8 Messages
Digest #4609
Messages
Sun Oct 16, 2016 7:24 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Jamal Samseng kantoi edit sendiri gambar lelaki berjanggut, bertongkat
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.net
PIHAK Polis dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti di dalam video dan gambar yang tersebar di media sosial di mana menyaksikan seorang penyokong Bersih 5 diserang.
Jamal Samseng, Ketua Samseng Baju Merah atau nama sebenarnya Jamal Yunos cuba menafikan kewujudan lelaki berjanggut dan bertongkat yang dilihat ada bersama-sama dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan Noh Omar dalam satu pertemuan yang tersebar di media sosial itu.
Jamal dilapor berkata, gambar seorang lelaki berjanggut, bertongkat serta memakai baju putih dengan logo Barisan nasional sebenarnya adalah gambar 'superimpose' yang telah diedit oleh pihak tertentu sebelum disebarkan ke media sosial.
"Itu gambar edit. Kita tak tahu siapa yang edit gambar itu dan diletakkan lelaki itu di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Noh dan saya sendiri."
"Sekarang ini superimposed, macam-macam ada canggih, yang tak ada diada-adakan, yang ada tidak diadakan," katanya dipetik oleh portal mStar pada hari Khamis.
Gambar diambil di facebook milik Jamal Yunos
Jika benar kenyataan Jamal ini, maka individu yang meng 'edit' dan melakukan 'superimpose' terhadap gambar tersebut tentulah dia atau pihaknya sendiri. Ini kerana gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu sebenarnya diambil di halaman facebook miliknya sendiri.
Pada 9 Jun 2016 lalu halaman Facebook milik Jamal Yunos telah memuatnaik gambar lelaki berjanggut dan bertongkat tersebut dilihat berada di belakang dia, Noh Omar dan Najib Razak dalam satu pertemuan.
Anda boleh rujuk pautan-pautan gambar tersebut yang disertakan dihujung artikel ini.
Jika bukan dia atau pihaknya yang edit gambar itu, maknanya Jamal kantoi cuba menipu bahawa lelaki berjanggut dan bertongkat yang sedang diburu Polis itu sebenarnya memang pernah bertemu dengan dia, Noh Omar dan Perdana Menteri sekaligus jelas sekali dia cuba menyembunyikan identiti orang tua itu.
Inilah wajah penyokong dan pembela Najib Razak. Anda nilailah sendiri bagaimana kualiti pemimpin yang masih tinggal dalam Umno.
"Bila buka sahaja mulut terus terpampang kebodohan..."
Sumber Gambar:| Gambar 1 | Gambar 2 |
Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/jamal-samseng-kantoi-edit-sendiri.html#ixzz4N9ipb64x
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:25 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bakal abang ipar maut ditikam enam kali
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 34 tahun maut ditikam bakal adik iparnya ketika selesai melakukan pengesahan status perkahwinan di tempat parkir Kompleks Sri Iman, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Mangsa yang berasal dari Kelantan itu maut di tempat kejadian akibat ditikam sebanyak enam kali termasuk di dada kiri dan leher.
Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri dengan menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna merah, walaupun usaha menutup pintu pagar kompleks itu telah dilakukan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, ekoran itu, pihak polis telah membuat hebahan dan melakukan Ops Tutup serta merta.
............
Kronologi kes bunuh di hadapan Pejabat Agama Islam Negeri Terengganu
- Sepasang kekasih dan abg si perempuan pergi ke pejabat agama. Ini kerana abg kandung wanita tersebut mengesyaki yg lelaki itu sudah berkahwin.(kasihnya seorang abang kepada seorang adik perempuan ingin memberikan jodoh terbaik untuk si adik).
- si wanita tidak mempercayai kata2 abangnya yang lelaki tersebut sudah berlahwin (adik lebih percayakan org lain berbanding abg sendiri kerana ..)
-pejabat agama sah kan lelaki tersebut sudah mempunyai 2 bini..berlaku lah perang mulut dalam bilik kaunseling.
-sampai tempat parking, si kekasih adik telah menikam abg kandung wanita itu sehingga mati dan melarikan diri kerana tidak berpuas hati. Inikah yg yg dinginkan wanita itu?lelaki seperti ini ingin dijadikan suami
Kepada wanita diluar sana, dengar dan percaya dahulu la pendapat ahli keluarga kita dahulu berbanding org luar kalau hadapi kes mcm ni.. kerana syaitan banyak berupa manusia sekarang ini..
........
Lelaki Maut Ditikam Bakal Adik Ipar, Polis Sedang Buru Suspek
siakapkeli.my
Unit Forensik PDRM mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Seorang lelaki yang berusia 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama dengan enam kesan tikaman di tempat letak kereta di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) disini pagi tadi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, siasatan awal mendapati mangsa ditikan oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tadi.
"Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36 pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Kuala Terengganu.
"Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Menurut beliau lagi, suspek dipercayai mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam mangsa sebanyak enam kali yang mana dua darinya di bahagian leher dan dada kiri sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan dua orang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama.
"Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan dua lagi rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan subahatnya masih berada dalam negeri ini," katanya.
Tambah beliau lagi, pihaknya turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakan-rakannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, pengawal keselamatan tersebut berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang sambil mengacukan pisau dan berkata: "Saya tak nak kacau orang".
"Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi kereta," katanya.
Sumber: mStar Online
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:25 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kebijaksanaan Sultan Nazrin bantu Institusi Raja
bloglist-malaysia.blogspot
IPOH - Kebijaksanaan dan keperibadian serta pekerti tinggi dimiliki Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pastinya dapat membantu dalam memperkukuhkan institusi raja di negara ini.
Terkenal sebagai sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina, pemilihan Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong merupakan berita gembira buat seluruh rakyat Perak. Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, beliau mewakili penduduk Bandar Diraja itu amat berbangga dengan pemilihan Sultan Nazrin yang terkenal sebagai pemimpin yang bersikap rendah diri dan berjiwa rakyat.
"Pemilihan tersebut akan memberi satu sejarah yang sangat cemerlang di negara ini. Kami mendoakan kesejahteraan tuanku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini.
Ketua Penerangan Veteran Umno Perak Datuk Mohd Sani Supi pula berkata Veteran Umno Perak merafakkan sembah setinggi tahniah atas pemilihan Sultan Nazrin dan pastinya seluruh rakyat berasa bangga.
"Sebagai ilmuan tersohor dan berkeperibadian terpuji, tuanku akan menambah wibawa dan kemuliaan kepada Institusi Raja Berperlembagaan di negara ini. Semoga perlantikan itu mendapat keberkatan Allah," katanya.
Di KUALA KANGSAR, Imam Utama Masjid Diraja Ubudiah, Abdul Hadi Khadri,43, berkata pemilihan Sultan Nazrin untuk jawatan tersebut amat membanggakan rakyat Perak amnya serta penduduk Kuala Kangsar khasnya.
"Dengan keperibadian dan pendidikan yang tinggi, kami rakyat Perak percaya baginda dapat menyumbang khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara," katanya. Senada dengan Abdul Hadi adalah pesara guru, Nazri Osman,81, yang berkata Sultan Perak itu sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin dan bijaksana.
"Saya tinggal di Kuala Kangsar sejak lahir. Sepanjang hayat, saya sudah melihat lima sultan memerintah Perak dan pastinya pemilihan Sultan Nazrin sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu," katanya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Sharom Abd Malik pula berkata sebagai seorang pencetus idea yang unggul, Sultan Nazrin pastinya dapat melontarkan lebih banyak saranan untuk membawa negara ke tahap lebih cemerlang.
Di TELUK INTAN, pesara tentera Mohd Nordin Tuah,76, turut berkongsi rasa bangga dan teruja dengan pemilihan Sultan Nazrin selain menaruh keyakinan baginda akan mencurahkan khidmat terbaik kepada agama, bangsa dan negara.
Bagi Nelson Chua, 39, Sultan Nazrin bukan sahaja memiliki kebijaksanaan yang mengagumkan, malah sering turun padang untuk mendekati rakyat.
"Dengan pemilihan baginda, pastinya kerja-kerja akan mudah, licin kerana baginda mempunyai kelulusan yang sangat tinggi," katanya.
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:26 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Bekas Pemain Gitar Kumpulan Kristal Maut Kemalangan
siakapkeli.my
KUALA KLAWANG, 16 Okt: Bekas pemain gitar kumpulan Kristal maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan di KM 30 Jalan Kuala Klawang-Genting Peres dekat sini pada pagi tadi.
Hairyfitri Ahmad, atau Bob, 33 meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur ketika mendapatkan rawatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri, kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah kereta.
"Kejadian itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC135 dan dalam perjalanan ke Kuala Klawang, cedera parah di anggota badan.
"Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital oleh beberapa rakan yang turut mengikuti konvoi bermotosikal itu," katanya di sini, hari ini.
Menurut Othman, mangsa yang merupakan kakitangan di sebuah Pusat GiatMara dikatakan dalam perjalanan untuk bersarapan di sini bersama beberapa rakannya.
Othman menambah, pemandu kereta yang terbabit kemalangan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, vokalis kumpulan Kristal, Lan mengesahkan perkara itu di laman Instagramnya bersama dua keping gambar arwah.
Sumber : BH Online
Seorang Parah, 34 Cedera Bas Kilang Terbalik
siakapkeli.my
Sepang - Seorang parah manakala 34 lagi cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Desa Pinggiran Putr dekat sini pagi tadi.
Dalam kejadian 7 pagi itu, bas membawa pekerja asing itu dalam perjalanan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menghala ke Alamanda, Putrajaya.
Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 7.10 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, tayar kiri bas pecah menyebabkannya pemandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.
"Kami menerima panggilan pada 7.10 pagi dan dua jentera bomba dengan kekuatan tujuh anggota tiba di lokasi pada 7.24 pagi," katanya.
Sumber: Harian Metro
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:26 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
PANAS Wardina BERANI MATI Sound 5 Pelajar AF2016 Hingga Buat MEREKA TERDUDUK
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot.
Posted by canang
Written By canang
WALAUPUN kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap mengambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara ini.
Sebagai contoh, baru-baru ini, Wardina ada memuat naik satu status berbunyi, pelajar Akademi Fantasia tidak layak untuk menyarung jubah konvo yang dikhaskan untuk pelajar yang diiktiraf dari segi kelayakan akademik.
Selebriti yang cukup lantang bersuara ini berkata, dengan menyarung jubah konvo itu, ia seolah-olah merendahkan martabat jubah itu sendiri.
"Saya tak mengikuti perkembangan AF. Saya cuma kurang senang dengan jubah konvo yang mereka pakai di atas pentas.
"Mereka tidak bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormat mewakili ilmu yang dituntut dari institut pengajian tinggi.
"Graduan layak memakai jubah dan topi mortar tersebut di atas kerja keras, displin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang berkaitan.
"Bermain graduasi olok-olok ini amat membahayakan. Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat. Anda tidak bergraduasi daripada apa pun.
"Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan. Itu sahaja.
<"Saya tak setuju untuk mereka berpura-pura bergraduasi. Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan.
"Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar," tulis selebriti berusia 37 itu.
Konsert akhir AF 2016, takhta juara berjaya diraih Amir Syazwan, tempat kedua Amal, ketiga Reshma, keempat Ara dan kelima Afi.
AF2016 dinaungi pengetua, Datuk Shake serta barisan tenaga pengajar, Mas Idayu, Linda Jasmine, Elly Suriaty dan program itu dihoskan Alif Satar dan Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: bulletinmedia
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:26 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Masuklah Islam sepenuhnya..........
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net
"
Asslamualaikum,
Ada orang kata Islam bukan milik PAS sahaja, benar Islam bukan milik PAS tetapi milik semua penganutnya. PAS hanyalah sebuah jemaah yang cuba mengikuti semua perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.
Itu aje, tak lebih dan tak kurang, jadi kepada sesiapa yang mengaku Islam mestilah juga perintah ALLAH dan meninggalkan seluruh larangannya, bukan ambil peraturan Islam separuh separuh.Islam bukan sahaja diikuti untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yassin untuk bantuan ALLAH terhadap musibah yang menimpa dan Islam bukan hanya qazaf yan ditekankan kerana kezaliman yang menimpa diri tetapi Islam mesti mencakupi hukum hukum yang lain seperti Hudud, Qisas dan Taazir, kesemuamya dan kepada sesiapa yang menentang hukum hukum ini adalah menentang ALLAH bukan PAS.Ingat tu........
PAS sebagai jemaah Islamiah bukan memiliki Islam secara ekslusif, kerana wasih ramai yang tak mahu joint PAS, masih ramai yang percaya PAS bukan jemaah Islam, sebaliknya menyertai banyak menyertai pertubuhan pertubuhan lain yang langsung tidak meletakkan Islam sebagai panduannya tetapi akan kembali kepada Islam untuk solat hajat, bacaan yassin serta memilih hukum hukum Islam yang tertentu sebagai jaan untuk membela diri.
Inikah dikatakan Islam yang bukan milik PAS sahaja? Begitu jugalah sejak dijajah dan dimerdekakan oleh penjajah, Islam sudah dikerat kerat pengamalannya dalam negara, mujur ada PAS yang sejak awal penubuhannya telah berkembang memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada untuk menuju jalan ALLAH sepehunya, bukan ambil separuh dan tolak separuh yang lain.Hari ini sama ada nak mengaku atau tidak, PASlah satu satu jemaah Islam yang memenuhi kesemua ciri ciri jemaah Islam dan tidak ada satupun jemaah Islam yang ada termasuk Tabligh dan lain lain jemaah yang tidak lengkap pergerakan Islamnya.
begitu juga Umno, PKR dan lain lain parti politik milik orang Islam juga tidak mempunyai ciri ciri jemaah Islam seperti PAS.Malah dalam kesemua parti politik orang Islam, mereka lebih memberi laluan kepada pergerakan liberal dalam organisasinya di mana tak wajar dan tak salah kalau kata muka mereka menunjukkan muka tak malu kalau mendakwa Islam bukan milik PAS sahaja.
Berfaktalah dalam berhujah!
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, September 29, 2016 10:48 PM
Subject: Fw: Al-Quran & Hadith memerintahkan menyertai Jamaah Islam.
Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam.
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah
MENGAPA SERTAI PAS?
Sebab:
Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam.
Tidak bersama Jamaah ( فارق الجماعة )adalah kesalahan besar di sisi Allah.
PAS adalah Jamaah Islam.
Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah Islam seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Keterangan am:
Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang 'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.
Iltizam (komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini, berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.
Di antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti berikut:
Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون
"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya."
Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:
Ayat ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti 'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam 'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka berada.
Perkataan أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya' seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana pun hari ini.
Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:
Dalil 2:
ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saf: Ayat 4
Organisasi ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.
Organisasi ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada segala-galanya.
Dalil 3:
عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك
"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".
Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".
Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.
Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.
Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam).
Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman).
Keterangan Hadith:
Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".
Keadaan yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.
Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?
Rasulullah SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini, dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".
Ia bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.
Sa'id Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.
Tanggungjawab tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.
Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.
Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah "walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)".
Dalil 4:
Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:
لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة
"Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan." Kata-kata Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam. "Tiada Islam tanpa Jamaah" boleh difahami dengan dua maksud, iaitu:
1. Tak kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).
2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).
Sama ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai Jamaah Islam.
Seterusnya, Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari meninggalkan Jamaah.
Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه
"Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya." ( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira 'tidak Islam' sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.
Dalil 6 dan 7 :
Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
عليكم بالجماعة
"Hendaklah kamu bersama dengan jamaah"
( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد
"Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid" ( Al-Hadith )
Dalil 8 dan 9 :
اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠
"Janganlah kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah."
( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)
يد الله مع الجماعة
"Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah."
( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )
Dalil 10 :
وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠
"Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah." Para Sahabat RA bertanya: "Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?" Baginda SAW menjawab: "(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim."
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠
"Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah." Para Sahabat RA bertanya: "Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?" Baginda SAW menjawab: "(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim." ( Al-Hadith : riwayat Ahmad )
Dalil 11:
من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية٠
"Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati (dalam keadaan itu), maka matinya adalah mati jahiliah…."
( Al-Hadith : riwayat Muslim,dalam Sahihnya,
Kitab Al-Imarah, 3:1476-1477, dari Hadith Abu Hurairah )
Dalil 12:
من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه٠
"Sesiapa yang meninggalkan jamaah hanya sejauh sejengkal, maka dia telah melucutkan ikatan Islam daripada lehernya."
( Al-Hadith : riwayat Ahmad, Sahih Al-Jami'us Soghir, 5:326 )
Dalil 13 dan 14:
Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات ميتة جاهلية
"Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati jahiliah". ( Al-Hadith )
من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات على شعبة من النفاق
"Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati dalam salah satu cabang nifaq (munafiq)". ( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :
Apabila dikatakan bahawa kematian orang yang tidak berperang (berjuang di jalan Allah) adalah 'mati jahiliah' dan 'mati seorang munafiq' maka ianya bermaksud orang yang mati itu tidak diiktiraf keIslamannya. Pendek kata, dia bukan seorang Muslim di sisi Allah SWT.
Apa kaitannya dengan Jamaah Islam?
Berperang adalah urusan berkumpulan, sama ada bersama pasukan tentera yang dibentuk oleh negara Islam atau bersama pasukan yang ditubuhkan oleh umat Islam untuk berdepan dengan kezaliman dalam negara yang bukan negara Islam.
Peperangan tidak boleh berlaku dengan tindakan seorang diri. Ia adalah tindakan berkumpulan iaitu secara jama'ie. Dengan kata lain, peperangan adalah urusan Jamaah Islam yang bangkit berdepan dengan kezaliman musuh-musuh Allah SWT.
Orang yang berperang di jalan Allah ialah orang yang menyertai Jamaah Islam. Sebaliknya, orang yang enggan menyertai Jamaah Islam adalah orang yang enggan berperang di jalan Allah. Golongan inilah yang mati dalam keadaan jahiliah dan munafiq.
Apa kaitannya dengan PAS?
Seperti yang telah dinyatakan di sepanjang bab ini, PAS adalah Jamaah yang menepati ciri-ciri Jamaah Islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith.
PAS melaksanakan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dan berdepan dengan golongan yang mengingkari serta memusuhi pelaksanaan Islam yang syumul.
Oleh itu, PAS berada di atas landasan 'berperang' ( الغزو ) di jalan Allah SWT, yang juga bermaksud 'berjuang di jalan Allah' seperti yang dituntut oleh Hadith ini.
Maka sepatutnya kita bertambah yakin bahawa kita wajib menyertai PAS supaya dapat berada di atas landasan 'berperang' di jalan Allah, lalu dengan itu terhindarlah kita daripada mati jahiliah dan mati munafiq. Dengan perkataan lain, kita dapat berada di atas landasan yang menuju ke arah mati sebagai seorang muslim.
Seterusnya di dalam surah At-Taubah, Allah memerintahkan hambanya supaya 'berangkat' melaksanakan tugasan pada jalanNya. Ia adalah tugas besar yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa. Sekiranya kita meneliti ayat-ayat ini, semakin jelas kelihatan penekanan Allah tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.
Bersama dengan perintah itu, Allah SWT turut memberikan ancaman kepada hamba-hambanya yang enggan menunaikan perintah 'berangkat' ke jalanNya itu. Golongan yang 'enggan berangkat' itu diancam dengan azab siksa yang bersangatan pedihnya.
Dalil 15 :
يا ايها الذين امنوا ما لكم اذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم الى الارض ارضيتم بالحيا ة الدنيا من الاخرة فما متاع الحياة الدنيا فى الاخرة الا قليل. الا تنفروا يعذبكم عذابا اليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيأ والله على كل شيء قدير
"Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah kamu berjuang di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan lebih suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia ini berbanding kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah, kerana) kenikmatan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ◊ Jika kamu tidak berangkat (untuk berjuang di jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
( At-Taubah : ayat 38-39 )
Dalil 16:
.انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون
"Berangkatlah kamu (untuk berjihad pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
( At-Taubah : ayat 41 )
Kita juga patut bimbang kehilangan status 'iman' dan bimbang terjerumus ke dalam golongan 'fasiq' akibat keengganan menyertai amal Islami bersama Jamaah Islam. Ayat-ayat berikut amat menggentarkan hati;
Dalil 17:
لا يستأذنك الذين يوء منون بالله واليوم الاخر ان يجاهدوا بأموالهم وأمفسهم والله عليم بالمتقين. انما يستأذنك الذين لا يوءمنون بالله واليوم الاخر وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون
"Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui siapakah sebenarnya yang benar-benar bertaqwa. ◊ Sesungguhnya yang akan meminta izin daripadamu (wahai Muhammad) – (untuk tidak turut serta berjuang di jalan Allah) hanyalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka (sangat) ragu-ragu, oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguan itu."
( At-Taubah : ayat 44-45 )
Keterangan ayat :
Allah menegaskan bahawa orang yang beriman tidak mungkin meminta pelepasan daripada tanggungjawab jihad yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa ( باموالهم وانفسهم ). Penunaian tanggungjawab itulah yang mengangkat darjatnya ke tahap 'muttaqin' (orang bertaqwa).
Seterusnya Allah menjelaskan hakikat manusia yang meminta pelepasan atau mengelak daripada turut serta dalam tugasan jihad. Hakikatnya ialah mereka itu 'tidak beriman'.
Hakikatnya mereka tidak percaya tentang Allah dan tidak percaya tentang Akhirat - (لا يوءمنون باالله واليوم الاخر ).
Sebenarnya hati mereka ragu-ragu tentang Allah dan lain-lain binaan iman -
( ارتابت قلوبهم ).
Keraguan itulah yang menyebabkan mereka bingung dan teragak-agak untuk menyertai jihad dengan sepenuh komitmen - ( فهم فى ريبهم يترددون ).
Dalil 18 :
قل ان كان أبأوكم وأبنأوكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال ن اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik (derhaka)." ( At-Taubah : ayat 24 )
Keterangan ayat :
Allah memberi amaran kepada manusia supaya tidak silap menyusun keutamaan tumpuan dalam hidup. Orang yang beriman wajib meletakkan urusan Allah, urusan Rasul dan urusan jihad mengatasi semua urusan kehidupan yang lain, termasuk urusan-urusan yang biasanya menjadi fokus manusia, iaitu;
1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.
Sekiranya manusia lebih mengutamakan mana-mana urusan ini berbanding tumpuan kepada Allah, Rasul dan jihad – maka layaklah mereka menerima hukuman daripada Allah SWT. Ancaman Allah tentang hukuman ini amat menakutkan, iaitu "tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)" - ( فتربصوا حتى يائتي الله بامره ). Manusia yang salah fokus ini disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang fasiq ( القوم الفاسقين ).
Berdasarkan semua dalil dan hujah ini, maka kita patut insaf bahawa wajib atas diri kita supaya menyertai PAS dan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja Jamaah Islam ini, dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah di negara ini dan seluruh dunia. Insafi wahyu Allah ini;
واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah kamu mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." ( Al-Kahfi : ayat 28 )
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Darul Rizqi Caj Mahal2 Sampai 32k, Jual Air Yasin 40 Per Botol, Mangsa Dedahkan Penipuan.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot
Kisah yang sedang viral sekarang. Mengenai Pusat Perubatan Islam, Darul Rizqi yang mana telah mengenakan caj rawatan terlampau tak masuk akal kepada pesakit. Kisah ini bermula apabila sang anak kepada pesakit yang pernah menerima rawatan dari pusat berkenaan tampil menghebahkan penipuan yang dialaminya.
Menurutnya ;
Saya mangsanya. Menipu menggunakan nama Islam. Dalam keadaan terdesak mengambil kesempatan, pada awalnya mengatakan rawatan susulan percuma tetapi rupa2nya itu hanya permainan kata-kata. Sampaikan orang tua serahkan rantai emas semata-mata nak berubat pulihkan penyakit.
Tambah mangsa lagi ;
Sakit tak baik juga. Bahkan masih terasa. Tiada apa yang berubah juga. Alahai. Kasihannya. Guna nama Islam tak selari dengan aspirasi agama. Selain caj perubatan alternatif yang mahal-mahal, mereka juga menjual agama dalam bentuk produk.
Lihatlah bilnya ;
Santau patung berjasad? 2,600?
Mandian sunnah tutup ubat? 900?
Rahim senget 4,300?
Buah pinggang bengkak 10,000?
Diabetes 5,000?
Ini nak mengubati ke atau nak menambahkan lagi masalah orang sakit. Berdasarkan tauliah perubatan apa yang sampai dia tahu pesakit tersebut mempunyai penyakit-penyakit yang disebutkan? Ke main reka-reka aja?
Kesian pesakit tak pasal-pasal lebur 5,000 tapi penyakit tak pulih pula. Setelah aduan di atas viral, dimaklumkan pihak KPDNKK ada datang membuat penyiasatan tetapi tiada tindakan diambil. Perubatan Islam Darul Rizqi juga seolahnya berbangga kerana terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Apa kata anda? Patutkah mereka dibiarkan bebas mengenakan caj rawatan yang mahal-mahal menggunakan nama Islam sehingga mewujudkan sangkaan buruk terhadap agama? - Sozcyili.
Lelaki Dakwa Cas Berubat Di Pusat Rawatan Islam Cecah RM32,000, Ibunya Terpaksa Serahkan Rantai Tangan
siakapkeli.my
Seperti kita ketahui, pusat perubatan Islam adalah sebagai satu tempat untuk mendapatkan rawatan dan kebanyakan perawat memberi rawatan dengan seikhlas hati di mana bayaran alaha seikhlas ahti dan jika dikenakan bayaran pun harganya tidaklah terlalu tinggi.
Namun sejak beberapa hari lalu tersebar di laman sosial sekeping gambar bil rawatan yang dimuatnaik oleh seorang lelaki di mana beliau mendakwa telah menjadi mangsa sebuah pusat rawatan Islam.
Beliau dalam satu tulisan di laman Facebooknya meminta supaya pusat berkenaan berhenti menggunakan nama Islam untuk kepentingan diri apa dikatakan telah mengeluarkan resit yang terpapar sejumlah RM32,000 untuk rawatan yang bakal diikuti.
Beliau pada mulanya nyata terkejut, namun terpaksa meneruskan rawatan pertama selepas ibunya tidak tahan sakit lagi sehingga sanggup menyerahkan rantai emasnya berharga RM4,800 untuk memulakan rawatan.
Berikut adalah cerita penuh.
Berikut adalah perbualan beliau dengan perawat pusat perubatan berkenaan yang mempersoalkan harga yang ditetapkan.
- Siakapkeli.my
Viral 'Resit' Perubatan Alternatif RM 32,800 : ''Kami Tak Paksa Pesakit Teruskan Rawatan di Sini'' - Pemilik
siakapkeli.my
Rumah yang dijadikan pusat perubatan alternatif.
Pemilik sebuah pusat rawatan menafikan menerima bayaran puluhan ribu ringgit membabitkan rawatan keatas seorang pesakit wanita yang didakwa menghidap penyakit urat saraf yang dirawat di pusat tersebut.
Pemilik yang enggan namanya disiarkan itu berkata, gambar resit yang diviralkan itu bukan resit pembayaran tetapi merupakan sebut harga yang dikeluarkan oleh pihaknya sebelum meneruskan rawatan.
Tambahnya lagi, berdasarkan sebut harga itu, kos rawatan ibu lelaki berusia 22 tahun itu berjumlah RM 32,800 yang kemudian diviralkan oleh anak lelaki wanita itu seterusnya mendatangkan kecaman dari netizen.
"Selepas membuat imbasan dengan persetujuan bayaran RM300 saya memberitahu penyakit-penyakit ibunya dan mengeluarkan sebut harga yang perlu dibayar sekiranya bersetuju meneruskan rawatan disyorkan.
"Sebenarnya itu hanya sebut harga di atas kertas. Kita di pusat ini tak paksa untuk mengenakan jumlah-jumlah tertentu tapi mengikut kadar kemampuan pesakit atau ahli keluarganya," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Menurutnya lagi, seutas gelang emas yang diterimanya pula selepas keluarga itu bersetuju meneruskan rawatan selepas sebut harga dikeluarkan.
"Saya tak paksa pesakit teruskan rawatan di sini kerana ramai juga yang datang scan sahaja dengan bayaran sebanyak RM300. Tapi bila dah tandatangan berserta cop jari (sebut harga) bermakna dia dah setuju (teruskan rawatan).
"Malah pesakit sendiri yang membuka gelang emas tersebut tanpa paksaan dan menyerahkan kepada saya serta berkata barang kemas berkenaan bernilai RM4,800 sedangkan bila saya pergi ke kedai emas, harga sebenar kira-kira RM1,700 saja," katanya.
Kata beliau lagi, pusat rawatan itu didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak dua tahun lepas dan menggunakan kaedah bacaan ayat-ayat suci al-Quran, doa dan zikir tanpa melibatkan amalan songsang.
"Malah terdapat ayat al-Quran yang saya beri kepada pesakit untuk diamalkan, tiada kaitan dengan benda-benda khurafat mahupun jampi serapah.
"Saya pula jalankan rawatan di rumah saja tapi tetap berdaftar dengan SSM malah dah dua kali perbaharui lesen.
"Sepanjang merawat, ada juga yang tak bayar kos rawatan keseluruhan tapi tak ada la saya nak viralkan. Saya tak mahu mengaibkan orang dan cuma anggap ia dugaan," katanya.
Sumber: Sinar Online
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 16, 2016 7:29 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas…
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net
Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj. 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia. Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.
1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja
2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.
3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.
4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.
5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.
6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.
7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.
8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.
9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)
10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.
Sumber: ~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~
http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment