nasional memiliki organisasi fitnah yang tersusun dan Ratu Naga ini mungkin sekadar penyebar level pertengahan ke bawah.

Nampaknya ini satu permulaan sebelum lebih ramai tukang fitnah 'level atasan' bakal didedahkan satu persatu. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Ratu Naga

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/cybertrooper-umno-menyesal-mohon-maaf.html#ixzz4MgOECHsW

Tutup kerjasama dengan DAP, hasrat akar umbi PAS

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, YB Ustaz Nasruddin Hassan berhubung kerjasama PAS dengan parti-parti yang lain di dalam pilihan raya umum yang akan datang merupakan satu kenyataan yang menggambarkan hasrat akar umbi PAS khususnya selepas Muktamar Tahunan PAS pada tahun 2015.

Di dalam kenyataan tersebut, Ustaz Nasruddin menyatakan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.

Adalah diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang telah melanggar prinsip kerjasama di dalam Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui menjelang pilihan raya umum 13 yang lepas. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ketiga-tiga pimpinan parti PAS, DAP dan PKR masing-masing telah bersetuju untuk berpegang kepada prinsip 'agree to disagree' di dalam isu prinsip dan dasar parti masing-masing.

Manakala di dalam isu untuk menegakkan keadilan ekonomi dan memastikan negara yang bakal dibentuk merupakan negara yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan, ketiga-tiga parti ini bersepakat untuk menggerakkan kebangkitan rakyat kea rah memastikan hasrat ini tercapai.

Namun, situasi berubah dengan mendadak selepas pilihan raya umum ketiga belas yang lepas. DAP mula mengeluarkan pelbagai kenyataan berbentuk provokasi terhadap pimpinan PAS khususnya YB Tuan Guru Datuk Seri Presiden.

Kronologi yang bermula dengan DAP Sarawak yang memutuskan hubungan dengan PAS Sarawak sehinggalah kepada pengisytiharan DAP yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS adalah kemuncak provokasi yang membawa kepada usul daripada Dewan Ulamak PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP di dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun lepas.

DAP dalam situasi hari ini adalah parti yang berbeza berbanding DAP yang pernah menjalinkan hubungan dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat sebelum pilihan raya umum yang lepas. Jika sebelum ini, DAP lah yang berperanan untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua agar tidak bimbang dengan agenda hudud kerana ia sama sekali tidak melibatkan kaum bukan Islam.

Namun pada hari ini, DAPlah yang berada di barisan hadapan untuk membantah Rang Undang-undang untuk meminda Akta 355 yang hanya bertujuan untuk mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah. DAP hari ini telah mula membuktikan dengan jelas bahawa ia merupakan sebuah parti yang sangat anti kepada usaha untuk memerkasakan undang-undang syariah di negeri ini.

Justeru, DPPM menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat berhubungan penegasan bahawa tiada kerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Dalam hal ini, kita mengajak seluruh masyarakat Malaysia termasuk kaum Cina untuk turut bersama-sama menolak parti yang tidak berprinsip seperti DAP.

"Bertekad Melebar Muafakat"
"Inilah Penyelesaian Kita"

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Oct 10, 2016 8:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Takutnya Saya Dengan Ekonomi Negara Sekarang...", Datuk Terlajak Laris' Luah Rasa Bimbang
siakapkeli.my

Pengasas D'Herbs Healthy Sdn. Bhd., Datuk Aliff Syukri Kamarzaman hari meluahkan rasa bimbangnya dengan keadaan ekonomi negara yang dilihatnya semakin menghimpit dari sehari ke sehari.

Alif Syukri, yang terkenal dengan nama 'Datuk Terlajak Laris', meluahkan perkara itu menerusi Facebook rasminya.

Menurut belau, peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan semua perniagaan mengalami penurunan dari segi jualan selain mengakui perniagaannya dalam bidang kecantikan dan kosmetik turut terjejas akibat kenaikan kos sara hidup rakyat.

Lantaran itu, syarikatnya terpaksa berhijrah ke Thailand bagi meneruskan kelangsungan perniagaannya.

"‎Betapa takutnya saya dengan ekonomi negara sekarang. Melihat kos sara hidup melambung tinggi dan bisnes semakin menurun.

"Ini menyebabkan syarikat saya terpaksa berhijrah ke Thailand dan paling mengecewakan nilai mata wang Thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi," katanya.

Disebabkan itu katanya, agak sukar untuk melihat warganegara Thailand datang bekerja di negara ini berbanding empat tahun lepas.

Menceritakan momen lawatannya ke Australia yang dibuat atas tujuan perniagaan, Aliff berkata, ramai anak Melayu dipandang hina orang masyarakat Australia dek kerana lambakan pekerja Malaysia di sana.

"Ketika saya melawat untuk tujuan bisnes di Australia, saya melihat banyak wajah anak-anak melayu dipandang rendah oleh orang Australia kerana lambakan pekerja orang Malaysia yang bekerja sebagai buruh kasar yang tidak diiktiraf; seperti tukang sapu, pemetik buah dan banyak lagi.

"Sehinggakan bila saya memaklumkan saya dari Malaysia, mereka memanggil saya dengan sinis 'Yaa Ohh are you farmer boy', sekaligus memburukkan nama Malaysia. Mengapa mereka berhijrah menjadi buruh kasar?", tulis Alif

Selain itu, beliau juga berkata kerana keadaan ekonomi sekarang, ramai pekerja yang terpaksa berniaga secara 'part-time' kecil-kecilan sekaligus menimbulkan perasaan bimbangnya jika kadar peniaga dan pembeli tidak seimbang.

"Malah sekarang ini ramai pekerja yg terpaksa berniaga secara 'part-time', sekali gus wujud lebih ramai peniaga kecil dari pembeli. Kalau lebih ramai peniaga dari pembeli, macam mana nak berniaga dan siapa pula yang akan membeli?," soalnya.

"Saya berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami", tulisnya mengakhiri status itu.

Aliff Syukri Terlajak Laris
Betapa takutnya saya dgn ekononi malaysia skrg😰😰😰.. Melihat kehidupan Sekarang kos sara hidup yg melambung tinggi dan bisnes smakin menurun Dlm semua bidang .. Ini menyebb kan comp sy berfikir utk meluaskan perniagaan sy di merata tempat di negara2 asia dan paling mengecewakan duit dinegara thailand jauh lebih tinggi dan gaji mereka jauh lebih tinggi dan sukar kita melihat org thailand bekerja di malaysia berbanding 4tahun lepas.......
.
.
Malah 1 persatu kilang2 jenama gergasi di malaysia ni telah.. Tutup dan brpindah ke negara lain... Mengapa dan sebb apa?? Cuba bygkan 2thn akan dtg Apa yg trjd pd malaysia... Ketika saya melawat utk tujuan bisnes di astralia sy melihat banyak wajah anak2 malayu dipandang rendah oleh org astralia kerana lambakan pekerja org malaysia bekerja sabgai buruh kasar yg tidak diitiraf sperti tukang sapu,pemetik buah dan byk lagi sehinggakan bila saya memaklumkan sy dr malaysia mereka memanggil saya dengan sinis ya oohh a u fammer boy 😥😥.. Sekaligus memburukkan nama malaysia..😥😥 mengapa mereka behijrah menjadi buruh kasar???
.
.
Malah Sekerang ni ramai pekerja yg terpaksa berniaga part time dan wujudnya lebih ramai peniagaa kecil kecilan dr pembeli.... Klau lbh ramai perniaga dr pembeli.. Mcm mn nk brniaga.. Siapa yang akan membeli... ???
.
Sy berdoa agar..majulah malaysia demi rakyat marhen seperti kami🙏

Jahanamlah Bisnes Kamu Alif Syukri Kerana Tidak Tahu Bersyukur Kata Penyokong Najib Susulan Luahan DAS Terhadap Keadaan Ekonomi Malaysia.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Amboi. Langsung tak boleh kritikan pula kat negara neh gamaknya. Seperti kita, Datuk Aliff Syukri juga rakyat Malaysia. Makanya dia juga ada 1 suara yang bebas lagi demokrasi untuk meluahkan pendapatnya. Selagi mana dia tidak menyebarkan fitnah dan menyelewengan dari maklumat yang sedang disampaikan, ape salahnya kita meraikan perbezaan pendapat? Jika tidak bersetuju sekalipun, luahkan guna hujah. Bukannya berdasarkan emosi marah.

Pada semalam, DAS telah meluahkan pendapatnya tentang keadaan ekonomi negara. Dia menulis luahan tersebut menerusi dinding Facebook rasminya. DAS menulis bagaimana dia terpaksa pindahkan HQ dari Malaysia ke Thailand atas faktor kos. DAS turut mengatakan yang matawang Thailand kini telah meninggalkan Ringgit Malaysia. Kadar tukaran tidak sama seperti 4 tahun yang lepas. Di samping itu DAS turut menulis bahawanya ketika dia melakukan lawatan kerja ke Australia baru-baru ini, orang tempatan memanggilnya sebagai 'farmer boy' dek ramainya rakyat Malaysia yang ke Australia demi mencari rezeki disebabkan kesukaran hidup di Malaysia.

Namun luahan itu mendapat balasan negatif dari penyokong2 Najib Razak. DAS kemudiannya telah diserang dan dikritik hebat oleh penyokong2 UMNO di laman sosial.

Salah seorang yang mengkritik DAS ;

Perghhh. Marah gila. Padanla. Sofea duduk di Australia. Bukan duduk di Malaysia. Silap-silap kalau dia tinggal di Malaysia, dia yang laju-laju maki hamun Najib. Hahahaha.

Sebenarnya point Alif Syukri ialah ramai orang ke Australia cari makan kerja kutip buah. Apa yang fitnahnya? Memang ramai rakyat kita ke sana untuk bekerja. Sampai ada yang ditipu-tipu. Bukan dia kata semua yang kerja kat sana kerja buruh kasar. Tak faham sangat kenapa makcik Sofea nak marah-marah. Siap menyumpah orang bagai lepas tu Insya Allah. Hahaha lawaknya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: