Monday, October 31, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4620

8 Messages

Digest #4620
1
Fw: Pelajar tahfiz disuruh pegang plakad by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
4
5
6
Fw: Jika Berbuih, Itu Minyak Kitar Semula by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: Berbagai berita semasa by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Oct 30, 2016 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar tahfiz lawat Najib disuruh pegang plakad "terima kasih PM"
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net

PERDANA Menteri, Najib Razak memberitahu melalui akaun twitternya bahawa beliau menerima kunjungan imam-imam dan para pelajar tahfiz.

Najib turut berkongsi gambar-gambar pertemuan tersebut.

Apa yang dilihat menyedihkan, para pelajar tahfiz yang datang berkunjung untuk bertemu perdana menteri disuruh bergambar sambil memegang plakad-plakad berwarna-warni untuk mengampu beliau.

Antara plakad tersebut bertulis "Terima Kasih PM", "Syukur Alhamdulillah agenda Islam tetap di hati PM", "Kerajaan mendokong Maqasid Syariah" dan "Bajet 2017 mesra golongan agama".

Sedih aku tengok gelagat ahli politik yang terpalit skandal kleptokrat ini sanggup gunakan pelajar tahfiz konon nak gambarkan golongan agama menyokong beliau, nampak sangat terdesak.

Pelajar tahfiz datang berkunjung, mereka sepatutnya jadi tetamu yang dimuliakan, mereka ini golongan yang menghafaz Al-Quran, menjaga ketulenan Al-Quran, mereka tetamu istimewa, sebaliknya disuruh pegang plakad jadi macam machai lapar dedak kaki ampu pemimpin.

Budak-budak tahfiz tu pun nampak 'blur' muka masing-masing. Nampak sangat tak ikhlas pun pegang plakad tu. Siapa pun tak akan ikhlas bila datang tempat orang tiba-tiba disuruh jadi machai ampu tuan rumah tak tentu pasal.

Kalau buat pun sekadar nak jaga air muka tuan rumah, jaga air muka Perdana Menteri.

Read more: http://www.milosuam.net/2016/10/pelajar-tahfiz-lawat-najib-disuruh.html#ixzz4OZ8ZAXSS

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Panduan Meletakkan Nombor Telefon Waris Di Paparan Skrin Telefon, Sebagai Rujukan Sewaktu Kecemasan
siakapkeli.my

Untuk memastikan telefon pintar tidak disalahgunakan oleh orang lain, kita seringkali membuat kata laluan supaya ianya tidak boleh dibuka oleh orang lain. Mungkin sahaja menggunakan kata laluan nombor, atau menggunakan 'pattern lock', dan jika ingin lagi selamat, gunakan 'thumb print'.

Mana-mana kekunci skrin yang digunakan, ianya sama sekali hanya boleh diakses oleh pemilik telefon pintar itu sahaja. Jadi kebarangkalian untuk maklumat di dalam telefon pintar itu digodam, sangat tipis.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir, jika sesuatu terjadi kepada anda, dan orang awam ingin menelefon keluarga anda, tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian, kerana telefon anda mempunyai kata laluan. Jadi, apa yang anda boleh lakukan?

Untuk mengatasi situasi seperti itu, admin ingin kongsikan, bagaimana kita boleh meletakkan nombor telefon waris di paparan skrin telefon pintar, yang mampu dilihat oleh orang awam, tanpa perlu 'unlock' telefon pintar. Jom kita tengok caranya, perkongsian dari laman Turbofix Pakar Handphone.

Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yg ada password). Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK..?

Di bawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:

*LENOVO*

1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

*SAMSUNG*

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

*ASUS*

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

*XIOMI*

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

*IPHONE (APPLE)*

To set, launch "Health" app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emergency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya. SHARE jika info ini bermanfaat. -Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bahaya terlalu bergantung kepada China
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Bahaya terlalu bergantung kepada China

A Kadir Jasin

ULASAN l Komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: "Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…"

Petikan di atas adalah jawapan beliau kepada tampalan saya mengenai mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai lawatannya ke China.

Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Najib berkata: "Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita."

Pengulas yang curiga terhadap apa yang Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman.

Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China.

Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB?

Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku.

Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia.

Cai Zemin menyifatkannya sebagai "permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China."

Ingat tu – "koridor kereta api China" - yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan."

Seperti sesetengah orang telah sedia maklum, China Railway Group (CREC) dan rakan kongsinya, Inskandar Waterfront Berhad milik tauke Tan Sri Lim Kang Hoo kini memiliki 60 peratus saham syarikat yang akan memajukan Bandar Malaysia. Baki 40 peratus dipegang oleh 1BDB.

Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China.

Menurut agensi berita Reuterstampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu.

Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen.

Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba "menjual" beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.

Jual harga lelong

Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Datuk Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan "harga lelong" RM9.2 bilion.

Saya kata "harga lelong" sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi.

Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja.

IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu.

Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB.

Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra.

Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak "viable" apabila skandal 1MDB meledak.

Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran.

Kita tidak mampu?

Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar?

Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia?

Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri?

Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China?

Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP?

Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan?

Bukankan memberangsang bagi anggota dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau LTAT turut terbabit memajukan Bandar Malaysia kerana tapak itu dulunya milik TUDM?

Mengapa China?

Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal?

Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran?

Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB?

Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negeri China?

Seperkara lagi kalau kita tidak buta sejarah dan tidak buta politik, kita tentu sudah lama nampak bahawa China hari ini bukan China pada tahun 1405.

Pada tahun 1405 hingga 1433, Laksamana Zheng He atau lebih kita kenali sebagai Cheng Ho mengepalai armada China ke Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat dan barat Afrika dalam misi tinjauan dan persahabatan.

Hari ini armada Tentera Rakyat China melayari Laut China Selatan dan Utara bagi menunjuk kekuatan dan memperluas tuntutan.

Kalau kita ada otak, kita perlu berasa bimbang dengan hegemoni baru China ini. Lihat bagaimana "politik" China sedang mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya!

Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukan China mendomasi kita dengan wang ringgit.

Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negeri China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China.

DATUK A KADIR JASIN adalah Tokoh Wartawan Negara. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blognya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Mundzir penerima PhD termuda (23 Tahun)

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

JOHOR BAHRU: Pada usia 23 tahun, Mundzir Abdullah, sudah berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dan bidang pengajian pilihannya juga bukan calang-calang.

Kejayaan pensyarah Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu menjadikannya pelajar termuda dianugerahkan kelulusan berkenaan di negara ini.

Serentak itu, nama anak kepada pasangan bekas pensyarah UTM, Dr Abdullah Daud, 61, dan suri rumah, Zakiah Mat, 56, ini kini tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR), menggantikan Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, juga lepasan UTM dari Kelantan, yang muncul graduan PhD termuda pada usia 24 tahun, tahun lalu. "Saya bersyukur kerana hasrat menerima PhD termakbul walaupun hampir putus asa untuk menyiapkan tugasan penyelidikan dalam bidang aplikasi laser.

"Seperti tidak percaya apabila menjadi penerima termuda PhD. Ini membuktikan ilmu bukan diukur dengan usia," kata Mundzir, yang menerima ijazahnya pada Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-55, di sini, hari ini.

Anak keenam daripada 11 beradik itu berkata, beliau tiada rahsia khusus di sebalik kejayaan berkenaan, malah mengakui pernah hampir berputus asa sebelum diberi tunjuk ajar dan galakan semangat oleh tenaga pengajar serta rakan sehingga berjaya menyiapkan penyelidikan dalam aplikasi laser.

Mundzir yang mengikuti pengajian peringkat PhD selama 33 bulan, berkata sepanjang pengajian, beliau menerbitkan lebih 20 kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain membuat pembentangan pada persidangan berkaitan.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kenapa PAS?

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net/

"

Assalamualaikum... Semuanya pasal PAS.PAS sudah lari dari perjuangan Islam, PAS sudah gugurkan tuntuntan Hudud, PAS sudah itu dan PAS sudah ini.Itu semasa PAS dalam PR tapi sekarang lain pula, PAS tak pandai berkawan, PAS kianat kawan,PAS nak berbaik dengan Umno,PAS nak tu dan nak ni, PAS dah gagal tarik sokongan orang melayu, PAS itu dan ini.Semuanya pasal PAS?
Kenapa semasa dalam PR PAS kena, bila tiada lagi PR, PAS juga kena,istimewa sangat ker PAS. Apa istimewanya PAS? PAS cuma satu jemaah Islam yang lengkap, itu ajer.PAS cuma mahu melihat carahidup Islam diamalkan, PAS tak mahu keadilan Islam sahaja, PAS tidak mahu Qazaf saja untuk keadilan Islam walaupun ada orang kata undang undang Islam yang lain tu melampau.

Tapi PAS tetap diserang.PAS tak mahu bersama pembangkang yang membelakangkan Islam tapi ada pula kata PAS tak Islam.PAS hanya nak kuasa sebab tu PAS mahu kembali kepada Umno dalam BN.Dakwaan yang loose dan tiada langsung fakta cuma berdasarkan andaian,Puncanya senang, sebab PAS tak mahu bersama parti pembangkang yang lain yang semuanya tidak endahpun nak jadikan Islam sebagai agenda utama selain hanya keadilan Islam atau paling tidak tiada parti pembangkang lain yang menghormati prinsip perjuangan PAS sebaliknya pembangkang yang lain mahu PAS ikut mereka.Sebab PAS tak mahu ikut PAS dilanyak.

Dalam perikatan pembangkang ada satu parti yang jadi pengkianat PAS, tapi tak nak mengaku sebaliknya menuduh PAS sebagai parti melebel, parti kuat mengkafirkan orang, parti yang suka memaki orang dan parti yang tidak Islam.Tanpa sedar lebel yang diberikan itu hanya untuk pengkianat bukan kepada semua orang, kafir yang di dakwa pula ada disebut dalam kuliah kulian ustaz PAS yang memberi kuliau berdasarkan ilmunya, ilmu yang memberitahu buat A jadi A buat B jadi B dan orang orang yang berbuat perbuatan yang menuju kafir itu jadi kafir kalau tak bertaubat, itu ilmu yang dipadankan dengan perbuatan perbuatan berkaitan di mana dari segi maknanya perbuatan sebegini boleh di taman di jirat kalau mati yang bukan pula bermakna PAS nak taman orang orang ini di jirat.Itu perbandingan kepada perbuatan yang disenaraikan oleh ilmu mereka.Perkara inipun susah nak faham apatah lagi nak sedar dengan perbuatannya.Menyatakan perkara perkara ini tidak bermakna PAS tidak Islam sebaliknya PAS mengambil inisiatif untuk mengajar ilmu ilmu yang benar dari agama(bukan Ilmu yang benar mengikut akal).

Tapi sebaliknya PAS tetap diserang kerana melebel tanpa mahu menyatakan siapa yang PAS lebel, TGHH dituduh kuat melebel tanpa mengambil kira siapa yang TGHH lebelkan itu.PAS tetap ditudih parti ortodok yang melampau tanpa mengambil kira institusi yang ada dalam PAS, tanpa mahu melihat bagaimana sumbangan PAS kepada sistem kewangan atau berbankan Islam dalam negara, tapa mengambil kira institusi pendidikan PASTI yang sudah berdiri teguh seiring dengan sistem pendidikan sekular dalam negara.

Mana sumbangan parti parti pembangkang lain? di mana sistem pendidikan parti parti pembangkang lain terutama parti yang mengutamakan keadilan Islam walaupun mungkin ada yang mahu dakwa institusi pendidikan yang dimiliki oleh Ikram itu milik mereka tapi sedarkah mereka institusi ini masih mendapat sokongan PAS menerusi ahli dan penyokongnya yang masih menghantar anak anak mereka ke sana? Kalau nanti ahli dan penyokong PAS menarik keluar anak anak mereka, tahulah nasib mereka nanti sebab orang Umno dan DAP tak berminat hantar anak anak ke sekolah mereka sebaliknya lebih minat untuk hantar anak kesekolah Grammer atau St Taressa.

Kita akan dengar lagi pasal PAS, sebab puak gerabak ini tak akan duduk diam selagi PAS tak ikut telunjuk mereka.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Apabila PAS tidak lagi berjaya menarik orang melayu, Islam akan hilang,mungkin!

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net
"

Assalamualaikum,,.. Bersih 5.0 mendakwa PAS sudah tidak lagi berjaya menarik orang melayu kerana dakwa mereka orang melayu sudah mula menyokong mereka terutama wanita.Berita sedih kepada Islam kalau berita ini betul terlebih lagi perempuan melayu semakik menyokong Bersih 5,0.

Bersih hari ini tidak sama seperti Bersih yang menyebabkan 2 pemuda ditembak di Kuala Terengganu dulu.Bersih hari ini bukan berjuang seperti Bersih yang menggagapkan Zainuduin Maidin ketika menjawab soalan dari TV Al Jazira dulu.Bersih hari ini dimonopoli oleh pejuang LGBT dan liberal, bersih hari ini cuma mahu Najib letak jawatan bukan mahu membersihkan pilihanraya seperti Bersih dulu.Maka kalau hari ini orang melayu semakin menerima Bersih dan menolak PAS, maka berita sedih untuk Islam di bumi Malaysia.

Mengaku atau tidak, satu satunya jemaah Islam yang lengkap dan terbesar di Malaysia kini ialah PAS.PAS bukan sahaja parti politik tetapi jemaah Islam yang sepatutnya disertai oleh semua orang Islam.Namun kalau ada orang Islam menolak untuk menyertai PAS dan sebaliknya mahu jadi liberal maka sudah tentu Islam akan tercalar dau tercabar.Di Malaysia, orang melayu umumnya diketahui sebagai entiti terbesar Islam walaupun jumlahnya semakin berkurang kerana murtad di mana perjalanan murtadnya melayu dimulakan oleh liberal serta banyak kes pula melibatkan gadis melayu yang jatuh cinta dengan pemuda bukan Islam.

Maknanya, Di Malaysia, tugas menjaga agama ialah tugas orang melayu.Oleh itu kalau ada sekumpulan melayu enggan mengambil tugas ini, maka Islam akan kekurangan orang yang menjaganya.Lantaran bagaimana Islam mahu jadi kuat dan memerintah negara? Di satu zaman, khalifah Islam menghantar satu pasukan tentera untuk menakutkan orang bukan Islam hanya kerana mereka mentertawakan seorang ibu muslim di pasar terbuka.Tapi zaman ini anak gadis Islam begitu mudah dizinai oleh orang bukan Islam malah seorang wanita Islam yang berpendidikan tinggi kononnya turut mudah dipujuk oleh seorang bukan Islam untuk menzinainya.

Di mana maruah kita.PAS sebagai jemaah yang turut berpolitik demi Islam cuba sedaya upaya untuk meletakkan had atau sempadan kepada orang bukan Islam supaya tidak mencerobohi ruangan Islam.PAS berusaha untuk meyedarkan orang bukan Islam supaya menhormati Islam dan tidak mudah mess up dengan orang Islam tetapi ada pula seorang Dr. yang lulus dalam ilmu hadis mendakwa hukum yang nak dijalankan mesti turut melibatkan bukan Islam.

Malang sungguh seruan seorang scholar Islam ini kerana ianya tidak membantu sebaliknya bakal menimbulkan lebih banyak penentangan dari bukan Islam yang menyukarkan usaha meletakkan had atau sempadan ini.Dr. ini sepatutnya membantu dengan menyatakan apa yang ATGHD pernah sebut dulu bahawa seorang bukan Islam yang ditangkap bersama orang Islam itu diberi pilihan samada untuk dibicarakan bawah undang undang Islam atau undang undang mereka yakni sivil.Di sinilah saya melihat tidak bijaknya seorang yang ada PHD dalam ilmu hadis kerana apa yang disebut oleh ATGHD itu menagndungi banyak kelebihan berbanding apa yang diseru oleh Dr.

Pertama, kita perlu sedar bahawa zina itu bukan kesalahan kepada bukan Islam yang tertakluk kepada undang undang sivil jadi sudah tentu bukan Islam yang ditangkap khawat akan memilih untuk dibicarakan bawah undang undang sivil yang tidak ada kanun yang boleh membicarkannya.Ini bermakna bukan Islam itu akan bebas dari undang undang kepada kesalahan khalwat itu tadi.Tapi dalam jangka panjang,undang undang yang melibatkan zina dan perbuatan yang mendekatkan zina mungkin akan dimasukkan juga dalam undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan Islam dan bukan Islam sementara orang Islam yang ditangkap akan sentiasa dihukum dibawah undang undang Islam yang betul bukan undang undang sekarang yang cukup tidak memberi apa apa kesan kepada pesalah baik yang Islam atau bukan Islam.

Bayangkan satu kes khalwat yang melibatkan pasangan peguam wanita muslim dengan peguam bukan Islam, yang Islam itu akan dibicarakan oleh mahkamah Syariah seperti biasa tetapi sabit kesalahannya, dia dihukum sebatan 100 rotan, dan pasangannya bebas kerana memilih mahkamah sivil yang tidak ada kanun untuk kesalahannya.Akibatnya pasangan muslimnya sahaja akan dirotan dan dia terlepas.Bukankah kes ini akan memberi pengajaran yang berkesan kepada pasangan pasangan yang lain yang seumpama?

Inilah saya kata tidak bijaknya dr. itu bila mahukan bukan Islam turut dihukum kerana persoalan tarbiyah diabaikan di sini.Tapi apa yang lebih penting ialah meletakkan Islam dilandasan yang betul, mempunyai maruah dan harga diri serta tidak mudah lagi dikotak katikkan oleh bukan Islam dalam semua hal dan segi.Tiada lagi berani dan lancang mengutuk dan memerlekehkan Islam, tiada lagi berani untuk mengorat dan bermain cinta dengan gadis muslim.

Akhirnya dalam jangka panjang, akan ada undang undang sivil kepada kesalahan yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, maruah Islam akan terbela dan Islam akan dihormati oleh bukan Islam.

Ingat sekarang ini, Islam dihina sebegitu rupa kerana antara sebabnya turut dihina bersama oleh orang Islam di mana dalam kes negara kita orang Islam yang turut menghina Islam itu bangsanya melayu.

Dan ingatlah satu satu jemaah yang menjaga Islam sepenuhnya hanyalah PAS, maka kalau PAS gagal menarik orang melayu yang sememangnya Islam, maka Islam akan hilang, mungkin!

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jika Berbuih Selepas Perap Dalam Peti Sejuk, Itu Minyak Kitar Semula
siakapkeli.my

KOTA BHARU, 30 Okt – Penjualan minyak masak kitar semula masih lagi berleluasan di negara ini. Tapi bagaimana cara untuk mengenalpasti minyak yang dibeli itu minyak yang sudah dikitar semula?

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang dikitar semula dengan cara pemerapan minyak masak yang dibeli itu dalam peti sejuk selama dua jam.

Sekiranya berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula dan penggunaannya boleh membahayakan kesihatan.

"Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini," katanya.

Tambah beliau, pelbagai cara lagi boleh digunakan untuk mengenalpasti ketulenan minyak masak; antaranya dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur. Sekiranya bawang putih itu menjadi merah, ia menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

Beliau juga berharap agar pihak berkuasa membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang berkemungkinan membeli minyak itu dari pihak tidak bertanggungjawab.

"Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

"Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

"Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah," katanya

Sumber: Sinar Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saya sedih, kena ajar orang Melayu tegak Islam - Dr Bala

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


SETIU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang telah bersama dengan perjuangan PAS ingin melahirkan dalam kalangan masyarakat bukan Islam agar 'berfikiran' Islam.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Bala Chandran Gopal Krishnan berkata DHPP berusaha bagi membentuk pemikiran di kalangan bukan Islam dengan pemikiran Islam.

Namun, kata beliau itu bukan bermakna setiap orang bukan Islam mesti menukar anutan agama masing-masing dengan memeluk Islam.

"Bagi kita (DHPP) bila kita bersama PAS, banyak ditarbiah dan menerima dasar perjuangan PAS. Kita tahu, sebagai seorang bukan Islam kena menghormati kehendak dan keperluan orang Islam," ujarnya pada sesi soal jawab Forum Perdana RUU Akta 355 "Biar Tahu Jangan Keliru" anjuran PAS Kawasan Setiu di Surau Tanjung Batu Rakit, semalam.

Dua ahli panel lain iaitu Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Peguam Syarei, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani sementara moderator ialah Ustaz Mohd Khairul Nizam Razali.

Menurut Dr Bala, penentangan orang bukan Islam terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 itu kerana terikut-ikut dengan segelintir orang Islam yang menentangnya.

"Orang bukan Islam menentang RUU Akta 355 itu kerana mereka terikut-ikut dengan tindakan segelintir orang Islam sendiri yang menentang RUU itu.

"Ada orang ingat saya ini 'bodoh' kerana menyokong RUU Akta 355. Saya sendiri pernah ditegur oleh seorang peguam sebuah parti politik pembangkang kerana menyokong RUU 355 itu sedangkan dia (peguam) sendiri tidak faham dengan RUU itu.

"Ini bukan soal undang-undang tetapi soal logik. RUU Akta 355 itu adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah hak orang Islam dan tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Bagi kita orang bukan Islam kenapa kita hendak menentang?" soalnya kepada hadirin.

Katanya, undang-undang dan mahkamah syariah hari ini perlu diperkasakan semula melalui RUU Akta 355 bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

"Pelaksanaan mahkamah syariah hari ini di bawah kerajaan Umno yang 'jahil' ini menjadikan orang bukan Islam kurang yakin dengan undang-undang di mahkamah syariah, banyak kelemahannya yang perlu diperbaiki.

"Penentangan terhadap RUU Akta 355 itu kerana ianya dibentang oleh Ahli Parlimen Marang (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi) dan jika (RUU Akta 355) dibentangkan oleh menteri, tak ada penentangan dan semua orang setuju belaka.

"DAP kena faham parti PAS, Parti Amanah Negara pun kena faham parti PAS. Sebab itu, mereka lari dari PAS sebab tidak faham dasar perjuangan parti PAS untuk menegakkan Islam.

"Niat untuk jadi ahli PAS adalah untuk menegakkan Islam, bukan hanya untuk menjatuhkan Umno. Ini tidak, untuk menjatuhkan Umno lari dari PAS. Sebab, apabila kita menegakkan Islam kemungkaran itu akan jatuh dengan sendirinya.

"Saya rasa sedih, sebab saya pula kena ajar orang Melayu untuk menegakkan Islam dan menyokong undang-undang Islam.

"Saya orang bukan Islam tetapi berfikiran Islam. Sebab untuk menjadi seseorang itu Islam bukan hak kita tetapi hak Allah SWT. Apa yang penting kita menghormati dan menghayati Islam lebih baik dari munafik-munafik yang menentang Islam," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY

Gaji Ahli Parlimen Ini 27 Ribu Sebulan Tetapi Dia Tiada Duit..
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Ya, tiada duit simpanan.

Boleh percaya ke seorang ahli parlimen Malaysia yang mendapat gaji asas sebanyak 16,000 sebulan dan apabila ditolak campur dengan pelbagai jenis elaun boleh mendapat sehingga 27,000 sebulan dan mempunyai kerjaya sebagai seorang doktor dengan membuka kliniknya sendiri langsung tak memiliki wang simpanan?

Dan ini apa yang diceritakan oleh ahli PSM mengenai ahli parlimen Sungai Siput, MP Dr. Jeya Kumar ;

Semalam saya bersembang dengan Seng pegawai pejabat Dr Kumar tentang gaji seorang ahli parlimen.

Menurutnya gaji Dr Kumar sebagai seorang ahli parlimen ialah sebanyak RM27 ribu tetapi tidak mempunyai simpanan utk dirinya daripada gaji beliau itu kerana gaji itu di gunakan untuk membayar gaji staf pejabat ahli parlimen, bayar gaji staf pejabat pejabat psm di lain lain tempat, sumbang kepada parti dan semua aktiviti di parlimen termasuk kos pengurusan pejabat mengunakan duit tersebut.

Buka klinik pun tak ada untung sebab orang miskin datang buat rawatan tidak ambil duit.

Seorang doktor pakar dari keluarga yang berada memilih utk hidup sederhana malah cenderong kepada miskin walaupun beliau boleh saja hidup mewah dgn apa yang beliau miliki. Tapi sayang menurut fahaman sesetengah agama orang yang baik begini matinya nanti akan masuk neraka sebab tidak mengikuti agama yang betul.

Saya maksudkan di sini bukan saja agama islam yang berkata begitu tetapi lain lagi agama juga berkata begitu iaitu jika seseorang bukan dari kalangan agama mereka maka buatlah baik macam mana pun akan masuk neraka.

Begitulah juga dengan kes bunuh diri kerana protes terhadap kerajaan di anggap mati sia sia dan masuk neraka tapi dalam masa yang sama jika ada dari kumpulan mereka bunuh diri dgn meletupkan diri yang bukan saja mengakibatkan kematian dirinya sendiri malah berpuluh orang awam pula di anggap mati syahid.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Oct 30, 2016 8:23 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Selepas Hasrat Bertemu Anak Sulung Tercapai, Raitul Afthal Akhirnya Kembali Bertemu Ilahi
siakapkeli.my

Jika sebelum ini menjadi bualan ramai di laman sosial kisah seorang bapa yang bertarung nyawa melawan sakit kanser usus, di mana dia menyatakan ingin berjumpa dengan anak sulungnya Raykal Hakimi, 6, yang tinggal bersama bekas isteri.

Hasil viral di laman sosial, anak berkenaan berjaya dijejaki dan ibunya telah membawa Raykal bertemu dengan bapanya itu pada 16 Oktober lalu.

Mungkin itu hadiah paling besar buahnya, Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.20 tengah malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Sementara itu, jenazah Raitul Afthal dibawa ke kampung halamannya di Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak dan dikebumikan selepas Zohor, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka bersalin seminggu lagi. - Siakapkeli.my

Mesej yang menjadi viral dahulu sehingga membolehkan hasrat Allahyarham untuk bertemu anaknya tercapai.

Penggunaan Polisterin di Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan Akan Diharamkan Bermula Tahun Depan
siakapkeli.my

PUTRAJAYA, 11 Okt: Semua premis makanan dan kafe dilarang sama sekali menggunakan polisterin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, larangan itu merupakan sebahagian dari usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia merupakan bahan yang sukar diurai atau dikitar semula.

Tambah beliau lagi, larangan itu akan diperluaskan secara menyeluruh ke semua premis makanan di tiga kawasan termasuk bangunan swasta dan ia merupakan inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau.

"Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.

"Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan," katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Sumber: BH Online

Gambar Kaki Murid Perempuan Dirantai Pada Tiang Cetus Kemarahan Netizen

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Gambar seorang murid perempuan berpakaian seragam sekolah yang kakinya dirantai pada sebatang tiang di sebuah blok apartmen di sini menjadi viral di media sosial.

Gambar itu yang disebarkan di laman Facebook sejak petang Rabu menunjukkan kaki kanannya dirantai manakala beg dan botol airnya berada di atas lantai.

Namun tidak dapat dipastikan jika dia ditinggalkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

Berdasarkan gambar itu, insiden tersebut berlaku di tempat letak kereta blok kediaman dengan seorang pengguna Facebook mendakwa ia berlaku di sekitar Sunway.

Netizen mengkritik tindakan itu dengan kebanyakan mereka menyalahkan ibu bapa budak perempuan tersebut kerana mengambil pendekatan seperti itu untuk menghukum anak mereka.
Malah, ada segelintir netizen turut berkongsi gambar budak perempuan itu dan menggesa laporan polis dibuat agar tindakan segera diambil.
...........
SEKALIPUN mahu mengajar anak, bukan ini caranya! Beberapa keping gambar menunjukkan seorang murid didakwa sekolah rendah darjah dua dirantai di sebatang tiang lampu dipercayai berlaku di sebuah pangsapuri Lagoon Perdana, Bandar Sunway tersebar sejak semalam.

Kejadian tidak berperikemanusiaan itu didakwa dilakukan ibu kandungnya sendiri gara-gara kanak-kanak terbabit enggan menghadiri kelas tambahan bahasa Cina.

Sebuah blog yang memuat naik gambar kanak-kanak malang itu turut memaparkan kaki kanan mangsa dirantai pada sebatang tiang lampu menggunakan mangga, selain kelihatan disamping kanak-kanak itu sebotol air minuman dan beg sekolah.

Mangsa didakwa telah dirantai pada tiang lampu itu sejak tengahari.

Sementara memetik laporan portal Berita Daily, mangsa sebelum ini turut didakwa pernah dipukul oleh ibu kandungnya di khalayak ramai.

Menurut saksi yang menghubungi portal tersebut semalam, kejadian sedemikian bukan pertama kali terjadi kepada kanak-kanak perempuan itu.

Malah dakwa saksi lagi, orang ramai pernah menasihati wanita yang berusia 31 tahun itu supaya tidak melakukan sedemikian terhadap anak tunggalnya itu, namun tidak diendahkannya.

"Kalau saya tak silap, ini adalah kali ketiga budak itu dirantai dengan rantai besi. Kali ini kerana budak itu dirantai kerana tidak menghadiri kelas tambahan.

"Sudah banyak kali saya cuba menasihatinya tetapi ibu tersebut enggan mendengar nasihat. Manakala, ayahnya pula takut dengan isteri beliau," kata saksi yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Difahamkan, ibu kanak-kanak itu telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh orang awam.

- mD

20 Tahun Dikurung Bapa Di Bawah Tanah

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


BRASILIA: Seorang lelaki berusia 36 tahun semalam diselamatkan selepas dikurung di dalam bilik bawah tanah rumah bapanya selama sekurang-kurangnya 20 tahun.

Polis di Brazil secara tidak sengaja menemui Armando de Andrade ketika melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk mencari mereka yang terbabit dengan dadah.

Lelaki itu yang dikatakan hilang sejak berusia 16 tahun dilaporkan diikat pada katil di dalam bilik yang kecil dan tidak bertingkap di Sao Paulo.

Menurut saksi, ketika ditemui, kuku tangan dan kaki de Andrade 'seperti gergasi' manakala janggutnya panjang mencecah lutut. Polis yang menemuinya juga berkata, lelaki itu 'kekurangan zat.'

Polis percaya dia hidup dalam keadaan hampir gelap sepenuhnya selama dua dekad kerana bilik itu tiada lampu dan lantainya dipenuhi najis.

- Harian Metro

Pelancong Maut Dilanggar Bas Dipercayai Ketika Cuba Melintas Jalan
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 26 Okt: Seorang pelancong wanita warganegara Poland maut selepas dilanggar bas dalam kejadian di Jalan Tan Cheng Lock berhampiran dengan Wisma Megah kira-kira 1 tengahhari tadi, lapor Harian Metro.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud, siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh pemandu berusia 54 tahun itu cuba membelok ke kanan dari Jalan Tun HS Lee menghala ke Jalan Tan Cheng Lock.

Ketika itu, mangsa, Daiana Helena Paczkowska, 23, dipercayai cuba melintas jalan tersebut sebelum dilanggar di lorong kiri.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di wad kecemasan.

"Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kemalangan dan lokasi kemalangan bukan laluan pejalan kaki. Jarak antara laluan pejalan kaki dengan lokasi mangsa dilanggar adalah 10 meter," katanya lagi.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: