Monday, October 10, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4603

11 Messages

Digest #4603

Messages

Sun Oct 9, 2016 6:09 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Indonesia dan Thailand ketawakan politik Malaysia.Lagi lah Singapore..

On Sunday, October 9, 2016 2:30 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

| Pahit tapi benar, pembangkang perlukan PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 

PETALING JAYA: Tiada pakatan pembangkang yang akan mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) tanpa penyertaan PAS, kata penganalisis politik.

Faisal S Hazis dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian bersetuju dengan bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim yang pembangkang perlu mengetepikan politik kaum dan agama.Tetapi, mereka berkata Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan mampu mencapai kemenangan jika PAS tidak bersama mereka.Dalam ucapannya pada Isnin, Zaid mendesak parti pembangkang untuk fokus kepada prinsip asas berbanding penyelesaian "pantas" dan katanya mereka patut mengeluarkan PAS daripada mana-mana pakatan pembangkang.Sementara itu, Faisal berkata cadangan Zaid itu tidak realistik dalam konteks memenangi pilihan raya umum."Untuk menewaskan BN, anda perlu jadi alternatif kepada Umno, yang boleh memenuhi keperluan, dan anda perlu ingat keperluan itu berbeza mengikut tempat," katanya kepada FMT.Keperluan MelayuBeliau berkata sebagai contoh keperluan masyarakat Melayu di selatan seperti Johor, berbeza dengan keperluan komuniti Melayu di pantai timur."Umno berdepan kepelbagaian dalam susah payahnya. Tidak ada parti boleh cabar dominasinya dalam kawasan Melayu, selain PAS," katanya.Katanya, cabaran pembangkang ialah membawa PAS kembali dalam pakatan pembangkang sementara mencapai kata sepakat apa yang perlu dibuat untuk maju ke depan, termasuk naratif yang hendak digunakan untuk pengundi Malaysia.Ibrahim memberi pendapat yang hampir sama dan berkata Zaid perlu ingat yang PAS mungkin mempunyai sokongan besar dan ini bermakna parti pembangkang perlu berkompromi untuk memperbaiki peluang mereka menewaskan BN."Meskipun ahli politik perlu menegakkan prinsip, mereka juga perlu memasukkan prinsip itu dengan realiti."Kadangkala anda perlu bekerja dengan parti yang tidak setuju sepenuhnya dengan agenda anda tetapi boleh menyediakan kemenangan," katanya kepada FMT.Zaid berkata gabungan Pakatan Rakyat berpecah kerana ia tidak berdasarkan prinsip yang dikongsi bersama.Beliau turut memberikan komen terhadap usaha Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertembungan 1 lawan 1 dengan BN."Idea mendapatkan 1 lawan 1 dilakukan oleh mereka yang mahu jadi perdana menteri."Apa yang mereka patut buat ialah merayu undi untuk pertandingan 1 lawan 1 berdasarkan kepada kepercayaan kesaksamaan dalam politik, tidak diskriminasi dan perjanjian untuk mempertahankan maruah semua rakyat Malaysia," katanya. 
| PKR, Pas masih lagi bekerjasama

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, parti itu akan meneruskan kerjasama dengan Pas, khususnya dalam pentadbiran di Selangor.

Menurut Tian Chua, di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu kerjasama berkenaan akan tetap diteruskan selepas ini."Tidak timbul isu PKR tidak akan jalinkan lagi kerjasama dengan Pas selepas ini memandangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan di Selangor," katanya, semalam. Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Tian Chua bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu."Pasal Nasrudin, saya tak nak komen tapi kita memang masih meneruskan kerjasama dengan Pas," katanya. 
| Dendam DAP Terpercik Ke Muka Sendiri

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 "

Ketika PAS mendakwa dikhianati oleh bekas wakil rakyatnya yang  melarikan kerusi dan meminta mereka meletakkan jawatan, pelbagai alasan diberikan oleh mereka yang berseteru dengan PAS. Golongan pro-DAP dan PKR  sanggup pula bersekongkol dengan golongan politikus durjana yang akhirnya membentuk PAN.

Begitu juga apabila PAS menegaskan untuk mengambil (bertanding)  kembali  kerusi-kerusi yang dipinjamkan kepada rakan sekutu Pakatan Rakyat, mereka mendakwa tiada kerusi tradisi bagi satu-satu parti. Tiada istilah kerusi pinjam. Kini, DAP dan PKR rasa yang PAS pernah alami. Wakil rakyat DAP bagi kerusi Likas, Junz Wong keluar parti.   DAP minta beliau agar letak jawatan. Manakala Adun Klias Datuk Seri Lajim Ukim serta Adun Moyog Terrence Siambun – kedua-duanya daripada PKR mengumumkan keluar parti dalam satu majlis bersama di Kota Kinabalu.Marah benar DAP dengan pengkhianatan oleh wakil rakyat mereka. Tetapi bukankah dulu, DAP tidak mengganggap pemimpin yang melarikan kerusi PAS sebagai pengkhianat? DAP ketawa dan meraikan pula manusia yang  tidak bermaruah itu. Malah akhirnya mereka  mengajak pula golongan itu menubuhkan Pakatan Harapan.Begitu juga apabila DAP dan PKR hendak bertanding semula di Sungai Siput pada PRU14 nanti. Naib Pengerusi DAP Perak menyatakan hasrat untuk bertanding semula di kerusi yang diberi pinjam kepada PSM. Bukankah semasa PAS guna istilah  " kerusi pinjam", kamu kata tiada istilah kerusi pinjam. Kena kepada kamu, ada pula istilah kerusi pinjam. Kan haprak tu.Inilah sebahagian sandiwara politik oleh golongan oportunis. Golongan ini mendakwa dengan seribu hujah bertaraf 'akademik longkang'. Mereka boleh membentang dokumen dengan fakta palsu demi menegakkan benang basah. Mereka megah dengan title professional, pintar berbahas, istilah rahmatan lil 'alamin, CAT (competency, accountability, transparency dan kerajaan Khalifah Umar Abdul Aziz. Rakyat menjadi keliru lantas membantai PAS dari kiri dan kanan.Kesimpulannya, motif tulisanku ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat wajah-wajah sebenar pelakon opera yang mementaskan politik palsu dan jelek. Saksikanlah. "................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah 
| Zuraida tolak pandangan Zaid Ibrahim nak singkirkan PAS

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 

Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin berkata keadaan semasa negara adalah sebab mengapa terdapat keperluan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pucuk pimpinan negara.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada bekas ahli parlimen Datuk Zaid Ibrahim yang mengingatkan pengundi bahawa negara ini tidak akan menjadi lebih baik jika perdana menteri ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang."Memandangkan keadaan semasa di Malaysia - pengundi masih tidak diberi kuasa di peringkat politik - kita perlu membawa beliau (Najib) turun terlebih dulu."Turunkan dia dan seluruh kerajaan Barisan Nasional," kata Zuraida kepada Malaysiakini.Ahli parlimen Ampang itu juga menekankan kepentingan pertandingan satu lawan satu, sebagai respons kenyataan Zaid bahawa idea berkenaan kini digunakan oleh indivitu tertentu yang berminat mengintai jawatan perdana menteri."Kita perlu memikirkan kepentingan rakyat terlebih dulu (dan) mungkin bercakap tentang perkongsian kuasa sebaik saja kita menang," katanya."Untuk itu, kita perlu pertandingan satu lawan satu," tegas beliau.Tanpa menyebut nama, Zaid berkata kini terdapat seorang lagi calon yang ingin mengintai jawatan perdana menteri dan berjanji membawa PAS ke meja rundingan bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.Pemimpin ini, katanya, akan berperanan untuk merundingkan agihan kerusi kerana PAS menolak untuk berkomunikasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN). 
| Anwar mahu HARAPAN, BERSATU berunding dengan PAS
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net |

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau setuju supaya rundingan dilakukan antara Pakatan Harapan (HARAPAN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bagi mengukuhkan pembangkang di negara ini.

Malah, beliau berkata, perbincangan bersama Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini juga menjurus kepada peningkatan usaha kerjasama antara BERSATU dan HARAPAN."Ya, ya kita setuju ada rundingan dengan PAS.

"Saya alu-alukan kehadiran dia (Muhyiddin) dan kita akan tingkatkan kerjasama dan kita minta PKR dan Pakatan Harapan berbincang dengan dia untuk adakan kerjasama."Kita bincang usaha tingkatkan kerjasama bersama Pakatan Harapan dan BERSATU dan supaya dapat berunding dengan semua parti-parti pembangkang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perbicaraan kes fitnahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Selain itu, ketika ditanya sama ada PAS akan dimasukkan dalam 'pakatan pembangkang baru' berkenaan, Anwar berkata rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu."Runding dulu kemudian kita tengok persetujuan bersama," katanya.  http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/ "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv5232241540 #yiv5232241540 -- #yiv5232241540ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp #yiv5232241540hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp #yiv5232241540ads {margin-bottom:10px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp .yiv5232241540ad {padding:0 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp .yiv5232241540ad p {margin:0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mkp .yiv5232241540ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ygrp-lc #yiv5232241540hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ygrp-lc .yiv5232241540ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity span {font-weight:700;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity span span {color:#ff7900;}#yiv5232241540 #yiv5232241540activity span .yiv5232241540underline {text-decoration:underline;}#yiv5232241540 .yiv5232241540attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv5232241540 .yiv5232241540attach div a {text-decoration:none;}#yiv5232241540 .yiv5232241540attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv5232241540 .yiv5232241540attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv5232241540 .yiv5232241540attach label a {text-decoration:none;}#yiv5232241540 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv5232241540 .yiv5232241540bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv5232241540 .yiv5232241540bold a {text-decoration:none;}#yiv5232241540 dd.yiv5232241540last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5232241540 dd.yiv5232241540last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv5232241540 dd.yiv5232241540last p span.yiv5232241540yshortcuts {margin-right:0;}#yiv5232241540 div.yiv5232241540attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv5232241540 div.yiv5232241540attach-table {width:400px;}#yiv5232241540 div.yiv5232241540file-title a, #yiv5232241540 div.yiv5232241540file-title a:active, #yiv5232241540 div.yiv5232241540file-title a:hover, #yiv5232241540 div.yiv5232241540file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5232241540 div.yiv5232241540photo-title a, #yiv5232241540 div.yiv5232241540photo-title a:active, #yiv5232241540 div.yiv5232241540photo-title a:hover, #yiv5232241540 div.yiv5232241540photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv5232241540 div#yiv5232241540ygrp-mlmsg #yiv5232241540ygrp-msg p a span.yiv5232241540yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv5232241540 .yiv5232241540green {color:#628c2a;}#yiv5232241540 .yiv5232241540MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv5232241540 o {font-size:0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540photos div {float:left;width:72px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540reco-category {font-size:77%;}#yiv5232241540 #yiv5232241540reco-desc {font-size:77%;}#yiv5232241540 .yiv5232241540replbq {margin:4px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg select, #yiv5232241540 input, #yiv5232241540 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg pre, #yiv5232241540 code {font:115% monospace;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-mlmsg #yiv5232241540logo {padding-bottom:10px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-msg p#yiv5232241540attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-reco #yiv5232241540reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-sponsor #yiv5232241540ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv5232241540 #yiv5232241540ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv5232241540

Sun Oct 9, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Enjin jet TUDM hilang terbang sendiri tiada siapa bersalah
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
SATU masa dahulu kecoh kisah enjin jet TUDM hilang, ramai yang mempersoalkan bagaimana enjin jet yang 'besar gedabak' boleh hilang, lebih lucu dikatakan hanya pegawai pangkat rendah TUDM yang didakwa di mahkamah.

Kisah enjin Jet hilang ini begitu popular dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara. Antara pemimpin yang sering membangkitkan isu itu ialah saudara Mat Sabu sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

Tindakan mendakwa pegawai biasa TUDM itu dikatakan tidak logik, bagaimana pegawai biasa ada kemampuan untuk memikul dan membawa keluar enjin jet yang berat dan besar tanpa dapat dikesan?

Seolah-olah prosedur keselamatan TUDM terlalu longgar, sampaikan enjin sebesar itu boleh lesap, bukan satu tapi dua.

Akhirnya telahan itu jelas jadi kenyataan, pegawai yang didakwa di mahkamah telah dibebaskan tanpa perlu membela diri pun.

Kesimpulannya, enjin pesawat TUDM yang hilang telah terbang sendiri tanpa ada sesiapa pun curi, tiada siapa yang bersalah. Wang rakyat beratus juta ringgit hilang begitu sahaja larut dalam tiupan angin.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/enjin-jet-tudm-hilang-terbang-sendiri.html#ixzz4MUKU7uM2

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketika Membaca Al Quran Di Rumah, Adakah Wajib Perempuan Memakai Tudung Atau Telekung

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Soalan; ustaz, ketika membaca al-Quran di rumah, adakah wajib kami orang perempuan menutup kepala. Adakah berdosa jika baca al-Quran dengan nampak rambut?

Jawapan;

Ketika membaca al-Quran dituntut memakai pakaian yang bersopan, berada di tempat yang elok dan dalam kedudukan yang elok, sesuai dengan ketinggian al-Quran. Namun tidaklah wajib menutup aurat dengan penuh sebagaimana ketika berada di luar rumah(1). Wanita yang membaca al-Quran dalam rumah tidak wajib menutup kepalanya (yakni memakai tudung). Syeikh 'Atiyah Saqar dalam fatwanya menyebutkan; "Diharuskan/dibolehkan seorang wanita membaca al-Quran dengan kepala terdedah atau dengan berpakaian yang biasa di pakai dalam rumah, asalkan tidak ada lelaki ajnabi yang melihatnya. Namun yang terbaik ialah dia memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, berwudhuk dan mengadap ke arah kiblat, supaya bertambah pahalanya".

Wallahu a'lam.

Rujukan; Fatawa Dar al-Iftak, Mesir; 8/419 (Syeikh 'Atiyah as-Saqar, Mei 1997).

Nota;

(1) Aurat wanita ketika bersendirian ialah; antara pusat dan lutut, yakni ketika bersendirian dibolehkan dia mendedahkan tubuhnya kecuali kawasan antara pusat dan lutut; wajib ditutup, tidak boleh didedahkan sekalipun bersendirian (Hasyiyah al-Bujairmi, 1/449).

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



pada Najib, Jangan Jual Syarikat Bumiputera Lagi, Saham Makin Sikit - Kali Ini Anak Syarikat MISC Bakal Lesap.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

PENGAMBILALIHAN MISC INTEGRATED LOGISTICS SDN BHD ("MILS"), ANAK SYARIKAT KEPADA MISC BERHAD ("MISC"), OLEH SWIFT HAULAGE SDN BHD ("SWIFT") YANG DIKUASAI DAN DIMILIKI OLEH LOO HOOI KEAT

1. Pada 9 Mei 2016, MISC, anak syarikat pegangan majoriti Petroliam Nasional Berhad ("PETRONAS") telah membuat pengumuman di Bursa Malaysia bahawa MISC telah mementerai satu Perjanjian Jual Beli Saham Bersyarat bagi melupuskan pegangan 100% ekuiti MISC di dalam MILS kepada SWIFT. SWIFT diberi masa selama enam (6) bulan dari tarikh pengumuman itu untuk melengkapkan urusan berkaitan pengambilalihan tersebut.

2. MILS adalah sebuah syarikat logistik bersepadu (integrated logistics) yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pintu-ke-pintu termasuk pengurusan logistik kargo projek mega, pengangkutan darat, laut dan udara, perkhidmatan gudang, pelepasan cukai dan pelbagai aktiviti berkaitan logistik. MILS adalah antara peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan.

3. Penjualan MILS kepada SWIFT bertentangan dengan dasar semasa kerajaan untuk menambah pegangan saham ekuiti Bumiputera di dalam syarikat korporat tempatan berkeupayaan tinggi melalui penswastaan anak-anak syarikat berkaitan kerajaan.

4. Pihak pengurusan MISC menjual MILS kerana berpendapat bahawa perniagaan MILS adalah bukan teras dan secara strategik tidak relevan kepada MISC yang bersaing lebih di arena perkapalan antarabangsa khususnya di dalam bidang minyak dan gas. Itu adalah benar, kerana hakikatnya perniagaan MILS lebih bersifat domestik tetapi sebagai peneraju utama industri logistik bersepadu tempatan, MILS memainkan peranan penting dalam menyokong dan membangun aktiviti ekonomi tempatan.

5. Pengambilalihan ini akan memberi kesan kepada kesinambungan status pekerjaan pekerja-pekerja MILS sekarang ini yang 90%, atau lebih kurang 1,100 orang adalah pekerja Bumiputera. Sebahagian besar daripada pekerja ini mungkin akan dibuang kerana pengurangan pekerja kerana pertindihan fungsi adalah satu tindakan lazim selepas penyatuan dua syarikat yang menceburi bidang yang sama.

6. MILS sebagai salah sebuah syarikat logistik bersepadu tempatan besar yang dikuasai pengurusan Bumiputera menjadi platform untuk melahirkan professional Bumiputera berskil tinggi di dalam bidang logistik dan juga menawarkan ruang untuk melatih generasi muda di dalam bidang teknikal berkaitan dengan logistik seperti penyelenggaraan lori peneraju utama, trailer dan juga sebagai pemandu professional.

7. Antara faktor utama kejayaan model perniaagan MILS adalah pemilikan aset hartanah di lokasi strategik termasuk tanah lapangan, dan gudang simpanan kering dan sejuk. MILS memiliki 140 ekar tanah dan 760,000 kaki persegi gudang di lokasi strategik. MILS juga memiliki hampir 300 unit lori peneraju utama dan 800 trailer. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT akan menyebabkan pemilikan aset bukan kewangan Bumiputra berkurang.

8. Apabila syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ingin melupuskan pegangan ekuiti di dalam anak syarikat mereka, keutamaan sepatutnya diberi kepada syarikat Bumiputera yang mempunyai merit. Penjualan ekuiti MILS kepada SWIFT, jika diteruskan juga, akan menyebabkan penglibatan Bumiputera di dalam sektor strategik seperti logistik tempatan berkurangan dan menambah ketidakseimbangan penguasaan ekonomi di dalam sektor ini.

9. Nasib pengusaha Bumiputera yang sekarang bernaung dengan MILS juga akan terjejas. Dianggarkan sebanyak RM60 – 70 juta kontrak telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera ini setiap tahun terutama di dalam bidang yang sukar untuk mereka menembusi pasaran seperti penyelengaraan lori peneraju utama, 'high pressure tankers', trailer paniang, dan juga pembekalan dan pelembaran tayar lori dan trailer. Penjualan ini akan menyebabkan peluang perniagaan kontraktor-kontraktor Bumiputera yang benaung di bawah MILS turut terjejas.

10. MILS menyediakan perkhidmatan logistik bersepadu yang amat penting untuk melengkapkan dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan usahawan Bumiputera. Jika MILS dikuasai bukan Bumiputera, pemantapan ekosistem yang kondusif untuk melahirkan usahawan Bumiputera yang berdaya saing mungkin akan terjejas.

11. SWIFT dikuasai oleh Loo Hooi Keat. Loo Hooi Keat sebelum ini merupakan rakan niaga majoriti dalam Konsortium Perkapalan Berhad yang telah diselamatkan oleh MISC / PETRONAS pada 1998. Sebaik sahaja diselamatkan, Loo dan rakan niaganya menubuhkan Konsortium Logistik Berhad ("KLB") yang kemudiannya dilupuskan sepenuhnya kepada Ekuinas pada tahun 2010. Dengan hasil daripada pelupusan, Loo menubuhkan Swift, menyuntiknya dengan Yinson Haulage Sdn Bhd, dibeli dari Yinson Holding. Berdasarkan rekod ini, kami percaya pengambilalihan MILS oleh SWIFT bukan niat ikhlas untuk membangunkan MILS tetapi lebih kepada satu inisiatif muslihat pelaburan (investment flipping exercise).

12. Umum juga mengetahui bahawa Loo Hooi Keat masih belum membayar wang pampasan yang diterima daripada Ekuinas kepada barisan pengurusan KLB susulan penjualan KLB kepada Ekuinas sebelum ini.

13. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga selaku Pengerusi Majlis Ekonomi Bumiputera harus campur tangan dan mengambil tindakan serta-merta untuk membatalkan cadangan pengambilalihan syarikat MILS oleh SWIFT.

14. Pihak pengurusan MILS semasa yang diwakili penuh ZAYM CAPITAL PARTNERS PLT/ZAYM CAPITAL SDN BHD (ZAYM) harus diberi keutamaan mengambilalih syarikat MILS. Pengurusan MILS telah mengenal pasti sumber kewangan kukuh untuk membiaya sepenuhnya pengambilalihan ini.

15. Pengurusan MILS berhasrat untuk menubuhkan satu Skim Pegangan Ekuiti Amanah Pekerja di dalam syarikat MILS kepada seluruh warga pekerja MILS yang layak untuk merealisasikan kesinambungan pemilikan bagi tujuan penjajaran matlamat dan objektif korporat. Pengurusan MILS juga berjanji akan mengekalkan pekerja sedia ada mengikut terma pekerjaan sekarang sekurang-kurangnya selama lima (5) tahun akan datang, berbanding janji SWIFT selama satu (1) tahun.

16. Hasrat pengurusan MILS untuk mengambilalih MILS disokong kuat oleh Kesatuan Pekerja MILS dan pekerja bukan ahli kesatuan. Sebelum ini, pekerja-pekerja MILS termasuk bukan ahli kesatuan pekerja telah menyerahkan petisyen bantahan dan meyatakan sokongan pengambilalaihan oleh pihak pengurusan untuk tindakan YAB Perdana Menteri. Walaupun YAB Perdana Menteri telah menyarankan agar pihak pengurusan PETRONAS dan MISC mempertimbangkan semula urusan pengambilalihan itu, sehingga hari ini tiada tindakan susulan diambil oleh mereka.

17. Pihak pengurusan menawarkan harga pembelian yang tidak kurang daripada tawaran pihak SWIFT. MISC tidak akan mengalami kerugian kewangan jika menerima tawaran pengurusan MILS.

Sekian...

Sumber.

Skandal yang pernah kecoh dua tahun sudah.

Ada kaitan ka? Tanya ja.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ibu Muda Selamat Lahirkan Anak Dalam Lif Selepas Terperangkap Hampir Setengah Jam
siakapkeli.my

Kuching: Seorang ibu muda berumur 18 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki selepas dia dan bersama dua jururawat telah terperangkap di dalam lif pagi semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.27 pagi itu, Zuriada Nasikin dari Kampung Sejaiee Masjid, Sadong Jaya bersama dua orang jururawat sedang menuju ke wad persalinan hospital berkenaan.

Ketika di dalam lif, tiba-tiba lif berkenaan terhenti dan tidak berfungsi menyebabkan mangsa bersama dua jururawat terperangkap di dalam lif terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan hospital itu.

"Anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya membuka pintu lif, namun wanita terbabit sudah melahirkan bayi lelakinya seberat 1.13 kilogram ketika itu.

"Ketiga-tiga mangsa bersama bayi terbabit berjaya dikeluarkan dari lif berkenaan pada jam 4.46 pagi," katanya. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World's 500 Most Influential Muslims edisi 2016.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KEAJAIBAN SEDEKAH Kenapa Si Mati Lebih Memilih untuk Bersedekah Seandainya Dia Dikembalikan ke Dunia?
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot

Sebagaimana firman Allah, "... Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit masa lagi, supaya aku dapat bersedekah," (Surah al-Munafiqun: 10). Sedangkan dia tidak berkata, "Supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "Supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya."

Maka hendaklah kamu perbanyak sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah naungan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudara yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh kerana itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah boleh memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).

BACA JUGA:

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah puncak kegembiraan si pemberi dan puncak wajahnya bercahaya di hari kiamat.

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana kehilangan sesuatu darinya (hari kiamat).

9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

14. Orang yang suka berinfak adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan menyelesaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung. []

Sumber: Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

*sumber islamps.com

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Seandainya Ada Seorang Tolak Pemimpin Bukan Muslim
bloglist-malaysia.blogspot.
detikislam.blogspot

SEANDAINYA ada 1000 orang menolak pemimpin kafir, saya satu dari yang 1000 itu.

Seandainya ada 100 orang menolak pemimpin kafir, saya satu dari yang 100 itu.

Seandainya hanya ada 10 orang menolak pemimpin kafir, saya satu dari yang 10 itu.

Seandainya hanya ada 1 orang yang menolak pemimpin kafir, maka saya pastikan bahawa sayalah yang 1 itu.

Seandainya semua media cetak maupun elektronik bersatu untuk mengangkat citra orang kafir itu berulang-ulang. Setiap hari, setiap masa.

Agar timbul rasa kagum terhadap orang kafir itu. Sedikit pun takkan saya kagum kepadanya.

Seandainya semua program kerjanya masuk akal, keren, sempurna dan mampu meyakinkan banyak orang. Tak sejengkal pun akan berubah keyakinan saya.

Seandainya semua parti bersatu memilih pemimpin kafir, bahkan jika semua parti-parti Islam bersatu ikut-ikutan memilih orang kafir. Maka saya berlepas diri daripada kezaliman mereka dan semua akibatnya.

Saya tidak benci kepada orang kafir ataupun organisasi, tetapi saya benci kepada kekafiran dan penyokongnya.

Saya tidak ingin berdebat dengan anda kerana pendapat ini.

Selain itu jika anda muslim. Bagaimana saya boleh meyakinkan anda, sedangkan firman Allah saja anda lalui.

Tapi bagaimanapun, taqdir Allah ada di atas segala-galanya.

Hadanallah wa iyyakum ajma'in. Aamiin.

sumber islampos.com

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa 'tanah emas' Desa Water Park tak diserah kepada Bumiputera? - Kadir Jasin

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

BANGI, 2 Muharram 1438H, Isnin – Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin, mempertikai kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memastikan 'tanah emas' Desa Water Park di Jalan Klang Lama di ibu negara, dijual atau diserah dan dimajukan oleh Bumiputera.

Sebaliknya, kata beliau, tanah yang dipajak kepada syarikat Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan yang membuka taman tema air sejak 16 tahun lalu dan ditutup mulai 1 Oktober lalu, kini dijual kepada Tan Sri Chai Kin Kong – pemilik Aset Kayamas yang baru diasaskan pada 2011.

Menulis dalam blog beliau, bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata:

"Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno. Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.

"Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham."

Beliau mempersoalkan apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu.

Kadir turut membidas Najib yang mengarahkan Khazanah untuk membelanjakan RM650 juta bagi memajukan semula kawasan Tugu Negara, tetapi tidak boleh mengarah mana-mana GLC, seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membeli dan majukan tanah itu.

Antara persoalan lain yang diketengahnya ialah:

* Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?;

* Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60 peratus saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?;

* Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?;

* Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?;

* Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?;

* Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ (yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu? Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.;

* Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?;

* Yang mana sudah terbukti bahaya – Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?; dan

* Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion – kerajaan BN atau Cina DAP?

Kadir berkata, ini bukan kali pertama DBKL menjual tanah kepada syarikat Cina, sebaliknya ia pernah menjual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan menjadi Pantai Hillpark.

"Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

"Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

"Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 9, 2016 9:11 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Oct 9, 2016 9:11 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: