Wednesday, October 26, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4617

10 Messages

Digest #4617

Messages

Tue Oct 25, 2016 7:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kalau Rakyat Malaysia Buta Lagi, Pembangkang Boleh Bubar
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

Najib & Rakyat berpisah tiada.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 7:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jamal Jamban imamkan solat apa pukul 11:45 pagi?
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

SEBUAH gambar dimuat naik ke halaman facebook Ketua Samseng baju merah, Datuk Jamal Yunos atau lebih dikenali sebagai Jamal Jamban, menyaksikan dia mengimamkan solat bersama pengikut-pengikutnya.

Gambar ini tiba-tiba menjadi viral, naik di newsfeed facebook membuatkan aku rasa pelik apa yang menarik sangat dengan gambar Jamal Jamban imamkan solat?

Rupa-rupanya orang ramai mempersoalkan solat apa yang diimamkan oleh Jamal Jamban ini? Pada awalnya difahamkan, penyokong baju merah (sebut samseng baju merah) mendakwa mereka menunaikan solat Subuh.

Namun melihatkan suasana di luar masjid yang terang-benderang (boleh dilihat dari tingkap kaca masjid dalam gambar), samseng baju merah menukar kenyataan mendakwa mereka sebenarnya sedang menunaikan solat Zuhur.

Namun jawapan itu tetap dipertikaikan, kerana sebuah jam dinding dalam masjid tempat mereka bersolat itu menunjukkan waktu sekitar pukul 11:45 pagi, belum masuk pukul 12:00 tengah hari pun.

Nak kata Jamal Jamban dan Samseng Baju Merah berada di Sabah atau Sarawak, rasanya setakat ini tidak ada lagi dilaporkan mereka mengganas di Sabah Sarawak.

Aku hanya mampu gelak terbahak-bahak sahaja melihatkan gelagat ketua samseng baju merah ini.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/jamal-jamban-imamkan-solat-apa-pukul.html#ixzz4O6KFvMeI

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kebakaran di ICU, HSA: 6 mangsa ditemui maut

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa enam mangsa ditemui mati dalam kebakaran yang berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi ini.

"Enam mangsa ditemui - semuanya maut," kata tweet jabatan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya dilapor Bernama.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang
maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seorang pesakit kritikal dipindahkan ke Unit Kebakaran di Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata 10 kakitangan turut mengalami kecederaan termasuk dua dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail manakala seorang lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Aminah.

Tujuh kakitangan lain berada di bawah pemantauan rapi kerana cedera ringan, katanya.

"Kami mengucapkan takziah di atas kematian mangsa kejadian yang sangat malang ini dan kami berdoa supaya semua mangsa yang cedera pulih segera," katanya di Facebook.

Sementara itu menurut seorang saksi kejadian Habibah Abd Ghani, 37 dia hanya menyedarinya kebakaran itu sebaik keluar dari bangunan berkenaan.

"Ketika kejadian saya berada di wad tingkat empat menemani bapa saya yang ditahan dalam wad akibat sakit tulang rusuk.

"Kemudian saya mendengar riuh rendah dan kami yang berada di situ diminta oleh jururawat supaya keluar dari wad berkenaan. Keadaan adalah terkawal ketika kami turun menerusi tangga sambil dibantu oleh kakitangan hospital," katanya.

Habibah berkata dia kemudiannya melihat ramai pesakit dan kakitangan
hospital berada di sekitar kawasan hospital.

Awal pagi ini, menerusi klip video dan gambar-gambar yang diperolehi oleh Malaysiakini, asap tebal kelihatan di wad di tingkat dua bahagian selatan ICU.

Kejadian itu menyebabkan pesakit di wad berkenaan dibawa keluar untuk dipindahkan.

Asap hitam boleh dilihat berkepul di seluruh kawasan yang terjejas.

Sultan Johor Titah Gunakan Wad Diraja Untuk Tempatkan Pesakit
siakapkeli.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah berkenan mencemar duli ke Hospital Sultanah Aminah bagi melihat perkembangan semasa tragedi kebakaran di hospital berkenaan, lapor Harian Metro.

Baginda dalam lawatan berkenaan telah menitahkan supaya Wad Diraja di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Bainda Sultan telah memberi keizinan menggunakan wad Di Raja selepas melawat lokasi kebakaran.

"Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit," katanya. - Siakapkeli.my

Kebakaran Wad ICU Hospital Sultanah Aminah, 6 Orang Disahkan Terkorban
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Kira-kira jam 9 pagi tadi wad ICU dua tingkat Hospital Sultanah Aminah telah terbakar dan menyebabkan beberapa orang pesakit terperangkap, lapor Bernama.

Hasil perkembangan menyelamat terkini, dilaporkan 6 orang mayat telah ditemui ketika ini.

Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.

Ketua Pengarah HSA, Datuk Dr Noorhisjam Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan laporan awal mengatakan tujuh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut akibat kebakaran

"Saya difahamkan tujuh pesakit di wad ICU meninggal dunia kerana terperangkap dan lemas, 13 kakitangan cedera termasuk tiga parah.

"Kita akan siasat punca kebakaran. Masih terlalu awal untuk mengesahkan apa-apa setakat ini," katanya/

Semua pesakit dihospital HSA kini dalam proses pemindahan ke Hospital Sultan Ismail. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

RASMI: Mangsa yang maut dalam kebakaran di HSA ialah empat wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 50-an.

Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah Terbakar
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU: Tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran pagi ini, Lapor Berita Harian.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad ICU dua tingkat berkenaan yang terletak di bahagian selatna hospitla telah terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hadiah Selepas Bajet: Esok Harga Minyak Masak Naik?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka
themalaysianmirror.com

Sebab rasionalisasi harga (ayat perbodoh rakyat) perlu dilakukan ialah berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.

Selain itu penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia.

Itu antara faktor yang menyebabkan harga minyak masak perlu dinaikkan dan jelas perkara utama yang menyumbang kekurangan dalam domestik ialah penyeludupan.

Dah tahu penyeludupan menyumbang kepada kekurangan domestik.. tetapi kenapa Kerajaan tidak berusaha untuk menangani penyeludupan itu?

Kenapa perlu Kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak masak tersebut yang akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat?

Faktor lain ialah kejatuhan nilai Ringgit.. tapi Menteri mesti malu nak cakap faktor ni..

Tapi... kalau dinaikkan harga minyak masak esok.. hari-hari yang berikutnya nilai Ringgit jatuh lagi dan lagi.. adakah minyak masak tidak akan diseludup lagi?

Baharu sahaja pembentangan Bajet 2017 kononnya mementingkan kesejahteraan rakyat, Kerajaan esok akan mengumumkan kenaikkan harga minyak masak esok dengan memberi alasan untuk menangani ketirisan dalam pemberian subsidi minyak masak sehingga berlaku lambakan bekalan bahan itu di negara jiran.
Perkara itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok di pejabatnya.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian mengesan banyak kes ketirisan berlaku sebaik mengambil alih pengurusan minyak masak dalam negara sehingga memaksa pihaknya melaksanakan rasionalisasi harga bahan itu.
Beliau berkata, kuota bekalan minyak masak sebanyak 85,000 tan sebulan tetapi masih berlaku kekurangan bekalan di pasaran dan ini mungkin disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bahan itu ke negara jiran.
"Bila mendengar kita hendak buat rasionalisasi harga, mungkin menyebabkan harga naik tetapi pengumuman hanya akan berlaku esok.
"Kenapa kita hendak sangat mendengar berita palsu, berita yang benar hanya daripada menteri esok pagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penghargaan atlet paralimpik Rio 2016 'Amazing Heroes' di Menara Kembar Bank Rakyat pada Selasa.
Media melaporkan peruncit dan pengguna di beberapa negeri mendakwa sukar mendapat bekalan minyak masak sejak beberapa hari lalu.
Turut dilaporkan berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.
Penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah Kalimantan, Indonesia ...

Hamzah berkata, walaupun kementerian menerima aduan mengenai kegiatan menyorok bekalan minyak masak oleh peniaga dan pembekal, sehingga kini pihaknya belum membuat sebarang tangkapan.
Menyusahkan orang tak habis-habis depa ni!!!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 11:24 pm (PDT) . Posted by:

"Sukri Farah"

....takpe kalau ianya membantu menaikkan harga minyak sawit malaysia.....

2016-10-25 22:17 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *Hadiah Selepas Bajet: Esok Harga Minyak Masak Naik? *
> bloglist-malaysia.blogspot
> darisungaiderhaka.blogspot
> Posted by Anak Sungai Derhaka
> themalaysianmirror.com
>
>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4F-JT7TXupTFOvIAh9tIrnEqsVTz4CYPssd2LjFbq1f7TD2GDMr8seK-4OJeLkTFe1yMVyhjVmPuOcSuZ6VAeZfXFSTTd1oevxcBk4ESZZUYUGLhneT6KqXwKhiiiNeWpJqEVfRJQYN3c/s1600/Datuk+Seri+Hamzah+Zainudin.jpg>
>
> Sebab rasionalisasi harga (ayat perbodoh rakyat) perlu dilakukan ialah
> berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan itu didapati dijual
> secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.
>
> Selain itu penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara
> faktor berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke
> wilayah Kalimantan, Indonesia.
>
> Itu antara faktor yang menyebabkan harga minyak masak perlu dinaikkan dan
> jelas perkara utama yang menyumbang kekurangan dalam domestik ialah
> penyeludupan.
>
> Dah tahu penyeludupan menyumbang kepada kekurangan domestik.. tetapi
> kenapa Kerajaan tidak berusaha untuk menangani penyeludupan itu?
>
> Kenapa perlu Kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak masak tersebut
> yang akan menyusahkan lagi kehidupan rakyat?
>
> Faktor lain ialah kejatuhan nilai Ringgit.. tapi Menteri mesti malu nak
> cakap faktor ni..
>
> Tapi... kalau dinaikkan harga minyak masak esok.. hari-hari yang
> berikutnya nilai Ringgit jatuh lagi dan lagi.. adakah minyak masak tidak
> akan diseludup lagi?
>
> Baharu sahaja pembentangan Bajet 2017 kononnya mementingkan kesejahteraan
> rakyat, Kerajaan esok akan mengumumkan kenaikkan harga minyak masak esok
> dengan memberi alasan untuk menangani ketirisan dalam pemberian subsidi
> minyak masak sehingga berlaku lambakan bekalan bahan itu di negara jiran.
>
> Perkara itu akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
> dan Kepenggunaan (KPDNKK) esok di pejabatnya.
>
> Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata kementerian mengesan
> banyak kes ketirisan berlaku sebaik mengambil alih pengurusan minyak masak
> dalam negara sehingga memaksa pihaknya melaksanakan rasionalisasi harga
> bahan itu.
>
> Beliau berkata, kuota bekalan minyak masak sebanyak 85,000 tan sebulan
> tetapi masih berlaku kekurangan bekalan di pasaran dan ini mungkin
> disebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menyeludup bahan itu ke
> negara jiran.
>
> "Bila mendengar kita hendak buat rasionalisasi harga, mungkin menyebabkan
> harga naik tetapi pengumuman hanya akan berlaku esok.
>
> "Kenapa kita hendak sangat mendengar berita palsu, berita yang benar hanya
> daripada menteri esok pagi," katanya pada sidang media selepas menghadiri
> majlis penghargaan atlet paralimpik Rio 2016 'Amazing Heroes' di Menara
> Kembar Bank Rakyat pada Selasa.
>
> Media melaporkan peruncit dan pengguna di beberapa negeri mendakwa sukar
> mendapat bekalan minyak masak sejak beberapa hari lalu.
>
> Turut dilaporkan berlaku ketirisan minyak masak bersubsidi apabila bahan
> itu didapati dijual secara terbuka di pasaran negara jiran, Thailand.
>
> Penawaran dua kali ganda lebih tinggi juga dipercayai antara faktor
> berlaku kegiatan penyeludupan bekalan minyak masak bersubsidi ke wilayah
> Kalimantan, Indonesia ...
>
> Hamzah berkata, walaupun kementerian menerima aduan mengenai kegiatan
> menyorok bekalan minyak masak oleh peniaga dan pembekal, sehingga kini
> pihaknya belum membuat sebarang tangkapan.
>
> Menyusahkan orang tak habis-habis depa ni!!!
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>

Tue Oct 25, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Azmin Ada Bukti BN Dan Umno Sabotaj Air Di Selangor
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LANGAT - Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan Umno berhubung isu pencemaran air di Semenyih, untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Menurutnya, bagi kes pencemaran air di Semenyih, kerajaan negeri sudah memperoleh bukti-bukti kukuh dan percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Peguam Negara telah menyiapkan kes tersebut.

"Di peringkat negeri memang kita sudah kenakan tindakan. Jadi biar rakyat yang hukum sebab kita sudah beri komitmen. Malah pasukan pemantauan dianggotai pelbagai agensi termasuk Luas (Lembaga Urus Air Selangor) dan Air Selangor beroperasi 24 jam sekarang ini.

"Maknanya kita serius dan saya serah kepada rakyat untuk buat penilaian. Namun kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas pelaku-pelaku yang membuat pencemaran sungai sekiranya bukti-bukti dapat disediakan," tegasnya.

Katanya, kejadian pencemaran sungai dilihat sangat sistematik, namun jabatan persekutuan dilihat agak perlahan dalam menjalankan peranan mereka sedangkan bukti berkenaan sepatutnya diperoleh dengan cepat dan proses pengambilan sampel tidak boleh dilengahkan.

"Perkara ini tidak perlu berlaku dan saya menggesa kerjasama erat antara jabatan serta agensi persekutuan dengan kerajaan negeri daripada segi penguatkuasaan, juga pemantauan di lembangan sungai bagi memastikan kejadian pencemaran tidak berulang.

"Kita mesti ada kerjasama kuat dan padu kerana pelbagai jabatan ada, termasuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan JAS bagi menjamin keselamatan alam sekitar," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas BN dan Umno, beliau sekali lagi berkata, biar rakyat menghukum serta menilai dan kerajaan negeri tetap bertindak tegas terhadap pelaku mengikut undang-undang semasa.

Beliau memberi contoh kes pencemaran sungai di Semenyih yang mana kerajaan negeri telah membuat tindakan rampas tanah dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik dan semua mesin serta peralatan di kilang terbabit disita oleh Majlis Perbandaran Kajang.

"Arahan juga telah dikeluarkan kepada semua pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melengahkan tindakan terhadap industri haram di lembangan sungai seluruh negeri.

"Mana-mana kilang haram yang sedang beroperasi akan berdepan tindakan tegas termasuk tanah dirampas, premis disita dan tindakan undang-undang selepas mendapat laporan penuh daripada JAS," katanya.

Tambahnya, terdapat dua peringkat tindakan di bawah kuasa kerajaan negeri dan tindakan undang-undang dengan kerjasama JAS serta Jabatan Peguam Negara untuk membawa kes ke mahkamah.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan keselamatan pengguna ari di negeri ini.

- sharian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 7:32 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Kosongkan kiri kanan air sungai tadahan sejauh 200 meter dan relocate kilang2,,,kemudian buat pagar Palestin..letak PolisAIr berkawal 24 jam

On Tuesday, October 25, 2016 10:19 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


   

Azmin Ada Bukti BN Dan Umno Sabotaj Air Di Selangor
bloglist-malaysia.blogspotPosted by Jeebond BLMKUALA LANGAT - Kerajaan Negeri Selangor mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan Umno berhubung isu pencemaran air di Semenyih, untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kejadian pencemaran air sungai di negeri ini dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Menurutnya, bagi kes pencemaran air di Semenyih, kerajaan negeri sudah memperoleh bukti-bukti kukuh dan percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Peguam Negara telah menyiapkan kes tersebut.

"Di peringkat negeri memang kita sudah kenakan tindakan. Jadi biar rakyat yang hukum sebab kita sudah beri komitmen. Malah pasukan pemantauan dianggotai pelbagai agensi termasuk Luas (Lembaga Urus Air Selangor) dan Air Selangor  beroperasi 24 jam sekarang ini.

"Maknanya kita serius dan saya serah kepada rakyat untuk buat penilaian. Namun kita tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan ke atas pelaku-pelaku yang membuat pencemaran sungai sekiranya bukti-bukti dapat disediakan," tegasnya.

Katanya, kejadian pencemaran sungai dilihat sangat sistematik, namun jabatan persekutuan dilihat agak perlahan dalam menjalankan peranan mereka sedangkan bukti berkenaan sepatutnya diperoleh dengan cepat dan proses pengambilan sampel tidak boleh dilengahkan.

"Perkara ini tidak perlu berlaku dan saya menggesa kerjasama erat antara jabatan serta agensi persekutuan dengan kerajaan negeri daripada segi penguatkuasaan, juga pemantauan di lembangan sungai bagi memastikan kejadian pencemaran tidak berulang.

"Kita mesti ada kerjasama kuat dan padu kerana pelbagai jabatan ada, termasuk JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) dan JAS bagi menjamin keselamatan alam sekitar," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil ke atas BN dan Umno, beliau sekali lagi berkata, biar rakyat menghukum serta menilai dan kerajaan negeri tetap bertindak tegas terhadap pelaku mengikut undang-undang semasa.

Beliau memberi contoh kes pencemaran sungai di Semenyih yang mana kerajaan negeri telah membuat tindakan rampas tanah dengan mengeluarkan Notis 7A kepada pemilik dan semua mesin serta peralatan di kilang terbabit disita oleh Majlis Perbandaran Kajang.

"Arahan juga telah dikeluarkan kepada semua pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melengahkan tindakan terhadap industri haram di lembangan sungai seluruh negeri.

"Mana-mana kilang haram yang sedang beroperasi akan berdepan tindakan tegas termasuk tanah  dirampas, premis disita dan tindakan undang-undang selepas mendapat laporan penuh daripada JAS," katanya.

Tambahnya, terdapat dua peringkat tindakan di bawah kuasa kerajaan negeri dan tindakan undang-undang dengan kerjasama JAS serta Jabatan Peguam Negara untuk membawa kes ke mahkamah.

Tegasnya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap isu-isu berkaitan keselamatan pengguna ari di negeri ini.

- sharian  
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17. Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
#yiv4437678805 #yiv4437678805 -- #yiv4437678805ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp #yiv4437678805hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp #yiv4437678805ads {margin-bottom:10px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp .yiv4437678805ad {padding:0 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp .yiv4437678805ad p {margin:0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mkp .yiv4437678805ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ygrp-lc #yiv4437678805hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ygrp-lc .yiv4437678805ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity span {font-weight:700;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity span span {color:#ff7900;}#yiv4437678805 #yiv4437678805activity span .yiv4437678805underline {text-decoration:underline;}#yiv4437678805 .yiv4437678805attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv4437678805 .yiv4437678805attach div a {text-decoration:none;}#yiv4437678805 .yiv4437678805attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv4437678805 .yiv4437678805attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv4437678805 .yiv4437678805attach label a {text-decoration:none;}#yiv4437678805 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv4437678805 .yiv4437678805bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv4437678805 .yiv4437678805bold a {text-decoration:none;}#yiv4437678805 dd.yiv4437678805last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4437678805 dd.yiv4437678805last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv4437678805 dd.yiv4437678805last p span.yiv4437678805yshortcuts {margin-right:0;}#yiv4437678805 div.yiv4437678805attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv4437678805 div.yiv4437678805attach-table {width:400px;}#yiv4437678805 div.yiv4437678805file-title a, #yiv4437678805 div.yiv4437678805file-title a:active, #yiv4437678805 div.yiv4437678805file-title a:hover, #yiv4437678805 div.yiv4437678805file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4437678805 div.yiv4437678805photo-title a, #yiv4437678805 div.yiv4437678805photo-title a:active, #yiv4437678805 div.yiv4437678805photo-title a:hover, #yiv4437678805 div.yiv4437678805photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv4437678805 div#yiv4437678805ygrp-mlmsg #yiv4437678805ygrp-msg p a span.yiv4437678805yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv4437678805 .yiv4437678805green {color:#628c2a;}#yiv4437678805 .yiv4437678805MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv4437678805 o {font-size:0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805photos div {float:left;width:72px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805reco-category {font-size:77%;}#yiv4437678805 #yiv4437678805reco-desc {font-size:77%;}#yiv4437678805 .yiv4437678805replbq {margin:4px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg select, #yiv4437678805 input, #yiv4437678805 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg pre, #yiv4437678805 code {font:115% monospace;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-mlmsg #yiv4437678805logo {padding-bottom:10px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-msg p#yiv4437678805attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-reco #yiv4437678805reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-sponsor #yiv4437678805ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv4437678805 #yiv4437678805ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv4437678805

Tue Oct 25, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengunjung Dakwa Escalator Di Sebuah Kompleks Membeli Belah Di Ampang Meletup
siakapkeli.my

Tersebar di laman sosial sejak tengah hari tadi mendakwa sebuah escalator di kompleks membeli belah di Ampang telah meletup.

Gambar-gambar telah dimuat naik mendakwa tiada kecederaan yang terjadi di mana ketika kejadian seorang lelaki baru sahaja melepasi tangga tersebut.

Pihak Bernama melalui laman Twitter mereka turut melaporkan kejadian ini.

Kejadian eskalator meletup di pusat beli belah Pandan Capital sebentar tadi.

Pihak Bomba Pandan Indah yang dihubungi mengesahkan mereka telah dimaklumkan mengenai kejadian ini, tetapi tiada anggota dihantar kerana tiada mangsa yang terlibat dan pihak kompleks berkenaan telah menutup laluan itu. - Siakapkeli.my Tangga Bergerak Capital Mall Meletup Secara Tiba-Tiba.

bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Satu eskalator dalam pusat beli-belah Capital Mall, di sini meletup dalam satu kejadian tengah hari tadi. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari, membabitkan tangga bergerak untuk naik dari aras bawah, namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kejadian tidak dilaporkan kepada pihak polis dan hanya membabitkan siasatan dalaman pusat beli-belah itu.

Badan Pengurusan Pandan Capital Mall ketika dihubungi, berkata ketika kejadian terdapat pelanggan di dalam pusat beli-belah berkenaan, tetapi tiada yang menaiki tangga bergerak itu.

"Susulan kejadian, kita menutup sementara operasi eskalator itu. "Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak penyelenggaraan sedang menjalankan siasatan." katanya.

Kejadian itu turut menjadi viral apabila gambar eskalator yang rosak itu dimuat naik pengguna di laman Facebook.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.


Tue Oct 25, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Letupan Kuat Berlaku di Sebuah Stesen Minyak di Taman Austin, JB, Seorang Maut
siakapkeli.my

Johor Bharu, 25 Okt - Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, Johor Bharu, petang ini menurut seorang saksi kejadian, lapor Bernama.

Satu video yang dimuat naik oleh Bernama merakamkan keadaan di kawasan terbabit dipercayai selepas kejadian berlaku.

Dalam perkembangan terbaru, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata seorang lelaki maut dalam kejadian terbabit.

Ketua operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu.

"Setibanya kami di sana, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak berkenaan dan mangsa sudah tidak sedarkan diri ketika itu lalu terus diberikan rawatan pertolongan cemas.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan ambulan sebelum di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beberapa gambar kejadian turut dimuat naik di media sosial.

Sumber: Twitter Bernama, FB BNC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 25, 2016 7:25 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tikus atas roti, kedai Komugi di Mid Valley ditutup sementara

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Ekoran insiden terdapat tikus di atas roti bakar syarikat Komugi Bakery Malaysia hari ini memaklumkan mereka menutup sementara cawangan di pusat beli belah Mid Valley.

Menurut kenyataan syarikat itu langkah berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membantu siasatan dijalankan selepas insiden berkenaan dikesan.

"Aspek keselamatan dan kualiti makanan adalah keutamaan kami dan syarikat ini sentiasa mengambil serius kes berkenaan.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pengurusan pusat beli belah terbabit untuk menyiasat kes yang terpencil ini.

"Sebagai langkah segera untuk membantu siasatan, pihak kami menutup sementara cawangan di Mid Valley Megamall sehingga diberitahu kelak," kata kenyataan dikeluarkan hari ini.

Terdahulu syarikat itu membuat permohonan maaf terbuka selepas gambar tikus dirakam berada di atas roti yang baru dibakar dalam kedai berkenaan.

Syarikat francais roti itu berkata kehadiran tikus sudah menjadi isu yang sedia dimaklumi di pusat beli belah itu dan ia dikatakan pernah berlaku, lapor The Star Online.

"Kami sedang cuba selesaikan (isu ini) untuk sejak beberapa lama," kata Komugi Malaysia yang mengulas tulisan berkaitan di Facebook.

Komugi juga berkata pihaknya sudah melaporkan perkara itu kepada pengurusan pusat beli belah terlibat.

Perkara itu juga, katanya lagi, sebagai usaha berterusan memastikan semua kedai dan produk mereka tidak terjejas dengan isu makhluk perosak.

Gambar berkaitan mula beredar di laman sosial selepas pengguna Facebook Melon Roux memuat naik gambarnya Ahad lalu.

Beliau tidak menamakan kedai itu tetapi ia serupa dengan hiasan kedai Komugi.

Posting itu kini sudah mencecah lebih 4,700 kongsian dan 1,700 komen.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: