Tuesday, October 18, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4611[1 Attachment]

15 Messages

Digest #4611
2
3
Fw: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: 'Ulat Parkir' Meringkuk Dalam Penjara by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: SALAH SATU CARA UNTUK HAPUSKAN RASUAH by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: SURAT TERBUKA UNTUK KP...... by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
10
11
Fw: Berita baik untuk kaki demo dari FRU by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
12

Messages

Tue Oct 18, 2016 7:15 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kewangan Negara Dalam Situasi "Ikat Perut"
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot.

\
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengarahkan para menteri untuk bersedia menghadapi masa terkehadapan yang mencabar dan 'mengikat perut' dengan mengambil kira keperluan kewangan kementerian masing-masing.

The Star Online melaporkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed telah bertemu dengan Perdana Menteri pada minggu lepas bagi membincangkan cadangan kementerian itu untuk mengukuhkan ekonomi.

"MITI meminta peruntukan tambahan. Kami memahami keadaan tetapi kami berharap agar dapat sokongan bagi pelaburan dan promosi perdagangan. Kami dimaklumkan bahawa keadaan adalah sukar tetapi adalah penting bagi kerajaan dan Perbendaharaan memutuskan apa yang menjadi keutamaan. Ada yang anda dapati terpaksa dilepaskan. Anda dapat sedikit, anda terlepas sedikit,"
Sambil menegaskan mengenai keperluan untuk membelanjakan dana awam dengan kaedah yang bijaksana, Perdana Menteri akan mengadakan sesi khas dengan para menteri untuk mengetahui keperluan dan aspirasi mengenai Bajet 2017.

Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2017 pada hari Jumaat.

Sementara itu, Mustapa berkata, cadangan MITI tertumpu kepada penekanan ke atas pelaburan dan perdagangan selain menyokong perusahaan kecil dan sederhana

MK

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Maklumat Awal Dapati 2 Ekor Ular Sawa Dilempar, Jurulatih & Pembantu Digantung Tugas
siakapkeli.my

Ipoh, 18 Okt : Empat orang jurulatih dan enam pembantu dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Kangsar digantung tugas serta merta dari menjadi tenaga pengajar program membina jati diri sehingga siasatan terhadap kes video viral ular sawa dilempar dalam kolam selesai.

Langkah itu diambil oleh pengurusan tertinggi APM selepas rakaman video kejadian itu menjadi viral sejak kelmarin.

Menurut pengarah APM Perak, Kolonel Pertahanan Awam (PA), Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman, pihaknya mendapati wujud pelanggaran operasi standard (SOP) yang dilakukan ketika menjalankan Program Kem Kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru, Kuala Kangsar, ketika kejadian.

Menurutnya lagi, hasil maklumat awal yang diperoleh mendapati jurulatih melempar dua ekor ular sawa ke dalam kolam yang perlu dilalui oleh sekumpulan pelajar perempuan.

"Pengurusan APM Pusat dan negeri sangat kecewa dengan kejadian ini kerana jurulatih yang berada di tempat kejadian melanggar SOP yang sedia ada.

"Kegagalan untuk mematuhi SOP tidak sepatutnya berlaku dan kita akan menjalankan siasatan terhadap kesemua mereka dan memastikan keadilan serta hukuman setimpal diberi mengikut prosedur tatatertib APM," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, program itu adalah siri ke-32 yang bermula pada 2012 dan sudah empat tahun dilaksanakan.

Seramai 1,622 orang pelajar telah mengikuti program tersebut di APM Kuala Kangsar namun kejadian menggunakan ular adalah pertama kali berlaku, katanya.

Sumber: Harian Metro

MACAM-MACAM KAEDAH JATIDIRI YANG BOLEH DILAKSANAKAN, TETAPI BUKAN INI...
bloglist-malaysia.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

Sebuah video kini viral memaparkan aktiviti program jatidiri menunjukkan beberapa orang murid perempuan dipaksa untuk meredah sebuah kolam air yang ada ular.

Persoalannya:

Siapakah si bodoh yang merancang dan melaksanakan program ini?
Berapakah usia budak-budak itu?
Apakah tujuan sebenar program ini?
Apakah kelayakan perancang dan pelaksana program tersebut? (Contoh adakah mereka memiliki ilmu psikologi kanak-kanak, remaja, etc..).

Tidakkah perancang/pelaksana program sedar, seorang yang takut akan trauma dan mungkin menghadapi nightmare beberapa malam kerana ketakutannya? Lebih teruk lagi jika pihak perancang/pelaksana tidak mengadakan sesi "caring" selepas program yang menakutkan ini.

Akibatnya Malaysia menjadi lebih terkenal di seantaro dunia. Selain daripada Facebook, video perlakuan juga ada di youtube yang dimuatnaik oleh pengamal media sosial dari negara jiran (video di atas).

Tolong!

Bukan semua orang boleh jadi abang bomba atau nak kerja di PERHILITAN atau nak kerja dengan haiwan ganas di sarkas.

Walaupun kita mahu anak-anak kita menjadi orang yang berani, tetapi kaedah ini jelas sangat melampau dan wajar dikecam!

YONG SUKA KUNING DENGAN INI MENGECAM PELAKSANAAN SEBARANG KAEDAH JATIDIRI/MOTIVASI YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAN SAMPINGAN NEGATIF JANGKA PANJANG KEPADA PESERTA!

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue Oct 18, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



RUU 355: Hadi Tinggalkan Dewan Sambil Tersenyum Tanpa Sepatah Kata
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan ke senarai nombor 7 hari ini dari nombor 4 semalam.

Ia menimbulkan pertanyaan, apakah RUU355 itu dapat dibahaskan hari ini atau akan terus diturunkan lagi esok dan hari-hari mendatang.

Ketika tumpuan diberikan kepada usul persendirian itu, Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat melangkah keluar dewan ketika sidang masih berjalan pagi ini.

Presiden PAS itu bagaimananpun mengunci mulut dan hanya tersenyum apabila diminta mengulas peluang untuk usul persendirian yang dibawanya itu dibahaskan.

Usul kontroversi itu diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Kebiasaannya usul kerajaan akan didahulukan untuk dibentang dan dibahaskan berbanding usul persendirian.

Bermula minggu depan, perbahasan di Dewan Rakyat akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lzpor AstroAwani

RUU 355 – Hari kedua, dari ke-4 ditolak ke-7
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Usul rang undang-undang (RUU) persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.
Usul tersebut telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan?
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot
Catatan Khas Parlimen: Bilakah RUU 355 akan dibahaskan.?

1. Semenjak semalam, saya dihujani dengan soalan tersebut oleh banyak pihak yang menantikan saat bersejarah khususnya para penyokong PAS yang ingin menyaksikan Tuan Guru Presiden PAS membentangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (355). Mungkin kerana ianya tersenarai pada giliran nombor empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Isnin, 17 Oktober 2016.

2. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, usul RUU 355 ini telah beranjak kepada giliran nombor tujuh. Eh, mengapa jadi begitu.? Pastinya ia akan menimbulkan kekeliruan yang boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu contohnya portal Malaysiakini meletakkan tajuk berita, "Hari kedua, usul Hadi ditolak ke bawah".

3. Penjelasannya begini, untuk memahami proses perjalanan mesyuarat Sidang Dewan Rakyat, hendaklah merujuk kepada Buku Peraturan Mesyuarat Dewan.
Dalam buku peraturan tersebut ada dinyatakan,
"15. (1) Pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain."
Pada semalam, pihak kerajaan telah mengemukakan Rang Undang-Undang kerajaan untuk Bacaan Kali Pertama;
a) Rang Undang-Undang Perbekalan 2017
b) Rang Undang-Undang Bank Pelaburan Infrastruktur Asia 2016
c) Rang Undang-Undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016
d) Rang Undang-Undang Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016
e) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2016
Hari ini, RUU Kerajaan yang dibaca kali pertama semalam telah disenaraikan sebagai Bacaan Kali Kedua. Semestinya, ia mestilah mendapat giliran diatas mendahului Rang Undang-Undang Ahli Persendirian daripada ahli bukan kerajaan iaitu YB Marang. Maka, sebab itulah giliran usul YB Marang teranjak daripada nombor 4 kepada nombor 7.

4. Persoalannya, bilakah RUU 355 itu akan dibahaskan.? Yang lebih tepat untuk menjawabnya ialah pihak kerajaan kerana kuasa ada di tangan eksekutif untuk menentukan tarikh yang sesuai bilakah laluan akan diberikan kepada YB Marang. Adakah ianya boleh berlaku.? Ya, boleh.
Cuba kita ingat kembali sejarah pembentangan usul ini kali pertamanya pada 26 Mei 2016 yang lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen, Dato' Sri Azalina telah bangun mencadangkan;
"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 14(2), saya mohon mencadangkan bahawa usul Yang Berhormat Marang seperti yang tertera di nombor 15 didahulukan selepas Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016 di nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini".
Usul YB Marang terletak pada giliran terakhir hari itu, namun ianya dapat didahulukan kerana Menteri menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2) yang menyebut;

Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

5. Sidang Dewan Rakyat Penggal Keempat, Mesyuarat Ketiga kali ini adalah selama 25 hari yang bermula daripada 17 Oktober 2016 sehingga 24 November 2016. Pada Jumaat ini, PM Najib akan membentangkan Bajet 2017. Bermula Isnin depan sehingga 22 November 2016 adalah tempoh perbahasan bajet bagi peringkat dasar dan jawatankuasa. Bolehlah kita fahami di sini, kemungkinan RUU 355 ini boleh dibentangkan samada hari yang berbaki sebelum pembentangan Bajet 2017 atau pada penghujung sidang nanti.

6. Terdapat pelbagai pihak yang berusaha gigih untuk menghalang pembentangan RUU 355 oleh YB Marang. Hairan bukan.? Atas prinsip sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan, apa yang sedang diusahakan oleh YB Marang adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia dan tidak juga bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Beliau membawa usul tersebut ke institusi Parlimen untuk dibahaskan dan dibuat pengundian. Mengapa perlu takut dan gelabah sangat.?

7. Apa yang ingin dipinda ialah Akta 355 yang sudah sedia ada semenjak tahun 1965 lagi. Akta tersebut dahulunya dibentang, dibahaskan, diluluskan di Parlimen yang sama juga. Pada tahun 1984, Akta 355 ini pernah dipinda bagi menambah bidang kuasanya. Setelah 32 tahun, Tuan Guru Presiden PAS memanfaatkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Marang mencadangkan Akta 355 ini diperluaskan bidang kuasanya agar Mahkamah Syariah yang sudah sediaada dapat dimartabatkan kedudukannya selari dengan Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut "Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana Bahagian Persekutuan."

8. Jadi, sila nyatakan di celah mana yang dikatakan RUU 355 ini bercanggah dengan Perlembagaan.? Buktikanlah apa yang menyebabkan orang bukan Islam terkesan dengan pindaan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang tidak pun melibatkan mereka. Pihak yang menentang seperti DAP, MCA, Gerakan, MIC dan parti komponen BN di Sabah dan Sarawak hanya menggunakan persepsi palsu bagi menakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

9. Pihak The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), Persatuan Hokkien Malaysia dan Majlis Gereja Malaysia turut sibuk masuk campur tangan hal ehwal ummat Islam dengan menggesa Ahli Parlimen menolak RUU 355 ini kononnya atas semangat mempertahankan Perlembagaan. Adakah kami orang Islam sendiri tidak ada hak untuk beragamal dengan agama kami yang menjadi Agama Persekutuan Malaysia.? Malangnya, kelompok Muslim liberal seperti G25, Sister in Islam, IRF, Zaid Ibrahim, Peguam Siti Kasim dan yang seangkatan dengannya turut menentang keras usaha kita bagi memartabatkan undang-undang Syariah. Media yang dikuasai mereka digunakan untuk mengelirukan rakyat umum. Contoh termudah ialah penggunaan terma RUU Hudud yang sering digunapakai dalam penerbitan berita mereka adalah penipuan secara terang-terangan. Mereka sengaja menggunakan perkataan Hudud kerana ia adalah senjata yang paling mudah untuk menakutkan orang kepada Islam.

10. Akhirnya, saya petik kembali kalimah yang digunakan oleh Tuan Guru Presiden PAS ketika beliau diserbu oleh pihak media semalam adakah RUU 355 ini akan diluluskan.? Beliau hanya tersenyum dan menyebut "Insyaallah".
Kita semua pendokong dan penyokong di segenap peringkat perlu bersifat optimis dan positif sepertimana yang telah dizahirkan oleh Tuan Guru Presiden PAS. Kita teruskan berdoa, bersabar, dan berharap kerana akan tiba masanya mentari itu akan tetap menyinar setelah hujan berhenti.

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli,
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
18 Oktober 2016
Pejabat PAS, Tingkat 14, Menara Parlimen

Parlimen: Hudud Hadi 'Ditolak' Ke Bawah
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Usul kontroversi 'hudud' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.

Usul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.

Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.

Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.

Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.

Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.

Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.

Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.

Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.

Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Namun selepas bantahan daripada parti komponen BN seperti MCA dan MIC, peluang untuk perkara ini berulang menjadi persoalan.

- mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Ulat Parkir' Meringkuk Dalam Penjara Selepas Mengaku Bersalah Minta RM10
siakapkeli.my

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Okt - Seorang 'ulat parkir' didenda RM850 atau penjara 10 hari oleh Mahkamah Trafik di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan tanpa kuasa sah mendesak dan mengarahkan pemandu meletakkan kenderaannya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan terhadap lelaki berkenaan yang didakwa melakukan perbuatan itu di susur Jalan Tun Razak di sini pada jam 12.50 pagi pada 15 Oktober lepas.

Lelaki berkenaan bagaimanapun gagal membayar denda itu dan dihantar ke Penjara Kajang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu ditangkap pihak polis dalam Ops Parkir Haram semasa dia menghampiri dan meminta seorang pemandu sebanyak RM10 selepas pemandu berkenaan meletakkan keretanya di situ.

Sumber: Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MUNGKIN INI SALAH SATU CARA UNTUK HAPUSKAN RASUAH DI MALAYSIA.
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Anak Dara Makcik Anne' Perjelas Isu Halal Auntie Anne
siakapkeli.my

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan status halal pretzel Auntie Anne Malaysia sebagaimana yang banyak tersebar di media sosial dan juga aplikasi mesej.

Perkara ini sekaligus menimbulkan rasa was-was dalam kalangan peminat pretzel jenama tersebut mengenai status pretzel keluaran Auntie Anne.

Bagi menjawab persoalan itu, pekerja QA Executieve yang merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia, Farhatul Kamilah, tampil memberi penjelasan panjang lebar.

Kamilah menerusi satu kenyataan di Facebook mengakui sememangnya permohonan sijil halal Auntie Anne ditolak oleh JAKIM berikutan beberapa isu termasuklah isu nama menu 'Pretzel Dog'. Namun isu yang timbul bukanlah isu besar seperti penggunaan bahan yang haram dimakan orang Islam.

"1 - JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

"2 - Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne's dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

"3 - Nama menu 'Pretzel Dog' haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.", tulisnya panjang lebar.

Tambah beliau lagi, Autie Anne kini memang bukan pemegang sijil halal JAKIM tetapi pihaknya sedang berusaha ke arah itu.

"Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne's, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne's sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya. Ikhlas, Anak dara Makcik Anne", tulis Kamilah.

Baca kenyataan penuh dari Kamilah.

[Isu Status Halal Auntie Anne's]
Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang 'certified' Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-
1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne's dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu 'Pretzel Dog' haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne's BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne's, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne's sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

Sumber: Kamilah

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, October 17, 2016 9:49 PM
Subject: Fw: Status Pengesahan Sijil Halal

Isu Status Halal Auntie Anne's

bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

[Isu Status Halal Auntie Anne's]

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang 'certified' Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne's dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu 'Pretzel Dog' haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne's BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne's, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne's sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SURAT TERBUKA UNTUK KP......
bloglist-malaysia.blogspot
gajahmenta.blogspot
DIRECTER Gajah Menta

Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM,
Saya menulis surat terbuka ini bagi mendapat jawapan kepada beberapa kerunsingan orang ramai terhadap perilaku anggota Umno berbaju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Pertamanya, kenapa Jamal dan ketua-ketua samseng baju merah tidak ditahan dalam lokap sementara menunggu pertuduhan jenayah di mahkamah seperti yang biasa dilakukan terhadap orang awam yang didakwa melakukan kekerasan dan intimidasi jenayah?
Adakah laporan media dan rakaman video gelagat samseng budak-budak Jamal terhadap peserta konvoi Bersih 5 sepanjang dua minggu lalu palsu belaka?
Adakah rakyat sekarang boleh meniru aksi serangan samseng baju merah tersebut ke atas peserta konvoi Bersih 5, seperti menendang kereta, merosakkan cermin sisi kereta dan mencederakan serta mengugut orang lain di hadapan mata anggota polis tanpa risau akan ditangkap?
Atau adakah ini satu keistimewaan yang dikurniakan kepada samseng baju merah yang melakukannya atas nama Umno?
Adakah saya atau siapa-siapa sahaja kini dibenarkan undang-undang untuk menuduh sesebuah organisasi telah diresapi anasir Da'esh berdasarkan khabar angin seperti yang dilakukan oleh Jamal terhadap Bersih?
Adakah saya juga kini boleh membuat tuduhan liar terhadap sesiapa sahaja, contohnya terhadap Ketua Polis Negara dan Jamal, kononnya telah mengupah pengikut-pengikut untuk memalsukan akaun Facebook saya di mana saya mengulangi ugutan rusuhan kaum 13 Mei; sepertimana Jamal telah menuduh DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam hal akaun yang didakwa palsu oleh Jamal semalam?
Jamal telah menulis di akaun Facebook beliau: "Ini mesti LGE DAP Ketua Menteri P.Pinang yang mengupah budak-budaknya memalsukan akaun FB saya."
Jika saya membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar, adakah Tan Sri akan terus mengeluarkan arahan tangkapan melalui Twitter supaya saya diberkas kerana fitnah jenayah, kutukan dan caci maki terhadap reputasi baik Tan Sri?
Yang benar,
LIM LIP ENG
Ahli Parlimen Segambut

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sanggup Biarkan Tangan Patah Tanpa Rawatan Demi Sara Anak Baru Lahir Dan Isteri Dalam Pantang
siakapkeli.my

Hidup di dunia, ada kaya, dan ada yang memerlukan, ramai sebenarnya orang memerlukan bantuan di luar sana.

Tidak kira bangsa atau agama, jika ada yang susah bersamalah kita bantu membantu kerana mungkin hari ini hari mereka susah kita tolong, mungkin satu hari kita pula susah ada orang yang menolong.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ami Tanjung kisah seorang lelaki yang sanggup mengabaikan rawatan tangannya yang patah demi untuk terus mencari rezeki menyara anaknya yang baru lahir dan isteri dalam pantang.

Jom kita baca.

Sanggup biarkan tangan patah berpanjangan demi anak dan isteri

Tolong bantulah dia!

MOHANA A/L RAMAMORTHY

29 tahun/india/lelaki

Kalau ditanya kenapa dia tak pegi dapatkan rawatan perubatan untuk tangannya, masa tu dia menitiskan air mata, sebab rasa tak sanggup nak berbuat apa. Masa ambik gambar pun, dia tengah menitiskan air mata lagi.

Tangan patah dah 6 bulan, tapi tak mampu bayar biaya perubatan, terpaksa biarkan tangan dia patah supaya boleh beri makan anak isteri dan bayar sewa rumah..

Kerja Driver bus, gaji kecil, menikah 9 tahun, baru dapat anak seorang yang baru lahir 31/8/16 (hari merdeka).

Isteri tengah berpantang, tangan patah dan ni jatuh semalam dekat area yang patah tu. Allahu Rabbi.. Kasihanilah beliau

Kawan kawan yang nak membantu, boleh contact beliau di talian ni (saya minta dia benarkan untuk viralkan kisah dia, sebab dia kena pikirkan masa depan anak dia sekiranya tangan dia sebagai penyara keluarga dibiarkan patah tanpa sebarang usaha perubatan)

Kepada rakyat Malaysia yang ingin membantu boleh sumbangkan ke 1014429000009843 (BSN) atas nama Mohana Das a/ l Ramamorty atau hubungi beliau di 018-3652523.

Ramai yang menyatakan rawatan di Hospital kerajaan murah, tapi mungkin bagi beliau apabila tangan disimen menyusakah pergerakan beliau untuk mencari rezeki.

Apapun jom kita bantu beliau, jangan persoalkan adakah pihak lain telah bantu beliau, tapi tanya apa yang kita buat untuk bantu beliau. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pakar ramal GST naik 2% kerana kerajaan tiada sumber produktif lain

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Pakar ekonomi berpendapat kerajaan sedang merancang untuk menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6% kepada 8%, memandangkan ia tidak mampunyai sumber cukai produktif yang lain.

Jika tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad bagi menampung pendapatan kerajaaan buat sementara bagi tahun 2017.

Memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak Prof Dr Barjoyai Bardai berkata GST satu-satunya cukai yang sangat produktif dan berdaya maju, ketika cukai korporat dan cukai individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.

"Kalau boleh kerajaan mahu laksanakan tahun ini untuk belanjawan tahun depan (2017)," kata Barjoyai kepada FMT.

"Tapi bergantung pada berani atau tidak kerajaan melakukannya. Mungkin mereka pun tak ada pilihan lain sebab tidak ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan," katanya.

Pakar ekononomi itu sebelum ini diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata ekonomi akan lumpuh sekiranya kadar GST diturunkan daripada 6% kepada 3%.

Najib menjawab Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang berkata penurunan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik.

Menurut Barjoyai, penurunan sehingga 3% akan menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion. Kutipan tahun ini dijangka mencapai RM39 bilion.

"(Penurunan) itu akan menyebabkan pendapatan kerajaan terlampau rendah sehingga tidak dapat menampung perbelanjaan yang besar, dan akan menyebabkan defisit belanjawan naik sampai 4% atau lebih 4%," jelasnya.

Barjoyai tidak optimis kerajaan akan dapat mencapai kutipan GST RM39 bilion kerana jumlah perbelanjaan persendirian yang merosot.

"Kemungkinan berkurang hampir RM6 bilion hingga RM8 bilion. Ini akan menyebabkan sasaran defisit perbelanjaan kita meleset sebab kita jangkakan kita akan mencapai sasaran 3.1%.

"Kemudian pada masa yang sama Petronas telah menurunkan jangkaan dividen bayaran cukai yang akan mereka buat daripada RM60 bilion kepada RM30 bilion. Jadi ini merupakan satu tamparan besar juga," katanya.

Rakyat dibebani GST sebab hutang negara
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie


KOTA BHARU – Rakyat tidak akan dibebani dengan GST jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, memang GST menjadi penyelamat ekonomi kini dan kerajaan menggunakan GST sebagai medium untuk memastikan rakyat dapat membantu menyelesaikan hutang negara yang banyak.

"Memang GST penyelamat ekonomi yang telah lumpuh akibat daripada tangan ganas pemimpin BN itu sendiri. Kini kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bantu dengan cara memperkenalkan GST, naikkan harga minyak, harga tol. Dengan ini menunjukkan bahawa rakyatlah terpaksa menanggung hutang Negara yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menolak cadangan pengurangan cukai GST daripada enam kepada tiga peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, negara tidak sepatutnya berhutang dan GST tidak wujud, sekali gus rakyat akan hidup dalam keadaan baik tanpa sebarang tekanan daripada kenaikan harga barang dan pelbagai lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri berkata, sebelum ini seorang menteri pernah berkata, GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang, malah harga akan turun, jauh lebih murah daripada kini.

"Apakah barang yang akan turun harga itu, senaraikan kepada kami. Sampai sekarang kita tidak jumpa lagi barang turun harga, malah harga lebih meningkat lagi. Kita tidak menentang cukai, cukai dikenakan pada barang tertentu dan pada tempat tertentu yang eksklusif. Restoran besar yang mana dikunjungi orang kaya, itu adil bagi mereka yang ada lebihan perbelanjaan.

"Tetapi GST yang diperkenalkan dikenakan kepada semua rakyat. Maka ini adalah cukup tidak adil. Jika mereka kata GST itu penyelamat, ia mesti dibaca dengan maksud bukan penyelamat sebenar, tetap penyelamat kepada ekonomi yang merudum," katanya.

Kerajaan tidak pernah cadang mansuh GST - Johari
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
MALAYSIA GAZETTE

Johari Abdul Ghani

Kerajaan tidak pernah bercadang untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan bermula 1 April, 2015.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata ini kerana objektif pelaksanaan GST adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan efisien.

"Struktur GST yang dilaksanakan telah mengambil kira kedudukan semasa sosio ekonomi rakyat demi memastikan impak pelaksanaan GST adalah pada tahap minimun kepada rakyat, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah.

"Pelbagai barangan GST dikenakan kadar sifar manakala perkhidmatan asas dikecualikan daripada GST termasuk barangan asas," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abdul Hadi ingin mengetahui sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang sedang dilaksanakan dan mengambil mekanisme lain yang lebih adil, saksama dan tidak membebankan.

Johari berkata kerajaan juga telah menyediakan pelbagai pakej bantuan pelaksanaan GST untuk memastikan impak minimum kepada rakyat termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Disamping itu, kerajan juga telah mengurangkan kadar cukai individu iaitu sebanyak 1.0 peratus hingga 3.0 peratus," katanya.

Bagi tempoh Januari hingga 10 Okt tahun ini, Johari berkata kerajaan telah berjaya mengutip RM29.34 bilion GST, berbanding RM27.93 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun pelaksanaannya.

"Walaupun kadar GST ditetapkan pada 6.0 peratus, jika kita lihat jumlah barangan yang dikenakan kadar sifar dan dikecualikan, dan kita buat perkiraan semula, GST efektif kita hanya pada kadar 3.6 peratus," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Abdul Hadi berkenaan kenaikan harga barangan yang dikenakan kadar sifar atau dikecualikan GST, Johari berkata ia disebabkan oleh para peniaga yang tertekan ekoran pengurangan keuntungan yang diperoleh sejak sistem tersebut dilaksanakan.

"Waktu kita laksana SST (cukai jualan dan perkhidmatan), ia mempunyai banyak ketirisan di mana banyak peniaga yang tidak membayar SST disebabkan ketidakcekapan sistem ini.

"Apabila kita bertukar kepada GST, sudah pasti ia akan sedikit sebanyak memberi peningkatan harga terutamanya bagi barangan asas kerana peniaga-peniaga ini dahulunya tidak membayar atau hanya membayar separuh daripada SST," katanya.

Johari berkata pelaksanaan GST telah mengekang peniaga ini untuk "lari" daripada GST kerana cukai itu mempunyai "rujukan silang" antara seorang peniaga dengan peniaga yang lain.

"Sistem ini menyebabkan margin mereka tertekan di mana mereka sudah tidak memperoleh keuntungan yang sama seperti semasa mereka tidak membayar SST," katanya.

Selain itu, katanya, kenaikan harga barangan itu juga mungkin disebabkan oleh para peniaga belum benar-benar arif mengenai senarai barangan yang tidak perlu dikenakan GST.--BERNAMA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Guna Telefon Bimbit Semasa Dicas
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by faizal saad

SHAH ALAM: Suruhanjaya Tenaga (ST) sekali lagi menasihati pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas kerana ia mengundang bahaya termasuk berlakunya renjatan elektrik.
Pengarah Kawal Selia Keselamatan Elektrik suruhanjaya itu, Mohd Elmi Anas berkata, semasa telefon dicas, kebocoran arus elektrik akan berlaku sekiranya adanya kerosakan pada alat pengecas.
"Menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas, lebih-lebih lagi dengan alat pengecas tidak tulen, boleh membahayakan pengguna ekoran renjatan yang terhasil daripada kebocoran elektrik pengecas tersebut.
"Selain itu, pengguna perlu memastikan mereka membeli alat pengecas tulen yang mempunyai label SIRIM-ST atau yang dibekalkan bersama telefon bimbit," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Garis Panduan dan Teknik Mengenal Pasti Kabel dan Kelengkapan Elektrik Substandard di sini, Selasa.

Media sebelum ini melaporkan seorang suri rumah maut di kediamannnya di Cheras, Kuala Lumpur ketika menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas dengan alat pengecas tidak tulen akibat renjatan daripada kebocoran elektrik pengecas itu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Elmi berkata mengikut statistik ST, sebanyak 853 kes kemalangan elektrik disiasat dari 2002 sehingga 30 Sept lepas dengan 425 kes daripadanya melibatkan kes maut.
Beliau berkata, punca utama berlakunya kemalangan elektrik adalah disebabkan pemasangan atau senggaraan yang tidak sempurna termasuk tidak melaksanakan senggaraan berjadual ke atas pepasangan elektrik.
"Antara punca lain yang dikenal pasti adalah peranti perlindungan tidak dipasang pada sistem pendawaian, penebat kabel pecah serta kerosakan dibaiki oleh orang yang tidak berkemahiran atau kompeten," katanya.
Menurutnya, aduan mengenai pendawaian tidak mengikut standard adalah yang paling banyak diterima suruhanjaya itu pada tahun lepas.
Bengkel sehari anjuran suruhanjaya itu dengan kerjasama Malaysia Cable Manufacturers Association (MCMA) disertai 80 peserta. Ia bertujuan memberi panduan mengenai teknik mengenal pasti kabel substandard, pengecas dan adaptor telefon bimbit yang tidak diluluskan serta kaedah pemasangan dan selenggaraan pemanas air yang tidak selamat. - Bernama
-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/10/jangan-guna-telefon-bimbit-semasa-dicas.html#ixzz4MsrUpG4v
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Demonstrasi Bersih5: Berita baik untuk kaki demo dari FRU
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot
Maknanya kalau yang turun demo Bersih5 nanti cukup ramai, tak berapa orang sangat yang berpeluang rasa senjata baru FRU tu, tak macam air kimia dan gas pemedih mata, hampir semua kaki demo boleh rasa sorang sikit.

Malaysiakini dalam berita bertajuk "FRU dilengkapi senjata tidak bahaya" melaporkan:

Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan dilengkapi dengan senjata tidak mencederakan (non lethal weapon) ketika berhadapan dengan rusuhan dan perhimpunan ha­ram termasuk pada perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

Menurut Komander FRU, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak non lethal weapon yang terdiri daripada variable kinetic system, tactical marking pistol dan flash launcher merupakan nilai tambah kelengkapan logistik sedia ada. - Utusan.
Juga dilaporkan:

Beliau berkata, penggunaanya senjata itu bukan sahaja tidak membahayakan keselamatan perusuh dan orang awam malah lebih praktikal berbanding penggunaan pemancut air dan gas pemedih mata yang biasa digunakan selama ini.

"Non lethal weapon ini lebih praktikal kerana mudah untuk ditujukan kepada sasaran seperti perusuh yang agresif berbading kaedah lama seperti gas pemedih mata yang boleh membahayakan golongan wanita dan kanak-kanak.

"senjata ini juga tidak boleh digunakan sesuka hati kerana sasarannya adalah di bahagian bawah badan dan kaki dengan tujuan untuk menyuraikan rusuhan tanpa mencede­rakan perusuh," katanya selepas merasmikan majlis penutup Kursus Pengendalian Senjata Non Lethal Weapon (Pepper Ball) di Pusat Latihan Pasukan Polis Marin (Pulamar), Tampoi di sini hari ini. - Ibid.
Rugilah sapa-sapa kaki demo yang dah berniat untuk ponteng demonstrasi Bersih5 yang akan diadakan pada 16 November depan tu.

Bagi yang dah pernah mandi air gas sampai gatal-gatal badan dan juga yang pernah kena gas pemedih mata sampai merah biji mata dan sesak nafas macam nak mati, mungkin pengalaman kena senjata canggih terbaru SPR ni lebih hebat lagi.

Bukan senang nak dapat pengalaman yang 'rare' macam tu, tambah-tambah bagi yang rasa dia kaki demo tegar, malulah mengaku kaki demo kalau terlepas peluang rasa senjata FRU terbaru yang canggih tu.

Cuma masalahnya senjata baru tu tak banyak. Utusan juga melaporkan:

Wan Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 140 unit tactical marking pistol dan masing-ma­sing lima unit variable kinetic system dan flash launcher diperolehi pihaknya dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan semasa. - Ibid.
Maknanya kalau yang turun demo Bersih5 nanti cukup ramai, tak berapa orang sangat yang berpeluang rasa senjata baru FRU tu, tak macam air kimia dan gas pemedih mata, hampir semua kaki demo boleh rasa sorang sikit.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isu Kena Denda Kerana Rehat Lama Di RnR, Ini Jawapan Daripada Pihak PLUS
siakapkeli.my

Sejak beberap hari lalu menjadi viral di laman sosial Facebook seorang pengguna lebuhraya menggunakan nama Damar Wulan memuatnaik sekeping gambar di mana beliau mendakwa telah didenda oleh pihak Lebuhraya PLUS gara-gara berehat lama di Hentian Rehat dan Rawaat(RnR).

Menurut Damar, di dalam perjalanan daripada Gurun ke Pendang di mana ketika dalam perjalanan dia singgah berehat di RnR Gurun melebihi 1 jam 50 minit.

Namun, selepas meneruskan perjalanan sampai di plaza tol Pendang, dia telah dicas RM9.40 sedangkan harga tol hanya RM3.

Beliau dilihat menempelak sikap PLUS berkenaan yang tidak menyata atau memberitahu awal melalui sebarang papan tanda di RnR milik mereka.

Pihak PLUS dalam satu kenyataan media menyatakan tindakan ini terpaksa diambil kerana bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

"Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan (LJT) hanya dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang gagal memberi alasan munasabah apabila didapati melebihi tempoh perjalanan ditetapkan," jelas pihak PLUS melalui laman webnya.

Menurut PLUS, pihak mereka mempunyai rekod semua kejadian kesesakan, kerja penyelenggaraan lebuhraya, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuhraya.

Katanya, rekod berkenaan dirujuk dan disemak petugas tol PLUS sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

"Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti antara Plaza Tol Gurun dan Pendang hanya akan menelan masa selama 30 minit.

"Jumlah itu akan ditambah sebanyak dua jam 18 minit dengan mengambil kira kemungkinan pengguna berkenaan berhenti di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun.

"Sekiranya pengguna berkenaan keluar dari Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

"Malah, PLUS akan membayar balik jumlah penalti berkenaan seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti," katanya.

Kata mereka lagi, antara taktik digunakan pengguna tidak bertanggungjawab termasuk menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol.

"Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar dari lebuhraya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan ditetapkan.

"Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan berkenaan adalah berdasarkan satu had kelajuan yang sudah dikenalpasti," katanya. - Siakapkeli.my

PENALTI LJT UNTUK BENDUNG KEGIATAN MANIPULASI KAD TRANSIT TOL
plus.com.my
Penalti Perjalanan Melebihi Tempoh Yang Ditetapkan atau 'Long Journey Time' (LJT) yang dikenakan kepada sesetengah pengguna lebuh raya yang dilaksanakan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merupakan salah satu daripada langkah yang terpaksa diambil bagi membendung dan mengatasi kegiatan manipulasi kad transit tol di beberapa laluan yang dikenalpasti di lebuh raya kendalian PLUS.

Berdasarkan pemantauan dan kajian syarikat ini, kegiatan manipulasi kad transit tol sering dilakukan oleh sesetengah pengguna lebuh raya yang tidak bertanggungjawab di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya.

Di antara taktik yang digunakan oleh pihak-pihak tersebut adalah seperti menukar, menyimpan dan manipulasi kad transit tol dan sebagainya. Berdasarkan rekod kami, jumlah kegiatan manipulasi kad transit tol semakin meningkat setiap tahun.

Justeru itu, bagi membendung kegiatan tersebut, penalti LJT terpaksa dikenakan kepada transaksi tol di mana waktu masuk dan keluar daripada lebuh raya adalah meragukan berdasarkan pada satu formula atau pengiraan yang telah ditetapkan.

Penalti LJT boleh dikenakan kepada pengguna lebuh raya yang melebihi tempoh perjalanan dari satu plaza tol masuk hingga ke satu plaza tol di laluan tol sistem tertutup (di mana pengguna perlu mengambil kad transit ketika memasuki lebuh raya dan menyerahkan kad transit ketika membuat bayaran di plaza tol keluar). Pengiraan tempoh perjalanan bagi perjalanan tersebut adalah berdasarkan satu had kelajuan yang telah dikenalpasti.

Walau bagaimanapun, penalti LJT tersebut hanya boleh dikenakan sekiranya pengguna gagal memberi alasan/bukti yang munasabah apabila melebihi tempoh perjalanan yang telah ditetapkan kepada petugas tol ketika membuat bayaran di plaza tol keluar.

PLUS mempunyai rekod tentang semua kejadian kesesakan, kerja-kerja penyelenggaraan lebuh raya, kemalangan, kerosakan kenderaan dan sebagainya yang boleh menyebabkan pengguna melebihi tempoh perjalanan mereka di lebuh raya. Rekod tersebut dirujuk dan disemak oleh petugas tol sebelum penalti LJT boleh dipertimbangkan dan dikenakan.

Sebagai contoh, perjalanan mengikut satu kadar kelajuan yang dikenalpasti di antara Plaza Tol Gurun dan Pendang lazimnya hanya memakan masa 30 minit. Jumlah ini akan ditambah sebanyak 2.3 jam (138 minit) dengan mengambilkira kemungkinan pengguna tersebut berhenti rehat di R&R Gurun. Sekiranya pengguna tersebut keluar di Plaza Tol Pendang melebihi tempoh yang dikira dari waktu memasuki plaza tol Gurun tanpa alasan serta bukti yang munasabah, maka penalti LJT boleh dikenakan.

Namun begitu, PLUS akan membayar balik jumlah penalti tersebut seandainya pengguna dapat mengemukakan bukti.

Pihak PLUS juga mengambil kira pengendali gerai-gerai di kawasan R&R dan Hentian Sebelah yang bertugas melebihi tempoh masa perjalanan yang ditetapkan dengan tidak mengenakan penalti LJT.

Pada masa yang sama, pihak PLUS juga sentiasa bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan termasuk Lembaga Lebuhraya Malaysia bagi mengenalpasti langkah-langkah lain yang boleh membendung dan mencegah kegiatan manipulasi kad transit tol dari masa ke masa.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Papagomo diarah bayar RM300,000 kerana menfitnah
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Malaysiakini
18/10/16

Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih popular dengan gelaran 'Papagomo' diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 di samping kos sebanyak RM30,000 kepada seorang peguam yang juga bekas Ahli Parlimen, Datuk Sukri Mohamed.

Perintah itu dikeluarkan setelah mahkamah sebelum ini mendapati artikel yang ditulis Wan Muhammad Azri merupakan fitnah terhadap Sukri yang juga seorang Ahli Majlis Kerajaan Kelantan, memetik laporan Sinar Harian Online.

Menurut laporan itu, perintah ini dikeluarkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Mohamad Rosli Mohamed Nawi setelah perbicaraan taksiran ganti rugi dijalankan.

Wan Muhammad Azri didakwa mengeluarkan artikel yang menyatakan Sukri menyelewengkan sejumlah wang yang dikaitkan dengan Istana Kelantan dan Yayasan Sultan Kelantan, katanya.
Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi manakala Wan Muhammad Azri diwakili peguam Hanif Idris.

Pada bulan Jun yang lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Wan Azri untuk menolak keputusan mahkamah yang memerintahkan dia membayar ganti rugi RM800,000 dan kos guaman RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dampak Buruk kesehatan Akibat Duduk Terlalu Lama
bloglist-malaysia.blogspot
beritafresh.com

Duduk merupakan suatu kebiasaan yang sering dilakukan oleh semua orang, akan tetapi saat anda terlalu lama duduk juga dapat mengakibatkan berbagai macam penyakit. Terkadang duduk dapat memicu timbulnya penyakit, sebab terkadang seseorang yang terlalu lama duduk kurang melakukan aktifitas fisik. Di mana duduk yang dianggap wajar yaitu kurang dari 10 jam, seperti saat anda sedang mengerjakan pekerjaan kantor maupun yang lainnya. Akan tetapi, saat anda duduk melebihi waktu 10 jam dapat beresiko buruk, karena timbulnya berbagai macam penyakit seperti halnya penyakit jantung.

Dimana seperti yang kita ketahui, jantung merupakan salah satu organ yang sangat diperlukan bagi semua orang. Tanpa adanya jantung, kita pasti tidak akan bisa melakukan berbagai macam aktivitas sehari-hari. Dengan begitu sudah dapat ditentukan bahwa organ yang satu ini merupakan salah satu organ vital yang sangat penting.

Saat anda menghabiskan waktu 10 jam per hari hanya untuk duduk, hal ini dapat meningkatkan resiko serangan jantung, stroke atau penyakit yang berhubungan dengan kematian akibat penyakit kardiovaskular, sehingga anda bisa memutuskan untuk berdiri dan berjalan singkat setelah 3 jam duduk.

Hal tersebut dianggap tidak akan meningkatkan resiko terjadinya penyakit jantung, akan tetapi bila anda duduk lebih dari 10 jam perhari barulah ada peningkatan 8% resiko pengembangan penyakit jantung. Tentunya hal itu mejadi hal yang menakutkan pada diri anda.

Maka dari itu selingi waktu anda dengan aktivitas fisik seperti halnya olahraga, pastinya dengan melakukan olahraga 30 menit secara rutin dan teratur akan meningkatkan kinerja organ tubuh anda seperti jantung, paru-paru, ginjal dan berbagai organ vital yang lainnya.

Duduk secara berlebihan dapat dikaitkan dengan peningkatan resiko penyakit kardiovaskular, apalagi saat kebiasaan duduk dikaitkan dengan indeks massa tubuh yang tinggi serta aktivitas fisik yang sangat sedikit. Maka hal itu sangat memungkinkan sekali terjadinya resiko penyakit kardiovaskular di dalam kehidupan anda.

Sebenarnya kebiasaan duduk sudah sangat umum dan banyak di lakukan, apalagi untuk orang-orang yang bekerja di kantor, tentunya duduk sudah menjadi kebiasaan setiap hari untuk orang kantor yang kurang lebih selama 8 jam. Nah, jika anda melakukan pekerjaan anda dengan duduk setiap harinya maka selingi pekerjaan anda tersebut dengan olahraga maupun juga aktivitas fisik yang sangat menyehatkan tubuh anda. Anda bisa melakukan jalan pagi sebelum anda mandi, bersepeda maupun juga lari-lari pada saat anda sedang libur kerja.

Tahukah anda, jika melakukan berbagai macam aktivitas fisik seperti halnya berjalan kaki ini dapat meningkatkan sistem kerja jantung kita? Dengan begitu, pasti jantung akan terjaga kestabilannya serta bisa terhindar dari berbagai macam penyakit. Anda juga dapat melakukan aktivitas fisik sederhana ini untuk mengolah pikiran kita lebih jernih.

Untuk anda yang ingin tetap sehat dan terhindar akan berbagai macam penyakit, anda bisa mulai hidup dengan pola makan yang seimbang. Dan jungan lupa untuk anda melakukan olahraga-olahraga yang ringan setiap harinya atau secara teratur agar anda tetap sehat. Olahraga sendiri sebenarnya sangat membantu anda dalam mengatasi maupun juga mencegah terjadinya berbagai macam penyakit yang mungkin akan menyerang tubuh anda, jadi sudah dapat di pastikan bahwa olahraga adalah hal yang sangat penting untuk di lakukan,

Demikian artikel kami mengenai Dampak Buruk kesehatan Akibat Duduk Terlalu Lama. Semoga dapat bermanfaat dan terima kasih.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Oct 18, 2016 7:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Adik penjual nasi lemak yang viral dapat tapak niaga percuma
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

ADA hikmahnya bila kisah nasi lemak anak dara jadi viral di media sosial — beberapa lagi penjaja makanan turut menjadi sensasi di laman sosial Facebook dan Twitter selepas itu.

Peningkatan hasil jualan mereka turut meningkat seiring dengan populariti yang melonjak secara mendadak di internet.

Salah seorang yang turut menjadi viral di media sosial ialah adik yang meniaga di depan Maybank, Ampang — adik ini dikatakan terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga mencari rezeki bagi menampung persekolahan adik-adik yang lain.

Khabarnya selepas kisahnya menjadi viral di internet, sering kali dia pulang awal kerana nasi lemak yang dijual habis diborong orang. Dalam bab ni memang aku puji, rakyat Malaysia memang ramai yang murah dan baik hati.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini pihak Hijrah Selangor turut bertemu adik ni dan memberikan tapak serta khemah percuma kepadanya.

Tapak niaga yang dimaksudkan di Pasar Bandar Baru Ampang — jadi dapatlah dia berniaga di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, mudah-mudahan hasil perniagaannya akan turut bertambah.

Jika anda terjumpa atau ternampak gerai adik ni, jangan lupa singgah ye. Khabarnya nasi lemak yang dijual memang 'power' maka tak hairanlah kisah dia jadi viral di internet.

Aku difahamkan Hijrah Selangor adalah program mikrokredit gagasan Menteri Besar Selangor, Dato' Azmin Ali sebagai program untuk membantu penjaja kecil Negeri Selangor.

Program dengan peruntukan RM100 juta itu memberikan pinjaman mudah dan cepat kepada penjaja dan peniaga kecil yang seringkali menghadapi masaalah untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Peminjam juga berpeluang mendapatkan lebih banyak pinjaman mudah berbanding jumlah yang diterima kali pertama jika memenuhi syarat (kalau bayar cantik, bolehlah dapat lebih banyak pinjaman).

Kepada mana-mana peniaga dan penjaja kecil di Selangor, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kemudahan ini.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/adik-penjual-nasi-lemak-yang-viral.html#ixzz4NRFMScHm

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Friday, October 14, 2016 11:00 PM
Subject: Fw: BEZA ANAK DARA DENGAN BAPAK ANAK DARA

INILAH BEZA ANAK DARA DENGAN BAPAK ANAK DARA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Ini pula perhatian yang diberi kepada anak dara viral:

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: