Friday, January 3, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3808

2 New Messages

Digest #3808

Messages

Thu Jan 2, 2014 8:05 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Menjelang kenaikan kadar tol, rebat 20% juga ditarik balik
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Oleh MUZLIZA MUSTAFA DAN DIYANA IBRAHIM

Putrajaya telah menghentikan insentif rebat tol sebanyak 20% bermula 1 Januari 2014, tetapi pengguna boleh menebus rebat yang ada sehingga Jun tahun ini, kata pegawai lebuh raya.

Bagaimanapun, akibat pentadbiran Najib yang melancarkan skim ini 2009 lalu dan terus senyap mengenainya menyebabkan pengguna berpusu-pusu di kaunter Touch 'n Go dan kaunter plaza tol untuk menebusnya semalam.

"Memang sejak pagi tadi ramai yang datang dan semuanya ingin menebus rebat Touch 'n Go atau Smart Tag.

"Hari ini sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan hari lain," kata seorang kakitangan kaunter perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go plaza tol Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

Juruwang di kaunter memaklumkan, Putrajaya telah memberitahu mereka untuk menghentikan rebat mulai 1 Januari hari ini.

Namun tidak ada sebarang notis diberikan kepada pengguna sehingga ia dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan semalam.

"Biarpun pemansuhan rebat tol bagi pelanggan kad prabayar, pengguna kad PLUSmiles masih boleh menikmati tawaran rebat 5%," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.

Situasi yang sama juga berlaku kaunter Touch 'n Go di plaza Tol Shah Alam dan Spot Touch 'n Go stesen minyak Petronas Shah Alam apabila menyaksikan kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus datang sejak pagi semalam bagi menebus rebat tol.

Pekerja kaunter kad prabayar di plaza tol Batu Tiga Shah Alam menyifatkan jumlah kehadiran orang ramai sangat luar biasa dan semakin meningkat apabila melepasi waktu tengah hari. Kaunter perkhidmatan tol itu dibuka sehingga jam 10 malam.

Najib ketika meraikan 100 hari sebagai perdana menteri pada April 2009 telah memperkenalkan rebat tol melalui kad Touch 'n Go sebagai hadiah kepada pengguna jalan raya.

Untuk melayakkan rebat itu, pengguna perlu menggunakan kad itu minima 80 kali untuk membayar tol sebulan.

20% rebat diberikan kepada pemilik kad itu iaitu dengan pengiraan 20% daripada jumlah penggunaan. Pengguna boleh mendapatkan rebat itu di mana-mana kaunter jualan Touch 'n Go.

Sumber memaklumkan, rebat adalah hak Putrajaya yang diberikan dalam bentuk 'hadiah' dan boleh ditarik bila-bila masa.

Dan kini ia ditarik serentak dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan mulai tahun ini termasuk kenaikan kadar tol.

Bagaimanapun, Menteri Kerjaraya Datuk Fadillah Yusof (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, walaupun berdasarkan perjanjian konsesi akan ada kenaikan tol tahun ini, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan mengenainya kepada syarikat konsesi yang terlibat.

"Sebaliknya kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol tahun 2014," kata Fadillah dalam kenyataanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Friday, December 27, 2013 12:33 AM
Subject: Fw: Rebat Touch 'n Go sah mansuh 2014?

Rebat Tol, macam nak kena kencing dengan kerjaan ja lagi nie..!
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Rebat Touch 'n Go sah mansuh 2014?

OLEH: NINA FARZUIN MD SHAROM & NORUTUL ILHAM MAD JARI

SHAH ALAM – Rebat 20 peratus yang diberi kepada pengguna Touch 'n Go dan SmartTag akan berakhir hujung tahun ini, demikian menurut sebahagian pegawai khidmat pelanggan kaunter Touch 'n Go dan SmartTag di pejabat operasi tol.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa pejabat operasi sekitar Lembah Klang mendapati, rata-rata petugas di situ menyatakan perkara sama.

"Saya ada dengar ura-ura untuk menamatkan tawaran rebat ini. Tapi, ia bukanlah maklumat daripada pengurusan, tetapi daripada sumber lain yang saya tahu.

"Setakat ini, tidak ada lagi berita mengenai perkara ini sampai ke pengetahuan petugas kaunter, cuma saya tahu kerajaan tidak akan menyambungnya lagi," kata seorang pegawai, semalam.


Anda tahukah bahawa bila guna TOL 80X sebulan anda akan dapat rebat 20%
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

RM49 juta rebat tol Touch' n Go belum dituntut

Lebih RM49 juta wang rebat Touch' n Go masih belum dituntut kira-kira lima juta pengguna kemudahan tersebut kerana tidak sedar kewujudan tawaran berkenaan atau merasakan prosesnya rumit.

Kemudahan rebat Touch' n Go diberikan sebanyak 20 peratus kepada pengguna yang menggunakan kemudahan itu sebanyak 80 kali sebulan.

"Saya pernah cuba menebus rebat, tapi diberitahu hanya tempat tertentu mengendalikannya. Sepatutnya pihak terbabit menambah lokasi penebusan untuk kemudahan pengguna," kata seorang peniaga, Noridin Saat seperti dipetik daripada akhbar Sinar Harian.

Rebat Touch' n Go merupakan salah satu daripada 11 hadiah mesra rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009.

Sebelum boleh menikmati rebat ini, pengguna perlu terlebih dahulu mendaftarkan kad mereka di www.touchngo.com.my dan rebat itu boleh ditebus di semua kaunter jualan Touch' n Go di kebanyakan lebuh raya.

"Sejak menggunakan kemudahan Touch' n Go tiga tahun lalu, hari ini (semalam) baru saya tahu mengenai rebat itu," kata pengguna, Jeevaraj Ganesan.

"Dengan perbelanjaan RM150 untuk tol, mungkin saya sudah dapat tebus banyak rebat kalau saya tahu dari mula," katanya.

Sinar Harian memetik sumber yang menggatakan terdapat 100,000 pengguna yang pernah membuat tuntutan rebat tetapi hanya 70,000 yang melakukannya secara kosnsisten.

Prof Datuk Amir Baharuddin dari Universiti Utara Malaysia memberitahu Sinar Harian, lebih baik kerajaan tidak menaikkan harga tol daripada memberikan rebat sebanyak 20 peratus.

"Jika kadar tol sedia ada dikekalkan ia dapat dinikmati semua peringkat.

"(Dari) 20 ke 40 peratus adalah mainan nombor sahaja. Bagi rebat atau tidak sama sahaja. Apa yang penting sekarang kerajaan jangan naikkan kadar tol.

"Kenaikan harga petrol (RON95) dan gula pun sudah cukup buat rakyat terbeban. Kalau dinaikkan kadar tol, semua barang akan naik lagi," katanya.

Thu Jan 2, 2014 8:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ibu Bapa sambut tahun baru dengan TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK..!!
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

SPAD umum atau tidak, tambang tetap naik, kata pengusaha bas sekolah

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sehingga 40% walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

"Surcaj tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga 40% tetapi ia tertakluk kepada rundingan di antara pengusaha dan ibu bapa. Ada juga pengusaha yang hanya mahu menaikkan sekitar RM5 ke RM10 buat permulaan sehingga SPAD mengumumkan kadar tambang bas sekolah baru.

"Kerajaan mengurangkan subsidi diesel sebanyak 20 sen iaitu peningkatan kos sebanyak 13.5%. Apabila kos sara hidup semakin tinggi, pemandu bas sekolah juga mahu pendapatan mereka meningkat. Mereka mahu pendapatan dinaikkan kepada 10%. Jika kedua-dua kos itu dijumlahkan, ia meningkat kepada 23.5%," katanya kepada The Malaysian Insider.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan petrol RON95 dinaikkan 20 sen seliter sebagai langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Katanya, pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, menjadikan kedua-dua harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.10 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Amali berkata surcaj 40% yang dicadangkan oleh PPBSM itu sebenarnya tidak membebankan ibu bapa kerana pada hakikatnya pihak penjaga hanya menanggung kenaikan sebanyak 90 sen sehari sepanjang sebulan hari persekolahan.

Katanya, pengusaha bas ekspres masih menikmati surcaj tambang 10% sejak diumumkan kerajaan pada musim perayaan beberapa tahun lalu, sebaliknya pengusaha tambang sekolah tidak diberikan insentif sama.

"40% surcaj tambang bas sekolah dibahagikan kepada 44 kali murid menaiki bas dalam tempoh 22 hari persekolahan setiap bulan. Jika dibahagikan, kenaikan itu hanya 0.8% atau 90 sen sehari. Perkhidmatan kami untuk satu bulan dan bukannya sehala.

"Sekarang surcaj 10% kepada bas ekspres. Kenapa beri kepada mereka, tidak kepada bas sekolah? Sebab pemiliknya orang kaya? 10% surcaj bas ekspres dikenakan setiap kali mereka manaiki bas," katanya.

Pengurus SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata SPAD telah mengadakan pertemuan bersama persatuan pengusaha bas sekolah pada minggu lalu tetapi maklumbalas daripada hasil perbincangan itu masih belum diperoleh.

Katanya, berdasarkan rundingan bersama pihak ibu bapa, mereka menggesa SPAD memperkenalkan harga lantai agar satu rundingan kadar tambang dapat dilakukan bersama pihak pengusaha.

Amali mengakui pihaknya ada berbincang dengan pihak SPAD dan suruhanjaya itu mahu memperkenalkan kadar tambang fleksibel berdasarkan garis panduan yang akan diumumkan kelak.

"Minggu lalu, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad telah diadakan dan mereka mengemukakan cadangan kadar tambang fleksibel. Kita tidak ada masalah. Mereka ada garis panduan yang akan diumumkan nanti berdasarkan persetujuan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata SPAD sendiri pernah menyatakan pada Ogos tahun lalu bahawa pengusaha bas sekolah mengalami kerugian sebanyak 40% tetapi tiada insentif yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, skim insurans kepada murid sekolah tidak harus diperkenalkan kerajaan kerana peruntukan yang diumumkan lebih sesuai digunakan bagi menggantikan bas sekolah baru.

"Kita telah menghantar memorandum kepada SPAD sejak 2011 bagi memperkenalkan insentif mengurangkan kos operasi tetapi tiada tindakan yang diambil. Apa usaha mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah? Insurans kepada murid tidak perlu kerana pengusaha bas sekolah telah membiayai insurans pelajar.

"Kadar kemalangan bas sekolah juga kurang dari 2%. Jika peruntukan RM40 juta yang diumukan kerajaan semasa Bajet 2013 digunakan bagi menggantikan bas sekolah, sebanyak 125 buah bas sekolah dapat digantikan. Pada masa ini, sebanyak 3,000 buah bas yang patut diganti setelah usia melebihi 30 tahun," katanya.

Amali tidak menafikan bahawa ada pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan kerajaan, tetapi ia satu perkhimatan tambahan yang dipersetujui ibu bapa.

"Sebagai contoh bas di sekolah antarabangsa, tambang basnya RM800 setiap bulan dan dikutip oleh pihak sekolah. Bas sekolah dilengkapi tali pinggang keledar, pembantu, sistem kamera litar tertutup (CCTV) bas di sambung ke sekolah dan menggunakan kad akses," katanya.

Syed Hamid dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata terdapat pengendali bas sekolah yang tidak mengikut tambang ditetapkan SPAD, malah ada yang mengadakan perjanjian bersama ibu bapa bagi menetapkan kadar tambang sendiri.

Beliau berkata kenaikan tambang bas sekolah mesti selaras dengan perkhidmatan dan bas sekolah yang melebihi 30 tahun perlu ditukar setelah kerajaan menyediakan insentif bagi berbuat demikian.

Katanya, persatuan bas sekolah perlu berhenti mengeluarkan kenyataan di akhbar bagi meminta kenaikan tambang sebaliknya perlu memikirkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sekolah semasa kepada pengguna.

Awal bulan ini, PPBSM sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% berkuatkuasa Januari 2014 jika SPAD tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.

Amali berkata kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos yang perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPBSM.

Katanya, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPBSM terhadap lebih sejuta murid yang menggunakan perkhidmatan mereka.
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: