10 Messages
Digest #4615
Messages
Sun Oct 23, 2016 7:37 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Kadar Tol Lebuhraya Dijangka Naik Akibat Pemansuhan Bajet Pampasan Tol
bloglist-malaysia.
tukartiub.blogspot
Posted by Tukar Tiub
Kalau rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.
Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017.
Selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut. Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol. Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang. Mengikut Menteri KKR juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.
Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin. Rujuk gambar-gambar buku bajet yang dikepilkan.
Saya menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan. Saya tidak pasti berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017. Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan.
Saya menyeru Menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang. Kenaikan kadar tol lebuhraya akan menjejaskan perancangan mereka.
Saya juga amat bimbang bahawa pemansuhan sama sekali 080100 Bayan Pampasan Tol dalam Bajet KKR, adalah satu dasar kekal (permanent) yang ingin menghentikan segala subsidi kepada rakyat. Rakyat Malaysia telah merasai bebanan hidup yang sangat tertekan selepas pembatalan pelbagai subsidi termasuk minyak petrol, diesel, elektrik, minyak masak, gula, dan sebagainya. Adakah pemotongan pampasan tol ini selama-lamanya atau hanya untuk tahun 2016? Saya mohon menteri memberi penjelasan kepada rakyat.
Saya juga menyeru menteri memberi penjelasan kepada rakyat berapa lebuhraya yang ingin menaikan kadar tol pada tahun 2017? Berapakah kadar kenaikan setiap lebuhraya? Berapakah pampasan yang dituntut daripada kerajaan.
Yang sudah pasti, jangan percaya dengan segala "berita baik" daripada Perdana Menteri, kerana "the devil is in the details"
Ahli Parlimen Bayan Baru
YB Sim Tze Tzin
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Orang Melayu perlu boikot Malaysiakini
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.
BANGI, 21 Muharram 1438H, Sabtu – Orang Melayu digesa memboikot dan berhenti daripada melayari portal berita liberal Malaysiakini yang bermotifkan anti-Melayu dan Islam.
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, portal liberal berkenaan sering memanipulasi isu dan memprovokasikan umat Islam terutama dalam isu-isu berhubung Islam dan Melayu.
"Ini jelas portal Malaysiakini bermotifkan anti-Melayu, anti-Islam, pro liberal dan melanggar semangat Perlembagaan negara.
"Justeru, orang Melayu perlu boikot Malaysiakini,
Ini berikutan portal lidah liberal berkenaan kerap menyiarkan artikel dan bahan-bahan laporan yang anti-Islam serta Melayu, dan ia konsisten sehingga kini.
Terbaru, isu berkaitan piawaian halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjadi sasaran Malaysiakini untuk menyerang institusi agama itu sekaligus membuka ruang provokasi daripada kumpulan liberal.
Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memperjelaskan isu status permohonan halal sebuah kedai roti francais yang diviralkan di laman sosial tersebut, namun Malaysiakini berterusan menyiarkan artikel dan berita 'sampah' yang menghentam Jakim.
Artikel yang disiarkan di Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataan Jakim dengan membanding-bandingk
Selain itu, Malaysiakini juga kerap memanipulasikan dan mengelirukan laporannya berhubung isu Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berterusan menamakan akta itu sebagai 'hudud'.
Portal itu juga sering menyiarkan berita mengikut sudut yang mengundang kemarahan dan kebencian pembaca terhadap hukum Islam, institusi dan tokoh Islam.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Senarai potongan yang tak disebut dalam Bajet 2017
bloglist-malaysia.
ekeleh.com
Tol akan naik pada 2017? Ini kerana tiada peruntukan bagi pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017.
"Saya percaya kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan syarikat konsesi dan kadar tol akan naik.
"Saya tidak tahu yang mana syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol mereka pada tahun 2017, tetapi kita tahu Menteri Kerja Raya Fadilah Yusof berkata kerajaan sedang berunding dengan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus)," kata Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) Sim Tze Tzin dipetik Malaysiakini.
Kerajaan memberi jaminan harga minyak masak kekal tetapi peruntukan untuk subsidi bahan itu juga hilang dalam laporan anggaran perbelanjaan persekutuan. [Persatuan Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (MEOMA) berkata subsidi dipotong, kerajaan kata takk!!]
Malaysiakini juga melaporkan beberapa peruntukan yang dipotong seperti berikut:
a.. Universiti awam – Potongan RM1.46 bilion
b.. Hospital universiti – Potongan RM155 juta untuk hospital universiti (yang menjejaskan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsan Malaysia dan Hospital Universiti Sains Malaysia)
c.. Bantuan makanan untuk sekolah berasrama – Potongan RM13.5 juta
d.. Bantuan perjalanan untuk pelajar sekolah berasrama – Potongan RM3.6 juta
e.. Tiada lagi susu percuma untuk kanak-kanak sekolah (Peruntukan 2016: RM78 juta)
f.. Tiada lagi peruntukan untuk menaik taraf bangunan sekolah (Peruntukan 2016: RM70 juta)
g.. Tiada lagi biasiswa mikro persekutuan (Peruntukan 2016: RM100 juta)
h.. Pemindahan darah – Potongan RM21 juta
i.. Farmasi dan bekalan awam – Potongan RM86 juta (Satu item berasingan bertanda 'Farmasi dan Bekalan' menyaksikan potongan RM265.32 juta)
j.. Penyelidikan perubatan – Potongan RM9.05 juta
k.. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) – Potongan RM29.40 juta (Kebanyakannya untuk Jakim Sabah dan Sarawak)
l.. Biro Tata Negara (BTN) – Potongan RM11.67 juta
m.. Majlis Keselamatan Negara – Potongan RM6.19 juta
Adakah benar cakap Tun Mahathir yang kerajaan tak berduit??
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:38 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya
bloglist-malaysia.
addindeen.com
Posted by Addin Deen
KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya. Kesas Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung perbuatan khianat dan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab di lorong motosikal Lebuhraya Shah Alam (LSA) awal pagi semalam.
Kesas dalam kenyataan hari ini berkata gambar perbuatan khianat itu turut diserahkan kepada polis untuk siasatan.
"Kejadian yang berlaku sebenarnya telah ditemui sewaktu rutin rondaan dijalankan Kesas Ronda di lorong motosikal LSA pada 5 pagi semalam dan tiada penunggang atau pengguna lorong motosikal terlibat atau cedera.
KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya
"Tindakan segera pihak Kesas Ronda itu berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu yang tidak bertanggungjawab," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu Kesas sentiasa bekerjasama dengan polis bagi memantau keselamatan di lebuh raya terlibat termasuk rondaan bermotosikal 24 jam akan dipergiatkan bagi membanteras kegiatan seumpama itu berulang.
KESAS Laluan Menakutkan.. Ini Sebabnya
Sementara itu, jurucakap Kesas ketika dihubungi Bernama mengesahkan terdapat seorang anggota peronda Kesas cedera ringan akibat perbuatan khianat itu selepas lehernya tersangkut pada dawai yang dipasang merentangi laluan motosikal LSA bertujuan mencederakan mangsa sebelum dirompak.
Mangsa yang cedera ringan melakukan rondaan bersendirian ketika itu. - FMT
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:39 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tak berkesan tangani kos sara hidup: Dr Mohd Yusof
bloglist-malaysia.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian
23 Oktober 2016
SHAH ALAM - Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat kelmarin, dilihat kurang kukuh dalam meningkatkan pertubuhan dan daya tahan ekonomi yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat.
Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia, Dr Mohd Yusof Saari berkata, terdapat beberapa perkara menyebabkan objektif itu gagal.
Menurutnya, sebanyak 82 peratus daripada peruntukan bajet itu untuk perbelanjaan pengurusan, manakala hanya 18 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.
"Sepatutnya dalam keadaan ekonomi sederhana seperti sekarang, kerajaan perlu tingkatkan perbelanjaan pembangunan kerana ia pelaburan jangka masa panjang yang memberi kebaikan kepada generasi berikutnya," katanya kepada Sinar Harian.
Hal itu katanya, pengurangan cukai masa kini bermaksud kenaikan cukai masa hadapan.
"Begitu juga hutang hari ini akan dibayar pada masa hadapan oleh generasi berikutnya. Jika hutang masa kini digunakan untuk pelaburan, maka ia beri kebaikan kepada generasi akan datang," katanya.
Selain itu katanya, usaha-usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi dan mencari potensi pertumbuhan baharu tidak diberi keutamaan.
"Hampir satu pertiga Keluaran Dalam Negeri Kasar dijana daripada industri berasaskan minyak sawit dan petroleum. Usaha pelbagaikan ekonomi dan cari sumber pertumbuhan baru sangat penting bagi memastikan ekonomi tidak terdedah kepada faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi," katanya.
Jelas Mohd Yusof, struktur pasaran pengeluaran makanan di Malaysia bersifat oligopolistik, namun tiada usaha untuk mengubah struktur pasaran tersebut.
"Bekalan input dikawal secara langsung dan tak langsung oleh firma. Jika kerajaan laksanakan liberalisasi pasaran dengan galakkan persaingan, ia akan membantu usaha mengurangkan tekanan kos hidup melalui penurunan harga," katanya.
Beliau berkata, langkah perlu diberi perhatian adalah mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Saya terkejut bila BR1M dinaikkan, sepatutnya ia diperkemaskan. Saya jangka BR1M kalau diteruskan pun, jumlah itu dikekalkan ataupun dikurangkan sedikit memandangkan keadaan ekonomi ketika ini.
"Agihan itu perlu mengikut latar belakang sosio-ekonomi isi rumah. Jadikan ia sebagai reward bagi menaikkan semangat rakyat untuk bina sebuah keluarga cemerlang, mampu didik anak-anak ke universiti contohnya, bukan menunggu dan berpeluk tubuh, lalu dapat wang BR1M, produktiviti rakyat akan hilang, maka lahirlah golongan malas dan tunggu wang bantuan," katanya.
Jelasnya, Bajet 2017 juga tiada 'model
"Saya jangka tahun depan harga makanan terus naik kerana inisiatif Bajet 2017 tidak terarah isu sebenar iaitu struktur pasaran," katanya.
Namun katanya, ada beberapa inisiatif masih membantu rakyat dan pelajar contohnya isu agihan Baucar Buku 1Malaysia ditukar kad debit.
"Rakyat berpeluang menjana pendapatan sebagai pemandu Uber, itu satu cara bagus," katanya.
Dalam soal pendidikan, katanya penekanan hanya di peringkat sekolah rendah dan menengah, untuk universiti tidak begitu difokuskan termasuk bantuan penuntut.
"Target pendidikan rendah sama sahaja bajet tu dengan tahun lepas, peruntukan universiti penyelidikan diminta dari tahun lepas.
"Bagi saya bajet ini tidak berkesan untuk mengurangi kos sara hidup, jika ada pun cukup minimum," katanya.
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:39 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Tiga Individu Ditahan Selepas Hasil Bedah Siasat Dapati Kanak-Kanak OKU Berusia 11 Tahun Didera
siakapkeli.my
JOHOR BAHARU, 20 Okt - Pihak polis telah menahan tiga individu termasuk ibu kandung dan bapa tiri seorang kanak-kanak OKU yang ditemukan mati di bilik air rumah mereka di Endau, Mersing pada petang semalam.
Seorang lagi yang ditahan adalah abang kepada bapa tiri kanak-kanak terbabit.
Ketiga-tiga mereka ditahan pada jam empat petang tadi di sekitar Endau selepas laporan bedah siasat mendapati ada unsur penderaan.
"Hasil bedah siasat mendapati ada kesan penderaan pada anggota badan mangsa. Justeru itu, mereka disyaki terlibat dalam membuat penyeksaan terhadap mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam satu kenyataan hari ini.
Kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut itu kini diklasifikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.
OKU berkenaan, Mohamad Roshamnudin Abdullah didakwa ditemukan oleh ibunya dalam keadaan terbaring dengan kaki dihempap tong air di bilik air rumahnya petang semalam.
Kanak-kanak itu yang dibawa ke Klinik Kesihatan Endau disahkan telah meninggal dunia.
Pemeriksaan oleh doktor di klinik itu mendapati mangsa mempunyai kesan melepuh seperti terkena benda panas dipercayai api rokok, kata Kamarul Zaman.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.
Kamarul Zaman berkata pihaknya akan memohon perintah reman bagi ketiga-tiga suspek esok.
Sumber: Harian Metro
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Perbahasan Belanjawan 2016 : Rafizi bongkar 3 isu penting TV Selangor TV Selangor
bloglist-malaysia.
wrlr.blogspot.
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR
BAJET 2017 OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!
Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.
Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.
Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.
Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.
Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.
Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.
Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.
Najib menasihatkan rakyat berjimat cermat dan tidak makan di restoran mahal, sebaliknya hanya membeli "nasi lemak anak dara", tetapi adakah beliau pernah menasihati isteri dan keluarganya daripada tidak bermewah dalam berbelanja?
Dalam hal ini, memang wajar Ahli-Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan. Najib yang lebih dulu melanggar etika dengan berperangai tidak sewajarnya. Jika perkara yang sama berlaku di Jepun, Taiwan dan negara-negara Eropah, sudah pasti mereka juga akan meninggalkan dewan sebagai tanda bantahan.
Hanya dengan meninggalkan dewan, Najib dapat diberitahu bahawa tindakannya membuat dakwaan semberono, adalah sesuatu yang salah. Sebelum mahu mengusik atau menyindir pembangkang, Najib sepatutnya banyak belajar daripada Tun Mahathir dan Anwar atau mengambil sedikit masa menonton kembali video pembentangan bajet oleh kedua-dua tokoh tersebut yang pernah menjadi menteri kewangan cemerlang sebelum ini.
Lagi pula, wakil-wakil pembangkang juga hanya keluar dewan setelah "dihalau" oleh Speaker, Pandikar Amin Haji Mulia yang meminta mereka berbuat demikian jika tidak sedia mendengar pembentangan oleh Najib itu.
Jadi, siapa yang salah?
Nombor satu paling salah ialah Najib dan kedua, Pandikar yang gatal mulut menghalau mereka, sama seperti gatalnya mulut beliau suatu ketika dahulu mengadu kepada Tun Mahathir mahu meletakkan jawatannya, tapi kemudian tidak cukup kekuatan dengan sendiri punya pendirian.
Dalam aspek yang lain, sebelum mahu mencela dan menghentam orang lain, Najib juga seharusnya sedar siapa dirinya yang sebenar. Beliau mesti selalu melihat-lihat cermin menonton wajahnya sendiri.
Hakikatnya, Najib bukan saja sedang terperosok dengan pelbagai isu melibatkan diri, isteri dan keluarganya, malah skandal kewangan yang terkait dirinya adalah yang terbesar dalam dunia ketika ini.
Beliau masih kekal berkuasa hanya kerana menguasai semua instrumen penting dalam negara, tetapi di luar negara, seluruh dunia sedang menyaksikan satu demi satu tindakan penguatkuasaan sedang diambil berkaitan 1MDB yang mana beliau sendiri berkuasa dan berperanan penting di dalamnya.
Jadi, tindakan keluar dewan sambil menuntut pengakuan tentang MO1 daripada Najib memang sesuatu yang wajar untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kes melibatkan beliau dan keluarganya belum lagi berakhir dan jauh sekali untuk terus dilupakan.
Tambahan lagi, semua hal berkaitan 1MDB langsung tidak dibenar untuk dibincangkan di Parlimen.
Selain itu, Najib juga sebelum ini telah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terburuk Asia 2016 oleh sebuah portal kewangan antarabangsa, AsiaFinance. Bermakna, Bajet 2017 semalam dibentangkan oleh seseorang yang terburuk, bukan terbaik.
Maka, bersama semua itu, jauh lebih mengaibkan jika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, masih sanggup mendengar sampai habis ucapan belanjawan yang disampaikan oleh Najib yang bukan saja sudah disahkan sebagai terburuk, tetapi juga sebenarnya telah sifar wibawa dan intergriti dalam dirinya. (SH 22/10/2016).
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Sun Oct 23, 2016 7:40 am (PDT) . Posted by:
"-:eSpAcE9808:-" rienacom
Pemilik Lamborghini Maafkan Remaja Lelaki Kayuh Basikal Atas Bumbung Keretanya
siakapkeli.my
SINGAPURA, 19 Okt: Pemilik sebuah kereta mewah Lamborghini di Singapura bertindak memaafkan seorang remaja yang memperagakan aksi lasak dengan menunggang basikalnya di atas bumbung kereta mewah tersebut.
Video kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu menjadi viral seterusnya mengundang rasa marah netizen terhadap perlakuan remaja tersebut.
Dalam kejadian pada Sabtu itu, remaja terbabit, Izzadnaff Abdul Qusyairl terserempak dengan Lamborghini Gallardo berwarna kuning itu di luar Stadium Bedok ketika dalam perjalanan ke pusat permainan video dengan menaiki basikalnya.
Terpengaruh dengan satu video dalam YouTube yang menunjukkan aksi seorang penunggang basikal lasak melompat dan mengayuh di atas bumbung sebuah kereta, Izzadnaff mengambil keputusan untuk melakukan aksi sama.
"Apabila melakukannya, saya tidak pernah terfikir kesan perbuatan tersebut," katanya kepada akhbar tempatan.
Video kejadian yang dirakam menerusi kamera yang dipasang di Lamborghini terbabit dikongsi oleh pemilik kereta itu di media sosial dan ditonton lebih 272,000 kali serta dikongsi sebanyak 3,800 kali selain menerima 350 komen.
Namun remaja berkenaan bernasib baik apabila pemilik Lamborghini berkenaan, Aaron Rylan Keder, 28, bertindak lembut apabila sanggup memaafkan dan mengambil keputusan untuk tidak meminta ganti rugi dari ibu bapa remaja berkenaan.
"Saya bertemu dengan keluarganya pada tengah hari Ahad dan kami menyelesaikan isu tersebut.
"Saya hanya mahukan penjelasan daripada Izzadnaff dan mengetahui perasaannya apabila mengayuh basikal di atas kereta saya.
"Saya juga mahu dia sedar perbuatannya itu adalah salah dan tidak mengulanginya,
Sebagai peminat tegar sukan basikal lasak, Izzadnaff telah menyertai banyak pertandingan sejak berusia tujuh tahun.
Dia juga menerima Biasiswa Peter Lim pada Mei iaitu dana sukan kepada mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Apabila ditanya tentang kejadian tersebut, Izzadnaff berkata, dia sangat kesal atas perbuatannya.
"Saya benar-benar kesal atas kesalahan ini dan memohon maaf kepada Encik Aaron dan keluarga saya," katanya.
Sementara itu, ibu remaja berkenaan berkata dia sangat marah dengan kelakuan anaknya itu.
"Izzadnaff biasanya patuh pada arahan. Saya tidak tahu kenapa dia bertindak sedemikian pada hari tersebut.
"Dia sangat takut untuk mengakui kesalahannya tetapi saya memberitahunya bahawa memandangkan dia telah melakukan kesalahan, dia perlu berani untuk mengakui kesalahan," katanya.
Menurut Azizah, dia cuba menghubungi Aaron menerusi laman Facebook tetapi tidak berbalas. Dia kemudian mendapatkan nombor telefon Aaron dari rakan Facebook peniaga itu dan menghubungi Aaron pada keesokan harinya.
Kedua-dua pihak kemudian bersetuju untuk mengadakan pertemuan menyelesaikan isu tersebut.
"Saya tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas itu tetapi saya mahu memastikan anak lelaki saya meminta maaf kepada pemilik kereta tersebut," kata Azizah.
Sementara itu Aaron berkata dia tahu Aaron benar-benar kesal atas perbuatannya itu selepas meminta maaf kepadanya.
"Budak tersebut (Izzadnaff) memiliki masa depan yang cerah dan saya tahu jika merosakkannya, tentu memberi kesan yang buruk.
"Terdapat banyak komen negatif yang diberikan netizen berhubung perkara ini dan saya berasakan kenyataan sedemikian tidak perlu.
"Izzadnaff memohon maaf kepada saya apabila kami bertemu. Saya tahu dia benar-benar kesal," katanya.
Aaron juga berkata, dia tidak menghantar keretanya untuk dibaiki kerana terlalu sibuk.
"Saya tidak pasti jumlah kerosakan yang sebenar, tetapi mungkin body kit kereta itu mengalami kerosakan," katanya.
Sumber: mStar Online
"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah"
Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com
Kataloh
http://kataloh.com
Cari Mudah
http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org
Enplegu.com
http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info
Blog Soccers
http://blogsoccers.com
Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment
http://azamientertainment.com
Din Apartment
http://dinapartment.com
University College Online
http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga
http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com
Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
Salam Sejahtera semua.
Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.
Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.
Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.
Sekian,
Terima Kasih.
Iwan
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com
----------------------------------------
Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069
----------------------------------------
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640
----------------------------------------
Weblist:
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com
No comments:
Post a Comment