Sunday, January 12, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3817

3 New Messages

Digest #3817

Messages

Sat Jan 11, 2014 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Borak sambil berhadas
telokbakong.blogspot
ikutsukaatiaku.blogspot.
Posted by Zulgeologist

Dari Jabir rah, Dia berkata, "Rasululullah s.a.w bersabda,

"Apabila dua orang hendak membuang air besar hendaknya masing-masing menutupi dirinya dari yang lainnya dan janganlah keduanya berbincang-bincang, Kerana Allah membenci perbuatan seperti itu."

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan dishahihkan oleh Ibnu as-Sakan serta Ibnu al-Qattan. hadits ini mempunyai cacat.)

komen aku : Jangan la duk berborak time tengah melabur besar mahupun kecik. buruk benor bunyinya...

Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (101)

Apabila bertemu barang
ikutsukaatiaku.blogspot.
Posted by Zulgeologist

Dari Iyadh Ibnu Himar rah dia berkata, "Rasulullah saw bersabda,

Barangsiapa menemukan barang yang hilang, hendaklah ia mencari kesaksian dua yang orang adil, menjaga tempat dan pengikatnyaserta tidak menyembunyikan dan menghilangkannya, Apabila pemiliknya datang, Ia(pemiliknya) lebih berhak untuk mengambilnya, apabila tidak datan, barang itu adalah harta Allah yang Dia berikan kepadaorang yang dikehendakiNya";

(Hadits riwayat Ahmad serta empat orang imam kecuali at-Tirmidzi. Dan disahihkan oleh Ibnu Huzaimah, Ibnul Jarud dan Ibnu Hibban)

Rujukan : Terjemahan Bulaghul Maram (972)

Komen aku : Dulu time sekolah pernah jugak senior cakap kalau jumpa barang kena umumkan di masjid berkenaan selama setahun. Pastu baru boleh ambik. Wallahualam...

Sat Jan 11, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Semakin ramai terbeban hutang
telokbakong.blogspot.
lagiberita.blogspot
- SH

Semakin ramai terbeban hutang angkara sikap boros pemimpin dan kerajaan 47% BN
telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

SHAH ALAM – Akibat kenaikan kos sara hidup, pakar menjangkakan lebih ramai rakyat di negara ini bakal berdepan masalah hutang yang kronik.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, hal ini berlaku kerana hutang untuk menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan kesan daripada kenaikan harga barangan.

Menurut beliau, peningkatan yang berlaku ini sudah pastinya akan menyebabkan pengguna bandar terutama dalam kalangan berpendapatan sederhana rendah dan rendah (miskin bandar) rasa terbeban.

"Pendapatan yang diperoleh terpaksa dibelanjakan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan semasa yang semakin meningkat dan menyebabkan keadaan ketidakcukupan pendapatan berlaku.

"Ada dalam kalangan mereka yang tidak mampu terpaksa memikirkan bagaimana hutang atau pinjaman sedia ada perlu dijelaskan," katanya.

Kesan daripada itu, beliau menjangkakan ada dalam kalangan pengguna yang akan mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman daripada sumber terlarang seperti syarikat pemberi pinjaman wang yang tidak sah atau berlesen bagi menampung kekurangan atau ketidakcukupan pendapatan.

"Malah, ada yang sanggup berhutang dengan ceti haram atau 'Ah long'. Ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada ancaman keselamatan diri dan keluarga," ujarnya.

Angka Muflis Meningkat Terutama Pada Orang Muda – YB @shamsuliskandar
telokbakong.blogspot.
shamsuliskandar.wordpress.
Posted by Shamsul Iskandar
Kerajaan BN potong subsidi, lebih 60 rakyat muflis setiap hari

SHAH ALAM 9 JAN: Jumlah rakyat negara ini yang bakal muflis meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.

Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.

naik.jpgKetua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.

"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.

"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu dipetik dari The Malaysian Insider.

Katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.

Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata kelemahan dasar Kerajaan BN menjadi faktor utama hampir 130,000 diisytiharkan muflis dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau berkata masalah kewangan akibat peningkatan gaji yang perlahan, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang isi rumah menjadi faktor ramai individu diisytiharkan bankrap.

Kata Shamsul, Kerajaan BN terus membebankan rakyat dengan mengumumkan siri kenaikan harga barang, tol, minyak dan lain-lain.

Keadaan ini menyumbang iklim ekonomi yang tidak seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan rakyat.

Kerajaan Pusat sebelum ini mengumumkan seramai 129,640 diisytiharkan muflis dalam tempoh 2005 hingga 2012. Daripada jumlah itu, sebanyak 68,299 adalah individu berusia di bawah 45 tahun.

Antara faktor menyebabkan muflis adalah kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perumahan.

— Selangorku

Sat Jan 11, 2014 8:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

7 Petua Menghilangkan Sakit Gigi

biaqpila.blogspot.
blogpetua.blogspot.

Petua 1

a.. Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam.
b.. Gunakan air ini untuk berkumur.
c.. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

Petua 2

a.. Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat.
b.. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

Petua 3

a.. Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

Petua 4

a.. Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit.
b.. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

Petua 5

a.. Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda.
b.. Sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

Petua 6

a.. Untuk gigi geraham berlubang.
b.. Tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka.
c.. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

Petua 7

a.. Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: